Anda di halaman 1dari 4

TAJUK 1 (L): HIJRAH RASULULLAH

SAW

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.


TERIMA KASIH PENGACARA BUDIMAN,
BARISAN HAKIM HADIRIN SEKALIAN,
HAYATILAH CERITA SAYA SAMPAIKAN,
HIJRAH RASULULLAH SAW TAJUK PILIHAN.

Hijrah bermaksud perpindahan dari suatu tempat ke suatu tempat. Manakala


hijrah Rasulullah SAW ialah perpindahan Rasulullah SAW dari kota Mekah ke
kota Madinah atas perintah Allah.
Tentangan Musyrikin diperintah hijrah,
Ke Yathrib bumi bertuah,
Kaum Ansar sanggup bersusah,
Membantu Muhajirin kerana Allah.
Firman Allah:

Maksudnya:
Dan tolong-menolonglah atas dasar kebaikan dan taqwa
(Potongan ayat 2, surah Al-Maidah)
Ya kawan-kawan,
Tolong menolong adalah amalan mulia. Usaha yang dilakukan oleh
sukarelawan banjir di Pantai Timur baru-baru ini jelas mencermin sikap
prihatin rakyat Malaysia yang patut dicontohi.

Musyrikin Mekah mengatur rancangan,


Dipilih pemuda setiap golongan,
Kediaman Nabi jadi kepungan
Untuk membunuh Rasul Junjungan,

Strategi diatur dengan rapi,


1 | Te k s B e r c e r i t a S e k o l a h R e n d a h M T Q 2 0 1 5 - P P D
Ku ching

Tempat tidur baginda diganti Ali,


Nabi keluar tanpa disedari,
Masya Allah, terlena mereka diulit mimpi.
Bersama Abu Bakar sebagai teman,
Mereka menuju ke arah selatan,
Jalan ke utara penuh sekatan,
Gua Thur tempat persembunyian.
Firman Allah:

Maksudnya:
Lalu kami tutup pandangan mereka sehingga mereka tidak dapat melihat
(Potongan ayat 9, surah Yasin)
Ya kawan-kawan,
Perancangan yang baik membawa kejayaan. Rancangan yang dibuat oleh
kerajaan dalam belanjawan 2015 bertujuan untuk menstabilkan ekonomi
negara.

Musyrikin terus,
Menjejaki nabi,
ke Gua Tsur,
Tempat dicari,
Pertolongan Ilahi,
Baginda dilindungi,
Bersarang dipintu gua.
Labah-labah dan merpati.
Selama tiga hari di dalam persembunyian, Asma Bt. Abu Bakar ditugaskan
membawa makanan, Amir bin Fuhaira mengintip perbualan dan percakapan,
Abdullah bin Uraiqiz ditugaskan menunjuk jalan.
Firman Allah:

2 | Te k s B e r c e r i t a S e k o l a h R e n d a h M T Q 2 0 1 5 - P P D
Ku ching

Maksudnya:
Dan mereka menjalankan tipu daya dan Allah juga menjalankan tipu daya.
Dan Allah sebaik-baik yang mengagalkan tipu daya.
(Potongan ayat 30, surah Al-Anfal)
Kawan-kawan,
Allah membantu orang yang berjihad di jalan-NYA. Kegigihan Dr. Yusuf
Qardawi menegakkan Islam sehingga beliau diiktiraf sebagai ulama tersohor
yang patut dicontohi.

Ya kawan-kawan,
Sebelum tiba di Madinah, Rasulullah SAW bersama Abu Bakar singgah di
Quba
Masjid Quba telah dibina,
Syiar Islam semakin nyata,
Lambang keteguhan Islam tercinta,
Berkat kesabaran dan usaha.
Firman Allah:

Maksudnya:
Sesungguhnya Masjid Quba yang didirikan atas dasar taqwa.
(Potongan ayat 108 surah At-Taubah)
Ya kawan-kawan,
Masjid merupakan tempat yang penting bagi umat Islam. Pembinaan masjid
Cina di Tasek Jaya Ipoh menarik minat orang ramai untuk beribadah dan
mengunjunginya.

Akhirnya, Rasulullah SAW dan Abu Bakar tiba di Yathrib yakni dikenali
sebagai Madinah Al-Munawah. Rombongan baginda disambut meriah oleh
segenap lapisan penduduk Madinah.
Maka, bermulalah taqwim baru dalam lipatan sejarah Islam.
3 | Te k s B e r c e r i t a S e k o l a h R e n d a h M T Q 2 0 1 5 - P P D
Ku ching

Hijrah
Hijrah
Hijrah
Hijrah

itu pengorbanan,
itu perjuangan,
itu persaudaraan,
membentuk perpaduan.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.


Firman Allah:

Maksudnya:
Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan janganlah berpecah
belah
(Potongan ayat 103, surah Ali Imran.)
Islam mengajar umatnya supaya bersatu padu. Gagasan 1Malaysia yang
dilaungkan oleh kerajaan adalah bertujuan untuk menyatukan rakyat
Malaysia yang berbilang kaum.

Begitulah kawan-kawan,kisah HIJRAH RASULULLAH SAW


Sirah Nabi jadikan panduan
Buat pedoman kehidupan insan
Sekian.
Wabillahi
Taufik
Wal
Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih.

Hidayah

Wassalamualaikum

4 | Te k s B e r c e r i t a S e k o l a h R e n d a h M T Q 2 0 1 5 - P P D
Ku ching

Anda mungkin juga menyukai