Anda di halaman 1dari 14

730710016627001

Isi kandungan
Isi
1.

Muka surat
Teks ceramah
Kepentingan amalan kebersihan dan keselamatan di sekolah

Perlaksanaan pemantauan kantin dan kesihatan di sekolah


2.1 Senarai semak pemantauan kantin

2.2 Analisis pemantauan kantin sekolah

2.3 Cadangan penambahbaikan pemantauan kantin sekolah


2.4 Senarai semak pemantauan kesihatan sekolah
2.5 Analisis pemantauan kesihatan sekolah
2.6 Cadangan penambahbaikan pemantauan kesihatan sekolah

9
9
10
12

3.

Penutup

12

4.

Rujukan

13

2.

A. KEPENTINGAN AMALAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DI SEKOLAH

dan salam sejahtera !

730710016627001

Bersyukur kita ke hadrat ALLAH kerana dengan limpah kurnianya dapat kita
berkumpul pada pagi yang mulia bagi mendengar ceramah tentang Kepentingan Amalan
Kebersihan Dan Keselamatan Di sekolah.
Saya juga berasa terharu dengan kehadiran guru-guru, ahli Persatuan Ibu bapa dan
Guru, dan pelajar-pelajar pada pagi ini menunjukkan sokongan , semangat dan komitmen
dalam isu kebersihan dan keselamatan di sekolah ini.
Pada pendapat saya, tajuk ceramah ini amat sesuai dengan senario pada hari ini. Sifat
pentingkan diri atau sambil lewa yang menyebabkan keadaan kepentingan amalan kebersihan
dan keselamatan ini dipandang ringan oleh masyarakat sekarang. Oleh itu, di dalam ceramah
ini diharap kita bersama dapat memberi perhatian mengenai kepentingan amalan kebersihan
dan keselamatan yang boleh diambil bersama dan dipupuk khasnya pelajar-pelajar di sekolah.
Sebelum saya berceramah lebih lanjut lagi, saya ini menanyakan kepada pelajarpelajar, apakah yang kamu semua faham maksud amalan kebersihan dan keselamatan.. ? Di
sini saya ingin berkongsi dengan pelajar, menurut Kamus Dewan Edisi ketiga, perkataan
amalan ialah apa-apa yang dilakukan yang menjadi rutin harian kepada seseorang individu
atau kumpulan. Kebersihan pula ialah satu suasana yang dapat memberi keselesaan kepada
pengguna atau pemiliknya. Manakala menurut Rahman (2000) dan Wirdawati (2007),
keselamatan pula merupakan perihal selamat, kesejahteraan atau keamanan atau keadaan
terlindung daripada masalah fizikal, kecederaan atau yang melibatkan kerosakan atau
kejadian yang tidak diingini.
Memang tidak dapat dinafikan, perkaitan antara kebersihan dan keselamatan ini
sebenarnya amat berhubung kait antara satu sama lain yang perlu menjadi amalan di rumah
mahupun di sekolah. Selain itu juga, amalan ini sangat penting kerana akan dapat
mewujudkan persekitaran yang selesa, aman, tenteram, riang, mesra, ceria serta merangsang
pembelajaran terutamanya di sekolah. Menerusi aktiviti yang dijalankan secara teratur dan
terancang serta mencapai tahap piawaian yang ditetapkan, amalan kebersihan dan
keselamatan ini pasti dapat menjamin tahap keberkesanan pengurusan khasnya sesebuah
sekolah.
Saya akan mengulas lebih lanjut lagi bagi memastikan semua pelajar jelas dengan
maksud amalan kebersihan dan keselamatan. Antara amalan kebersihan dan keselamatan
yang perlu dinilai dan dilihat di sekolah ialah seperti kebersihan bilik darjah atau bilik khas,
kantin, tandas, parit atau longkang, surau, padang permainan, taman permainan dan
persekitaran sekolah. Aspek-aspek inilah yang perlu kita selenggara dan jaga agar sekolah

kelihatan bersih, selamat dan berfungsi. Amalan-amalan ini boleh dan dapat direalisasikan

