Anda di halaman 1dari 12

SINOPSIS JUZUK 30

78. An-Naba’ (Berita Besar)


Ayat 1-40 Halaman 582-583 Makkiyyah

Dimulakan dengan menggambarkan keadaan orang kafir yang tercengang-cengang bila mendapat khabar hari
hendak kiamat. Diakhiri dengan amaran bahawa azab Allah semakin hampir. Hari itu nanti, kita akan melihat sendiri
kelakuan dan perbuatan yang kita telah lakukan di dunia ini. Sementara orang kafir hanya mengeluh kesal: Harap-
harap Allah akan kembalikan semula aku menjadi tanah.

Tema: Ganjaran dan pilihan

• Manusia hairan mendengar kiamat (1-16)


• Kiamat tetap akan berlaku (17-30) – Semuanya akan dihisab satu persatu tanpa terkecuali.
• Syurga untuk orang bertakwa (31-40)

79. Al-Nazi’at (Malaikat yang Mencabut)


Ayat 1-46 Halaman 583-584 Makkiyyah

Dimulakan, Allah bersumpah dengan nama malaikat yang mencabut nyawa. Ada dengan kasar, ada dengan sopan.
Ada yang turun dari langit seperti kilat. Ada yang berjalan di bumi seperti ribut. Ada yang menguruskan alam dunia.
Diakhiri dengan pernyataan, bila kiamat berlaku, semuanya menyangka hidup dunia ini hanya sekejap saja, bila
dibandingkan dengan azab yang akan diterima, di akhirat.

Tema: Peringatan huru-hara hari kiamat

• Allah bersumpah dengan malaikat (1-5)


• Keadaan kita di hari kiamat (6-14)
• Lintasan peristiwa zaman Nabi Musa A.S (15-33)
• Jika kita ingkar atau taat (34-46)

80. ‘Abasa (Dia Bermasam Muka)


Ayat 1-42 Halaman 585 Makkiyyah

Dimulakan dengan teguran Allah ke atas Nabi Muhammad SAW kerana tidak melayan orang buta, melebihkan orang
kaya. Mungkin orang buta itu lebih menguntungkan dari sudut dakwah nabi dari melayan orang kaya. Diakhiri
dengan ingatan muka orang kafir di akhirat nanti penuh debu-debu hitam. Amat berbeza dengan orang mukmin.

• Allah S.W.T menegur Nabi Muhammad SAW (1-16)


• Cuba Nilai diri sendiri (17-23)
• Kenali pula makanan kita (24-32)

1
• Akhirnya, ingatlah pada hari kiamat (33-42)

81. At-Takwir (Menggulung)


Ayat 1-29 Halaman 586 Makkiyyah

Kiamat akan bermula dengan peristiwa langit bergulung-gulung. Bintang bertaburan. Gunung ganang berterbangan.
Unta bunting ditinggalkan. Diakhiri dengan ingatan bahawa al-Quran itu adalah ingatan kepada kita yang mahu
mencari petunjuk. Namun ia tidak akan ditemui kecuali siapa yang Allah dikehendaki saja.

Tema: Fenomena alam yang menimbulkan kesungguhan

• Permulaan kehancuran dunia (1-21)


• Nabi Muhammad S.A.W bukan orang gila (22-29)

82. Al-Infitar (Yang Terpecah Dan Terbelah)


Ayat 1-19 Halaman 587 Makkiyyah

Dimulakan dengan perakuan, bila kiamat berlaku, langit pecah berkecai. Bintang bertaburan. Laut bergelombang.
Kubur pula memuntahkan isinya. Diakhiri dengan ingatan bahawa hari kiamat nanti tiada siapa yang boleh menolong
antara satu sama lain. Semuanya terserah kepada Allah. Kita harus memahaminya bahawa semua urusan terpulang
kepada Allah.

Tema: Tanggungjawab dan ganjaran

• Masa kiamat langit akan pecah (1-12)


• Balasan yang dijanjikan (13-19)

83. Al-Mutaffifin (Golongan Yang Curang)


Ayat 1-36 Halaman 587-589 Makkiyyah

Dimulakan dengan perakuan, neraka Will disediakan kepada mereka yang suka menipu sukatan. Bila menyukat untuk
diri dilebihkan. Bila menyukat untuk orang dikurangkan. Diakhiri dengan ingatan bahawa di akhirat nanti, tibalah
giliran orang mukmin pula mentertawakan orang kafir dari atas katil yang indah di syurga.

