Anda di halaman 1dari 13

Khutbah Aidil Adha 1438H

Khutbah Pertama

ُ‫ كالي ) هللا‬2 ( ‫ كالي ) هللاُ َأ ْك َب ُر‬3 ( ‫ كالي ) هللاُ َأ ْك َب ُر‬3 ( ‫هللاُ َأ ْك َب ُر‬
‫هلل الَّذِي‬ ِ ‫الحمْ ُد‬ َ . ‫هللا ب ُْك َر ًة َوَأصِ يْال‬ ِ ‫ان‬ َ ‫هلل َك ِثيْرً ا َو ُسب َْح‬
ِ ِ ‫د‬.ُ ْ‫الحم‬ َ ‫َأ ْك َب ُر َك ِبيْرً ا و‬
ُ‫ َو َنحْ َم ُدهُ َع َلى َما َأ ْوال َنا َو َن ْش ُك ُره‬. َ ‫َج َع َل َي ْو َم عِ ْي ِد األضْ َحى َأسْ َعدَ األيا َّ ِم ل َنا‬
‫د َأنَّ َسيِّدَ َنا م َُح َّم ًدا‬.ُ ‫د َأنْ الِإل َه ِإال هللاُ َوَأ ْش َه‬.ُ ‫ َوَأ ْش َه‬.‫َع َلى ن َِع ِم ِه الَّتِى ِب َها َواال َنا‬
‫لى َس ِّي ِد َنا م َُح َّم ٍد َو َع َلى آلِ ِه‬ َ ‫اركْ َع‬ ِ ‫ص ِّل َو َسلِّ ْم َو َب‬َ ‫َع ْب ُدهُ َو َرس ُْولُ ُه اللّ ُه َّم‬
‫ َأمَّا َبعْ ُد…… َف َيا‬. ‫ْن‬ ِ ‫ان ِإ َلى َي ْو ِم ال ِّدي‬ ٍ ‫َوَأصْ َح ِاب ِه َو َمنْ َت ِب َع ُه ْم بِِإحْ َس‬
‫از ال ُم َّتقُ ْو َن‬ ِ ‫َّاي ِب َت ْق َوى‬
َ ‫هللا َف َق ْد َف‬ َ ‫هللا َوُأ ْوصِ ْي ُك ْم َوِإي‬َ ‫ِإ ْخ َوا ِنيْ ! ا َّتقُ ْوا‬
‫ سورة سباء‬38 ‫ فرمان هللا تعالى دالم أية‬:
‫ُط الرِّ ْز َق لِ َمن َي َشا ُء ِمنْ عِ َبا ِد ِه َو َي ْق ِد ُر َل ُه ۚ َو َما َأن َف ْق ُتم مِّن‬ ُ ‫قُ ْل ِإنَّ َربِّي َي ْبس‬
٣٩﴿‫ِين‬ َ ‫ازق‬ ِ َّ‫﴾ َشيْ ٍء َفه َُو ي ُْخلِفُ ُه ۖ َوه َُو َخ ْي ُر الر‬
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya
Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang
dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Dia juga
yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu
dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua
sebaik-baik Pemberi rezeki”.
Selamat menyambut Aidil Adha diucapkan kepada seluruh
kaum muslimin dan muslimat. Kesyukuran yang tidak terhingga
kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya haji atau
korban ini. Sempena berada pada hari raya haji ini marilah kita
sama-sama mendoakan semoga para Jemaah haji dari seluruh
dunia yang sedang mengerjakan ibadat haji di Kota Mekah
diberikan kesihatan dan keselamatan dan yang paling besar
dianugerahkan dengan haji mabrur yang tiada balasan kecuali
Syurga. Sempena beradanya kita pada hari raya korban ini
sehingga berakhirnya hari Tasyriq iaitu 13 Zulhijjah nanti maka
bagi kita yang berkemampuan disarankan untuk melakukan
ibadat korban. Antara tujuan besar ibadat korban ialah
mendekatkan diri kita kepada Allah dengan membersihkan hati
daripada sikap kedekut dan terlalu cinta kepada nikmat duniawi
sehingga lupa kepada Allah dan akhirat. Antara sebab hati kita
1
jauh daripada mengingati Allah dan akhirat
ialah : [1] Menurut hawa nafsu. [2] Cinta dunia dan takut
mati. [3] menurut hasutan Syaitan [4] Tabiat buruk [5] Dosa.
Oleh itu ibadat korban yang dilakukan bukan sahaja untuk
menyembelih binatang korban malah apa yang paling besar
untuk mengikis sifat tercela dalam diri sehingga fadhilat korban
mampu dicapai antaranya sebagaima

