Anda di halaman 1dari 24

Terbitan Unit Penerbitan Pusat Islam Universiti Industri Selangor BIL 2 : 2010/2011 ( NOV-FEB )

Haji , Qurban m.s 4

Hijrah m.s 7

Dilema m.s 9

Koreksi Diri m.s 21

Membangun Modal Insan Secara Holistik

Penaung Datuk Dr. Rosti Bin Saruwono Penasihat Prof. Madya Hj. Zainal Abidin Bin Kidam Tuan Haji Mokhtar bin Haji Ridzwan Editor Ustazah Noor Azzah binti Mohd Yusof Pengarang Ustaz Mohd Fathur Rahman bin Kasdiran Ustaz Abdul Rahman bin Ridewan Ustazah Zahidah binti Mohd Zain Encik Nurdin bin Darman Wartawan & Grafik Encik Mohd Azlizad bin Sulaiman Edaran Ustaz Mohd Sofyan bin Razali Jurufoto Encik Mohd Azlizad bin Sulaiman Penerbit Pusat Islam , Universiti Industri Selangor , Jalan Timur Tambahan , 45600 Batang Berjuntai , Selangor Darul Ehsan . Tel : 03 - 3280 5059 / 5140 / 5132 / 5134 Email :

Tanggungjawab, Erti Pengorbanan & Sebuah Penghijrahan!


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca budiman.. Semoga pembaca sekalian beroleh kesihatan yang baik dan tenang selalu, InsyaAllah Bertemu kita sekali lagi pada keluaran ini, iaitu edisi November 2010 sehingga Februari 2011. Kini, tiba pula giliran saya untuk memberikan muqaddimah secara ringkas tentang edisi kedua. Kali ini risalah Ad-Deen memaparkan isu berkaitan beberapa sejarah besar dalam kalender hijriah iaitu ibadah Haji dan Qurban. Seterusnya memfokuskan konsep penghijrahan sempena bulan Muharram yang akan tiba. Ibadah Haji merupakan satu kewajipan bagi umat Islam yang berkemampuan untuk menunaikannya. Hukumnya adalah wajib disegerakan . Hal ini berdasarkan riwayat dari Ibnu Abbas bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W bersabda :

Cepat-cepatlah kalian menunaikan haji-yakni haji wajib kerana sesungguhnya kamu tidak tahu apa yang akan terjadi padanya. (Hadis riwayat Imam Ahmad bin Hanbal)
Ibadah Haji adalah satu perjalanan yang mendekatkan kita kepada Allah,perjalanan mencari keredhaan dan pengampunanNya serta melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang hamba kepada al-Khaliq. Justeru itu niat yang murni perlu disematkan sejak awal lagi serta membuat persiapan ketika muda dan sihat. Mudah-mudahan Allah permudahkan laluan yang betul untuk kita sampai ke Makkah. Dan dalam bulan Zulhijjah juga disunatkan untuk melakukan ibadah Qurban. Ianya membawa kita mengimbas kembali sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan kasih sayang Nabi Ismail yang berpaksikan ketaqwaan dan ketaatan kepada Allah S.W.T. .Apakah kita telah memahami konsep di sebalik pengorbanan itu? Sesungguhnya ganjaran Allah tidak ternilai bagi hambaNya yang beriman dan sabar. Seiring dengan perubahan zaman, mujahadah diri melawan hawa nafsu dalam memburu keampunan dan keredhaanNya merupakan satu penghijrahan dan pengorbanan yang amat berat ujiannya. Semoga terus istiqamah dalam penghijrahan diri ke arah kebaikan dan meninggalkan yang batil dan berdoalah agar kita sentiasa berada dalam petunjukNya serta dipandu ke jalan yang diredhaiNya, InsyaAllahAminn Ya Rabb.. Salam Mawaddah

Sidang Redaksi Ad-Deen amat mengalu-alukan sumbangan Fakulti / Institusi / Pusat / Bahagian untuk diterbitkan diruangan Ad-Deen. Sumbangan artikel hendaklah berkaitan dengan urusan keilmuan dan aktiviti universiti. Sila hantarkan bahan - bahan tersebut kepada : Pejabat Editor , Pusat Islam Unisel .

Noor Azzah Mohd Yusof Editor


azzah_yusof@unisel.edu.my
ADDEEN BIL.2 - M/S 02

Oleh : Tuan Haji Mokhtar Bin Haji Ridzwan BA (HONS) Syariah & Undang-Undang Azhar Cairo Dip Pendidikan UKM

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ciptaan kepada Allah,

ummat Islam menuju kebangkitan dari kejatuhan yang ummat sedang menderita ketika ini, kerana dengan titik pusat dan prinsip-prinsip itulah dahulunya mampu membina dan membimbing generasi awal daripada para sabahat sehingga mampu meletakkan di atasnya dasar-dasar negara Islam pertama, dan mereka besar telah kepada Islam memberikan pembangunan impak

taat dan ibadah kepada Allah SWT, bersegera kembali kepada Allah dan menghiasi diri dengan akhlak dan perilaku Nabi SAW, serta menjadikannya sebagai lampu yang menerangi dan menyinari jalan hidup kita semua, sebagaimana kita perlu pengorbanan melakukan dan banyak diri menghijrahkan

sebaik-baik

pemimpin dan teladan seluruh ummat manusia, Nabi Muhammad SAW dan keluarganya serta para sahabatnya itu.
Kita sedang berada di musim haji, mengingatkan kita kepada peristiwa besar sejarah hidup dan pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim AS. Tidak berapa lama lagi kita akan memperingati pula perjalanan hijrah Nabi SAW yang penuh berkat, dan saat ingati; ini hal sedang ini berada di bawah bahawa naungannya yang setiap tahun kita selalu menegaskan pengorbanan dan hijrah merupakan satu inspirasi yang tiada hujungnya, bekal yang tidak akan pernah berhenti memberi pengajaran dan ibrah yang selalu kita cari dan perlukan, apalagi pada saat ini kita sedang hidup dalam realiti yang penuh dengan nista, terutama sekali kerana kelemahan dan kemunduran. Sebagaimana maklumi, pengorbanan yang dan kita hijrah

semuanya

setelah

daripada pelbagai perbuatan dosa dan maksiat, dari ketidakadilan, kezaliman dan kehinaan diri.

peradaban

berabad-abad lamanya. Sekiranya kita ingin

Di kesempatan kita menghayati peristiwa Qurban, Pusat Islam UNISEL mengucapkan kesyukuran kepada ALLAH S.W.T dan mengucapkan kepada semua pimpinan mesyuarat tertinggi eksekutif UNISEL UNISEL melalui telah

melakukan kebangkitan sebenarnya untuk ummat ini dan mengembalikan kemuliaan serta posisinya sebagai pemimpin di kalangan ummat seluruhnya, maka kita pelu mengambil banyak pengajaran dari peristiwa korban dan perjalanan hijrah dan berbagai sungguh-sungguh prinsip berusaha untuk dan dengan mempelajari langkah-langkahnya,

menetapkan bahawa semua pelajar muslim berpakaian sopan dan menutup aurat , semasa ini. Semoga keikhlasan menguatkuasakan etika pakaian menutup aurat ini berada di kampus UNISEL berkuatkuasa pada semester 2 2010/2011

prinsip-prinsip ini baik untuk diri sendiri mahupun realiti kehidupan kita. Sekiranya mengembalikan kewibawaan Islam kita kemuliaan serta ingin dan kejayaannya

akan

dipatuhi dengan baik dan tidak kepada

akan wujud prasangka negatif

mana-mana pihak . Sesungguhnya akan lahir nanti generasi pelajar-pelajar kita khususnya pelajar muslim menjadi insan yang

seperti yang telah diraih pada masa sebelumnya maka sudah semestinya kita perlu melengkapkan diri dengan dan sempena panji-panji yang telah diterapkan oleh nabi Muhammad mengambil SAW kesempatan

merupakan titik tolak dan perubahan besar kepada pembentukan negara Islam dan kebangkitannya. Oleh sebab itu, dalam pada kita mengingatinya, kita juga perlu mengambil prinsip-prinsip utama dan titik pusat yang sangat penting sebagaimana yang telah diajarkan oleh al-Mustafa SAW dan dijadikan panduan bagi kehidupan kita semua. Pengorbanan dan hijrah juga dapat dijadikan titik tolak terbesar bagi

Rabbani

Melahirkan

Masyarakat Madani
Penghijrahan Menuju Kepada - NYA... Sesungguhnya ALLAH S.W.T amat mengasihi hamba-hamba-NYA yang ikhlas mendaulatkan syariah NYA Amin Ya Rabbal Alamin..

memperingati peristiwa korban dan pada tahun baru hijriyyah yang akan datang ini dengan lebih banyak bekerja keras dan bersungguh-sungguh serta berjuang untuk membela Islam di semua peringkat dan tingkatannya., meningkatkan amal baik,

ADDEEN BIL.2 - M/S 03

Oleh : Ust. Abdul Rahman Bin Ridewan

Bulan Zulhijjah merupakan bulan di mana terkandung dua peristiwa penting iaitu disyariatkan kepada umat Islam untuk menunaikan ibadah Haji dan ibadah Qurban bagi yang berkemampuan. Ibadah haji adalah merupakan lambang dan penyatuan jiwa dan semangat serta kesatuan akidah dan tujuan hidup kaum muslimin.
Haji adalah merupakan salah satu dari hukum Islam yang lima yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim, lelaki dan perempuan apabila cukup syarat-syaratnya. Menurut jumhur ulama', fardhu Haji mula diwajibkan pada tahun ke enam Hijrah kerana pada tahun itulah turunnya wahyu Allah yang bermaksud: "Dan tunai atau sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah" (Surah Al- Baqarah ayat 196) Dari segi sejarah, ibadah Haji ialah syariat yang dibawa oleh junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W. sebagai membaharui dan menyambung ajaran Nabi Allah Ibrahim A.S. Ibadat Haji mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah, berdasarkan turunnya ayat 97 surah Al-Imran yang bermaksud : " Dan Allah Taala mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepada-Nya dan sesiapa yang kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada sekelian makhluk".

