Anda di halaman 1dari 67

CALON AHLI

SYURGA &
NERAKA DISEDIAKAN OLEH :
USTAZ HJ LUFTI FAUZI HJ SABARI

Anjuran :
Bahagian Hal Ehwal Islam
Pejabat Naib Canselor, UiTM Shah Alam
No. Tel : 03-55442350 / No.Fax : 03-55435635
Firman Allah SWT :

ُ ‫ض َها الس َم َاو‬


‫ات‬ ُ ‫ع ْر‬َ ‫عوا ِإلَ ٰى َم ْغ ِف َرةٍ ِم ْن َر ِبِّ ُك ْم َو َجن ٍة‬
ُ ‫ار‬
ِ ‫س‬َ ‫َو‬
‫ين‬ ْ ‫ض أ ُ ِعد‬
َ ‫ت ِل ْل ُمت ِق‬ ُ ‫َو ْاْل َ ْر‬
“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal
yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan
kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas
segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-
orang yang bertaqwa” (Ali Imran : 133)
HAKIKAT KEHIDUPAN
N
• Dunia ini hanyalah persinggahan dan bersifat
sementara dan jambatan menuju akhirat.
• Manusia akan diuji dengan pelbagai ujian
duniawi kemudian meninggalkan dunia
menuju kehidupan akhirat yang kekal abadi.
• Harta benda, pangkat, kemewahan perhiasan
dunia hanyalah ujian bagi manusia dimana
manusia sering lalai dengannya
FIRMAN ALLAH SWT :
‫ب َولَ ْه ٌو َو ِزينَةٌ َوتَفَا ُخ ٌر بَ ْينَ ُك ْم َوت َ َكاث ُ ٌر فِي ْاْل َ ْم َوا ِل‬ ٌ ‫ا ْعلَ ُموا أَن َما ْال َحيَاة ُ ال ُّد ْنيَا لَ ِع‬
ُ ‫صفَرا ثُم يَ ُك‬
‫ون‬ ْ ‫ار نَبَاتُهُ ثُم يَ ِهي ُج فَت َ َراهُ ُم‬ َ ‫ب ْال ُكف‬ َ ‫ث أ َ ْع َج‬ٍ ‫غ ْي‬ َ ‫َو ْاْل َ ْو ََل ِد ۖ َك َمث َ ِل‬
ُ ‫ان ۚ َو َما ْال َحيَاة‬ٌ ‫َّللا َو ِرض َْو‬ ِ ‫ش ِدي ٌد َو َم ْغ ِف َرة ٌ ِم َن‬َ ‫اب‬ٌ ‫ع َذ‬ َ ِ‫طا ًما ۖ َوفِي ْاْل ِخ َرة‬ َ ‫ُح‬
‫ور‬ِ ‫ع ْالغُ ُر‬ُ ‫ال ُّد ْنيَا ِإَل َمتَا‬
“Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan
hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta
perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah
di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-
lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya)
samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur)
menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian
tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau
melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah
diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang
hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta
keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan
(ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-
orang yang terpedaya”. (Al Hadid : 20)
FIRMAN ALLAH SWT :
َ‫ع َد َد ِسنِين‬ ِ ‫قَا َل َك ْم لَبِثْت ُ ْم فِي ا ْْل َ ْر‬
َ ‫ض‬
“Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): "Berapa tahun lamanya kamu
tinggal di bumi?"
َ‫ض يَ ْو ٍم فَا ْسأ َ ِل ْالعَا ِ ِّدين‬
َ ‫قَالُوا لَ ِبثْنَا يَ ْو ًما أ َ ْو بَ ْع‬
Mereka menjawab: "Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari
sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan
menghitung
ً ‫قَا َل ِإ ْن لَ ِبثْت ُ ْم ِإَل قَ ِل‬
َ‫يًل ۖ لَ ْو أَن ُك ْم ُك ْنت ُ ْم ت َ ْعلَ ُمون‬
Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau
kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia).

َ‫عبَثًا َوأَن ُك ْم ِإلَ ْينَا ََل ت ُ ْر َجعُون‬


َ ‫أَفَ َح ِس ْبت ُ ْم أَن َما َخلَ ْقنَا ُك ْم‬
"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari
tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu
(menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"

(Surah Al-Mu'minun : 112-115)


PERJALANAN MANUSIA

ALAM
AKHIRAT
ALAM
BARZAKH
ALAM
DUNIA
Umur: Imam Habib Abdullah Haddad

Syurga/
Neraka

Adam as

Mahsyar

Risalah Sabil al-Azkar wa al-I’tibar


Syurga

Neraka
Syurga dan Neraka adalah makhluk
yang diciptakan oleh Allah swt

Gambaran syurga dan neraka hanyalah


disampaikan oleh Allah SWT melalui Al
Quran dan kepada utusannya
Rasulullah SAW sahaja.
MAKNA SYURGA

Tempat kediaman atau rumah yang disediakan


oleh Allah untuk hamba-hambaNya yang
bertaqwa kepadaNya, sebagai balasan atas
keimanan dan amal soleh mereka semasa di
dunia.

Dalam Al Quran di sebut sebagai

AL JANNAH
MAKNA AL JANNAH DARI SUDUT BAHASA
• Dalam al-Qur‟an merujuk kepada taman-taman,
pokok-pokok dan kebun. (Surah al-Shu‘ara’ (26: 57), Surah Qaf
(50: 9), Surah al-Shu‘ara’ (26: 134).

