Anda di halaman 1dari 3

SINOPSIS JUZUK 27

Surah Status Ayat Halaman Mashaf

Adz-Dzariyat Makkiyyah 31-60 522-523

Al-Tur Makkiyyah 1-49 523-525

Al-Najm Makkiyyah 1-62 526-528

Al-Qamar Makkiyyah 1-55 528-531

Ar-Rahman Makkiyyah 1-78 531-534

Al-Waqi’ah Makkiyyah 1-96 534-537

Al-Hadid Madaniyyah 1-29 537-541

Surah Adz-Dzariyat (Angin yang Menerbangkan) 31-60

• Tetamu Nabi Ibrahim membawa amaran (31-46)


• Renungkan kejadian langit dan bumi (47-55)
• Kita dicipta untuk mmenyembah Allah SWT (56-60)

Surah At-Tur (Bukit) Ayat 1-49

Nama surah disebutkan dalam ayat 1. Merujuk kepada Allah bersumpah dengan Bukit Tur yang menjadi
tempat Nabi Musa a.s menerima Kitab Taurat.

Dimulai dengan Allah bersumpah dengan Bukit Thursina. Dengan suratan amalan yang dicatatkan. Dengan
lembaran yang akan dibentangkan. Dengan Baitulmakmur dan banyak lagi. Diakhiri dengan mengingatkan kita,
bersabar adalah penting tatkala menghadapi dugaan Allah. Semuanya dalam pengawasan-Nya. Kerana itu,
bertasbihlah memuji Allah, tatkala bangun maupun tatkala tidur.

Tema: Motivasi agar tetap berdakwah dan bersabar.

• Allah SWT bersumpah (1-10)


• Neraka untuk si pembohong (11-16)
• Untuk orang beriman (17-31)
• Allah SWT sindir orang kafir (32-43)
• Ingatlah hari kiamat (44-49)

Surah An-Najm (Bintang) Ayat 1-62

Nama surah disebutkan dalam ayat 1. Allah bersumpah dengan bintang sebagai simbolik ketinggian al-Quran.

Dimulai dengan Allah bersumpah dengan bintang untuk membuktikan Nabi Muhammad bukannya seorang sesat,
bukan juga seorang gila. Dia tidak bercakap kecuali semuanya wahyu dari Allah. Diakhiri dengan pernyataan,
apakah manusia masih hairan dengan perutusan Nabi Muhammad membawakan al-Quran. Sehingga ada yang

1
tertawa mengejek, sedangkan mereka juga bukan orang baik-baik. Pedulikan mereka dan teruskan sujud dan
beribadat kepada Allah.

Tema: Pilih sumber ilmu

• Allah SWT bersumpah (1-4)


• Jibril menemui Nabi Muhammad dalam rupa asal (5-18)
• Kaum Quraish ditempelak (19-30)
• Sebab Allah cipta langit dan bumi (32-32)
• Allah SWT sindir mereka (33-44)
• Renungkan kejadian kita (45-56)
• Hari kiamat telah hampir (57-62)

Surah Al-Qamar (Bulan) Ayat 1-55

Nama surah disebutkan pada ayat 1, merujuk kepada salah satu mukjizat Nabi Muhammad iaitu peristiwa bulan
terbelah.

Dimulai dengan Allah bersumpah dengan bulan yang mengambang. Jika berlaku bulan terbelah, itulah
menandakan, berhala yang berada di keliling Kaabah sudah hampir saat kehancurannya. Diakhiri dengan janji, siapa
yang bertakwa akan berada dalam syurga yang mengalir sungai di bawahnya. Duduk berehat di atas katil masing-
masing di bawah naungan rahmat Allah yang maha berkuasa.

Tema: Kenali Tuhanmu dan bencana daripada-Nya

• Tanda berhala di kaabah akan hancur (1-12)


• Nabi Nuh diselamatkan (13-22)
• Kaum Thamud dibinasakan (23-32)
• Kaum Lut menerima nasib yang sama (33-40)
• Allah SWT cabar kafir Mekah (41-48)
• Allah SWT mencipta mengikut qada dan qadar (49-55)

Surah Ar-Rahman (Maha Pemurah) Ayat 1-78

Nama surah disebutkan pada ayat 1, merujuk kepada sifat Allah Yang Maha Mengasihi sekelian manusia dan
jin.

Dimulakan dengan perakuan Allah bersifat pemurah. Sebab itu, Dia menurunkan al-Quran menjadi panduan.
Mencipta kita, lalu diberi berkata-kata. Dijadikan pula matahari dan bulan untuk asas kira mengira. Diakhiri
dengan pertanyaan: atas dasar apa lagi kita menolak daripada bersyukur atas nikmat syurga yang disediakan.
Semuanya berlaku atas nama Tuhan yang memiliki keberkatan dengan sifat yang maha tinggi dan penuh
kemuliaan.

Tema: Kenali Tuhanmu dan nikmat daripada-Nya.

• Allah SWT Maha Pemurah (1-13)


• Lihat juga kejadian kita (14-25)
• Semuanya akan binasa (26-36)
• Apabila kiamat berlaku (37-45)
• Orang beriman ada dua syurga (46-59)

2
• Alasan apa lagi kita menolak Allah SWT (60-69)
• Terdapat bidadari di dalam syurga (70-78)

Surah Al-Waqiah (Hari Kiamat) Ayat 1-96

Nama surah disebutkan pada ayat 1, merujuk kepada hari kiamat dimana setiap manusia akan dihisab
dengan adil.

Dimulakan dengan pernyataan, bila berlaku saja kiamat, tiada siapa lagi yang dapat menolaknya. Akan
jelaslah ketika itu siapa yang dimuliakan dan siapa pula yang dihina. Diakhiri dengan perakuan, siapa yang
menolak al-Quran, tidak syak lagi akan dibakar api neraka. la bukan kata mainan, malah kebenaran. Kerana
itu bertasbihlah dengan nama Tuhan yang Maha Besar.

Tema: Mengukuhkan bahawa hari kiamat pasti terjadi.

• Apabila dunia Kiamat (1-11)


• Balasan untuk orang mukmin (12-26)
• Puak kanan (27-40)
• Puak kiri (41-56)
• Allah SWT sindir Mereka (57-87)
• Golongan muqarrabin(88-96)

Surah Al-Hadid (Besi) Ayat 1-29

Nama surah Disebutkan pada ayat 25, merujuk kepada suatu nikmat yang Allah kurniakan iaitu besi yang keras
dan bermanafaat buat manusia.

Dimulakan dengan pernyataan, semua yang berada di langit mahupun di bumi, sentiasa bertasbih kepada Allah,
atas sifat-Nya maha perkasa lagi bijaksana. Diakhiri dengan ingatan kepada kita, jika kita bertakwa kepada Allah,
beriman dengan Rasul, kita akan dapat dua rahmat. laitu petunjuk di dunia dan keampunan di akhirat, kerana Allah
itu maha pengampun lagi maha penyayang kepada hamba-Nya.

Tema : Keseimbangan antara spiritualisme dan materialisme

• Sifat-sifat Allah SWT (1-11)


• Keadaan kita selepas kiamat (12-19)
• Dunia ini tempat dugaan (20-25)
• Contoh umat Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim (26-27)
• Seruan Allah SWT (28-29)

Wallahua’lam

Rujukan

1. Memahami Al-Quran Petunjuk Kita, Haji Mohamed Ayob Yasin


2. Sinopsis 114 Surah, Fazrul Ismail
3. Kompas 114, Syaari Ab Rahman
4. Tadabbur Al-Quran, Syaikh Adil Muhammad Khalil

Anda mungkin juga menyukai