730710016627001

dengan aktiviti yang dirancang antaranya seperti gotong-royong pembersihan dan keceriaan,
jadual bertugas kelas atau bilik-bilik khas, pemeriksaan atau pemantauan harian guru
bertugas, program-program pertandingan kelas terbersih, pemasangan papan tanda amaran
dan pendedahan aspek langkah-langkah keselamatan yang boleh disampaikan melalui
penyampaian pengajaran di dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan dan mata pelajaran yang lain.
Para hadirin sekalian yang dirahmati ALLAH s.w.t ...
Saya akan ulaskan lebih lanjut lagi rasionalnya amal kebersihan dan keselamatan
diterapkan kepada pelajar-pelajar sekolah. Ini kerana tempat terbaik bagi anak kita menimba
ilmu ialah di sekolah. Sekolah juga ialah tempat terbaik seseorang individu mengorak
langkah bagi mengisi otaknya bagi mengatasi segala onak dan duri yang bakal menimpa
kelak. Kerajaan negara kita sentiasa prihatin dengan mengambil inisiatif yang tidak terhingga
bagi mewujudkan sekolah yang bersih dan selamat bagi pendidikan anak-anak . Kerajaan
juga menekankan aspek kebersihan, keceriaan, indah, nyaman dan keselamatan kawasan
sekolah bagi kebaikan semua warga sekolah dalam membentuk generasi berpendidikan pada
zaman akan datang yang sihat dan sejahtera selaras dengan negara maju yang ingin dicapai.
Melalui persekitaran kawasan sekolah yang bersih dan selamat ini, ianya akan dapat
mewujudkan suasana kondusif kepada para pelajar bagi menimba ilmu tanpa apa-apa
musibah. Kecederaan, kemalangan atau ketidakselesaan akan dapat diatasi apabila setiap
individu memainkan peranan masing-masing terhadap kebersihan dan keselamatan. Sampahsarap yang diuruskan dengan sempurna dengan mengutamakan langkah-langkah keselamatan
di dalam kelas akan dapat menjadikan bilik darjah bersih, kemas dan selamat sepanjang
masa. Sikap pelajar yang peka dan prihatin dalam menjalankan tugas harian mereka untuk
membersihkan kelas atau bilik-bilik khas secara rutin dan bergilir-gilir dapat memastikan
bilik darjah sentiasa dalam keadaan bersih. Melalui ini, tumpuan pelajar-pelajar terhadap
pelajaran yang berlaku tidak akan terganggu dan mereka akan menguasai pelajaran hari itu
dengan lebih berkesan serta bermakna. Guru juga tidak akan membazirkan masa pengajaran
mereka dengan mengarahkan murid membersihkan kelas dan secara tidak langsung, sesi
pembelajaran dan pengajaran akan dilaksanakan dengan lancar.

