Anda di halaman 1dari 11

Pilihan Bahasa: MS EN AR Cari...

accessible JABATAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Laman Utama / Artikel / Bayan Linnas / BAYAN LINNAS SIRI KE-31: LAILATULQADAR.....CARILAH

BAYAN LINNAS SIRI KE-31:


LAILATULQADAR.....CARILAH
 07 JULAI 2015  NADZIRAH J U M L A H PA PA R A N : 8 0 5 6 3

Mukaddimah

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, kita telah melalui fasa puasa hampir 2/3. Justeru yang
berbakinya sudah hampir kepada 10 akhir Ramadan yang disangkakan terdapat padanya malam
al-Qadar. Justeru, Bayan Linnas pada kali ini mengemukakan tajuk “Lailatulqadar…Carilah”.

Semoga kita dapat mengisi 10 malam terakhir dengan acara ibadat dan InsyaAllah dengannya
kita memperolehi malam Lailatulqadar.

Tafsir Surah Al-Qadr

Firman Allah SWT:

(۲) ‫﴾ َو َم ا َأْد َر اَك َم ا َلْيَلُة اْلَقْد ِر‬۱﴿ ‫ِإَّنا َأْنَز ْلَناُه ِفي َلْيَلِة اْلَقْد ِر‬

‫َلْيَلُة اْلَقْد ِر َخْيٌر ِم ْن َأْلِف َشْهٍر‬

Maksudnya: “Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan.


Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu
bulan.”

(Surah al-Qadr: 1-3)

Perkataan Lailatulqadar adalah daripada dua kalimah:

Lailah yang memberi maksud apabila tenggelamnya matahari sehingga terbitnya fajar atau
berlawanan dengan siang hari.

Sedangkan al-Qadar pula memberi maksud kemuliaan atau hukum dan ketetapan.

Para ulama berbeza pendapat apabila Qadar disandarkan kepada malam. Ada ulama
berpendapat ianya kerana kemuliaan dan terdapat juga pendapat-pendapat lain.

Ibn Qudamah berpendapat malam qadar ialah malam yang mulia, diberkati, diagungkan dan
mempunyai banyak kelebihan. Lihat al-Mughni 3/178.

Ibn al-Jauzi mengemukakan 5 pendapat berkenaan dengan nama malam qadar itu:

Dengan maksud agung. Inilah pendapat al-Zuhri


Dengan makna sempit kerana dunia pada malam tersebut menjadi sempit dengan ramainya
malaikat yang turun. Inilah pendapat al-Khalil bin Ahmad.
Dengan makna hukum atau keputusan kerana pada malam tersebut semua urusan
ditentukan oleh Allah SWT. Inilah pendapat Ibn Qutaibah.
Kerana siapa yang tidak mempunyai kemuliaan akan mendapat kemuliaan dengan
melakukan ibadat pada malam tersebut. Inilah pendapat Abu Bakar al-Warraq.
Kerana diturunkan pada malam tersebut kitab yang mempunyai kemuliaan di samping
rahmat dan malaikat juga turun pada malam tersebut. Inilah pendapat guru kami Ali bin
Ubaidillah.

Sayid Qutub berkata: Terdapat ayat-ayat al-Quran yang menyebut peristiwa malam ini berkilauan
memancarkan cahaya, ia melimpahkan cahaya yang tenang, indah dan mesra iaitu cahaya Allah
yang gemilang di dalam al-Quran-Nya.

Syeikh al-Maraghi berkata: Malam itu ialah saat kemunculan sinar petunjuk dan hari permulaan
bagi agama baru yang diturunkan kepada seseorang yang terbaik dalam kalangan seluruh
manusia.

Malam ini dikira sebagai batu asas agama Islam yang menjadi penutup kepada seluruh agama
para Nabi. Penurunannya adalah sesuai dengan tuntutan zaman dan tempat. Malam ini lebih
baik daripada seribu bulan. Selama ini, mereka hidup dalam kegelapan syirik dan menyembah
berhala. Mereka meraba-raba tanpa petunjuk dan tidak mengikut jalan kehidupan dan acuan
yang sebenar.

Angka seribu mengikut kebiasaan bangsa Arab dikira sebagai suatu jumlah yang besar. Oleh itu,
sebutan seribu di sini bukanlah seribu yang sebenarnya. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Tiap-tiap seorang daripada mereka suka kiranya dia boleh hidup seribu tahun.”