Pada tahun tersebut Rasulullah S.A.W. bersama-sama lebih kurang 1500 orang telah berangkat ke Makkah untuk menunaikan fardhu haji tetapi tidak dapat mengerjakannya kerana telah dihalang oleh kaum Quraisy sehinggalah mewujudkan satu perjanjian yang dinamakan perjanjian Hudaibiah. Perjanjian itu membuka jalan bagi perkembangan Islam di mana pada tahun berikutnya ( Tahun ke-7 Hijrah ), Rasulullah telah mengerjakan Umrah bersama-sama 2000 orang umat Islam. Pada tahun ke-9 Hijrah barulah ibadat Haji dapat dikerjakan d i ma n a R a s u l u l l a h S . A. W . mengarahkan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq mengetuai 300 orang umat Islam mengerjakan haji. RASULLULLAH MENUNAIKAN HAJI S.A.W

Kemudian ke Arafah untuk berwukuf pada 09 Zulhijjah yang jatuhnya pada hari Jumaat. Rasulullah S.A.W telah menyempurnakan semua rukun dan wajib haji hingga 13 Zulhijjah. Dan pada 14 Zulhijjah, Rasulullah S.A.W telah berangkat meninggalkan Makkah Al-Mukarramah menuju balik ke Madinah Al-Munawwarah. Daripada sejarah dan peristiwa ringkas itu cubalah kita teliti betapa Rasulullah S.A.W telah menyempurnakan haji dengan pengorbanan Baginda bersama sahabat-sahabat ya n g b erj ala n d ari M ad ina h Al-Munawwarah ke Makkah Al-Mukarramah selama 9 hari berbanding dengan kita pada hari ini kita hanya menaiki kapal terbang. Haji merupakan perlakuan ibadah umat Islam sebagai tanda kesyukuran dan keimanan kepada Allah SWT bukan yang bersifat kebendaaan atau keduniaan, ianya perjalanan untuk menyatakan tauhid dengan slogan dan laungan kalimah suci, Allahhu Akhbar, Allah Maha Besar, berulang-ulang kali dengan keyakinan dan ketaqwaan, pengakuan yang jelas dan tegas. Pengisytiharan tauhid yang jelas dan laungan yang tegas dan ucapan yang sama ,ianya dilakukan serentak menyebut nama Allah, "Labayk Allah Humma Labbyk, Labbaykka La Syarikalak Labbayk, Innal Hamda Wa al- Ni'mata Laka wa al-Mulk, La Syarikalak", (yang bermaksud):"Aku sambut panggilanMu, Ya Allah. Aku sambut perintahMu. Aku sambut panggilanMu. Sesungguhnya segala puji, nikmat dan seluruh kekuasaan adalah milikMu sendiri. Tiada sekutu bagiMu."

Nabi kita Muhammad S.A.W telah menunaikan fardhu haji sekali sahaja semasa hayatnya. Haji itu dinamakan "Hijjatul Wada'/ Hijjatul B al a g h / H ij j a t u l I sl am a t a u Hijjatuttamam Wal Kamal kerana selepas haji itu tidak berapa lama kemudian baginda pun wafat. Baginda telah berangkat ke Madinatul Munawwarah pada hari Sabtu, 25 Zulkaedah tahun 10 Hijrah bersama isteri dan sahabat-sahabatnya seramai lebih 90,000 orang Islam. Baginda telah menyempurnakan amalan-amalan sunat Ihram, memakai ihram dan berniat ihram di Zulhulaifah, sekarang dikenali dengan nama Bir Ali, 10 km daripada Madinah dan baginda sampai di Makkah pada 04 Zulhijjah setelah mengambil masa 9 hari dalam perjalanan. Baginda berangkat ke Mina pada 08 Zulhijjah dan bermalam di situ.

ADDEEN BIL.2 - M/S 04

Lafaz ini dilaungkan adalah simbolik menentang syirik, kezaliman dan kesesatan yang dilakukan oleh manusia yang tidak mentauhidkan Allah sekaligus meningkatkan keyakinan kepada Allah Yang Maha Esa. Ianya juga merupakan perjuangan dan pengorbanan dalam menempuhi kesulitan demi kesulitan, kekurangan demi kekurangan ketika menunaikan ibadah Haji. Semua yang berlaku ini mendekatkan diri kita kepada Allah seterusnya memantapkan jiwa manusia untuk mewujudkan kesatuan tujuan hidup, yaitu berbakti kepada Yang Maha Esa dan berjuang untuk mencapai keredhaanNya. Ibadah Haji memerlukan tahap fizikal dan spiritual yang tinggi, dari pemakaian ihram yang putih membawa pengertian suci. Orang yang telah melaksanakan haji harus memiliki kebersihan hati. Sesungguhnya hati yang mati dan gelap berasal dari hati yang dikendalikan oleh hawa nafsu. Orang yang berpakaian ihram sama seperti orang yang dikafankan.J elas menun jukkan kepada kita, manusia harus bersedia setiap saat menyongsong kematian ini. Maka Allah telah berfirman sebaik-baiknya bekalan adalah TAQWA. Dan setiap gerakan dalam menunaikan Haji seperti Tawaf, sa,i dan melontar jamrah terkandung rahmat, keinsafan dan kita seharusnya terus berusaha bergerak dan bertindak memperbaiki diri kita dan seterusnya kepada masyarakat. Manakala ibadah Qurban pula bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

Pertama pada zaman Nabi Adam As.


Qurban dilaksanakan oleh putera-puteranya iaitu bernama Qabil dan Habil. Kekayaan yang dimiliki oleh Qabil mewakili kelompok petani, sedang Habil mewakili kelompok penternak. Saat itu sudah mula perintah, siapa yang memiliki harta banyak maka sebahagian hartanya dikeluarkan untuk qurban. Sebagai petani si Qabil mengeluarkan qurbannya dari hasil pertaniannya dan sebagai peternak si Habil mengeluarkan haiwan-haiwan peliharaanya untuk kurban, untuk siapa semua itu diqurbankan, padahal waktu itu manusia belum banyak. Diterangkan dalam sejarah, harta yang diqurbankan itu disimpan di suatu tempat iaitu di Padang Arafah. Baik b uah -b uahan yan g diqurbankan si Qabil maupun haiwan ternak yang diqurbankan si Habil, dari kedua orang tersebut mempunyai sifat berbeza. Si Habil mengeluarkan haiwan diqurbankan dengan tulus ikhlas. Dipilih haiwan yang gemuk dan sihat, dan dia taat terhadap petunjuk ayahnya Nabi Adam.Berbeza dengan si Qabil, Dia memilih buahbuahan yang tidak elok.

"Ceritakan kepada mereka kisah kedua putra Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan qurban, maka diterima dari salah seorang dari meraka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil), Ia berkata : "Aku pasti membunuhmu!" Berkata Habil " Sesungguhnya Allah hanya menerima (kurban) dari orang-orang yang bertakwa". Qurban si Habil di terima Allah SWT kerana dia mengeluarkan sebahagian hartanya yang bagus dan dikeluarkan dengan tulus dan ikhlas. Sementara si Qabil mengeluarkan sebahagian harta yang tidak elok dan terpaksa. Oleh kerana qurban tidak diterima Allah, akhirnya si Qabil menaruh dendam kepada si Habil.

Kedua, pada zaman Nabi Ibrahim As.


Dikisahkan dalam Al-Qur'an surat Ash-Shafaat ayat 100-111 yang menceritakan mengenai qurban dan pengorbanan. Ketika Nabi Ibrahim berusia 100 tahun beliau belum juga dikurniakan putera oleh Allah dan beliau selalu berdoa: Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku seorang anak yang soleh" (Q.S : 37:100) Kemudian dari isterinya yang kedua iaitu Siti Hajar lahirlah seorang putera, ia lahir di tengah-tengah padang pasir yang kemudian dikenali dengan Mekkah. Pada saat Nabi Ibrahim diberi petunjuk oleh Allah, agar meninggalkan isterinya Siti Hajar dengan seorang puteranya dan diperintahkan menemui isterinya yang pertamanya iaitu Siti Sarah yang berada di Yerussalem kota tempat Masjidil Aqsa. Beliau meninggalkan beberapa potong roti dan air untuk Siti Hajar dan Ismail. ADDEEN BIL.2 - M/S 05

Mari kita imbas kembali sejarah qurban itu di mana ianya ada tiga peristiwa iaitu : zaman Nabi Adam (AS) zaman Nabi Ibrahim (AS) dan pada zaman Nabi Muhammad SAW.

Ketika keduanya melaksanakan qurban, ternyata yang habis adalah qurban yang dikeluarkan oleh si Habil sementara buah-buahan yang dikeluarkan si Qabil tetap utuh, tidak berkurang. Hal ini dijelaskan oleh Allah dalam Al-Quran surat AlMaidah ayat 27 :

P ad a wa k t u Si ti Haj ar kehabisan makanan dan air, ia melihat disebelah timur ada air yang ternyata adalah fatamorgana yaitu di Bukit Sofa. Di situ Ismail ditinggalkan dan Siti Hajar naik Kebukit Marwah serta kembali ke Sofa sampai berulang tujuh kali, tapi tidak juga mendapatkan air sampai ai kembali ke Bukit Marwah yang terakhir. Dia merasa bimbang terhadap anaknya kemungkinan Ismail kehausan, kemudian dilihat kaki Ismail bergerak-gerak di atas tanah dan tiba-tiba keluar air dari dalam tanah. Siti Hajar berlari ke bawah sambil berteriak kegirangan :"zami-zami?" tempat itulah yang menjadi telaga Zam-zam. Di situlah Siti Hajar dan Nabi Ismail di padang pasir yang kering kontang yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim dan ditempat itulah Allah SWT. menetapkan ianya sebagai tempat ibadah haji. Allah SWT, berfirman dalam surat Al-Hajj : 27 : "Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan H a ji, ne sca ya a k a n d a ta ng kepadamu dengan berjalan kaki, dan menaiki unta kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh".

Dalam mimpinya ia mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Nabi Ismail dan sampai di Mina beliau menginap, beliau mimpi yang sama. Demikian juga ketika di Arafah malamnya di Mina, masih bermimpi yang sama juga. Betapa ujian Berat kepada Nabi Ibrahim as. Supaya menyembelih putra kesayangannya. Itulah yang dijelaskan dalam surat Ash-Shaffaat ayat 102. Setelah terjadi dialog dengan p uter an ya. Ib rahi m mengaj ak puteranya Nabi Ismail, kira-kira antara ratusan meter dari tempat tinggalnya (Mina), baru lebih kurang 70-80 meter berjalan, syaitan menggoda isterinya Siti Hajar: "Ya Hajar! Apakah benar suamimu yang membawa parang akan menyembelih a na k mu I s ma i l ya n g se d a n g membesar itu?". Akhirnya Siti Hajar, sambil berteriak-teriak: "Ya Ibrahim, ya Ibrahim mahu dibawa kemanakah anakku?" Tapi Nabi Ibrahim tetap melaksanakan perintah Allah SWT, ditempat itulah dimana pada tanggal 10 bulan Dzulhijjah bagi jemaah haji disuruh melontar batu dengan membaca : Bismillahi Allahu Akbar. Hal tersebut mengandung arti bahwa kita melontar syaitan atau sifat-sifat syaitan yang ada di dalam diri kita. Akhirnya tibalah mereka di Jabal Q urban kira-kira 200 meter dari tempat tinggal Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, sebagaimana di firmankan oleh Allah didalam surat ASH-Shaffaat ayat 103-107: "Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis (nya), (nyatalah kesabaran keduanya kamu telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang yang berbuat baik". Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar ".

- Qurban disyariatkan sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Kautsar ayat 2 : Maksudnya : "Maka kerjkanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur". - Allah S.W.T.juga telah berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 : Maksudnya: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yan sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu". - Ibadah Qurban juga diperintahkan sepertimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : "Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu". (Hadis riwayat Tirmidzi) Ibadah Qurban dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT..Ianya lambang ketaatan dan ketaqwaan, serta penyerahan jiwa. Juga merupakan penyucian dari dosa tatkala kita benar-benar ikhlas melakukannya. Iaitu sebagai kifarah bagi pelakunya, sama ada disebabkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan ataupun dengan sebab kecuaiannya dalam menunaikan kewajipan. Seterusnya,qurban juga bersifat persaudaraan kerana mengeratkan hubungan sesama manusia dan mengorbankan sebahagian harta untuk dikongsikan bersama fakir miskin.

Kemudian di Yerusalem ternyata Siti Sarah hamil yang melahirkan seorang putera yang diberi nama Ishak. Nabi Ibrahim diperintahkan lagi oleh Allah untuk kembali ke Mekkah untuk melihat isteri dan anaknya yang pertama iaitu Nabi Ismail, yang rupanya sudah mulai besar. Dalam suatu riwayat kira-kira berusia 6-7 tahun. Sejak dilahirkan sampai besar itu Nabi Ismail menjadi kesayangan. Tiba-tiba Allah memberi ujian kepadanya, sebagaimana firman Allah dalam surat Ash Shaffaat : 102 : "Maka tatkala sampai (pada usia sanggup atau cukup) berusaha bersama Ibrahim, Ibrahim berkata : Hai anakku aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu " Ia menjawab: "hai ayahku lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insyaallah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".

Dan yang ketiga, dalam Zaman Nabi Muhammad SAW.


Masalah qurban diceritakan kembali iaitu di dalam surat Al-Kautsar ayat 1-3 : "Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya nikm a t ya ng b a nyak , Ma ka dirikanlah solat karana Tuhanmu, dan berqurbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus".

ADDEEN BIL.2 - M/S 06

Oleh : Ust. Fathur Rahman Bin Kasdiran

Kehadiran Bulan Muharam sebagai Tahun Baru Hijrah bagi seluruh Umat Islam diseluruh Dunia. Bulan Muharam dianggap bulan mulia dan terpuji. Rasulullah S.A.W sendiri menyebut Bulan Muharam sebagai Bulan Allah.
Dengan perpindahan Tahun baru Hijrah dari tahun 1431 ke Tahun 1432H bermakna umur kita telah meningkat dan jangka hayat kita makin berkurangan. Apa yang diharapkan dalam memasuki Tahun Baru Hijrah ini kita akan menjadi lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Inilah langkah orang bijaksana yang menjadikan masa lampaunya sebagai iktibar untuk pedoman masa akan datang. Firman Allah dalam Surah al-Faatir ayat 37 yang bermaksud, Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberi masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat. Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul yang memberi peringatan/amaran

Pada Tahun Baru Hijrah ini kita perlu bermuhasabah diri, iaitu menilai diri sendiri, membuat sesuatu tindakan yang lebih baik bagi menghadapi masa hadapan. Tujuan utama muhasabah ialah bagi mengetahui kekuatan, ancaman, peluang dan yang lebih pentinga ialah mengenalpasti kelemahan yang wujud, dan pada masa yang sama mengambil tindakan untuk memperbaikinya. Dalam maksud yang lebih luas kita diajak menoleh ke belakang untuk melihat adakah setiap perkara yang dilakukan telah mengikut panduan yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. Muhasabah mengajak kita menggunakan masa dan peluang serta ruang yang ada bagi menilai kembali peranan, tugas dan tanggungjawab kita kepada Allah S.W.T. Apakah kita telah menjadi pembela Islam atau turut sama menghina dan mencela seperti orang kafrir mencelanya? Apakah kita juga turut sama merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti yang nyata bercanggah dengan kehendak syariat Islam? Apakah kita juga turut sama merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti yang nyata bercanggah dengan kehendak syariat, walaupun dalama masa yang sama kita juga melaksanakan aktiviti yang memang selaras dengan tuntutan syariat Islam.

ADDEEN BIL.2 - M/S 07

Kebejatan moral dan merundumnya akhlak remaja kita tidak perlu diperkatakan lagi. Suatu reliti yang harus kita terima. Kefasadan berlaku bukan setakat memalukan, tetapi lebih buruk dari itu. Jika perkara ini berterusan, sudah tentu Umat Islam hilang daya tahan, daya saing, daya juang serta terpinggir dan merempat di negara sendiri. Sesungguhnya tugas umat Islam kini amat besar dan mencabar. Kita perlu menyediakan setu generasi yang kuat, bagi mewarisi tugas menyampaikan wahyu Ilahi. Kita tidak seharusnya meninggalkan generasi umat yang akan datang dalam keadaan yang serba lemah dan tidak mampu menghadapi cabaran. Tidakkah kita merasa bersalah kerana membiarkan mereka sebagai zurriyatan Dhuafak (Anak-anak yang dahif /lemah) mengharungi masa depan tanpa bekalan kekuatan ?. Di sinilah muhasabah menjadi penting dan amat bermakna untuk dilakukan oleh semua. Masih belum terlambat bagi umat Islam hari ini untuk melupakan segala perbedaan pendapat, bangasa, warna kulit, perbezaan fahaman politik dan sebagainya. Sesungguhnya Umat Islam hari ini tidak mempunyai pilihan selain daripada bersatu tenaga, bersatu fikrah dan tujuan, bersatu perasaan dan harapan, keyakinan dan wawasan untuk sama-sama memacu generasi masa kini bagi persediaan kecemerlangan Negara masa hadapan. Marilah kita jadikan hari ini lebih baik daripada semalam, agar kita tergolong dari kalangan orang-orang yang Berjaya di dunia dan di akhirat.

PERISTIWA SEMASA HIJJATUL WADA'


Di masa wukuf terdapat beberapa peristiwa penting yang boleh dijadikan pegangan dan panduan umat Islam telah berlaku, di antara ialah seperti berikut : - Rasulullah S.A.W minum susu di atas unta supaya dilihat oleh orang ramai bahawa hari itu tiada puasa atau tidak sunat berpuasa pada hari wukuf. - Seorang Sahabat jatuh dari binatang tunganggannya lalu mati, Rasulullah S.A.W. menyuruh supaya mayat itu dikafankan dengan 2 kain ihram dan tidak membenarkan kepalanya ditutup atau diwangikan jasad dan kafannya. Sabda Baginda pada ketika itu bahawa " Sahabat itu akan dibangkitkan pada hari kiamat di dalam keadaan berihram dan bertalbiah". - Rasulullah S.A.W. menjawab soalan seorang ahli Najdi yang bertanyakan " Apakah itu Haji ?". Sabdanya yang bermaksud " Haji itu berhenti di Arafah". Siapa tiba di Arafah sebelum naik fajar 10 Zulhijjah maka ia telah melaksanakan haji. - Turunnya ayat suci Al-Quranul Karim surah Al-Maidah yang bermaksud : " Pada hari ini aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku telah cukupkan nikmatku ke atas kamu dan aku telah redha Islam itu menjadi agama untuk kami"

Aminn.

