Anda di halaman 1dari 2

,Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim

Sesungguhnya kami menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran atas iradat dan
qudrat-Mu, yang telah menentukan dan mengizinkan kami untuk berhimpun pada pagi
yang berbahagia ini, di dalam Hari Ucapan dan Anugerah keCemerlangan, Sk St
James Apin-Apin keningau.

Ya Allah, Ya Muhaimin, Ya Aziz, Ya Jabbar,


Ya Allah Ya Tuhan kami, kau kurniakanlah kepada anak-anak kami dengan hati yang
terang dan dada yang lapang. Kau kurniakanlah kepada mereka dengan cahaya
kefahaman, kesihatan akal fikiran dan tubuh badan, kemudahan di dalam segala
urusan dan kurniakanlah kepada mereka dengan kejayaan dan kecemerlangan di
dunia mahupun di akhirat.

Ya Allah, Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah


Ya Allah Ya Tuhan kami, kau terbitkanlah rasa kebesaran, di dalam setiap hati
murid-murid yang menerima hadiah kecemerlangan dan penghargaan pada hari ini,
dengan rasa kesyukuran dan kehambaan kepada-Mu Ya Allah. Kami juga memohon
daripada-Mu Ya Allah, agar majlis pada hari ini dapat menjadi dorongan dan
galakkan kepada murid-murid lain, untuk mereka sama-sama berusaha dengan gigih
dan tekun di dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum dan aspek pembinaan diri insan.

Ya Allah, Ya Zal Jalali Wal Ikram,


Jadikanlah kami Ya Allah, dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang beriman dan
bertakwa. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintah-Mu. Kurniakanlah
kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran
yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman
serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.







.