Anda di halaman 1dari 17

TEKS BERCERITA

MTQ 2019
KATEGORI LELAKI

1
(1)
PERISTIWA
NUZUL AL-QURAN

2
TEKS

Awal bismillah mula bicara


Assalamualaikum pembuka cerita
Peristiwa Nuzul Quran akan kucerita
Jadikan teladan kita bersama [Pantun]

Terima kasih pengacara majlis. Yang dihormati barisan panel hakim yang arif
lagi bijaksana, guru-guru , seterusnya rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Gua Hirak terletak di Jabal Nur,


5 km dari Masjidil-Haram,
Tinggi puncak sekitar 200 m
Tempat terpencil tiada berpenghuni (sajak)

Pada saat usia hampir 40 tahun, Nabi Muhammad S.A.W suka mengasingkan
diri kerana bingung mengenangkan masyarakat Arab yang hidup
bergelumang dengan maksiat dan dosa.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu dia memberikan
petunjuk.”

(Potongan ayat 7 : Surah Ad Dhuha)

Maka, Nabi Muhammad s.a.w diberikan petunjuk melalui mimpi supaya


mendekatkan diri dengan Allah S.W.T. Dengan cara ini sajalah, Allah dapat
mempertahankan iman baginda. Lantas Rasulullah beribadah di Gua Hira’
dengan penuh keikhlasan, mengasingkan diri untuk mencari ketenangan
daripada masyarakat Arab yang sesat dan tidak bermoral itu dengan hanya
berbekalkan roti sahaja. Baginda juga, sering memikirkan keagungan Pencipta
alam ini.

Ya kawan-kawan...
Ciri-ciri masyarakat jahilliyah pada masa itu, kini semakin menular dengan
hebat pada masa sekarang. Gejala keruntuhan moral seperti berzina,
membuang dan membunuh anak, menjadi nanah di dalam masyarakat Islam.
Sungguh menyedihkan. Maka ayuhlah umat Islam ikutilah firman Allah ini yang
bermaksud:

3
“Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah
kamu kepada Rasulullah.”

(Potongan ayat 59 : Surah An Nisa’)

Berulang alik beribadat


Diberi bekalan makanan
Khadijah isteri yang taat
Menjadi contoh dan teladan [Nasyid Selawat]

Sidang pendengar budiman,

Akhirnya, pada malam 17 Ramadhan 610 Masihi, datanglah Malaikat Jibril yang
menyerupai seorang lelaki lantas berkata: “BACALAH WAHAI MUHAMMAD!”

Baginda ketakutan dan menjawab: “Aku tidak tahu membaca!!!”. Malaikat


Jibril mengulanginya sebanyak 3 kali. Rasulullah tetap menjawab: “Aku tidak
tahu membaca!!!”. Maka Malaikat Jibril terus memeluk baginda dan
membacakan ayat 1 hingga 5 surah Al-Alaq. Nabi Muhammad S.A.W pun
mengikuti bacaan malaikat Jibril seperti firman Allah yang bermaksud:

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan. Dia


Telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah
yang Maha pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam Dia
mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya”.

Ya kawan-kawan,
Bermula pengistiharan “IQRA’” oleh Malaikat Jibril, sejarah manusia berubah
wajah. Banyak kemajuan sains, teknologi dan sebagainya adalah bersumber
daripada usaha-usaha awal umat Islam yang digerakkan dari wahyu pertama
ini. Oleh itu, amalkanlah amalan membaca. Bak kata pujangga “Membaca itu
jambatan ilmu dan Ilmu itu pelita hidup”. Ilmulah menjadikan kita umat yang
bijakpandai dan berjaya di dalam kehidupan.