• Menurut al-Raghib al-Asfahani, perkataan al-


jannah adalah merujuk kepada setiap “taman”
(bustan).
• Ibn Manzur pula berpendapat bahawa kalimah al-
jannah bermaksud “taman” (al-hadiqah)

Al-Raghib al-Asfahani (1992), Mufradat Alfaz al-Qur’an


Ibn Manzur (1956), Lisan al-‘Arab
PENGERTIAN AL-JANNAH DARI SEGI ISTILAH

• Lafaz al-jannah, jannatan dan jannat, kesemuanya


disebut sebanyak 147 kali dalam al-Qur‟an.
• Antaranya pada Surah al-Tawbah (9: 72)
PENGERTIAN AL-JANNAH DARI SEGI ISTILAH

• Dari sudut istilah, al-jannah digambarkan


sebagai suatu kebun yang suasananya
nyaman, dihiasi dengan segala kemegahan
yang tidak terhitung, dinaungi oleh pelbagai
pokok-pokok yang rendang dan terlindung
dari cuaca yang sejuk dan panas.
Rujuk : Surah al-Nisa’ (4: 57), Surah al-Insan (76: 20),Surah al-Nisa’ (4: 57).
PENGERTIAN AL-JANNAH DARI SEGI ISTILAH
• Al-jannah juga merujuk kepada suatu tempat
yang disediakan oleh Allah SWT bagi hamba-
hambaNya yang bertaqwa sebagai ganjaran di
atas keimanan dan amalan soleh yang di
lakukan (Surah al-Baqarah (2: 80)
• Di dalamnya terdapat pelbagai kenikmatan
yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak
pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah
terlintas dalam hati dan fikiran manusia.
Hassan Ayub (1994), Tabsit al-‘Aqa’id al-Islamiyyah
BINAAN SYURGA
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a.
berkata: "Ya Rasullullah, dari apakah dibuat syurga itu?" Jawab
Nabi Muhammad s.a.w.: "Dari air." Kami bertanya: "Beritakan
tentang bangunan syurga." Jawab Nabi Muhammad s.a.w.:
"Satu bata dari emas dan satu bata dari perak, dan lantainya
kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari za'faran,
kerikilnya mutiara dan yakut, siapa yang masuk dalamnya
senang tidak susah, kekal tidak mati, tidak lapuk pakaiannya,
tidak berubah mukanya.“

(Rujukan kitab : Tanbih AL Ghafilin)


LETAKNYA SYURGA
Para ulama bersepakat syurga itu terletak di atas dari langit yang
ketujuh. Dalam surah An-Najm ayat 13-15 Allah berfirman:
)١٥( ‫) ِع ْن َد َها َجنَّةُ ا ْل َمأ ْ َوى‬١٤( ‫سد َْر ِة ا ْل ُم ْنتَ َهى‬
ِ ‫) ِع ْن َد‬١٣( ‫َولَقَ ْد َرآهُ نَ ْزلَةً أ ُ ْخ َرى‬
13. dan Demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat
(malaikat Jibril, Dalam bentuk rupanya Yang asal) sekali lagi,
14. di sisi "Sidratul-Muntaha";
15. Yang di sisiNya terletak syurga "Jannatul-Makwa".
Ketika Rasulullah dalam perjalanan Mikraj, Baginda telah
berhenti di Sidratul Muntaha. Menurut baginda, Sidratul
Muntaha itu berada jauh di luar alam langit (di luar ruang
angkasa). Di situlah Baginda dapati terletaknya syurga.
KELUASAN SYURGA
Dikatakan syurga itu luasnya seluas langit dan bumi sebagaimana
firman Allah dalam surah Ali Imran 133:

ْ ‫ض أ ُ ِعد‬
)١٣٣( َ‫ت ِل ْل ُمت ِقين‬ ْ ‫ض َها الس َم َاواتُ َو‬
ُ ‫اْلر‬ َ ‫عوا ِإلَى َم ْغ ِف َرةٍ ِم ْن َربِِّ ُك ْم َو َجن ٍة‬
ُ ‫ع ْر‬ ُ ‫ار‬
ِ ‫س‬َ ‫َو‬
133. dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal Yang baik untuk mendapat)
keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga Yang bidangnya SELUAS SEGALA
LANGIT DAN BUMI, Yang disediakan bagi orang-orang Yang bertaqwa
ٗ ۡ ُ َ ٗ َ َ ََۡ َ َ ََۡ َ
ً‫ك َكبريا‬
ِ َ ‫ت نعِيما ومل‬َ ‫ت ثمَ رأي‬
َ ‫ِإَوذا رأي‬
20. Dan apabila engkau melihat di sana (dalam Syurga itu), engkau melihat nikmat
yang melimpah-limpah dan KERAJAAN YANG BESAR (YANG TIDAK ADA
BANDINGANNYA). (Al Insan : 20)

Menurut al-Razi : Ayat wa mulkan kabira bahawa keluasan syurga terendah


tingkatannya‟ (adna manzilah) seluas seribu tahun perjalanan
Al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j. 15. juz. 30: 253
NAMA-NAMA KHAS BAGI SYURGA
Para ulama kalam juga berbeza pandangan mengenai jumlah nama-nama
syurga; ada yang mengatakan empat, ada yang mengatakan tujuh dan ada
yang mengatakan lapan dan sembilan :

1. Jannatul Firdaus – Syurga pohon anggur dan kurma


2. Jannatu ‘Adn’ - Taman Kekal Abadi (tidak berubah)
3. Jannatun Na’im – Taman kenikmatan
4. Jannatul Khuld - Taman yang kekal
5. Jannatul Ma’wa - Tempat kembali
6. Jannatul A’liyah – Taman yang tinggi pada derjat dan kemuliaan
7. Darus Salam – Negeri sejahtera
8. Darul Muqamah – Negeri ketenangan
9. Darul Qarar – Negeri Kekal Abadi
Jawharah al-Tawhid, h. 183, al-„Aqli, Dirasah, h. 205, Hashiyah al-Imam al-Bayjuri, h.
299. Tafsir Ar Razi Al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j. 11. juz. 21: 176; j. 12. juz. 23: 83
SYURGA TERTINGGI
Menurut Ar Razi, Al Tabari dan Al Alusi :
• Al-Firdaus merupakan tingkatan syurga yang tertinggi. Nabi Muhammad
s.a.w. juga menyarankan agar umatnya meminta syurga al-Firdaus kerana
di atasnya ialah ‘Arash yang mengalir daripadanya sungai-sungai di syurga.
• Allah swt berfirman dalam Surah Al Kahfi (18:107)

Al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j. 11. juz. 21: 176; al-Tabari, Jami‘ al-Bayan, 8: 297; al-
Alusi, Ruh al-Ma‘ani, j. 9. juz. 16: 73.
SARANAN RASULULLAH SAW
• Rasulullah s.a.w. menyarankan kepada umatnya agar memohon
kepada Allah diberikan syurga AL-FIRDAUS kerana ia terletak di
pertengahan antara syurga-syurga‟ (awsat al-jannah) dan
merupakan syurga yang tertinggi yang mana di atasnya adalah
Arash yang memancarkan sungai-sungai syurga.

