Anda di halaman 1dari 9

KISAH HAJI WIDA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1 Malaysia.



Terima kasih pengacara budiman
Barisan hakim, hadirin sekalian
Hayatilah cerita yang saya sampaikan
Kisah Haji Wida tajuk pilihan

Ya kawan-kawan,
Haji Wida bermaksud Haji Perpisahan kerana ia merupakan haji yang dilakukan oleh
Rasulullah s.a.w sebelum baginda wafat.

(Nasyid)
Timbul di jiwa rasa kerinduan
Menunaikan haji jadi impian

Setelah Sembilan tahun di Madinah, Rasulullah s.a.w memberitahu penduduk Madinah
bahawa baginda akan mengerjakan haji. Maka, ramailah penduduk Madinah yang berminat
untuk turut serta bersama baginda ke Mekah.
Telah termaktub dalam lipatan sejarah, tanggal 25 Zulkaedah tahun kesepuluh Hijrah,
90000 orang umat Islam bersama Nabi Muhammad s.a.w berangkat ke tanah suci Mekah untuk
menunaikan fardhu Haji.

Firman Allah:
W-OOg>4 OgO4^- E4OuN^-4
*. _
Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah
(Potongan ayat 196: Surah al-Baqarah)

Ya kawan-kawan,
Ibadah haji adalah suatu kewajipan ke atas umat Islam. Hari ini, jutaan umat Islam
menunaikan haji di Mekah sebagaimana yang pernah dilakukan oleh junjungan besar kita Nabi
Muhammad s.a.w.

Labbaikallahumma labbaik
Labbaika la syarikalaka labbaik

(Sajak)
Bergema kalimah talbiah
Memenuhi setiap ruang
Hajarul Aswad dicium dan dikucup
Rasul dan ummatnya tawaf mengelilingi Kaabah
Solat di makam Ibrahim sesudah itu

Firman Allah:
W-NO7^O-4 -.- EO) +C
E1uE` _
Dan sebutkanlah kamu akan Allah dalam beberapa hari tertentu
(Potongan ayat 203: Surah al-Baqarah)

Ya kawan-kawan,
Jangan sesekali kita berpaling dari ajaran Rasulullah s.a.w. Dewasa ini, terdapat banyak ajaran
sesat dalam kalangan masyarakat kita.

(Nasyid)
Dari Safa ke Marwah
Ulang-alik Nabi bersaie
Saidina Ali setia menemani
Bermalam di Mina 8 Zulhijjah
Disusuli melontar 3 jamrah
Sempurna sudah haji dilakukan

Firman Allah:
Ep) EO- E4OE^-4 }g`
@Oj*.EE- *.- W
Sesungguhnya, Safa dan Marwah itu sebahagian daripada syiar (lambing) agama Allah
(Potongan ayat 158: Surah al-Baqarah)

Ya kawan-kawan,
Kita hendaklah sentiasa bersifat sabar dalam menjalani kehidupan seharian. Pemilihan
Tokoh Ibu Mithali di Negara kita setiap tahun adalah berdasarkan kesabaran dan kegigihan
mereka.



(Nasyid)
Lembah Arafah menjadi saksi
Khutbah terakhir Rasulullah bacakan
Pesanan dan nasihat baginda berikan
Al-Quran dan Sunnah jadikan pegangan

Firman Allah:
O4O^- eUE^ 7 7E4Cg1
e;E^`4 7^OU4 /Eug^
e14O4 N7 =Uce"- 44Cg1
Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan
nikmatKu kepada Kamu dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama kamu
(Ayat 3: Surah al-Maidah)

Sebaik sahaja mendengar khutbah tersebut, Saidina Abu Bakar r.a menagis kerana dia
faham bahawa Rasulullah s.a.w akan meninggalkan mereka buat selama-lamanya.

Ya kawan-kawan,
Dalam menjalani kehidupan seharian, kita hendaklah menjadikan al-Quran dan Sunnah
sebagai panduan hidup. Hari ini, banyak rancangan yang berbentuk keagamaan disiarkan di
media massa.
Setelah selesai berkhutbah, Rasulullah s.a.w menyembelih sebanyak 63 ekor kambing
yang besar menyamai usia baginda ketika itu. Sekembalinya dari Mekah, baginda jatuh sakit.

(Nasyid)
Tanggal 12 Rabiul Awwal tahun ke 11 Hijrah
Seluruh alam dalam kepiluan
Berita kewafatan menjadi sebutan
Bangkit al-Faruq menghunus pedang
Sukar menerima kehilangan

Tiba as-Siddiq mendamai rasa
Kini Muhammad telah tiada
Kerana baginda insan biasa
Hanya Allah Yang Esa
Kekal selamanya.



Firman Allah:
O7 ^4^ Oj*.-O gOO^-
Tiap-tiap yang bernyawa pasti merasai mati
(potongan ayat 185: Surah Ali Imran)

Ya kawan-kawan,
Jadikanlah sirah Rasulullah s.a.w sebagai ikutan. Namun begitu, terdapat juga umat Islam yang
tidak mengendahkan pesanan Rasulullah s.a.w sehingga mereka sanggup terlibat dengan
pelbagai jenayah.

Begitulah kawan-kawan Kisah Haji Wida.

(Nasyid)
Sirah Nabi jadi panduan
Buat pedoman dalam kehidupan.

Sekian, wabillahittaufiq walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih.



















PERISTIWA DI LEMBAH SEMUT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1 Malaysia.

Terima kasih pengacara budiman,
Barisan hakim, hadirin sekalian
Hayatilah cerita yang saya sampaikan
Peristiwa di Lembah Semut tajuk pilihan

Kawan-kawan,
Lembah Semut atau dikenali sebagai Wadi Naml, terletak di negeri Thaif, sebelah barat Arab
Saudi. Ia adalah tempat tinggal sekumpulan semut yang merupakan rakyat Nabi Sulaiman a.s.

(Nasyid)
Berkaki empat kecil tubuhnya
Mahkluk istimewa ciptaan Allah
Nabi Sulaiman fahami bahasanya
Itulah mukjizat kurniaanNya.

Firman Allah:
EEp) -EOE- 4O+O N;_E^-
-)l^- ^g
Yang bermaksud:
Sesungguhnya semua ini benar-benar suatu kurnia yang nyata.
(Potongan ayat 16: Surah an-Naml)

Kawan-kawan,
Allah Maha Mengasihi makhluk, mencurahkan nikmat yang tak terhitung banyaknya.
Kejayaan seorang murid OKU, adik Jazmin Liyana meraih 5A dalam ujian UPSR tahun 2012 yang
lalu membuktikan bahawa tiada yang mustahil dengan kehendak dan kuasa Allah Taala.

Lembah Semut telah mengukir pelbagai peristiwa menarik antara penghuninya dengan
Nabi Sulaiman a.s. Kawan-kawan nak tahu tak? Semut adalah haiwan yang sangat
bertanggungjawab.

Pada suatu hari.


(Nasyid)
Nabi Sulaiman menunggang kudanya
Diiringi pasukan dan bala tentera
Jin dan manusia berjalan bersama
Burung-burung terbang menaungi baginda

(Pantun)
Jauh perjalanan memerah keringat
Peluh menitis badan pun penat
Akhirnya Nabi Sulaiman berpendapat
Lembah Semut tempat beristirehat

Wahai semut sekalian! Nabi Sulaiman dan tenteranya sedang menuju ke mari. Segeralah
masuk ke sarang masing-masing. Jangan sampaii mereka terpijak kita dengan tidak sengaja,
titah Ratu Semut.

Keadaan di Lembah Semut mula menjadi kelam kabut. Masing-masing bertempiaran lari
menyelamatkan diri. Lari! Lari!!. Seketika kemudian, lenganglah lembah itu dari kelibat
mereka.