Hadirin dan hadirat sekalian,

730710016627001

Tahukah kita bahawasanya dengan kebersihan kawasan sekolah yang ada di paras
tinggi akan dapat mengharumkan nama sekolah yang seterusnya menjadi contoh kepada yang
lain. Kawasan sekolah yang bebas daripada sebarang kekotoran atau kemalangan akan
mencerminkan nama baik sekolah di dalam setiap sanubari ibu bapa dan masyarakat luar.
contohnya, di Sekolah Menengah Kebangsaan Paduka Tuan, Segamat, yang merupakan
contoh kepada sekolah lain terhadap kebersihan dan keselamatan khasnya tandas di sekolah
mereka. Sekolah ini telah mendapat anugerah sekolah terbersih dan selamat di peringkat
negeri sejak tahun 2010. Aspek ini juga menunjukkan bahawa tanggungjawab bukan sahaja
di bahagian pentadbiran sesebuah sekolah malahan warganya dalam mengamalkan amalan
kebersihan dan keselamatan sehinggakan boleh memenangi kejayaan ini.
Pelbagai penyakit biasa mahupun berjangkit serta kemalangan dapat dijauhi jika
kawasan sekolah bersih, selamat dan berfungsi. Kawasan sekolah yang bebas dari sampahsarap, bersih, indah, ceria dan wangi boleh menghalang pembiakan vektor-vektor berbahaya
seperti nyamuk aedes, lalat ataupun tikus. Hidupan ini akan mengancam kesihatan dan
keselamatan pelajar seperti penyakit denggi, taun dan kencing tikus yang boleh mengancam
kesihatan dan nyawa jika dibiarkan. Longkang-longkang sekolah juga perlu dibersihkan agar
dapat menghindarkan bau busuk serta memperbaiki sistem salirannya agar tidak tersumbat
yang boleh menyebabkan banjir kilat atau pembiakan jentik-jentik nyamuk aedes. Manakala
semak-samun yang diurus dengan sebaiknya dapat menghalang haiwan-haiwan yang
berbahaya seperti ular dan lipan dari membiak dan hidup. Sekiranya boleh dilakukan serta
menjadi amalan di sekolah ini, maka ianya akan membentuk suasana sekolah yang sihat dan
dapat mengelakkan sebarang penyakit yang dibawa oleh vektor-vektor yang merbahaya .
Selain daripada itu dengan kawasan sekolah yang bersih dan selamat juga akan
memberi peluang dan keyakinan kepada pihak sekolah bagi menganjurkan segala aktiviti luar
bilik darjah dengan yakin dan selamat. Pengajaran dan pembelajaran seperti Matapelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dapat diajar di padang sekolah tanpa gangguan atau apaapa permasalahan. Aktiviti-aktiviti kokurikulum juga boleh dijalankan secara sempurna
dengan kewujudan kawasan sekolah yang bersih dan selamat. Antaranya adalah aktiviti
perkhemahan, sukan dan permainan dari penganjuran pelbagai pertandingan sekolah antara
sekolah seperti bola sepak, bola jaring, dan hoki dapat dijalankan dengan baik. Melalui ini
juga, akan dapat melahirkan pelajar-pelajar aktif, ceria, dan mengamalkan nilai-nilai positif
dalam amalan kehidupan mereka khasnya terhadap kebersihan dan keselamatan diri, keluarga
dan masyarakat. Kesemua ini boleh dicapai sekiranya warga sekolah berpegang teguh kepada

aspek amalan kebersihan dan kesihatan di sekolah.

730710016627001

Hadirin dan hadirat sekalian,


Perlaksanaan amalan kebersihan dan keselamatan ini yang dapat dijalankan dengan
berkesan, ianya akan dapat memupuk perlakuan amalan kebersihan dan keselamatan sebagai
budaya hidup yang berterusan dalam menjalani kehidupan harian. Melalui ini juga, akan
dapat melahirkan generasi yang sihat, aktif dan mementingkan kesihatan dan keselamatan di
dalam amalan kehidupan mereka. Tiada sifat mementingkan diri atau sambil lewa antara satu
sama lain dan boleh bekerjasama dalam bagi mendapatkan kehidupan yang baik kelak. Selain
itu juga, sekiranya amalan ini diamalkan secara berterusan, semangat budaya kerja
berpasukan boleh diwujudkan yang seterusnya membawa kepada amalan keceriaan,
kebersihan, keselamatan serta kesihatan akan terlaksana. Keprihatinan dan kerjasama antara
warga sekolah terhadap kebersihan dan keselamatan, serta menghargai kemudahan yang
dapat ditingkatkan dengan lebih kualiti.
Kita perlu mengamalkan konsep amalan kebersihan dan keselamatan dalam
kehidupan harian kita. Antara konsep amalan kebersihan sekolah ialah semangat dan sikap
yang perlu disemai, dibaja serta dipupuk bermula dari rumah individu itu sendiri. Apabila
sikap dan rasa tanggungjawab ini sudah sebati dalam dirinya, ini secara tidak langsung dapat
diperkukuhkan sekaligus amalan murni ini dapat diperkembangkan seterusnya di peringkat
sekolah. Sekiranya amalan ini diamalkan secara berterusan sepanjang hayat, maka istilah
insan yang bersih dapat dilahirkan dan golongan inilah yang akan mencorakkan dan
mewarnai generasi yang seterusnya kelak. Insan yang bersih terhasil apabila sikap dan rasa
tanggungjawab ini sudah sebati dalam dirinya. Sekiranya warga sekolah menggembleng
tenaga maka ia pasti akan membawa kepada satu perubahan yang baik.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Sebelum mengakhiri ceramah ini, apa yang dapat dirumuskan bahawa dalam
mengamalkan kebersihan dan keselamatan diri dan persekitaran di sekolah semua pihak perlu
menggalas tanggungjawab bersama-sama. Sama ada pentadbir, guru, kakitangan sekolah
serta murid tahu apa yang perlu mereka lakukan sewaktu berada di kawasan sekolah. Pihak
sekolah juga sewajarnya mewujudkan prosedur keselamatan di setiap kawasan sekolah yang
penting seperti di kantin, makmal komputer, makmal sains, perpustakaan, padang sekolah,
stor sukan, tandas, dewan dan sebagainya bagi memastikan agar tempat-tempat itu sentiasa
berada dalam keadaan baik dan terkawal. Prosedur keselamatan juga bertujuan mewujudkan
budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan warga