• Riwayat dari Abu Umamah yang bermaksud:


Mintalah kepada Allah SWT Syurga al-Firdaus kerana ianya
adalah setinggi-tinggi tingkatan syurga dan sesungguhnya
penghuni Syurga al-Firdaus mendengar bunyi pergerakan di
atas Arash‟ (atit al-’Arsh)

• Al-Bukhari, Sahih Bukhari, Kitab al-Jihad, Bab Darajat al-Mujahidin fi


Sabillah, hadith no. 2790, h. 225
• Dipetik dari al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j. 12. juz. 23: 83.
DARJAT DAN MARTABAT SYURGA
BERDASARKAN AMALAN
Allah SWT berfirman :

َ ُ‫أُو ٰلَئِ َك ُه ُم ْال ُمؤْ ِمن‬


ٌ ‫ون َحقا ۚ لَ ُه ْم َد َر َج‬
‫ات ِع ْن َد َربِِّ ِه ْم َو َم ْغ ِف َرة ٌ َو ِر ْز ٌٌ َك ِري ٌم‬

Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-


benarnya. Mereka AKAN MENDAPAT PANGKAT-
PANGKAT yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan
keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga).
(Al-Anfal : 4)
DARJAT DAN MARTABAT SYURGA
BERDASARKAN AMALAN
Menurut Ar Razi :
• Tingkatan penghuni syurga adalah berbeza berdasarkan sifat-sifat
dalaman (hati) dan amalan zahir mereka semasa di dunia.
• Penghuni syurga yang berada di tingkatan al-nazilah‟ (al-darajah al-
nazilah) tidak sesekali merasa cemburu dan iri hati kepada
penghuni syurga yang berada di tingkatan al-kamilah‟(al-darajah al-
kamilah) yang merupakan tingkatan yang lebih tinggi.
• Tingkatan syurga tertinggi‟ (al-darajat al-‘ula) adalah bagi orang
yang beriman dan melakukan pelbagai amal soleh serta suci dari
dosa dan maksiat.
• Tingkatan syurga yang lebih rendah adalah bagi orang beriman yang
melakukan maksiat (mu’min asi) yang menemui Allah SWT dalam
keadaan mereka masih belum bertaubat.
Al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j. 11. juz. 22: 92
DARJAT DAN MARTABAT SYURGA
BERDASARKAN AMALAN
• Syurga Firdaus syurga yang paling tinggi darjatnya. Di atasnya
terdapat A’rasy Al Rahman. Dari syurga ini terpancar empat
saliran sungai syurga.
‫َت لَ ُه ْم َجناتُ ْال ِف ْر َد ْو ِس نُ ُز ًَل‬ ْ ‫ت َكان‬ ِ ‫ع ِملُوا الصا ِل َحا‬ َ ‫ِإن الذِينَ آ َمنُوا َو‬
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai
tempat tetamu (yang serba mewah). (Al Kahfi : 107)
َ‫ظون‬ ُ ِ‫صلَ َواتِ ِه ْم يُ َحاف‬
َ ‫علَ ٰى‬ َ ‫َوالذِينَ ُه ْم‬
َ‫أُو ٰلَ ِئ َك ُه ُم ْال َو ِارثُون‬
َ‫س ُه ْم فِي َها خَا ِل ُدون‬ َ ‫الذِينَ يَ ِرثُونَ ْال ِف ْر َد ْو‬
Dan mereka yang tetap memelihara SOLATnya; Mereka itulah
orang-orang yang berhak mewarisi -Yang akan mewarisi Syurga
Firdaus; mereka kekal di dalamnya. (Al Mu’minun 9-11)
PINTU SYURGA
ْ ‫ين اتقَ ْوا َرب ُه ْم ِإلَى ْال َجن ِة ُز َم ًرا ۖ َحت ٰى ِإ َذا َجا ُءو َها َوفُ ِت َح‬
‫ت أ َب َْوابُ َها‬ َ ‫َو ِسيقَ ال ِذ‬
َ ‫علَ ْي ُك ْم ِط ْبت ُ ْم فَا ْد ُخلُو َها خَا ِل ِد‬
‫ين‬ َ ‫َوقَا َل لَ ُه ْم خَزَ نَت ُ َها‬
َ ‫س ًَل ٌم‬
Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan
dibawa ke Syurga dengan berpasukan-pasukan, sehingga apabila
mereka sampai ke Syurga yang PINTU-PINTUNYA sedia terbuka
dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-
kata:" Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka
silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal
di dalamnya" (mereka pun masuk)
• (Az Zumar : 73)
PINTU SYURGA
Ibnu Abbas ra. berkata: Syurga mempunyai 8 PINTU yang dibuat dari emas,
yang dihiasi dengan jauhar (sejenis mutiara)

1. PINTU YANG PERTAMA : tertulis kalimat LAA ILAAHA ILLALLAAH


MUHAMMADUR RASUULULLAH, iaitu pintu bagi para Nabi dan Rasul,
syuhada’ dan juga pintunya orang-orang yang dermawan.
2. PINTU YANG KEDUA: iaitu pintu bagi orang-orang yang mendirikan solat,
orang yang menyempurnakan wudhunya dan orang yang
menyempurnakan rukun-rukun solatnya.
3. PINTU YANG KETIGA : iaitu pintu bagi orang-orang yang memberikan
zakatnya dengan senang hati dan ikhlas.
4. PINTU YANG KEEMPAT : iaitu pintu bagi orang-orang yang memerintahkan
kepada kebajikan dan mencegah terhadap perbuatan munkar.
PINTU SYURGA
5. PINTU YANG KELIMA : iaitu pintu bagi orang-orang yang
dapat memelihara syahwatnya dan mencegah dari nafsu
yang buruk.
6. PINTU YANG KEENAM iaitu pintu bagi orang-orang yang
melaksanakan haji dan umrah
7. PINTU YANG KETUJUH iaitu pintu bagi orang-orang yang
berjihad (dijalan Allah).
8. PINTU YANG KELAPAN iaitu pintu bagi orang-orang yang
bertaqwa, yaitu orang yang memejamkan matanya dari
perbuatan dan sesuatu yang haram, orang-orang yang
melakukan kebaikan, diantaranya: berbuat baik kepada orang
tua, mempererat tali persaudaraan (silaturrahim) dan
sebagainya.
MAHLIGAI SYURGA
• Firman Allah SWT :
ِ ‫َو ُه ْم فِي ْالغُ ُرفَا‬
َ‫ت ِآمنُون‬
“Dan mereka pula ditempatkan dalam mahligai mahligai (di syurga) dengan
aman sentosa” (Saba’ : 37)
Rasulullah menjelaskan antara yang berhak mendapat mahligai dan istana di
syurga ialah
i. Orang yang saling mengasihi antara satu sama lain, saling menziarahi
dan tolong-menolong kerana Allah.
ii. Mereka yang saling membaca surah Al Ikhlas 10 kali
iii. Orang yang kematian anaknya kemudian dia redha dengan ketentuan
Allah serta membaca istirja’ (‫)ان هلل وان اليه راجعون‬
KAMAR DI SYURGA
‫ « إن في الجنة غرفا يرى ظاهرها‬: ‫ قال‬، ‫ عن رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‬، ‫عن عبد هللا بن عمرو‬
‫ « لمن أطاب‬: ‫ لمن يا رسول هللا ؟ قال‬: ‫من باطنها وباطنها من ظاهرها » فقال أبو مالك اْلشعري‬
‫ « هذا حديث صحيح على شرط الشيخين‬. » ‫ وبات قائما والناس نيام‬، ‫ وأطعم الطعام‬، ‫الكًلم‬