(Pantun)
Nabi tersenyum tertawa sendirian
Melihat gelagat semut sekawan
Rupa-rupanya baginda mendengar teriakan
Diarahkan tentera mengubah haluan

Ha kawan-kawan,
Walaupun semut makhluk yang kecil, Nabi Sulaiman a.s kagum kerana rintihan dan doa mereka
didengari Allah Taala.

(Sajak)
Pernah pada suatu masa
Kemarau panjang datang melanda
Kekeringan berlaku di mana-mana
Penduduk resah gundah gulana
Keluhan rakyat didengari baginda
Diperintah berkumpul untuk berdoa

Lalu, bergeraklah mereka ke suatu kawasan lapang untuk berdoa kepada Allah Taala
agar segera menamtkan penderitaan mereka dengan menurunkan hujan. Setibanya di sana,
sayup-sayup kedengaran di telinga Nabi Sulaiman a.s suara semut memohon dengan penuh
kehambaan.

Wahai tuhan, sesungguhnya kami juga termasuk makhlukMu. Kami sangat memerlukan
anugerah dan rahmatMu. Kabulkanlah permintaan kami.

Terharu baginda apabila mendapati makhluk sekecil itu turut berdoa untuk sekalian
alam. Lantas baginda mengarahkan rakyatnya agar pulang semula kerana Allah Taala telah
memakbulkan doa semut tersebut.

Firman Allah taala:
EO)+ONNu1- U4-c 7 _ E
Yang bermaksud:
Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.
(Potongan ayat 60: Surah Mumin)

Kawan-kawan,
Selalulah berdoa kepada Allah kerana ia merupakan senjata orang mukmin. Usaha Bahagian
Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia menerbitkan buku-buku doa amatlah
berguna kepada masyarakat.

Ya kawan-kawan,
Semut juga mempunyai keimanan yang tinggi kepada Allah Taala. Sebab itulah semut tergolong
antara sepuluh golongan haiwan yang terawal masuk ke syurga.

(Sajak)
Pada suatu ketika
Nabi Sulaiman terjumpa
Di atas batu semut melata
Di padang pasir panas membara
Hairanlah nabi adakah mereka
Akan temui makanan di sana

Rezeki di tangan Allah. Aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki
untukku, jawab seekor semut.
Lalu, bertanyalah Nabi Sulaiman a.s berapa banyakkah si semut makan dalam masa sebulan?
Aku hanya makan sebiji gandum sebulan.

(Nasyid)
Kepada semut Nabi hulurkan
Sebiji gandum untuk sebulan
Di dalam botol dibubuh disimpan
Tak perlu lagi hidup kesusahan

Setelah genap sebulan, baginda membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun,
didapatinya hanya sebahagian sahaja biji gandum yang dimakan semut. Maka, terkejut dan
hairanlah baginda.

Lalu, semut pun memberi penjelasan.

Kalau aku berada di atas batu, aku pasti makan apa sahaja yang menyamai sebiji gandum. Ini
kerana rezeki itu datangnya daripada Allah yang tidak pernah lupa padaku. Tetapi, apabila
rezeki aku bergantung kepada sebij gandum yang kamu berikan, aku makan setengah sahaja
supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa.

Firman Allah:
}4`4 4O4-4C O>4N *.- ]) -.-
NOCjG4N _O:EO ^j_
(Potongan ayat 49: Surah al-Anfal)

Sesiapa yang bertawakkal kepada Allah (dengan sepenuh keyakinan maka Allah akan
menolongnya), kerana Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana)

Kawan-kawan,
Rajinlah berusaha dan bertawakkal kepada Allah Taala. Contohilah sikap dedikasi Datuk
Hassan Azahari dan Dr. Mohd. Ridhuan Tee bin Abdullah sehingga layak dianugerahi Tokoh
Maulidur Rasul 2013.






Ya kawan-kawan,

(Syair)
Begitulah kisah semut di lembahan
Hidup berkawan penuh ketaqwaan
Taat dan patuh pada Sulaiman
Ambil iktibar jadikan pengajaran.

Sekian, wabillahittaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai