Anda di halaman 1dari 4

KHUTBAH JUM‘AT

TAJUK: BERIBADAH DENGAN ILMU


TARIKH: 8 SEPTEMBER 2023 / 22 SAFAR 1445

َ ۡ َّ ُ َ ۡ
:‫ٱلحمد ِلل ِه القا ِئل‬
َ ُ َّ ْ ٓ ُ ۡ ُ َ َ ْ ُ َ ۡ َ ْ ُ ُ َ ۡ َ ‫َ َٰ َ ٓ َ َ َ ُ ُ ْ َ َ ُ ۡ َ ُ ل‬
‫ۡسف ْۚوا إينهۥ َل‬
‫ج ٖد وُكوا وٱۡشبوا وَل ت ي‬
‫ك مس ي‬‫يب يِن ءادم خذوا زيينتكم عيند ي‬
َ ‫ب ٱل ۡ ُم ۡۡسف‬
٣١ ‫يي‬ ُّ ‫ُُيي‬
‫ي‬
(Surah al-A’raf ayat 31)

ُ.‫ َو َأ ۡش َه ُد َأ آن ُم َح آم ًدا َع ۡب ُد ُه َو َر ُس ُوله‬،‫يك َل ُه‬ ُ ‫َأ ۡش َه ُد َأن آَّل إ َل ٰـ َه إ آَّل‬


َ ‫هللا َو ۡح َد ُه ََّل َشر‬
َ ِ ِ ِ
َ َ َ َ ‫آ‬
‫س ٍان‬ ُۡ ‫صـ ِل َو َس ِل ۡم َعلى َس ِي ِدنا ُم َح آم ٍد َو َعلى ِآل ِه َوأ‬
ُ َ ‫صـ َح ِاب ِه َو َمن ت ِب َع ُُهـم ِب ِإ ۡح‬ َُ ‫الل ُُهـ آم‬
.‫ين‬ َ ‫إ َلى َي ۡوم الد‬
ِ ِ ِ
َ َ ‫َ ُ آ‬ َ َُ َ ‫ ا آت ُقوا‬، ‫ َف َيا ع َب َاد هللا‬، ‫أ آما َب ۡع ُ ُد‬ َ
.‫ َوَّل ت ُموت آن ِإَّل َوأ ُنتم ُّم ۡس ِل ُمون‬، ‫هللا َح آق تقا ِت ِ ُه‬ ِ ِ
SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH ‘AZZAWAJALLA,

Bertaqwalah kepada Allah Azzawajalla dengan memelihara diri, keluarga


dan masyarakat daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah
Azzawajalla. Jangan bercakap atau bermain dengan gajet agar pahala
Jumaat tidak menjadi sia-sia. Mimbar pada hari ini membicarakan topik

“BERIBADAH DENGAN ILMU.”

1
SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN,

Allah Azzawajalla mengasihi orang yang beribadah dan mengabdikan diri


kepada-Nya. Orang yang beribadah pula hendaklah memastikan
ibadahnya mempunyai kualiti yang baik agar dia mendapat ganjaran yang
sempurna. Orang yang menjaga kualiti ibadah bukan sahaja dapat
mendidik rohani dan jasmani, bahkan dia juga dihormati oleh masyarakat.

Alhamdulillah, semangat masyarakat mengerjakan ibadah semakin


meningkat dari hari ke hari. Walaupun masih ada yang tidak sempat
menghadiri kesemua aktiviti di masjid, namun kita dapat melihat imarah
masjid berlaku hampir di setiap qaryah dan kawasan. Pihak masjid turut
mengambil pelbagai inisiatif bagi menggalakkan golongan kanak-kanak,
remaja dan dewasa merapatkan diri dengan rumah Allah Azzawajalla.

SIDANG JUM‘AT SEKALIAN,


Ilmu amat penting untuk menjaga kualiti ibadah kita. Jika kita melakukan
ibadah tanpa ilmu, mungkin ibadah kita tidak sah, terbatal, rosak, tidak
sempurna, cacat, mengganggu orang lain dan sebagainya. Oleh yang
demikian, kita tidak boleh menganggap ilmu dalam ibadah sebagai
perkara yang enteng atau remeh.
Solat berjemaah hukumnya sunat muakkad yakni sunat yang
ditegaskan pelaksanaannya. Solat berjemaah, khususnya di masjid, ada
tatacara tertentu yang perlu dipatuhi oleh orang yang beribadah. Sebagai
contoh, jika hadir awal ke masjid, usahlah terus duduk. Solatlah dua rakat,
iaitu sunat tahiyat masjid )‫ )تحية المسجد‬sebagai menghormati rumah Allah
Azzawajalla. Gunakan kaki kanan untuk melangkah masuk ke dalam
masjid, bacalah doa masuk ke masjid dan berniatlah iktikaf sunat supaya
keberadaan kita di dalam masjid mendapat ganjaran daripada Allah
Azzawajalla. Doa masuk ke masjid dan lafaz niat iktikaf biasanya ada
dipamerkan di dinding masjid.

2
Jika kita sampai awal ke masjid pada hari Jumaat, usahlah berbual
kosong apatah lagi ketawa terbahak-bahak kerana perbuatan tersebut
boleh mengganggu orang yang sedang beribadat. Manfaatkan
kesempatan yang ada untuk membanyakkan istighfar memohon
keampunan Allah Azzawajalla. Adakah kita sedar bahawa dosa dan
kelalaian kita sangatlah banyak? Selain itu, banyakkan selawat ke atas
Rasulullah SAW dan zikrullah, kerana selepas keluar dari masjid mungkin
kita banyak menumpukan urusan duniawi berbanding akhirat.

SIDANG JUM‘AT SEKALIAN,


Mendidik anak untuk menghadiri solat berjemaah di masjid merupakan
langkah yang wajar diberikan pujian. Ibu bapa yang membawa anak ke
masjid turut mendapat pahala atas usaha yang baik tersebut. Meskipun
demikian, anak-anak seharusnya diingatkan bahawa suasana yang
tenang dalam masjid hendaklah dipelihara. Perbuatan membuat bising
dan berlari-lari di dalam masjid adalah kurang sopan kerana boleh
mengganggu kekhusyukan orang yang sedang beribadah. Imam Malik
bin Anas radiallahuanhu pernah ditanya berkenaan dengan hukum
membawa kanak-kanak ke masjid. Imam Malik menjawab “Jika kanak-
kanak itu tidak bermain dan mengganggu orang lain di masjid, maka
aku berpandangan hal ini dibolehkan.”
Kanak-kanak yang masih menggunakan lampin pakai buang yang
mengandungi najis, dilarang diletakkan di dalam saf orang dewasa. Oleh
itu, ibu bapa perlulah bergilir menjaganya ketika salah seorang
mendirikan solat. Bagi kanak-kanak yang belum khitan yang diyakini tidak
bernajis, dia diharuskan bersolat di dalam saf orang dewasa. Orang
dewasa yang datang lewat pula tidak perlu mengundurkan atau menyuruh
kanak-kanak tersebut ke saf belakang. Sesungguhnya perbuatan seperti
ini seolah-olah tidak menghormati orang yang sedang menunaikan solat.

3
Adab ketika berada di dalam masjid hendaklah dipelihara. Sayidina
Abdullah bin Umar radiallahuanhuma meriwayatkan bahawa:

َ‫ َوي ْج ِلس‬،‫الر ُج ُل ََأ َخ ُاه من َم ْق َع ِده‬


َّ ‫يم‬ ِ
ْ َ َّ
َ ‫أن ُيق‬ ‫م‬ ‫وسل‬ ‫عليه‬ ُ ‫ص َّلى‬
‫هللا‬ َ ‫النبي‬
ُّ ‫َى‬ ‫ه‬
َ
‫ن‬
ِ ِ
َ‫ِف ِيه‬

Maksudnya: “Nabi SAW melarang perbuatan seseorang yang


menyuruh orang lain bangun dari tempat duduknya, dengan tujuan
dia mengambil tempat tersebut.” (Riwayat Bukhari)

SIDANG JUM‘AT SEKALIAN,


Mengakhiri khutbah bersama kita amalkan doa masuk ke dalam masjid.
Mudah-mudahan kita mendapat rahmat daripada Allah Azzawajalla.

َ‫ك‬ َ ْ َ َ َ ْ َ ْ َْ ‫آُ آ‬
ُ ‫اللهم افتح ُِلي ُأبواب رحم ِت‬
Maksudnya : “Ya Allah, bukalah untukku pintu rahmat-Mu.”

َ ۡ َ َ ۡ ُ ‫َََ َ َ آ‬ َ ۡ َُۡۡ ۡ ُ ََ ُ َ َ َ
ُ ِ ‫ ونفع ُِن ـي ُوِإياكم ِبما ِف ِيه ِمن ۡلاي‬، ‫يم‬
‫ات‬ ُ ِ ‫بارك هللا ُِلـي ولكم ُِفـي القرء ِان الع ِظ‬
َ ُ َ ۡ ُ ‫َ ُ ۡ َ ََ ُ آ ُ ُ َ آ‬ ۡ ۡ َ
ُ ُ ‫ ُأ ُُقو‬، ‫يم‬ ََ
ُ ‫ َوتق آُبـ َل ِمنُِـي و ِمنكم ُِتـَلوته ِإنه هو الس ِميع الع ِل‬، ‫حـ ِكيـ ِ ُم‬ َُ ‫الذك ِر ُالـ‬
ِ ‫و‬
َ ۡ ُ ۡ َ َ ۡ ُ ۡ ۤ َ َ ۡ ُ ََ َ َ ۡ َ ُ ۡ َ ۡ ََ َ َ ۡ َ
، ‫ات‬ُ ِ ‫ وِلسا ِئ ِر ُالـمس ِل ِمين و ُالـمس ُِلم‬، ‫ُقولُِـي هذا وأستغ ِفر هللا الع ِظيم لُِـي ولك ُم‬
ۤ‫َ ۡ َ ۡ ُ ُ َ َ َ ۡ َ ۡ ُ ۡ َ ۡ َ ََ َ َ َ آ‬ ۡ ۡ ۡ ۡ
.‫التا ِئ ُِب َين‬ ‫ فاستغ ِفروه فيا فوز ُالـمستغ ِف ِرين ويا نجاة‬، ‫ات‬ ُ ِ ‫َو ُالـ ُمؤ ِم ِن َين َو ُالـ ُمؤ ِم َن‬

Anda mungkin juga menyukai