Pemilihan tempat dan waktu yang tertentu untuk diberikan keutamaan mempunyai hikmah
tersendiri yang tinggi. Kemuliaan apa lagi yang lebih agung dari suatu malam yang menjadi
permulaan turunnya cahaya dan petunjuk kepada seluruh manusia setelah berlalunya beberapa
abad kaum Quraisy yang berada dalam kesesatan menyembah berhala.

Tiada lagi keagungan yang lebih tinggi dari suatu malam yang menjadi saat bersinarnya cahaya
pengetahuan Ilahi ke hati Rasulullah SAW sebagai bukti rahmat kepada hamba-hambaNya.
Seterusnya Nabi yang memberi khabar gembira dan buruk serta memimpin manusia ke jalan
yang lurus. Baginda mendidik umat yang akhirnya dapat membebaskan diri sendiri dari belenggu
perhambaan para pemerintah yang zalim. Baginda berusaha menyatukan perpecahan yang
berlaku serta menyatukan mereka yang setelah sekian lama hidup berkelompok dan berpuak.

Sepatutnya umat Islam menjadikan malam kemuliaan ini sebagai malam perayaan! Malam inilah
permulaan turunnya perundangan samawi (langit), yang membimbing umat Islam ke arah yang
baik. Pada malam ini, mereka dapat memperbaharui janji di hadapan Tuhan mereka. Malam ini
adalah pernyataan syukur terhadap segala nikmat-Nya serta mengharap pahala-Nya.
Firman Allah SWT:

‫﴾ َسَالٌم ِه َي َح َّتى َم ْط َلِع اْلَفْج ِر‬٤﴿ ‫َتَنّز ُل اْلَم َالِئَكُة َو الُّر وُح ِفْيَه ا ِبِإْذِن َر ِّبِهْم ِم ْن ُكِّل َأْم ـٍر‬

Maksudnya: “Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin TuhanNya
untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar.”

(Surah al-Qadr: 4-5)

Ibn Kathir berkata: Zahir ayat menunjukkan bahawa malam Qadar lebih afdal daripada malam
Jumaat. Walaupun begitu, ada juga pendapat yang mengatakan malam Jumaat lebih afdal. Inilah
pendapat kebanyakan ulama Hanbali seperti Abil Hasan al-Jazari, Abdullah bin Battah, Abu Hafs
al-Barmaki dan ramai lagi.

Al-Mawardi menafsirkan maksud roh dengan menukilkan 4 pendapat:

Inilah pendapat Sa’id bin Jubair.

Malaikat Hafazah. Inilah pendapat Abi Nujaih.

Malaikat-malaikat yang mulia dan hampir dengan Allah SWT. Inilah pendapat Muqatil.

Mereka adalah tentera Allah bukan daripada kalangan malaikat. Inilah yang diriwayatkan
oleh Mujahid daripada Ibn Abbas.

Pada malam itu, para malaikat turun dari alam rohani sehingga diri mereka dapat dilihat oleh
Nabi SAW. Jibril AS menampakkan dirinya kepada Nabi SAW bertujuan menyampaikan wahyu.
Para malaikat dapat dilihat oleh jiwa yang sempurna ini dengan keizinan Allah SWT setelah
Baginda sudah dipersiapkan bagi menerima wahyu dan menyampaikan ajaran yang
mengandungi kebaikan kepada mereka.

Turunnya para malaikat ke bumi adalah salah satu urusan Allah SWT . Kita tidak perlu
membahaskan tentang bagaimana cara mereka turun. Cukuplah kita meyakini perkara ini dan
tidak perlu kita berusaha ingin tahu bagaimana selok-belok rahsia itu. Apa yang diketahui oleh
orang yang berilmu hanyalah sebahagian kecil sahaja dari alam wujud ini.

Malam itu merupakan perayaan bagi umat Islam di mana telah turunnya al-Quran dan
merupakan malam kesyukuran, kebajikan dan kenikmatan. Malaikat menyertai manusia pada
malam itu dan mereka mengetahui kelebihan malam tersebut dan betapa besarnya kelebihan
manusia atas diri mereka. Seterusnya, Allah SWT menjadikan manusia sebagai khalifah di atas
muka bumi.

Kelebihan Malam Qadar


Para ulama berpendapat, sebaik-baik amalan soleh adalah pada malam Qadar yang mana ianya
lebih baik daripada seribu bulan. Hal ini, berdasarkan nas yang terdahulu. Antara kelebihan
malam ini ialah:

Dikatakan lebih baik daripada seribu bulan. Imam al-Qurtubi berkata: “Malam Qadar
mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan
kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. Ramai ulama
dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam Qadar lebih baik daripada seribu
bulan yang tiada padanya malam Qadar. Hal ini, disokong oleh Abu al-‘Aliyah.

