Anda di halaman 1dari 25

CTU001

TAJUK

ANALISIS AYAT AL-QUR’AN SURAH AL-QADR

NAMA PENSYARAH

NUR AININA BINTI MOHD FAUZI

NAMA PELAJAR NO MATRIKS

NURUL DIYANA BINTI AZMI 2021264326

NOR AZIRA HUDA BINTI MOHD YUSOF 2021299966

SITI ZULAIKHA BINTI ZURAINI 2021425974

MUHAMMAD HAZIMHAZMI BIN ADAM 2021659094

MUHAMMAD AMMIRUDIN BIN MOHD NIZAM 2021461932


BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN 3-5

2.0 MAKNA AYAT 6

3.0 SEBAB TURUN AYAT 7-10

4.0 TAFSIR 11-21

5.0 PENGAJARAN 22-23

6.0 RUMUSAN 24

7.0 RUJUKAN 25
1.0 Pendahuluan:

Umat islam seharusnya bersyukur kerana kita dapat mengetahui pelbagai peristiwa pada
zaman Rasulullah S.A.W suatu masa dahulu. Pelbagai peristiwa yang istimewa telah terjadi pada
zaman dahulu contohnya, Perjanjian Hudaibiyyah, Hari Asyura, Perang Badar dan sebagainya.
Pada bulan ramadhan, telah terjadinya satu peristiwa yang dikenali sebagais Malam Lailatul
Qadr. Malam Lailatul Qadr ini merupakan malam penuh barakah yang merupakan malam yang
lebih baik daripada seribu bulan. Namun begitu, malam ini hanya akan muncul pada sepuluh
malam terakhir bulan ramadhan. Setiap muslim yang bertakwa dan beriman kepada Allah S.W.T
amat menantikan malam Lailatul Qadr ini.

Dalam hadis riwayat Ibnu Majah ada menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah
bersabda yang bermaksud "Sesungguhnya bulan ini (Ramadhan) telah datang kepada kamu, di
dalamnya terdapat malam dimana amalan ibadah yang dilakukan pada malam tersebut lebih baik
dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan
malam tersebut sesungguhnya dia telah kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan
semua perkara tersebut kecuali orang-orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk)
daripada Allah S.W.T."

Surah ini mmemberitahu tentang kehebatan Al-Qur’an kepada kita. Sudah kita ketahui
bahawa ada kisah disebalik turunnya Al-Qur’an Al-Karim ini dan peristiwa itu amatlah hebat.
Malam Qadr (Malam Lailatul Qadar) ialah malam untuk memperingati turunnya wahyu sebagai
contoh terdekat, apabila ahli keluarga ataupun kita sendiri sedang ulang tahun, akan ada orang
lain yang akan menyammbutnya sebagai tanda memperingati tarikh tersebut ataupun pada Hari
Kemerdekaan. Kita sebagai rakyat Malaysia akan menyambut Hari Merdeka pada Hari
Kemerdekaan. Kita sebagai rakyat Malaysia akan menyambut hari Merdeka pada setiap 31 Ogos.
Hal ini adalah sebagai peringatan bahawa kita telah merdeka daripada penjajah dan itu adalah
salah satu peristiwa penting yang dapat diberi sebagai contoh. sudah tentu penurunan Al-Qur’an
lebih penting kerana ia adalah penurunan wahyu daripada Allah S.W.T.
Surah ini ada kaitannya dengan surah sebelum ini iaitu surah ‘Alaq. Surah ‘Alaq
menceritakan bagaimana wahyu mula diturunkan (kisah di Gua Hira’) sedangkan surah ini pula
menceritakan bagaimana wahyu diturunkan, iaitu pada malam-malam terakhir di bulan ramadhan
yang dippanggil malam Lailatul Qadar. Di dalam surah ‘Alaq ayat kelima juga ada menyebut
bagaimana Allah mengajar manusia dengan maklumat yang mereka tidak pernah tahu tanpa
Allah yang memberitahu. Di dalam surah Qadr ayat kedua Allah ada berfirman yang bermaksud
dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Perkara ini telah menunjukkan bahawa kita
tidak akan mengetahui tentang Lailatul Qadar tanpa Allah mengajarkannya kepada kita. Ilmu
kita ini bergantung kepada Allah. Kita merupakan manusia yang jahil agama tanpa sumber ilmu
yang Allah berikan. Pada ayat terakhir surah ‘Alaq iaitu ayat ke sembilan belas yang bermaksud
dan sujudlah serta dekatkan diri kepada tuhanmu. Di dalam surah Qadr kita akan diberitahu
bahawa waktu yang paling baik untuk mendekatkan diri dengan Allah S.W.T adalah pada malam
Lailatul Qadr.

Surah ‘Alaq juga Allah menyuruh semua umatnya untuk membaca (iqra’) namun di
dalam surah Qadr kita akan diberitahu apa yang hendak dibaca dan apa yang disuruh baca di
dalam kalam Allah yang diturunkan pada malam Lailatul Qadar itu. Apabila membincangkan
tentang malam Lailatul Qadr, satu persoalan yang tidak dapat dielakkan adalah bilakah malam
tersebut? Ini adalah perkara yang banyak ditanya malah ada lebih daripada 40 pendapat para
ulama. Kita hampir pasti yang ianya adalah salah satu daripada lima malam ganjil dari 10 malam
terakhir di bulan Ramadhan iaitu pada malam 21, 23, 25, 27 ataupun pada malam ke 29). Ada
yang berpendapat bahawa ia terjadi pada lima malam ganjil kerana di dalam surah Qadr hanya
ada lima ayat, maka ada kaitan dengan lima malam ganjil tersebut. Pendapat yang paling banyak
dapat kita dengari, malam Lailatul Qadr terjadi pada malam ke 27.
Namun perkara itu bukanlah sahih, tidak ada sesiapa yang mengetahui tentang malam
Lailatul Qadr itu. Allah lebih mengetahuinya. Kita dan para ulama hanya boleh menggagak dan
tidak dapat memastikan. Tetapi pendapat yang paling tepat adalah malam Lailatul Qadr jatuh
pada salah satu daripada lima malam ganjil yang telah disenaraikan. Kita seharusnya mengambil
peluang untuk menambahkan amal kita pada malam-malam itu. Malangnya, waktu itulah umat
sudah berkurang melakukan amal kerana ianya adalah malam-malam akhir Ramadhan dan telah
penat kerana telah melakukan banyak amal pada awal bulan Ramadhan. Ketika itu juga umat
islam sedang sibuk menguruskan keperluan untuk menyambut Hari Raya. Sepatutnya kita
perlulah menyimpan tenaga supaya dapat meraih manfaat pada malam Lailatul Qadr.
2.0 MAKNA AYAT

(SURAH AL-QADR)

‫بِس ِْم هّٰللا ِ الرَّحْ مٰ ِن ال َّر ِحي ِْم‬

‫ِإنَّٓا َأن َزلنَ ٰـهُ فِى لَيلَ ِة ٱلقَد ِر‬


Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur’an) pada malam Lailatul
Qadar

‫َو َمٓا َأد َر ٰٮ َك َما لَيلَةُ ٱلقَد ِر‬


Maksudnya: Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?

ِ ‫لَيلَةُ ٱلقَد ِر َخي ٌر ِّمن َأ‬


‫لف شَہ ٍر‬
Maksudnya: Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.

‫وح فِيہَا بِِإذ ِن َربِّ ِہم ِّمن ُك ِّل َأم ٍر‬ ُّ ‫تَنَ َّز ُل ٱل َملَ ٰـ ٓ ِٕٮ َكةُ َو‬
ُ ‫ٱلر‬
Maksudnya: Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin tuhannya untuk
mengatur semua urusan.

‫سلَ ٰـ ٌم ِه َى َحت َّٰى َمطلَ ِع ٱلفَج ِر‬


َ
Maksudnya: Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar.
3.0 SEBAB TURUN AYAT

Sebenarnya terdapat banyak pendapat dari pelbagai sudut pandangan tentang sebab
turunnya ayat suci Al-Qur’an ini. Surah Al-Qadr merupakan salah satu surah yang mempunyai
pelbagai pendapat. Dari punca yang saya dapati serta keterangan dari surah Al-Qadr ayat 1
hingga 3 pendapat pertama adalah daripada Mujahid. Mujahid merupakan seorang tabiin
(pengikut atau orang Islam awal ketika masa hidupnya setelah para sahabat Nabi dan tidak
mengalami semasa hidup Nabi Muhammad).

Beliau ada menyatakan bahawa surah ini diturunkan kerana dahulu terdapat seorang dari
Bani Israil yang bernama Syam’un Al Ghazy iaitu lelaki yang menghabiskan hari-harinya untuk
beribadah kepada Allah S.W.T. perkara ini dilakukan sampai kurang lebih 1000 tahun. Beliau
telah memerangi orang-orang kafir selama seribu bulan, sedangkan senjata yang digunakannya
hanyalah jenggot unta. Setiap kali dia memukul orang kafir dengann jenggot untanya tersebut,
maka sudah dapat dipastikan orang yang masuk campur atau yang berlawan dengan beliau akan
langsung tewas. Sudah ramai orang yang mati ditangan Syam’un yang memiliki senjata aneh itu.

Oleh kerana kekuatan Syam’un yang sulit untuk ditangani, maka orang-orang kafir yang
jumlahnya teramatlah ramai itu merasa kewalahan untuk melawannya. Dan kerana sudah
kehabisan alternatif, akhirnya mereka mencuba nasib dengan memujuk isteri Syam’un yang juga
merupakan orang kafir agar mahu diajak bersekongkol untuk membunuh Syam’un. Orang kafir
memujuknya dengan menawarkan wang dan harta yang banyak jika dia sanggup untuk
membunuh suaminya. Pada awalnya isteri Syam’un tidak begitu yakin bahawa dia boleh
membunuh suaminya, namun orang kafir tidak berputus asa dan mengatakan bahawa dia akan
memberikan tali yang sangat kuat untuk mengikat kedua belah kaki dan tangan Syam’un ketika
beliau sedang tidur.

Isteri Syam’un pun menyanggupinya dan berjaya melakukan apa yang diperintahkan oleh
musuh-musuh suaminya itu. Ketika Syam’un bangun dari tidurnya, beliau merasa sangat terkejut
apabila mendapati bahawa kedua belah kaki dan tangannya terikat dengan tali yang sangat kuat.
Beliau melihat dan terus meengajukan soalan kepada isterinya tentang gerangan yang telah
mengikatnya dengan tali tersebut. Isterinya memberitahu bahawa dialah yang telah mengikat
kaki dan tangan Syam’un ketika tidur untuk menguji betapa kuatnya suaminya itu. Sang isteri
sengaja menjawab begitu kerana takut jikalau si suami boleh melepaskan diri daripada ikatan
tersebut.

Isteri Syam’un risau jika suaminya boleh terlepas maka nyawanya dalam keadaan yang
bahaya. Akhirnya Syam’un Berjaya melepaskan diri daripada ikatan tersebut dengan begitu
mudah. disebabkan menggunakan tali yang pertama tadi tidak berjaya orang kafir masih tidak
mengalah dan menghantar kepada isteri Syam’un seutas rantai yang sangat kuat. Isteri Syam’un
masih lagi menerima dan bersetuju untuk meneruskan kesepakatan tersebut. Isteri Syam’un
mengikat tali tersebut untuk yang kedua kali kepada suaminya pada malam hari juga dan masih
berjaya. Keadaan yang sama dimana apabila bangun dari tidur Syam’un bertanyakan gerangan
yang mengikatnya dan isterinya juga mengakui bahaya dialah yang mengikat Syam’un serta
masih menggunakan alasan yang sama bahawa dia ingin menguji kekuatan Syam’un.

Selepas mendengar alasan tersebut, Syam’un terus menarik sedikit tanggannya dan dalam
sekelip mata rantai yang mengikat kedua belah kaki dan tanggannya tadi terputus. Beliau
memberitahu kepada isterinya bahawa beliau merupakan seorang wali Allah (orang yang
mendekatkan diri kepada Allah melalui amalan-amalan yang sahih dan perkataan yang lurus) dan
tiada seorang pun yang mampu mengalahkan kekuatannya. Beliau juga menyatakan bahawa
hanya rambutnya yang boleh mengalahkan kekuatannya itu namun ada juga yang bercerita
bahawa kekuatan Syam’un terletak pada janggutnya. Sebenarnya lelaki yang diberikan anugerah
yang luar biasa dari Allah S.W.T ini mempunyai rambut atau janggut yang panjang dan rambut
ataupun janggutnya itu merupakan letak kekuatannya.

Isteri Syam’un pun kembali berfikir dengan kata-kata suaminya tadi dan dapat dia
simpulkan bahawa rambut ataupun janggut suaminya itu boleh dijadikan tali untuk mengikat
kaki dan tangan suaminya sehingga suaminya tidak boleh bergerak. Malam seterusnya dia nekad
untuk memotong rambut atau janggut suaminya untuk dijadikan tali untuk mengikat si suami
yang sedang tidur itu. Ketika Syam’un terbangun dari tidurnya pada pagi itu dia merasa terkejut
apabila dia diikat lagi. Beliau kembali bertanya kepada si isteri siapakah yang mengikatnya dan
si isteri masih memberikan jawapan yang sama seperti pagi pagi sebelum ini. Kali ini Syam’un
mencuba sedaya upaya untuk menarik tanggannya daripada ikatan tersebut namun itu hanyalah
sia-sia kerana dia tidak boleh melepaskan diri daripada ikatan yang diperbuat daripada rambut
atau janggutnyanya itu sendiri.
Melihat suaminya tidak berjaya melepaskan diri itu, dia terus berlalu uuntuk menemui
orang kafir serta menceritakan perkara yang terjadi tadi. Isteri Syam’un serta orang-orang kafir
tadi terus bergegass menemui lelaki yang telah dikhianati oleh isterinya itu. Setelah mendapati
Syam’un masih tidak dapat melepaskan diri orang kafir itu membawa Syam’un ke tempat
penjagalan manusia. Beliau diikat pada sebuah tiang yang ada di tempat itu dan orang-oranng
kafir itu memotong anggota badannya. Mereka dengan sadisnya mencungkil kedua belah mata,
memotong kedua belah kaki, tangan, telingga, serta lidah, bibir dan lain-lain.