• Allah SWT memberi amaran kepada usahawan (1-6)


• Kedudukan orang berdosa dan beriman (7-33)
• Giliran mukmin pula mentertawakannya (34-36)

84. Al-Inshiqaq (Yang Terbelah)


Ayat 1-25 Halaman 589 Makkiyyah

2
Dimulakan dengan perakuan, kiamat berlaku bila langit berbelah. Bumi hancur bertaburan di udara bersama-sama
dengan kandungannya. Itulah tanda, kiamat sedang berlaku. Diakhiri dengan ingatan bahawa orang kafir, bila
diajukan al-Quran mereka menolak. Kerana itu, mereka dijanjikan dengan azab yang pedih. Jika kita beriman dan
beramal soleh, balasannya, syurga yang penuh nikmat.

Tema: Akan dinampakkan segala perbuatan di hari kiamat.

• Kiamat bermula dengan langit berkecai (1-15)


• Allah SWT bersumpah dengan langit senja (16-25)

85. Al-Buruj (Gugusan Bintang)


Ayat 1-22 Halaman 590 Makkiyyah

Dimulakan dengan Allah bersumpah dengan langit yang memiliki bintang yang bergugus-gugus. Di hari kiamat nanti,
kita akan menjadi saksi dan juga disaksikan. Diakhiri dengan ingatan bahawa Allah sentiasa mengawasi kita dari
semua sudut. Itu semua tercatat dalam al-Quran yang termaktub di Loh Mahfuz.

Tema: Benteng daripada aniaya dan perlecehan

• Allah S.W.T bersumpah dengan langit (1-8)


• Sifat Allah S.W.T yang disembah (9-22)

86. Al-Tariq (Yang Datang Di Malam Hari)


Ayat 1- 17 Halaman 591 Makkiyyah

Allah bersumpah dengan langit yang memiliki bintang yang beredar bahawa setiap yang hidup itu ada penjaganya.
Diakhiri dengan nasihat, jangan sekali-kali minta disegerakan hukuman ke atas orang kafir. Biarkanlah Allah yang
menentukannya.

Tema: Allah pemilik makhluk dan pembuat perintah

• Allah SWT bersumpah (1-4)


• Renungkan kejadian sendiri (5-10)
• Renungkan juga hujan yang turun (11-17)

87. Al- A'la (Yang Tertinggi)


Ayat 1-19 Halaman 591-592) Makkiyyah

Dimulakan dengan perintah bertasbih kepada Allah yang Maha Tinggi. Dia yang mencipta, yang menentukan, yang
memberi petunjuk, yang menyediakan padang rumput tempat binatang ternakan makan. Diakhiri dengan
pernyataan, hidup di akhirat itu lebih baik dan kekal sifatnya, sudah sedia tersurat dalam al-Quran dan kitab yang
lainnya.

3
Tema: Peringatan kehidupan dunia

• Bertasbihlah kepada Allah SWT (1-13)


• Jika kita beriman (14-19)

88. Al-Ghashiyah (Hari Pembalasan)


Ayat 1-26 Halaman 592 Makkiyyah

Di Padang Mahsyar nanti kita akan bertemu dua jenis manusia. Satu, tunduk kesal kerana akan dimasukkan ke
neraka. Kedua, senyum ceria kerana akan dimasukkan ke Syurga. Diakhiri dengan ingatan, jika kita tidak beriman
dengan Allah, kita akan diazab di neraka. Kerana itu sedarlah, semua manusia akan kembali semula kepada Allah
nanti.

Tema: Peringatan tentang hari yang menggelisahkan.

• Muka kita pada hari akhirat (1-16)


• Renungkan juga kejadian alam (17-26)

89. Al-Fajr (Fajar/Sinar Mentari)


Ayat 1-30 Halaman 593-594 Makkiyyah

Allah bersumpah dengan waktu fajar dan malam yang sepuluh, di mana al-Quran diturunkan. Diakhiri dengan seruan:
Wahai jiwa yang tenang. Datanglah kepada-Ku dengan penuh keredaan. Kemudian teruskan perjalananmu ke
syurga-Ku.

Tema: Ujian korupsi kehidupan.

