Anda di halaman 1dari 2

Nama Program: PENDAFTARAN ASRAMA 2017

Tarikh Program: 1 JANUARI 2018

Lokasi Program: DEWAN MAKAN ASRAMA SMK ENGKU HUSAIN

Penganjur: SMK ENGKU HUSAIN, 43500 SEMENYIH SELANGOR.

OBJEKTIF

1. Memberikan pendedahan murid baharu dengan suasana kehidupan asrama.


2. Mengeratkan ukhwah silaturrahim antara pihak asrama dan ibubapa pelajar asrama

KEKUATAN PROGRAM

1. Ibubapa dapat melihat sendiri kamar dan persekitaran asrama yang bakal dinikmati oleh anak-anak mereka.
2. Hubungan yang baik dapat dijalin antara warden asrama khasnya bersama pihak ibubapa untuk
perkembangan positif anak-anak di asrama.
3. Ibubapa memahami dan bersama-sama menghayati taklimat pengetua dalam usaha mentransformasi asrama
untuk melonjakkan prestasi asrama Semuhsin.
4. Wujud ruang untuk ibubapa bertanya berkenaan anak mereka pada guru-guru yang hadir.
5. Kerjasama dan komitmen pentadbir, guru dan ibubapa dalam meningkatkan prestasi pelajar asrama.
6. Pelajar asrama sangat teruja untuk kembali ke asrama dengan semangat tahun baru yang memuncak.

KELEMAHAN DAN KEKEKANGAN PROGRAM

1. Tempat pendaftaran asrama dapat dinaiktaraf agar lebih kondusif terutamanya kepada ibubapa.
2. Persediaan taklimat juga perlu ditambahbaik supaya ibubapa lebih fokus semasa mengikuti taklimat dan
berasa selesa.
3. Kekangan masa untuk menyediakan bahan-bahan dan peralatan kerana Hari Pendaftaran asrama dijalankan
sebelum sesi persekolahan bermula.
4. Waktu pendaftaran yang diadakan dilihat menyukarkan pihak ibubapa yang terpaksa untuk bergegas ke
asrama lain untuk urusan pendafatran anak yang lain.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

AJK asrama akan membincangkan isu masa pendaftaran bersama pihak pentadbiran asrama supaya masa
pendaftaran dapat disusun dengan lebih baik untuk melancarkan urusan guru dan ibubapa pada tahun akan
datang.
PENDAFTARAN ASRAMA PADA 1 JANUARI 2018

Tuan Hj Abdul Gaffar bin Kunchi Mohd, Pengetua


Cemerlang SMK Engku Husain menyampaikan taklimat Khusyuk dan penuh minat ibubapa/ penjaga yang hadir
awal berkaitan asrama kepada ibubapa/ penjaga yang mendengar taklimat yang disampaikan oleh tuan
hadir. pengetua.

Guru AJK asrama menerima bayaran yuran asrama Ibubapa/ penjaga naik ke kamar pelajar sambil
daripada ibubapa/ penjaga pelajar asrama selepas sesi meninjau kemudahan yang disediakan oleh pihak
taklimat bersama pengetua selesai. asrama SMK Engku Husain.

Anda mungkin juga menyukai