sekolah dan komuniti setempat.

730710016627001

Selain itu, ianya dapat membangunkan kesedaran terhadap aspek keselamatan untuk
melahirkan iklim sekolah yang selesa dan selamat untuk perkembangan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu. Guru-guru bertanggungjawab mewakili pihak sekolah
supaya sentiasa mengingatkan murid-murid agar patuh kepada prosedur keselamatan yang
telah di tampal atau diletakkan di setiap kawasan tersebut. Pengawasan perlu dilakukan pada
setiap masa supaya peraturan-peraturan tersebut tidak diingkari. Selain itu sekolah
berperanan menyebarkan maklumat dan pengetahuan mengenai keselamatan kepada murid
dan ibu bapa dari semasa ke semasa melalui perhimpunan, mesyuarat, perjumpaan atau suratsurat siaran. Dalam perhimpunan, guru boleh sentiasa mengingatkan murid-murid dengan
menerangkan langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi supaya murid-murid faham
dengan lebih jelas.
Marilah kita galakkan anak-anak murid mematuhi segala arahan langkah-langkah
keselamatan setiap masa hingga menjadi amalan harian mereka. Pihak sekolah juga perlu
memastikan segala kemudahan yang disediakan berada sentiasa dalam keadaan baik dan
selamat. Antaranya melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa ke atas alat-alat dan
kelengkapan sekolah seperti kerusi meja, dapur, pendawaian elektrik, alat-alat pertukangan,
termasuk struktur bangunan sekolah itu sendiri supaya kerosakan dan keadaan yang
membahayakan dapat dikesan awal untuk dilakukan baik pulih. Pertolongan atau bantuan
dalam menghadapi kecemasan atau kemalangan juga perlu dipastikan ada disediakan sama
ada dalam bentuk ubatan atau tenaga manusia. Antara
memastikan keselamatan terpelihara

lain peranan sekolah dalam

ialah dengan menyelaras segala kegiatan di sekolah

supaya faktor keselamatan sentiasa dapat dikawal , mewujudkan satu sistem penyimpanan
rekod untuk mengumpul maklumat mengenai keselamatan di sekolah serta menubuhkan
sebuah jawatan keselamatan di sekolah yang bertanggungjawab merancang serta mengawasi
pelaksanaan langkah-langkah sebagaimana dinyatakan di atas. Kesimpulannya amalan
kebersihan dan keselamatan dilihat amat penting diwujudkan di seluruh kawasan sekolah
agar semuanya yang berlaku di sekolah berjalan dengan lancar dan sentiasa dalam keadaan
aman dan harmoni. Saya akhiri ceramah ini dengan memohon maaf jika ada terkasar bahasa
dan tersilap kata. Sekian terima kasih !