Malaikat dan Jibril turun pada malam tersebut. Imam Qurtubi berkata: “Mereka turun
daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa
orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar.

Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Tuhan.

Mendapat keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan hingga


keluarnya fajar. Al-Dahhaq berkata: “Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali
keselamatan. Sedangkan Mujahid berpendapat: “Ia merupakan malam selamat di mana
syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut.” Lihat
Tafsir al-Qurtubi 20/133.

Waktu Atau Bilakah Berlakunya Lailatulqadar?

Diriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah R.Anha bahawa Rasulullah SAW apabila tiba 10 hari
terakhir bulan Ramadan, Baginda menghidupkan malam tersebut dengan membangunkan isi
rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya.

Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan yang bermaksud: “Rasulullah SAW berusaha sedaya
upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadan malebihi usahanya daripada malam-malam
lain.”

Lailatulqadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil di bulan Ramadan. Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud: “Carilah Lailatulqadar pada sepuluh akhir bulan Ramadan dalam
malam ganjil.”

Adapun mereka yang menentukan malam Lailatulqadar ada banyak pendapat, antaranya:

Pertama:

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama bahawa Lailatulqadar berlaku pada malam 27
Ramadan. Hujah mereka amat banyak, antaranya:
Mengikut Abu Ka’ab katanya: “Demi Allah sesungguhnya Ibn Mas’ud telah meyakinkan
bahawa malam Lailatulqadar jatuh dalam bulan Ramadan, manakala Lailatulqadar pula jatuh
pada malam ke-27. Akan tetapi, dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat)
kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya.”

Daripada riwayat Muawiyah yang bermaksud: “Bahawa Nabi SAW telah bersabda bahawa
Lailatulqadar berlaku pada malam ke-27.”

Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah al-Qadr
mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir (hia)
yang kembalinya kepada Lailatulqadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibn Umar R.Anhuma yang
bermaksud: “Sesiapa yang mencari Lailatulqadar, dia hendaklah mencarinya pada malam
yang ke-27, carilah kamu Lailatulqadar pada malam yang ke-27.”

Kedua:

Pada malam 23 Ramadan. Inilah pendapat Imam Syafie. Inilah juga pendapat Malik, Ibn
Khuzaimah, Abu Awanah dan al-Tahawi berdasarkan hadis riwayat Abdullah bin Unais bahawa
Rasulullah SAW bersabda:

‫َتَح َّر ْو ا َلْيَلَة اْلَقْد ِر َلْيَلَة َثاَل َث َو ِع ْش ِر ْيَن‬

Maksudnya: “Carilah malam Qadar pada malam 23 Ramadan.”

Ketiga:

Pada malam 21 Ramadan. Inilah juga pendapat yang dipilih oleh Imam Shafie. Dia berdalilkan
pada riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi daripada Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‫ُاْطُلُبوَها َلْيَلَة َسْبَع َعْش َر َة ِم ْن َر َم َض اِن َو َلْيَلَة ِإْح َد ى َو ِع ْش ِر ْيَن َو َلْيَلَة َثاَل ِث َو ِع ْش ِر ْيَن‬

Maksudnya: “Tuntutlah malam 17,21 dan 23 Ramadan.”

Keempat:
Pada malam 24 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Ibn Abbas bahawa Baginda SAW bersabda:

‫ِاْلَتِم ُسوا َلْيَلَة اْلَقْد ِر ِفي َأْر َبٍع َو ِع ْش ِر ْيَن‬

Maksudnya: “Carilah malam Lailatulqadar pada malam 24 Ramadan.”

Riwayat Muhammad bin Nasr Ahmad daripada Bilal dan al-Tayalisi

Kelima:

Pada malam akhir Ramadan. Hal ini berdasarkan hadis Muawiyah RA bahawa Nabi SAW
bersabda:

‫ِاْلَتِم ُسوا َلْيَلَة اْلَقْد ِر آِخ ِر َلْيَلٍة ِم ْن َر َم َض اِن‬

Maksudnya: “Carilah malam Qadar pada akhir malam Ramadan.”