Menggeletar ketakutan jasad baginda


Kembali ke rumah bertemu isterinya
Diselimutkan baginda dengan segera
Lantas ditenangkan cemas yang melanda [Syair]

4
Setelah mendengar penjelasan suami tercinta, Khadijah menenangkan
baginda dengan kata-kata yang lemah lembut dan penuh kasih sayang.
Khadijah terus menyarankan baginda berjumpa dengan sepupunya Waraqah
bin Naufal untuk mendapatkan penjelasan yang sebenarnya. Sesuai dengan
kata pepatah “malu bertanya sesat jalan”.

Waraqah pun berkata: “Demi Tuhan, sesungguhnya engkau adalah Nabi


kepada umat ini. Sesungguhnya jika aku masih hidup di waktu itu, nescaya
akulah orang yang pertama menolongmu daripada orang-orang
memusuhimu,.” Waraqah menjelaskan, peristiwa itu merupakan tanda bahawa
Rasulullah s.a.w telah dipilih oleh Allah s.w.t sebagai seorang Nabi dan Rasul
untuk menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh umat manusia.

Ya sahabatku sekalian,
Kata-kata lemah lembut isteri tercinta telah membuatkan hati baginda tenang.
Sifat isteri solehah dan keibuan Ummu mukminin Saidatina Khadijah adalah
contoh terbaik Ibu Mithali yang mempunyai sifat seperti amanah, lemah lembut,
cergas, dermawan dan menjaga rahsia.

Firman Allah yang bermaksud :

“Maka perempuan-perempuan Yang soleh itu ialah Yang taat (kepada Allah
dan suaminya), dan Yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua Yang
wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama.”

(Potongan ayat 34 : Surah An Nisa’)

Mendengar kata-kata Waraqah itu, maka tenanglah hati Khadijah. Selepas


peristiwa itu,,Nabi Muhammad s.a.w dilantik menjadi rasul dan berdakwah
kepada umat manusia. Rasulullah menjadi rahmat kepada semesta alam.

Firman Allah lagi yang bermaksud :

“Dan tiadalah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi
semesta alam.”

(Potongan ayat 107 : Surah Al Anbia)

Allah s.w.t telah mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi dan Rasul
terakhir mengajar manusia dan jin ke jalan yang benar dan seterusnya
pembawa rahmat ke seluruh alam.

5
Namun, kawan-kawan semua,
Pada masa kini. Ada juga yang murtad dari agama Islam dan mengamalkan
ajaran sesat seperti ajaran fahaman “Syiah”. Justeru itu, Kita wajib yakin
sepenuh hati bahawa Rasulullah s.a.w adalah nabi akhir zaman. Kita hendaklah
bersyukur kerana negara kita menjadikan agama Islam aliran ahli sunnah
waljamaah sebagai agama rasmi.

Untuk mengakhiri cerita saya ini, marilah kita sama-sama beriman kepada Allah
s..w.t dan mengamalkan ajaran Islam dan meninggalkan segala larangan Allah
s.w.t. Moga kita menjadi insan yang masuk ke dalam syurga Allah s.w.t kelak.

Bacalah,
Sebutlah dengan nama
Tuhan yang menciptakan
Kejadian di dunia

Bacalah,
Tulislah dengan pena
Wahyu yang diutuskan
Risalah kebenaran untuk insan [Nasyid IQRA’ : Rabbani]

Nun di sana indahnya pelita


Sambil berjalan cahaya tersebar
Akhir kata tamatlah cerita
Ambil pengajaran jadikan iktibar [Pantun]

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Terima kasih.

CONTOH SOALAN SPONTAN PERISTIWA NUZUL AL-QURAN

1. Rasulullah mengasingkan diri daripada masyarakat jahiliyah untuk


mencari hakikat pencipta alam semesta ini. Nyatakan 2 cara lain bagi
anda sebagai seorang pelajar untuk mencari ketenangan semasa
belajar.

2. Wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah adalah menyuruh


baginda membaca. Sebutkan 2 faedah yang kita dapat daripada
mengamalkan budaya membaca.