Sabda nabi s.a.w melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh


Siti Aisyah :
‫اع ِم َل ابْنُ آ َد َم َي ْو َم ال َّنحْ ِر َع َمالً َأ َحبَّ ِإ َلى هللا َع َّز َو َج َّل ِمنْ ِإهْ َرا َق ِة‬ َ ‫َم‬
‫ وِإنَّ الدم‬.‫ار َها‬ ‫ع‬َ ‫ش‬ْ ‫ َوِإ َّن ُه َل َيْأتِي َي ْو َم ْال ِق َيا َم ِة ِبقُرُو ِن َها َوَأ ْظالَ ِف َها َوَأ‬.‫دَم‬
ِ ٍ
‫ َفطِ يبُوا ِب َها‬.‫ض‬ ‫َأل‬ ‫َأ‬
ِ ْ‫ َق ْب َل نْ َي َق َع َع َلى ا ر‬،‫ان‬ ٍ ‫هللا َع َّز َو َج َّل ِب َم َك‬ ِ ‫َل َي َق ُع م َِن‬
‫َن ْفسا ً – رواه الترمذي وابن ماجه والحاكم‬
Maksudnya : “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia
pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan
darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan
datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-
kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan
sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan
di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas
bumi. Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban

َ ِ ‫هللاُ َأ ْك َبرُ! هللاُ َأ ْك َبرُ! هللاُ َأ ْك َب ُر َوهلِل‬


‫الح ْم ُد‬
Firman Allah dalam ayat 36 surah al-Hajj :

‫َو ْالب ُْد َن َج َع ْل َنا َها َل ُكم مِّن َش َعاِئ ِر اللَّـ ِه َل ُك ْم ِفي َها َخ ْي ٌر ۖ َف ْاذ ُكرُوا‬
‫ت ُج ُنو ُب َها َف ُكلُوا ِم ْن َها‬ ْ ‫ص َوافَّ ۖ َفِإ َذا َو َج َب‬ َ ‫اسْ َم اللَّـ ِه َع َل ْي َها‬
َ ‫ك َس َّخرْ َنا َها َل ُك ْم َل َعلَّ ُك ْم َت ْش ُكر‬
﴿ ‫ُون‬ َ ِ‫َوَأ ْط ِعمُوا ْال َقا ِن َع َو ْالمُعْ َترَّ ۚ َك ٰ َذل‬
٣٦﴾
Maksudnya : Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada
fakir miskin Mekah itu) sebahagian dari syiar ugama Allah
untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada
2
kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa
menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka
apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah
sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain)
kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta.
Demikianlah Kami mudahkannya untuk kamu
(menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.
Nikmat hari raya ini mesti kita zahirkan rasa syukur dengan
amalan soleh termasuk ibadat korban. Usah ditunggu bahagia
baharu memanjatkan syukur, sebaliknya panjatkan syukur,
maka bahagia akan menyusul. Jangan ditunggu banyaknya
nikmat, tetapi belajarlah bersyukur walau atas nikmat yang
sedikit. Syukur bukan sekadar saat tersungkur, malah ketika
gembira dan nikmat berbaur. Sesungguhnya, semakin kuat
menzahir rasa syukur, nikmat akan bertambah, sekali gus
menambah baik kualiti jiwa. Pertambahan nikmat terbahagi
kepada dua, iaitu pertambahan dari sudut kuantiti dan kualiti.
Misalnya, syukur saat miliki harta dengan melakukan sedekah.
Harta akan berkurangan jika dibelanjakan, tetapi jika dilaburkan
sebagai sedekah, ia akan memberi pulangan lebih lumayan di
akhirat sana.

ُ ‫ف َعنْ َأ ِبي ِه – رضى هللا عنه – َقا َل َأ َتي‬


- َّ‫ْت ال َّن ِبى‬ ٍ ِّ‫َعنْ ُم َطر‬
‫ َيقُو ُل‬: ‫ َوه َُو َي ْق َرُأ (َأ ْل َها ُك ُم ال َّت َك ُاثرُ) َقا َل‬-‫صلى هللا عليه وسلم‬
َّ‫ك ِإال‬ َ ِ‫ك َيا اب َْن آدَ َم ِمنْ َمال‬ َ ‫ابْنُ آدَ َم َمالِى َمالِى – َقا َل – َو َه ْل َل‬
‫ رواه‬-.‫ْت‬ َ ‫ت َفَأم‬
َ ‫ْضي‬ َ ‫ْت َأ ْو َت‬
َ ‫ص َّد ْق‬ َ ‫ت َفَأ ْب َلي‬َ ْ‫ْت َأ ْو َل ِبس‬
َ ‫ت َفَأ ْف َني‬
َ ‫َما َأ َك ْل‬
‫مسلم‬
Maksudnya: Aku pernah mendatangi Nabi s.a.w sedang
membaca surat At Takatsur, lalu baginda bersabda: “Anak
Adam mengatakan: “Hartaku-hartaku, hartaku, dan apakah
kamu wahai anak Adam, memiliki dari hartamu kecuali apa
yang engkau makan maka akan habis atau kamu pakai makan
akan lusuh atau kamu sedekahkan maka itu sahaja yang
tinggal