• Allah SWT bersumpah dengan waktu fajar (1-14)


• Sikap manusia sebenarnya (15-20)
• Ingat, kiamat tetap akan berlaku (21-26)
• Jiwa yang tenang punca kemenangan (27-30)

90. Al-Balad (Negeri)


Ayat 1-20 Halaman 594 Makkiyyah

Allah bersumpah dengan kota Mekah, di mana Nabi Muhammad dilahirkan. Di situ jugalah terdapat Kaabah. Diakhiri
dengan ingatan, siapa yang menolak al-Quran yang diturunkan, mereka adalah golongan yang akan terperap dalam
kawah neraka jahanam.

Tema: Usaha keras mencapai kemenangan

• Allah SWT bersumpah (1-7)

4
• Allah S.W.T sediakan dua jalan (8-20)

91. Al-Shams (Matahari)


Ayat 1-15 Halaman 595 Makkiyyah

Allah bersumpah dengan matahari, bulan, malam, langit, bumi dan jiwa manusia, bagi membuktikan Dia telah
memberikan dua jalan: Jalan petunjuk dan jalan kesesatan. Yang dapat petunjuk akan dapat kebahagiaan. Yang sesat
akan dapat kecelakaan. Diakhiri dengan peristiwa kaum Thamud yang membunuh unta Allah. Lalu Allah binasakan
mereka kerana tidak takut pada Allah.

Tema: Kadar manusia di sisi Tuhan

Allah SWT bersumpah (1-7)


Allah SWT sediakan dua jalan (8-15)

92. Al-Lail (Malam)


Ayat 1-21 Halaman 595-596 Makkiyyah

Allah bersumpah dengan malam, bila ia gelap. Dengan siang, bila ia terang. Dengan ciptaan lelaki dan perempuan.
Untuk membuktikan, manusia itu memiliki berbagai ragam dan tabiat. Diakhiri dengan ingatan tiada satu pun usaha
mereka akan diberikan pahala kecuali ianya dilakukan atas niat ikhlas untuk mendapatkan keredaan Ilahi semata-
mata.

Tema: Kekayaan dan ragam manusia.

• Allah SWT bersumpah (1-11)


• Tugas Nabi Muhammad SAW (12-21)

93. Ad-Dhuha (Waktu Dhuha)


Ayat 1-11 Halaman 596 Makkiyyah

Allah bersumpah dengan waktu pagi dan malam yang telah berlalu. Untuk membuktikan Allah tidak akan tinggalkan
Nabi Muhammad, berseorangan menyampaikan risalah-Nya. Diakhiri dengan ingatan, anak yatim jangan diherdik.
Orang miskin jangan dihalau. Ingatlah dengan nikmat yang telah kita perolehi.

• Allah SWT bersumpah (1-3)


• Akhirat lebih baik dari dunia (4-11)

94. Al-Syarh (Kelapangan)


Ayat 1-8 Halaman 596 Makkiyyah

5
Allah tegaskan Dia telah melapangkan dada nabi. Kebimbangannya dihapuskan. Darjatnya ditingkatkan. Dengan itu,
setiap yang susah akan diikuti oleh senang. Tapi, jangan lupa teruskan beribadat kerana hanya Allah saja tempat
menggantungkan harap.

Tema: Kesusahan dan kesenangan

• Allah beri semangat kepada Nabi Muhammad (1-6)


• Teruskan sahaja beribadat (7-8)

95. At-Tin (Buah Tin)


Ayat 1-8 Halaman 597 Makkiyyah

Allah bersumpah dengan buah Tiin, buah Zaitun, bukit Thursina dan kota Mekah. Untuk membuktikan kita, manusia
dicipta dengan sebaik-baik kejadian. Hanya kita saja yang suka menjatuhkan diri sendiri ke taraf yang paling rendah
sekali.

Tema: Sumber kekuatan manusia

• Allah bersumpah (1-3)


• Bukti kehebatan Allah dengan penciptaan manusia yang terbaik kejadiannya (4-8)

96. Al-‘Alaq (Segumpal Darah)


Ayat 1-19 Halaman 597 Makkiyyah

Dimulakan dengan perintah belajar. Belajar dengan nama Tuhan yang mencipta kita dari segumpal darah. Diakhiri
dengan perintah supaya taat sahaja kepada perintah-Nya. Teruskan ibadat dan hampirkan diri kepada-Nya.

