Anda di halaman 1dari 4

PERISTIWA HAJI WIDA’

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Terima kasih tuan/puan Pengerusi Majlis. Yang dihormati barisan hakim yang bijaksana,
seterusnya hadirin dan hadirat sekalian.

Lafaz Bismillah pembuka bicara,


Rakan taulan pendengar semua, (pantun)
Peristiwa Haji Wida’ tajuk cerita,
Mari dengarkan hayati bersama.

Ya kawan-kawan,

Haji Wida’ bermaksud Haji Perpisahan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w pada 25
Zulqaedah tahun ke 10 Hijrah. Setelah 9 tahun berada di bumi Madinah, baginda bersama
10 ribu kaum muslimin berangkat menuju ke Mekah untuk menunaikan Haji.

Sepertimana firman Allah di dalam Surah Al Baqarah ayat 196..

    


Maksudnya: “Sempurnakanlah ibadah haji dan Umrah kerana Allah.

Kita wajib menunaikan umrah dan Haji jika berkemampuan. Mengambil gambar “selfie”
semasa menunaikan ibadah di Masjidil Haram menjadi isu perdebatan kerana boleh
menimbulkan riak.

Ya kawan-kawan,

ZassMurni MTAQ18
Baginda dan kaum Muslimin memakai Ihram di tempat bernama Zulhulaifah. Waktu itu
baginda mengajarkan niat Haji serta membaca kalimah Talbiah.

Labaikallah hum malabbaik, Labaikala syari kala kalabaik


Innalhamda wan nikmata, Lakawal mulk la syarikalah

Ketika sampai di Kaabah, baginda mengerjakan Tawaf sebanyak 7 pusingan sambil


mengucup Hajarul Aswad. Setelah selesai bertawaf Nabi bersama rombongannya menuju
ke Bukit Sofa untuk menunaikan Saei.

Firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 158:


       

Maksudnya: Sesungguhnya Safa dan Marwah itu ialah sebahagian daripada syiar agama
Allah.

Ya kawan-kawan,

Sesungguhnya ibadah Haji simbol perpaduan dan kekuatan umat Islam. Contohilah
pemimpin-pemimpin Negara Islam yang bersatu hati menentang pengisytiharan Baitul
Maqdis sebagai ibu Negara Israel.

Pada 8 Zulhijjah baginda bermalam di Mina. Waktu fajar keesokannya baginda bersama
rombongan kaum muslimin berangkat pula ke padang Arafah untuk berwukuf dan
menyampaikan Khutbah terakhir baginda di Lembah Urnah.

ZassMurni MTAQ18
Baginda memulakan khutbah di hadapan ribuan manusia. Dengan sayu baginda berpesan

Marilah bertaqwa kepada Allah


Panduan hidup Quran dan Sunnah
Eratkan persaudaraan sesama ummah
Hak keluarga ditunaikanlah

Jiwa dan harta amanah yang suci


Jauhi riba dan halalkan jual beli
Waspada dengan Syaitan yang keji
Allah jualah tempat kembali

Firman Allah dalam Surah Al A’sr

    


Maksudnya : “dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan
kesabaran.

Ya kawan-kawan

Ingatlah pesan Nabi, nasihat menasihati sesama Islam. Program motivasi pagi, reset minda
dan Khutbah Jumaat di saluran elektronik wadah terbaik menyampaikan pesanan.

Ya kawan-kawan,

Selesai sahaja baginda menyampaikan Khutbah itu, baginda turun dari Al Qiswak, untanya
itu lalu duduk sehingga waktu zohor. Dalam perjalanan menuju ke Sokhrat. Baginda
menyampaikan Firman Allah Taala :

ZassMurni MTAQ18
Di dalam Surah Al Maidah ayat 3

       


    
Maksudnya : “Pada hari ini telah sempurnalah bagi kamu agama kamu dan aku telah
cukupkan nikmatku kepada mu dan aku redhokan Islam menjadi agamamu.”

Saidina Abu Bakar dan Umar Al Khatab berasa bersedih hati, mereka tahu selesai sudah
tugas baginda dan sudah dekat pula Rasulullah hendak menghadap tuhannya.

Setiap yang hidup pasti akan mati. Bencana Ribut Tembin yang berlaku di Filifina pada akhir
tahun lalu telah meragut nyawa dan harta benda.

Terbit fajar 10 Zulhijjah


Baginda pergi melontar Jamrah
63 ekor unta di sembelih sudah
Sepadan dengan usia Rasulullah

Firman Allah dalam Surah Al Hijr ayat 99

     


Maksudnya: “Dan sembahlah tuhanmu sampai datang kepada mu yang diyakini (ajal).

Nabi Muhammad rasul pilihan


Al Quran dan Sunnah jadikan panduan
Haji dan Umrah telah disyariatkan
Saling berpesan jadikan amalan.

Sekian, wabillahi taufiq wa hidayah Assalammualaikum w.w.k

ZassMurni MTAQ18

Anda mungkin juga menyukai