B. Perlaksanaan pemantauan kantin dan kesihatan di sekolah

2.1 SENARAI SEMAK PEMANTAUAN KANTIN SEKOLAH

730710016627001

Nama sekolah:Sk. Bukit Tunggal Nama Guru Besar: Siti Aisah Bte Nama GPK HEM: Pn. Rafidah Bte
Komeng
Khadli

No tel(p): 07-9473962

Sesi:

Jumlah murid: 52 orang

Nama guru kesihatan: Romzi Nama s/u kantin: Mohd Fahmi Nama s/u 3k: Ajis Bin Kadir
Bin Zainal
Bin Mohd. Noh
ASPEK PEMANTAUAN

(Tandakan (

BIL

PENGURUSAN KANTIN

2.

SEBUT HARGA KANTIN

4.

1.1
1.2
1.3
1.4
1.5

35/40
5
5
5
5
5
5
0
5
15/15
5
5
5
10/10

JADUAL PEMANTAUAN
5
5

Jadual tugasan guru/AJK kantin


Buku rekod/laporan kantin

20/20

LAPORAN KENDIRI KANTIN


5
5
5
5

10/15

FAIL AKTIVITI KANTIN

8.1 Pertandingan kantin bersih


8.2 Hari kantin
1
8.3 Rekod kejayaan (anugerah/sijil penyertaan)
Pemarkahan: o=Tiada , 1=lemah, 2=kurang memuaskan, 3=memuaskan ,
4=baik,5=cemerlang

T.t Pemantau/cop:
pemantauan: 28/6/2015

Catatan

25/25

5.1 Borang kendiri 1A (Laporan harian pengusaha kantin)


5.2 Borang kendiri 2(Laporan bulanan oleh GPK HEM /ajk
kantin)
5.3 Aduan Kantin

6.

5
5
5
5
5

AJK Kantin
Carta Organisasi
Papan kenyataan
Bayaran sewa kantin (bil bayaran)
Bayaran air & api (bil bayaran)

2.1 AJK Sebut harga


2.2 Perjanjian Kantin (2 tahun, atau pelanjutan1 tahun)
2.3 Sijil SSM & Sijil Kewangan
2.4 Pendaftaran On Line dengan Kem.Kesihatan Malaysia
2.6 Maklumat diri & no tel pengusaha dan pengendali
makanan
2.7 Sijil suntikan TY2 (pengusaha & pengendali makanan)
2.8 Permit/passport bukan warga negara
2.9 Sijil kursus pengendalian makanan pengusaha &
pengendali
SURAT MENYURAT
3.1 Pekeliling /surat menyurat/surat siaran/kursus/taklimat
3.2 Panggilan mesyuarat/minit mesyuarat
3.3 Surat peringatan/teguran/bimbingan /amaran
4.1
4.2

5.

) pada ruang berkaitan)

PERKARA

1
.

3.

5
4

Tarikh

2.2 Analisis Pemantauan Kantin Sekolah

730710016627001

SKOR

%
MARKAH

25/25
35/40
15/15
10/10
20/20
10/15
115 / 125

100%
87%
100%
100%
100%
67%
92%

ASPEK PEMANTAUAN
KANTIN SEKOLAH
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Pengurusan Kantin
Sebut Harga Kantin
Surat Menyurat
Jadual Pemantauan
Laporan Kendiri Kantin
Fail Aktiviti Kantin
Jumlah Keseluruhan:

Jadual 1 : Jumlah markah keseluruhan berdasarkan senarai semak pemantauan


kantin
sekolah

Berdasarkan Jadual 1: Jumlah markah keseluruhan berdasarkan senarai semak


pemantauan kantin sekolah, pencapaian keseluruhan aspek pemantauan ialah 92%. Daripada
jumlah keseluruhan terdapat enam aspek pemantauan yang dinilai. Antara aspek pemantauan
yang mendapat skor yang tertinggi ialah pengurusan kantin, surat menyurat, jadual
pemantauan dan laporan kendiri kantin, iaitu 100% diikuti oleh sebut harga kantin 87% dan
fail aktiviti kantin iaitu 67 %. Bagi aspek fail aktiviti kantin menunjukkan skor yang
sederhana iaitu 67%, ini adalah kerana Sk. Bukit Tunggal tidak memenangi sebarang
pertandingan di peringkat daerah Segamat. Berikut adalah dapatan capaian keseluruhan
analisis berdasarkan graf yang dinilai hasil dari pemantauan senarai semak yang dilakukan.

