Anda di halaman 1dari 9

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan
malam Lailatulqadar:
Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang
terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari
Malaikat.
Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah
sujud.
Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan
tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau
mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.
anda-Tanda Malam Lailatul Qadar
Diantara kita mungkin pernah mendengar tanda-tanda malam lailatul qadar yang telah
tersebar di masyarakat luas. Sebagian kaum muslimin awam memiliki
beragam khurafat dan keyakinan bathil seputar tanda-tanda lailatul qadar, diantaranya:
pohon sujud, bangunan-bangunan tidur, air tawar berubah masin, anjing-anjing tidak
menyalak, dan beberapa tanda yang jelas batil dan rosak. Maka dalam masalah ini
keyakinan tersebut tidak boleh diyakini kecuali berdasarkan atas dalil, sedangkan
tanda-tanda di atas sudah jelas kebatilannya kerana tidak adanya dalil baik dari alQuran ataupun hadis yang menjelaskannya. Maka bagaimanakah tanda-tanda yang
sebenar berkenaan dengan malam yang mulia ini ?
Nabi sollallahualaihi wa sallam pernah menggambarkan kita di beberapa sabda beliau
tentang tanda-tandanya, iaitu:
1. Udara dan suasana pagi yang tenang
Ibnu Abbas radliyallahuanhu berkata: Rasulullah sollahualaihi wa sallam bersabda:

Lailatul qadar adalah malam tentram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula
terlalu dingin, esok paginya sang suria terbit dengan sinar lemah berwarna
merah (Hadist hasan)
2. Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannya
Dari Ubay bin Kaab radliyallahuanhu, bahwasanya Rasulullahsollahualaihi wa
sallam bersabda:
Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar
terang (HR Muslim)
3. Terkadang terbawa dalam mimpi
Seperti yang terkadang dialami oleh sebagian sahabat Nabiradliyallahuanhum
4. Bulan nampak separuh bulatan
Abu Hurairah radliyallahuanhu pernah berkata: Kami pernah berbincang tentang
lailatul qadar di sisi Rasulullah solallahualaihi wa sallam, beliau berkata,
Siapakah dari kalian yang masih ingat tatkala bulan muncul, yang berukuran
separuh nampan.(HR. Muslim)
5. Malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak
hujan, tidak ada angin kencang .
Sebagaimana sebuah hadit, dari Watsilah bin al-Asqo dari Rasulullah shallallahualaihi
wa sallam:
Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan,
tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu
dengan bintang (lemparan meteor bagi syaitan) (HR. at-Thobroni dalam al-Mujam alKabir 22/59 dengan sanad hasan)
6. Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah,
ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Rabb-nya tidak
seperti malam-malam lainnya.

Wallahualam

7 Keistimewaan Lailatul Qadar tersebut adalah:~


.
1. Waktu Diturunkan Al-Quran
.
Lailatul Qadar menunjukkan keistimewaan kerana pada malam inilah Allah
menurunkan kitab suci utama iaitu Al-Quranul Karim.
.
Ibnu Abbas dan selainnya mengatakan, Allah menurunkan Al-Quran secara
keseluruhansekaligus dari Lauhul Mahfuzh ke Baitul Izzah yang ada di langit
dunia. Kemudian Allah menurunkan Al-Quran kepada Rasulullah tersebut secara
beransur-ansur sesuai dengan peristiwa dan kejadian yang berlaku sepanjang 23
tahun.
.
.
2. Lebih Baik Dari 1000 Bulan

.
Keutamaan Lailatul Qadar sungguh luar biasa kerana malam ini lebih baik dari 1000
bulan dan bersamaan dengan 83 tahun.
Allah berfirman;

Malam Lailatul-Qadar (Malam Kemuliaan) itu lebih baik dari seribu
bulan.
(Surah Al-Qadar; Ayat 3)
.
An NakhaI dalam Latha-if Al Maarif menyatakan, Amalan di lailatul qadar
lebih baik dari amalan di 1000 bulan. Mujahid, Qotadah dan ulama lainnya
berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan lebih baik dari seribu bulan adalah
solat dan amalan pada lailatul qadar lebih baik dari solat dan puasa di 1000 bulan yang
tidak terdapat lailatul qadar. (Zaadul Masiir).
.
.
3. Malam Penuh Keberkatan
.
Lailatul Qadar adalah malam yang penuh keberkatan berdasarkan firman Allah
,


Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati
dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.
(Surah Ad Dukhan; Ayat 3)
.
Malam penuh berkat ini adalah malam Lailatul Qadar dan ini juga menunjukkan
keistimewaan malam tersebut. Ramai malaikat yang akan turun pada Lailatul Qadar
kerana banyaknya keberkatan pada malam tersebut dan turunnya malaikat
menandakan melimpahnya berkat dan rahmat.
.
.
4. Turunnya Jibril Dan Para Malaikat
.
Keistimewaan Lailatul Qadar diiringi juga dengan turunnya para malaikat yang diketuai
oleh Ar Ruuh iaitu malaikat Jibril pada malam al-Qadr dalam suatu angkatan yang
besar, penuh gilang-gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang
berpuasa dengan seikhlas hati.
Allah berfirman,

Pada Malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan
mereka.

