Anda di halaman 1dari 8

PERLANTIKAN NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI RASUL

Perlantikan Muhammad bin Abdullah bin Abu Mutalib bin Hasyim menjadi rasul adalah
suatu perkara yang penting dalam pembangunan Islam. Muhammad juga merupakan
rasul yang terakhir diutuskan Allah SWT kepada umat manusia untuk terus beriman di
jalan Allah
Rasul merupakan seseorang yang mampu mengajak umat manusia untuk berdakwah
berdakwah atau menyebarkan dakwah Islam dan mengajar cara-cara yang berdakwah
dengan betul untuk menuju ke jalan Allah SWT. 
Oleh itu, umat Islam perlu berpegang pada agama Islam dan berpegang pada Nabi
Muhammad SAW yang merupakan kekasih Allah. Nabi Muhammad adalah manusia
biasa yang diutuskan oleh Allah untuk menyampaikan wahyu kapada umat Islam.
Kesempurnaan nabi Muhammad merupakan lambang kebesaran Allah SWT. Rasul itu
akan mendatangkan keringanan bagi manusia. 
Konklusinya, umat Islam perlu memperjuangkan agama Islam dan membangunkan
agama Islam hingga ke persada dunia serta menjadi agama yang paling mulia dan
teragung di atas muka bumi Allah ini. 

TANDA AKAN TERUTUSNYA SEORANG RASUL


Ketika Nabi Muhammad genap berusia empat puluh tahun, pada waktu dunia sedang
diliputi oleh kabut kesesatan dan umat manusia sedang berada dalam lembah
kediadaban yang sukar untuk di tolong, pada saat itulah Allah menurunkan tanda
diutusnya Nabi Muhammad. Demikianlah Sunnatullah jika dunia sedang tenggelam
dalam kebejatan maka Allah meolongnya dengan mengutuskan seorang nabi. 
Melihat keadaan Kota Makkah dan penduduknya yang tenggelam dalam kebejatan dan
kemusyrikan, hati Nabi sangat susah sekali. Kerana itu Nabi sering merenungkan nasib
kaumnya yang sesat dalam hidup yang bodoh dan jahil. Hati nabi merasaknan tidak
kuat melihat keadaan Kota Makkah dan penduduknya yang semakin parah. Beliau
merasakan bahawa kota makkah seolah-olah sempit baginya untuk hidup, jadi beliau
sering memencilkan diri di Gua Hira’. Selama di sana, beliau selalu berusaha
mendekatkan diri kepada Allah. Dengan harapan kiranya Allah memberikan
ketenangan pada hati beliau yang sedang dilanda risau. 
Setiap kali ke Gua Hira’, beliau membawa bekalan yang cukup baginya untuk beribadat
selama beberapa minggu. Jika perbekalannya habis, beliau kembali ke rumah untuk
menjenguk isterinya dan mengambil perbekalan baru untuk ke sana. 
Dalam suatu riwayat dikatakan beliau setiap berjalan dekat batu atau pohon, beliau
mendengarkan suara dari batu atau pohon yang memberi salam kepada Nabi “
Assalamualika ya Rasulullah ”. Namun setiap kali beliau menoleh ke arah suara itu
beliau tidak mendapatkan seorang pun berada di dekatnya. 
Sirah Ibnu Hisyam, Jilid 1, halaman 234-235. Juga terdapat dalam sahih Muslim, sadba
Rasulullah SAW yang bermaksud ; “ Saya tidak mengetahui sebuahbatu di Makkah
yang pernah mengucapkan salam kepada saya sebelum saya diutus, tetapi sekarang
saya mengetahuinya”. Kitab al- Fadhaail. 
Dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Imran Bukhari dikatakan bahawa menjelang
datangnya wahyu Allah pertama kepada nabi, beliau sering bermimpi melihat yang
terang bagaikan fajar pada hari. 

MUHAMMAD ADA DI SEBUT DALAM AL QURAN


Hampir rata rata orang mengakui Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib itu
seorang nabi dan seorang rasul, baik yahudi atau nasraninya. Akan tetapi pengakuan
mereka belum lagi setuju semestinya. Kebanyakan orang yang diluar Islam
mengatakan Muhammad itu betul seorang Nabi, tetapi Nabi orang Arab Musa dan Isa
Nabi orang Bani Israil. Sedang yang semestinya seperti yang diturunkan Allah SWT
dalam Al quran dan yang telah berkali-kali diakui orang-orang yang jujur dari Kaum
makkah yang mempunyai fikiran merdeka. Beliau adalah Rasulullah [ utusan besar
daripada tuhan ] buat segenap bangsa, bahkan segenap tempat sepanjang masa.  

• MUHAMMAD SEBAGAI MANUSIA BIASA


Nabi Muhammad SAW bukannya tuhan ataupun anak tuhan, sebaliknya baginda
hanyalah seorang insan biasa yang dikurniakan wahyu oleh Allah SWT. Allah SWT
berfirman di dalam surah Al-Kahfi ayat 110 dengan maksud, ”katakanlah
:Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu yang diwahyukan
kepadaku bahawa Tuhanmu ialah Tuhan yang Esa”. 
Golongan Quraisy pernah mempertikaikan hikmah Allah SWT mengutuskan RasulNya
daripada kalangan manusia. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Furqan ayat 7
maksud, ” Dan mereka berkata : Mengapa Rasul ini memakan makanan dan berjalan di
pasar – pasar?”. 
Sebenarnya sebagai insan, Baginda lebih memahami keperluan insan dan mampu
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka secara praktikal. Manusia juga
mudah mencontohi Rasul yang hidup bersama sama dengan mereka setiap hari.  

• MUHAMMAD DIUTUSKAN UNTUK SELURUH ALAM DAN UMAT MANUSIA 


Rasul – rasul sebelum Nabi Muhammad SAW diutuskan kepada kaum – kaum mereka
sebagaimana yang difirmankan Allah SWT dalam surah Ar-Ra’d ayat 7 dengan maksud
“Bagi setiap kaum ada Penunjuk jalannya ”. 
Nabi Syuib as. Diutuskan kepada kaum Madyan, Nabi Hud as. Kepada Kaum Ad; Nabi
Saleh as. Kepada kaum Thamud, Nabi Musa as. Kepada Bani Israil dan begitulah
seterusnya. Sebaliknya, Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk seluruh alam. Allah
SWT telah berfirman dalam surah Al-Anbiya ayat107. 
Didalam Al Quran, Surah As-Saba’ ayat 28 tuhan telah mengirimkan firmanNya
(dengan maknanya saja):

“Kami mengutuskan engkau buat segenap manusia, untuk mengembirakan dan


manakutkan (memberi peringatan); akan kebanyakan orang tidak mengetahuinya”. 

Demikian juga firman tuhan dalam surah Al-Furqan, 

“Maha suci Allah yang telah menurunkan rasul kepada hambanya (Muhammad SAW )
untuk menjaadi pengajaran seluruh alam”. 

Dalam ayat kedua yang tersebut di atas, dengan cara yang betul sekali Allah Ta’ala
menerangkan bahawa Muhammad SAW sebenarnya diangkat Allah, jadi urusanNya
buat segenap dan seluruh alam dan al Quranlah yang disampaikan kepada sekalaian
yang tersebut. 

Dalam surah Al A’raf, ayat 157 ada tersebut seperti dinyatakan (maksudnya):

“( Adapun orang –orang yang mu’min ) yaitu orang – orang yang tidak tahu akan
ajaran Rasul dan Nabi yang ummi (tidak tahu tulis dan membaca ) yang telah didapati
akan sifat-sifatnya tertulis didalam Taurat dan Injil, menyuruh mereka dengan
pekerjaan yang baik-baik dan melarang itu dari yang mungkar-mungkar, yang
menghalalkan makanan baik-baik bagi mereka itu dan mengharamkan yang keji-keji
itu mereka yang mengugurkan beban-beban yang berat daripada itu dan
(melepaskan ) belenggu-belenggu yang ada diatas mereka maka orang-orang yang
percaya dengan dia, memperkuatnya dan mengikut akan cahaya yang diturunkan
sertanya, itulah orang-orang yang menang (157)”. 
Dia menyuruh seluruh manusia mengerjakan pekerjaan yang baik. Melarang manusia
mengerjakan pekerjaan yang mungkar, dan busuk atau merusak. 
Rasul itu akan membawa syariat yang dasarnya menghalalkan dan barang-barang
yang baik kepada sekalian manusia. Akan mengharamkan sekalian yang keji-keji yang
membahayakan akal dan pergaulan umum. Rasul itu akan mendatangkan keringanan
bagi manusia dengan mengutuskan perintah-perintah yang berat dan sukar
mengerjakannya. Syariat yang serdahana, banyak manfaatnya bagi hidup didunia atau
berpindah kea lam akhirat, sehingga terlepaslah jenis manusia dari belenggu-belenggu
yang menghalangi mereka bekerja menguasai kebahagiaan itu. 

JIBRAIL MERASMIKAN MUHAMMAD SEBAGAI RASUL ALLAH

Suasana malam di bulan Ramadhan itu amat terasa sekali. Muhammad sedang
bersendirian berkhalwat di dalam Gua Hira. Dalam ketenangan malam yang hening
itulah malaikat Jibrail, datang membawa wahyu kepada lain-lain Nabi Allah, Ibrahim,
Musa dan Isa as, dan malam itu ia muncul pula di depan Muhammad lalu berkata:

“ Iqra” (bacalah)
“ Ma’ Aqra” ( Aku tidak tahu membaca )

Mendengar jawapan Muhammad itu, lalu Jibrail memeluk baginda. Baginda merasa
seakan akan lemas barulah dilepaskan Jibrail, dan ia berkata lagi:

“Iqra” (bacalah)
“ Ma’Aqra” (akutidak tahu membaca) jawab Muhammad. 

“ Bacalah dengan nama tuhan engkau yang menciptakan, yang menjadikan manusia
dari segumpal darah. - Bacalah, dan Tuhanmu lah yang paling pemurah ; yang
mengajar manusia dengan qalam ; mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya”. 
Demikian Malaikat JIbrail membacakan ayat-ayat Al Quran itu dan diikuti Muhammad
membacanya. 

Inilah ayat-ayat dari surah Al Alaq yang pertama diturukan kepada Nabi Muhammad.
Setelah selesai baginda membaca ayat tersebut, malaikat Jibrail pun berlalu dan
dituruti Nabi keluar dari Gua Hira’ itu. 

“ Wahai Muhammad, engkau Rasul Allah dan aku ini Jibrail”. 

Nabi Muhammad memandang ke langit dan dilihatnya Jibrail dalam rupa bentuk
manusia. Kedua tumitya berada berada di hujung langit. 

Muhammad tidak menjawab, terdiam dan terus memandang ke langit. Baginda tegak
bagaikan terpukau di bumi. Tidak bergerak ke depan atau ke belakang dan kepalanya
terus memandang ke atas dan ke mana saja arah dipandang, baginda akan Nampak
Jibrail. 

“ Wahai Muhammad, engkau Rasul Allah dan aku ini Jibrail, ” Demikian diulangi Jibrail. 

Baginda terus terdiam dan berkeadaan demikian sehingga digerakkan oleh orang-
orang yang disuruh Khadijah mencari suaminya Muhammad kerana baginda merasai
bimbang di hatinya, khuatir sesuatu berlaku ke atas baginda. 

Akhirnya Jibrail berlalu dan menghilang. Setelah berasa tenang seketika, Muhammad
pun berangkat pulang dan khadijah sudah sedia menunggu. 

Mulai saat itu rasmilah Muhammad sebagai Rasul Allah dalam empat puluh tahun.
Baginda utusan Allah kepada manusia bagi menunjukkan jalan-jalan kebahagiaan
dunia dan akhirat. Malaikat Jibrail akan berulang alik mengunjungi baginda dengan
membawa ajaran-ajaran Allah. 

Wahyu Allah merupakan Al Quran iaitu kitab suci bagi orang-orang Islam (muslimin),
Islam agama Allah yang terakhir yang diredhainya untuk manusia dan Muhammad
adalah Nabi yang terakhir: khatamun Nabiyin. Selepasnya tidak ada lagi Nabi dan
Rasul. 
PERMULAAN KERASULAN MUHAMMAD

Sebelum mencapai tahap kerasulan, baginda menghabiskan waktu siang dan


malamnya di sini. Baginda memilih tempat yang jauh dari kebisingan untuk malamnya
di sini. Baginda memilih tempat yang jauh dari kebisingan untuk berdoa dan
beribadah. Pada waktu lain baginda menghabiskan seluruh bulan Ramadhan di sini.
Isteri tercintanya tahu bahawa apabila suaminya tidak pulang, pastilah baginda sedang
berdoa di Gunung Hira’. Ketika khadijah mengirim orang untuk melihat keadaan
baginda, mereka mendapati baginda sedang berzikir dan bersembang. 

Sebelum diutus menjadii rasul, Muhammad suka memikirkan dua perkara:

1. Baginda mengkaji secara mendalam kehidupan dan mengamati keindahan,


kekuasaan dan ciptaan Allah dalam setiap kejadian. Keindahan, kekuasaan dan ciptaan
Allah dalam setiap kejadian. Dengan melakukan kajian mendalam terhadap langit dan
bintang serta menimbang secara saksama tentang makhluk di bumi, baginda mencapai
matlamatnya menuju puncak makrifat yang paling tinggi. 