Tema: Menjaga prestasi amal agar tidak terpesong

• Perintah membaca dan belajar (1-5)


• Tujuan kita belajar (6-18)
• Cadangan jalan keluar (19)

97. Al-Qadr (Kemuliaan)


Ayat 1-5 Halaman 598 Makkiyyah

Allah menegaskan Dia telah menurunkan al-Quran, di malam "Lailatulqadar". laitu satu malam yang lebih indah
daripada seribu malam. Ketika itu malaikat turun membawa al-Quran sebagai petunjuk yang menentukan tatacara
hidup kita di dunia hingga akhirat. Malam itu, penuh ketenangan hingga ke terbit fajar.

Tema: Ibadah

6
• Al-Quran diturunkan pada malam lailatulqadr( 1-5)

98. Al-Bayyinah (Bukti yang Nyata)


Ayat 1-8 Halaman 589-599 Makkiyyah

Dimulakan dengan perakuan, orang kafir tidak akan meninggalkan amalannya walaupun didatangkan keterangan
yang jelas kepada mereka. Diakhiri dengan ingatan bahawa orang beriman saja yang akan dapat balasan Syurga kekal
abadi di dalamnya.

Tema: Agama yang benar

• Orang kafir menolak al-Quran (1-6)


• Untuk orang beriman (7-8)

99. Al-Zalzalah (Kegoncangan)


Ayat 1-8 Halaman 599 Makkiyyah

Sebaik saja kiamat sampai, akan berlaku gegaran kuat sehingga perut bumi mengeluarkan segala isinya. Masa itu
barulah kita akan tertanya-tanya sama sendiri, apa yang sedang berlaku. Kemudian, tanpa disedari kita telah
berkumpul di Mahsyar. Walau pun amalan baik dan jahat kita sebesar debu sekali pun, kita tetap akan melihatnya.

Tema: Amalan baik dan buruk

• Tanda permulaan kiamat (1-5)


• Kita berarak menemui Allah SWT (6-8)

100. Al-Adiyat (Kuda Perang yang Berlari Kencang)


Ayat 1-11 Halaman 599-600 Makkiyyah

Allah bersumpah dengan kuda perang yang berlari kencang, sehingga memercikkan api dicelah-celah kakinya. Terus
menerpa ke tengah-tengah musuh menjelang subuh. Namun manusia terus menerus ingkar. Semua perbuatan
mereka akan didedahkan di akhirat nanti tanpa memilih bulu, sama ada kaya atau miskin.

Tema: Kekayaan dan keingkaran

Allah SWT bersumpah (1-5)


Namun manusia masih ingkar (6-11)

101. Al-Qari'ah (Hari Kiamat)


Ayat 1-11 Halaman 600 Makkiyyah

7
Allah bersumpah dengan hari kiamat. Ketika itu kita berterbangan di udara, seperti kapas. Gunung yang begitu kukuh
akan berterbangan seperti debu. Hanya orang yang berat amalan baik saja, akan ke Syurga, yang berat amalan
jahatnya akan ke neraka.

Tema: Amalan mana yang lebih berat?

• Allah SWT bersumpah (1-5)


• Penentuan siapa yang ke syurga (6-11)

102. At-Takhatur (Bermega-megah)


Ayat 1-8 Halaman 600 Makkiyyah

Allah memberikan perakuan, kebanyakan dari kita menjadi lalai disebabkan oleh harta, walaupun sudah hampir ke
liang lahad. Kita tidak sedar, semuanya itu akan ditanya bagaimana ia dibelanjakan, di akhirat nanti.

Tema: Kesembangan antara material dan jiwa

• Harta boleh melalaikan kita (1-8)

103. Al-‘Asr (Masa)


Ayat 1-3 Halaman 601 Makkiyyah

Allah bersumpah dengan waktu asar, untuk memberi amaran, kita sentiasa dalam kerugian kecuali jika kita beriman,
beramal soleh dan saling menasihati dengan kebenaran serta sabar menerima dugaan.

Tema: Bangunan yang kukuh.