(Surah Al-Qadar; Ayat 4)


.
Keistimewaan Ar Ruuh atau Malaikat Jibril yang disebut dalam ayat di atas adalah
bagi menunjukkan kemuliaan (keutamaan) malaikat tersebut.
Sebagaimana malaikat turun ketika ada yang membacakan Al-Quran, mereka juga akan
mengelilingi orang-orang yang berada dalam majlis zikir dan majlis ilmu. Para
malaikat akan meletakkan sayap-sayap mereka pada penuntut ilmu kerana malaikat
sangat mengagungkan mereka. (Tafsir Al-Quran Al Azhim, 14: 407)
.
.

5. Malam Kesejahteraan
.
Lailatul Qadar disifatkan sebagai keutamaan luar biasa dan kesejahteraan kerana pada
malam itu malaikat turun untuk mengucapkan Salam Sejahtera kepada seluruh
penduduk bumi.
Firman Allah ;

Sejahteralah Malam (yang penuh berkat) itu hingga terbit fajar!

(Surah Al-Qadar; Ayat 5)


.
Mujahid menyatakan, Malam tersebut penuh keselamatan di mana syaitan tidak
dapat berbuat apa-apa di malam tersebut, baik berbuat buruk atau mengganggu
yang lain. (Tafsir Al Quran Al Azhim). Juga boleh membawa makna bahawa malam
tersebut, banyak yang terselamat dari hukuman dan seksaan kerana mereka melakukan
ketaatan pada Allah ( pada malam tersebut).
.
.
6. Dicatatkan Takdir Tahunan
.
Lailatul Qadar adalah malam penulisan dan dicatatkan takdir tahunan. Imam Nawawi
rahimahullah dalam Syarh Muslim bahawa catatan takdir tahunan tersebut tentu saja
didahului oleh ilmu dan penulisan Allah . Takdir ini nantinya akan
diperlihatkan kepada malaikat dan ia akan mengetahui yang akan terjadi dan mereka
akan melaksanakan tugas yang diperintahkan untuknya.
.
Allah berfirman,

Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah
(Surah Ad Dukhan; Ayat 4)

.
Ibnu Katsir dalam kitab tafsirnya menerangkan bahawa pada Lailatul Qadar akan
diperhalusi di Lauhul Mahfuzh mengenai penulisan takdir dalam
setahun, juga akan dicatat ajal maut dan rezeki. Dan turut juga akan
dicatat segala sesuatu hingga akhir dalam setahun. Demikian juga
diriwayatkan oleh Ibnu Umar, Abu Malik, Mujahid, Adh Dhahhak dan ulama salaf
lainnya.
.
Allah berfirman,


Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa
yang Dia kehendaki), dan di sisi-Nya-lah terdapat Umulkitab
(Lohmahfuz).
(Surah Ar Rad; Ayat 39)
.
.
7. Dosa Diampunkan
Dosa setiap orang yang menghidupkan malam Lailatul Qadar akan diampunkan
oleh Allah .
Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda,

Sesiapa melaksanakan solat pada malam lailatul qadar kerana iman


dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu
akan diampunkan.
(Hadis Riwayat Bukhari r.a.)
Ibnu Hajar Al Asqalani mengatakan bahawa yang dimaksudkan iimaanan (kerana
iman)adalah membenarkan janji Allah iaitu pahala yang diberikan kepada
orang yang menghidupkan malam tersebut. Manakala ihtisaaban bermakna
mengharap pahala dari sisi Allah , bukan kerana mengharap selainnya seperti
berbuat riyak. (Fathul Bari)
Lailatul Qadar juga dikenali dengan nama Lailatul Syaraf bermaksud malam
kemuliaan atau Lailatul Tajalli yang bermakna malam Allah melimpahkan
cahaya dan hidayahNya kepada orang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.
Orang yang beribadah sepanjang tahun tentu lebih cerah dan mudah mendapatkan 7
keistimewaan dan kemuliaan malam tersebut kerana ibadahnya bersifat kekal, tetap,
ikhlas dan konsisten berbanding dengan orang yang beribadah jarang-jarang.
Ya Allah! Mudahkanlah bagi kami meraih keistimewaan Lailatul
Qadar di hari-hari terakhir bulan Ramadhan tahun ini dengan kami
berupaya mengisinya dengan seikhlas hati bersolat, berzikir dan beramal
soleh tanpa rasa mengantuk.

Anda mungkin juga menyukai