Anda di halaman 1dari 5

KHUTBAH JUM‘AT

TAJUK : MASA, ANTARA RUGI DENGAN UNTUNG


TARIKH: 6 JANUARI 2023 / 13 JAMADILAKHIR 1444
َۡ َّ
ُ ‫ٱل َح‬ ۡ
_____________________________________________________________________________________________________

:‫مد ِلل ِه القا ِئل‬


ْ ُ َ َ ْ ُ َ َ َ َّ َّ ۡ ُ َ َ َٰ َ ۡ َّ ۡ َ ۡ َ
‫ إَِّل ٱَّلِين ءامنوا وع ِملوا‬٢ ‫ۡس‬ ٍ ‫ٱۡلنسن ل ِِف خ‬ ِ ‫ إِن‬١ ‫ۡص‬ ِ ‫وٱلع‬
ۡ َّ ْ ۡ َ َ َ َ َ ۡ ْ ۡ َ َ َ َ َٰ َ َٰ َّ
٣ ‫ۡب‬ ِ ‫ت وتواصوا بِٱۡل ِق وتواصوا بِٱلص‬ ِ ‫ٱلصلِح‬
(Surah al-‘Asr, ayat 1 - 3)

ُ‫ َو َأ ۡش َه ُد َأ آن ُم َح آم ًدا َع ۡب ُد ُه‬، ‫يك َل ُُه‬ ُ ‫َأ ۡش َه ُد َأن آَّل إ َل ٰـ َه إ آَّل‬


َ ‫هللا َو ۡح َد ُُه ََّل َشر‬
‫و‬
َ
‫و‬ ِ ‫و‬ ِ ِ
َ َ َ
ۡ ‫صل َو َسل ۡم َعلى َسيدنا ُم َح آم ٍد َو َعلى آله َوأ‬ ‫ََ ُ ُُ آ‬
‫ص َح ِاب ِ ُهﮮ َو َمن‬ ِِ ِِ ِ ِ
َ ‫الل ُه آم‬ .‫ورسول ُهو‬
َ ‫َتب َع ُهم بإ ۡح َسان إ َلى َي ۡوم الد‬
.‫ين‬ ِ ِ ِ ٍ ِِ َِ
َ َ ‫آ‬ ُ َ َ َُ َ ‫ ا آت ُقوا‬،‫ َف َيا ع َب َاد هللا‬،‫أ آما َب ۡع ُد‬
.‫وت آن ِإَّل َوأ ُنتم ُّم ۡس ِل ُمون‬ ُ ‫ َوَّل ت ُم‬،‫هللا َح آق تقا ِت ِ ُهﮮ‬ ِ ِ

SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH AZZAWAJALLA,

Bertaqwalah kepada Allah Azzawajalla dengan melaksanakan segala


perintah-Nya dan menjauhi segala tegahan-Nya. Marilah kita
memelihara diri, keluarga dan masyarakat daripada segala perkara yang
mengundang kemurkaan Allah Azzawajalla. Berdasarkan Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan bilangan (2) pada tahun 2016
menyebutkan umat Islam di negeri ini hendaklah berpegang teguh
dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dihimpunkan oleh al-
1
Imam Abu al-Hasan al-Ash’ari dan al-Imam Abu Mansur al-Maturidi.
Manakala hukum hakam feqah hendaklah berdasarkan empat mazhab
yang utama dan dalam amalan tasawwuf pula berdasarkan manhaj
ulama sufi yang berwibawa seperti al-Imam Junaid al-Baghdadi dan al-
Imam al-Ghazali. Mimbar mengingatkan jemaah sekalian agar
memberikan tumpuan terhadap khutbah ini. Jangan bercakap, berbual-
bual atau bermain dengan sebarang bentuk gajet supaya pahala Jumaat
kita tidak menjadi sia-sia. Mimbar pada hari ini membicarakan khutbah
yang bertajuk “MASA, ANTARA RUGI DENGAN UNTUNG.”

SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN,


Kita sering membaca surah al-‘Asr sama ada dalam solat atau luar solat.
Walaupun surah ini ringkas, kandungannya sungguh tuntas dan
mencakupi perjalanan kehidupan. Diriwayatkan bahawa Imam Shafi’i
pernah berkata yang bermaksud “Kalaulah surah al-‘Asr ini sahaja yang
diturunkan oleh Allah Azzawajalla, sudah cukup untuk seluruh manusia.”
Dalam surah al-‘Asr yang dibacakan pada awal khutbah ini, Allah
Azzawajalla telah bersumpah dengan masa untuk menegaskan bahawa
semua manusia berada dalam kerugian. Namun, ada empat golongan
yang terselamat daripada kerugian tersebut, iaitu golongan yang
beriman, beramal soleh, saling berpesan dengan kebenaran dan saling
berpesan dengan kesabaran.
Masa ialah makhluk ciptaan Allah Azzawajalla yang unik dan
misteri. Manusia dapat mengatur urusan duniawi dengan sistematik dan
tersusun dengan menggunakan masa. Dengan masa juga, insan dapat
memanfaatkan kehidupan dunia untuk kebaikan hari akhirat. Dalam
maksud yang lain, manusia dapat melakukan amalan yang bermanfaat
serta menangguhkan urusan yang kurang berfaedah. Dalam
menguruskan masa, ada manusia yang beruntung dan ada yang

2
merugi. Orang yang pandai mengatur masa, dia beruntung manakala
orang yang gagal menguruskan masa, dia merugi.

SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN,


Bagi menjelaskan kepentingan masa, masyarakat memberikan
berbagai-bagai perumpamaan untuk masa. Misalnya, masyarakat
Melayu mengumpamakan masa seperti emas. Masyarakat Arab pula
mengumpamakan masa umpama pedang. Ada juga yang
mengumpamakan masa seperti wang atau harta dan sebagainya. Ada
juga peribahasa yang menyebut “sudah mengilang membajak pula”
yang bermaksud orang yang bekerja sepanjang masa.
Dalam surah al-’Asr, Allah Azzawajalla menegaskan bahawa masa
mempunyai kaitan dengan keuntungan dan kerugian. Bagaimanakah
manusia mampu memperoleh keuntungan daripada masa? Keuntungan
yang sebenar diperoleh daripada tiga hubungan, iaitu hubungan dengan
Allah Azzawajalla melalui iman, hubungan dengan diri sendiri melalui
amalan soleh dan hubungan dengan manusia melalui pesanan
kebenaran dan kesabaran. Tanpa ketiga-tiga hubungan ini, manusia
amat rugi walaupun dari segi duniawinya dia mendapat keuntungan.
Imam al-Tabari menukilkan bahawa berpesan-pesan dengan kebenaran
bermaksud kita hendaklah saling mengingatkan kepentingan melakukan
suruhan Allah Azzawajalla serta meninggalkan larangan-Nya. Manakala
berpesan-pesan dengan kesabaran bermaksud kita saling
mengingatkan kepentingan kesabaran dalam mentaati perintah Allah
Azzawajalla.

SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN,

Kita telah pun memasuki tahun baharu 2023. Masa berlalu semakin
pantas dan usia kita pada hakikatnya semakin pendek. Pertambahan
3
umur bukan bermakna hidup kita semakin lama, tetapi menandakan
kehidupan kita semakin menghampiri penghujungnya. Kematian boleh
menjelma pada bila-bila masa tanpa sebarang amaran.

Oleh yang demikian, marilah kita melakukan muhasabah. Dengan


usia yang dianugerahkan oleh Allah Azzawajalla sehingga hari ini,
adakah kita semakin beruntung atau merugi? Adakah dengan setiap
hela nafas yang kita hirup dan hembuskan, dapat menjadikan kita
semakin rapat dengan Allah Azzawajalla atau semakin jauh daripada-
Nya? Adakah pegangan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah kita semakin
mantap atau kita cenderung terhadap ahli bidaah? Bagaimanakah kita
mampu menjadikan aqidah sebagai benteng dalam mengharungi
kehidupan pada zaman fitnah yang semakin mencabar ini?
Bagaimanakah dengan solat fardhu kita? Adakah semuanya cukup atau
masih bersifat “celup-celup” sahaja? Bagaimanakah dengan solat
berjemaah kita pula? Adakah memadai dengan solat Jumaat sekali
seminggu? Sedangkan masjid dan surau melaungkan azan lima kali
sehari mengingatkan kita. Sejauh manakah solat yang kita lakukan
melindungi diri kita daripada melakukan maksiat? Amalan lain seperti
zakat, puasa, sedekah, silaturrahim, hubungan dengan jiran dan
sebagainya, bagaimana pula? Banyak lagi persoalan yang boleh
ditimbulkan bagi menyedarkan diri kita tentang kepentingan masa.

Marilah kita memahami dan meneliti sabda Rasulullah dalam hadis


diriwayatkan oleh Sayidina Ibnu Abbas radiallahuanhuma. Dalam hadis
ini baginda menasihati seorang lelaki dengan bersabda:

َ َ َ َ َ َ‫َ َ َ َ َ َ ََ َ َ آ‬ َ َ ً َ
ُ َ ‫س ُق ُِم‬
،‫ك‬ ُ ‫ك ُق ُب ُل‬ ُ ‫ ُو ِصُ ُح ُت‬،‫ك‬ ُ ‫ك ُقبُ ُل ُه ُر ُِم‬ ُ ‫ش ُب ُاب‬
ُ :‫س‬
ُ ٍ ُ‫خم‬ ُ ‫سا ُقبُ َُل‬ ُ ُ‫خم‬ ُ ُ‫ُِاغُ َُت ُِنم‬
َ َ َ ََ َ َ ُ َ َ َ َ َََ َ َ َ َ َ َ َ َ
ُ .‫ك‬ ُ َ ‫ك ُقبُ َُل َُم ُوُِت‬ُ ‫ح ُي ُات‬
ُ ‫ ُو‬،‫ك‬
ُ ‫شغُ ُِل‬
ُ ‫ك ُقبُ ُل‬ُ ‫اغ‬
ُ ‫ ُو ُف ُر‬،‫ك‬
ُ ‫ك ُقبُ ُل ُفقُ ُِر‬
ُ ‫ُو ُِغ ُن ُائ‬

4
Maksudnya: Rebutlah lima masa, yakni peluang, sebelum datang
lima masa. (Peluang tersebut ialah) masa muda sebelum masa tua,
masa sihat sebelum masa sakit, masa kaya sebelum masa miskin,
masa lapang sebelum masa sibuk dan masa hidup sebelum mati.”
(Riwayat al-Hakim)

Lima masa dan peluang yang disabdakan oleh Rasulullah SAW


itulah yang perlu direbut untuk diisi dengan amalan soleh. Jika kita gagal
memanfaatkan masa tersebut dengan iman, amal soleh serta pesanan
kebenaran dan kesabaran, kita bimbang akan tergolong dalam kalangan
golongan yang benar-benar kerugian di dunia dan di akhirat.

SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN,

Mengakhiri khutbah pada minggu ini, marilah kita menghayati dan


mengamalkan inti pati surah al-’Asr. Bukan sekadar dibaca pada
penghujung majlis tetapi isinya tidak diamalkan. Rebutlah peluang hidup
dan usia yang masih berbaki ini untuk membaiki diri agar dapat
mendekatkan diri kepada Allah Azzawajalla.

‫ات‬ َ ‫ َو َن َف َعني َوإ َّي ُاك ۡم ب َما فيه م َن ۡۡلا‬،‫هللا لي َو َل ُك ۡم في ۡال ُق ۡر َءان ۡال َعظيم‬
‫ي‬ ُ ‫َبا َر َك‬
ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ
َ
ُ ُ َ ۡ ُ َّ َ ُ ُ َّ ُ َ َ َ ۡ ُ َ ََ ۡ ۡ َ
‫ أقو ُل‬،‫يم‬ ‫ َوتق َّب َل ِم ِني و ِمنكم ِتَلوته ِإنه هو الس ِميع الع ِل‬،‫الذك ِر ال َح ِك ِيم‬ ِ ‫و‬
َ ۡ ُۡ َ َ ۡ ُۡ ۤ َ َ ۡ ُ َ َ َ َ ۡ َ ُ ۡ َ ۡ َ َ َ َ ۡ َ
،‫ات‬ ِ ‫ و ِلسا ِئ ِر اۡلس ِل ِمين واۡلس ِلم‬،‫قو ِلي هذا وأستغ ِفر هللا الع ِظيم ِلي ولكم‬
َ ۤ َّ َ َ َ َ َ َ ۡ َ ۡ ُ ۡ ‫َ ۡ َ ۡ ُ و ُ َ َ َ ۡ َز‬ َ ۡ ُۡ َ َ ۡ ُۡ َ
.‫ فاستغ ِفر ه فيا فو اۡلستغ ِف ِرين ويا نجاة التا ِئ ِبين‬،‫ات‬ ِ ‫واۡلؤ ِم ِنين واۡلؤ ِمن‬

Anda mungkin juga menyukai