Namun Allah S.W.T tidak akan membiarkan waliNya yang patuh serta taat kepadanya
menderita seperti itu terlalu lama. Allah S.W.T berfirman kepada Syam’un. Apa yang
dikehendaki oleh lelaki tersebut lalu Syam’un menjawab beliau menginginkan kekuatan
sehingga mampu meruntuhkan tiang bangunan tersebut dan runtuhannya menimpa mereka. Allah
S.W.T terus memakbulkan permintaan hambanya itu dan memberikan Syam’un kekuatan yang
luar biasa kepada beliau. Lalu Syam’un menggerakkan sedikit tubuhnya dan perkara itu telah
menyebabkan tiang bangunan tempat Syam’un diikat runtuh dan terus menimpa semua orang-
orang kafir yang berada disitu termasuklah isterinya sendiri. Mereka semua terus tewas ketika itu
juga.

Allah S.W.T sendiri yang menyelamatkan Syam’un bahkan Dia turut mengembalikan
semua anggota tubuh badan hambanya itu. Setelah itu Syam’un beribadah kepada Allah S.W.T
siang dan malam selama seribu bulan. Rasulullah S.A.W kagum ketika mengetahui apa yang
telah dilakukan oleh lelaki tersebut, sehingga Allah S.W.T menurunkan Surah Al-Qadr yang
menjelaskan kepada umat Muhammad akan diberi satu malam yang mempunyai kemuliaan lebih
dari 1000 bulan.

Seterusnya, dari sahabat Anas Ibn Malik, bahawa masa itu diperlihatkan kepada
Rasulullah S.A.W tentang usia para umatnya (umat akhir zaman) dan rata-rata usia umat Nabi
Muhammad S.A.W merupakan usia yang terpaling singkat daripada umat-umat terdahulu.
Perkara ini juga telah membuatkan Nabi Muhammad merasa bimbang akan amal kebaikan yang
dilakukan oleh umat-umatnya tidak akan setanding dengan amal kebaikan yang dilakukan oleh
umat-umat terdahulu. Kemudian Allah S.W.T telah memberikan khabar berita tentang akan
adanya Malam Lailatul Qadar yang merupakan malam istimewa dimana siapapun umat Nabi
Muhammad yang melakukan kebaikan pada malam tersebut, maka akan dicatat amalannya
selama 1000 bulan.

Akhirnya, terdapat dalam satu riwayat ada diusulkan bahawa Nabi Muhammad bermimpi
melihat Bani Umayyah sedang duduk dan menguasai mimbarnya setelah Nabi Muhammad
wafat. Disebabkan perkara itu, baginda merasa tidak senang dan dari situ jugalah turunnya ayat
‘inna a’thinakal kautsar’ (surah Al Kautsar 108: ayat 1) dan (surah Al Qadr 97: ayat 1-5) untuk
mengembirakan hati baginda (diriwayatkan oleh At-Tirmizi dan Al Hakim dan Ibnu Jarir dari Al
Hasan bin Ali). Al Qasim Al Harani ada mengatakan bahawa kerajaan Bani Umayyah itu telah
memerintah selama lebih kurang 1000 bulan. Menurut At-Tirmizi kisah ini adalah aneh
sedangkan Al Muzani dan Ibnu Katsir menyebutnya sebagai sangat mungkar. Dapat diulaskan
bahawa inilah sebab turunnya Surah Al Qadr ini iaitu peristiwa seorang wali Allah daripada Bani
Israel yang mempunyai kekuatan yang luar biasa serta dikhianati oleh isteri sendiri dan ditolong
oleh Allah S.W.T justeru akhirnya beribadah siang dan malam selama 1000 bulan kepada Allah
S.W.T sebagai balasan atas pertolongan-Nya tersebut.
4.0 TAFSIR AYAT

AYAT 1:

‫ِإنَّٓا َأن َزلنَ ٰـهُ فِى لَيلَ ِة ٱلقَد ِر‬


Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Qur’an) ini pada Malam Lailatul Qadr.

Di dalam Surah sebelum ini, iaitu Surah Al-Alaq, Allah telah menceritakan
bagaimanakah Quran diturunkan buat kali pertama. Kali ini, Allah telah menceritakan tentang
‘bilakah’ Qur’an ini diturunkan. Dalam ayat ini ada disebut bahawa ianya diturunkan buat
ِ َ‫( لَيلَ ِة الق‬malam Lailatul Qadr). Allah menggunakan perkataan ‘Kami’ untuk
pertama kali pada ‫در‬
menunjukkan bahawa gelaran kepada diri-Nya. Ramai juga yang keliru tentang kenapa Allah
menggunakan perkataan ‘Kami’ ini. Sehingga ada yang mengatakan bahawa ini adalah dalil
yang menunjukkan Tuhan itu banyak seperti apa yang difahami oleh orang Kristian-triniti. Ini
merupakan perkara yang amat mengelirukan sekali dan kita perlu menjelaskan kepada semua
umat Islam yang tidak mengetahui tentang perkara ini sehingga mengiakan hujah karut seperti
orang Kristian.

Apabila Allah menggunakan kata ganti nama ‘Kami’ ini bukanlah salah satu petunjuk
yang mengatakan bahawa Tuhan itu banyak. Di dalam Bahasa Arab ini adalah ‘Royal We’ iaitu
mmenunjukkan tentang keagungan Allah. Allah akan menggunakan perkataan ‘Kami’ ini di
dalam ayat-ayat yang menunjukkan rahmat Allah, seperti menurunkan hujan. Perkara ini
merupakan perkara biasa dalam Bahasa Arab buktinya, orang Musyrikin Mekah yang percaya
kepada ilah yang banyak pun tidak ada yang keliru apabila perkataan ini digunakan di dalam Al-
Qur’an. Jika kita lihat dengan teliti, penggunaan kata dhomir (kata ganti nama) dalam Al-Qur’an
yang menunjukkan Allah ada banyak iaitu ‫( أنا‬Aku), ‫( نحن‬Kami), ‫( أنت‬Kamu) dan ‫( هو‬Dia).
Dalam penggunaan kata ganti nama ini, hanya satu sahaja dalam bentuk jamak iaitu
(Kami). Selain daripada itu, semuanya menggunakan kata ganti nama mufrad iaitu singular
(satu). Kalau perkara yang diperkatakan oleh puak kafir itu benar bahawa Tuhan itu banyak,
tentulah semua penggunaan kata ganti nama akan menjadi bentuk jamak. Oleh itu, hujah yang
mengatakan bahawa Tuhan itu satu sahaja pastilah semua penggunaan dhomir adalah mufrad.
Istilah ‘Kami’ memang digunakan dalam Bahasa Arab dan tamadun sebelum Arab untuk
menunjukkan kekuasaan serta kekuatan. Contohnya, seorang raja akan membahasakan dirinya
dengan perkataan ‘Kami’ juga contohya “Kami maafkan mereka”, “Kami telah membuat
keputusan” dan sebagainya.

Walaupun raja itu seorang sahaja, tetapi untuk menunjukkan kekuasaannya di dalam
negeri itu, dia membahasakan dirinya dengan kalimah ‘kami’. Ini merupakan perkara yang biasa
dan sehingga sekarang perkataan ini masih digunakan. Oleh itu Allah menggunakan perkataan
‘kami’ apabila Dia menurunkan rahmat seperti menurunkan hujan, makanan dan nikmat lainnya.
Itu semua adalah perbuatan yang besar. Oleh itu penggunaan ‘kami’ adalah penggunaan dalam
bentuk rasmi. Allah ada juga menggunakan kata ganti nama ‘Aku’ iaitu pada dua keadaan iaitu
apabila Allah sangat marah atau apabila Allah sangat belas kasihan pada hamba-Nya. Jadi
penggunaan kata ganti nama ‘Aku’ adalah penggunaan tidak rasmi. Apabila kalimah ‘Kami’
digunakan, jika kita teliti pasti aka nada kalimah Allah atau Rabb bersamanya (sebelum ataupun
selepas kalimah kami). Perkara ini menunjukkan bahawa Allah itu Maha Esa. Jadi mereka
yangmenggunakan perkataan ‘kami’ dan mengatakan bahawa Tuhan itu banyak maka teranglah
bahawa mereka tidak memahami maksud di sebalik ayat-ayat yang terkandung di dalam Al-
Quran.

Ada juga yang mempersoalkan tentang Lailatul Qadar. Persoalan yang timbul adalah
tentang malam itu memang telah diberkati ataupun selepas Al-Qur’an diturunkan barulah malam
tersebut diberkati? Walaupun ada pendapat yang berbeza, tetapi kita memilih pendapat yang
mengatakan bahawa ianya memang merupakan malam yang berkat, namun apabila turunnya
Kitab Allah ini malam itu menjadi lebih diberkati. Dan ada dalilnya di dalam surah Ad-Dukhan
ayat ketiga:

َ‫اِنَّٓا اَ ْن َز ْل ٰنهُ فِ ْي لَ ْيلَ ٍة ُّم ٰب َر َك ٍة اِنَّا ُكنَّا ُم ْن ِذ ِر ْين‬

Maksudnya: Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi.


Allah menggunakan kata ganti nama ‘‫ ’ه‬di dalam kalimah ‘ُ‫ ’َأنزَلناه‬yang merujuk kepada
Qur’an kerana semua orang sudah tahu (walaupun agama sesat iaitu Syiah mengatakan yang
dimaksudkan adalah Imam Mahdi). Allah tidak ada menyebut ‘Qur’an’ di dalam ayat ini. Allah
tidak perlu memberitahu apa yang diturunkan pada malam itu kerana merupakan perkara umum
yang semua orang sudah sedia maklum. Ini kerana ia sudah ada di dalam hati semua manusia
iaitu Allah telah mengilhamkan sehingga tidak perlu diberitahu. Orang kafir atau orang Islam
pun sudah sepatutnya tahu. ُ‫ِإنّا َأنزَ لناه‬: Allah telah memberi penekanan di dalam ayat ini serta ayat
di dalam Surah Ad-Dukhan bahawa Allah lah yang menurunkan Al-Qur’an. Ianya bukan
daripada kata-kata Jibril walaupun Jibrillah yang menyampaikan secara lisan kepada Nabi
Muhammad. Ini adalah kerana Jibril hanyalah sebagai penyamai sahaja.

‘‫زَل‬vvv‫ ’َأن‬Jika dilihat di dalam terjemahan biasa, perkataan ini hanyalah bermaksud
‘menuruunkan’ akan tetapi ada ketika perkataan ini digunakan dengan maksud yang sama namun
istilah yang berbeza iaitu ‘‫’ن ّزل‬. Perkataan ini juga apabila diterjemahkan maksudnya juga ialah
‘menurunkan’. ‫ َأنزَل‬perkataan ini dari wazan (bentuk susunan dan ejaan) ‫ أفعل‬bermaksud sesuatu
sekali sahaja manakala ‫ ن ّزل‬pula dari wazan ‫ فعّل‬yang bermaksud menurunkan sesuatu banyak kali
ataupun lebih jelasnya sedikit demi sedikit. Oleh itu, selalu di dalam Al-Qur’an apabila
menyebut tentang penurunan Qur’an, digunakan kalimah ‫ن ّزل‬, dan jika kitab-kitab sebelum ini
seperti Taurat dan Injil, kalimah yang akan digunakan adalah ‫َأن َزل‬. Perbezaan ini wujud kerana
perkataan yang digunakan adalah berbeza. Sebagai contoh, jika dilihat di dalam surah ali Imran
ayat ketiga, Allah telah berfirman:

‫ص ِّدقًا لِّ َما بَ ْينَ يَ َد ْي ِه َواَ ْن َز َل التَّوْ ٰرىةَ َوااْل ِ ْن ِج ْي ۙ َل‬ ِّ ‫ب بِ ْال َح‬
َ ‫ق ُم‬ َ ‫ك ْال ِك ٰت‬
َ ‫نَ َّز َل َعلَ ْي‬

Maksudnya: Dia menurunkan Al Kitab (Al-Qur’an) kepadamu dengan sebenarnya,


membenarkan kitab yang telah diturunkan sebelumnya dan menurunkan Taurat dan Injil.

Dari ayat dari Surah Ali Imran di atas, dapat kita lihat dengaan jelas, apabila menyebut
tentang penurunan Al-Qur’an, Allah akan menggunakan kalimah ‫ َّز َل‬v َ‫ ن‬dan apabila menyebut
tentang penurunan Taurat dan juga Injil, kalimah ‫ َز َل‬v ‫ َأن‬yang akan digunakan. Jadi, memang
terdapat perbezaan. Hal ini kerana Kitab Taurat dan Injil diturunkan dengan lengkap dan secara
sekali gus manakala Al-Qur’an pula diturunkan sedikit demi sedikit, selama lebih kurang 23
tahun.

Tetapi di dalam Surah Al-Qadr ini pula, Allah menggunakan perkataan ‫زَ َل‬vv‫ َأن‬pula.
Kalimah ang lain digunakan kerana di dalam ayat ini, ianya menceritakan bagaimana penurunan
Quran dari Lauh Mahfuz ke langit dunia (Baitul Izzah) dengan cara ‘sekaligus’. Disebabkan
َ ‫ َأ‬digunakan di dalam ayat ini. Ini bermaksud, Al-Qur’an mempunyai dua cara
itulah kalimah ‫نزَل‬
penurunan. Yang pertama penurun sekaligus dari Lauh Mahfuz ke Langit Dunia (Langit
Pertama) dan kemudiannya dari situlah penurunan jenis kedua iaitu diturunkan Quran secara
beransur-ansur kepada Nabi Muhammad selama 23 tahun. Dalam tempoh masa yang agak lama
itu, ayat-ayat Al-Qur’an diturunkan mengikut masa yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.
Hanya Allah yang mengetahui bila dan kenapa ia patut diturunkan. Ada yang mempersoalkan
mengapa Al-Qur’an tidak diturunkan secara sekali gus. Perkara itu hanya Allah yang mengetahui
namun apabila difikirkan kembali kita akan terbeban untuk memproses semua 30 juzuk dalam
masa yang sama.