“Sesungguhnya di syurga ada kamar-kamar yang luarnya nampak


dari dalam, dan dalamnya nampak dari luar.”

Abu Musa Al Asy’ari berkata, “Untuk siapa ia wahai Rasulullah?”

Beliau bersabda, “Untuk orang yang baik ucapannya, memberi


makan dan solat di waktu malam.”

(HR Al Thabrani dan Al Hakim)

(Sumber Hadis: Al Targhib wa Al Tarhib 4/375)


Sanad Sahih atau Hasan
GAMBARAN SYURGA MENURUT HADIS
. ‫ فيها أنهار مطردة‬، ‫ عرصتها صخور الكافور وقد أحاط به المسك مثل كثبان الرمل‬، ‫« أرض الجنة بيضاء‬
‫ فيرجع‬، ‫ فتهيج عليهم المسك‬، ‫ يتعارفون فيبعث هللا عليهم ريح الرحمة‬، ‫فيجتمع أهل الجنة أولهم وآخرهم‬
‫ وأنا بك اْلن أشد‬، ‫ لقد خرجت من عندي وأنا بك معجبة‬: ‫الرجل إلى زوجه وقد ازداد حسنا ً وطيبا ً فتقول‬
» ً ‫إعجابا‬
Daripada Abi Hurairah RA berkata, Daripada Nabi SAW bersabda :
"Tanah syurga berwarna putih, halamannya adalah batu-batu dari kapur barus
dan ia dikelilingi oleh kesturi seperti bukit pasir. Di dalamnya terdapat sungai-
sungai yang mengalir kemudian penghuni syurga berkumpul di dalamnya dan
berkenalan. Lantas Allah SWT menghembuskan angin rahmat lalu
berhembuslah aroma kesturi pada mereka. Masing-masing mereka pulang
menemui isterinya dan mereka bertambah tampan hingga isterinya berkata.
“Dahulu kamu telah pergi dari sisiku dan sekarang kamu kembali dalam
keadaan yang sangat menakjubkan dan mempersonakan aku”
(Sumber Hadis: Al Targhib wa Al Tarhib 4/373)
KENIKMATAN-KENIKMATAN SYURGA

• Sungai yang banyak dan air yang tidak pernah kering (Surah
Muhammad : ayat 15)
• Penuh tersedia dengan berbagai buah-buahan dan daging
burung (Surah Al-Waqi’ah : ayat 20-21)
• Dilayani oleh wildan yang muda lagi rupawan (Surah Ad-Dahr :
ayat 19-21)
• Makanan dihidangkan menggunakan piring dan gelas
daripada emas (Surah Az-Zukhruf : ayat 71)
• Sungai-sungai mengalir di bawah bilik-bilik mereka (Az-Zumar
: ayat 20)
• Ditemani isteri-isteri yang dijadikan sentiasa muda, jelita dan
suci (Surah Al- Waqi’ah : ayat 35-37)
• Keharuman syurga dapat dicium dari jarak perjalanan 1000
tahun
KENIKMATAN-KENIKMATAN SYURGA

• Penghuni syurga hidup dalam ketenangan,


kedamaian, tiada dengki dan permusuhan
(Surah Al-Hijr : ayat 45-48)
• Tiada percakapan sia-sia, yang ada hanyalah
kata-kata yang mensucikan Allah (Surah Al-
Waqi’ah : ayat 25-26)
NIKMAT TERTINGGI DI DALAM SYURGA
• DAPAT MELIHAT ALLAH SWT
ِ ‫َاض َرة ٌ ِإلَ ٰى َر ِبِّ َها ن‬
ٌ ‫َاظ َرة‬ ِ ‫ُو ُجوهٌ َي ْو َمئِ ٍذ ن‬
Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri seri Melihat kepada
Tuhannya.(Surah Al-Qiyamah : ayat 22-23)

• DAPAT BERMUNAJAT / MENERIMA UCAPAN PENGHORMATAN DARIPADA


ALLAH SWT
ُ ‫اب ْال َجن ِة ْاليَ ْو َم فِي‬
]٣٦:٥٥[ َ‫شغُ ٍل فَا ِك ُهون‬ ْ َ‫ِإن أ‬
َ ‫ص َح‬
Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati
kesenangan;
َ ‫ُه ْم َوأَ ْز َوا ُج ُه ْم ِفي ِظ ًَل ٍل‬
]٣٦:٥٦[ َ‫علَى ْاْل َ َرا ِئ ِك ُمت ِكئُون‬
Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk
berbaring di atas pelamin;

ُ ‫لَ ُه ْم ِفي َها فَا ِك َهةٌ َولَ ُه ْم َما َيد‬


]٣٦:٥٧[ َ‫عون‬
Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa
sahaja yang mereka kehendaki;
ٍ ِّ ‫س ًَل ٌم قَ ْو ًَل ِم ْن َر‬
]٣٦:٥٨[ ‫ب َر ِح ٍيم‬ َ
(Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.
(Surah Yaasin : ayat 55-58)
NIKMAT TERTINGGI DI DALAM SYURGA

