Anda di halaman 1dari 9

Kisah-kisah Teladan- Pendidikan Islam 2011

SALAHAUHUDDIN AL-AYYUBI

Seluruh dunia kenal dan tahu akan kehebatan, keberanian dan


keperkasaan pahlawan besar Islam Salauhuddin Al-Ayyubi
dalam peperangan Salib. Di bawah panglima besar ini,
beberapa bumi Islam dapat dibebaskan dari penjajahan tentera
Salib Kristian.

Beliau telah mencurahkan segala qudratnya dalam perang ini


untuk mengembalikan maruah umat Islam yang dipermainkan
oleh kaum musyrikin. Bumi Palestin yang telah dijajah oleh
Kristian selama 90 tahun akhirnya telah dibebaskan.

Kekayaan Negara-negara Islam yang dapat dibebaskan


digunakan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat dan
mempertahankan negara daripada serangan musuh. Di Mesir,
Salauhuddin membina sebuah benteng tebal yang yang kukuh dan panjangnya lebih dari 1
kilometer.

Di Damaskus pula didirikan rumah atau tempat bagi orang-orang miskin. Begitu juga di Sudan,
Yaman dan lain-lain negara yang pernah ditadbir oleh panglima besar ini di mana terdapat
banyak bangunan-bangunan yang untuk kebajikan rakyat.

Setelah bertahun-tahun memimpin negara Islam dan berperang melawan tentera Salib bersama
ayah mertuanya yang bernama Nuruddin Az-Zanki, tibalah masanya Salauhuddin kembali ke
rahmatullah. Di saat kewafatannya berlakulah peristiwa yang amat menyedihkan.

Orang-orang besar dan kerabat diraja menyaksikan kewafatan beliau sambil mengalirkan air
mata di atas pemergiannya. Orang ramai juga lebih terharu lagi apabila membuka tempat
penyimpanan hartanya kosong dan begitu juga dengan harta kerajaannya kosong.

Semuanya telah digunakan untuk perang dan kebajikan rakyat. Hinggakan untuk membeli kain
kafan pun tidak ada. Maka pembesar-pembesar dan raja-raja berpakat untuk mengutip derma
bagi membeli kain kafan untuk pengurusan jenazah panglima.

Ini membuktikan bahawa panglima tidak memikirkan sama sekali tentang dirinya. Semuanya
dicurahkan demi kepentingan Islam yang tercinta semata-mata. Allahu Akbar, semoga Allah
mencucuri rahmat ke atasnya.

Pengajaran

1.Kesanggupan melakukan apa sahaja demi Islam akan dibalas oleh Allah dengan ganjaran
yang tidak terhitung nilainya.

2.Keprihatinan seorang pemimpin terhadap rakyat dan orang bawahannya menjadikan diri
mereka disayangi dan dihargai meskipun setelah mereka mati.

Mohd Ubaidillah Al-Musawi - Adaptasi Karya Al-Faqir I - Koleksi Al-Qisah 40


Kisah-kisah Teladan- Pendidikan Islam 2011

3.Kesanggupan melakukan apa sahaja demi Islam akan dibalas oleh Allah dengan ganjaran
yang tidak terhitung nilainya.

4.Kematian mereka hanya pada zahirnya sahaja, namun tetap hidup sehingga sekarang dan
masih segar di dalam jiwa ummat Islam.

PERISAI API NERAKA

Seorang lelaki ketika sedang melakukan ibadat wuquf di Padang


Arafah, di tangannya tergengam 7 ketul batu sebagai kesaksian
terhadap Allah dan RasulNya. Sebelum tidur, lelaki itu
mengucap 2 kalimah syahadah. Suatu malam ketika sedang tidur,
dia bermimpi seakan-akan kiamat telah tiba. Di sana dia dihisab
dan dijatuhi hukuman masuk ke neraka. Lalu diiringkan malaikat
Zabaniah menuju ke neraka.

Mohd Ubaidillah Al-Musawi - Adaptasi Karya Al-Faqir I - Koleksi Al-Qisah 40


Kisah-kisah Teladan- Pendidikan Islam 2011

Apabila sampai di neraka, malaikat di bahagian azab cuba mencampakkannya tetapi gagal. Ini
kerana di tangannya ada seketul batu yang pernah dibawa semasa melakukan wuquf.

Kemudian malaikat mengiringnya ke pintu kedua. Di sini pun malaikat gagal


mencampakkannya lelaki itu ke dalam neraka. Batu yang bergengam di tangannya menjadi
penghalang. Begitulah seterusnya sehingga genap 7 pintu neraka.