ADDEEN BIL.2 - M/S 08

Oleh : Zahidah Bte Muhd Zain

Kalau dahulu
Seorang anak gadis yang berusia 20 tahun dianggap anak dara tua jika belum berkahwin, tetapi sekarang ini tidak lagi kerana pada usia itu masih ramai yang sedang berada di IPT. Semua ibubapa apabila umur anak perempuannya meningkat 25 tahun dan belum mempunyai teman lelaki mulalah rasa gelisah takut-takut anaknya tak dipinang.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat lelaki yang soleh dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Adakah kualiti atau kuantiti yang menjadi penentunya? Itulah hakikatnya apabila bercerita tentang isu lambat jodoh apatah lagi ada yang sering mengaitkan mereka dengan istilah andartu,anak dara tua, andalusia dan anak dara tidak laku. Saya teringat akan artikel (Free As A Bird? Well -being and Family life Attitudes of Single Young Adults) yang di baca baru-baru ini menyebut bahawa ada 4 jenis golongan membujang. Shoctak (1987) telah mengkategorikan golongan membujang kepada 4 jenis iaitu : Ambivalent , wishful, resolved dan regreteful. Secara ringkasnya Golongan Ambivalent merujuk kepada pilihan individu itu sendiri untuk hidup membujang dan menganggap status belum kahwin ini adalah sementara. Mereka tidak mencari pasangan untuk tujuan berkahwin namun mereka bersikap terbuka terhadap cadangan berkahwin. Mereka ini biasanya terdiri daripada golongan lelaki dan perempuan awal dewasa yang secara aktifnya terlibat dengan pendidikan, karier atau seronok dengan kehidupan masing-masing.
ADDEEN BIL.2 - M/S 09

Golongan kedua adalah kategori Wishful yang merupakan individu yang secara terpaksa hidup membujang dan menganggap pembujangan adalah sementara. Mereka secara aktif mencari pasangan untuk berkahwin tetapi masih gagal. Mereka yang tergolong dalam bujang jenis ini sedar bahawa mereka ingin berkahwin seperti pasangan lain.Dalam kes golongan ini berlaku kerana belum ditemui jodoh yang sesuai.

Istilah perigi mencari timba kadang-kadang membuatkan ramai wanita takut kerana perkara itu agak memalukan.Menurut Ust Zaharuddin Abd Rahman tidak salah bagi wanita untuk menjadi perigi mencari timba apabila wanita berkenan kepada lelaki yang baik. Seperti mana tindakan khadijah yang menggunakan orang tengah dan juga seorang wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada Baginda SAW. Namun satu hakikat yang tidak dapat dinafikan, apabila pihak wanita yang memulakan langkah pertama untuk merisik, masyarakat kita lazimnya akan memandang serong dan menyebarkan tanggapan yang kurang baik. Malah seakan-akan menjadi satu kemestian bahawa hanya pihak lelaki sahaja yang berhak untuk merisik dan meminang. Sebagai wanita kita memang mempunyai hak untuk memilih. Perkahwinan adalah satu ikatan yang suci dan kita mahu perkahwinan tersebut menjadi perkahwinan kita yang pertama dan terakhir.Walau bagaimanapun, janganlah memilih pada perkaraperkara yang tidak sepatutnya. Seperti yang dianjurkan Islam, pilihlah yang beragama kerana jika dipilih itu yang cantik, kecantikan boleh hilang. Begitu juga jika yang dipilih itu ialah kekayaan dan keturunan. Jadi, kalau anjuran agama ini dipatuhi, insyaAllah akan bahagia. Selain itu kita sebagai wanita kalau dapat berkahwin dengan jodoh yang baik kahwinlah walaupun jodoh lambat. Janganlah tuntutan agama ini ditangguhtangguh demi untuk mendapatkan keseronokan hidup membujang yang tidak akan ada penghujungnya. Ikhtiarkanlah melalui saluran-saluran yang baik dan sopan agar jodoh itu dipertemukan mahupun sentiasalah berdoa supaya mendapat jodoh.

Bagi golongan yang ketiga Resolved merujuk kepada golongan individu yang menganggap diri mereka bujang untuk selamanya. Terdapat peratusan yang sangat kecil yang memilih untuk menjadi bujang jenis ini. Mereka lazimnya merupakan para rahib, pendeta atau sami. Dari sudut Islam, tidak ada istilah tidak boleh kahwin malah mereka digalakan berkahwin. Golongan yang terakhir Regreteful merupakan golongan individu yang ingin berkahwin tetapi menganggap bahawa takdir telah menentukan mereka kekal membujang dan tidak berkahwin. Kebanyakan mereka terdiri daripada wanita yang berpendidikan tinggi dan berumur lebih daripada 40 tahun dan mempunyai gaji yang besar. Tidak dinafikan bahawa kahwin awal digalakan bahkan dalam Hadis Rasulullah s.a.w. : Nikah adalah sunnahku, maka barang siapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunnahku itu. (riwayat Abu Yala dari Ibnu Abbas r.a.) Islam adalah agama yang menganjurkan perkahwinan, malah tiada agama yang tidak menganjurkan perkahwinan kerana perkahwinan adalah satu-satunya yang menghalalkan perhubungan untuk membina keluarga dan menambahkan umat manusia. Namun begitu soal jodoh lambat atau kahwin awal itu semua takdir tuhan. Sebenarnya, tidak ada gadis yang sanggup digelar andartu di sebabkan lambat mendapat jodoh. Ada saja suara sumbang yang mengata dan memburukkan golongan ini. Berbagai tohmahan dan ayat yang tidak elok keluar dari mulut orang seterusnya masyarakat setempat dan jiran mula memandang serong akan mereka.

Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik. (Surah al-Anbiya ayat 89).

Ingatlah kita wahai wanita sebaik-baik jalan untuk mendapatkan keredhaanNya ialah sentiasa berusaha mengingati Tuhan yang Maha Esa, berusaha mencari jodoh,berdoa meminta pertolongan dan redha akan musibah yang mendatang...
ADDEEN BIL.2 - M/S 10

Oleh : Pusat Islam

PROGRAM SEHARI BERSAMA TABUNG HAJI


5 Ogos 2010 ( Khamis) Pusat Islam telah menganjurkan Program Sehari Bersama Tabung Haji bertempat di Ruang legar, Bangunan Canselori bermula jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang. Bilangan penyertaan agak menggalakkan, di mana para pelajar dan staf yang mendaftar untuk membuka akaun Tabung Haji seramai 105 orang. Program ini dirasmikan oleh Pengarah Pusat Islam dan seterusnya taklimat Tabung Haji disampaikan oleh Pengurus cawangan Tanjung Karang iaitu Tuan Hj. Syukur Bin sudin. Beliau merupakan seorang yang peramah dan tidak segan untuk berkongsi pengalaman bekerja di Tabung Haji. Beliau juga mengulas lebih lanjut tentang sejarah penubuhan Tabung Haji, prosedur membuka akaun dan latihan kerjaya di Tabung Haji. Selain itu ,Pihak kami juga menjemput wakil agensi Travel Al-Kawsar iaitu Ustaz Yusaini bin Abdullah bersama stafnya untuk memberi penerangan tentang pakej-pakej haji dan umrah yang ditawarkan. Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai perkhidmatan Tabung Haji serta memberi tip-tip berkaitan menabung dan persediaan sebelum menunaikan Haji. Kaunter pendaftaran akaun telah dibuka sepanjang hari,juga disediakan pendaftaran potongan gaji bagi staf untuk simpanan Tabung Haji.

PROGRAM IHYAK RAMADHAN ( 10 OGOS 9 SEPTEMBER 2010)

Sempena ketibaan bulan Ramadhan, Pusat Islam menganjurkan Program Ihyak Ramadhan 1431H di mana terdapat banyak pengisian program dijalankan sepanjang tempoh itu. Antaranya adalah Solat Sunat Tarawih, Tadarus Al-Quran,Tazkirah Ramadhan selepas solat zohor,Seminar Tahsin Al-Quran, Iftar Jamaie (Berbuka puasa beramai-ramai),Majlis Khatam Al-Quran, Iktikaf dan Qiamullail serta Tabung Ihyak Ramadhan. Sambutan program ihyak Ramadhan pada tahun ini meriah seperti biasa. Bagi pelajar inilah peluang mereka untuk berbuka puasa di masjid kerana sepanjang bulan Ramadhan, pihak Masjid telah menyediakan juadah iftar untuk bilangan 250 orang . Bagi Seminar Tahsin Al-Quran, Pusat Islam menjemput para penceramah dari Institut Darul Quran , JAKIM membahaskan tentang tajwid dan bacaan yang betul. Seminar ini dianjurkan dengan kerjasama Fakulti Pendidikan dan Bahasa. Ianya telah dihadiri oleh para pelajar,staf UNISEL dan orang awam. Seterusnya, acara kemuncak program Ihyak Ramadhan adalah pada 26 ogos 2010 di mana 3 program digabungkan iaitu Khatam Al-Quran selepas Asar, diikuti Iftar Jamaie beramai-ramai,Solat Maghrib berjemaah. Sambutan Majlis Khatam al-Quran pada kali ini meriah dengan adanya penyertaan pelajar dari Residen Komuniti Siswa seramai 115 orang. Ini adalah hasil kerjasama Pusat Islam dan Jawatankuasa Fello Residen Komuniti Siswa. Selepas maghrib, diadakan majlis penyampaian sumbangan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr. Rosti bin Saruwono kepada anakanak yatim Kg. Bestari Jaya. Program ini juga dihadiri oleh Top management Unisel seperti Prof. Madya Zainal Abidin Bin Kidam, Prof. Ir. Dr. Mohamed bin Daud dan Datuk Latifah Binti Hassan. Kemudian para jemaah menunaikan solat Isyak bersama dan yang paling istimewa ialah solat Tarawih diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri Selangor iaitu Yang Berbahagia Ustaz Haji Ahmad Mustafa Bin Mohd Sidin Al-Mukriq. Tamat Solat Terawih beliau menyampaikan ceramah sempena Nuzul Al-Quran. Majlis berakhir pada jam 11.00 malam.

