Anda di halaman 1dari 3

TEKS MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKATSEKOLAH TAHUN 2017

1.Yang Berusaha Tuan Haji Harris bin Sisek @Sisik, Imam Masjid

2.Yang Berusaha, En Janudin bin Ab Rahman,Guru Besar SK Tatau

3. Yang Berusaha, En Mohd Salihin, Penyelia Petang SK Tatau

5. Yang Berusaha, Pn Salmah binti Mut, PKHEM SK Tatau

6. Yang Berusaha, Persatuan Ibubapa Islam SK Tatau

5. Yang dihormati Guru-guru, AJK PIBG

6. Seterusnya yang diraikan, murid-murid Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah 2017 dan
semua warga surau yang dikasihi sekalian...Assalamualaikum.......

Alhamdulilah, setinggi-tinggi lafaz kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan
limpah hidayahnya jua, dapat kita sama-sama berhimpun di Surau Al Fallah, SK TATAU pada
pagi yang barakah ini bagi menjayakan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun
2017.

Majlis dengan penuh takzim dan rasa bangga mengalu-alukan kehadiran Tn Hj Harris bin
Sisek @ Sisik dan hadirin hadirat sekalian ke majlis ini.Ribuan terima kasih diucapkan.

Hadirin hadirat yang dimuliakan..

Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah satu agenda tahunan pihak sekolah bagi
meningkatkan kecemerlangan murid-muriddi dalam bidang Tilawah Al-Quran seterusnya
melahirkan sahsiah murid-murid yang seimbang duniawi dan ukhrawi.Majlis ini juga
merupakan satu kesinambungan bagi mengeratkan ukhwah silaturrahim di antara ibu bapa
dan guru-guru di sekolah ini khususnya.

Kesungguhan guru-guru dan kecaknaan ibu bapa pastinya melahirkan anak-anak yang
cemerlang sepertimana yangdiimpikan oleh setiap dari kita..Mudah-mudahan segala yang
kita laksanakan dengan penuh keikhlasan akan membuahkan hasil dan diberkati Allah jua.
InsyaAllah..

Zikir Munajat Pembersih jiwa, Doa dipohon menjana taqwa

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama menadah tangan penuh
kehambaan kepadaNya.Untuk itu, majlis mempersilakan A Faddil Ustaz Saiful untuk
memimpin bacaan doa.....dipersilakan.

Amin..ya rabbal alamin

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas pimpinan bacaan doa itu tadi..Semoga majlis
kita mendapat keberkatan dan lindungan Allah SWT.
Hadirin sekalian,

Seterusnya majlis mempersilakan Yang berusaha, En Janudin bin Ab Rahman, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan SK Tatat, untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.....

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Seterusnya dipersilakan Al-Fadhil........ untuk memimpin Majlis Khatam Al-Quran kita


pada hari ini.. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran kita pada hari ini.Namun, majlis
kita masih belum selesai.

Acara seterusnya ialah penyampaian sijil khatam al-Quran bagi murid-murid Tahun 6
yang telah selesai mengkhatam Al-Quran. Majlis dengan berbesar hati mempersilakan
Yang berusaha En Janudin bin Abdul Rahman, Guru Besar SK Tatau mengiringi Tn Hj Harris
bin Sisek untuk menyampaikan sijil tersebut.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan wakil murid tahun 6 untuk menerima sijil...

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang berusaha Tn Hj Haris bin
Sisek atas kesudian menyempurnakan penyampaian sijil sebentar tadi.

Sebagai tanda hati ikhlas daripada pihak majlis, dipersilakan Yang berusaha En Janudin
bin Ab Rahman menyampaikan tanda hati kepada Tn Hj Harris bin Sisek, diatas kesudian
beliau hadir kemajlis kita pada hari ini.

Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha En Janudin bin Ab Rahman diatas kesudian
menyampaikan tanda hati sebentar tadi.

Alhamdulillah, majlis kita sudah sampai di penghujungnya.Saya mewakili seluruh Ahli


Jawatankuasa Pelaksana Majlis Khatam al-Quran Tahun 2017, ingin mengungkapkan
ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan
majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak. Moga kita semua akan
beroleh keberkatan daripada-Nya, insya Allah.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang mengacarakan majlis ini.Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq
walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh. Wa fi AmnilLahi Taala wa
ilal liqa, maas salamah.
Biodata Pelajar Tamat 30 juzuk Al Quran

Nama : Nur Khadizatul Alleya binti Hamidi

Tarikh lahir : 27 Februari 2017

Tempat lahir : SK Tatau

Nama Mak : Rabaiah binti Haji Zen

Nama Ayah : Hamidi bin Joship

Cita-cita : Ustazah

Penglibatan Sekolah : Perkhemahan Puteri Islam

Jawatan di Sekolah : AJK Thn 6 Puteri Islam

Tamat quran : Tahun 5

Guru mengaji : Hajah Nor Sinah

Motto : Jadilah Insan yang solehah dan sentiasa menghormati orang lain.

Anda mungkin juga menyukai