3
Menerusi sedekah juga bukan sekadar kuantiti ganjaran
bertambah, malah kualiti jiwa juga berubah. Melahirkan jiwa
bersyukur perlu kepada sifat qanaah iaitu cukup dengan sedikit
dan jika berlebih mampu untuk dibahagi-bahagikan. Dengan
cara itu, hati akan lebih lapang dan menawarkan jiwa yang
lebih sihat serta segar.
Rasa syukur juga subur bila kita fahami walau sekecil manapun
nikmat yang dikurnia ia akan dirasakan besar kerana yakin
bahawa nikmat itu datang daripada Allah yang Maha Besar.
Nikmat yang besar akan terasa kecil sekiranya terlalu
menumpu kepada nikmat diterima semata-mata. Jangan terikut
dengan sifat manusia yang kurang syukur sebagaimana

firman Allah dalam ayat 19-21 surah al-Ma’arij :

﴿ ‫﴾ ِإ َذا َم َّس ُه ال َّشرُّ َج ُزوعًا‬١٩﴿ ‫ان ُخلِ َق َهلُوعًا‬ َ ‫ِإنَّ اِإْلن َس‬
٢١﴿ ‫﴾وِإ َذا َم َّس ُه ْال َخ ْي ُر َم ُنوعًا‬
َ ٢٠﴾
Maksudnya : Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat
resah gelisah (lagi bakhil kedekut); Apabila dia ditimpa
kesusahan, dia sangat resah gelisah; Dan apabila dia beroleh
kesenangan, dia sangat bakhil kedekut;

َ ِ ‫هللاُ َأ ْك َبرُ! هللاُ َأ ْك َبرُ! هللاُ َأ ْك َب ُر َوهلِل‬


‫الح ْم ُد‬
Firman Allah dalam surah ar-Ruum ayat 21 :

‫َو ِمنْ آ َيا ِت ِه َأنْ َخ َل َق َل ُكم مِّنْ َأنفُ ِس ُك ْم َأ ْز َواجً ا لِّ َتسْ ُك ُنوا ِإ َل ْي َها‬
َ ‫ت لِّ َق ْو ٍم َي َت َف َّكر‬
﴿ ‫ُون‬ َ ِ‫َو َج َع َل َب ْي َن ُكم م ََّو َّد ًة َو َرحْ َم ًة ۚ ِإنَّ ِفي ٰ َذل‬
ٍ ‫ك آَل َيا‬
٢١﴾
Maksudnya : Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan
kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk
kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri,
supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan
dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih
4
sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan
kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
Sambutan hari raya korban tidak lengkap tanpa menyentuh
tentang kehebatan keluarga nabi Ibrahim a.s dalam membina
keluarga yang sakinah tenang dan tenteram mematuhi perintah
Allah dengan suburnya rasa mawaddah cinta dan rahmat kasih
sayang atas dasar agama. Penghayatan agama dalam hidup
berkeluarga dan bermasyarakat adalah begitu penting terutama
bila kita melihat statistik jenayah keganasan semakin
meningkat seperti laporan Statistik yang diperoleh daripada
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak 57,519 kes keganasan
terhadap wanita dilaporkan sepanjang 2010 sehingga Mac
2017 yang merangkumi bilangan kes keganasan rumah tangga
dan jenayah di bawah Kanun Keseksaan melibatkan wanita
sebagai mangsa seperti cabul kehormatan, sumbang mahram,
rogol dan kesalahan luar tabii. Sebanyak 23,212 atau 40
peratus merupakan kes keganasan rumah tangga melibatkan
wanita sebagai mangsa. Bagi kes penderaan kanak-kanak
yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
bagi tempoh 2010 sehingga tahun 2016 lalu adalah sebanyak
28,365 kes
Keganasan rumahtangga dan juga keluarga tidak tenteram
akibat beberapa faktor antaranya : [1] Kurang ilmu sebelum
dan selepas kahwin. Perumpaan sesebuah perkahwinan itu
diibaratkan sebuah kapal. Jika pada mulanya lagi kapal itu
sudah bocor kerana kekurangan ilmu dan amalan agama di
dalamnya. Bagaimana kapal tersebut ingin terus berlayar?
Lama kelamaan kapal tersebut semakin luas bocornya dan
akhirnya tenggelam. Maka sebab itu sesebuah perkahwinan itu
banyak berakhir dengan penceraian. [2] Sering bergaduh di
mana bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di
situlah rezeki akan disekat. [3] Merungut dan merasa anak-
anak sebagai beban sedangkan anak adalah rezeki Allah untuk
diberi kasih [4] Selalu mengeluh sesama suami isteri dengan
apa yang tidak dimiliki sedangkan kita wajib syukur atas nikmat
samada banyak atau sedikit kerana syukur kunci kepada rezeki
[5] Kedekut dengan pasangan dan anak-anak. Sepatutnya
5
jangan terlalu berkira-kira untuk mempermudahkan hal yang
baik sekeluarga. Perlu ada tolak ansur dan dan faham sesama
pasangan kerana rezeki yang Allah SWT beri adalah untuk
dikongsi bersama. [6] Gagal mengawal emosi dan amarah.
Didiklah diri supaya tidak meninggikan suara dan gunakan
kata-kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga
anak-anak. Buangkan cara menakut-nakutkan ahli keluarga
dan tanamkan layanan penuh mesra. [7] Kurang sabar. Oleh
itu, ajarlah untuk bersabar dalam menangani karenah suami,
isteri dan anak-anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka.
Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan
dan anak. Nasihat dan cari penyelesaian secara baik.
Banyakkan bersabar kerana sabar itu membawa keberkatan
dan rezeki. [8] Kurang berdoa maka sentiasalah mendoakan
yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa
ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari kerana
kuasa doa itu adalah luar biasa. Antaranya lazimilah dengan
doa nabi Ibrahim a.s sebagaimana

ayat 40 surah Ibrahim :


﴿ ‫صاَل ِة َو ِمن ُذرِّ َّي ِتي ۚ َر َّب َنا َو َت َق َّب ْل ُد َعا ِء‬
َّ ‫َربِّ اجْ َع ْل ِني ُم ِقي َم ال‬
٤٠﴾
Maksudnya : Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang
mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat
keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa
permohonanku

Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 124 :


ِ ‫ك لِل َّن‬
‫اس‬ ِ ‫ت َفَأ َت َّمهُنَّ ۖ َقا َل ِإ ِّني َج‬
َ ُ‫اعل‬ ٍ ‫َوِإ ِذ ا ْب َت َل ٰى ِإب َْرا ِهي َم َر ُّب ُه ِب َكلِ َما‬
١٢٤﴿ ‫ين‬ َّ ‫﴾ِإ َمامًا ۖ َقا َل َو ِمن ُذرِّ َّي ِتي ۖ َقا َل اَل َي َنا ُل َع ْه ِدي‬
َ ‫الظالِ ِم‬
Maksudnya : Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh
Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan),
maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu)
Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi
6
Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia”. Nabi Ibrahim pun
memohon dengan berkata: “(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga
(apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin
ikutan)”. Allah berfirman: “(Permohonanmu diterima, tetapi)
janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim.
Menyoroti perjuangan nabi Ibrahim a.s yang begitu getir dan
hebat dalam mempertahan seterusnya mengembangkan Islam
maka ia wajib dijadikan contoh teladan dalam mengembalikan
izzah kemuliaan umat Islam dan mendaulatkan kembali seluruh
sistem Islam meliputi ibadat, sosial, politik, ekonomi dan
sebagainya. Perjuangan dalam menegakkan Islam bukan
melalui jalan senang tetapi penuh halangan. Antaranya [1]Ujian
berupa cemuhan dan penghinaan dari musuh-musuh Allah
yang tidak menginginkan berkembangnya syiar
Islam. [2] Pencemaran nama baik Islam dan pejuangnya
dengan harapan agar Islam menjadi nama yang sentiasa
dibenci dan menjadi musuh dunia atas nama
Islamphobia. [3] Ancaman bentuk ugutan, penjara,
penganiayaan bahkan sampai kepada pembunuhan. [4] Pujuk
rayu dengan harta dan takhta sehingga ramai yang gugur
dalam perjuangan Islam
Menyedari tentang ujian, cabaran atau tekanan dalam
memperjuangkan Islam maka kita mesti mempersiap diri dan
melaksanakan beberapa perkara antaranya :

1. Sabar dan tetap pendirian dalam menghadapi cabaran


dan ujian disamping mencari jalan yang diredhai Allah
bagi mengatasinya.
2. Membanyakkan membaca dan tadabbur Al – Quran serta
berdoa kepada Allah.
3. Mengingati bahawa umur dunia amatlah pendek dan tidak
menjadikan dunia ini sebagai matlamat hidup sebaliknya
dunia tempat mengumpul bekalan akhirat
4. Mengingati bahawa sudah menjadi sunnah Allah kepada
manusia dalam hidup dunia ini diuji dengan pelbagai ujian.
5. Mengingati bahawa para Rasul dan Nabi lebih kuat ujian
dan godaan dari kita.

7
6. Mengingati bahawa semua ujian atau bala yang
dikenakan ke atas kita bukanlah merupakan lontaran
sesat tetapi mengikut sunnah Allah qada’ dan qadar
daarinya.
7. Mengingati bahawa dalam sesuatu ujian dan godaan yang
terkena kepada kita memang dengan tujuan dan hikmat
yang banyak antaranya dalam menguatkan iman dan
dapat menghilangkan karat dosa.
8. Mengingati bahawa nyawa kita dan harta benda dan apa
saja yang ada pada kita ini semua milik Allah yang diberi
pinjam buat sementara waktu saja dan kita sekalian
hamba yang bakal ditanya tentang penggunaan segala
nikmat sementara di dunia ini
9. Mengingati bahawa setiap ujian dan bala yang menimpa
kita di dunia ini akan diberi pahala yang besar sekiranya
kita tahan uji dan sabar menghadapinya.
10. Mengingati bahawa setiap bala dan ujian di serata
dunia ini walau bagaimana pun besar dan dahsyat
sekalipun, sekaliannya tidak dapat dibandingkan dengan
siksaan Allah di akhirat Nanti yang jauh lebih dahsyat lagi
mengerikan

Oleh itu gunakanlah nikmat hari raya korban ini dalam


menghayati sikap berkorban harta, masa dan jiwa dalam
menegakkan Islam dalam diri, keluarga, masyarakat
seterusnya negara. Yakinlah kita bahawa perjuangan Islam
bukanlah perkara yang ringan. Allah swt telah menjanjikan
balasan yang terbaik bagi mereka yang istiqomah dalam
perjuangan Islam. Maka, tentu saja untuk mendapatkan janji
yang terbaik dari Allah swt tersebut tidaklah mudah, melainkan
penuh dengan ujian, halangan, rintangan, dan berbagai macam
perlawanan. Untuk itu, marilah sama-sama kita kuatkan dan
luruskan niat dalam perjuangan Islam. Tundukkan pandangan
mata dan hati dari segala bentuk duniawi yang akan
melemahkan iman dan menidurkan kita dari perjuangan Islam.
Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat

Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisaa’ :


8
‫ُون ْال َح َيا َة ال ُّد ْن َيا‬
‫ين َي ْشر َ‬ ‫َف ْل ُي َقا ِت ْل ِفي َس ِب ِ‬
‫يل اللَّـ ِه الَّ ِذ َ‬
‫يل اللَّـ ِه َف ُي ْق َت ْل َأ ْو َي ْغلِبْ َف َس ْو َ‬
‫ف‬ ‫ِباآْل ِخ َر ِة ۚ َو َمن ُي َقا ِت ْل ِفي َس ِب ِ‬
‫﴾ ُنْؤ ِتي ِه َأجْ رً ا َع ِظيمًا ﴿‪٧٤‬‬
‫‪Maksudnya : Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang‬‬
‫)‪mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan‬‬
‫‪kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan‬‬
‫‪Allah (untuk membela Islam). Dan sesiapa yang berperang‬‬
‫‪pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh‬‬
‫‪kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala‬‬
‫‪yang besar.‬‬

‫آن ال َع ِظي ِْم َو َن َف َع ِني َوِإيَّا ُك ْم ِب َما‬ ‫ك هللاُ لِيْ َو َل ُك ْم ِفي القُرْ ِ‬ ‫ار َ‬
‫َب َ‬
‫الو َت ُه‬‫الح ِكي ِْم َو َت َق َّب َل ِم ِّني َو ِم ْن ُك ْم ِت َ‬
‫الذ ْك ِر َ‬ ‫ت َو ِّ‬ ‫ِف ْي ِه ِم َن اآل َيا ِ‬
‫هللا ال َع ِظ ْي َم لِيْ َو َل ُك ْم‬
‫ِإ َّن ُه ه َُو ال َّس ِم ْي ُع ال َعلِ ْي ُم َواسْ َت ْغ ِف ُ‪.‬ر َ‬
‫ت‬ ‫ت َوالمُْؤ ِم ِني َْن َوالمُْؤ ِم َنا ِ‪.‬‬ ‫مْين َوالمُسْ لِ َما ِ‬ ‫َولِ َساِئ ِر الُمْ ِسلِ َ‬
‫َفاسْ َت ْغ ِفر ُْوهُ‪َ .‬ف َيا َف ْو َز المُسْ َت ْغ ِف ِري َْن َو َيا َن َجا َة ال َّتاِئ ِبي َْن‬