Akhirnya malaikat membawanya ke Arasy. Malaikat melaporkan kepada Allah. “Ya Allah!
Kami tidak mampu mencampakkan hambaMu ini ke dalam neraka. Sesungguhnya engkau lebih
mengetahui tentang hambaMu ini.”

Allah berfirman kepada lelaki itu, “Wahai hambaku! Adalah batu-batu yang kau gunakan untuk
bersaksi dengan kalimah syahadah sewaktu engkau menjalankan ibadah wuquf itulah yang
menolongmu. Ia tidak mensia-siakan haqmu? Aku juga tidak akan mensia-siakan haqmu.
Masukkan hamba ini ke syurga.

Ketika membawa lelaki tersebut ke syurga pintunya sedang tertutup. Lalu datanglah penyaksian
kalimah syahadah, lantas pintu syurga itu terbuka dan masuklah dia ke dalam syurga. Dia kekal
di dalamnya.

Pengajaran
1.Janji Allah adalah benar.
2.Allah tidak akan berlaku zalim sama sekali terhadap hambaNya.
3.Setiap amalan yang kita kerjakan sewaktu di dunia akan dibalas walau sekecil zarah
sekalipun.
4.Syurga hanyalah untuk mereka yang beriman dan beramal soleh, adapun neraka untuk
mereka yang ingkar dan derhaka kepada Allah s.w.t.

TANGAN MENJADI KERING

Telah datang seorang wanita kepada Rasulullah. Tangan kananya kering


sehingga dia meminta kepada Rasulullah supaya berdoa agar tangannya
sembuh seperti sedia kala.

“Mengapa tanganmu menjadi kering begini?” tanya Rasulullah. Maka


perempuan itupun menceritakan tentang mimpinya. Di dalam mimpinya,
perempuan itu melihat hari kiamat telah tiba, neraka sudah dinyalakan dan
syurga telahpun tersedia.

Dikatakan dalam mimpinya, perempuan itu melihat ibunya berada di


dalam neraka jahannam sambil memegang sehelai kain dan sepotong
lemak. Dengan kain dan lemak itu Si ibu berlindung diri daripada bakaran api neraka.

Dalam mimpinya, dia berbicara : “Wahai ibuku! mengapa engkau berada di lembah ini sedangkan kau
adalah seorang yang taat kepada Allah, bapa juga menyukaimu dan tidak pula membencimu.” Kemudian

Mohd Ubaidillah Al-Musawi - Adaptasi Karya Al-Faqir I - Koleksi Al-Qisah 40


Kisah-kisah Teladan- Pendidikan Islam 2011

ibunya memberitahu anaknya bahawa semasa hayat di dunia dahulu, dia adalah seorang yang kedekut.
“Dan lembah neraka ini memang disediakan untuk orang yang kedekut sepertiku,” kata ibunya.

“Lemak dan kain yang ada di tanganmu itu apa?” dia bertanya kepada ibunya. “Cuma sedekahlah yang
dapat melindungiku dari bahan api neraka. Tetapi kain dan lemak inilah yang dapat menyelamatkanku
kerana banyak ini sahaja yang aku sedekahkan semasa hayatku di dunia.” Jawab ibunya.

Anaknya lalu bertanya di mana tempat tinggal ayahnya. Ibunya lalu menjawab, “bapamu sekarang
bersenang-lenang di syurga, ini adalah kerana dia seorang yang dermawan,” jawab ibunya lagi.

Dari neraka, anaknya pun menuju ke syurga. Dia melihat ayahnya berada di pinggir telaga Rasulullah
s.a.w. “Dia melihat ayahnya sedang memberi minum kepada orang-orang dermawan dengan gelas yang
diambil dari tangan Sayyidina Ali.

Kemudian perempuan itu mengadu kepada ayahnya tentang keadaan ibunya yang tinggal di neraka. “Ibu
sangat dahaga wahai ayahku, mengapa engkau memberi minum kepada orang lain tetapi tidak kepada
ibu?” tanya anaknya. “Anakku, ibumu sekarang tinggal di tempat yang disediakan bagi orang yang
kedekut seperti ibumu dan Allah mengharamkan air telaga ini untuk mereka,” jawab ayahnya.

Dalam mimpi itu, kerana terlalu kasihankan ibunya, wanita itu tetap mengambilnya dengan sendiri, lalu
terdengar suara : “Semoga Allah mengeringkan tanganmu kerana memberi air telaga Rasulullah (Al-
Kauthar) kepada penghuni neraka.”

Apabila perempuan itu bangun daripada tidur, tiba-tiba dia dapati tangannya benar-benar kering.
Disebabkan itulah dia datang menemui Rasulullah agar disembuhkan tangannya.