Graf 1 : Markah keseluruhan berdasarkan senarai semak pemantauan kantin sekolah

730710016627001

Aspek pengurusan kantin dan laporan kendiri kantin yang menunjukkan peratusan
yang tinggi kerana telah mematuhi dan menepati piawaian yang dikehendaki. Pihak kantin
turut memaparkan senarai Ahli Jawatan Kuasa yang lengkap dan papan kenyataan yang
dilampirkan juga menunjukkan maklumat-maklumat yang terkini, lengkap serta menarik .Di
dalam aspek surat menyurat dan jadual pemantau pula adalah kerana pihak kantin telah
menyimpan dan memaparkan pekeliling, surat siaran, mesyuarat atau taklimat yang dihadiri
dan diminitkan selengkapnya. Pihak kantin juga telah beroperasi dengan sangat baik dan
berdasarkan maklumat buku rekod yang telah dibuat oleh guru bertugas dan pemantauan.
Hasil dari pemerhatian dan pembacaan buku rekod atau laporan juga menunjukkan aktiviti
seperti Rancangan Makanan Tambahan dan menu makanan yang disediakan telah dilakukan
dengan jayanya tanpa punyai aduan dan kes-kes keracunan makanan yang berlaku. Keempatempat aspek ini mencapai peratusan yang tinggi dengan adanya kerjasama dia antara pihak
sekolah dan pengusaha kantin.
Pihak pengusaha kantin dan pihak sekolah tidak mengadakan hari kantin kerana
jumlah murid yang seramai 52 orang sahaja. Ini menyebabkan peratusan yang rendah dalam
aspek pemantauan fail aktiviti . Begitu juga dengan aspek sebut harga di bahagian permit
warganegara asing mendapat skor 0 kerana pihak kantin tidak mengambil pekerja asing. Jika
ditukarkan kepada peratus ianya mewakili sebanyak 87 peratus dan ini menunjukkan bahawa
kantin Sk. Bukit Tunggal berada di tahap yang baik dan boleh dibuat penambahbaikan.

Graf 2 : Pencapaian Keseluruhan Pemantauan Kantin

730710016627001

2.3 Cadangan Penambahbaikan Pemantauan Kantin Sekolah


Berdasarkan senarai semak dan pemarkahan yang diperolehi oleh pihak kantin dan
sekolah di atas, tidak terdapat banyak kelemahan yang dilakukan oleh pihak kantin dan
sekolah. Ini bermakna pengurusan pihak kantin sebenarnya boleh mendapat capaian
keseluruhan ke tahap yang lebih cemerlang jika langkah-langkah penambah baikkan dalam
aktiviti kantin seperti membuat hari terbuka kantin pada hari-hari terpilih antaranya ketika
sukan tahunan sekolah, mesyuarat persatuan ibu bapa dan guru atau pada hari terbuka sekolah
. Ini kerana ketika inilah ramai orang luar akan berkunjung di kantin seperti ibubapa akan
datang dan pastinya perkhidmatan makanan menjadi salah satu aspek tumpuan kepada
mereka. Pembukaan gerai-gerai dengan kerjasama pihak sekolah, guru dan murid serta
ibubapa akan memeriahkan lagi suasana kantin di sekolah.

2.4 SENARAI SEMAK PEMANTAUAN KESIHATAN SEKOLAH


Nama sekolah:Sk. Bukit Tunggal Nama Guru Besar: Siti Aisah Bte Nama GPK HEM: Pn. Rafidah Bte
Komeng
Khadli

No tel(p): 07-9473962

Sesi:

Jumlah murid: 52 orang

Nama guru kesihatan: Romzi Nama s/u kantin: Mohd Fahmi Nama s/u 3k: Ajis Bin Kadir
Bin Zainal
Bin Mohd. Noh

Bi
l 1.