Riwayat Ibn Nasr

Rahsia Menyembunyikan Lailatulqadar

Antara rahsia menyembunyikan Lailatulqadar ialah supaya menjadi pendorong kepada orang
ramai untuk mencarinya. Juga supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam
menunaikan ibadah demi untuk mencari Lailatulqadar, seperti disembunyikan masa yang
diperkenankan doa pada hari Lailatulqadar, disembunyikan masa yang diperkenan doa pada hari
Jumaat dan namanya yang agung daripada segala nama serta keredhaan-Nya. Begitulah
seterusnya.

Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita Lailatulqadar yang diisi dengan amal kebajikan
dengan menghidupkan malam tersebut, seterusnya melayakkan kita mendapat keampunan
daripada-Nya. Amin.

Alamat Malam Qadar

Sebahagian para ulama telah menyebut dalam kitab masing-masing berkenaan dengan
sebahagian tanda dan alamat yang mungkin dapat dilihat oleh sebahagian hamba Allah yang
diizinkannya pada setiap tahun daripada bulan Ramadan. Ini kerana, banyak hadis dan
pengkhabaran orang soleh serta riwayat mereka yang telah membincangkan alamat tersebut,
antaranya:

Ubadah bin al-Somit R.A berkata secara marfu’: “Sesungguhnya malam tersebut bersih
terang, seolah-olah bulan yang menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam
tersebut dan tidak terlalu panas dan tiadalah tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya
hingga ke waktu pagi. Dan daripada tandanya bahawa matahari pada waktu paginya keluar
dalam keadaan tidak bercahaya dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan
syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut. Lihat Umdah al-Qari
11/134.

Daripada Ubay bin Kaab R.A menyatakan daripada Nabi SAW, sabdanya yang bermaksud:
“Sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut tidak mempunyai cahaya dan kepanasan.”

Mengikut riwayat daripada ucapan Ibn Mas’ud berkata: “Sesungguhnya matahari keluar
setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi malam qadar.” Lihat Umdah al-Qari
11/134.

Seperkara yang penting ialah, jika seseorang mengetahui dan memanjangkan malam itu adalah
Lailatulqadar adakah perlu diwarwarkan atau disembunyikannya?

Dalam hal ini, jumhur ulama bersepakat bahawa sunat bagi siapa yang melihat pada malam
qadar untuk menyembunyikannya. Lihat Fath al-Bari 4/268 dan al-Majmu’ 6/461.

Antara hikmah disembunyikan malam Lailatulqadar adalah seperti yang disebut oleh Ibn Hajar.
Beliau menukilkannya daripada Kitab al-Hawi: “Bahawa ia merupakan Karamah (kemuliaan).
Hendaklah disembunyikannya (malam Lailatulqadar) tanpa khilaf antara ahli Tariq (orang yang
menemui Lailatulqadar) dari memandang kepada jiwa kerana dibimbangi akan dibuang nikmat,
lebih besar daripada itu akan berlaku riyak kepada ahli Tariq. Mengikut adabnya pula, janganlah
ia sibuk menceritakan nikmat Allah iaitu pertemuan malam Lailatulqadar untuk diwar-warkan
kepada manusia kerana dibimbangi berlaku hasad dengki.”

Ibn Hajar al-Asqalani berkata: “Diambil hak tersebut berdasarkan ucapan Yaaqub kepada
anaknya Yusuf, tatkala bermimpi melihat bintang matahari dan bulan sujud kepadanya.” Firman
Allah SWT:

‫َقاَل َيا ُبَنَّي ال َتْقُصْص ُر ْؤ َياَك َعَلى ِإْخ َو ِتَك َفَيِك يُدوا َلَك َكْيًدا ِإَّن الَّشْيَطاَن ِلإلْنَساِن َعُدٌّو ُمِبيٌن‬

Maksudnya: Bapanya berkata: “Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada
saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat
terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.”
(Surah Yusuf: 5)

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan

Berdasarkan perbincangan di atas, jelas menunjukkan kepada kita betapa mulia dan
agungnya malam Lailatulqadar sehingga melebihi daripada 1000 bulan. Justeru, hendaklah kita
lakukan amalan ibadat dengan bersungguh-sungguh tanpa sebarang pengabaian. Isikanlah
dengan qiamullail, bacaan al-Quran, zikrullah, munajat dan doa. Terutamanya doa keampunan
dan kerahmatan daripada-Nya.