ADDEEN BIL.2 - M/S 11

Oleh : Cik Noor Azzah Bte Mohd Yusof

Hadis di atas merujuk kepada keperibadian dan akhlak seorang manusia, iaitu setiap anggota dan perbuatan mempunyai nilai dari sudut agama. Nilai tersebut adalah dengan tujuan kebaikan dan dianggap sadaqah. Sadaqah bukan sahaja dinilai melalui harta benda akan tetapi melalui anggota dan perbuatan. Ianya akan mendapat ganjaran atau pahala dari Allah. Rasulullah menyatakan bagi mereka yang tidak mampu bersedekah dengan harta,mereka juga boleh bersedekah dengan mengerjakan amalan kebaikan sebagaimana yang dianjurkan, sesuai dengan hadis Muslim dari riwayat Jabir :


Tiap-tiap kebajikan adalah sadaqah.

: . .
Dari Abu Hurairah RadiyaLLahu Anh katanya : Telah bersabda Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam : Tiap-tiap anggota daripada manusia sadaqah atasnya pada tiap-tiap hari yang terbit padanya matahari. Engkau berlaku adil antara dua orang yang berbalah, adalah menjadi sadaqah dan engkau menolong seorang lelaki yang mengangkat baginya barangbarangnya ke atas adalah menjadi sadaqah. Dan pada tiap-tiap langkah yang engkau membuang bahaya dari jalan juga menjadi sadaqah.
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Setiap anggota dan perbuatan yang dilakukan untuk kebaikan juga adalah sebagai tanda syukur kepada Allah SWT.

Sebagaimana yang dikata oleh ulama salaf :


Syukur itu meninggalkan segala maksiat.

Syukur dari pengertian Islam bermaksud menggunakan anggota dan nikmat ke arah kebaikan iaitu taat pada perintah Allah dan menjauhi maksiat dengan mencegah anggota lahir dan batin dari melakukannya.

ADDEEN BIL.2 - M/S 12

Sedekah terbahagi kepada 2 perkara iaitu ; 1. Sedekah yang dilakukan kerana diri sendiri.

2.

Sedekah yang dilakukan untuk orang lain.

Iaitu faedah yang diperolehi adalah untuk orang yang melakukannya seperti bertasbih, tahlil, tahmid, takbir, istighfar, membaca al-Quran dan berjalan untuk datang ke masjid. Pada hadis Ibnu Umar, Rasulullah bersabda :

Iaitu manfaat diperolehi oleh orang lain akan tetapi ganjaran bagi orang yang melakukan. Sadaqah seperti ini adalah dengan cara membuat kebaikan atau ihsan kepada orang lain. Menyeru kepada mentaati Allah dan menjauhi laranganNya serta maksiat adalah salah satu bentuk sadaqah untuk orang lain. Ia dikira lebih afdhal berbanding sadaqah dengan harta benda. Segala bentuk kebaikan yang dilakukan oleh orang Islam untuk kebaikan orang lain adalah menjadi sadaqah bagi dirinya walaupun manfaatnya untuk orang lain. Antaranya mengajarkan ilmu yang berguna, menghilangkan bahaya di jalan sama ada duri,kayu, kaca atau pun najis untuk laluan orang lain, menolong orang lain dengan apa saja yang membawa kepada keringanan dari kesusahannya, memberi teguran dan nasihat, manis muka dan senyum kepada rakan apabila bertemu, memberi salam dan menjawabnya, berdoa dan memohon keampunan umat Islam. Begitu juga dengan menanam pokok kemudian dimakan manusia atau binatang dan kebaikan seseorang melanjutkan tempoh pembayaran hutang seseorang kerana kesusahan yang dialami merupakan sadaqah bagi diri orang lain dan manfaat diperolehi bersama di samping dapat mengeratkan persaudaraan sesama insan. Rujukan : Hadis 40 (terjemahan dan syarahan) Mustafa Abdul Rahman, Dewan Pustaka Fajar,2001.

Barangsiapa berkata :

Subhanallah dan Alhamdulillah dan La ilaha illallah dan Allahu Akbar dituliskan kepadanya bagi tiap -tiap huruf itu sebanyak sepuluh kebaikan
Dan pada hadis yang lain bermaksud : bahawa sejak pagi-pagi lagi tiap-tiap anggota salah seorang kamu jadi sadaqah. Maka tiap-tiap tasbih sadaqah,tiap-tiap tahmid sadaqah, tiap-tiap tahlil sadaqah,tiap-tiap takbir sadaqah, suruhan kebaikan sadaqah, mencegah kejahatan sadaqah. Dan memadai dari yang demikian itu oleh dua rakaat solat dhuha yang didirikan.

Hadis di atas menerangkan bagi setiap orang yang berzikir akan memperolehi ganjaran yang banyak. Begitu juga seorang yang menggunakan segala anggota untuk kebaikan dan segala yang diharuskan merupakan amal sadaqah untuk dirinya sendiri. Sesunguhnya ia merupakan suatu kelebihan dan kurnian yang besar dari Allah SWT untuk hambaNya.

ADDEEN BIL.2 - M/S 13

Oleh : Tuan Haji Mokhtar Bin Haji Ridzwan

Hadith Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

Sesungguhnya Allah mengasihi akan hambanya jika ia melakukan sesuatu pekerjaan ,dilakukan dengan tekun.
(Riwayat Baihaqi dari Aishah R.A)

Dari perspektif Islam, kerja adalah satu kegiatan yang dituntut kepada umat Islam melakukannya, hukumnya adalah wajib dengan syarat sesuatu pekerjaan itu diharuskan oleh syarak dan dikategorikan sebagai ibadah di sisi Allah SWT.

Seseorang yang mengamalkan nilai-nilai Islam dalam etika kerja dapat membentuk keperibadian dan kepimpinan yang cemerlang serta mewujudkan satu budaya kerja yang berkualiti, membentuk organisasi yang utuh dan berjaya .Secara tidak langsung akan memberi kepuasan dan meningkatkan motivasi untuk t e r u s b er b a kt i b u ka n s e ka d a r me n c a r i kemewahan,pangkat atau sebagainya tetapi mencari keredhaan dan keberkatan Allah SWT.

Pekerjaan merupakan satu kemuliaan , amanah, tanggungjawab, bahkan ibadah dan jihad serta penerapan nilai-nilai murni ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Islam menekankan konsep keikhlasan dalam pekerjaan serta melakukannya dengan penuh tanggungjawab,tekun dan cekap. Seterusnya pekerjaan yang dilakukan tidak menghalang seseorang itu menunaikan kewajipan kepada Allah SWT. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud : Firman Allah yang bermaksud :

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta kamu dan anak-anak kamu Melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Dan sesiapa yang berlaku begitu, maka Mereka adalah orang-orang yang rugi.
(Surah al-Munafiqun : Ayat 9)

Barangsiapa yang berbuat kebajikan,lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, Nescaya akan kami berikan kepadanya kehidupannya yang baik, dan kepada mereka Akan kami berikan ganjaran pahala yang lebih baik dari apa yang mereka perbuat.
( Surah an-Nahl : 96-97)

PRASANGKA PENGHALANG KEJAYAAN ADDEEN BIL.2 - M/S 14

Oleh : Cik Noor Azzah Bte Mohd Yusof


Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana berlaku peristiwa penting dalam sejarah Islam iaitu kisah penghijrahan Rasulullah S.A.W. RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur. Bagi mengelakkan ancaman dan seksaan kaum Quraish, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda. Dan penghijrahan mereka disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Penduduk Madinah yang baru memeluk Islam gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT. Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.

PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM 1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah). 2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura' antaranya : 1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah. 2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit. 3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan. 4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud. 5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa. 6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara. 7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah. 8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya. 9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam. 10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun. 11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah. 12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar. 13. Hari pertama Allah menciptakan alam. 14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat. 15. Hari pertama Allah menurunkan hujan. 16. Allah menjadikan 'Arasy. 17. Allah menjadikan Luh Mahfuz. 18. Allah menjadikan alam. 19. Allah menjadikan Malaikat Jibril. 20. Nabi Isa diangkat ke langit.

ADDEEN BIL.2 - M/S 15

Kamu hafal nama-nama bulan yang wujud dalam 1 tahun? Sudah pasti jawabnya ya...betul? Buktikan?
Ok..sudah pastinya lancar lidah anda menyebut satu-persatu bermula dari bulan Januari sehinggalah Disember. Ini tidak bermaksud riak ya , apa lah nak dibanggakan sangat jika sekadar tahu menyebut bulan-bulan yang wujud dalam setahun).. Wah, hebat! Tahniah...tahniah kepada anda semua dan untuk aku juga...Boleh dikatakan seiring dan selancar adik-adik atau anak-anak kita menyebutnya. Bukankah begitu? Ok, kita cuba try test lagi... Sebutkan satu persatu bulan-bulan dalam I s l a m ? Pun lancar juga? Wah.. ini sudah dikira h e b a t . . . t a h n i a h ! Aku sendiri pula,kadang-kadang kalau ada orang tanya, "Hari ini berapa haribulan ya kalau ikut calendar Islam?" "Err.." Mulalah aku tergagap-gagap nak menjawabnya.. Apakan tidaknya, setiap hari aku melihat Kalendar Gregorian yang merupakan takwim yang paling banyak digunakan di hampir seluruh dunia. Ia merupakan Kalendar Julian yang telah diubah sedikit. Ia pertama kali diusulkan oleh doktor Aloysius Lilius, dari Napoli, Itali dan dituruti oleh Pope Gregory XIII pada 24 Februari 1582. Uish..baru aku sedar, rupanya selama ini aku menuruti sahaja, adik-adik aku, kawan-kawan aku, cikgucikgi aku...semuanya memang pakai Kalendar Gregorian ni dalam segala hal..susah tu kalau aku nak ajak mereka semua tukar dan guna Kalendar Islam. Agak hebat juga penangan kafir laknatullah meresapi jiwa dan seluruh kehidupan kita dalam mencapai segala agenda mereka...Astaghfirullah.. Aku tak boleh nak salahkan orang-orang yang guna Kalendar Gregorian ni..sebab..erm..secara tak langsung aku sendiri pun guna juga.. Aku rasa..macam nilah..aku cadangkan kepada semua yang baca artikel aku ni (dan jangan lupa ingatkan orang-orang sekeliling kamu juga) dan juga aku sendiri..Apa kata kita try praktikkan kalendar Islam dalam kehidupan seharian kita? Bukankah cara itu lebih berkat? Dalam masa yang sama, memang aku tak nafikan..memang susah kita nak hidup dalam realiti dunia s e k a r a n g n i t a n p a Kalendar Gregorian tu..jadi, nak tak nak..terpaksa jugalah tengok, walau

sebelah mata..Eh..jangan lupa..aku tak paksa..aku cuma mengajak kamu dan mengingatkan diri aku sendiri..Terpulang kepada kamu, sama ada mahu ataupun tidak. Cubalah fikir dalam-dalam, bersusah payah Khalifah Ar-Rasyidin kita yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khattab r.a menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu, dengan Kalendar Islam yang masih wujud sehingga hari ini. Alangkah sedihnya beliau jika mendapati bahawa hari ini Kalendar Islam yang digantikannya itu sekadar tertera pada kalendar sahaja (Itupun dicetak di sudut bawah dengan font yang sangat kecil dan setengah kalendar tiada langsung). Ia tidak dipraktikkan malah kita hanya mengingati tarikh-tarikh tertentu sahaja. Contohnya? Rasanya semua tahu..Yang aku tahu (mungkin kamu semua pun tahu) ialah 1 Syawal (Hari Raya Puasa), 10 Zulhijjah (Hari Raya Haji), 1 Muharram (Maal Hijrah) , 12 Rabiul Awal (Maulidurrasul), 17 Ramadhan (Nuzul Quran) dan mungkin ada lagi. Kalau kamu semua nak tahu, ( Ini berdasarkan pembacaan dan rujukan aku) sebelum ini, di kalangan bangsa Arab sendiri pun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka disebabkan kepelbagaian kalendar itu, Saidina Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan Kalendar / Takwim Islam. Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. "Kenapa Saidina Umar memilih peristiwa ini?" Jika kamu mahu tahu.. jawapannya ialah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu. Aku rasa tepat dan bijak pilihan Saidina Umar itu dan ia juga menyedarkan aku betapa besar ertinya peristiwa Hijrah ini kepada seluruh umat Muhammad S.A.W. Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjidil Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kal endar ter sebut dengan

kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Takwim Islam yang rasmi. Maka, setakat ini...aku rasa lebih jelas tentang permulaan kalendar Islam. Mungkin ada lebih banyak maklumat dan sejarah yang patut aku tahu dan perlu aku kaji supaya aku tahu bagaimana untuk menghayati keindahan Islam dan melaksanakan dengan sempurna segala ajaran agama suci ini. Jadi, sempena Tahun Hijrah atau awal Muharram yang bakal tiba be berapa hari lagi (kala u ikut Kalendar Gregorian tarikhnya ialah 31 Januari 2006) dapat kita hayati sepenuh hati. Lakukan perubahan ke arah yang lebih baik terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat.. Tapi perlu diingat, ianya perlu bermula dari diri kita terlebih dahulu. Selepas itu barulah kita boleh mengubah orang di sekeliling kita. Lakukanlah dan cubalah walau sedikit. Tetapi jangan memaksa diri untuk melakukan perubahan. Biarlah ia datang dari niat yang suci dan dari hati yang ikhlas. Lastly..kamu nak tahu 'hijrah' apa yang aku nak buat kali ini? Sedikit saja, tidak banyak..sebabnya aku rasa ini sahaja yang termampu aku lakukan. Aku takut nak janji banyak-banyak, sebab aku takut nanti, aku akan khianati diri sendiri jika tidak melaksanakannya dan aku takut nanti aku terlupa (sebab manusia memang sifatnya pelupa)-jadi aku bimbang jika aku terlupa nak melaksanakan apa yang aku janji ini hari ini. Jadi..mulai hari ini, apa yang aku nak buat ialah aku nak cuba alert dengan tarikh-tarikh mengikut kalendar Islam (aku sedar selama ini aku hanya guna dan praktikkan kalendar Gregorian ciptaan kafir itu sahaja semata-mata)-alangkah sedihnya. Kamu pula bagaimana? Mungkin ada 'hijrah' yang jauh lebih baik dari aku. Tahniahlah jika begitu..teruskan. Akhir sekali dari aku...Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah. Moga hidup kita lebih dirahmati dan diberkatiNya sepanjang masa.. InsyaAllah. Semoga berjaya dengan 'hijrah' yang bakal kamu lakukan.. :)

posted by

nukilanhati.blogspot.com @ 8:42 PM

ADDEEN BIL.2 - M/S 16

Informasi
Pihak kami menawarkan ruangan iklan dengan bayaran yang berpatutan kepada sesiapa yang berminat untuk memepromosikan barangan,produk dan perkhidmatan. Harga iklan adalah seperti berikut : satu muka surat penuh - RM 50 setengah muka surat - RM 30 suku muka surat - RM 20 Berminat?? Sila hubungi :Ustazah Noor Azzah binti Mohd Yusof Pusat Islam ,Universiti Industri Selangor , Jalan Timur Tambahan , 45600 Batang Berjuntai , Selangor Darul Ehsan .

Pusat Islam
Kursus Pra Perkahwinan akan diadakan pada bulan Januari 2011.Pendaftaran adala digalakkan. Bagi yang berminat sila hubungi pihak kami. Pusat Islam mengalukan alukan sumbangan waqaf buku dan kelengkapan u n t u k mi n i p e r p u s t a k a a n . U n t u k makluman,mini perpustakaan sedang dalam proses penambahbaikan dan penyusunan semula. Program Ibadah Qurban & Aqiqah akan diadakan pada 19hb November 2010 (hari Jumaat) bertempat di Masjid UNISEL. Satu bahagian hanya RM360. Kepada sesiapa yang berminat untuk turut serta dalam bahagian, sila hubungi kami dengan segera.

Iklan Terkini
Dapatkan produk-produk kesihatan,minuman dan penjagaan diri yang berkualiti dari Zhulian. Pilihan terbaik, utamakan kesihatan...
Kami menerima tempahan MUFFIN untuk majlis perkahwinan, sambutan hari raya, kenduri, cenderahati dan sebagainya Jika berminat untuk membuat tempahan sila email zahidahmdz@gmail.com atau tinggalkan pesanan/sms di talian 012-9105464 untuk respon lebih cepat.. Tempahan muffin coklat dari 100 ke atas, hendaklah membuat tempahan lebih awal Senarai Harga Mengikut Tempahan 1. Muffin Coklat 25 biji = RM 6 30 biji = RM 7 50 biji = RM 11 60 biji = RM 12

Bantal Panas Kesihatan Terkini.. Hanya RM35 sahaja..Bantal tahan lama dan disertakan suis kawalan untuk menyelaraskan kepanasan cecair di dalamnya bagi mengelakkan suhu yang berlebihan. Bahan fabric dari bahan anti-kuman,tidak berbau dan diisi dengan cecair berubat. Boleh digunakan untuk mengurangkan sakit di leher, kepala,bahu ,perut , sakit sendi, tergeliat, sakit belakang dan lain-lain lagi. Segala keterangan lanjut/berminat, sila hubungi : Matahati enterprise - 0126343413 atau email ke : nazmy_uk78@yahoo.com

ADDEEN BIL.2 - M/S 17

t s
1 2 7 3

e l
4 8

k a
5

a n
6

PEMBAYANG KATA
9

10 12

11

MELINTANG
7. Singapura 8. Kependekan golongan istimewa 9. Kecerdasan otak 11. Kacang 12. Gelaran al-Farisi 13. Banjir 15. Perjanjian 18. Ringgit 19. Ukuran 20. Kadar 21. Taman haiwan 24. Menggantikan ibadah fardhu yang tertinggal. 25. Benteng pertahanan 27. Kaedah 30. Mas kahwin 33. Penjodoh bilangan

16 13 14 18 20 A 22 24 26 27 30 31 33 35 32 28 29 23 25 21 15 19 17

Syarat dan peraturan: Peraduan adalah terbuka kepada pembaca Risalah Ad-Deen yang terdiri daripada pelajar UNISEL sahaja. Tarikh tutup Penyertaan adalah pada 28 Januari 2011. Sebarang penyertaan selepas tarikh tersebut adalah ditolak. Penyertaan mestilah menggunakan borang asal dan pastikan diisi dengan lengkap. Pemenang adalah dikira apabila menjawab semua petak dengan betul. Sekiranya tiada pemenang, jawapan yang hampir akan diterima sebagai pemenang. Keputusan adalah muktamad, cabutan akan dibuat sekiranya terdapat lebih daripada seorang pemenang.

KE BAWAH
1. 2. 3. 4. 5. 6. 10. 14. 16. 17. 22. 23. 26. 28. 29. 31. Introspeksi Pendapat Huruf Jawi Tiang Agama Ganti nama diri pertama Dalil dari Al-Quran dan Hadis Rukhsah solat Hak Penjagaan Anak Fahaman Faedah Pelekat Berbuka Puasa Kecewa Tidak kekal Bang Wujud

BORANG PERADUAN TEKASILANGKATA SIRI (01) Nama : _______________________________________________________________________ No.Pelajar : ________________________________ Umur : ____________________________ Fakulti : _______________________________________________________________________ No. Tel : ________________________________ E-mel : ______________________________
Risalah Ad-Deen/Pusat Islam

ADDEEN BIL.2 - M/S 18

Oleh : Cik Noor Azzah Bte Mohd Yusof

Pengalaman Guru yang sangat berkesan. Ianya boleh menjadi satu memori yang indah atau memori hitam yang menyakitkan. Apa yang sedang kita alami sekarang, sebentar lagi akan menjadi pengalaman. Setiap hari kita menimba pengalaman baru,meneroka alam kehidupan yang penuh dengan ujian,rintangan dan pengajaran. Tiada yang terkecuali.
Pengalaman sahaja tidak cukup untuk menjadikan kita lebih baik sekiranya kita tidak mengambil pengajaran dari apa yang berlaku. Malahan pengalaman juga akan membawa kita ke dalam kehidupan yang penuh kerisauan, ketakutan, kebimbangan dan kekeliruan. Kita menjadi buntu dan takut melangkah ke hadapan kerana pengalaman silam cukup memedihkan. Apabila kita mengalami hal sedemikian dan tidak kuat untuk keluar dari pola pemikiran tersebut, sedarilah sesungguhnya kita sedang dibelenggu pengalaman! Sedar atau tidak, pengalaman memberikan kesan yang besar dalam kehidupan kita. Impak daripada pengalaman bergantung kepada respons atau tindak balas kita terhadap pengalaman tersebut. Sepedih mana pun pengalaman pasti bermakna bagi mereka yang mengambil pengajaran daripadanya. Sebaliknya, semanis mana pun pengalaman tidak akan ada harganya bagi orang yang tidak pernah mahu berubah menjadi lebih baik. Contohnya, kegagalan dalam hidup boleh jadi membuatkan seseorang semakin gigih untuk mengecap kejayaan,mungkin juga ada yang semakin takut menghadapi ujian disebabkan kegagalan yang pernah dilalui.

Situasinya sama, akan tetapi kesannya berbeza. Itulah risiko yang harus kita hadapi. Jangan sampai pengalaman itu membuatkan kita terperosok dalam hidup yang penuh penyesalan tiada kesudahan akhirnya.
Silakan! Silakan jika kita ingin menyalahkan persekitaran, situasi dan fenomena. Punca utama ialah diri sendiri sebelum persekitaran. Cuba kita renungkan, berapa banyak pengalaman yang telah melonjakkan kita lebih baik? Dan berapa banyak pula pengalaman yang menolak kita ke belakang untuk sentiasa pasif dalam kehidupan? Fikirkan! Jangan biarkan belenggu itu menguasai kita! Bagaimana caranya agar kita boleh belajar daripada setiap pengalaman yang kita lalui dan menjadikan sebagai peransang kepada kehidupan yang lebih baik?

Jadilah orang yang positif! Mengapa perlu masa silam menjadi dinding untuk kita terus maju ke hadapan? Adakah kita terlalu lemah sehingga hidup kita terkongkong dalam pengalaman yang meletakkan kita pada tahap pemikiran statik dan tidak produktif? Apakah segala yang Allah uji kepada kita bertujuan untuk menolak kita ke belakang dan menghalang kita untuk terus melaksanakan perintahnya dengan penuh bersemangat dan bertenaga? Jangan kita selalu menyalahkan takdir sedangkan permasalahan sebenar adalah dalam diri kita! Islam tidak pernah mengajar umatnya menjadi lemah dan takut serta sering mencari alasan. Akan tetapi Islam menyuruh kita menerobos ke dalam hati dan diri sendiri dan menjadi lebih baik. -Olahan dan edit oleh : Nazmy (sumber dari- iluvIslam.com)

ADDEEN BIL.2 - M/S 19

Oleh : Cik Noor Azzah Bte Mohd Yusof

pengampunan Allah biar sebesar mana dosa kita. Jangan biarkan taubat itu tersisih di pinggiran hati lantas hilang sebelum sempat ia memasuki hati.
Namun, dalam satu sudut yang lain, kita tidak harus leka dan berangan-angan akan Rahmat Allah lantas selesa dengan berbuat dosa. Kita memujuk hati dengan mengatakan Allah itu kan Maha Pengampun,jadi tak ada masalah berbuat dosa berkalikali. Anggapan yang sebegini akan menjerumuskan kita lebih jauh dalam kemaksiatan sehingga semakin sukar untuk kita kembali. Maka, jangan tunggu dosa itu bermukim dan semakin menggelapkan hati. Tatkala kita terdetik untuk bertaubat,teruskanlah taubat itu dan jangan tangguhkan atau lengah-lengahkannya. Setiap kali kita tergelincir, bertaubatlah.

Ketika.
kita sedang membaca tulisan ini,apakah dosa terakhir yang kita lakukan sebelum ini? Dalam masa sesaat, seminit, sejam, sehari, seminggu, sebulan dan seterusnya sebelum ini, apakah kita telah melaluinya tanpa sebarang dosa pun yang terpalit di hati?

Hakikatnya, kita semua pasti t e l a h me l a k u k a n d o sa ,d ar ip ad a sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besar dosa. Sebaik baik manusia adalah apabila melakukan dosa, mereka bertaubat. Adakah kita termasuk dalam golongan ini? Seberat mana maksiat yang kita lakukan,kita pasti membencinya dan tatkala kembali merenung dan bermuhasabah sendirian. Pasti kita akan merasa menyesal teramat sangat atas apa yang telah kita lakukan. Itulah fitrah yang Allah ciptakan dalam diri kita.Bukannya kita tidak merasa menyesal, tetapi kita selalu menolak rasa penyesalan dan masih memenangkan kemaksiatan.Kita ingin bertaubat dengan sebenar-benarnya, namun perasaan ingin bertaubat itu tersisih di pinggiran hati. Walaupun begitu, Allah memahami kita lebih

daripada kita memahami diri sendiri.Allah itu terlalu besar pengampunannya buat hamba-hamba-Nya. Namun kita selalu bongkak dan merasa bahawa dosa kita itu lebih besar daripada rahmat Allah dan tidak mungkin terampun.
Sombong! Itulah manusia yang tidak mahu kembali kepada Allah. Lalu kita berputus asa daripada menagih keampunan dan Rahmat Allah kerana dibohongi perasaan sendiri, dipalingkan oleh syaitan, dikuasai oleh ego. Kita mengeluh sendirian ah, aku terlalu berdosa, tak mungkin aku dapat kembali ke jalan yang lurus,seolah-olah kita itu lemah dan patut dikasihani, namun sebenarnya kita itu sombong dan angkuh terhadap Allah! Sedarkah kita? Itu satu sudut pandangan bagi mereka yang berdosa, semoga kita

Jangan biarkan taubat itu tersisih di pinggiran hati,masukkanlah ia ke dalam hati dan laluilah jalan yang diredhai-Nya. Fikirkanlah! Seandainya nyawa kita terpisah dari jasad sebelum kita sempat
Sudah pasti Allah mendengar rayuan dan menerima taubat setiap hamba-Nya yang ikhlas dan lahir hati dan menyedari keagungan-Nya. Rebutlah peluang selagi masih ada hayat. Mudah-mudahan Allah tidak menyisihkan kita di hari perhitungan di pinggiran bahkan di jurang api neraka. Naudzubillah! Marilah kita lakukan penghijrahan, muhasabah diri dan memohon maghfirah dan keredhaanNya.
-Olahan dan edit oleh : Nazmy (sumberiluv.Islam.com)

tidak terjerumus ke dalam tipu daya syaitan yang menghalang kita daripada mengharapkan