• Memperoleh keredhaan Allah


‫ت ت َ ْج ِري ِم ْن ت َ ْح ِت َها ْاْل َ ْن َها ُر‬
ٍ ‫ت َجنا‬ ِ ‫ين َو ْال ُمؤْ ِمنَا‬
َ ‫ع َد َّللاُ ْال ُمؤْ ِم ِن‬
َ ‫و‬
ِ ‫ان ِم َن‬
‫َّللا‬ ٌ ‫ع ْد ٍن ۚ َو ِرض َْو‬ َ ‫ت‬ ِ ‫ط ِيِّبَةً فِي َجنا‬ َ ‫سا ِك َن‬ َ ‫ين فِي َها َو َم‬ َ ‫خَا ِل ِد‬
]٩:٧٢[ ‫ظي ُم‬ ِ َ‫أ َ ْكبَ ُر ۚ ٰذَ ِل َك ُه َو ْالفَ ْو ُز ْالع‬
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan
beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka
kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam "Syurga
Adn" serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang
demikian itulah kejayaan yang besar.

(Surah At-Taubah : ayat 72)


RAHMAT ALLAH
• Syurga diperoleh berdasarkan “kurniaan‟ (fadl) Allah SWT, dan bukan
berdasarkan amalan manusia atau sesama manusia‟ (mu‘amalah)
hambaNya.
• Atau erti kata lain masuk syurga adalah melalui Rahmat (kasih sayang)
Allah swt bukan kerana amalan manusia semata-mata.
• Ini kerana sesuatu amalan pahala yang diperolehi adalah melalui
kurniaan dan rahmat Allah swt.
Firman Allah SWt Surah Al Hadid Ayat 21

Maksud : Yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada


sesiapa yang dikehendaki Nya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah
kurnia Yang besar

Rujukan : Al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j. 12. juz. 24: 54-55. Lihat juga al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j. 15. juz. 30: 264; al-
Baydawi, Anwar al-Tanzil, j. 2: 470. Lihat juga pandangan sedemikian dalam al-Razi, al-Masa’il al-Khamsun, h. 59.
BAGAIMANA MEMPEROLEH
SYURGA ALLAH??
• Firman Allah swt dalam Surah Al Hadid ayat 21

Maksudnya : 21. berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang


baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga
yang bidangnya seluas Segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-
orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; Yang demikian ialah
limpah kurnia Allah, diberikan Nya kepada sesiapa yang dikehendaki Nya;
dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia Yang besar.
MAKNA NERAKA
• Neraka ialah tempat balasan seksa yang
disediakan oleh Allah s.w.t kepada orang
kafir dan orang Islam yang mengingkari
perintahNya.
• Hukum beriman kewujudan neraka adalah
wajib.
• Mereka yang tidak meyakini kewujudan
neraka adalah murtad.
PERINGATAN ALLAH TENTANG AZAB NERAKA

ٌ‫علَ ْي َها َمًلَ ِئ َكة‬ َ ‫اس َو ْال ِح َج‬


َ ُ ‫ارة‬ ُ ‫َارا َوقُو ُد َها الن‬ ً ‫س ُك ْم َوأَ ْه ِلي ُك ْم ن‬
َ ُ‫يَا أَيُّ َها الذِينَ آ َمنُوا قُوا أَنف‬
َ‫َّللا َما أَ َم َر ُه ْم َويَ ْفعَلُونَ َما يُؤْ َم ُرون‬
َ َ‫صون‬ ُ ‫ظ ِش َدا ٌد َلَ يَ ْع‬ٌ َ‫ِغًل‬

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan


keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya:
manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh
malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak
menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya
kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang
diperintahkan. (At-Tahriim 6)
FIRMAN ALLAH SWT :
‫ت أَب َْوابُ َها َوقَا َل لَ ُه ْم خَزَ نَت ُ َها‬
ْ ‫َو ِسيقَ الذِينَ َكفَ ُروا ِإلَى َج َهن َم ُز َم ًرا َحتى ِإ َذا َجا ُءو َها فُ ِت َح‬
‫ت َربِِّ ُك ْم َويُ ْنذ ُِرونَ ُك ْم ِلقَا َء يَ ْو ِم ُك ْم َه َذا قَالُوا بَلَى َولَ ِك ْن‬ ُ ‫أَلَ ْم يَأْتِ ُك ْم ُر‬
َ َ‫س ٌل ِم ْن ُك ْم يَتْلُون‬
ِ ‫علَ ْي ُك ْم آيَا‬
‫س‬ َ ْ‫اب َج َهن َم خَا ِلدِينَ فِي َها فَبِئ‬ َ ‫)قِي َل ا ْد ُخلُوا أَب َْو‬٧١( َ‫علَى ْال َكافِ ِرين‬ َ ‫ب‬ ِ ‫ت َك ِل َمةُ ْالعَ َذا‬ ْ ‫َحق‬
)٧٢( َ‫َمثْ َوى ْال ُمتَ َكبِ ِِّرين‬
71. dan orang-orang kafir akan dihalau ke neraka jahannam Dengan berpasuk-
pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakan pintu-
pintunya dan berkatalah penjaga-penjaganya kepada mereka: Bukankah telah
datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, Yang
membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan Memperingatkan kamu
akan pertemuan hari kamu ini?" mereka menjawab: "Ya, telah datang! tetapi
telah ditetapkan hukuman azab atas orang-orang Yang kafir.

72. (setelah itu) dikatakan kepada mereka: "Masukilah pintu-pintu neraka


jahanam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-
buruk tempat bagi orang-orang Yang sombong takbur ialah neraka jahannam.
”(AL-ZUMAR:71-72)
NAMA-NAMA NERAKA
1. Jahannam (Surah Al-Ankabut : ayat 68)
2. Jahim (Surah Ad-Dukhan : ayat 56)
3. Haawiah – neraka yang amat panas apinya
(Surah Al-Qari’ah : ayat 8-11)
4. Wail (Surah Al-Muthoffifin : ayat 1)
5. Lazha (Surah Al-Maarij : ayat 15-18)
6. Sa’ir (Surah Al-Mulk : ayat 5)
7. Saqar (Al-Mudattsir : ayat 26-30)
8. Huthomah (Surah Al-Humazah : ayat 4-9)
TINGKATAN NERAKA
TINGKATAN NAMA NERAKA PENGHUNI