Oleh itu, ada kelebihan Qur’an tidak diturunkan secara menyeluruh, dengan ini para
sahabat dapat menganalisis dan memahami perkara yang ingin disampaikan oleh Allah S.W.T.
Perkara ini sama persis jika kita ingin mempelajari tentang Al-Qur’an, kita perlu belajar satu
persatu, perlahan-lahan. Jika kita belajar semuanya dalam satu masa tidak ada yang akan
mmelekat di dalam fikiran dan akhirnya ia akan membuatkan kita tidak dapatt menumpukan
sepenuh perhatian terhadap proses pembelajaran. Sudah kita ketahui bahawa kalimah ‫ ِة‬vvَ‫لَيل‬
bermaksud ‘malam’ namun bagi kalimah ‫در‬ ِ َ‫ لَيلَ ِة الق‬ada pelbagai pendapat dari para penterjemah
ِ َ‫ الق‬digunakan dalam maksud ‘kadar’.
serta para ulama. Perkataan ‫در‬

Allah yang menentukan bahagian apa yang akan kita dapat pada tahun itu. Sebagai
contoh, jika di dalam negeri kita, apabila kerajaan melakukan belanjawan 5 tahun, pada setiap
tahun akan dikeluarkann kadar pemberian kewangan yang patut didapati oleh kementerian.
ِ َ‫ الق‬Allah S.W.T ‫در‬
Begitu juga dengan ‫در‬ ِ َ‫ الق‬keseluhurannya telah ditetapkan di Luh Mahfuz, tetapi
pada setiap tahun akan dibbentangkan kepada para malaikat untuk menjalankan kadar untuk
satu-satu tahun itu sahaja. Jadi, ini adalah penentuan tentang apa yang akan berlaku pada tahun
itu, siapa yang akan hidup, siapa yang akan mati dan sebagainya.
ِ vَ‫ الق‬juga boleh diterjemahkan sebagai kemuliaan dan kerana itulah malam
Perkataan ‫در‬v
Lailatul Qadr boleh juga dikatakan sebagai Malam yang Mulia. Kalimah tersebut juga boleh
diterjemahkan sebagai penghargaan. Oleh itu, sesiapa yang beribadat pada malam itu kepada
Allah, dan taat kepada Allah, Allah akan hargai dan berikan kelebihan amalan mereka itu
melebihi 1,000 bulan. Terdapat pelbagai lagi maksud kalimah ‫در‬vv ِ َ‫ الق‬dan semuanya boleh
ِ vَ‫ ِة الق‬vَ‫ لَيل‬dan tidak hanya satu makna sahaja. Jika kita
digunakan untuk menjelaskan maksud ‫در‬v
membataskan maksudnya kepada ‘Malam Kuasa’sahaja, maka makna untuk pemahaman kita
akan berkurang.

AYAT 2:

‫َو َمٓا َأد َر ٰٮ َك َما لَيلَةُ ٱلقَد ِر‬


Maksudnya: Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?

Kalimah ‘‫ ’ما‬di dalam ayat ini bermaksud apakah yang dapat memberitahu kamu tentang
kehebatan Malam Qadr yang hebat itu? Dengan menggunakan kalimah ini, kita dengan sendiri
dapat mengetahui bahawa malam itu amat penting dan hebat sekali. Jika diperhatikan kalimah ‘
‫ ’َأدرى‬merupakan kategori selepas kata kerja. Dan kalimah ini juga ada dinyatakan di dalam ayat-
ayat lain dimana Allah menggunakan penggunaan kata kerja lepas atau lebih ramai
memanggilnya sebagai (present tense) seperti dalam surah Abasa ayat ketiga ‫ك لَ َعلَّهُ يَ َّز ّك ٰى‬
َ ‫َوما يُدري‬
yang bermaksud ‘Bagaimanakah kamu boleh tahu, barangkali ia ingin membersihkan dirinya’.
Maksud yang ingin disampaikan disini ialah Allah tidak akan memberikan jawapannya selepas
itu. Namun jika Allah menggunakan dalam past tense, Allah tidak berikan jawapannya selepas
itu. Sebagai contoh di dalam Surah Abasa ayat ketiga itu Allah tidak beritahu apakah yang ada
dalam hati lelaki buta yang bertanya kepada Nabi itu.

Oleh kerana di dalam Surah Qadr ini Allah menggunakan past tense, maka Allah akan
memberitahu tentang apakah malam itu. Ada beberapa maklumat yang Allah sampaikan namun
Allah S.W.T tidak memberitahu bilakah terjadinya malam tersebut. Apabila Allah bertanya
tentang sesuatu tentunya kerana ianya adalah perkara yang amat penting. Kita dapat melihat
perkara ini di dalam surah-surah lain dimana Allah bertanya mengenai soalan yang sama. Ayat ‫ما‬
َ‫ َأدراك‬tidak diulang lagi di dalam surah-surah lain. Namun, Allah sekali lagi menyebut soalan itu
di dalam ayat selepas ini bagi menunjukkan kelebihan Malam Lailatul Qadr itu.

Kita tidak mengetahui bila terjadinya malam Lailatul Qadr itu. Namun tidak rugi jika kita
tidak mengetahui secara spesifiknya tarikh sebenar malam tersebut. Hal ini kerana kita hanya
akan beribadat pada malam itu sahaja dan malas untuk melakukan ibadah pada malam-malam
lain. Perkara itu akan dikira sebagai satu kesalahan kepada kita. Seperti kisah Saidina Ali yang
disuruh oleh Nabi Muhammad S.A.W. Saidina Ali disuruh oleh Rasulullah untuk mengejutkan
orang Badwi pada waktu solat sudah masuk. Saidina Ali hairan mengapa Nabi Muhammad tidak
mengejutkan sendiri sedangkan Nabi memang suka melakukan kebaikan. Saidina Ali bertanya
kepada baginda, dan Nabi pun menjawab jika seseorang yang ku kejutkan tidak bangun maka
orang itu akan berdosa besar kerana tidak mengikuti perintah Nabi Muhammad. Tetapi jika
orang itu tidak dengar kata Ali, tidak mengapa perkara itu tidak akan berdosa.

Jadi, jika kita telah mengetahui bilakah Malam Qadr itu dengan tepat, tetapi kita
mengambil peluang itu dengan tidak meningkatkan amal ibadat pada malam itu, maka itu adalah
satu perkara yang teruk. Jadi, lebih baik kita tidak mengetahui tentang Malam Lailatul Qadr.
Tentang perkara ini, pernah Nabi hendak memberitahu bila akan terjadinya malam itu. Tetapi
semasa baginda keluar hendak beritahu, ada orang sedang bertengkar, maka dilupakan tentang
berita itu kepada Nabi. Oleh itu, kita tidak akan dapat tahu bilakah malam itu akan berlaku.

Ubadah bin Shamit Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata Rasulullah S.A.W keluar pada Lailatul
Qadar, ada dua orang sahabat berdebat. Lalu beliau bersabda ‘Aku keluar untuk mengkhabarkan
kepada kalian tentang malam Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang berdebat hingga tidak boleh
diketahui bila masanya. Mungkin ini lebih baik bagi kalian, carilah di malam 25, 27, 29 (dan
dalam riwayat lain: tujuh, sembilan dan lima)’ Riwayat Bukhari.

