Anda di halaman 1dari 5

Assalamualaikum W.B.

T
Salam dihulur pembuka bicara,
Buat hadirin hadirat sekalian,
Unta Mukjizat Nabi Saleh tajuk cerita,
Izinkan saya mempersembahkan.
Kawan-kawan tahu siapa Nabi Saleh a.s.?
Haaa...Nabi Saleh bin 'Ubaidah bin Tsamud bin 'Amir bin Iram bin Sam bin
Nuh adalah seorang nabi yang dilahirkan daripada keturunan yang baik, mulia
dan bijaksana. Kawan-kawan tahu, menurut Jabatan Pendaftaran Negara,
terdapat lebih 257,000 kes anak luar nikah telah dilaporkan sejak tahun 2000
di negara kita. Ish, ish, ishhRamainya
Oleh itu kawan-kawan, marilah sama-sama kita sucikan hati dan sentiasa
memelihara keturunan sebagaimana mulianya keturunan Nabi Saleh a.s. agar
hidup kita diredhai Allah dan sentiasa dihormati.
Kawan-kawan, Nabi Saleh a.s. telah diutuskan kepada kaum Thamud dan
unta mukjizat adalah anugerah mukjizat Allah kepada Baginda.

Yang bermaksud: Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara


mereka iaitu Nabi Saleh. (Surah al-Araf, ayat 73)
Kawan-kawan tahu bagaimana sikap kaum Thamud?
Ish, ish, ish, ish... dahsyat betul!
Mereka sombong, angkuh, jahil, hidup menyembah berhala dan suka
menindas golongan miskin.
Walaupun mereka diberikan pelbagai nikmat dan dianugerahi kepandaian
mengukir batu-batu gunung, namun kaum Thamud ini sangat sombong dan
lupa diri hingga tidak mahu menerima dakwah Nabi Saleh a.s. Hmm..tak
patut..tak patut..

Manusia di zaman itu,


Lalai dengan kehidupan,
Mereka lalai dengan kenikmatan,
Dan juga ingkar pada Tuhan.

Yang bermaksud: Dan demi sesungguhnya penduduk "Al-Hijr" (kaum


Thamud) telah mendustakan Rasul-rasul. (Surah al-Hijr, ayat 80)
Kawan-kawan yang dihormati, ilmu itu pelita hidup. Kita perlu mencontohi
kecemerlangan saudara Mohd Hafiz bin Abd Hamid yang hebat dalam sains
Aktuari. Namun begitu, kita janganlah bersikap seperti kaum Thamud yang
sombong dan lupa diri apabila dianugerahi kepandaian kerana segala ilmu,
kurniaan dan anugerah yang kita miliki adalah dari Allah semata-mata.
Tidak ada milik kita..tidak ada milik kita..semua yang ada...Allah yang punya..
Kawan-kawan,
Nabi Saleh a.s terus berdakwah dan berdakwah kepada kaum Thamud.
Baginda mengingatkan kaumnya agar patuh kepada suruhan Allah, menjauhi
segala larangan Allah dan tidak melakukan kerosakan di bumi. Tetapi, kaum
Thamud ini sangat angkuh dan degil. Mereka tidak mahu terima ajaran Nabi
Saleh. Mereka menghina Baginda dan mencabar kebenaran Nabi Saleh a.s.
sebagai seorang Nabi.

Yang bermaksud: "Kaum Thamud telah mendustakan Rasul-rasul (yang


diutus kepada mereka) (Surah as-Syuara, ayat 141)

Warga dewan yang dikasihi,


Peringatan Baginda agar tidak melakukan kerosakan di bumi perlu terus kita
amalkan pada hari ini dan di masa akan datang. Tidak melakukan kerosakan
di bumi adalah salah satu cara kita mensyukuri nikmat kurniaan Allah. Oleh
itu, kerosakan-kerosakan seperti penebangan balak dan hakisan di Cameron
Highlands pasti dapat dielakkan.
Kawan-kawan tahu apa yang terjadi seterusnya?
Haaa... kaum Thamud tetap bersikap angkuh, sombong dan berdegil dengan
ajaran Nabi Saleh a.s. Mereka menghina dan mencabar Nabi Saleh agar
menunjukkan mukjizat sebagai bukti kenabian.
"Hoii Saleh! Hentikan ajaranmu. Kami tidak akan ikut kata-katamu. Hmmph!!
Kalau betul kamu utusan Allah, buktikan apa mukjizatmu?
Nabi Saleh a.s pun bermohon kepada Allah dan dengan kekuasaan Allah,
keluarlah seekor unta betina dari celah batu gunung.

Yang bermaksud: "Dan wahai kaumku! Ini adalah unta betina dari Allah untuk
kamu sebagai tanda (mukjizat) yang membuktikan kebenaranku. Oleh itu,
biarkanlah dia mencari makan di bumi Allah dan janganlah kamu
menyentuhnya

dengan

sesuatu

yang

menyakitinya,

(kalau

kamu

menyakitinya) maka kamu akan ditimpa azab seksa yang dekat masa
datangnya". (Surah Hud, ayat 64)
Ya kawan-kawan,
Betapa ramainya umat Islam hari ini yang terpengaruh dengan ajaran sesat
seperti Syiah akibat daripada bersifat sombong dan jahil terhadap agama
Allah. Oleh itu, kita haruslah ingat, jangan sesekali bersikap sombong dan
jahil sepertimana kaum Thamud agar aqidah dan iman kita sentiasa benar
dan bersinar.
Iman adalah mutiara, di dalam hati manusia.
3

Kawan-kawan yang disayangi,


Walaupun kenabian Nabi Saleh a.s sudah dibuktikan dengan unta
mukjizatnya, namun segelintir sahaja dalam kalangan kaum Thamud yang
mempercayai Nabi Saleh a.s. Yang lain tetap dengan kekufuran mereka.
Peringatan Nabi Saleh a.s. agar mereka membiarkan unta betina itu makan
dan minum dengan bebas di atas bumi Allah tidak dihiraukan oleh kaum
Thamud. Mata hati mereka buta. Mereka menyangka diri mereka lebih hebat
dari segalanya. Lalu, mereka menyembelih unta betina itu dengan cara yang
sungguh angkuh terhadap perintah Allah. Mereka kemudian mencabar dan
mengejek Nabi Saleh a.s. dengan berkata:
"Hai Saleh, mana azab yang kamu ancamkan kepada kami hah??
Setelah tiga hari, tiba-tiba...
Bum, bum, dum, pam, pam!!
Berlaku gempa bumi yang amat dahsyat!
Hancur lebur segalanya.
Lenyaplah kaum Thamud yang derhaka.

Yang bermaksud: (Setelah Nabi Saleh memberi amaran) lalu mereka


mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka,
maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan. (Surah
as-Syams, ayat 14)
Ya kawan-kawan,
Hanya Nabi Saleh dan pengikut-pengikut Baginda yang beriman sahaja yang
selamat.

Kawan-kawan,
Ingatlah, Allah Maha Berkuasa sepertimana hilangnya MH370, tsunami,
taufan, dan gempa bumi yang berlaku pada hari ini. Sehebat mana pun
manusia, pasti tidak akan dapat menandingi-Nya. Oleh itu kawan-kawan,
marilah kita sama-sama kembali ke jalan yang benar agar kita semua selamat
daripada azab Allah yang amat pedih. Amin.
Sekian, WabilLahi taufiq wal hidayah. Wassalamualaikum W.B.T.

Anda mungkin juga menyukai