(Tandakan (

) pada ruang berkaitan)

PERKAR
A
PENGURUSAN KESIHATAN

1.1 Jawatankuasa
1.2 Minit Mesyuarat
1.3 Perancangan Tahunan/ Bulanan
1.4 Surat Pekeliling /Siaran
1.5 Buku Panduan/Rujukan/poster/risalah/
1.6 Kotak First Aid

2.

5
5
5
5
5
5

BEBAS DENGGI
2.1 Fail Senarai Murid /guru/pekerja positif denggi
2.2 Tindakan sekolah
2.3 Aktiviti program bebas denggi (Hari kesihatan)
2.4 Senarai semak bulanan membasmi wabak denggi
2.5 Tugas flying skuad

3.

5
5
5

22/25

4
3

BILIK RAWATAN
3.1 Peralatan Kesihatan (Termometer,ukur
tinggi/berat)
3.2 Disediakan katil,cadar,bantal,selimut
3.3 Buku rekod penggunaan
3.4 Tatacara penggunaan Bilik Rawatan
3.5 Jadual tugas AJK
3.6 Kebersihan dan keceriaan Bilik Rawatan

Catatan
30/30

24/30

2
5
2
5
5

ASPEK PEMANTAUAN

730710016627001

4.

5.

FAIL PENYAKIT BERJANGKIT/TIDAK BERJANGKIT


4.1 HFMD (Tangan Kaki dan Mulut)
4.2 H1N1
4.3 Campak,sakit mata ,beguk,cacar
air,malaria,kolera
dllmanis, Darah Tinggi, Jantung dll
4.4
Kanser, Kencing

5
5
5
5

PERKHIDMATAN KESIHATAN

5.1 Jadual imunisasi (Tahun 1,Tahun 6 dan Tingkatan


5
1) Buku Rekod Kesihatan (RKM 1) simpan di tempat
5
5.2
khas.
5
5.3 Jadual lawatan / pemeriksaan kesihatan dan
pergigian
6.
KES KECEMASAN
6.1 Keracunan makanan
5
5
6.2 Melecur (terbakar) Histeria,gigitan serangga,luka
ringan.
5
7.
Fail Program Susu 1 Malaysia
Pemarkahan: 0=Tiada,1=Lemah,2=Kurang memuaskan,3=Memuaskan,4=Baik,5=Cemerlang.

T.t Pemantau /Cop:

20/20

15/15

10/10
5/5

Tarikh Pemantauan: 28/6/2015

2.5 Analisis Pemantauan Kesihatan Sekolah

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

ASPEK PEMANTAUAN
KESIHATAN SEKOLAH

SKOR

%
MARKAH

Pengurusan Kesihatan
Bebas Denggi
Bilik Rawatan
Fail Penyakit Berjangkit/Tidak
Perkhidmatan Kesihatan
Kes Kecemasan
Fail Program Susu 1 Malaysia
Jumlah Keseluruhan:

30/30
22/25
24/30
20/20
15/15
10/10
5/5
116 / 125

100%
88%
80%
100%
100%
100%
100%
92%

Jadual 2 : Jumlah markah keseluruhan berdasarkan Senarai Semak Pemantauan


Kesihatan

Terdapat tujuh aspek pemantauan yang dinilai berdasarkan Senarai Semak


Pemantauan Kesihatan Sekolah, seperti Jadual 2 di atas. Jika dilihat di sini , antara aspek
pemantauan yang boleh dan perlu diperbaiki ialah terhadap aspek penilaian bilik rawatan
sekolah iaitu 80 peratus. Ini kerana Sk. Bukit Tunggal merupakan sekolah gred SKM dan
kekurangan bilik maka dengan adalah menjadi satu beban pihak sekolah dalam menyediakan
bilik rawatan yang sempurna. Setakat ini pihak sekolah hanya mampu menyediakan bilik
rawatan yang berkongsi bersama dengan bilik Skim Pinjam Buku Teks. Di bawah ini di

sediakan graf hasil dari pemantauan senarai semak yang dilakukan.