AYAT 3:

ِ ‫لَيلَةُ ٱلقَد ِر َخي ٌر ِّمن َأ‬


‫لف شَہ ٍر‬
Maksudnya: Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.

Allah memberi peluang kepada kita untuk mendapat pahala yang banyak. Jika kita
melakukan ibadat pada malam itu, ia ‘lebih’ dari amalan ibadat yang kita lakukan selama 83
tahun, iaitu sepanjang hidupnya. Kerana jika kita hidup lamapun, dalam masa 80 tahun sahaja,
malah ada yang lagi pendek dari tempoh umur itu. Maka, ini adalah pemberian nikmat yang amat
tinggi dari Allah. Bayangkan kebaikan yang boleh kita peroleh jika kita beraamal pada malam
itu. Kita dapat pahala amalan sepanjang hidup, tapi dilakukan untuk satu malam sahaja.
Alangkah rahmatnya Allah beri kepada kita. Pemberian ini diberikan kepada umat Nabi
Muhammad kerana baginda risau tidak dapat menyamai amalan umat-umat yang terdahulu.
Pemberian ini diberikan kepada umat Nabi Muhammad kerana baginda risau umatnya tidak
menyamai amalan umat-umat yang terdahulu. Umat terdahulu umur mereka panjang. Maka,
Allah telah memberikan malam Lailatul Qadr. Walaupun umur kita pendek, namun kita boleh
memperoleh pahala yang banyak daripada umat-umatnya terdahulu.

Adapun asbabun Nuzul atau sebab-sebab turunnya surat tersebut diriwayatkan oleh Ibnu
Abi Hatim dan al-Wahidi, yang bersumber dari Mujahid bahawa Rasulullah saw pernah
menyebut-nyebut bani Israel yang berjuang fiisabilillah menggunakan senjatanya selama seribu
bulan terus menerus. Kaum muslimin mengagumi perjuangan orang tersebut. Maka Allah
menurunkan surah Al-Qadr 1-3 yang menegaskan bahawa satu malam Lailatul Qadr lebih baik
daripada perjuangan bani Israel selama seribu bulan itu. Sementara di dalam riwayat lain oleh
Ibnu Jarir, yang bersumber dari Mujahid bahwa di kalangan bani Israel terdapat seorang laki-laki
yang suka beribadah malam hari hingga pagi dan berjuang memerangi musuh pada siang
harinya. Perbuatan itu dilakukannya selama seribu bulan, maka Allah menurunkan ayat ini (al-
Qadr 1-3) yang menegaskan bahawa satu malam Lailatul Qadr lebih baik daripada amal seribu
bulan yang dilakukan seorang lelaki daripada Bani Israel tersebut. Usia umat Nabi Muhammad
S.A.W memang lebih pendek dari umat terdahulu.
Dalam riwayat lainnya disebutkan bahawa Rasulullah S.A.W pernah merenungi hal itu.
Nabi S.A.W pun bersedih, kerana mustahil umatnya dapat menandingi amal ibadah umat-umat
ِ ‫( َأ‬seribu bulan) itu lebih kurang 83 tahun jangkanya. Tapi
ٍ ‫لف َش‬
terdahulu. Jika dibuat kiraan ‫هر‬
Allah juga menggunakan kalimah ‫( خَي ٌر‬lebih baik) dalam ayat ini. Ini bermakna, ia lebih baik
lagi, atau ia juga boleh bermakna, bukan hanya seribu bulan sahaja namun selama-lamanya.
Apabila dikatakan ‘seribu’, itu bermaksud selama-lamanya dalam Bahasa Arab. Iaitu ianya
dalam bentuk mubalaghah (bersangatan) yang boleh membawa maksud ‘infiniti’.

AYAT 4:

‫وح فِيہَا بِِإذ ِن َربِّ ِہم ِّمن ُك ِّل َأم ٍر‬ ُّ ‫تَنَ َّز ُل ٱل َملَ ٰـ ٓ ِٕٮ َكةُ َو‬
ُ ‫ٱلر‬
Maksudnya: Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin tuhannya untuk
mengatur semua urusan.

Kalimah ‫ تَنَ َّز ُل‬bermaksud turun. Seperti yang kita tahu, setiap perkataan serta cara ejaan
yang digunakan dalam Al-Qur’an adalah tepat. Ejaan bagi perkataan ini adalah ringkasan dari
kalimah yang penuh ‫( تَنَ َّز ُل‬tatanazzalu ada tambahan ‫ ت‬di awalnya). Dalam Bahasa Arab juga ada
ejaan ringkasa, seperti yang digunakan pada perkataan ‘math’ untuk mathematic, ‘demo’ untuk
demonstration dan sebagainya. Dalam Bahasa Arab, ini dipanggil ‘hazf’. Secara asasnya, jika
huruf lagi banyak, maka ia menunjukkan lebih banyak lagi dari segi kuantiti atau selalu. Jadi,
dalam ayat ini, digunakan kalimah ‫ تَنَ َّز ُل‬namun sekarang lihat surah Fussilat ayat ke 30. Dalam
ayat Fussilat itu, digunakan kalimah yang hampir sama, tapi ejaan berlainan iaitu ‫تَتَنَ َّز ُل‬.

Kalimah ‫ َّز ُل‬vvَ‫ تَتَن‬digunakan dalam Surah Fussilat itu kerana ayat itu memperkatakan
tentang malaikat yang turun apabila adanya kematian manusia. Kalau dari segi bilangan, tentu
kejadian itu lagi banyak dari bilangan malaikat yang turun pada Malam Lailatul Qadr, kerana
Malam Lailatul Qadr berlaku hanya sekali setahun sahaja sedangkan kematian berlaku hampir
setiap masa. Ini merupakan satu mukjizat, kerana Qur’an menggunakan ejaan yang tepat. Dan
apabila kita fahai perkara ini, maka keindahan ayat ini akan dilihat sebagai mukjizat serta akan
menambahkan iman kita kepada Al-Qur’an.

Kalimah ‘‫ ’الرّو ُح‬yang disebut dalam ayat ini adalah merujuk kepada Malaikat Jibrail.
Seperti yang pernah disebut di dalam Risalah, kalimah ‫ الرّو ُح‬itu mempunyai banyak makna dan
makna yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah Jibrail. Nama baginda disebut khusus kerana
pangkatnya yang tinggi. Jibraillah yang menurunkan Al-Quran kepada Nabi Muhammad dan
menurunkan wahyu kepada para Rasul yang lain, dan berbagai lagi tugasan penting yang
dilakukan oleh baginda. Kerana kedudukan baginda itu, nama baginda disebut secara khusus. Ini
biasa kita pakai dalam bahasa biasa contohnya Perdana Menteri. Ia disebut dengan panggilan
khusus kerana dia merupakan orang yang penting.