‫‪9‬‬
‫خطبة كدوا‬
‫ كالي ) هللاُ َأ ْك َب ُر َك ِبيْرً ا و‬3 ( ‫ كالي ) هللاُ َأ ْك َب ُر‬3 ( ‫هللاُ َأ ْك َب ُر‬
ُ‫هلل َوحْ دَ ه‬ ِ ِ ‫الحمْ ُد‬َ .‫صيْال‬ ِ ‫هللا ب ُْك َر ًة َوَأ‬
ِ ‫ان‬ َ ‫هلل َك ِثيْرً ا َو ُسب َْح‬ِ ِ ‫الح ْم ُد‬
َ
. ُ‫اب َوحْ دَ ه‬ َ ‫ص َر َع ْب َدهُ َوَأ َع َّز ُج ْن َدهُ َو َه َز َم األحْ َز‬ َ ‫دَق َوعْ َدهُ َو َن‬ َ ‫ص‬ َ
‫ َوَأ ْش َه ُد َأنَّ َس ِّي َد َنا‬, ‫ك َل ُه‬َ ‫َأ ْش َه ُد َأنْ الِإل َه ِإال هللاُ َوحْ دَ هُ ال َش ِر ْي‬
‫لى َس ِّي ِد َنا م َُح َّم ٍد َو َع َلى‬ َ ‫ص ِّل َع‬ َ ‫ اللّ ُه َّم‬, ‫م َُح َّم ًدا َع ْب ُدهُ َو َرس ُْولُ ُه‬
‫ َف َيا َأ ُّي َها المُسْ لِم ُْو َن ا َّتقُ ْوا‬.……‫ َأمَّا َبعْ ُد‬. ‫صحْ ِب ِه َأجْ َم ِعي َْن‬ َ ‫آلِ ِه َو‬
‫ فرمان هللا‬.… ‫هللا ُيحِبُّ ال ُم َّت ِقي َْن‬ َ َّ‫هللا َوَأ ِط ْيع ُْوهُ َواعْ َلم ُْوا َأن‬ َ
‫ سورة النمل‬34 ‫ تعالى دالم أية‬:
‫ك ِإ َذا َد َخلُوا َقرْ َي ًة َأ ْف َس ُدو َها َو َج َعلُوا َأ ِع َّز َة َأهْ لِ َها‬َ ‫ت ِإنَّ ْال ُملُو‬ ْ ‫َقا َل‬
َ ِ‫َأ ِذلَّ ًة ۖ َو َك ٰ َذل‬
َ ُ‫ك َي ْف َعل‬
‫ون‬
Maksudnya : Ratu Balqis berkata: “Sesungguhnya raja-raja,
apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan
mereka menjadikan penduduknya yang mulia kepada hina-
dina; dan demikian itulah mereka akan lakukan

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,


Tahun ini kita menyambut hari raya korban ketika kehangatan
negara menyambut kemerdekaan kali ke-60. Sesebuah Negara
boleh dikatakan merdeka secara hakiki apabila kemerdekaan
tersebut terjadi secara menyeluruh dalam setiap segi.
Kemerdekaan tersebut bukan hanya dalam konteks Negara
semata tetapi juga individu dan masyarakat yang menjadi
pengisi sebuah Negara. Dalam konteks individu kemerdekaan
bererti bebasnya seseorang dari tekanan hawa nafsunya dalam
melakukan segala tindakan di mana bagi seorang yang
beriman pertimbangan rasionalnya adalah ketika dia
menyandarkan segala perbuatannya kepada aturan Allah.
Ibarat kata Hukama’ ; ”Seorang budak beramal kerana takut
10
hukuman, pedagang beramal kerana menginginkan
keuntungan, dan orang merdeka beramal kerana mengharap
keredhaan Allah swt.”
Sedangkan dalam konteks masyarakat, kemerdekaan adalah
ketika mereka tidak lagi menjadi pengekor pola berfikir, budaya
bahkan agama para penjajah. Masyarakat yang merdeka
memiliki pola pikir, budaya dan agama yang khas yang
membezakan mereka dari masyarakat sebagaimana
masyarakat Madinah Munawwarah setelah Rasulullah saw.
berhijrah, baginda mulai membentuk masyarakat di sana
dengan kehidupan beragama yang jauh berbeza dengan
sebelumnya bukan sahaja dari sudut ibadat khusus malah
meliputi sosial, ekonomi, politik dan sebagainya

َ ِ ‫هللاُ َأ ْك َبرُ! هللاُ َأ ْك َبرُ! هللاُ َأ ْك َب ُر َوهلِل‬


‫الح ْم ُد‬
Melihat suasana masyarakat dan negara kita agak
membimbangkan walau pun sudah 60 tahun menyambut
merdeka bila aqidah semakin tergugat dengan bebasnya
pemikiran liberal yang mahu halalkan murtad, zina dan budaya
songsang termasuk ada anak muda Melayu yang menyertai
program anti Tuhan. Malah kenyataan yang mendakwa al-
Quran tidak relevan dan diturunkan pada era Mesopotamia
dalam suatu program baru-baru ini menambahk kecelaruan
yang ada.
Masalah jenayah juvana seperti statistik Kementerian
Pendidikan menunjukkan terdapat lebih daripada 14,000 kes
buli di sekolah-sekolah di seluruh negara antara tahun
2012 dan tahun 2015 dan sebahagian besar melibatkan
penderaan fizikal sehingga adanya cadangan untuk pelajar
yang mempunyai masalah disiplin serius untuk dihantar
menjalani program pemulihan di penjara dan lokap tidak lama
lagi bagi memerangi gejala sosial di sekolah. Kita berharap
suatu kajian lebih mendalam dibuat agar modul agama dan
tarbiah rohani ditekankan agar ia boleh merawat bukan
semakin melarat