6
(2)
MUKJIZAT NABI SALEH A.S.

7
TEKS

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....


Terima kasih pengacara majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana serta hadirin
dan hadirat yang dihormati sekalian.

Lafaz Bismillah awal bicara


Moga diberkati Yang Maha Esa ( pantun )
Mukjizat Nabi Saleh tajuk cerita
Sebagai pedoman kita bersama

Hadirin sekalian,

Kaum Tsamud penyembah berhala,


Tidak percaya pada Yang Esa, (pantun)
Usaha Nabi Saleh sedaya upaya,
Agar Umatnya tidak terleka.

Maka bermulalah dakwah Nabi Saleh a.s kepada kaumnya supaya segera
meninggalkan penyembahan berhala-berhala itu dan kembali beriman
kepada Allah yang Maha Kuasa.

Nabi Saleh berkata kepada kaumnya :

“Wahai kaumku! sembahlah Allah, tiada Tuhan bagimu selain Dia "
(Potongan ayat 61 : Surah Hud)

Namun begitu, mereka terus lalai dengan kemewahan yang dikecapi


sehinggakan seruan Nabi Saleh a.s tidak diendahkan. Bahkan sanggup
melemparkan kata-kata “Kalau engkau boleh mendatangkan mukjizat, maka

8
engkau benar-benar seorang Nabi. Kalau tidak, engkau adalah seorang
pembohong”.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Janganlah kita mempersendakan Nabi sepertimana yang dilakukan oleh


wartawan akhbar Charlie Hebdo yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini
dengan menyiarkan karikatur Nabi Muhammad s.a.w. Tindakan mereka telah
menyebabkan berlakunya serangan bom ke atas premis akhbar tersebut.

Kawan-kawan,

Allah swt telah memperkenankan doa Nabi Saleh a.s dengan mengirimkan
seekor unta betina. Firman Allah swt yang bermaksud :

"Hai kaumku, inilah unta betina dari Allah sebagai mukjizat (yang menunjukkan
kebenaran) untukmu, sebab itu biarkanlah dia, makan di bumi Allah, dan
janganlah kamu mengganggunya dengan gangguan apa pun yang akan
menyebabkan kamu ditimpa azab yang dekat."

(Potongan ayat 64 : Surah Hud)

Ya Kawan-kawan,

Kemukjizatan unta Nabi Saleh a.s amat terserlah, kehadirannya membuatkan


unta-unta lain beralah. Begitulah agungnya kekuasaan Allah. Pemilik unta yang
lain merasa resah, unta Nabi Saleh dianggap gagah. Rasa dengki dan irihati
berbaur marah.

Kawan-kawan dan hadirin sekalian,

Sesungguhnya sifat dengki itu membawa kemusnahan. Jika melihat ke dalam


masyarakat kita sekarang, betapa banyaknya kes yang disebabkan oleh sifat
9
hasad dengki dan cemburu. Contohnya, kejadian ngeri yang dilakukan oleh
penyimbah asid upahan ke atas seorang peniaga emas di Pasir Mas Kelantan
baru-baru ini jelas menunjukkan betapa dahsyatnya kesan sifat hasad dengki
yang melampau.

Hadirin sekalian,

Kaum Tsamud mengatur rancangan,


Unta Nabi Saleh jadi sasaran,
Wanita cantik sebagai ganjaran, (SYAIR)
Unta dibunuh tanpa kasihan.

Unta dibunuh kejam sekali,


Pesanan nabi tidak dipeduli. (Pantun)

Kawan-kawan,
Membunuh itu besar dosanya. Saya berasa khuatir dengan keadaan
masyarakat hari ini yang telah hilang pertimbangan nilai kemanusiaan sehingga
sanggup membunuh seperti kejadian yang berlaku ke atas siswi UITM
Permatang Pauh Pulau Pinang, Norsyuhada Johari baru-baru ini. Semua ini
berlaku kerana tipisnya iman di dalam dada.