Selalunya Jibrail (‫ )الرّو ُح‬disebut dengan cara begitu di dalam Al-Qur’an dimana kalimah
‫رّو ُح‬v ‫ ال‬disebut selepas kalimah ُ‫ ة‬v ‫ ال َمالِئ َك‬disebut. Tapi susunannya tidak sama. Kadang-kadang
disebut ُ‫ ال َمالِئ َكة‬dahulu, dan kadang-kadang disebut ‫ الرّو ُح‬dahulu. Selalunya kalimah ُ‫ ال َمالِئ َكة‬yang
disebut dahulu seperti dalam surah Ma’arij ayat ke-empat.

ۤ
‫تَ ْع ُر ُج ْال َم ٰل ِٕى َكةُ َوالرُّوْ ُح اِلَ ْي ِه فِ ْي يَوْ ٍم َكانَ ِم ْقدَار ُٗه خَ ْم ِس ْينَ اَ ْلفَ َسنَ ۚ ٍة‬

Maksudnya: Para malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan, dalam sehari setara
dengan lima puluh ribu tahun.

Apabila diteliti, perbezaan susunan itu adalah kerana pergerakan yang berbeza. Jika Allah
menyebut tentang malaikat, selalunya berkenaan tentang mereka bergerak (turun naik dan
sebagainya). Tapi apabila disebut tentang Jibrail, selalunya baginda disebut dalam keadaan tidak
bergerak atau sedang melakukan kerja yang khusus, contohnya dalam surah Takweer ayat ke20:

ِ ْ‫ِذيْ قُ َّو ٍة ِع ْن َد ِذى ْال َعر‬


‫ش َم ِك ْي ۙ ٍن‬

Maksudnya: Di sisi Allah yang mempunyai ‘Arsy,


Oleh itu, jika kita perhatikan, dalam surah Naba’ayat 38 itu, ianya tentang para malaikat
yang duduk berdiri dalam saf-saf tidak bergerak. Dan kerana itulah agaknya Jibrail disebut
dahulu sebelum para malaikat yang lain disebut secara umum. Sedangkan dalam surah Al-Qadr
ini, ada pergerakan para malaikat, maka kalimah ُ‫ ة‬vvv‫ ال َمالِئ َك‬disebut dahulu, barulah disebut
kalimah ‫الرّو ُح‬. Inilah antara keindahan bahasa Qur’an yang diteliti oleh para ulama.

Oleh itu, sudah kita ketahui bahawa Malaikat Jibrail turun setiap tahun ke bumi,
walaupun sudah tidak ada Rasul untuk diberikan wahyu. Ini adalah kerana kepentingan dan
kehebatan Malam Qadr itu. Baginda mengulangi sunnahnya setiap tahun. ‫ِإذ ِن َربِّ ِهم‬vvvِ‫ ب‬yang
bermaksud dengan izin Tuhan mereka. Mereka disebut turun dengan izin Allah kerana para
malaikat sebenarnya memang teringin untuk turun ke dunia untuk bertemu dengan umat manusia
yang melakukan ibadah. Kerana mereka amat suka untuk berjumpa dengan mereka yang bertuah
itu. Dan kerana itu mereka telah memohon kepada Allah dan Allah telah ‘memberi izin’ kepada
mereka. Hall ini kerana para malaikat tidak boleh turun ke dunia sesuka hati, jika diizinkan Allah
barulah mereka boleh turun. Malaikat-malaikat itu teringin untuk turun memberi salam kepada
umat yang sedang melakukan ibadah. Itulah salah satu sebabnya ayat ini disambung dengan
ِ َ‫ َسال ٌم ِه َي َحتّ ٰى َمطلَ ِع الف‬.
perkataan ‫جر‬

Kalimah ‫ ِمن‬selalu diterjemahkan ‘dari’ tapi ianya juga boleh bermaksud ‘kerana’. Oleh
itu, para malaikat itu turun kerana hendak menjalankan arahan Allah. Perkara ini kita boleh lihat
juga di dalam Surah Ad-Dukhan ayat 3 hingga 5 yang bermaksud sesungguhnya Kami
menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi
peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. Allah telah
menetapkan apa yang akan terjadi untuk tahun itu. Maka, malaikat-malaikat itu menjalankan
tugas yang diberikan oleh Allah untuk tahun itu. Contohnya, siapakah yang akan mati, lahir,
dapat anak dan sebagainya. Para malaikat itu turun kerana menjalankan perintah Allah.

Kita perlu menyebut Allah yang menyuruh dan memberi arahan kerana ramai manusia
yang melakukan perkara syirik dengan mengatakan bahawa mereka boleh meminta tolong
malaikat dalam urusan keduniaan dan keagamaan. Perkara ini dilakukan oleh ramai orang,
samada kafir mahupun orang yang mengaku Islam. Itu adalah salah kerana di dalam ayat ini,
Allah telah menekankan bahawa malaikat tidak boleh berbuat apa-apa, melainkan dengan
suruhan dan izin Allah. Jika Allah tidak menyuruh mereka melakukan apa-apa tugas, mereka
tidak akan melakukannya. Jadi jika kita meminta menerusi malaikat, sudah pasti para malaikat
tidak dapat menolong sedikit pun.

AYAT 5:

‫سلَ ٰـ ٌم ِه َى َحت َّٰى َمطلَ ِع ٱلفَج ِر‬


َ
Maksudnya: Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar.

Malam itu adalah malam yang aman dari syaitan. Oleh itu, malam tersebut tidak ada
kejahatan langsung. Jika malam lain, ada juga sejahtera, tapi ada juga bercampur dengan
keganasan dan keburukan. Tetapi Allah ada memberitahu kepada Malam Lailatul Qadr ini
bahawa ianya sejahtera hingga ke waktu Fajar. Ia juga bermakna, para malaikat memberi salam
dari terbenam matahari iaitu pada waktu maghrib hari itu hingga ke terbit fajar, diberikan juga
kepada orang Islam yang melakukan ibadat di masjid. Maksudnya disini lebih afdal beramal di
masjid tetapi ada juga yang mengatakan bahawa para malaikat itu pergi ke setiap mukmin yang
beramal samada mereka ke masjid atau tidak. Bayangkan begitu jauh sekali perjalanan mereka
untuk memberi salam sejahtera kepada orang mukmin. Maka alangkah tingginya kemuliaan yang
Allah berikan kepada setiap orang mukmin.
5.0 PENGAJARAN AYAT

Daripada Surah Al-Qadr terdapat beberapa pengajaran yang dapat di ambil daripada
surah ini. Pengajaran daripada surah ini merupakan penegasan daripada Allah S.W.T bahawa
Dialah yang menurunkan Kitab Suci Al-Qur’an kepada Nabi Muhammad S.A.W dan ianya
bukanlah rekaan semata-mata, mahupun rekaan Nabi Muhammad S.A.W. Sesuai dengan
kebesaran serta kesucian kitab ini, Allah telah memilih sebaik-baik malam sebagai waktu
Penurunan Kitab Suci ini. Sesuai dengan kedudukannya sebagai kitab terakhir yang akan
terpelihara sehingga ke hari kiamat, keberkatan dan kesejahteraan mala mini pula tetap akan
berterusan sehingga ke akhir kehidupan di atas muka bumi ini.

Antara pengajaran yang boleh diambil daripada surah ini ialah kebenaran Islam yang
telah terbukti dan diakui dari hati pihak musuh terdekat semenjak awal kemunculannya lagi.
Namun keangkuhan, keegoan serta kerakusan pihak musuh yang menginginkan kesemua
kepentingan peribadi masing-masing telah menghalang mereka daripada menerima hidayah
ataupun cahaya Islam yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. Justeru, umat Islam tidak perlu
meragui kebenaran agama yang dianuti. Sebaliknya, mereka harus menjadikan hakikat ini
sebagai pencetus motivasi untuk terus berusaha menegakkan serta memartabatkan agama ini ke
tempat yang selayaknya.

Selain itu, kita hendaklah meneruskan ibadah yang dilakukan pada bulan Ramadhan pada
bulan bulan berikutnya juga. Hal ini kerana, ramai yang mengambil remeh apabila masuk bulan
berikutnya. Ada yang menganggap amalan yang telah dilakukan pada bulan Ramadhan tersebut
telah mencukupi untuk menampung kehidupan mereka untuk tempoh satu tahun. Ada juga yang
telah berhenti melakukan ibadah sebelum sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan kerana telah
sibuk mengguruskan persiapan untuk menyambut bulan Syawal. Kita seharusnya berpada pada
apabila menyambut hari raya kerana ada orang lain yang tidak mempunyai peluang untuk
menyambut hari tersebut. Sebagai contoh sahabat kita sendiri di Gaza. Mereka sentiasa berada
dalam ketakutan disebabkan oleh pihak Israel yang akan menyerang mereka pada bila bila masa
sahaja. Oleh itu, kita beringat sebelum melakukan sesuatu perkara. Ada yang tidak berpuas hati
dengan kesenangan kita namun kita sahaja yang tidak mengetahuinya.
Seterusnya, kita perlulah menggandakan ibadat pada bulan Ramadhan terutamanya pada
sepuluh malam terakhir. Hal ini kerana pada malam tersebut terdapat ganjaran pahala yang akan
diberikan oleh Allah S.W.T kepada umatnya yang sanggup dan setia melakukan ibadah sehingga
tidak tidur. Perkara ini perlulah dilakukan oleh kesemua umat Islam, salah satunya sebagai tanda
menghormati hari turunnya Kitab Suci Al-Qur’an. Oleh itu kita hendaklah bertungkus lumus
untuk mengumpul pahala yang banyak agar dapat membantu kita diakhirat nanti.

Di samping itu, kita haruslah sentiasa muhasabah diri agar amal ibadah kita dapat
dipertingkatkan. Hal ini kerana amalan yang kita lakukan sebelum ini belum tentu diterima oleh
Allah S.W.T. Jadi dengan beristiqomah serta meneruskan mana yang baik dan memperbaiki
mana yang buruk dapat menambahkan lagi amal ibadah yang sedia berkurang. Oleh itu, amat
penting bagi kita untuk merenung keburukan diri dan memperbaikinya agar dapat memperoleh
kebaikan untuk diri sendiri di akhirat nanti.

Akhirnya, pengajaran yang dapat kita peroleh daripada Surah Al-Qadr ini ialah kita
hendaklah bersyukur dengan nikmat Lailatul Qadr kerana ganjaran yang diberikan amatlah
banyak. Hal ini kerana hanya sepuluh malam terakhir yang kita lakukan kita dapat memperoleh
ganjaran seribu bulan. Seribu bulan adalah kuantiti yang besar dan sejujurnya tidak dapat
dibandingkan dengan amalan yang kita lakukan selama sepuluh malam terakhir di bulan
Ramadhan tersebut. Oleh itu, amatlah bermanfaat jika kita meninggalkan tempat tidur untuk
beribadah kepada Allah S.W.T.
6.0 RUMUSAN
Pelbagai kesimpulan yang dapat dibuat dari Surah Al-Qadr ini. Dengan perjuangan Nabi
Muhammad S.A.W yang bertungkus lumus menaikkan serta memuliakan Al-Qur’an yang suci
lagikan bersih. Kitab yang diturunkan pada malam yang sangat mulia dan ditunjukkan ketinggian
serta kemuliaan Al-Qur’an pada malam tersebut. Jika kita enggan untuk menerima Kitab Suci ini
amatlah rugi kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W. Perlu kita ketahui bukan Nabi
Muhammad yang menanggung kerugian tersebut tetapi kita sebagai umatnyalah yang mengalami
kerugian tersebut.

Kita sebagai hamba perlu memohon taufik dan hidayah supaya kita sedar tentang
kelebihan Malam Lailatul Qadr ini ditahun-tahun yang akan dating. Semoga Allah memberikan
kita umur yang berpanjangan serta kesihatan untuk terus beramal dan meningkatkan amalan kita
pada malam tersebut. Sekurang-kurangnya kita dapat beristiqamah untuk melakukan solat
berjemaah di masjid pada malam tersebut kerana sesiapa yang melakukan solat maghrib, isyak
dan subuh secara berjemaah pada malam tersebut, maka mereka dikira boleh mendapatkan
Malam Lailatul Qadr. Jika ditambah dengan amalan lain seperti solat tarawih serta qiyamullail
maka pastilah berganda-ganda lebih baik.

Kita juga harus memohon kepada Allah S.W.T untuk diberikan kecintaan kita kepada Al-
Qur’an supaya kita sentiasa ingin membaca yang mengamalkannya sehingga apabila kita
tertinggal untuk membaca Al-Qur’an kita akan merasa terlampau rugi. Allah juga menyuruh kita
untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Di dalam surah ini juga telah dilampirkan perintah Allah
kepada umatnya untuk mendekatkan diri dengan-Nya.

Bukan sahaja di dalam Surah Al-Qadr, malah di dalam Surah Al-Alaq juga menekankan
tentang Al-Qur’an iaitu kalam suci Allah. Di dalam Surah Al-Qadr ini telah diberitahu kepada
kita bahawa membaca Al-Qur’an di malam hari dan pada waktu subuh merupakan amalam yang
paling baik. Maka kita perlu mengambil perhatian tentang perkara ini dan mengamalkannya
selalu.
7.0 RUJUKAN

1. https://anyflip.com/qfzlr/vqzi/basic
2. http://tafsiir-quran.blogspot.com/2018/10/tafsir-surah-al-qadr-ayat-1-5-
kehebatan.html
3. http://www.ibnukatsironline.com/2015/10/tafsir-surat-al-qadar-ayat-1-5.html?m=1
4. https://ms.wikipedia.org/wiki/Surah_Al-Qadr
5. https://www.surah.my/97
6. Penulis: Sheikh Abdullah Basmeih, Tahun: 1980, Tajuk: Tafsir Pimpinan Ar-Rahman
kepada pengertian Al-Qur’an, Penerbit: Dfirulfikir, Muka Surat: 1708.
7. Penulis: Ummu Ammar Amir, Tahun: 2019, Tajuk: Tafsir Mini Surah Al-Qadr,
Penerbit: Telaga Biru Sdn.Bhd, Muka Surat: 4.
8. Penulis: Muhammad Zaki Yahpar Al-Yahya, Tahun: 2015, Tajuk: Fadhilat dan
Khasiat Surah-Surah Mustajab, Penerbit: Pustaka Ilmuwan, Muka Surat: 73.

Anda mungkin juga menyukai