Anda di halaman 1dari 5

KHUTBAH JUM‘AT

TAJUK : DARI MASJID KE MASJID


TARIKH: 17 FEBRUARI 2023 / 26 RAJAB 1444
َۡ َّ
ُ ‫ٱل َح‬ ۡ
_____________________________________________________________________________________________________

:‫مد ِلل ِه القا ِئل‬


َ‫ٱۡل َر ِام إ ََل ٱل ۡ َم ۡسج ِد ۡٱۡلَ ۡقصا‬
َ ۡ ۡ َ ۡ َ ‫َۡا‬ ۡ َ َٰ َ ۡ َ ‫ذ‬
ٓ َ َ ۡ ُ
ِ ِ ِ ‫سبحَٰن ٱَّلِي أۡسى بِعب ِده ِۦ َلٗل مِن ٱلمس‬
‫ج ِد‬
ُ َ ۡ ُ ‫ذ َ َ ۡ َ َ ۡ َُ ُ َ ُ ۡ َ َ َ ٓ ذ ُ ُ َ ذ‬
١ ‫ُِنيهۥ مِن ءايَٰتِنا ۚٓ إِنهۥ هو ٱلس ِميع ٱۡل ِصري‬ ِ ‫ٱَّلِي بَٰركنا حوَلۥ ل‬
(Surah al-Isra’, ayat 1)

ُ‫ َو َأ ۡش َه ُد َأ آن ُم َح آم ًدا َع ۡب ُد ُه‬، ‫يك َل ُُه‬ ُ ‫َأ ۡش َه ُد َأن آَّل إ َل ٰـ َه إ آَّل‬


َ ‫هللا َو ۡح َد ُُه ََّل َشر‬
‫و‬
َ
‫و‬ ِ ‫و‬ ِ ِ
َ َ َ
ۡ ‫صل َو َسل ۡم َعلى َسيدنا ُم َح آم ٍد َو َعلى آله َوأ‬ ‫ََ ُ ُُ آ‬
‫ص َح ِاب ِ ُهﮮ َو َمن‬ ِِ ِِ ِ ِ
َ ‫الل ُه آم‬ .‫ورسول ُهو‬
َ ‫َتب َع ُهم بإ ۡح َسان إ َلى َي ۡوم الد‬
.‫ين‬ ِ ِ ِ ٍ ِِ َِ
َ َ ‫آ‬ ُ َ َ َُ َ
َُ ‫ ِا آت ُقوا‬،‫ ف َيا ِع َب َاد هللا‬،‫أ آما َب ۡع ُد‬
.‫ َوَّل ت ُموت آن ِإَّل َوأ ُنتم ُّم ۡس ِل ُمون‬،‫هللا َح آق تقا ِت ِ ُهﮮ‬

SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH ‘AZZAWAJALLA,

Bertaqwalah kepada Allah Azzawajalla dengan melaksanakan segala


perintah-Nya dan menjauhi segala tegahan-Nya. Marilah kita memelihara
diri, keluarga dan masyarakat daripada segala perkara yang mengundang
kemurkaan Allah Azzawajalla. Berdasarkan Muzakarah Jawatankuasa
Fatwa Negeri Sembilan iaitu bilangan (2) pada tahun 2016 menyebutkan
umat Islam di negeri ini hendaklah berpegang teguh dengan aqidah Ahli
Sunnah Wal Jamaah yang dihimpunkan oleh al-Imam Abu al-Hasan al-
Ash’ari dan al-Imam Abu Mansur al-Maturidi.
1
Manakala hukum hakam feqah hendaklah berdasarkan empat mazhab
yang utama dan dalam amalan tasawwuf pula berdasarkan manhaj ulama
sufi yang berwibawa seperti al-Imam Junaid al-Baghdadi dan al-Imam al-
Ghazali. Mimbar pada hari ini membicarakan khutbah yang bertajuk
“DARI MASJID KE MASJID.”

SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN,


Pada bulan Rejab setiap tahun, kita memperingati peristiwa agung, iaitu
peristiwa Israk dan Mikraj. Dalam peristiwa ini, Allah Azzawajalla
membawa hamba dan kekasih-Nya Sayidina Muhammad SAW dalam
satu pengembaraan yang penuh dengan mukjizat. Perjalanan ini berlaku
pada waktu malam atau disebut sebagai peristiwa israk. Dalam peristiwa
tersebut, Baginda SAW melakukan perjalanan dari Masjidilharam di
Makkah al-Mukarramah menuju ke Masjid al-Aqsa di Palestin. Selepas
perjalanan israk, Baginda SAW dianugerahkan mukjizat mikraj untuk
menempuh perjalanan langit.
Dalam peristiwa mikraj, Rasulullah SAW dapat menembusi
tingkatan langit demi langit. Akhirnya, Baginda SAW menerima perintah
kefarduan solat sejumlah lima puluh waktu yang kemudiannya
dikurangkan sedikit demi sedikit menjadi lima waktu. Apabila turun dari
langit, Baginda SAW berhenti sekali lagi di al-Masjidi al-Aqsa untuk
memimpin solat berjemaah bersama-sama para nabi. Dalam hal ini,
terdapat sedikit perselisihan pandangan dalam kalangan ulama.
Sebagaimana yang dinukilkan oleh al-Hafiz as-Suyuti dalam karyanya,
al-Imam Ibnu Kathir berpendapat Nabi SAW mengimamkan solat dengan
para nabi sebelum naik ke langit manakala al-Qadhi ’Iyad berpandangan
peristiwa ini berlaku selepas Baginda SAW turun dari langit.

2
Apa yang penting, menurut Dr. Ja’far Ahmad at-Talhawi, ulama di
Universiti al-Azhar, peristiwa Nabi SAW mengimamkan solat dalam Israk
dan Mikraj ini menunjukkan bahawa keafdalan dan keutamaan Rasulullah
SAW berbanding dengan anbia yang lain.

SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN,

Peristiwa Israk’ yang bermula dari Masjidilharam dan berakhir di al-Masjid


al-Aqsa memberikan mesej kepada kita bahawa, solat fardu amatlah
penting bahkan jika tiada keuzuran, maka dituntut agar dilaksanakan
secara berjemaah. Orang Islam tidak boleh memisahkan dirinya dari
masjid. Hakikatnya, masjid ialah nadi kehidupan orang Islam dan pusat
komuniti bagi sesebuah masyarakat. Orang yang hatinya terikat dengan
rumah Allah Azzawajalla dan mengutamakan solat berjemaah di masjid
termasuk dalam salah satu daripada tujuh golongan yang layak mendapat
naungan Arasy Allah Azzawajalla pada hari kiamat. Pada hari tersebut,
tiada siapa dapat melindungi kita selain Arasy Allah Yang Maha Perkasa

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina Abu Hurairah


radiallahuanhu, Rasulullah SAW bersabda:

َ َ َ َ ْ ْ َ ْ َ َْ ََ ْ ُ َ ْ َ َ َ َ ْ ُ ََ
ً‫صَلة الجماع ِة أفضل ِمن صَل ِة الف ِذ ِبسب ٍع و ِعش ِرين درجة‬

Maksudnya: “(Ganjaran) solat berjemaah mengatasi solat secara


bersendirian sebanyak 27 darjat.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Satu-satunya perintah menunaikan ibadah yang diterima oleh


Rasulullah SAW di langit ialah solat fardu lima waktu sedangkan ibadah-
ibadah yang lain Baginda SAW menerimanya di bumi. Hal ini memberikan
isyarat bahawa solat fardu lima waktu mempunyai kedudukan yang amat
tinggi serta menjadi penghubung antara hamba dengan Tuhannya.

3
Oleh yang demikian, mimbar mengingatkan sidang jemaah supaya
memelihara dan menunaikan solat fardu dengan tekun.

Usahlah abaikan solat fardu dan berusahalah menunaikannya. Bagi


orang yang mampu, tunaikanlah solat secara sempurna. Bagi orang yang
uzur atau sakit, tunaikanlah solat sambil duduk, berbaring atau
menggunakan isyarat mata. Jika kita diuji dengan sakit dan tidak mampu
berwuduk sendiri, mohonlah bantuan orang lain seperti isteri atau anak
untuk membantu kita berwuduk. Jika ibu bapa kita sedang uzur, kita
sebagai anak hendaklah berikhtiar membantu ibu bapa kita menunaikan
solat. Apa yang penting, usahalah melaksanakan solat sampai saat akhir
kehidupan kita ini.

Sedarlah bahawa solat fardu merupakan perjanjian antara hamba


dengan Allah Azzawajalla untuk melayakkannya masuk ke syurga. Dalam
hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina ’Ubadah bin Samit radiallahuanhu,
Rasulullah SAW bersabda:

ْ َ َ َ ْ َ ُ َّ ُ َ َ َ َ َ َ ُ ْ َ
‫ ف َم ْن َج َاء ِب ِـه َّن َول ْم ُيض ِي ْـع ِمن ُـه َّن‬،‫هللا َعلى ال ِع َب ِاد‬ ‫ات كتبـهن‬ ٍ ‫خ م س ص لو‬
َ َّ َ ْ ُ َ ْ ُ ْ َ ٌ ْ َ َ ْ ُ َ َ َ َّ َ َْ ْ ْ َ
ً .‫ة‬
ً ‫هللا عهد أن يد ِخله الجن‬ ِ ‫د‬ ‫ن‬ ‫ع‬ِ ‫ه‬ ‫ل‬ ‫ان‬‫ك‬ ، ‫ن‬ ‫ـه‬‫ق‬
ِِ ِ‫ح‬ ‫ب‬ ‫ا‬ ‫اف‬‫ف‬ ‫شيـئا اس ِتخ‬

Maksudnya: “Solat lima waktu telah difardukan oleh Allah atas


hamba-hamba-Nya. Sesiapa yang mendirikan solat lima waktu dan
tidak mengabaikannya atau meremehkannya, Allah berjanji akan
memasukkannya ke dalam syurga.” (Riwayat Abu Dawud)

4
SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN,

Bersempena sambutan memperingati peristiwa Israk dan Mikraj, marilah


kita berazam memelihara dan menyempurnakan solat fardu lima waktu.
Bukan sekadar itu, kita juga perlu berazam menunaikan solat fardu ini
secara berjemaah di masjid atau surau.

Didiklah keluarga kita menjaga solat fardu dan bawalah anak-anak ke


masjid atau surau untuk berjemaah bersama-sama. Sebagai ketua
keluarga, suami wajib mendidik diri dan keluarganya agar dihindarkan dari
api neraka. Firman Allah Azzawajalla dalam surah at-Tahrim ayat 6:

ُ ‫ٱنلذ‬ َ ُ َُ ‫ُ ۡ َ ا‬ ۡ ََ ۡ ُ َ ُ َ ْ ٓ ُ ْ ُ َ َ َ ‫َ َ ُّ َ ذ‬
‫اس‬ ‫أنفسكم وأهلِيكم نارا وقودها‬ ‫يأيها ٱَّلِين ءامنوا قوا‬ َٰٓ
ۡ‫أَ َم َر ُهم‬ َٓ َ‫ ذ َۡ ُ َ ذ‬ٞ َ ٞ َ
‫غِٗلظ ِشداد َّل يعصون ٱَّلل ما‬
ٌ َ َٰٓ َ َ َ ۡ َ َ ُ َ َ ۡ َ
‫وٱۡل ِجارة عليها ملئِكة‬
َ ۡ َ ُ ۡ
٦ ‫َو َيف َعلون َما يُؤ َم ُرون‬
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan
ahli keluarga kamu daripada api neraka yang bahan bakarannya
ialah manusia dan batu. Neraka itu dikawal oleh malaikat yang
bersikap kasar dan keras. Mereka tidak menderhaka terhadap Allah
dan mereka sentiasa melaksanakan segala yang diperintahkan
kepada mereka.”

َ ۡ َ َ ۡ ُ َّ َ َ َ َ َ َ ۡ َۡ ُۡ ۡ ُ ََ ُ َ َ َ
‫ات‬ِ ‫ ونفع ِني و ِإياكم ِبما ِف ِيه ِمن ۡلاي‬،‫بارك هللا ِلي ولكم ِفي القرء ِان الع ِظ ِيم‬
ُ َ ُ َ ۡ ُ َّ َ ُ ُ َّ ُ َ َ َ ۡ ُ َ َ ََ َ ۡ ۡ َ
‫ أقو ُل‬،‫يم‬ َ َّ
‫ وتقبل ِم ِني و ِمنكم ِتَلوته ِإنه هو الس ِميع الع ِل‬،‫الذك ِر الح ِك ِيم‬ ِ ‫و‬
َ ۡ ُۡ َ َ ۡ ُۡ ِ َ َ ۡ ُ َ َ َ َ ۡ َ ُ ۡ َ ۡ َ َ َ َ ۡ َ
،‫ات‬ ِ ‫ و ِلسا ِئ ِر اۡسس ِل ِمون واۡسس ِلم‬،‫هللا الع ِظيم ِلي ولكم‬ ً ‫قو ِلي هذا وأستغ ِفر‬
َ ِ َّ َ َ
.‫ين َو َيا ن َجاة التا ِئ ِبون‬َ ‫اس َت ۡغف ُرو ُه َف َيا َف ۡو َز ۡاۡسُ ۡس َت ۡغفر‬
ۡ ‫ َف‬،‫َو ۡاۡسُ ۡؤمن َون َو ۡاۡسُ ۡؤم َنات‬
ِ ِ ِ ِ ِ ِِ
5

Anda mungkin juga menyukai