Anda di halaman 1dari 4

Muhammad Al-azeem

SK MUTIARA KK
MUKJIZAT NABI SOLEH
Terima kasih pengerusi majlis, panel hakim yang bijaksana, serta hadirin sekalian.

Kisah anbiya zaman berzaman,

Di dalam aL-Quran ada disebutkan,

Mukjizat Nabi Soleh tajuk idaman, (PANTUN)

Kisah menarik mari dengarkan.

1) Pendahuluan
Nabi Soleh adalah seorang rasul yang diutuskan kepada kaum tsamud. Baginda
dianugerahkan dengan mukjizat unta betina yang boleh keluar dari celahan batu.

Maksudnya : Dan kepada kaum Tsamud, kami utuskan saudara mereka Nabi Soleh,ia
berkata” Wahai kaumku Sembahlah Allah”.
( surah Hud ayat 61)

Ya kawan-kawan, Allah Maha Berkuasa, Perbandingan unta betina zaman nabi Soleh samalah
seperti padang pasir yang dulu kering kontang di Arab Saudi sekarang telah menghijau.

2) Dakwah Nabi Soleh kepada Kaumnya

Kawan-kawan,
Nabi Soleh telah menyeru kaumnya agar beriman kepada Allah namun dakwah baginda telah
diingkari.

Sabar dan tabah wahyu disampaikan,


Dicabar pula dengan keajaiban … (sajak)
Unta betina pendusta mengharapkan….
Dicelahan batu ia dikeluarkan…

1
Ya kawan-kawan, setelah dicabar oleh kaumnya, nabi Soleh telah berdoa kepoada Allah , lalu
keluarlah unta betina dari celahan batu.

Maksudnya : Wahai kaumku, ini adalah unta betina dari Allah untuk kamu sebagai mukjizat
(Surah Hud ayat 64)

Kawan-kawan sekalian.
Kita mestilah yakin bahawa Allah akan sentiasa membantu hambanya yang berada dalam
kesusahan, masjid yang terselamat dari gempa bumi di Palu boleh dijadikan sebagai bukti
bantuan dari Allah.

3) Kelebihan Unta Nabi Soleh


Wahai kawan-kawan, Unta Nabi Soleh sangat istimewa, ia telah mengeluarkan susu yang
lazat dan boleh mengenyangkan.

Mukjizat suci dari yang Esa..


Diperah.. diminum susunya…
Bagi menyembah sang pencipta..
Bersyukur.. tunduk padaNya.. (nasyid ya hanana)
Soleh menyusun ikut peraturan..
Supaya dapat dinikmati semua…….

Ya kawan-kawan, nabi Soleh telah menyusun kaumnya secara bergilir-gilir minum air susu
unta betina itu sehingga semuanya kenyang dan hilang dahaga.

Maksudnya :" Biarkan lah unta itu mencari makan di bumi allah, dan janganlah menyakitinya.
(surah al –A’raf ayat 73)

Ya kawan-kawan, kita mestilah patuh setiap ajaran yang di bawa oleh nabi kita dan
janganlah menjadi seperti Syiah yang membelakangi ajaran agama Islam yang sebenar.

2
4) Kaum Tsamud membunuh Unta
Ya asdiqoil kirom, kaum Tsamud tidak mematuhi perintah nabi Soleh, mereka tidak
mengikut giliran yang dibuat oleh baginda.

Hebat sekali dugaan baginda,


Suruhan diberikan telah didusta, (pantun)
Umatnya membunuh unta betina,
Mencabar pula azab yang Esa.

Ya kawan-kawan, selepas kaum Tsamud membunuh unta tersebut, mereka telah mencabar
nabi Soleh mendatangkan azab kepada mereka.

Maksudnya : Wahai Soleh, datangkanlah azab yang engkau telah janjikan kepada kami, jika
betul engkau seorang Rasul".
(Surah Al-A’raf ayat 77)

Rakan-rakan,
Jika kita tidak menjaga adab dan tutur kata, ia boleh mendatangkan keburukan dan
pergaduhan, kes rusuhan kuil di USJ, Selangor boleh dijadikan sebagai iktibar kepada kita.

5) Penutup

Kawan-kawan, kerana nila setitik , habis susu sebelanga, setelah kaum Tsamud mencabar
azab diturunkan kepada mereka, maka Allah telah menurunkan azab yang siksa yang pedih .

Kaum sombong, diazab seksa..


Gempa bumi, tersungkur semua..
Bumi subur, musnah binasa..
Akibat dari perbuatan derhaka… (Nasyid: Di pondok kecil)

Ya kawan-kawan, dengan rahmat Allah, Nabi Soleh dan orang yang beriman telah
diselamatkan dari gempa bumi yang dahsyat.

Maksudnya: mereka dibinasakan oleh gempa bumi, lalu mayat mereka tersungkur di tempat
tinggal masing-masing”.

3
(surah al-A’raf ayat 78)

Kawan – kawan, Gempa bumi di Palu Indonesia telah membuktikan bahawa azab Allah boleh
menimpa kita pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu janganlah kita mencabar kuasa Allah yang
Maha Hebat.

Hadirin sekalian

Kesimpulannya ; Jauhilah diri daripada segala larangan Allah supaya hidup kita sentiasa
dirahmatinya.

Cantik sekali si burung nuri,


Hinggap sebentar di atas atap,
Seikhlas hati menyusun jari,
Memohon maaf salah dan silap.

Sekian. Wassalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai