Anda di halaman 1dari 5

HAJI WIDA

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia. Yang dihormati Tuan / Puan Pengerusi
Majlis, Barisan panel hakim yang memegang teraju keadilan, hadirin dan hadirat yang
dirahmati sekalian.

Burung merpati terbang di awan

Membawa bersama buah berangan,

Hijjatul wida saya huraikan,

Moga menjadi ikutan dan pedoman. (pantun)

Hadirin dan hadirat sekalian,

Setiap yang bermula pasti ada pengakhirannya. Begitu juga dengan perjalanan
dakwah Rasulullah S.A.W. Setelah 23 tahun nabi menegakkan syiar Islam telah turun
perintah Allah Taala dalam surah al-Baqarah ayat 196 :

Yang bermaksud : Dan sempurnakanlah Ibadat Haji dan Umrah kerana Allah

Hadirin dan hadirat sekalian,

Haji wida merupakan haji perpisahan ataupun haji terakhir yang dilaksanakan oleh
Rasulullah S.A.W. pada bulan zulkaedah tahun ke sepuluh hijrah bersama 100 000
orang kaum muslimin bertolak dari kota Madinah ke kota Mekah dengan penuh
kegembiraan dan keikhlasan untuk nenunaikan kewajipan ibadah Haji.

Wahai kawan-kawan , marilah kita contohi ketaqwaan para sahabat yang sangat
tinggi walau terpaksa mengharungi padang pasir yang tandus untuk menunaikan haji
sepertimana yang kita lihat pada hari ini puluhan ribu jemaah haji Malaysia yang
menunaikan haji pada setiap tahun.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Selepas daripada itu, Rasulullah S.A.W telah berniat haji dan berihram. Baginda
memulakan ibadah haji dengan memperbanyakkan talbiah , takbir dan tahmid :

Sampai ke kaabah hajar aswad diusap,


Mengelilingi kaabah menunaikan tawaf,
7 keliling telah dilaksanakan,
Lantas baginda menunaikan solat. (syair)

Begitu mulianya peribadi Rasulullah S.A.W yang sentiasa berusaha dan sujud
menyembah Allah Taala serta berpegang teguh kepada perintahNya. Usahlah
mudah terpengaruh dengan maklumat yang tersebar melalui laman sosial yang
begitu bebas mempersenda dan menghina agama walaupun seorang muslim.

Selepas itu ibadat saei ditunaikan,


Dari Safa menuju ke Marwah,
Sampai ke perut lembah antara dua puncak,
Baginda dan Saidina Ali berlari-lari anak. (syair)

Sebagaimana firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah ayat 158 :


Yang bererti : Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian
daripada Syiar (lambang) ugama Allah.

Tahukah sahabat-sahabat sekalian, Ibadah Saei merupakan rentetan peristiwa Siti


Hajar yang berulang alik untuk mencari air kerana anaknya Ismail yang menangis
kehausan. Contohilah penerima Tokoh Ibu Mithali 2013 yang mendidik dan
mengasuh anak-anak dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang walau hidup
dalam kekurangan.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Rasulullah S.A.W dan kaum muslimin menuju ke Mina dan bermalam di sana.
Pada keesokkan hari, tanggal 9 Zulhijjah Baginda telah menyampaikan
khutbahnya yang terakhir di tengah-tengah ribuan manusia.

Al-Quran dan As-Sunnah


Jadikan pedoman
Nescaya dirimu takkan tersesat jalan

Semua umat Islam adalah bersaudara


Rapatkan sillaturrahim sesama kita
Tunaikan hak dan tanggungjawab terhadap keluarga

Amalan riba dan penindasan kita jauhi


Pembunuhan sesama manusia kita hindari
Kerana setiap tindakan akan dipersoalkan di akhirat nanti.

Para sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Setelah selesai ucapan Rasulullah S.A.W kepada orang ramai di Padang Arafah maka,
turunlah firman Allah Taala dalam surah al-Maidah ayat 3 yang berbunyi :



Maksudnya: Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah
cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi
ugama untuk kamu.

Tamatlah sudah khutbah baginda,


Menitis airmata sahabat tercinta,
Merasakan sudah tiba masanya,
Baginda meninggalkan umatnya.
Begitu sayang Nabi kepada ummatnya,
Tidak pernah jemu menasihati kita,
Al-Quran dan as-sunnah jangan dilupa,
Jadikan panduan setiap masa. (pantun)

Kawan-kawan lihatlah betapa sayangnya Rasulullah S.A.W kepada kita ummatnya


sehingga di akhir hayat masih lagi mengingatkan kita. Oleh itu, kita perlu saling
ingat-mengingati sesama kita agar tidak terpesong dalam kehidupan. Ini dapat dilihat
dalam masyarakat kita hari ini begitu ramai golongan remaja yang terpengaruh
dengan anasir luar seperti budaya punk, black metal dan sebagainya.

Merah sungguh buah delima


Cantik dipandang enak dirasa
Ibadah Haji Rukun kelima
Wajib ditunai jangan dilupa.

Sekian , wabillahhitaufikwalhidayah.Assalammualaikun w.b.t

Soalan spontan.

1) Apakah maksud haji wida ?


2) Berapakah jumlah bilangan tawaf yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W?
3) Siapakah yang menemani Rasulullah S.A.W dalam ibadat saei?
4) Berapa ramaikah yang mengikuti rombongan Rasulullah S.A.W menunaikan
ibadat haji?
5) Bilakah berlakunya haji wida?

Anda mungkin juga menyukai