Pertama Jahannam Orang-orang Islam yang melakukan


maksiat
Kedua Lazha Orang-orang Yahudi

Ketiga Huthomah Orang-orang Nasrani

Keempat Sa’iir Orang-orang Shabi’in

Kelima Saqar Orang-orang Majusi

Keenam Jahim Orang-orang menyembah berhala

Ketujuh Hawiyah Orang-orang munafiq


NERAKA JAHANAM:
• Dinamakan Jahanam kerana ia bermuka
masam atau bengis sewaktu menyambut
mangsanya yakni orang yang berdosa.
• Jahannam akan memakan daging (membakar)
orang yang memasukinya.
• Antara semua neraka Jahannam lebih terkenal
kerana neraka ini adalah tempat kembalinya
orang Islam yang berdosa
NERAKA LAZA
Keadaan neraka Laza pula telah dinyatakan di dalam Al-Quran
surah Al-Maarij ayat 15 hingga 16 yang bermaksud:

)١٦( ‫عةً ِللش َوى‬ َ َ‫َكًل ِإن َها ل‬


َ ‫)نَزا‬١٥( ‫ظى‬

15. tidak sekali-kali (sebagaimana Yang diharapkannya)!


Sesungguhnya neraka (yang disediakan baginya) tetap
menjulang-julang apinya,

16. (Membakar serta) menggugurkan kulit ubun-ubun dan


anggota anggota tubuh badan,
NERAKA SAQAR
Bagi keadaan di dalam neraka Saqar pula Allah s.w.t telah
berfirman didalam surah Al-Muddathir(27-28) yang bermaksud:

)٢٨( ‫) ال ت ُ ْب ِقي َوال تَ َذ ُر‬٢٧( ‫سقَ ُر‬ َ ‫َو َما أَد َْر‬
َ ‫اك َما‬

27. dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui kedahsyatan


neraka Saqar itu?
28. ia membakar mangsanya Dengan tidak meninggalkan sisa,
dan tidak membiarkannya (binasa terus)
NERAKA AL-HUTHAMAH
Untuk mengetahui keadaan di dalam neraka Al-Huthamah
perhatikan firman Allah s.w.t yang bermaksud: (Al-Humazah:5-7)

َ ‫)التِي تَط ِل ُع‬٦( ُ ‫َّللا ْال ُموقَ َدة‬


)٧( ِ‫علَى اْل ْفئِ َدة‬ ِ ‫َار‬ َ ‫اك َما ْال ُح‬
ُ ‫)ن‬٥( ُ‫ط َمة‬ َ ‫َو َما أ َ ْد َر‬
5. dan apa jalannya Engkau dapat Mengetahui, apa Dia "Al-
Hutamah" itu?
6. (Al-Hutamah) ialah api Allah Yang dinyalakan (dengan
perintahNya), -
7. Yang naik menjulang ke hati;
NERAKA JAHIM:
Neraka Jahim adalah neraka yang besar bara apinya. Firman Allah
dalam surah Al-Syu’ra : 26 Maksud:
َ‫ت ْال َج ِحي ُم ِل ْلغَا ِوين‬
ِ َ‫[ َوبُ ِ ِّرز‬٢٦:٩١]
“Dan diperlihatkanlah dengan jelas neraka Jahim kepada orang yang
sesat. ”
NERAKA HAWIYAH
Firman Allah s.w.t menceritakan neraka Hawiyah yang bermaksud:
)١١( ٌ‫اميَة‬ ٌ َ‫)ن‬١٠( ‫اك َما ِهيَ ْه‬
ِ ‫ار َح‬ َ ‫) َو َما أَد َْر‬٩( ٌ‫)فَأ ُ ُّمهُ َها ِويَة‬٨( ُ‫َوأ َ َّما َم ْن َخفَّتْ َم َو ِازينُه‬
8. sebaliknya orang Yang ringan timbangan amal baiknya, -
9. maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah"
10. dan apa jalannya Engkau dapat Mengetahui, apa Dia "Haawiyah"
itu?
11. (Haawiyah itu ialah): api Yang panas membakar. (Al-Qari’ah:8-11)
NERAKA SA’IR
Firman Allah yang menyebut neraka Sa’ir:
)١٠( ‫يرا‬ َ ‫ْلَ ْو َن‬
ً ِِ ‫س‬ ْ َ ‫سي‬ ً َ‫ُونِ ِه ْْ ن‬
َ ‫ارا َو‬ َ ُ‫ظ ْل ًما ِإنَّ َما يَأ ْ ُكل‬
ُ ُ‫ون فِي ب‬ َ ُ‫ِين يَأ ْ ُكل‬
ُ ‫ون أ َ ْم َوا َل ا ْليَتَا َمى‬ َ ‫ِإ َّن الَّذ‬

10. Sesungguhnya orang-orang Yang memakan harta anak-anak


yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api
ke Dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke Dalam
api neraka Yang menyala-nyala. (neraka Sa’ir). (Al-Nisa’ : 10)

Api Neraka sa’ir, pada mulanya dinyalakan selama seribu tahun


sehingga menjadi merah. Dibiarkan menyala selama seribu tahun
lagi sehingga menjadi warna putih. Dibiarkan lagi menyala seribu
tahun lagi sehingga berwarna hitam. Maka jadilah ia hitam gelap.
GAMBARAN NERAKA JAHANAM
Riwayat daripada Ibn Abbas tentang keluasan neraka Jahanam :
• Orang yang masuk ke dalam neraka Jahanam akan menjadi
besar badannya. Antara telinga mereka dengan tengkuknya
perjalanan tujuh puluh tahun, yang mana di situ ada lembah
tempat mengalir kahak dan darah.
• Luas dan besarnya pagar neraka Jahannam maka tiada siapa
pun dapat lari daripadanya.
• Panas neraka Jahanam, sememangnya jauh lebih panas
daripada api di dunia iaitu 1 per tujuh puluh daripada api
neraka Jahannnam.
• Rasulullah berkata : Api neraka itu digandakan lagi 69 kali
daripada panas api didunia.
Rasulullah SAW bersabda:
‫َّللا ِإ ْن‬
ِ ‫سو َل‬ ُ ‫ ِقي َل يَا َر‬،‫َار َج َهن َم‬ ِ ‫ين ُج ْز ًءا ِم ْن ن‬ َ ‫ار ُك ْم ُج ْز ٌء ِم ْن‬
َ ‫س ْب ِع‬ ُ َ‫ن‬
‫ين ُج ْز ًءا ُكلُّ ُهن ِمثْ ُل‬
َ ِّ ‫علَ ْي ِهن ِبتِ ْسعَ ٍة َو ِس ِت‬ ِّ ِ ُ‫ ف‬:‫َت لَ َكافِيَةً قَا َل‬
ْ َ‫ضل‬
َ ‫ت‬ ْ ‫َكان‬
‫َح ِ ِّر َها‬
“Api (di dunia) hanyalah satu dari 69 bahagian
api neraka jahanam.”
(Sahih Al Bukhari : No. Hadis 3265)
Allah SWT berfirman:
ِ ََْ َ ‫يَ ْو َم نَقُو ُل ِل َج َهن َم َه ِل ْامت‬
‫ت َوتَقُو ُل َه ْل ِمن م ِزي ٍد‬
Maksud : Dan ingatlah akan) hari (yang pada hari itu) Kami
bertanya kepada jahannam: “Apakah kamu sudah penuh?” Dia
menjawab: “Masih ada tambahan?” (QS. Qaaf : 30)
GAMBARAN NERAKA JAHANAM
Berdasarkan kisah Jibril bertemu Rasulullah SAW menceritakan sifat neraka Jahanam
• Api yang tidak pernah padam nyala dan baranya.
• Andainya Neraka Jahanam terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat
membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya
• Satu baju ahli neraka jahanam itu digantung diantara langit dan bumi nescaya akan
mati penduduk bumi kerana panas dan baranya.
• Satu pergelangan dari rantai yang disebut Allah dalam Al-Quran itu diletakkan
diatas bukit nescaya akan cair sampai kebawah bumi yang ketujuh.
• Seorang dihujung barat diseksa nescaya akan terbakar orang-orang yang dihujung
timur kerana sangat panasnya.
• Perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya
potongan api.
• Api neraka itu ada mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bagian yang
tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.
• Dari pintu ke pintu jarak perjalanan tujuh puluh ribu tahun, tiap pintu lebih panas
dari yang lain tujuh puluh ribu tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain tujuh
puluh kali ganda
• Calon Neraka Jahanam Disambut oleh malaikat-malaikat Zabaniyah dengan rantai
dan belenggu. Rantai itu dimasukkan kedalam mulut mereka hingga tembus ke
duburnya, dan diikat tangan kirinya kelehernya, sedang tangan kanannya
dimasukkan dalam dada dan tembus kebahunya,
CALON YANG MEMASUKI PINTU NERAKA
• Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafiq, orang-orang yang kafir
setelah diturunkan hidangan mujizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Firaun
sedang namanya Alhawiyah.
• Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
• pintu ketiga tempat orang-orang shobi’in bernama Saqar.
• Pintu keempat tempat iblis laknatullah dan pengikutnya dari kaum Majusi
bernama Ladha,
• pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
• Pintu keenam tempat orang-orang kristien (Nasara) bernama Sa’ie.”
Kemudian Jibril diam segan pada Nabi Muhammad s.a.w sehingga Nabi
Muhammad s.a.w bertanya: “Mengapa tidak kau terangkan penduduk PINTU
KETUJUH?”
Jawab Jibril: “Didalamnya ORANG-ORANG YANG BERDOSA BESAR dari ummat
mu yang sampai mati belum sempat bertaubat.”

• Maka Nabi Muhammad s.a.w jatuh pengsan ketika mendengar keterangan


Jibril itu..
• Tangisan nabi selama tiga hari tidak keluar rumah dan sujud kepada Allah
memikirkan nasib umatnya.
Di petik dari Kitab Peringatan Bagi Yang Lalai
GEMURUH NERAKA DAN GELEDAKNYA
• Jahanam itu neraka yang kabut, berasap dan hitam.
• Keseluruhan neraka itu hitam gelap,
• Airnya bewarna hitam,
• Pokoknya hitam serta orang yang diseksa di dalamnya juga
hitam.
Sesuai dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud:

‫ت ُو ُجو ُه ُه ْم أَ َكفَ ْرت ُ ْم بَ ْع َد ِإي َما ِن ُك ْم فَذُوقُوا‬


ْ ‫ض ُو ُجوهٌ َوت َ ْس َو ُّد ُو ُجوهٌ فَأَما ال ِذينَ ا ْس َود‬
ُّ َ‫يَ ْو َم ت َ ْبي‬
َ ‫ْالعَ َذ‬
)١٠٦( َ‫اب بِ َما ُك ْنت ُ ْم ت َ ْكفُ ُرون‬
106. (ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang)
menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam.
adapun orang-orang Yang telah hitam legam mukanya, (Mereka akan ditanya
secara menempelak): "Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman?
oleh itu rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu".
SERINGAN SEKSAN
‫ع َذابًا‬ ِ ‫ ِإن أ َ ْدنَى أ َ ْه ِل الن‬: ‫سل َم قَا َل‬
َ ‫ار‬ َ ‫علَ ْي ِه َو‬
َ ُ‫صلى َّللا‬ َ ‫هللا‬ِ ‫سو َل‬ ُ ‫أَن َر‬
.‫ار ِة نَ ْعلَ ْي ِه‬ ُ ‫ يَ ْغ ِلي ِد َما‬، ‫َار‬
َ ‫غهُ ِم ْن َح َر‬ ٍ ‫يَ ْنت َ ِع ُل ِبنَ ْعلَي ِْن ِم ْن ن‬
‫رواه مسلم‬
Sahabat Nu’man bin Basyir pun ketika suatu saat
menyampaikan khutbahnya, ia mengatakan bahwa ia,
“Rasulullah SAW telah bersabda, ‘Sesungguhnya siksa
penghuni neraka yang paling ringan adalah seseorang yang
dipakaikan sepasang terompah yang terbuat dari api hingga
otaknya mendidih sebagaimana mendidihnya air yang
sedang direbus”.
Pada saat itu orang tersebut menganggap dialah orang yang
mendapat siksaan yang paling pedih, padahal ia adalah
penghuni neraka yang paling ringan siksanya.
(HR Muslim)
VISI Hidup Mukmin

