Anda di halaman 1dari 9

Lailatul Qadar

Lailatul Qadar (Arab: ) adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadan.
Ayat al-Quran yang pertama dipercayai diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di
dalam al-Quran dalam surah Al-Qadr, dan diceritakan lebih baik daripada seribu bulan.
Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa hadis, malam ini
jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil
yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia
berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadan. Walau bagaimanapun, antara hikmah
malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh
malam yang terakhir. Sebahagian Muslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini
dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah
sepanjang malam.
LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN
10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan
dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu
oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai
hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah
dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah
yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada
1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan
mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar.
Sebab turun surah al-Qadr
Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang
lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat
tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah
menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di
atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.
Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani
Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka
kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu
kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril
pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada
apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah
pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih
daripada yang lainnya
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi
baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya.
Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama
beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah.
Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia
menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah
yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang
dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala
nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar
terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid
mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh
memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan
berbanding dengan masa yang lain.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda
bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-
malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan.
Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu
pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui
pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah
s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar
supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu
adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat
kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di
dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa
berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam
menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara
itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan
yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar
Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya
mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu.
Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut
Maksudnya: Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf
hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa
yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan
telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu
malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun
beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat
yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang
penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut
menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan
keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita
bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh
mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.
Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam
Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang
benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak
semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya
untuk menemui malam Lailatulqadar.
MALAM LAILATUL-QADAR
Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam
yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah
S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua
malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr
97: Ayat 3.
Maksudnya:
Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu malam

Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah
adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada
Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya:
Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana
beriman serta

mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat
pengampunan daripada

dosa-dosa yang telah lalu
Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila
tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-
malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-
isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya:
Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-
malam sepuluh

akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-
malam lain.
Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan
Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan
Ramadhan

dalam malam ganjil.
Pendapat yang terkuat mengikut para ulama bahawa malam Lailatul Qadar
terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Kaab katanya, Demi Allah
sesungguhnya ibn Masud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar
jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada
malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang
tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya. Daripada
Riwayat Muawiyah:
Maksudnya:
Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam
malam lailatul-qadar

iaitu malam ke-27.
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa
surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu
terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.
Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang
berbunyi:
Maksudnya:
Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah
mencarinya pada malam

yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada
malam yang ke-27.
Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, Ya Rasulullah s.a.w.
andainya aku mendapati
malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w.
berdoa dengan doa:
Maksudnya:
Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh
itu berilah

keampunan-Mu untukku.

ANTARA TANDA-TANDA LAILATUL QADAR
Lailatul Qadar merupakan satu malam yang mempunyai kelebihan lebih seribu bulan yang lain.
Ini dapat kita lihat daripada apa yang telah dinukilkan oleh Allah di dalam al-Quran dalam surah
al-Qadar. Begitu juga dengan apa yang telah diberitahukan oleh Rasulullah S.A.W dalam
beberapa hadis yang sohih. Kita disuruh untuk menghidupkan malam lailatul qadar dan tidak
membiarkannya berlalu begitu saja. Rasulullah S.A.W telah bersabda dalam hadis muttafaq
alaih daripada Abu Hurairah yang artinya : Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar
penuh keimanan dan keikhlasan akan diampun baginya dosa yang telah lalu.
Menurut imam Fakhrurrazi bahwa Allah menyembunyikan malam lailatul qadar dari pengetahuan
kita sebagaimana Dia menyembunyikan segala sesuatu yang lain. Dia menyembunyikan
keredhaanNya pada setiap ketaatan sehingga timbul dalam diri kita keinginan untuk melakukan
semua ketaatan atau ibadat itu. Begitu juga Dia menyembunyikan kemurkaanNya pada setiap
perkara maksiat agar kita berhati-hati dan menjauhi segala maksiat dan tidak memilih antara
dosa besar dan kecil untuk melakukannya kerana dosa kecil jika terus dilakukan secara
berterusan akan menjadi dosa besar jika kita tidak bertaubat dan berusaha meninggalkannya.
Dia menyembunyikan wali-waliNya agar manusia tidak terlalu bergantung kepada mereka dalam
berdoa sebaliknya berusaha sendiri dengan penuh keikhlasan dalam berdoa untuk mendapatkan
sesuatu daripadaNya kerana Allah menerima segala doa orang yang bersungguh-sungguh dan
tidak mudah berputus asa. Dia menyembunyikan masa mustajab doa pada hari Jumaat supaya
kita berusaha sepanjang harinya. Begitulah juga Allah menyembunyikan penerimaan taubat dan
amalan yang telah dilakukan supaya kita sentiasa istiqamah dan ikhlas dalam beramal dan
sentiasa bersegera dalam bertaubat. Demikianlah juga dengan penyembunyian malam lailatul
qadar agar kita membesarkan dan menghidupkan keseluruhan malam Ramadhan dalam
mendekatkan diri kepadaNya bukan hanya sekadar menunggu malam lailatu qadar sahaja untuk
beribadat dan berdoa. Tetapi inilah penyakit besar yang menimpa umat Islam yang
menyebabkan malam-malam Ramadhan lesu kerana mereka hanya menanti malam yang
dianggap malam lailatul qadar sahaja untuk beribadat. Kerana mengejar kelebihan lailatul qadar
yang mana kita tidak mengetahui masanya yang tertentu menyebabkan kita terlepas dengan
kelebihan Ramadhan itu sendiri yang hanya datang setahun sekali.
Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis
di bawah :
1. Abi Ibnu Kaab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai
lailatul qadar yang artinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu
bercahaya (suram). Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -
2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya
:Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya
bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi
bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya
terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk
syaitan keluar bersamanya pada hari itu. Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid
daripada Ibadah bin As-Somit -
3. Dalam Mujam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa daripada Rasulullah S.A.W
telah bersabda yang artinya : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan
padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit
matahari dan tiada cahaya padanya(suram).
4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W
telah bersabda yang artinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.
Qadhi Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya
iaitu:
1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada
malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang
halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.
Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul
qadar ialah :
a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.
b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan
agak nipis.
c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.
d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.

Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar
Diantara kita mungkin pernah mendengar tanda-tanda malam lailatul qadar yang telah tersebar
di masyarakat luas. Sebagian kaum muslimin awam memiliki beragam khurafat dan keyakinan
bathil seputar tanda-tanda lailatul qadar, diantaranya: pohon sujud, bangunan-bangunan tidur,
air tawar berubah masin, anjing-anjing tidak menyalak, dan beberapa tanda yang jelas batil dan
rosak. Maka dalam masalah ini keyakinan tersebut tidak boleh diyakini kecuali berdasarkan atas
dalil, sedangkan tanda-tanda di atas sudah jelas kebatilannya kerana tidak adanya dalil baik dari
al-Quran ataupun hadis yang menjelaskannya. Maka bagaimanakah tanda-tanda yang sebenar
berkenaan dengan malam yang mulia ini ?
Nabi sollallahualaihi wa sallam pernah menggambarkan kita di beberapa sabda beliau tentang
tanda-tandanya, iaitu:
1. Udara dan suasana pagi yang tenang
Ibnu Abbas radliyallahuanhu berkata: Rasulullah sollahualaihi wa sallam bersabda:
Lailatul qadar adalah malam tentram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu
dingin, esok paginya sang suria terbit dengan sinar lemah berwarna merah (Hadist hasan)
2. Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannya
Dari Ubay bin Kaab radliyallahuanhu, bahwasanya Rasulullah sollahualaihi wa sallambersabda:
Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar terang (HR
Muslim)
3. Terkadang terbawa dalam mimpi
Seperti yang terkadang dialami oleh sebagian sahabat Nabi radliyallahuanhum
4. Bulan nampak separuh bulatan
Abu Hurairah radliyallahuanhu pernah berkata: Kami pernah berbincang tentang lailatul qadar di
sisi Rasulullah solallahualaihi wa sallam, beliau berkata,
Siapakah dari kalian yang masih ingat tatkala bulan muncul, yang berukuran separuh
nampan. (HR. Muslim)
5. Malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada
angin kencang .
Sebagaimana sebuah hadit, dari Watsilah bin al-Asqo dari Rasulullah shallallahualaihi wa
sallam:
Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan,
tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan
meteor bagi syaitan) (HR. at-Thobroni dalam al-Mujam al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan)
6. Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan
hati dan kenikmatan bermunajat kepada Rabb-nya tidak seperti malam-malam lainnya.

Anda mungkin juga menyukai