Anda di halaman 1dari 10

Halimatus Saadiah.. Nama ni cukup besar dalam sejarah hidup Nabi Muhammad(SAW). Dialah ibu susuan Nabi.

Wanita dari Bani Saad yang tinggal di daerah pinggiran Kota Mekah ini dengan penuh redha mengambil bayi yang bernama Muhammad untuk disusukan. Di saat semua ibu susuan lain mendapat bayi-bayi hartawan..Muhammad tidak mendapat tempat di hati ibu-ibu lain. Namun, dia redha dengan rezeki yang diperolehi walaupun dia tahu upah menyusukan Muhammad si anak yatim itu tidak lumayan. Daripada pulang dengan tangan kosong, sekurang-kurangnya dia mendapat upah untuk menampung hidup keluarganya. Lalu Muhammad itu diambilnya dan dengan kuasa Allah segalanya berubah. Unta betina tua yang ditungganginya tiba-tiba mengeluarkan susu yang banyak..Ini membolehkan Halimah menambah tenaganya untuk menyusukan Muhammad..Dan yang menakjubkan ialah Muhammad menyusu dengan enak dan tertidur kekenyangan selepas disusuinya sedangkan susunya sudah kurang.. Bukan itu sahaja, banyak lagi keberkatan yang dibawa oleh Muhammad kepada keluarga Halimah dan seluruh penduduk kampungnya..Tanah yang tandus akibat kemarau menjadi subur..Dan binatang ternakan membiak dengan banyak..Limpahan rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada Halimah.. Serba sedikit kisah tentang wanita pilihan ini..Ratu dihati Nabi Muhammad dan insan pilihan Allah Taala untuk menyusukan kekasih-Nya. Beliau pembuka episod awal sirah Nabi. Diangkat darjatnya kerana kemuliaan hatinya..Memang tidak rugi berkorban untuk agama kan...

Halimatus Saadiah Kakimu melangkah lesu menuju ke jalan pulang Kecewa kerana gagal mendapat bayi hartawan Namun apakah yang akan kau beri sebagai jawapan Jika ditanya mengapa kau gagal mendapatkannya Tiba-tiba senyum si yatim itu menyapa Tergugah deria ibu yang bersemi di jiwa Biar Muhammad itu tanpa upah berganda Namun hatimu rela bukan kerana harta Halimatus Saadiah Engkau ibu yang bertuah Kau wanita penerima barakah Dari desa pedalaman Daerah di pinggiran Kau menyusui insan pilihan - intro Kau pangku dia dan berubahlah segalanya Badan yang terasa lesu kini bertenaga Susu yang sedikit itu bertambah dengan segera Peliharaan ternakan membiak subur berganda Halimatus Saadiah, kau ibu barakah Engkau pemula muqaddimah yang indah Episod awal sirah Nabi junjungan mulia Kau ibu susu yang bertuah Pada sejarahmu terukir kenyataan Tidak kan miskin jika membela Islam Tidak hina meriba kebenaran yang mulia Jangan takut jika kau beriman

Ketika kelahiran Nabi saw, menjadi kebiasaan kepada para ibu dari bangsa Arab Badwi yang tinggal jauh di pendalaman, datang ke kota Mekah untuk mencari bayi-bayi yang baru dilahirkan dususukan dan dipelihara. Ini kerana para ister-isteri pembesar Mekah selalunya akan mengupah ibu susuan dari desa untuk menyusu anak-anak mereka dan juga memelihara mereka setelah mereka melahirkan anak.

Mereka berduyun-duyun datang ke Mekah untuk mencari anak-anak yang baru dilahirkan. Terutamanya anak-anak pembesar Mekah. kerana upahnya yang lumayan. Malang kepada Aminah kerana dia telah kematian suami, iaitu Abdullah, berita itu telah tersebar hingga ke seluruh tempat. Maka wanita desa yang datang untuk menawarkan perhidmatan tidak singgah lansung ke rumah Aminah, kerana mereka tahu tidak akan ada upah diberi jika mereka susukan anaknya.

Dan ketika harapan untuk Aminah hampir pudar, datanglah seorang wanita dari pendalaman iaitu dari perkampungan Bani Saad ke rumah Aminah. Wanita itu ialah Halimah binti Abu Zu'aib as-Sa'adiah yang lebih terkenal dengan nama Halimatus Sa'adiah. Dia juga merupakan isteri kepada al-Harith bin Abdul Uzza (Abu Kabsyah). Ketika semua wanita desa berebut-rebut mencari anak-anak pembesar Quraisy yang kaya. Halimatus Sa'adiah hanya melihat kerana dia seorang yang sangat lemah lembut dan penyabar. Ketika dia merayau-rayau di sekitar kota Mekah, akhirnya sampai lah dia di depan rumah Abdul Muttalib.