11
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Keberadaan kita pada hari raya korban yang mulia ini juga
jangan kita lupa untuk berkorban samada dengan harta mahu
pun doa dalam membantu saudara seagama yang sedang
berdepan dengan masalah penjajahan moden dengan
peperangan, kebuluran sebagaimana di Palestin, Syria, Iraq,
Yaman, Somalia, Filiphina, Myanmar, Selatan Thailand dan
sebagainya. Ingatlah suatu pesanan berharga daripada
nabi s.a.w :

‫اج ِة‬
َ ‫ان ِفي َح‬ َ ‫ْالمُسْ لِ ُم َأ ُخو ْالمُسْ لِ ِم اَل َي ْظلِ ُم ُه َواَل يُسْ لِ ُم ُه َو َمنْ َك‬
ُ ‫اج ِت ِه َو َمنْ َفرَّ َج َعنْ مُسْ لِ ٍم ُكرْ َب ًة َفرَّ َج هَّللا‬ َ ‫ان هَّللا ُ ِفي َح‬ َ ‫َأ ِخي ِه َك‬
ُ ‫ت َي ْو ِم ْال ِق َيا َم ِة َو َمنْ َس َت َر مُسْ لِمًا َس َت َرهُ هَّللا‬ِ ‫َع ْن ُه ُكرْ َب ًة ِمنْ ُك ُر َبا‬
‫َي ْو َم ْال ِق َيا َم ِة – رواه البخاري ومسلم‬
Maksudnya : Seorang Muslim adalah saudara orang Muslim
lainnya. Ia tidak boleh menzhaliminya dan tidak boleh
membiarkannya diganggu orang lain (bahkan ia wajib
menolong dan membelanya) . Sesiapa membantu kesusahan
saudaranya, maka Allâh sentiasa akan menolongnya. Sesiapa
melapangkan kesulitan orang Muslim, maka Allâh akan
melapangkan baginya dari salah satu kesempitan di hari
Qiamat dan barangsiapa menutupi (aib) orang Muslim, maka
Allâh menutupi (aib)nya pada hari Kiamat
Akhir kata selamat menyambut Aidil Adha dan selamat
mengerjakan ibadat korban bermula pagi ini hinggalah berakhir
hari tasyriq 13 Zulhijjah nanti. Bahagiakan daging korban
kepada saudara yang memerlukan agar mereka turut merasai
nikmat Allah dan betapa manisnya nikmat persaudaraan Islam.