Hadirin sekalian,
Pembunuhan kejam unta tersebut amatlah mengejutkan Nabi Saleh a.s

Nabi bersedih melihat kaumnya,


Berani persenda kuasa Yang Esa,
Tiga hari tempoh mereka, ( Syair )
Bertaubat atau ditimpa bala.

10
Firman Allah dalam Surah An-Naml: Ayat 46, yang bermaksud:

“Alangkah baiknya kalau kamu memohon ampun kepada Allah supaya kamu
diberi rahmat."

Nasihat Nabi dipandang sepi,


Mereka ingin membunuh Nabi. (PANTUN)

Ya kawan-kawan,
Ketika pemuda kaum Tsamud sedang bersembunyi untuk membunuh nabi,
tiba-tiba...

Batu besar menghempap kepala,


Matilah mereka sebagai penderhaka,
Nabi Saleh sihat sejahtera,
Namun kaumnya bertukar rupa.
Hari pertama hingga ketiga,
Kulit yang cantik bertukar warna,
Kuning, merah dan hitam wajah mereka,
Hari keempat ditimpa bencana. (Sajak)

Ya kawan-kawan….
Ajal dan maut itu di tangan Tuhan. Selagi hayat masih di badan, eloklah
bertaubat dan mohon keampunan. Janganlah menjadi Seperti Kaum Tsamud,
walau peringatan diberi berturut-turut, mereka tetap enggan mengikut.
Remaja muslim hari ini pun tidak kurang degilnya. Mereka asyik berfoya-foya.
Kononnya musibah tak akan menimpa. Jiwa sentiasa terasa muda. Contohilah
perjuangan Ahmad Amar pemuda Malaysia yang berjasa. Walaupun masih
muda belia, sanggup berjauhan meninggalkan keluarga, ke bumi Turki
menyebarkan agama, sehingga syahid dalam perjalanan dakwahnya.
11
Sekian, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih.

Soalan Spontan:

1. Nyatakan dua pengajaran yang dapat diperolehi daripada kisah Unta Mukjizat yang disampaikan
tadi.

2. Nyatakan dua dosa besar yang telah dinyatakan dalam kisah yang diceritakan tadi.

3. Nyatakan dua kebaikan yang akan diperolehi sekiranya kita segera bertaubat.

4. Nasihat dan teguran yang baik perlu diterima dengan hati terbuka. Apakah keburukan yang akan
menimpa mereka yang tidak mendengar nasihat dan teguran yang baik.

12
(3)
KEBIJAKSANAAN LUQMANUL
HAKIM

13
(PANTUN)
Wahai kawan-kawan…mari dengar cerita
Kisah Luqman yang pintar dan juga bijaksana
Wahai kawan-kawan mari bersama…
Kita hayati dan bermuhasabah

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh…

Bismillahirahmanirrahim…

Kepada Tuan Pengerusi Majlis dan para Juri Hakim yang adil lagi bijaksana seterusnya pada
rakan-rakan sekalian.

Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah cerita yang berjudul “Kebijaksanaan
Lukmanul Hakim”

Pada zaman dahulu, di sebuah lembah yang kering, terdapat sebuah kampung yang aman dan
damai. Di kampung tersebut terdapat seorang hamba Allah yang pintar lagi bijaksana, beliau
adalah Luqmanul Hakim yang bermaksud Lukman Yang Bijaksana.

Kepintaran beliau telah disebut di dalam Al-Quran, Surah Luqman ayat yang ke 12 yang
bermaksud:

Dan Sesungguhnya Telah kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: “Bersyukurlah kepada
Allah. dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), Maka Sesungguhnya ia bersyukur untuk
dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, Maka Sesungguhnya Allah Maha Kaya
lagi Maha Terpuji”.

