Anda di halaman 1dari 3

SINOPSIS JUZUK 22

Surah Status Ayat Halaman Mashaf

Yasin Makkiyyah 22-83 440-441

As-Saffat Makkiyyah 1-182 446-452

Sod Makkiyyah 1-88 453-458

Az-Zumar Makkiyyah 1-31 458-461

Surah Yasin Ayat 22-83 (sambungan)

● Nasihat seorang penduduk (22-32)


● Tanda kekuasaan Allah SWT (33-44) – bumi kering jadi subur, malam gelap siang terang, Nabi Nuh selamat atas
kapal.
● Telatah orang munafik dan kafir (45-54)
● Balasan orang beriman (55-63)
● Anggota kita menjadi saksi (64-70)
● Diciptakan ternakan untuk manusia (71-76) – tunggangan, makanan, minuman
● Fikirkan kejadian kita sendiri (77-83)

As-Saffat (Perbarisan Para Malaikat) Ayat 1-182

Surah ini dinamakan dengan As-Saffat kerana Allah bersumpah dengan kalimat tersebut di awal surat ini. As-Saffat
adalah tentera Allah daripada kalangan malaikat.

Diawali dengan Allah SWT bersumpah dengan malaikat yang bertugas menjaga kepentingan kita didunia ini untuk
membuktikan Tuhan sebenar adalah Yang Maha Esa. Dialah Pencipta langit dan bumi. Diakhiri dengan penyataan
Maha Suci Allah daripada apa yang digambarkan oleh orang Jahiliyah. Selamat sejahtera keatas semua rasul. Puji-
pujian hanya bagi Allah SWT yang memiliki alam semesta ini.

Tema: Serah diri pada hukum walaupun belum faham hikmah.

● Allah SWT bersumpah dengan para malaikat (1-10)


● Sikap penduduk Mekah (11-23)
● Ahli neraka tuduh menuduh (24-39)
● Perbualan Ahli syurga (40-60)
● Amaran kepada yang hidup (62-74)
● Keingkaran kaum Nabi Nuh (75-97)
● Nabi Ibrahim membina Kaabah (99-113)
● Allah SWT mengutus Nabi Musa (114-122)
● Pengutusan Nabi Ilyas (123-132)
● Pengutusan Nabi Lut (123-132)

1
● Nabi Muhammad ingatkan penduduk Mekah (149-170)
● Janji Allah SWT tetap akan berlaku (171-182)

Surah Sod (Sod) Ayat 1-88

Sod adalah huruf dalam Al-Quran. Diawali dengan sumpah Allah SWT untuk membuktikan Al-Quran adalah
pengajaran dan peringatan. Hanya orang kafir sahaja menentang kebenaran. Diakhiri dengan penyataan Nabi
Muhammad SAW tidak meminta apa-apa bayaran keatas tugasnya sebagai rasul. Hanya setakat memberi ingatan
ke seluruh alam. Semua kebenaran akan terserlah tidak lama lagi.

Tema: Serah diri dengan taubat

● Orang kafir hairan dengan risalah Nabi Muhammad SAW (1-8)


● Mereka ditempelak (9-20)
● Nabi Daud menyelesaikan perbalahan (21-29)
● Nabi Sulaiman gantikan Nabi Daud menjadi Rasul (30-40).
● Pengutusan Nabi Ayub (41-54).
● Neraka tempat orang berdosa (55-70)
● Perbalahan iblis dengan Allah SWT (71-88)

Az-Zumar (Rombongan) Ayat 1-31

Surah ini dinamakan dengan nama tersebut karena Allah menyebutkan bahwasanya penduduk surga dan neraka
akan memasuki tempat mereka secara berombongan (pada ayat 71 dan 73).

Diawali dengan pengakuan al-Quran diturunkan oleh Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Oleh itu
sembahlah Allah SWT dengan penuh keikhlasan. Diakhiri dengan hakikat bahawa kita akan melihat sendiri para
malaikat berlegar-legar mengelilingi ‘Arasy sambil bertasbih kepada Allah SWT yang bertanggungjawab
menentukan nasib kita di akhirat nanti. Oleh itu Allah SWT menggesa kita supaya bersyukur kepada Tuhan yang
memiliki alam ini.

● Allah SWT menurunkan Al-Quran (1-4)


● Tanda kekuasaan Allah SWT (5-9) – Langit dan bumi, siang dan malam, matahari dan bulan, Allah cipta kita,
binatang berpasangan, peringkat pembesaran janin
● Prinsip awal risalah Nabi Muhammad SAW (10-16).
● Sifat orang bertaqwa (17-22)
– Tinggalkan menyembah syaitan dan berhala, terus bertaubat dan menyembah Allah.
- Menerima ajaran rasul, lalu melakukan kebajikan.
● Al-Quran kitab yang sempurna (23-31).

2
Doa-doa dalam Juzuk 23

َw ‫ﻠﺤ‬qٰ‫ ﻣَﻦ ٱﻟﱠﺼ‬i ‫َرﱢب َﻫْﺐ‬


١٠٠ u v ِ ِ ِ ِ

" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!" (As-Saffat ayat 100)

‫ﱠ َ ™ َ • ﱠ‬ ۢ َ ۢ ‫ ﱠ‬ƒ• َ ْ
٣٥ ‫‹ ِﻷَﺣٍﺪ ﱢﻣۢﻦ َ•ْﻌِﺪٓى ۖ ِإﻧﻚ أﻧﺖ ٱﻟَﻮﻫﺎُب‬wِŠَˆ‫ ُﻣﻠ ۭ‚ﺎ ﻻ َﻳ‬iِ ‫ َوﻫْﺐ‬iِ ‫َرﱢب ٱﻏِﻔْﺮ‬

" Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya
dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah
kurniaNya ". (Sod ayat 35)

Wallahua’lam

Rujukan

1. Memahami Al-Quran Petunjuk Kita, Haji Mohamed Ayob Yasin


2. Sinopsis 114 Surah, Fazrul Ismail
3. Kompas 114, Syaari Ab Rahman
4. Tadabbur Al-Quran, Syaikh Adil Muhammad Khalil

Anda mungkin juga menyukai