Anda di halaman 1dari 5

Peristiwa Fathul Makkah MTQ 2018

   


Assalamu`alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana seterusnya hadirin dan hadirat sekalian.

( pantun )
Peristiwa Fathul Makkah tajuk cerita
Hayati perjuangan rasul mulia.

( sajak )
Pagi itu
Rasulullah terbangun dari tidurnya
Baginda bermimpi gembira

 
   

“ Sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haraam - insya Allah
dalam keadaan aman ”
~ Surah al-Fath ayat 27.

Kaum muslimin yang mendengar khabar gembira ini teruja untuk menunaikan
ibadah haji dan umrah. Peluag keemasan ini akan mengubat kerinduan terhadap
kampung halaman dan insan tersayang yang telah lama ditinggalkan di bumi
Makkah.

#Kawan-kawan,

( nasyid )
Rombongan mula berjalan
Niat Ibadah tunai kewajipan

Tiba-tiba...

1
Sampai di pertengahan jalan, unta yang ditunggang nabi berhenti lalu
merebahkan badan. Rupa-rupanya ada hikmah disebalik kejadian. Kaum
Quraisy Makkah telah bersedia untuk menyerang nabi.

( Pantun / Nasyid )
Rundingan demi rundingan gagal meyakinkan
Berita pembunuhan Uthman mereka sebarkan
Rasulullah berjanji beri pengajaran
Bai’atul Ridhwan tanda sokongan

   


  

“ jika mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah
balasan bagi orang-orang Yang kafir ”.
~ Surah al-Baqarah ayat 191.

#Kawan-kawan,

Membunuh itu satu dosa besar. Saban hari kita mendengar pembunuhan yang
berlaku di seluruh dunia. Contohnya rakyat palestin yang terus hidup menderita.

Ya Allah... selamatkan umat yang teraniaya.

#Hadirin yang dikasihi,

( Nasyid )
Suhail bin Amru menghadap baginda
Pembunuhan Uthman hanya rekaan sahaja

( pantun )
Termeterai kini Perjanjian Hudaibiyah
Muslim di arah kembali ke Madinah
Tahun berikutnya dibenar ke Makkah
Rasulullah siapkan tentera dan ummah

2
Melihat kesungguhan nabi, Abbas dan Abu Sufian datang memberi sokongan
lalu menyatakan keislaman mereka.

  



“ ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (Wahai
Muhammad) di bawah naungan pohon ”
~ Surah al-Fath ayat 18.

Malangnya kaun Quraisy telah mengkhianati Perjanjian Hudaibiah dengan


membantu Bani Bakar menyerang Bani Khuza’ah.

#Kawan-kawan,

Tepatilah janji yang telah disepakati. Hari ini keganasan Ah Long semakin
menjadi-jadi akibat penghutang yang tidak menepati janji.

Ingat... janji mesti ditepati.

#Hadirin yang dimuliakan,

( Nada syair )
10 Ramadhan 8 Hijrah
10 000 tentera bergerak ke Makkah

Di Marruz Zahran, Nabi menyalakan obor api yang banyak untuk menakutkan
musuh. Perkara ini amat memeranjatkan Quraisy Makkah. Kerana ketakutan
mereka lari bertempiaran dan bersembunyi menyelamatkan diri.
Akhirnya....

( nasyid )
Empat penjuru kota yang mulia
Makkah dimasuki aman sentosa
Selesai tawaf, solat dan berdoa
Kaabah bersih daripada berhala

3
   
    
 
dan Katakanlah: “ telah datang kebenaran dan hilang lenyaplah kebatilan ”
Surah al-Isra’ ayat 81.

#Kawan-kawan,

Kita wajib mempertahankan negara,


Jasa angkatan Tentera Malaysia, TUDM dan TLDM patut dihargai.
Justeru, bersyukurlah kerana negara kita aman dan makmur.

#Hadirin sekelian,

Penduduk Makkah yang tertunggu tindakan nabi semakin cemas dan tertekan.
Dalam keadaan genting itu, tiba-tiba mereka dikejutkan... :-

“wahai penduduk Makkah, ketahuilah... Muhammad telah memberikan


pengampunan, sesiapa yang masuk ke rumah Abu Sufian akan selamat”.

Mereka tercenganag-cengang sambil berpandangan. Di dalam hati, mereka


berkata :-

“alangkah mulianya hatimu Ya Rasulullah”. Tanpa disedari, air mata


penyesalan mengalir di pipi. Lantas mereka menyatakan
keislaman ke hadrat Ilahi.

   


  
    
 

4
“ Apabila datang pertolongan Allah dan Engkau melihat manusia masuk
Dalam agama Allah beramai-ramai ”
Surah al-Nasr ayat 1 dan 2.

Kawan-kawan,

( pantun )
Begitulah agungnya perjuangan rasulullah
Akhirnya Islam tertegak di bumi Makkah

( nasyid )
Berkat kesabaran baginda
Islam tersebar seluruh dunia

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah. Wassalamu’alaikim wbb.

###@@@###

Anda mungkin juga menyukai