Anda di halaman 1dari 8

TAJUK 1(P) : KISAH KEPIMPINAN RASULULLAH SAW

Yang dimuliakan,
Tuan pengerusi yang petah berbicara,
Panel hakim yang arif lagi bijaksana,
Penjaga masa yang siap siaga.
Guru-guru dan rakan-rakan sekelian..

Hayatilah cerita saya,


Kepimpinan Rasulullah Tajuk cerita, (Pantun)

Muhammad bin Abdullah merupakan merupakan seorang pemimpin agung


dan mempunyai ciri-ciri keperibadian yang tinggi. Sejak kecil hinggalah
dewasa, baginda amat terkenal dengan sifat jujur, sabar, amanah dan
berakhlak mulia.

Suatu hari
Banjir besar melanda Makkah ( Nasyid )
Kedudukan Hajarul Aswad berubah
Ketua-ketua kabilah mula bertelingkah
Siapakah yang layak tunaikan amanah

Akhirnya, perkara ini dirujuk kepada baginda. Dengan bijaksana, nabi


membentangkan serbannya. Lalu meminta ketua-ketua kabilah memegang
bucunya dan mengangkat Hajarul Aswad kembali ke tempat asalnya.

1
Surah as-Sof ayat 6 :
Maksudnya : Dan ceritakanlah khabar gembira tentang kedatangan seorang
nabi selepasku yang bernama Ahmad ( iaitu Yang Terpuji ).

Kawan-kawan,
Peribadi terpuji dan berakhlak mulia tuntutan agama.
Contohilah Profesor Dr. Muhayya yang berdakwah dengan akhlak yang mulia.

Hadirin sekalian,

Rasulullah SAW merupakan pemimpin agung dalam keluarga dan para


sahabat.
Baginda amat menyayangi isteri-isteri dan anak-anaknya serta mendidik
mereka dengan penuh kasih sayang.

Kawan-kawan hendak tahu?

Baginda selalu menolong isteri mengemas rumah, memasak dan menjahit


sendiri baju yang koyak.

Pimpinan baginda melalui tauladan, ( Nasyid Bahtera Nuh )


Keluarga disayang, diutamaka,,
Para sahabat dipimpin dengan iman,
Mulianya sungguh akhlak junjungan.

2
Surah al-Ahzab ayat 21
Maksudnya : Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu, contoh ikutan yang
baik.
Kawan-kawan,

Rumahku Syurgaku menjadi impian. Ikuti akhlak junjungan.

Namun malangnya hari ini, ada bapa yang merosakkan anak sendiri.

Bak kata pepatah, ibarat haruan memakan anak

Hadirin sekalian,

Rasulullah memimpin masyarakat ( Nasyid Ummi)


Mengubah kehidupan arab jahiliyah
Dari kegelapan kepada cahaya
Membina tamadun umah yang mulia

Rasulullah SAW merupakan memimpin masyarakat arab dengan penuh


hikmah. Baginda mengangkat darjat wanita, mengormati orang tua dan
kanak-kanak serta membantu mereka yang memerlukan.

Selain itu.. Baginda bertutur dengan lembut dan sopan serta sentiasa
memaafkan kesalahan orang lain.

Contohnya baginda sentiasa berbuat baik kepada jirannya.


Walaupun jirannya setiap hari membuang najis dan kotoran di hadapan
rumahnya. Tidak pernah sekalipun baginda memarahi atau membalas
perbuatan jirannya itu.

Tanpa mengira kabilah dan agama ( Pantun )


Baginda melayan adil dan saksama

3
Surah al-Qalam ayat 4
Maksudnya : Dan sesungguhnya pada dirimu Muhammad, akhlak yang
tinggi.
Kawan-kawan,

Pemimpin yang baik akan dikasihi oleh masyarakat.

Pemergian Ketua Menteri Sarawak awal tahun ini, ditangisi oleh rakyat
negerinya.

Hadirin sekalian,

Rasulullah SAW adalah pemimpin negara yang agung dan menjadikan wahyu
sebagai asas pemerintahan. Baginda juga merupakan seorang pemimpin
yang adil, bijaksana dan mengadakan Sistem Syura dalam pemerintahan.

Suatu hari baginda mendapat berita.. kaum Musyrikin dan Yahudi ingin
menyerang Madinah.
Salman al-Farisi mencadangkan agar membina parit yang besar.

Apa?? Membina parit yang besar dan dalam di sekeliling Madinah?


Penduduk Madinah kehairanan. Namun cadangan ini diterima baginda.

Rupa-rupanya
Kaum musyrikin tidak mampu menyerang Madinah
Kerana parit yang dibina oleh Rasulullah
Lantas mereka berkubu di luar kota
Tiba-tiba angin kencang datang menyerang (Sajak)
Khemah-khemah musyrikin berterbangan
Lalu mereka lari bertempiaran

4
Terselamatlah muslimin kerana kepimpinan baginda

Surah Ali Imran ayat 31 :


Maksudnya : Katakanlah jika kamu mencintai Allah, maka ikutlah aku.

Kawan-kawan,

Jadilah pemimpin yang diredhai Allah.


Alhamdulillah. Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong kita menjadi
Qudwah Hasanah.

Hadirin sekalian,

Demikianlah agungnya kisah kepimpinan Rasulullah SAW. Baginda menjadi


pemimpin yang adil dan sempurna dari setiap sudut, peribadi, keluarga,
masyarakat dan negara.

Pengajaran dari kisah ini ialah:


1. Kita Mestilah berakhlak mulia seperti akhlak Nabi Muhammad SAW.
2. Kita sentasa memaafkan kesalahan orang lain.
3. Kita hendaklah menjadi pemimpin yang adil dari setiap sudut.

Sekian, Wabillahit taufiq wal hidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh.

5
JAWAPAN SOALAN SPONTAN


Tak molek jika ada alu, tiada lesungnya,
Tak berguna, kalau ada dayung, tiada sampannya,
Tak lengkaplah soalan, kalau tiada jawapannya..

1. Pengajaran daripada kisah kepimpinan Rasulullah SAW ialah:


1. Kita mestilah bersifat seperti Rasulullah SAW iaitu jujur, sabar,
amanah dan bijaksana.
2. Kita mestilah sentiasa memaafkan kesalahan orang lain.
3. Kita juga mestilah menjadi pemimpin yang adil dari setiap sudut.

2. Nilai Murni dari kisah Kepimpinan Rasulullah SAW ialah:


1. Pemimpin adil dan saksama
2. Rasulullah SAW seorang penyayang
3.

6
Surah Ali Imran ayat 31 :
Maksudnya : Katakanlah jika kamu mencintai Allah, maka ikutlah aku.

Rasulullah dalam mengenangmu ( Nasyid Rasulullah )


Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Sekian, Wabillahit taufiq wal hidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh.

Surah al-Anbiya ayat 107 :


Maksudnya : Dan tidaklah Kami mengutuskan engkau wahai Muhammad
untuk membawa rahmat ke seluruh alam.

7
8

Anda mungkin juga menyukai