Diriwayatkan, Rasulullah lalu meletakkan tongkatnya di atas tangan wanita yang kering itu seraya
berdoa : “Demi Allah, demi cerita yang telah diperkatakan wanita ini, kupohon agar engkau sembuhkan
tangannya seperti sediakala.” Dengan izin Allah tangan perempuan itupun sembuh seperti sediakala.

Maka, fahamlah wanita tersebut bahawa banyak mana amalan kita, sekiranya kita bakhil atau kedekut,
kita tetap akan masuk neraka. Dan jelaslah bahawa perbuatan kedekut itu sangat-sangat dibenci oleh
Allah.

Pengajaran
1. Di akhirat kelak tiada siapa yang dapat membantu kita.
2. Di dunia yang sementara adalah tempat mengumpul bekalan menuju ke akhirat.
3. Di dunia mungkin kita bersama, namun di akhirat adakah kita masih bersama atau sebaliknya.
4. Kadangkala mimpi yang dialami itu adalah benar dan ia merupakan petunjuk daripada Allah.

Mohd Ubaidillah Al-Musawi - Adaptasi Karya Al-Faqir I - Koleksi Al-Qisah 40


Kisah-kisah Teladan- Pendidikan Islam 2011

KHALIFAH YANG ADIL

Ini adalah kisah keadilan Khalifah Umar Bin Al-Khattab terhadap anaknya
Ubaidillah atau lebih dikenali dengan gelaran Abu Sahmah.

Pada suatu hari, datang seorang wanita dari Bani Najjar. Wanita itu
mengadu telah dizina oleh Abu Sahmah hingga hamil dan melahirkan
seorang bayi. Tentu sahaja itu memalukan khalifah.

“Hai Jaariah! Benarkah dakwaanmu itu,” tanya khalifah. “Benar khalifah!


Jika tidak percaya, hamba berani bersumpah dengan Al-quran.”

Dengan penyumpahan itu, yakinlah Umar bahawa wanita itu tidak


berdusta. Malah ketika ditanyakan langsung kepada Abu Sahmah, anaknya itu tidak menafikannya.
“Benar ayahku! Hukuman apakah yang ayah akan jatuhkan padaku? Aku pasrah dan redha daripada
menerima azab di akhirat kelak.”

Bagaimanapun, anaknya Abu Sahmah harus dihukum rejam sesuai dengan hukum hudud,” tekad
khalifah. Mendengar keputusan Umar, ramai sahabat berusaha mencegah dan menasihatinya agar
hukuman tersebut dibatalkan atau diganti dengan hukuman lain. Namun keadilan tidak berbelah bahagi.
Hukuman rejam tetap dilaksanakan. Maka, tamatlah riwayat hidup Abu Sahmah.

Maka, terbuktilah keadilan Umar. Beliau tidak mengenal sesiapa dalam melaksanakan perintah Allah
meskipun anaknya sendiri. Anak kandungnya mati kerana melakukan kemurkaan kepada Allah dan dia
terlepas dari azab neraka kerana telah menerima azab di dunia.

Pengajaran
1.Tiada pilih kasih dalam Islam.
2.Islam adalah agama yang adil kepada semua dan tidak mengira sesiapa samada raja, PM, anak, isteri
mahupun hamba.
3.Islam tidak berlaku zalim terhadap penganutnya sehingga terbukti kesalahan yang dilakukannya.

Mohd Ubaidillah Al-Musawi - Adaptasi Karya Al-Faqir I - Koleksi Al-Qisah 40


Kisah-kisah Teladan- Pendidikan Islam 2011

4.Akhlak para sahabat adalah sangat mulia kerana mendapat pentarbiyahan yang sempurna daripada
Rasulullah.
5.Hukum hudud adalah wajib dilaksanakan bagi menjaga kemaslahatan ummat seluruh dunia.

AL-HASIN MASUK ISLAM

Tersebut di dalam riwayat. Suatu hari, orang-orang Kafir Quraisy pergi


kepada seorang tua bernama Al-Hasin. Al-Hasin terkenal dengan sifat
jujur, berbudi bahasa dan suka menolong. Orang-orang Kafir Quraisy
meminta jasa baik Al-Hasin agar meminta Nabi s.a.w. memberhentikan
penyebaran agama Islam.

Maka pergilah orang tua yang jujur itu berjumpa baginda s.a.w. dan
menyampaikan maksudnya dan berlakulah dialog antara Nabi s.a.w.
dengan Al-Hasin:

“Wahai Al-Hasin! berapa tuhan yang kamu sembah?”

“Tujuh di langit dan satu di bumi.” jawab Al-Hasin.

“Kalau engkau ditimpa penyakit atau kesusahan, kepada siapa engkau meminta?”

“Kepada yang di langit,” jawab Al-Hasin.

“Kalau kehabisan harta, kepada siapa pula engkau meminta?”

“Kepada yang di langit juga.”

“Waktu meminta yang susah-susah engkau hadapkan ke langit tapi waktu menyembah engkau sekutukan
dia dengan yang di bumi, masuk islamlah kamu wahai Hasin, supaya engkau selamat.”

Mendengar hujjah itu, Hasin terus masuk Islam ketika itu juga. Anaknya Imran yang kebetulan hadir di
situ dan telah lama masuk Islam menangis apabila melihat ayahnya mengucap 2 kalimah syahadah. Dia
mencium kepala, kedua tangan dan kaki ayahnya.

Nabi s.a.w. sendiri menangis melihat kelakuan Imran terhadap ayahnya itu. Ini kerana, sebelum Al-Hasin
memeluk Islam, jangankan Imran akan buat begitu, melihatpun dia tidak mahu, tetapi setelah ayahnya
menganut ajaran Islam, Imran memenuhi tanggungjawab terhadap ayahnya. Inilah yang membuat Nabi
s.a.w. menangis.

Pengajaran
1.Islam adalah agama yang mengutamakan persaudaraan.
2.Sesungguhnya agama yang diredhai Allah hanyalah Islam.
3.Islam adalah agama yang tinggi dan tiada satupun yang dapat menandinginya.

Mohd Ubaidillah Al-Musawi - Adaptasi Karya Al-Faqir I - Koleksi Al-Qisah 40


Kisah-kisah Teladan- Pendidikan Islam 2011

4.Allah yang Berkuasa sentiasa menggagalkan rancangan musuh Allah untuk memadamkan cahaya
Islam.

MIMPI ABI QALABAH

Pada suatu hari, Abi Qalabah terlihat dalam mimpinya seolah-


olah ada kubur pecah dan keluar mayat-mayat dari kubur itu.
Mereka semua duduk di tepi kubur dan setiap orang pada
wajahnya terdapat nur (cahaya).

Dikalangan mereka, Aku melihat seorang lelaki dari


tetanggaku, tiada nur pada wajahnya, maka aku berkata
kepadanya : “Aku tidak melihat nur di wajahmu?” jawab mayat
itu, “sesungguhnya anak-anak mereka dan teman-teman mereka
memberi petunjuk dan sedekah. Aku mempunyai anak yang
tidak soleh, ia tidak mendoakan aku dan tidak bersedekah
untukku. Oleh sebab itu, tiada cahaya di wajahku dan aku rasa
malu kepada teman-temanku.

Apabila Abi Qalabah tersedar dari mimpinya, lalu dia mencari anak kepada lelaki tersebut dan
menceritakan hal yang dilihatnya dalam mimpi. Berkata anak tetangganya itu : “Aku bertaubat di
hadapanmu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi buat selama-lamanya.” Maka sejak itu anaknya
sentiasa berbuat kebaikan, berdoa dan bersedekah untuk ayahnya.

Suatu ketika Abi Qalabah melihat kejadian yang lain dalam mimpinya. Dia melihat wajah orang lelaki
itu terang cahayanya berbanding temannya. Dia berkata ; “Wahai Abi Qalabah, semoga Allah
membalasmu dengan kebaikan. Engkau telah menyelamatkanku daripada malu terhadap teman-temanku.

Maka, legalah Abi Qalabah mendengarkan itu. Begitulah pentingnya doa anak yang soleh buat ibu bapa
yang telah meninggal dunia. Abi Qalabah juga mendoakan untuk ayahnya agar bersemadi dengan aman.

Pengajaran:

1. Mati itu pasti dirasai bagi setiap yang hidup, cuma tidak diketahui bila sahaja.
2. Semua perkara akan putus melainkan tiga perkara :
- sedeqah yang berkekalan
- ilmu yang bermanfaat
- doa anak yang soleh
3. Adalah mimpi orang yang beriman 1/5 daripada kenabian dan adalah benar.
4. Sebagai seorang anak, kita hendaklah menunaikan kewajipan kepada ibubapa
meskipun setelah mereka tiada.

LUQMAN AL-HAKIM DAN TELATAH MANUSIA

Luqman Al-Hakim adalah seorang hamba Allah yang


disebut dalam Al-Quran terkenal dengan Surah Luqman
juga terkenal dengan nasihat-nasihat kepada anaknya.

Mohd Ubaidillah Al-Musawi - Adaptasi Karya Al-Faqir I - Koleksi Al-Qisah 40


Kisah-kisah Teladan- Pendidikan Islam 2011

Luqman adalah seorang tukang kayu berbangsa Habsyi bertubuh pendek dan berhidung mancung dari
Nubah dan ada yang berpendapat berasal dari Sudan dan ada juga yang berpendapat bahawa Luqman
adalah seorang hakim di zaman Nabi Daud A.S. Luqman Al-Hakim mempunyai pemikiran yang
bijaksana,buah fikirannya sangat baik dan merupakan mutiara-mutiara yang berharga.

Pada suatu hari, Luqman Al-Hakim telah masuk ke pasar dengan menaiki seekor keldai, manakala
naknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman Al Hakim itu, orang yang berada di pasar
berkata: “Lihat orang tua yang tidak bertimbang rasa itu!, dia menaiki keldai sedangkan anaknya
dibiarkan berjalan kaki”

Setelah mendengarkan kata-kata dari orang ramai, Luqman Al Hakim pun turun dari keldainya itu, lalu
meletakkan anaknya di atas keldai itu dan meneruskan perjalanan. Luqman Al-Hakim melalui
sekumpulan manusia, lalu mereka berkata, “ Lihat orang tua itu berjalan kaki sedangkan anaknya
menaiki keldai, sungguh kurang adab si anak itu.”

Sebaik mendengar kata-kata itu, Luqman Al Hakim pun terus naik atas belakang keldai itu bersama-sama
dengan anaknya untuk meneruskan perjalanan. Sekali lagi Luqman Al- Hakim melalui sekumpulan
manusia, mereka berkata, “Lihatlah dua orang menaiki seekor keldai, kasihan keldai itu, seorang manusia
pun berat ditanggung apa lagi dua orang manusia.”

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari keldai itu
dan mengheret keldai tersebut lalu meneruskan perjalanan. Sekali lagi Luqman Al Hakim melalui
sekumpulan manusia, kemudian terdengar mereka berkata, “Kenapa mereka itu berjalan kaki sedangkan
ada kenderaan tunggangan tetapi tidak dinaiki.”

Dalam perjalanan mereka pulang ke rumah, Luqman Al-Hakim telah menasihati anaknya, “ Wahai
anakku, BEGITULAH TABIAT DAN KELAKUAN MANUSIA, APA YANG DIBUAT MANUSIA
LAIN tidak ada yang kena pada hati dan pemikiran mereka, oleh itu wahai anakku, jika kita mengambil
peduli dengan apa yang mereka perkatakan, nescaya tidak ada yang betul pada pandangan mereka, oleh
itu wahai anakku, kita lakukanlah sesuatu perkara selagi perkara itu tidak bercanggah dengan kehendak
dan hukum Allah SWT.

Luqman Al Hakim berpesan lagi pada anaknya, katanya “ Wahai anakku, carilah rezeki yang halal
supaya kamu tidak menjadi fakir, kerana fakir itu akan menyebabkan tipis imannya kerana kefakiran itu
akan mendorongnya lupa kepada Allah SWT yang telah mementukan Qadak dan Qadarnya. Manusia
yang lemah akalnya akan mudah tertipu dan mudah diperdaya orang serta akan hilang kemuliaan hatinya
disebabkan kefakiran itu menyebabkan ia boleh terjerumus melakukan perkara-perkara yang dimurkai
oleh Allah SWT. Ingatlah bahawa manusia yang paling celaka ialah orang yang suka merendah-
rendahkan agama sedangkan agama khususnya Agama Islam amat tinggi amat tinggi disisi Allah SWT.

Pengajaran :

1. Umat Islam hendaklah mencari rezeki yang baik dan halal kerana mencari akan
menjahuhkan dari azab api neraka.
2. Orang yang fakir akan menyebabkan iman menjadi lemah dan mudah ditipu dan
diperdaya orang.
3. Kita hendaklah sentiasa menghayati ajaran Islam dalam kehidupan seharian kerana
ia akan menyelamatkan kita daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah

Mohd Ubaidillah Al-Musawi - Adaptasi Karya Al-Faqir I - Koleksi Al-Qisah 40


Kisah-kisah Teladan- Pendidikan Islam 2011

oleh Allah SWT.


4. Beristiqamah dalam melakukan apa jua tindakan asalkan ianya tidak bertentangan
dengan hukum Allah.

Mohd Ubaidillah Al-Musawi - Adaptasi Karya Al-Faqir I - Koleksi Al-Qisah 40

Anda mungkin juga menyukai