Dunia Akhirat

Jangka Pendek Jangka Panjang

Kemudahan kesenangan Keredhaan Allah

Ketenangan kebahagian Syurga


GOLONGAN YANG DINAUNGI ALLAH SWT
“Ada tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari ketika
tidak ada naungan kecuali naungan-Nya;
[1] seorang pemimpin yang adil,
[2] seorang pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah ta’ala,
[3] seorang lelaki yang hatinya bergantung di masjid,
[4] dua orang yang saling mencintai karena Allah; mereka
berkumpul dan berpisah karena-Nya,
[5] seorang lelaki yang diajak oleh seorang perempuan
berkedudukan dan cantik [untuk berzina] akan tetapi dia
mengatakan, ‘Sesungguhnya AKU TAKUT KEPADA ALLAH’,
[6] seorang yang bersedekah secara sembunyi-sumbunyi sampai-
sampai tangan kirinya tidak tahu apa yang diinfakkan oleh tangan
kanannya
[7] seorang yang mengingat Allah di kala sendirian sehingga kedua
matanya mengalirkan air mata (menangis).”
(HR. Bukhari [629] dan Muslim [1031]).
GOLONGAN YANG DINAUNGI ALLAH SWT
Rasulullah SAW bersabda:

“Ada dua buah mata yang tidak akan tersentuh


api neraka; mata yang menangis karena merasa
takut kepada Allah, dan mata yang berjaga-jaga
di malam hari karena menjaga pertahanan
kaum muslimin dalam [jihad] di jalan Allah.”

(HR. Tirmidzi [1639], disahihkan Syaikh al-Albani


dalam Sahih Sunan at-Tirmidzi [1338]).
GOLONGAN YANG DINAUNGI ALLAH SWT
4. Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, mereka itu
penghuni surga; mereka kekal di dalamnya
5. Orang orang yang sebenar benar bertaqwa.
6. Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( barangsiapa
yang ucapan terakhirnya Laa ilaaha illallah maka dia masuk surga )
( hadits hasan).

Bersaksi dengan laa ilaaha illallah harus dengan tujuh syarat. Tanpa
syarat-syarat itu syahadat tidak akan bermanfaat bagi yang
mengucapkannya. Secara ringkasnya tujuh syarat itu adalah:
1. 'Ilmu, yang menafikan jahl (kebodohan).
2. Yaqin (yakin), yang menafikan syak (keraguan).
3. Qabul (menerima), yang menafikan radd (penolakan).
4. Inqiyad (patuh), yang menafikan tark (meninggalkan).
5. Ikhlash, yang menafikan syirik.
6. Shidq (jujur), yang menafikan kadzib (dusta).
7. Mahabbah (kecintaan), yang menafikan baghdha' (kebencian).
KITA GOLONGAN YANG MANA ?
1) AS-SAABIQU BI AL-KHAIRAT (golongan yang
mendahului dalam melakukan kebaikan)
• Golongan yang sangat dekat dengan allah,
• Merekalah ahli ihsan (yang suka berbuat kebaikan dan
memperbaiki kerosakan),
• Golongan yang tertinggi sekali kedudukannya di sisi
allah(selepas para nabi dan rasul),
• Mereka menunaikan semua perkara fardhu(wajib) dan
meninggalkan perkara-perkara haram.
• Sangat gemar melakukan amalan mustahab(sunnah)
dan ibadah-ibadah yang dituntut,
• Meninggalkan perkara yang haram,al-
makruhaat(perkara yang dibenci) secara keseluruhan
kerana takut dihitung di sisi allah SWT.
KITA GOLONGAN YANG MANA ?
2) AL-MUQTASID ( pertengahan)
• Disebut sebagai golongan al-abrar (yang suka berbuat
kebaikan), menjaga batasan agama, beristiqamah di
atas agama Allah tetapi mereka tidak melakukan
amalan-amalan mustahab, nawafil seperi golongan
pertama.
• Melakukan sebahagian al-makruhaat (perkara yang
dibenci), dan al-musytabihaat daripada perkara yang
diharuskan.

• Golongan ini masih lagi dikira ahli Syurga yang


selayaknya dengan amalannya.
KITA GOLONGAN YANG MANA ?
3) AZ-ZHOLIMU LI NAFSIH (golongan yang menzalimi diri sendiri)
• Golongan yang menzalimi diri mereka sendiri, iaitu orang-orang yang
beriman yang meninggalkan sebahagian kewajiban atau melakukan
sebahagian perkara-perkara yang haram,
• Dikira sebagai orang yang beriman dan ahli syurga secara umumnya, tetapi
mereka boleh memasukkan diri mereka ke neraka disebabkan menzalimi diri
sendiri dengan perbuatan maksiat.
Firman Allah SWT :
َ ‫َّللا َل َي ْغ ِف ُر أَ ْن يُ ْش َر َك ِب ِه َو َي ْغ ِف ُر َما دُونَ َذ ِل َك ِل َم ْن َيشَا ُء َو َم ْن يُ ْش ِر ْك ِباَّللِ فَقَ ِد ا ْفتَ َرى ِإثْ ًما‬
)٤٨( ‫ع ِظي ًما‬ َ ‫ِإن‬
48. Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik
mempersekutukannya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa
yang lain dari itu bagi sesiapa Yang dikehendakinya (menurut aturan
syariatnya). Dan sesiapa Yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang
lain), maka Sesungguhnya ia telah melakukan dosa Yang besar. .[an-Nisa`[4]:48]
KITA GOLONGAN YANG MANA ?
4) AL-KAAFIR (Golongan yang kafir)
• Golongan yang keempat golongan ashabul
mashamah (golongan kiri)
• Terdiri daripada orang-orang kafir, pendusta-
pendusta agama, dari kalangan yahudi,
nasrani, majusi , munafiqin,
musyrikin,wathaniyyin( penyembah berhala)
dan seumpamanya.
JANGAN BERTANGGUH BERAMAL KERANA MASIH
MENGHARAPKAN ADA LAGI NAFAS HARI ESOK….
‫إلهى لست للفردوس أهال‬
ْ‫وال أقوى على نار الجحي‬
‫فهب لي توبة واغفر ذنوبي‬
ْ‫فإنك غافر الذنب الِظي‬

Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgaMu


Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku
Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu
Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu
SEKIAN
SELAMAT BERAMAL
&
TERIMA KASIH
SEMOGA ALLAH SWT SENTIASA
MERAHMATI ANDA YANG SUDI MENDENGAR…..

Anda mungkin juga menyukai