Anda di halaman 1dari 11

1.0 Definisi Sekolah Selamat.

Sekolah selamat adalah satu fenomena yang agak baru dalam konteks pendidikan di

Malaysia. Sekolah selamat ditakrifkan sebagai tempat yang tersusun dan bertujuan di mana

pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah adalah bebas untuk belajar dan pengajaran berlaku

secara bebas tanpa apa-apa gangguan secara fizikal ataupun secara psikologi. Dengan kata

lain, sekolah selamat merujuk kepada kepercayaan bahawa semua pelajar di sekolah

mempunyai peluang untuk belajar di dalam sebuah persekitaran yang selamat, kondusif

dalam proses pembelajaran dan bebas daripada sebarang gangguan. Ciri-ciri sesebuah

sekolah dikatakan selamat adalah seperti berikut:

 mempunyai sensitiviti dan rasa hormat kepada semua individu.

 persekitaran yang tidak mengalami sebarang gangguan.

 tingkahlaku pelajarnya dapat dijangkakan dengan jelas.

 dasar disiplin adalah konsisten dan ditadbirkan dengan adil.

 pelajarnya mempunyai rasa terikat atau menyayangi sekolah.

 tingkah laku yang positif mendapat sokongan dan pengiktirafan pihak sekolah.

 prosedur-prosedur tentang keselamatan sekolah adalah proaktif.

 warga sekolah mempunyai kesedaran komuniti terhadap kawasan sekolah.

 rancangan respon terhadap kecemasan adalah mantap.

 penyenggaraan sekolah menepati masa.

 aspek kebersihan menjadi amalan.

1
1.1 Iklim Sekolah Selamat :

Kesemua ciri-ciri sekolah selamat yang dinyatakan itu akan mewujudkan iklim sekolah

selamat dari segi fizikal, sosial dan budaya. Persekitaran budaya sekolah dianggap sebagai

kayu pengukur yang paling tepat bagi menunjukkan keseluruhan iklim sesebuah sekolah. Ia

termasuklah andaian-andaian yang tersirat, harapan dan pengetahuan yang dimiliki oleh

pelajar, ibu bapa dan kakitangan sekolah mengenai bagaimana sekolah sepatutnya berfungs i

dan bagaimana individu-individu di sekolah sepatutnya bertindak. Iklim sekolah terrmasuk

juga peraturan-peraturan, norma-norma, kepercayaan dan nilai- nilai formal dan bukan formal

yang mengawal tingkah laku seharian pelajar, kakitangan dan pentadbir sekolah.

Persekitaran budaya yang positif termasuk tingkat rasa hormat, rasa terikat dan kejelikItan di

kalangan pelajar dan kakitangan sekolah. Pengharapan terhadap akademik dan tingkah laku

adalah sangat kukuh dan diterima. Peraturan-peraturan sekolah difahami, diterima dan

dikuatkuasakan secara konsisten. Tingkah laku yang dikehendaki kerap mendapat pujian dan

diberi sokongan oleh pihak sekolah.

Salah satu ciri iklim sekolah selamat adalah persekitaran fizikalnya yang kelihatan kemas,

mempunyai lanskap yang menarik dan diselenggarakan dengan cermat dan menepati masa

dan jadual penyelenggaraan. Penyelenggaraan kawasan sekolah yang berkualiti dan

keselamatan sekolah yang terjamin boleh memberi gambaran langsung kepada komuniti yang

mengadakan lawatan ke kawasan sekolah tentang keadaan pelajar-pelajar, ibu bapa dan

individu- individu di sekolah.

2
Keadaan fizikal sekolah selamat termasuklah:

 Mengadakan teg pengenalan diri kepada semua pelawat dan kakitangan sekolah yang

dilatih untuk berkomunikasi secara personal dengan pelawat yang tidak memakai teg

tersebut dan merujukkannya kepada pejabat sekolah. Hal ini sebenarnya telahpun

dilaksanakan di sekolah-sekolah berasrama penuh di Malaysia.

 Menghadkan tempat-tempat di mana pelajar boleh membuang masa dan merayau-

rayau, memeriksa bilik air dan almari-almari kelas supaya tidak menjadi tempat

menyimpan rokok atau dadah atau sebarang bahan lucah.

 Memaksimumkan pemandangan dengan menghapuskan titik buta yang disebabkan

oleh pintu-pintu, pagar-pagar, bangunan-bangunan, dan lanskap dengan memasang

pintu-pintu, tingkap-tingkap, almari-almari dan kelengkapan-kelengkapan yang

sesuai.

