Anda di halaman 1dari 3

SINOPSIS JUZUK 25

Surah Status Ayat Halaman Mashaf

Fussilat Makkiyyah 1-46 482

Asy-Syura Makkiyyah 1-53 483-489

Az-Zukhruf Makkiyyah 1-89 489-495

Al-Dukhan Makkiyyah 1-59 496-498

Al-Jathiyah Makkiyyah 1-37 499-502

Surah Fusilat (Dijelaskan) Ayat 47-54 (sambungan)

• Hari kiamat akan menentukan segalanya (47-52)


• Tanda kebesaran Allah (53-54)

Surah Asy-Syura (Mesyuarat) Ayat 1-53

Nama surah disebutkan pada ayat 38, merujuk hikmah pensyariatan Allah kepada pemimpin orang mukmin agar
melaksanakan mesyuarat sebelum.mencapai sebarang keputusan.

Dimulai dengan Allah bersumpah dengan huruf HAA, MIIM, AIN, SIIN, QAF, untuk membuktikan al-Quran dan
kitab terdahulu, diturunkan oleh Allah yang Maha Perkasa lagi Bijaksana.

Diakhiri dengan pernyataan, manusia tidak layak sama sekali, menerima wahyu kecuali disampaikan melalui
Rasul pilihan. Demikian jua halnya dengan Nabi Muhammad, apabila diturunkan al-Quran, baginda sendiri tidak
tahu apa-apa tentang al-Quran dan iman. Semuanya diperolehi oleh baginda melalui petunjuk al-Quran yang
boleh menyampaikan kita kepada Allah di akhirat nanti.

Tema : Larangan berpecah dan perintah mesyuarat.

● Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT (1-12)


● Ajaran Nabi Muhammad adalah satu (13-19)
● Bercucuk tanam untuk akhirat (20-24)
● Allah SWT tetap sayang kita (25-35)
- Terima taubat (25)
- Perkenalkan doa (26)
- Turunkan hujan (28)
- Ciptakan langit dan bumi (29)

1
- Selalu beri pengampunan (30)
- Mudahkan bahtera belayar (32)
● Kebajikan yang sebenarnya (36-43)
● Tiada perlindungan untuk Yang sesat (44-48)
● Cara wahyu diturunkan (49-53)

Surah Az-Zukhruf (Perhiasan) Ayat 1-89

Nama surah disebutkan pada ayat 35, merujuk kepada segala bentuk persiapan di dunia yang ditundukkan kepada
manusia mestilah menjadi pendorongnya kepada iman dan bukan menjadikannya sebab untuk kufur dan sombong.

Dimulakan dengan Allah bersumpah dengan huruf HAA, MIIM untuk membuktikan al-Quran adalah jelas dan nyata,
diturunkan dalam bahasa Arab, supaya mudah difahami.

Diakhiri dengan pernyataan, nabi kecewa kerana seruannya tidak disambut oleh bangsanya sendiri. Dengan tegas
Allah memberitahu, tinggalkan saja mereka.

Tema: Larangan kagum pada materialisme

● Al-Quran mudah difahami (1-9)


● Pengenalan Allah (10-25)
● Kisah Nabi Ibrahim (26-37)
● Di akhirat syaitan akan berlepas tangan (38-45)
● Kisah Nabi Musa (46-65)
● Apabila kiamat berlaku (66-80)
● Allah SWT tidak seperti yang disifatkannya (81-89)

Surah Ad-Dukhan (Asap) Ayat 1-59

Nama surah disebut pada ayat 10. Allah memberi amaran kepada orang kafir yang menentang nabi bahawa
mereka akan ditimpa azab sengsara.

Dimulai dengan Allah bersumpah dengan huruf HAA, MIIM untuk membuktikan al-Quran adalah jelas dan nyata,
diturunkan dalam bahasa Arab, supaya mudah difahami.

Diakhiri dengan pernyataan, diturunkan al-Quran itu dalam bahasa nabi sendiri untuk memudahkan segala
urusan baginda.

● Al-Quran ajaran yang jelas dan terang (1-16)


● Nabi Musa diselamatkan (17-33)

2
● Gelagat kafir Mekah (34-42)
● Keadaan penghuni neraka (43-50)
● Penghuni syurga pula (51-59)

Surah al-Jatsiyah (Yang berlutut) Ayat 1-37

Nama surah disebutkan pada ayat 28. Semua manusia akan melutut dihadapan Allah di akhirat kerana
ketakutan menanti giliran untuk dihisab.
Dimulai dengan Allah bersumpah dengan huruf HAA, MIIM untuk membuktikan al-Quran itu diturunkan
oleh Tuhan yang Maha Perkasa lagi Bijaksana. Diakhiri dengan pernyataan: hanya Allah yang memiliki langit
dan bumi. Dia sahaja yang berhak menerima pujian, kerana Dia mempunyai sifat yang agung. Itulah Dia
Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Tema: Larangan sombong dan tinggi hati.

● Al-Quran diturunkan oleh Tuhan Maha Bijaksana (1-6)


● Neraka untuk si pendusta (7-17)
● Nabi Muhammad membawa ajaran Islam (18-27)
● Di Mahsyar kita berlutut di hadapan Allah SWT (28-37)

Doa-doa dalam Juzuk 25

١٣ •َ• ‫ﻟُﻪۥ ُﻣْﻘﺮﻧ‬q ‫ﻛﱠﻨﺎ‬y ‫َﺬا َوَﻣﺎ‬eٰ‫ﻟَﻨﺎ َﻫ‬q ‫ﻟﺬى َﺳﱠﺨَﺮ‬j‫َﻦ ٱ‬eٰ‫َﺤ‬aْ‫ُﺳ‬
€ِ} ِ
َ ُ َ ُ q َ‫ٰ َﱢ‬q …‫َ ﱠ‬
١٤ ‫ﻨﺎ ﻟﻤﻨﻘِﻠﺒﻮن‬‰‫وِ„ﻧﺎ ِإ‡ ر‬

Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya
menguasainya.
Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali! (Az-Zuhruf ayat 13-14)

Wallahua’lam

Rujukan

1. Memahami Al-Quran Petunjuk Kita, Haji Mohamed Ayob Yasin


2. Sinopsis 114 Surah, Fazrul Ismail
3. Kompas 114, Syaari Ab Rahman
4. Tadabbur Al-Quran, Syaikh Adil Muhammad Khalil

Anda mungkin juga menyukai