Anda di halaman 1dari 3

KELEBIHAN RAMADHAN : LAILATUL QADAR

Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan
mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan
sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan
mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas. (Riwayat
Bukhari dan Muslim)
Para sahabat nabi risau kerana tidak dapat berjihad dan beribadat seperti umat
terdahulu, misalnya Bani Israel yang berjihad selama 80 tahun. Lalu Allah
menurunkan surah Al-Qadr untuk menenangkan para sahabat nabi yang risau itu
dan pahala beribadat pada malam itu lebih baik dari 1000 bulan iaitu sekitar 84
tahun.
Al-Qadr [3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
Al-Qadr [4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhan
mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun
yang berikut); Malam itu tidak panas dan tidak sejuk dan pada paginya matahari naik
tidak banyak cahayanya kerana banyak malaikat turun naik pada malam itu:
Dan dari Ibnu Abbas radhiyallahu anhu, ia berkata, Rasulullah Shallallahu alaihi wa
Sallam bersabda:Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan,
cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar
mataharinya kelihatan melemah kemerah-merahan. (Hadis Riwayat ath-Thayalisi
(394), Ibnu Khuzaimah (3/231), al-Bazzar (1/486) dan sanadnya hasan) Pagi hari
(setelah) Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan (tanpa sinar), seakanakan ia bejana sehinggalah ia meninggi. (Hadis riwayat Muslim (762))
Setengah ulama mengatakan Ruh yang turun pada malam itu ialah Jibril
berdasarkan ayat yang menyebut RohulQudus ialah malaikat Jibril.
Baqarah [87].dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibni Mariam beberapa mukjizat
serta Kami teguhkan kebenarannya dengan Rohulqudus (Jibril).
Antara kelebihan Lailatul Qadar ialah malaikat yang berada di Sidratul Muntaha
turun ke bumi dengan izin Allah pada malam itu. Sidratul bererti pokok bidara
manakala Muntaha ialah sempadan iaitu sempadan sebelah atas langit, selepas
langit yang ke tujuh. Semasa peristiwa Isra Mikraj, malaikat Jibril hanya boleh
menghantar Rasulullah s.a.w. hingga setakat pokok bidara ini sahaja.
An-Najm [13] Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat
Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, [14] Di sisi Sidratul-Muntaha;
[15] Yang di sisinya terletak Syurga Jannatul-Makwa.
Manakala setengah ulama lagi mengatakan ia adalah satu malaikat yang kakinya
berada di bawah lapisan ke tujuh bumi dan kepalanya di Arasy, mempunyai 1,000

muka, dan setiap muka mempunyai 1,000 mulut, setiap mulut bertasbih
(mengucapkan Subhanaalah) dalam bahasa yang berlainan. Apabila ia bertasbih,
semua malaikat lain sujud kerana takutkan Allah.

Bilakah waktunya?
Nabi s.a.w. menyuruh umatnya mencari Lailatulqadar pada 10 malam terakhir,
terutamanya malam-malam ganjil. Allah suka pada yang ganjil (witir). Allah suka
pada sembahyang yang ganjil bilangannya seperti sembahyang witir.
Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim
yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir. Dalam
hadis yang lain yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud:
Carilah Malam Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 hari yang terakhir.
Waktu lailatulqadar tidak sama antara satu tempat dengan tempat lain. Imam
Ghazali mempunyai formula untuk mengira lailatulqadar berdasarkan hari mula
puasa mengikut pengalamannya. (mungkin boleh dipakai di Malaysia kerana tempat
beliau di Iran atau Iraq tidak jauh dari sini)
Jika Awal Ramadhan (1 Ramadhan) jatuh pada hari :
1. Ahad atau Rabu Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-29
Ramadhan;
2. Isnin Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-21
Ramadhan;
3. Selasa atau Jumaat Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam
ke-27 Ramadhan;
4. Khamis Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-25
Ramadhan;
5. Sabtu Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-23
Ramadhan.

Cara Nabi mendapatkan lailatul qadar


Dari Aishah Radiallahu-Anha ia berkata : Bahawasanya Nabi Sallallahu Alaihi
Wasallam beriktikaf pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan, sehinggalah
baginda wafat, kemudian para isteri baginda meneruskan amalan beriktikaf selepas
kewafatannya.

Kebiasaannya Nabi Muhammad s.a.w. beriktikaf dengan memasuki masjid pada


petang 19 Ramdahan selepas waktu Asar. Iktikaf bererti berhenti di masjid, berhenti
dari segala urusan dunia, disertai niat untuk berhenti di dalam masjid sambil
melakukan amalan seperti membaca al-quran, bertasbih dan sembahyang.
Isteri-isteri Baginda pula beriktikaf di rumah masing-masing iaitu di tempat yang
biasanya mereka bersembahyang. Hukum iktikaf pada 10 akhir Ramadahan ialah
fardu kifayah dalam mazhab Hanafi dan sunat muakkad dalam mazhab Syafie.

Nak buat apa pada malam itu?


Usaha, dapatkan dan carilah Lailatulqadar. Bangunlah kira-kira dalam pukul 2-3 pagi
dan buatlah apa-apa ibadat pun seperti berzikir, sembahyang, membaca quran.

Nak minta apa jika bertemu malam itu?


Siti Aisyah r.a. juga bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang doa apakah yang perlu
diminta jika bertemu Lailatulqadar. Jawab baginda bacalah Allahumma innaka
afuwwun karim, tuhibbull afwa , fafu anni, seperti yang selalu dibaca selepas
sembahyang tarawikh.
Telah diriwayatkan dari Aisyah radhiyallahu anha bahawa dia bertanya, Ya
Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui
terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan? Beliau menjawab,
Ucapkanlah, Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang
meminta ampunan, maka ampunilah aku. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760), Ibnu
Majah (3850) dari Aisyah radhiyallahu anha. Sanadnya sahih)

Anda mungkin juga menyukai