2. Baginda merenungi tanggungjawab berat yang harus dipikulnya. Dengan segala


kerosakan dan kehancuran masyarakat manusia masa itu, baginda tidak terfikir kalau
dakwahnya merupakan hal yang mustahil. Namun pelaksanaan perancangan dakwah
itu pun tidak kurang sulit dan beratnya. Oleh itu, baginda mengamati kehidupan orang
Makkah sambil memikirkan jalan dan cara untuk menyeru mereka kea rah kesucian
hidup. 

Baginda hairan melihat orang menyembah berhala yang tidak bernyawa dan tidak
berfaedah serta memperlihatkan perhambaan dihadapannya. Tanda rasul tidak senang
muncul di wajahnya. Namun kerana belum diperintahkan untuk mengubah keadaan
itu, baginda menahan diri dari mengungkapkannya kepada orang itu.  

• WAHYU PERTAMA

Tanpa ragu lagi bahawa untuk menghadapi malaikat memerlukan persiapan khusus.
Apabila tidak berjiwa besar dan kuat orang tidak akan sanggup memikul beban
kenabian mahupun bertemu dengan malaikat. Baginda sentiasa bersedia melalui
ibadah yang berpanjangan, berkhalwat dan memohon rahmat Allah. Selama beberapa
waktu, saat-saat yang paling menyenangkan adalah ketika berkhalwat. 

Setelah beberapa waktu, pada hari yang ditetapkan, Jibrail memperlihatkan lembaran
sambil memerintah kepadanya : “ Bacalah!” Nabi yang buta dan tidak dapat membaca.
Malaikat Jibrail memeluknya kuat lalu memintanya membaca. Baginda mengulangi
jawapannya. Malaikat Jibrail memeluknya lagi dengan kuat. Tindakan ini diulangi
sebanyak tiga kali. Selepas pelukan yang ketiga, baginda seolah –olah mampu
membaca tulisan di lembaran itu. 

Baginda membaca ayat tersebut (surah al’Alaq: 1-5 ):

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah


menciptakan manusia dan segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang mengajari
(manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang
tidak diketahuinya”.  

KHADIJAH MENEMUI WARAQAH BIN NAUFAL  

Waraqah bin Naufal adalah seorang dalam bangsa Arab. Sudah lama beliau memeluk
agama kristian setelah mempelajari Injil dan merupakan orang terkemuka di
bidangnya. Isteri tercinta nabi itu menceritakan kepada Waraqah apa yang
didengarnya daripada Khadijah, Waraqah berkata “ Suamimu orang jujur. Yang
dialaminya itu adalah permulaan kerasulan. Jibrail telah turun kepadanya”.  

Disepakati oleh kalangan ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah tarikh perlantikan
Muhammad sebagai rasul berlaku pada bulan Ramadhan ketika Nabi berusia genap 40
tahun kerana permulaan kenabian adalah bermula pada hari turunnya wahyu, dapat
dikatakan bahawa Nabi diutus pada bulan Ramadhan.  

PENUTUP
Klonklusinya, pengangkatan Muhammmad sebagai rasul dan nabi adalah detik atau
suatu perlantikan yang amat istimewa bagi umat Islam. Kehadiran rasulullah telah
membangkitkan minda umat Islam untuk terus hidup di jalan yang betul. Kita sebagai
umat Islam perlu menyambung legasi Nabi Muhammmad SAW sehingga ke persada
dunia. Di samping itu, kita perlu sentiasa ingat kepada beliau yang merupakan kekasih
Allah dan amat sempurna di mata Alllah.  

Nabi Muhammad juga merupakan rasul dan nabi yang terakhir yang mampu mebentuk
umat manusia sebagai muslim yang sejati. Banyak pengorbanan dan perjuangan nabi
bagi membesarkan lagi empayar agama Islam. Oleh yang demikian, kita perlu
mencontohi sifat dan perbuatan nabi supaya kita menjadi ikon umat islan yang
cemerlang. 

Perjuangan nabi adalah Transformasi umat Islam. Setiap perubahan yang dilakukan
oleh Nabi Muhammad dalam setiap penyebaran dakwahnya atau setiap perbuatan yang
mampu mengangkatan martabat agama Islam adalah untuk memberi perubahan
dalam kehidupan umat Islam supaya tidak tersalah memilih jalan

Anda mungkin juga menyukai