Kawan-kawan nak tahu tak…….? Luqmanul Hakim adalah seorang hamba Allah yang soleh dan
juga pakar dalam pendidikan anak-anak. Beliau telah mendidik anaknya dengan penuh hikmah
dan kasih sayang sebagai seorang ayah.

Pada suatu hari……..Luqman dan anaknya berehat sambil menghirup udara segar, pada
kesempatan itu…..Luqman pun berkata kepada anaknya, di mana peristiwa ini telah disebut
dalam surah Luqman dari ayat 13 hingga 18 yang bermaksud:

14
Dengan penuh kasih sayang, Luqman pun memeluk dan membelai anaknya dan berkata:

“Wahai anakku, janganlah kamu menyekutukan Allah kerana kekuasan Allah menyeliputi
segenap makhluk yang ada di dunia ini. Ketahuilah anakku….syirik itu adalah perbuatan zalim
yang pasti akan membinasakan dirimu sendiri”.

“Wahai anakku, Sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada
dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya
(membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.

“Wahai anakku, Dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah
(mereka) dari perbuatan yang mungkar dan Bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu.
Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).

“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah
kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang
yang sombong lagi membanggakan diri”.

Di samping itu, terdapat juga kisah yang dikaitkan dengan Luqman iaitu kisah Luqman
menasihati anaknya tentang telatah manusia.

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Al-Hakim telah masuk ke dalam
pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang.

Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, “Lihat itu orang tua yang tidak
bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki.” Setelah mendengarkan desas-
desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di
atas himar itu.

Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula,

“Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang
ajar anak itu.”

Setelah mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-
sama dengan anaknya.

15
Kemudian orang ramai pula berkata lagi,

“Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu.”

Oleh karena tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari
himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata,

“Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai.”sungguh tidak bijak mereka
itu”.

Setelah melintas kawasan pasar dan dalam pejalanan pulang ke rumah, Lukman Al-Hakim
memecah kesunyian dan berkata kepada anaknya…..

“Wahai anakku amanah Allah, tahukah engkau apakah peristiwa yang kita lalui bersama tadi?”

Lalu anaknyapun menjawab….

“Apa dia ayahku, aku lihat ramai orang di pasar sedang berurus niaga”.

“Itu memang benar anakku…tapi ada lagi urusniaga yang lebih besar yang perlu kamu ketahui,
iaitu tentang sikap buruk dan telatah manusia yang terkadang tidak disedari”.

“Sikap buruk?” Tanya anaknya dengan kebingungan….

“Ya….Sesungguhnya seseorang itu tidak terlepas dari memperkatakan manusia atau


mengumpat orang lain. Ingatlah anakku….bukti orang yang berakal tiada dia mengambil
pertimbangan melainkan kepada Allah saja. Ini bermakna, seseorang hanya menceritakan hal
rang lain hanya kerana untuk kebaikan semata-mata. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah
yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu.”

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya,

“Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya
seseorang tidak menjadi fakir melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, yaitu:

Tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdaya
orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya) dan lebih celaka lagi daripada tiga
perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya.”

16
Kawan-kawan……..rasanya sudah panjang lebar saya bercerita tentang kepintaran dan
keistimewaan Luqmanul Hakim. Takut terlebih pula masa yang diberikan. Apapun…..sebelum
saya mengundur diri, ingin saya menyimpulkan bahawa kisah ini banyak memberi pengajaran
yang berguna kepada kita.

Antaranya ialah:

Perbuatan syirik kepada Allah adalah dosa besar


Setiap amalan kita samada yang besar atau kecil tetap akan dibalas oleh Allah
Mendirikan sembahyang, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan
bersabar di atas setiap dugaan.
Allah tidak suka kepada orang yang sombong
Nilailah diri kita sendiri terlebih dahulu sebelum kita menilai orang lain.

Dengan ini sekian dahulu cerita saya untuk kali ini, wabillahitaufiq walhidayah
wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

17

Anda mungkin juga menyukai