730710016627001

Graf 2 : Pemantauan Kesihatan Sekolah

Tinjuan dari pemantauan dan penilaian yang dibuat, di dapati aspek kesihatan di Sk.
Bukit Tunggal adalah berada pada tahap yang cemerlang kerana telah memenuhi segala aspek
yang dinilai. Jumlah keseluruhan skor yang diperolehi ialah sebanyak 116/125
keseluruhannya dan mewakili peratusan sebanyak 92 peratus. Hasil dari senarai semak yang
dilakukan menunjukkan segala pengurusan, aktiviti, perkhidmatan kesihatan, dan program
Susu 1 Malaysia telah diadakan dan dilaksanakan mengikut ketetapan Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Graf 3 : Pencapaian Keseluruhan Pemantauan Kantin

730710016627001

2.6 Cadangan Penambah baikan Pemantauan Kesihatan Sekolah


Penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi menambah baik kekurangan bagi aspek
pemantauan bilik rawatan menyediakan sebuah kerusi rehat yang membolehkan pelajar
duduk bersandar bagi menggantikan katil. Ini adalah kerana bilik SPBT yang kecil tidak
membolehkan pihak sekolah menempatkan katil. Keceriaan bilik rawatan juga boleh
ditambah baik dengan menampal maklumat-maklumat kesihatan dan langkah-langkah
menghadapi kecemasan atau cara asas mengetahui penyakit dan langkah-langkah yang boleh
diambil. Seperti di sarankan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia pihak sekolah juga
boleh menubuhkan Kelab Doktor Muda sekolah dalam membantu pelajar mengamalkan gaya
hidup yang sihat dalam kehidupan. Pelajar-pelajar yang dilantik boleh mengadakan
perjumpaan bersama guru untuk bersama membincangkan aktiviti atau perancangan program
yang boleh dilakukan seperti ceramah dan pameran kesihatan, kebersihan dan keselamatan
serta membantu pelajar lain mendapatkan tahap kesihatan yang terbaik .
Penutup
Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam
menjalani kehidupan seharian. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah
terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan, serta menghargai kemudahan yang disediakan.
Memupuk semangat bertanggungjawab serta kesediaan bekerja sebagai satu pasukan untuk
mencapai matlamat amalan kebersihan sekolah. Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan
sekolah. Mewujudkan iklim, serta identiti sekolah sebagai institusi yang sihat, bersih, indah
dan ceria. Persekitaran sekolah memainkan peranan penting dalam perkembangan personaliti
kanak-kanak. Proses pembelajaran formal yang berterusan bermula tahap pertengahan kanakkanak hinggalah ke tahap akhir remaja akan mempengaruhi nilai, pengukuhan kendiri, tahap
pencapaian,bentuk aspirasi dan lain-lain bentuk kemahiran sosial dan psikologi yang

diperlukan dalam kehidupan individu.

730710016627001

E. Rujukan
Kementerian Pendidikan Malaysia (1997). Amalan kebersihan sekolah: garis panduan. Kuala
Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia
Dr. David Lim Chong Lim, Dr. Nor Azizah Salleh, Prof Madya Dr. Saat Md Yasin, Prof
Madya Dr. Mohd Kidin Shahran, Prof Madya Dr. Alias Mohd Yatim, dan Prof Dr.
Abdul Razak Habib (2013). Hbhe3203 kebersihan dan keselamatan persekitaran.
Open University Malaysia.
Zainun Ishak (2006). Panduan kesihatan dan keselamatan kanak-kanak. Kuala Lumpur:
Utusan Publications.
Norhayati Ismail (2000). Keracunan Makanan. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Laman Web:
Keselamatan di kawasan sekolah.http://hamdenbakar.blogspot.com/2012/12/keselamatan -dikawasan-sekolah.html. (8 Julai 2015)

Anda mungkin juga menyukai