Pertama kali dia melihat anak kecil yang sangat comel dan sihat itu dengan tidak berpikir panjang terus dia menyatakan Hasratnya kepada Aminah dan Aminah pun bersetuju untuk memberi Nabi kepada Halimatus Sa'adiah untuk disusukan dan dipelihara. Halimatus Sa'adiah membawa Nabi pulang ke kampungnya iaitu di perkampungan Badwi Bani Saad bin Bakar yang terletak di antara kota Mekah dan Taif.

Sebelum Halimatus Sa'adiah mengambil Nabi saw, Ibunya iaitu Aminah sempat menyusukan Baginda selama lebih kurang seminggu, selepas itu Nabi disusukan pula oleh hamba Abu Lahab, Thuwaibah al-Aslamiyyah.

Thuwaibah juga menjadi ibu susu kepada bapa saudara Nabi iaitu Hamzah bin Abdul Muttalib, dan juga Abdullah bin Abdul Asad al-Makhzumi (sepupu Baginda) Anak kepada Birrah binti Abdul Muttalib.

Dalam perjalanan ke perkampungan Bani Saad dari Mekah, pelbagai perkara yang menakjubkan berlaku kepada keluarga Halimatus Sa'adiah.

Halimatus Sa'adiah bercerita;

"Tahun itu tahun kemarau. Tidak ada satu pun yang tinggal kepada kami, Saya berangkat bersama suami dan seorang anak, berangkat menyertai ibu-ibu lain. dengan menunggang keldai yang keputihan selain dari itu kami juga membawa seekor unta tua yang tidak lagi mengeluarkan susu walaupun setitik. Kami tidak dapat tidur kerana keadaan itu membuatkan anak saya sering menangis kelaparan keran tiasa susu. Air susu saya tidak lagi dapat mengenyangkannya, susu unta juga tidak ada."

"pada malam itu saya berangkat dengan menunggangi keldai saya yang cepat lelah kerana kurus dan lemah. Akhirnya sampai lah kami ke Mekah untuk mencari anak yang akan disusukan. Sebenarnya Rasulullah saw di tawarkan kepada setiap ibu-ibu yang lain, tetapi semua menolaknya, kerana anak itu anak yatim."

"Saya pun berkatalah dalam diri saya. Demi Allah! saya mesti mengambil anak yatim tersebut, biarlah saya ambil dia."

perkara itu pun dipersetujui oleh suami Halimatus Sa'adiah.

"Tiada apa yang mendorong saya untuk mengambilnya kerana tidak ada anak lain untuk disusukan. saya pun mengambil cucu Abdul Muttalib itu dan meletakkan di pangkuan saya, Dia terus menyusu minum sampai sepuas-puasnya. Saudara sesusu Nabi (anak Halimatus Sa'adiah) pun turut menikmati susu saya hingga kenyang kemudian keduanya terus tidur. padahal sebelum itu saya kekeringan susu."

"Suami saya pergi ke tempat unta kami, dilihatnya unta kurus itupun sudah penuh dengan susu. Lalu diperahnya dan dibawa pulang. Kami pun dapat tidur malam itu dengan nyenyak. Suami saya berkata pada saya."

"Percayalah Halimah. Demi Allah! Bahawa engkau sudah mengambil anak yang berkat sekali."

"Demikianlah kamipun menuju ke tempat kediaman kami bersama dengan Muhammad. Demi Allah! perjalanan kami amat cepat sekali. Tidak ada himar teman-teman saya yang dapat mengikuti perjalanan kami. Sehingga mereka berkata."

"Wahai Halimah! Kasihanilah sedikit kepada kami. Bukankah ini himar engkau yang kelmarin yang engkau bawa ke Mekah?"

"ya. "

"Demi Allah! Tentu ada sesuatu yang terjadi."

"Demikianlah kami sampai di perkampungan Bani Saad. Saya tidak tahu apakah ada lagi tempat yang lebih kemarau dari tempat kami itu. Sungguh pun demikian waktu kami sampai, saya lihat semua kambing-kambing kami semuanya sudah kenyang dan susunya pula penuh. Lalu kami perah dan minum. Sedangkan teman-teman yang lain setitik pun tidak ada susu pada kambing-kambing mereka."

ini menimbulkan kehairanan pada jiran-jiran Halimatus Sa'adiah, hingga mereka pun berkata.

"Wahai Halimah! Sungguh beruntung kamu kerana memelihara anak Aminah itu. Sesungguhnya anak itu membawa keberkatan kepada mu."

Ada juga jiran Halimatus Sa'adiah berkata

"Celaka kita, lepaskanlah kambing-kambing ke tempat Halimah melepaskan

Kambingnya."

Tetapi setelah kembali dari tempat ragut kambing-kambing Halimatus Sa'adiah, Kambing-kambing mereka pulang dengan lapar juga, dan tidak ada yang mengeluarkan susu. Begitulah terus menerus Halimatus Sa'adiah dan keluarganya mendapat kurniaan rezki dari Tuhan hingga genaplah umur Nabi 2 tahun.

Nabi dipelihara oleh Halimatus Sa'adiah sekeluarga di Desa Bani Saad hingga usia Baginda 2 tahun. Abu Kabsyah dan anak perempuannya Asy-Syima' juga turut menjaga Nabi.

Setelah Genap 2 tahun, Halimatus Sa'adiah membawa Nabi pulang ke pangkuan Ibu kandungnya, Aminah.

Aminah memelihara Nabi hanya sebentara sahaja kerana Halimatus Sa'adiah meminta keizinan dari Aminah untuk memelihara Nabi semula. Ini kerana dia terlalu sayang kan Nabi hingga dia tidak sanggup berpisah denganNya. Selepas itu Nabi dibawa pulang sekali lagi ke ke perkampungan Bani Saad, dibesarkan disana hingga usia baginda 4 tahun 2 bulan iaitu lebih kurang 50 bulan.

Maka hidup lah Nabi di desa yang aman dan tenteram itu. Pertuturan di kalangan Bani Saad membuatkan Nabi bertutur dalam bahasa Arab yang sangat fasih. ini kerana bahasa Arab Kabilah Bani Saad adalah satu-satunya kabilah yang paling fasih bahasa Arabnya. Nabi pernah bersabda;

"Aku adalah orang yang paling fasih diantara kamu, dan aku orang Quraisy yang dibesarkan di dusun keluarga Bani Saad bin Bakar." .Lahirnya walaupun masih ada ibu tempat bermanja, tapi dari kecil lagi dipisahkan pula dari ibunya, kerana diberi kepada ibu angkatnya, Halimatus Saadiah namanya. Tidak sempat bermanja dengan ibunya, bahkan belum pun sempat kenal ibunya, dipisahkan pula, aduh hibanya hati kita? Ibu angkatnyalah yang memelihara di dalam keadaan miskin pula, empat tahun lamanya. Hati kita ikut terasa luka dibuatnya? Nabi merasa ibu angkatnya itulah ibu kandungnya. Aduh! Baru sedang asyik-asyik bermanja, di dalam belaian ibu angkatnya, memang ibu angkatnya terlalu sayang kepadanya,

dipisahkan pula. Sedang berkasih sayang, di antara anak dan ibu angkatnya, ibu kandungnya mengambilnya pula. Sudah tentu sekali sama ada Halimah mahupun Nabi, macam tercabut nyawanya, kerana terpisah dengan orang kesayangannya... Kita selalu mendengar Rasulullah SAW menjadi anak susu kepada Halimatus Sadiah. Jadi yang hendak diperkatakan Halimatus Sadiah. Sudah diperkatakan sebelum ini mengenai Rasulullah SAW. Seorang yang istimewa, seorang yang luar biasa, agung. Seorang yang kerananyalah dunia Akhirat diciptakan Tuhan. Jadi apa saja yang berhubungan dengan Rasulullah SAW walaupun satu titik, lebih-lebih satu huruf, lebih-lebih satu perkataan, ada maknanya, ada erti, ada benda tersirat, ada benda yang patut kita congkel supaya terserlah. Halimah nama orang perempuan, kalau nak diterjemahkan kepada bahasa Melayu, Halimah Itu maknanya lemah lembut, berkasih-sayang ataupun orang baik. Sadiah, kalau kita merujuk kepada etnik, Halimah yang etniknya Bani Saad. Kalau Sadiah tu dirujuk kepada Halimah, Halimah yang bahagia. Apa yang nak diperkatakan ialah Halimah yang bahagia. Sadiah tu dirujuk kepada pribadi Halimah, bukan kepada etnik. Halimah yang lemah lembut yang bahagia.Tuhan bagi n ama Halimah disebut Sadiah, itu bukan kebetulan. Telah diperkatakan apa yang berhubungan dengan Rasulullah SAW, titik pun ada makna, betapalah 2 perkataan Halimah dan Sadiah, tentu ada makna yang besar. Sadiah, yang bahagia. Di zaman jahiliah, sudah jad i tradisi atau sudah jadi budaya siapa melahirkan anak akan diserahkan kepada emak angkat. Tradisi ni sudah berpuluh tahun. Jadi lahirlah dalam tahun tu 40 orang, 41 kalau campur Rasulullah SAW. Ini isyarat bahwa 40 orang tu bakal menjadi sahabat Rasulullah SAW. Etnik Halimah ni satu masa pergi ke Mekkah nak cari anak susu. Waktu pergi tu ada 41 orang bayi. Kerana keluarga Rasulullah SAW miskin, maka dibungkus Rasulullah SAW tu dengan kain buruk saja, sedangkan anak-anak orang lain yang 40 dibungkus dengan kain-kain dengan sutera yang baik. Bila rombongan Bani Saad ni datang, anak -anak bayi tu semuanya diletak di Kaabah dan terlihat lahiriah. Yang mana nampak cantik itu diambil dulu. Rasulullah SAW, oleh emaknya yang miskin dibungkus dengan kain ala kadar. Tak ada yang minat pergi dan ambil ke tempat Rasulullah SAW. Hingga 40 orang tu dah diambil orang semua. Tinggal seorang saja iaitu Rasulullah SAW. Halimah dan suaminya tertinggal kerana untanya dah tua. Mereka pergi bersama-sama, tapi sampainya tak sama, sebab unta halimah sudah tua, terhegeh-hegeh.Halimah fikir tak dapatlah budak, kalau dapatpun tentulah dapat anak-anak miskin. Bila dia tengok dah tinggal seorang, diapun pergi. Bila dia tengok bayi itu, keluar cahaya. Diapun rasa bahagia. Budak ni bungkusnya saja buruk tapi mukanya bercahaya. Maka dia cakap pada suaminya, Abang tengok budak ni bercahaya, untung kita jadikan anak. Itu bahagia yang pertama.

Itulah yang dimaksudkan Halimah yang bahagia. Sudah jadi tradisi orang yang mendapat anak susuan, dia pergi menuju Hajar Aswad dulu sebelum balik. Di dekat Hajar Aswad, tiba tiba batu Hajar Aswad keluar dari sarangnya dan pergi kepada Rasulullah SAW dan terus mencium Rasulullah SAW. Terkejutlah Halimah. Halimah kata, bahagianya saya. Budak ni mesti ada masa depan. Cadangnya dia nak bawa Muhammad ke Kaabah untuk cium Hajar Aswad, tapi ternyata Hajar Aswad yang cium Rasulullah SAW. Maka dia kata budak ni ada masa depan, mesti jadi orang istimewa tapi tak tahu apa. Itulah bahagia yang ke-2. Lepas tu, dia pulanglah dengan suaminya, yang lain sudah jauh meninggalkan mereka. Ketika mereka naik unta, terkejut mereka, unta tu jadi gagah. Unta tua tu dapat pintas semua rombongan tadi, terkejut lagilah Halimah dan suaminya. Ini mesti ada kaitan dengan budak ini. Dia cakap, bahagianya kita bang dapat budak yang luar biasa. Ini bahagia yang ke-3. Akhirnya rombongan tadi dapat dipintas, rombongan tu terkejut. Ada yang tanya, dapat unta baru ke? Mereka kata, Halimah tunggu, tapi unta tu terus saja.Bila sampai di rumah, dia terkejut, semenjak Rasulullah SAW ada di rumah, Halimah tak payah pasang lampu, muka Rasulullah SAW bercahaya sepanjang masa. Terkejut suami isteri itu hingga berkata, bertuahnya kita bang dapat budak ni, dia mesti ada masa depan, sesuai dengan namanya bahagia. Inilah bahagia yang ke-4. Selama 4 tahun Rasulullah SAW dibelanya. Halimah tu orang miskin, macam Siti Aminah yang juga miskin. Tapi semenjak dapat anak angkat Rasulullah, rezekinya mewah. Mereka hairan dan bahagia. Dah 5 kebahagian. Semenjak dengan Halimah, Rasulullah SAW tak pernah minta makanan, dibagi dia makan tak dibagi dia tak minta. Tak macam budak lain bila lapar minta makanan. Halimah dan suaminya hairan, mengapa budak Ini diberi makan dimakan tak diberi dia tak minta. Bertuah kita bang, bahagialah kita. Kemudian bila diberi makan tak pernah minta tambah. Anak kita tak, begaduh adik-beradik pasal nak tambah lauk. Rasulullah SAW tidak, berapa banyak dibagi, itu sajalah yang dia makan. Dia tak minta. Suami isteri hairan, Rasulullah SAW tak pernah minta makanan. Kalau diberi makan, dia tak pernah minta tambah. Halimah kata pada suaminya, bertuah kita bang dapat budak ini. Ini bahagia yang ke-6. Selain tu, waktu ambil Rasulullah SAW sebagai anak susu, susu Halimah bertambahtambah banyak, Halimah hairan. Selama ni susunya bukan tak ada tapi tak begitu banyak. Tapi semenjak muncul Rasulullah SAW susu mencurah-curah. Peliknya lagi bila dah susu sebelah, nak susu sebelah lagi Nabi Muhammad tutup mulut kuat-kuat. Halimah faham Rasulullah SAW ajar dia yang sebelah ni untuk abangnya Damrah.

Sejak kecil lagi Tuhan dah masukkan keadilan pada Rasulullah SAW. Dia tak mau ganggu bagian abangnya punya. Ini bahagia yang ke-7. Kemudian Rasulullah SAW ni tak pernah menangis, budak macam manapun menangis. Tapi Rasulullah SAW tak. Halimah dan suaminya hairan, budak ni mesti ada masa depan. Ini bahagia yang ke-8. Suatu masa, Rasulullah SAW bermain-main dengan abang angkatnya nama Damrah. Dia bermain di padang pasir. Tiba-tiba dia telentang macam pengsan. Tapi abangnya tengok dia tak pengsan, terbaring saja. Damrah panggil emaknya, emak mari-mari tengok, adik ini kenapa? Jadi Halimah cepat-cepat datang, sampai kepada Rasulullah SAW diapun peluk.Selepas Rasulullah SAW puas-puas dipeluk, dia tanya, mengapa nak, engkau sakit ke? Rasulullah SAW cakap, ada 3 orang tangkap aku, dibelah dada aku tapi tak sakit, dibasuh-basuh kemudian dijahitnya tak sakit, itu saja. Hairan Halimah. Tak percaya anaknya yang cakap. Nak percaya, iya ke? Halimah cakap pada suaminya, bertuah kita bang, anak kita ni mengalami ini, ini mesti ada masa depan. Dah 9 bahagia. Kemudian selepas 4 tahun, Rasulullah SAW dibawa oleh Halimah untuk diserah kembali kepada emaknya. Bila diserah balik dia tak tahu apa yang berlaku pada Rasulullah SAW, sebab nak dapat maklumat di zaman tu susah. Tiba-tiba ketika umur Rasulullah SAW 40 tahun terdengarlah berita oleh Halimah, rupanya anak susunya menjadi rasul. Maka dia kata pada suaminya, tak sangka bang, anak susu kita, anak angkat kita jadi rasul. Bahagianya Halimah, suaminya pun rasa bahagia. Ini bahagia yang ke 10. Tapi nak jumpa Rasulullah SAW susah, Halimah Islam di tangan orang lain bukan di tangan Rasulullah SAW. Cuma satu hari waktu dia dah tua, satu kali dapat jumpa Rasulullah SAW. Waktu dah tua bahagianya Halimah. Bertemu lagi setelah 40 tahun setelah menjadi rasul. Selepas tu Halimah mati. Itulah sekali jumpa Rasulullah SAW. Ini bahagia yang ke-11. Cerita yang dibawa ni sesuai dengan nama Halimah yang dapat bahagia, banyak kebahagian yang Halimah dapat selepas dia membela Rasulullah SAW. Ini menunjukkan apa saja yang berkaitan dengan Rasulullah SAW, walaupun satu titik dia ada makna, ada maksud, ada simbolik, cuma kita diberi faham atau tidak oleh Allah. Kalau Allah bagi tahu, macam-macam dapat kita congkel dari Rasulullah SAW walaupun satu huruf. Nama Halimah Sadiah tu sesuai dengan pengalaman hidupnya. Sebab tu dalam Islam disuruh bagi nama pada anak yang baik-baik, itu doa. Mogamoga budak tu bila dia besar sesuai dengan namanya. Jangan bagi nama yang tak baik atau nama orang kafir atau nama Yahudi, takut-takut Tuhan teruskan macam tu

Anda mungkin juga menyukai