• Manusia dalam kerugian kecuali melaksanakan empat perkara (1-3)

104. Al-Humazah (Pengumpat)


Ayat 1-9 Halaman 601 Makkiyyah

Allah memberikan perakuan, semua pengumpat akan masuk neraka. Termasuk mereka yang suka mengumpulkan
harta tapi kedekut. Seolah-olah harta itu adalah segala-galanya di dunia ini. Malah semuanya akan masuk neraka
dalam keadaan terikat di tiang-tiang merah menyala.

Tema: Mungkar dan kekayaan

• Neraka untuk orang pengumpat (1-9)

105. Al-Fil (Gajah)


Ayat 1-5 Halaman 601 Makkiyyah

8
Allah terus menyindir orang kafir yang cuba merobohkan Kaabah dengan tentera bergajahnya. Mereka berharap,
bila Kaabah tidak ada lagi, orang Arab akan datang ke Yaman mengerjakan tawaf. Tanpa diduga semua tentera
Abrahah dan gajahnya habis mati, di bunuh oleh burung Ababil.

Tema: Tipu daya kejahatan itu lemah.

• Iktibar daripada peristiwa tentera bergajah (1-5)

106. Quraisy (Kaum Quraisy)


Ayat 1-4 Halaman 602 Makkiyyah

Allah memberi ingatan kepada nabi tentang pergerakan orang Quraisy yang selalu mengembara dari Yaman ke Sham
dalam musim sejuk dan panas. Oleh sebab mereka dapat perlindungan daripada Allah, maka sewajarnyalah mereka
bersyukur dan terus menerus menyembah Allah dan beristighfar.

Tema: Waspada terhadap nyamannya nikmat.

• Allah SWT ingatkan angkara pedagang Yaman (1-2)


• Teruskan beribadah di Kaabah (3-4)

107. Al-Ma'un (Barangan Berguna)


Ayat 1-7 Halaman 602 Makkiyyah

Allah menzahirkan sifat orang munafik. Mereka kerap melakukan pembohongan. Suka mengherdik anak yatim. Tidak
suka memberi makan orang miskin. Apabila mereka menunaikan solat, tidak sungguh-sungguh. Mereka juga suka
bermegah-megah dengan kekayaan yang dimiliki.

Tema: Memberi bantuan.

• Sikap orang munafik (1-7)

108. Al-Kauthar (Telaga di Syurga)


Ayat 1-3 Halaman 602 Makkiyyah

Allah tegaskan, Dia akan berikan telaga di Syurga nanti, jika kita terus solat dan suka berkorban. Hanya mereka yang
benci kepada Islam sahaja yang akan mudah berputus asa dengan rahmat-Nya.

Tema: Syukur

• Allah SWT sediakan telaga Kauthar (1-3)

9
109. Al-Kafirun (Golongan Kafir)
Ayat 1-6 Halaman 603 Makkiyyah

Allah meminta Nabi Muhammad supaya bertegas dengan orang kafir dalam soal akidah. Tegaskan: Aku dengan cara
hidup ku dan kamu dengan cara hidup kamu.

Tema: Tiada kompromi

• Soal akidah perlu tegas (1-6)

110. Al-Nasr (Pertolongan)


Ayat 1-3 Halaman 603 Makkiyyah

Allah beri pengakuan, bila datang pertolongan Allah, kemenangan pasti akan datang. Mereka akan datang berduyun-
duyun memberi pengakuan beriman kepada Muhammad. Lepas itu, bertasbih dan beristighfarlah banyak-banyak.
Allah sedia memberikan pengampunan ke atas kita.

Tema: Menyambut kemenangan.


Janji kemenangan daripada Allah S.W.T (1-3)

111. Al-Masad (Gejolak Api)


Ayat 1-5 Halaman 603 Makkiyyah

Allah mengutuk Abu Lahab dengan menggunakan perkataan "tangan". Tangan yang digunakan untuk cuba
menghancurkan Islam. Termasuklah isterinya yang juga membantu dengan mendermakan kalungnya sendiri untuk
tujuan yang sama.

Tema: Kelebihan yang tidak bermanfaat.

• Allah SWT mengutuk Abu Lahab (1-5)

112. Al-Ikhlas (Memurnikan keesan Allah)


Ayat 1-4 Halaman 604 Makkiyyah

Allah suruh kita meyakini bahawa Tuhan itu adalah satu, tempat kita meminta. Dia tidak beranak dan tidak
diperanakkan. Tidak ada satu pun di alam ini yang serupa dengan-Nya.

Satu-satunya surah yang dinamakan kerana intipatinya tanpa sebarang kalimah yang wujud di dalamnya:
menggambarkan sifat Allah SWT di sisi mereka yang benar-benar menyembah-Nya.

Tema: Ketauhidan Allah.

• Sifat Allah SWT (1-4)

10
113. Al-Falaq (Waktu Subuh)
Ayat 1-5 Halaman 604 Makkiyyah

Allah mengingatkan kita supaya minta perlindungan kepada Allah daripada kejahatan makhluk yang Dia ciptakan,
daripada kejahatan malam, daripada kejahatan tukang sihir dan daripada mereka yang mempunyai perasaan hasad
dengki.

Tema: Mohon perlindungan kepada Allah daripada keburukan-keburukan di dunia.

• Berlindung dari kejahatan makhluk (1-5)

114. Al-Nas (Manusia)


Ayat 1-6 Halaman 604 Makkiyyah

Allah menyuruh kita supaya minta dijauhi daripada kejahatan syaitan dan manusia. Kerana ia sentiasa mengambil
kesempatan merosakkan kehidupan dunia kita. Dengan cara membisikkan ke dalam hati kita supaya melakukan
mungkar dan maksiat.

Tema: Mohon perlindungan kepada Allah daripada segala yang dapat merosak agama.

• Berlindung dari bisikan kejahatan syaitan dan manusia (1-6)

Doa Khatam Al-Quran

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekelian alam. Pujian orang-orang yang
bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa. Dan selawat dan salam ke atas Rasul
kita Muhammad s.a.w dan juga ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, Tuhan kami! Terimalah doa dan amalan kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar Lagi Yang
Maha Mengetahui.

Dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat, Lagi Maha Mengasihani.
Tunjukkanlah dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat Al-Quran.

Ya Allah! Kasihanilah kami dengan berkat Al-Quran. Dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat
untuk kami.

Ya Allah! Ingatkanlah kami apa yang telah kami dilupakan dari Al-Quran. Dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu
tentang isi Al-Quran.

11
Dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu-waktu malam dan siang. Dan jadikanlah Al-Quran
itu sebagai hajat untuk kami, wahai Tuhan pemelihara sekelian alam.

Ya Allah! Hiaskanlah diri kami dengan keindahan Al-Quran. Muliakanlah kami dengan kemuliaan Al-Quran. Dan
serikanlah kami dengan ketinggian martabat Al-Quran. Dan pakaikanlah kami dengan permata Al-Quran. Masukkan
kami ke dalam Syurga dengan syafaat Al-Quran. Selamatkan kami daripada segala bencana dunia dan azab hari
akhirat dengan berkat kehormatan Al-Quran.

Ya Allah! Jadikanlah Al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan, dan di dalam kubur sebagai kawan yang
mesra. Pada hari kiamat sebagai pembantu dan sebagai cahaya penyuluh. Semasa menuju ke Syurga sebagai teman
dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka.

Dan jadikanlah Al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan. Dengan limpah kurnia,
kemurahan dan kemuliaan-Mu jua Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah.

Ya Allah! Tunjukkanlah kami dengan petunjuk Al-Quran. Selamatkanlah kami daripada api neraka dengan sebab
kemuliaan Al-Quran. Tinggikanlah darjat martabat kami dengan sebab kelebihan Al-Quran. Dan hapuskanlah dosa
kejahatan kami dengan sebab membaca Al-Quran.

Ya Allah! Tuhan yang empunya segala macam kelebihan Al-Quran. Dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan
sebab membaca Al-Quran.

Ya Allah! Tuhan yang mempunyai segala macam kelebihan dah ihsan. Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di
dunia dan kebaikan di akhirat. Dan peliharalah kami dari azab api neraka.

Allah mencucuri rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan
sahabat-sahabat baginda sekelian.

Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan. Dan selamat
sejahtera kepada sekelian Rasul. Dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan
seluruh alam.

Wallahua’lam

Rujukan

1. Memahami Al-Quran Petunjuk Kita, Haji Mohamed Ayob Yasin


2. Sinopsis 114 Surah, Fazrul Ismail
3. Kompas 114, Syaari Ab Rahman
4. Tadabbur Al-Quran, Syaikh Adil Muhammad Khalil

12

Anda mungkin juga menyukai