Kami nyatakan di sini bagaimana Rasulullah SAW dan salaf as-soleh beribadat:

Daripada ‘Aisyah R.Anha, katanya:

‫ َو َج َّد َو َشَّد اْلِم ْئَز َر‬، ‫ َو َأْيَقَظ َأْه َلُه‬، ‫ َأْح َيا الَّلْيَل‬، ‫َكاَن َر ُسوُل ِهَّللا َص َّلى ُهَّللا َعَلْيِه َو َسَّلَم ِإَذا َدَخَل اْلَعْش ُر‬

Maksudnya: “Adalah Rasulullah SAW apabila masuk pada sepuluh akhir (Ramadan), Baginda
SAW akan menghidupkan malamnya (dengan ibadah), mengejutkan ahli keluarganya, dan
memperketatkan kain sarungnya (menjauhi daripada melakukan hubungan seksual dengan
isteri-isterinya)”

Riwayat Muslim: 2015

Daripada ‘Aisyah R.Anha, katanya:

‫َكاَن َر ُسوُل ِهَّللا َص َّلى ُهَّللا َعَلْيِه َو َسَّلَم ” َيْج َتِه ُد ِفي اْلَعْش ِر َم ا اَل َيْج َتِه ُد ِفي َغْيِر ِه‬

Maksudnya: “Adalah Rasulullah SAW berusaha bersungguh-sungguh (beribadah) pada sepuluh


akhir (Ramadan) melebihi kesungguhannya pada bulan-bulan yang lain”

Riwayat Ahmad

Imam Sufyan al-Thauri Rahimahullah berkata:

‫أحب إلي إذا دخل العشر األواخر أن يتهجد بالليل و يجتهد فيه و ينهض أهله و ولده إلى الصالة إن أطاقوا ذلك‬

Maksudnya: “Apabila masuknya sepuluh akhir Ramadan, aku lebih suka untuk melakukan
tahajjud pada waktu malam dan bersungguh-sungguh melakukannya. Sufyan al-Thauri
Rahimahullah juga akan mengejutkan ahli keluarganya untuk mendirikan solat seandainya
mereka mampu melakukannya.” Lihat Lathaif al-Maarif (hal. 160).

Paling kurang pastikan solat fardhu kita dilakukan secara berjemaah.


Imam Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullah menyatakan. Sebahagian ulama mazhab Syafie
menakalkan riwayat daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma bahawa:

‫ من شهد ليلة القدر ـ‬: ‫يصلي العشاء في جماعة و يعزم على أن يصلي الصبح في جماعة و قال مالك في الموطأ بلغني أن ابن المسيب قال‬
‫ من شهد العشاء و الصبح ليلة القدر فقد أخذ بحظه منها‬: ‫يعني في جماعة فقد أخذ بحظه منها و كذا قال الشافعي في القديم‬

Maksudnya: “Menghidupkan malam Lailatul Qadar akan terhasil apabila seseorang mendirikan
solat ‘Isya’ secara berjemaah dan berazam untuk melakukan solat Subuh secara berjemaah jua.
Imam Malik merekodkan dalam al-Muwatta’ bahawa Imam Ibn al-Musayyib berkata: Sesiapa
yang bertemu dengan Lailatul Qadar bermaksud (yang mendirikan solat) dalam berjemaah (pada
malam tersebut), maka dia akan memperolehi kebaikan malam itu. Begitu jualah yang dikatakan
oleh Imam asy-Syafie rahimahullah dalam pendapat lamanya: Sesiapa yang mendirikan solat
Isya’ dan Subuh pada malam Lailatul Qadar, maka dia akan memperoleh kebaikannya.” Lihat
Lathaif al-Maarif (hal. 159).

Semoga kita semua meraih malam Lailatulqadar. Amin.

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

20 Ramadan 1436H bersamaan 07 Julai 2015

Bayan Linnas

Bayan Linnas

Irsyad Hukum

Al Kafi li al-Fatawi

Irsyad al-Hadith

Irsyad Usul Fiqh

Tahqiq al-Masail

Al-Afkar

Bayan Li al-Haj
Tashih al-Mafahim

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


Jabatan Perdana Menteri
Aras 5, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya
No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3
62100 Putrajaya, Malaysia.

 : 03-8870 9000
 : 03-8870 9101 / 03-8870 9102
 : ukk[at]muftiwp[dot]gov[dot]my

Adakah infomasi di dalam Portal PMWP memenuhi ekspektasi dan


keperluan pelanggan?
Sangat Memuaskan

Memuaskan

Perlu Penambahbaikan

Hantar

Hak Cipta Terpelihara © 2023 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Paparan terbaik menggunakan resolusi skrin minimum 1920x1080 pada pelayar


web Mozilla Firefox, Microsoft Edge atau Google Chrome versi terkini

Anda mungkin juga menyukai