ADDEEN BIL.2 - M/S 20

Oleh : Cik Norr Azzah Bte Mohd Yusof

pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor. Dan kembali dia minta maaf pada si tukang air atas kegagalannya. Si tukang air berkata kepada tempayan itu, Apakah kamu memperhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan di sisimu tetapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang utuh? Itu kerana aku selalu menyedari cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu. Dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bungabunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang. Pernahkah anda membaca cerita ini : Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua hujung suatu pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya. Satu daripada tempayan itu retak sedangkan tempayan yang satu lagi tidak. Jika tempayan yang utuh itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan retak itu hanya dapat membawa air setengah penuh. Selama dua tahun hal itu terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang utuh berasa bangga akan prestasinya kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun, si tempayan retak yang malang itu malu sekali akan ketidaksempurnaannya dan sedih sebab ia hanya dapat memberi setengah dari bahagian yang seharusnya. Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata pada si tukang air, Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu. Kenapa kamu berasa malu? tanya si tukang air. Saya hanya mampu selama dua tahun ini membawa setengah bahagian air dari yang sepatutnya saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya yang membuatkan air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju ke rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi, kata tempayan itu. Si tukang air berasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya ia berkata, Jika kita kembali ke rumah majikan esok, aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan. Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memperhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun
(Dipetik daripada Mingguan Malaysia Kesihatan, 1 Julai 2007, m/s 9)

Hikmah Kehidupan dan Hala Tuju Setiap sesuatu yang Allah jadikan di alam ini ada tujuannya tersendiri..Di samping memberi manfaat kepada manusia, ia juga merupakan tamsilan yang paling hampir dalam kehidupan kita..Hanya yang betul-betul menghayati dan bijak mentafsir akan memperolehi sesuatu yang cukup bermakna. Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita,susah mahupun senang,bahagia ataupun pun sengsara,semua itu bersebab dan tidak sia -sia. Ada kebaikan dan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah bagi mereka yang sabar dan beriman kepadaNya. Maksud firman Allah SWT dalam al -Quran : Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi , dan apa yang ada antara keduanya tanpa hikmah ( Surah Shaad : 27)
ADDEEN BIL.2 - M/S 21

Kisah yang kita baca ini adalah sebahagian daripada maksud sebenar sebuah kehidupan manusia. Allah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian iaitu dengan nikmat akal agar mereka boleh pelajari di sebalik kisah dan kejadian yang berlaku dalam kehidupan. Begitu juga dapat pengajaran dari al- Quran dan Hadis. Setiap manusia adalah sebagai khalifah untuk mentadbir dan memakmurkan bumi selaras dengan hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Islam. Manusia dijadikan saling memerlukan dan saling melengkapi iaitu masing-masing mempunyai kekuatan atau kelebihan dan mereka juga mempunyai kekurangan. Begitu juga seperti kisah Si Tukang Air yang mempunyai tempayan yang utuh dan retak. Kita andaikan Tempayan Retak adalah kelemahan diri ,manakala Tempayan Utuh sebagai kekuatan dan kelebihan diri. Walaupun Si Tukang Air tahu tentang Tempayan Retak,dia tidak pernah berputus asa. Sebaliknya dia tetap menggunakan Tempayan Retak tetapi pada masa yang sama dapat memberi pelbagai manfaat dan menggembirakan orang lain. Apa yang dapat kita dapat pelajari bagaimana untuk mengatasi kelemahan diri..Ancaman yang sebenar adalah datang dari diri sendiri. Ini adalah kerana tanpa Iman dan Ehsan diri mudah dikuasai oleh nafsu. Sekiranya kita dapat melawan nafsu, maka tenang dan tenteram lah jiwa kita. Ujian atau ancaman datang dengan pelbagai rupa. Apa yang penting adalah kesediaan diri dalam menerima apa jua yang berlaku dalam kehidupan. Jika kita bersedia ,segalanya berjalan dengan baik. Jika salah membuat keputusan ,maka kita akan tersasar. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud :

Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan(alQuran)mereka , tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu. (Surah alMukminun : 71)
Kita dapat mengenali diri seandainya kita mengenali al-Khaliq (Maha Pencipta). Dan kita akan mensyukuri nikmat yang ada dan lebih dekat dengan Allah. Ibadah yang kita lakukan adalah sebagai tanda syukur kepada-Nya. Walaubagaimana pun kita seringkali alpa dan leka. Apa yang kita perolehi masih lagi tidak mencukupi. Ini disebabkan kita sentiasa tewas dengan hasutan nafsu sehingga mempersiakan peluang dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Sesungguhnya setiap amanah yang diberikan ada keberkatan di sebaliknya. Di sebalik kisah Si Tukang Air tersirat konsep SABAR yang perlu kita teladani. Maksud firman Allah SWT : Dan Allah menyintai orang-orang yang sabar(Surah Ali Imran : 146) Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar (Surah al-Baqarah : 153) Di dalam sepotong hadith yang panjang riwayat Muslim, Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam pernah bersabda: Dan sabar itu sinar seperti mentari Menurut Ustaz Hasrizal Abd. Jamil, Ulama telah merumuskan sabar itu diibaratkan seperti matahari kerana dua perkara. Pertamanya, matahari itu sumber kehidupan. Sama seperti sabar yang menjadi sumber kepada kebaikan. Sabar dalam ibadat, sabar dalam taat, sabar menahan diri dari-

pada maksiat, sabar dalam musibah dan sabar dalam nikmat, semua itu menjadi sumber untuk melimpahkan pelbagai kebaikan yang lain. Sebab kedua, untuk sabar dan menghasilkan kebaikan seperti khasiat matahari, diri kita terbakar panas. Kesimpulannya dapat kita lihat bahawa, di sebalik sesuatu dugaan dan ujian yang kita lalui sebenarnya mematangkan diri kita. Ujian tersebut adalah latihan dan pengalaman yang menjadikan kita seorang yang hebat. Belajar bertolak ansur dengan keadaan akhirnya menjadi seorang yang lebih cekal, tabah, tenang dan berjaya.

Setiap manusia adalah sebagai khalifah untuk mentadbir dan memakmurkan bumi selaras dengan hukumhukum yang telah ditetapkan oleh Islam
Keteguhan jati diri dalam menempuhi dunia yang realitinya penuh rintangan dengan perpandukan al-Quran dan Hadis akan menjadikan seseorang itu lebih sabar dan bersyukur . Apa yang berlaku dalam realiti kehidupan, kita tidak akan sentiasa memperolehi apa yang kita inginkan. Oleh sebab itu, kita perlu belajar untuk menerima apa yang kita perolehi dan bagaimana cara kita menangani keadaan atau sesuatu perkara itu bergantung kepada sejauh mana persediaan, kebijaksanaan dan perspektif kita tentang kehidupan.. Marilah kita sama-sama menerapkan nilai-nilai Islam ,berfikiran positif, menerobos dalam hati dan koreksi diri serta membina jati diri. Sesungguhnya tiada kemanisan tanpa kepahitan, dugaan dan ujian adalah asam garam warna-warni kehidupan.
ADDEEN BIL.2 - M/S 22

Andaikata kebenaran itu menurut hawa nafsu mereka,pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya.

1.

Apakah perbezaan antara sedekah dengan hadiah?

Jawapan : Sedekah dalam bahasa kita adalah derma. Ia adalah ibadah yang dituntut oleh Islam secara sukarela ke atas penganutnya lebih-lebih lagi kepada mereka yang kaya sebagai tanda kesyukuran pada nikmat yang dikurniakan oleh Allah. Sedekah ialah pengorbanan ataupun pemberian yang dilakukan oleh seorang Muslim kepada seorang yang lain dengan tujuan kerana Allah di samping menolong dan membantu orang yang susah dan yang memerlukan pertolongan. Manakala hadiah adalah pemberian dilakukan oleh seseorang kepada orang lain dengan tujuan memberi penghormatan. Bagaimana pun keduadua amalan itu digalakkan oleh agama Islam. Nabi Muhammad SAW menjelaskan dalam hadisnya yang bermaksud : Bertukarlah hadiah antara kamu, pasti timbul kasih syang dan bermaaf-maafanlah, pasti terhapus dengki di kalangan kamu.

2. Apabila ibubapa meninggal dunia, bolehkah kita bersedekah untuknya? Jawapan : Memang boleh..Mudah-mudahan sampai pahala kepada mereka. Ini berdasarkan hadis yang bermaksud : Ibnu Abbas melaporkan, seorang lelaki bertanya, Wahai utusan Allah, ibu saya sudah meninggal duni,adakah beliau mendapat mafaat sekiranya saya bersedekah atas nama beliau? Nabi Muhammad menjawab : Ya, boleh. Kemudian lelaki itu berkata saya ada sebuah kebun. Dengan bersaksikanmu, saya sedekahkan kebun itu.

3. Apakah harta yang paling baik dijadikan sedekah? Jawapan : harta benda yang sebaik-baiknya disedekahkan atau didermakan menurut al-Quran adalah harta yang disayanginya. Allah menyatakan dalam surah al-Baqarah ayat 177 : dan dermakanlah harta yang disayangi kepada kaum keluarga. Dalam surah Ali Imran, ayat 92, Allah berpesan : Kamu tidak akan mendapat kebaikan sehingga kamu mendermakan sebahagian daripada Apa yang kamu sayangi.

EDISI KEMAS KINI DATO DR. HARON DIN MENJAWAB PERSOALAN FIKRAH HARIAN, BERSAMA ISHAK DIN & ABU HASSAN DIN,TERBITAN PTS MILLENNIA SDN.BHD.(2009).

ADDEEN BIL.2 - M/S 23

Anda mungkin juga menyukai