12
‫صحْ ِب ِه َأجْ َم ِعي َْن اللّ ُه َّم‬ ‫لى َس ِّي ِد َنا م َُح َّم ٍد َو َع َلى آلِ ِه َو َ‬ ‫ص ِّل َع َ‬ ‫اللّ ُه َّم َ‬
‫ت األحْ َيا ِء‬ ‫ت َوالمُْؤ ِم ِني َْن َوالمُْؤ ِم َنا ِ‬ ‫اغ ِفرْ لِ ْلمُسْ لِ ِمي َْن َوالمُسْ لِ َما ِ‬ ‫ْ‬
‫اضيْ‬ ‫ت َو َق ِ‬ ‫ْب ُم ِجيْبُ ال َّد َع َوا ِ‬ ‫ك َس ِم ْي ٌع َق ِري ٌ‬ ‫ت ِإ َّن َ‬‫ِم ْن ُه ْم َواألمْ َوا ِ‬
‫ات َب ْي ِن ِه ْم َوا ْنصُرْ ُه ْم‬ ‫ت َوَألِّفْ َبي َْن قُلُ ْو ِب ِه ْم َوَأصْ لِحْ َذ َ‬ ‫اجا ِ‬ ‫الح َ‬ ‫َ‬
‫ك َوال‬ ‫ك َو َع ُدوِّ ِه ْم ‪ ,‬اللّ ُه َّم ال ُت َسلِّ ْط َع َل ْي َنا َمنْ ال َي َخافُ َ‬ ‫َع َلى َع ُدوِّ َ‬
‫ك ِفيْ‬ ‫َيرْ َح ُم َنا‪ ,‬اللّ ُه َّم ا ْنص ُِر الم َُجا ِه ِدي َْن الَّ ِذي َْن ي َُجا ِه ُد ْو َن ِفيْ َس ِب ْيلِ َ‬
‫ان ‪ ,‬اللّ ُه َّم ا ْنصُرْ ِإ ْخ َوا ِن َنا المُسْ لِ ِمي َْن ِفى‬ ‫ان َو َم َك ٍ‬ ‫ُك ِّل َز َم ٍ‬
‫َف َلسْ ِطين َو ِفى سوريا وفي مصر وفي أ ْف ِر ْي ِقي َو ِفى‬
‫ب ِبلِ ِيبين َو ِفى إيندونيسيا وفى تايلند ‪Myanmar‬‬ ‫َو ِفى َج ُن ْو ِ‬
‫ب‬ ‫ي الس ََّحا ِ‬ ‫ب َو َيا مُجْ ِر َ‬ ‫َو ِفى َب َل ِد َنا ماليزيا اللّ ُه َّم َيا ُم ْن ِز َل ال ِك َتا ِ‬
‫ك‬ ‫ب ِاهْ ِز ْم ُه ْم َوا ْنصُرْ َنا َع َلي ِْه ْم‪ ,‬اللّ ُه َّم َع َل ْي َ‬ ‫از َم األحْ َزا ِ‬ ‫َو َيا َه ِ‬
‫ارى َو َمنْ َواال ُه ْم‪,‬‬ ‫ص َ‬ ‫ك ِبال َّن َ‬ ‫ِبال َيه ُْو ِد َو َمنْ َواال ُه ْم‪ ,‬اللّ ُه َّم َع َل ْي َ‬
‫ير َكان َو َمنْ‬ ‫ْك ِباأل ِم ِ‬ ‫ك ِبال ُه َن ْو ِد َو َمنْ َواال ُه ْم‪ ,‬اللّ ُه َّم َع َلي َ‬ ‫اللّ ُه َّم َع َل ْي َ‬
‫ْك‬ ‫يطان َو َمنْ َواال ُه ْم‪ ,‬اللّ ُه َّم َع َلي َ‬ ‫بر َ‬ ‫ك ِبالِ ِ‬ ‫َواال ُه ْم‪ ,‬اللّ ُه َّم َع َل ْي َ‬
‫الظالِ ِمي َْن َو َمنْ َواال ُه ْم‪ ,‬اللّ ُه َّم‬ ‫اغي َْن َّ‬ ‫الط ِ‬ ‫ب ال ُم ْش ِر ِكي َْن َّ‬ ‫ِبَأحْ َزا ِ‬
‫دَ مِّرْ ُه ْم َت ْد ِميْرً ا َو َتبِّرْ ُه ْم َت ْت ِبيْرً ا َواجْ َع ْل ُه ْم َه َبا ًء َم ْن ُث ْورً ا اللّ ُه َّم‬
‫ك ‪ ,‬اللّ ُه َّم َأ ِع َّز‬ ‫اخ ُذ ْل َمنْ َخ َذ َل ِد ْي َن َ‬ ‫ك َو ْ‬ ‫ص َر ِد ْي َن َ‬ ‫ا ْنصُرْ َمنْ َن َ‬
‫ك َوال ُم ْش ِر ِكي َْن َودَ مِّرْ َأعْ َدا َء‬ ‫اإلسْ ال َم َوالمُسْ لِ ِمي َْن َوَأ ِّذ َّل ال ِّشرْ َ‬
‫صال َت َنا َو ِق َيا َم َنا‬ ‫ك المُْؤ ِم ِني َْن ‪ .‬اللّ ُه َّم َت َق َّب ْل ِم َّنا َ‬ ‫ْن َوا ْنصُرْ ِع َبادَ َ‬ ‫ال ِّدي ِ‬
‫ك ال َك ِريْم‪.‬‬ ‫ص ًة لِ َوجْ ِه َ‬ ‫َوَأضْ ِح َي َت َنا َو َج ِمي َْع َح َس َنا ِت َنا َواجْ َع ْل َها َخالِ َ‬
‫ار‪.‬‬ ‫اب ال َّن ِ‬ ‫َر َّب َنا آ ِت َنا ِفي ال ُّد ْن َيا َح َس َن ًة َو ِفي اآل ِخ َر ِة َح َس َن ًة َو ِق َنا َع َذ َ‬
‫الحمْ ُد ِ ِ‬
‫هلل‬ ‫ك اللّ ُه َّم َو َت ِح َّي ُت ُه ْم ِف ْي َها َسال ٌم َوآ ِخ ُر دَ عْ َوا ُه ْم َأ ِن َ‬ ‫سبُحْ ا َ َن َ‬
‫َربِّ ال َعا َل ِمي َْن‬

‫‪13‬‬

Anda mungkin juga menyukai