Anda di halaman 1dari 4

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih Pengerusi Majlis, Barisan Hakim yang bijaksana, Penjaga Masa yang setia dengan
jamnya, guru – guru, rakan peserta serta rakan - rakan sekalian. Tajuk cerita saya
ialah Pembentukan Negara Madinah.

Nama asal Madinah adalah Yathrib. Letaknya di Utara Mekah Semenanjung Tanah Arab.
Penduduk asalnya adalah orang Arab dan Yahudi. Madinah digelar Al-Madinatul Munawwarah
yang bermaksud kota yang gemilang.

Firman Allah S.W.T :

‫كول كيو أٱ تن أٱ يه كل ٱٱلينق كر ـ ىى كءا كمننواا كوٱٱت تكق يواا ل ككفتكيحكناَ عكلكييہۡہمِ بككرككـ تت ہۡمم كن ٱٱلتسكم ا ىہۡء‬
‫كسسنبون ۝‬ ‫كوٱٱ ي أل يرہۡض كول كـہۡكن كك تذ بنواا فكاأكخ يذ ن كـنهمِ ہۡبكماَ ك‬
ۡ‫ڪاَ ننواا يك ي ہ‬
Yang bermaksud:
“Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa,
tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah
berkatnya, dari langit dan bumi.”
( Potongan ayat 96 , Surah Al-‘Araf )

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Sayangilah negara kelahiran kita. Janganlah kita menjadi orang yang mencemarkan nama
baik negara dengan melakukan perkara yang boleh menjatuhkan imej negara.

Hijrah itu pengorbanan


Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Setelah berhijrah ke Madinah, Rasulullah mendapati masyarakat Madinah terdiri daripada
pelbagai bangsa dan agama. Ini menyebabkan berlakunya perpecahan dalam kalangan penduduk
Madinah. Atas permintaan kaum Muhajirin dan Ansar, baginda dapat membentuk sebuah negara
yang berdaulat.

Firman Allah S.W.T :

‫كوٱٱيعكتہۡصنمواا ہۡ كبيب ہۡل ٱٱ ت ہۡل ك ہۡجي ععاَ كو كل تككف ترنقواا‬


Yang bermaksud:
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah
kamu bercerai-berai.”
( Potongan ayat 103 , Surah Ali-‘Imran )

Hadirin dan hadirat sekalian,

Janganlah kita hidup berpecah belah. Sesuai dengan konsep satu Malaysia yang menitik
beratkan perpaduan semua kaum.

Rasulullah pemimpin yang bijaksana


Strategi diatur membentuk negara
Muhajirin dan Ansar menjadi saudara
Hilanglah sudah segala prasangka

Lalu, bagindapun memanggil wakil penduduk Madinah untuk bermesyuarat. Tujuannya… untuk
membentuk undang-undang dan perlembagaan. Hasilnya terbentuklah sebuah negara Madinah.
Inilah negara Islam yang pertama di dunia. Subhanallah…
Firman Allah S.W.T :

‫كوأٱ يم نر ن يه نشوكر ـى ب كيينكنہ يمِ ۝‬


Yang bermaksud :
“Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka.”

( Potongan ayat 38 , Surah Asy-Syura )

Hadirin dan hadirat sekalian,

Perancangan yang baik adalah tonggak kejayaan. Contohilah kebijaksanaan Perdana


Menteri kita dalam memacu ekonomi negara.

Piagam Madinah banyak faedah


Perpaduan rakyat utuh terbina
Hidup umat terbentuk harmoni
Kepimpinan rasul wajar diikuti

Negara Madinah punya peraturan


Hidup sejahtera negara makmur
Ekonomi rakyat semakin subur
Berkat kejujuran dan keikhlasan

Melalui piagam ini, Rasulullah dilantik menjadi ketua negara. Peribadi mulia Rasulullah telah
berjaya menambat hati penduduk Madinah. Mereka akur dengan undang-undang yang telah
dibentuk oleh baginda.
Firman Allah S.W.T ;
‌ ‫ي كـ ىاأ ي يكہاَ ٱٱ ت ہۡلي كن ءا كمنن ىواا أٱ ہۡطينعواا ٱٱ ت كل وأٱ ہۡطينع واا ٱٱل رنسوكل وأٱ او ہۡل ٱٱ ي أل يم ہۡر ہۡمن ن يك‬
‫ك‬ ‫ت‬ ‫ك‬ ‫ك‬
“Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada
Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu.”
( Potongan ayat 59 , Surah An-Nisa’ )

Kawan-kawan,
Marilah bersama kita jayakan kempen menghayati Rukun Negara yang menjadi teras
perpaduan.

Negara Madinah masyhur ternama


Islam tersebar seluruh dunia
Berkat jihad Rasul tercinta
Rakyat selesa hidup sejahtera

Firman Allah S.W.T:

‫ن نك واا ہۡمن م ہۡريز ہۡق كرہۡبم ن يك كوٱٱيشنك نرو اا ك ن لل‬


Yang bermaksud:
"Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadanya”
( Potongan ayat 15 , Surah Saba’ )

Hadirin dan hadirat sekalian,


Bersyukurlah kita dengan nikmat keamanan dan kemakmuran negara ini. Sesuai dengan
kempen 1 Malaysia menjana transformasi.

Sekian. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai