Anda di halaman 1dari 1

Manfaat dan kelebihan menziarahi jenazah dan keluarganya:

1) Mengingatkan kita tentang kematian

Apabila kematian berlaku di luar persangkaan kita, sukar untuk kita sentiasa mengingati detik-
detik kematian. Yang dapat, hanyalah rutin hidup yang kita biasakan. Contohnya, apabila kita
biasakan rutin kita dengan solat sunat, puasa sunat dan zikir serta selawat. Kita akan terbiasa
dengan rutin orang soleh yang membawa kebaikan kepada kehidupan selepas mati kelak. 

Akan tetapi jika tiada penghayatan yang mendalam ke atas rutin tersebut, kita masih sukar untuk
mengingati detik kematian dengan mudah. Yang ada hanyalah kebiasaan yang baik yang selalu
kita praktikkan.

2) Menginsafkan kita tentang amalan kita

Menjadi adab semasa menziarahi keluarga jenazah, kita akan bercakap tentang kebaikan
jenazah tersebut. Jika jenazah tersebut saudara mara terdekat, kita pasti akan mengingati
sendiri akan setiap kebaikannya kepada kita. Mengingati kebaikan orang lain akan
menginsafkan kita dengan amalan kita sendiri. Adakah sudah cukup amalan kebaikan yang kita
lakukan semasa di dunia?

3) Mengeratkan hubungan silaturrahim 

Berada di kehidupan sekarang, kita semakin sibuk menguruskan hal-hal harian. Jika dulu,
mensekolahkan anak adalah perkara mudah dari segi teknikalnya. Namun sekarang, terlalu
banyak protokol dan perkara-perkara teknikal yang perlu kita santuni. Sehinggakan menjadi
agak sukar untuk kita beramah mesra dengan tetangga dan keluarga.

Usaha untuk pergi menziarahi jenazah dan keluarga jenazah akan mempertemukan kita setelah
lama tidak bersua muka. Kita menjadi semakin erat apabila dapat berkongsi kesedihan bersama.
Saling memberi kata-kata nasihat dan semangat. Pasti semua suasana ini dapat mengeratkan
silaturrahim sesama kita.

Anda mungkin juga menyukai