 Memperbaiki komunikasi di antara pengawal keselamatan, guru-guru dan kakitangan

pejabat di samping memberikan semua kakitangan insentif kerana bertanggungjawab

mempastikan sekolah selamat. Misalnya pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan

Guru, PIBG, boleh memberikan hadiah kepada sesiapa yang memberi idea yang

boleh meningkatkan tahap keselamatan sekolah dan memberi pengiktirafan dan

ganjaran kepada pemberi maklumat yang mana maklumat yang diberikannya

membawa kepada penangkapan pengacau di sekolah.

 Mengadakan latihan keselamatan dan kebakaran oleh jabatan bomba.

3
Sesebuah sekolah yang selamat adalah suatu tempat di mana wujudnya hubungan sosial yang

rapat di kalangan ahli sekolah. Komunikasi antara peribadi yang berkesan di kalangan pelajar

dan di kalangan kakitangan sekolah serta di antara kedua-dua kelompok itu adalah satu faktor

yang menyumbang kepada keselamatan sekolah. Latar belakang etnik, budaya dan agama

pelajar mesti diakui dan dihormati supaya para pelajar tidak diejek dan dipinggirkan daripada

aliran utama budaya sekolah. Pelajar dan kakitangan sekolah berkongsi kepercayaan bahawa

mereka adalah selamat sama ada dari segi fizikal, sosial mahupun secara psikologi dan

mereka sebenarnya mendapat sokongan lain-lain ahli sekolah apabila tiba masa diperlukan.

Lebih tinggi peratusan pelajar dan kakitangan sekolah yang menyatakan “Ini adalah sekolah

kita”, dikatakan lebih selamat sekolah itu sebenarnya. Perasaan kekitaan ini merupakan

intipati penting ke arah pembentukan konsep sekolah yang selamat dalam konteks pendid ikan

di Malaysia.

Sekolah yang selamat mewujudkan suasana masyarakat penyayang dengan mengutamaka n

nilai- nilai kemanusiaan yang menghargai dan menghormati harga diri. Para pelajar

merupakan tulang belakang dan berada di barisan hadapan serta merupakan golongan yang

amat penting bagi generasi kepimpinan akan datang. Oleh itu mereka harus dididik dengan

amalan sihat dan menghormati orang yang lebih tua daripada mereka. Mereka juga dipupuk

untuk bersikap bertimbang rasa dan sedia menghulurkan pertolongan apabila diperlukan oleh

masyarakat. Dengan itu akan dapat diwujudkan masyarakat penyayang dengan lebih nyata

lagi.

2.0 MRSM PENGKALAN HULU SEKOLAH SELAMAT:

4
MRSM Pengkalan Hulu mula dibina pada 21 Jun 2005 dan siap pada 16 November 2006.

Walau bagaimanapun MRSM Pengkalan Hulu hanya mula dibuka dan beroperasi pada 5 Mei

2008. Sekolah ini dibina dengan kos sebanyak RM33 juta dengan keluasan tapak

merangkumi 22 hektar (57 ekar). MRSM Pengkalan Hulu diterajui oleh Tuan Haji Mustafar

bin Che Mat selaku pengetua pertamanya. Maktab ini dapat menampung sejumlah 840

pelajar iaitu pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Pelajar pertama melapor diri pada 9 Jun

2008. Jumlah pelajar MRSM Pengkalan Hulu yang mendaftar adalah seramai 294 orang, iaitu

pelajar Tingkatan Satu adalah seramai 107 orang. Manakala pelajar tingkatan Dua pula

adalah seramai 109 orang. Pelajar Tingkatan Empat pula terdiri daripada 78 orang.

Pengambilan pelajar baru yang mendaftar pada 16 Jun 2008 pula adalah seramai 95 orang.

5
MRSM PENGKALAN HULU merupakan sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah

berasrama penuh. Oleh yang demikian, adalah amat penting untuk mengamalkan konsep

sekolah selamat. Antara ciri-ciri yang diamalkan untuk menjadi sekolah selamat ialah

menyediakan alat kawalan kebakaran di tempat-tempat yang strategik di kawasan sekolah

dan asrama pelajar. Langkah ini amat penting supaya kebakaran dapat dielakkan daripada

merebak ke bangunan yang lain. Pendedahan kepada para pelajar dan guru-guru mengena i

cara-cara penggunaan alat keselamatan pada waktu kecemasan perlu dilakukan. Dengan ini,

sekolah akan menjadi tempat belajar yang selamat.

ASRAMA PELAJAR MRSM PENGKALAN HULU

Di asrama disediakan laluan kecemasan dan juga tempat berkumpul jika

berlaku sebarang kecemasan.

6
LATIHAN KEBAKARAN KEPADA SEMUA WARGA MRSM

Selain itu, pihak pentadbir sekolah juga haruslah melukis pelan kecemasan yang dapat

digunakan pada saat-saat sekolah ditimpa kecemasan. Hal ini demikian kerana mencegah

lebih baik daripada mengubati. Oleh sebab itu, pelan tangga kecemasan dan pelan larian ke

padang mestilah ditampal di tempat-tempat yang mudah dilihat. Dari semasa ke semasa,

latihan kebakaran haruslah dijalankan juga. Hal ini dapat memastikan pelajar bersiap sedia

menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Cara ini pasti dapat mengurangka n

kemalangan dan kecederaan dalam kalangan warga MRSM.

7
PAPAN TANDA MENUNJUKKAN TEMPAT BERKUMPUL JIKA BERLAKU
SEBARANG KECEMASAN

Di samping itu setiap pintu sekolah mestilah dijaga dengan rapi oleh beberapa orang

pengawal keselamatan. Pondok sekuriti mestilah dibina untuk memastikan para pelajar dapat

melaporkan sebarang kejadian yang tidak diingini kepada pihak yang bertugas. Dengan ini,

kejadian seperti kes culik, kes ragut dan kes ceroboh masuk ke dalam asrama dapat diatasi

sekali gus menjamin keselamatan para pelajar yang tinggal di asrama dan juga penghuni

kuarters guru dan kakitangan.

Pada ketika hujung minggu ketika lawatan ibu bapa untuk melawat pelajar, pihak

sekuriti perlu memastikan setiap pelawat yang datang adalah terdiri daripada penjaga yang

mempunyai pass lawatan. Ini perlu untuk memastikan tiada kes pencerobohan dari pihak luar

atau kes penculikkan berlaku. Ibu bapa juga pasti berasa puas hati dengan tahap keselamatan

sekolah. Tahap kebimbangan ibu bapa dan keyakinan ibu bapa yang tinggi ini dapat

meningkatkan imej sekolah secara tidak langsung.

8
Pintu pagar utama MRSM Pengkalan Hulu, Perak &
Kad outing pelajar

9
Kesimpulannya, para pelajar mestilah dididik mematuhi segala arahan dan peraturan di

sekolah. Lebih-lebih lagi, ibu bapa haruslah memastikan anak-anak dibawah jagaan mereka

mengikuti semua peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Kempen “Sekolah Selamat”

haruslah diuar-uarkan supaya keselamatan anak-anak dapat dijamin. Polisi Sekolah Selamat

perlu dianggap sebagai ‘part and parcel’ di dalam membantu dan melengkapkan usaha

mendidik pelajar-pelajar. Polisi Sekolah Selamat akan memberi satu ransangan untuk

menunaikan tanggungjawab dalam keadaan yang tenang dan menyeronokkan. Untuk

memastikan sekolah berada dalam keadaan lebih selamat, usaha-usaha secara bersepadu

perlu dilaksanakan bukan sahaja oleh pengetua sebagai pengurus sekolah tetapi juga seluruh

warga sekolah termasuk guru, pelajar, ibu bapa, dan PIBG, pihak berkuasa Kementerian

Pelajaran dan ahli komuniti termasuk pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan. Strategi

perancangan dan pelaksanaannya juga perlu dilakukan dalam proses yang berterusan tidak

kira elemen-elemen yang menggugat keselamatan berkenaan sudah wujud atau belum di

sekolah kita.

10
Rujukan:

1. Omardin Ashaari, (1996). Pengurusan Sekolah - Suatu Pandangan Lengkap.

Kuala Lumpur : Utusan Publications

2. Ibrahim Saad,(1982). Isu Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. http://www.weber.k12.ut.us/Policies/Safeskul.htm.

Safe Schools Policy 5600.

4. http://www.ncrel.org/sdrs/areas/issues/envrnmnt/drugfree/sa2safes.htm.

Safe-School Plan

11

Anda mungkin juga menyukai