Anda di halaman 1dari 2

ANTARA MUKJIZAT NABI MUHAMMAD

S.A.W
Artikel ini adalah untuk bacaan tambahan Muslim dan juga ditujukan kepada orang-
orang Kristian yang menuduh bahawa Nabi Muhammad S.a.w TIADA MUKJIZAT dan
kelebihan langsung sepertimana Nabi Isa a.s (Yesus). - Halimah binti Abi-Dhua’ib, ibu
susu Muhammad dapat menyusui kembali setelah sebelumnya dia dinyatakan telah
kering susunya. Halimah dan suaminya pada awalnya menolak Muhammad kerana
yatim. Namun, kerana alasan dia tidak ingin dicemuh oleh Bani Sa’d, dia menerima
Muhammad. Selama dengan Halimah, Muhammad hidup secara nomad bersama Bani
Sa’d di gurun Arab selama empat tahun. - Abdul Muthalib, datuk kepada Muhammad
menceritakan bahawa berhala yang ada di Ka’bah tiba-tiba terjatuh dalam keadaan
bersujud ketika kelahiran Muhammad. Dia juga menceritakan bahawa dia mendengar
dinding Ka’bah berbicara, “Nabi yang dipilih telah lahir, yang akan menghancurkan
orang-orang kafir, dan membersihkan dariku dari beberapa patung berhala ini,
kemudian memerintahkan untuknya kepada Zat Yang Merajai Seluruh Alam Ini.” -
Dikisahkan pula pada masa kecil Muhammad S.a.w, dia telah dibimbing oleh Allah.
Ianya mulai nampak setelah ibu dan datuknya meninggal. Dikisahkan bahawa
Muhammad pernah diajak untuk menghadiri pesta dalam tradisi Jahiliyah, namun
dalam perjalanan ke pesta dia merasa mengantuk yang teramat dan tidur di jalan
sehingga dia tidak mengikuti pesta tersebut, kerana dia dipelihara oleh Allah dari
berpesta mengikut umat jahiliyyah.

PERISTIWA –PERISTIWA DI DALAM GHUZWAH

- Air keluar dari jari-jemari Rasulullah S.a.w.

Dari Tsabit r.a bahawa Rasulullah S.a.w berdoa untuk mendapatkan air. Lalu baginda
datang dengan membawa sebuah bejana yang cukup besar yang di dalamnya ada
sedikit air. Baginda S.a.w meletakkan jari-jari tangannya di dalam bejana itu. Ku lihat
air memancar dari sela-sela jarinya. Semua orang mengambil wudhu’ dari air itu
padahal aku memperkirakan mereka yang wudhu’ ada seramai tujuh puluh hingga ke
lapan puluh orang. Riwayat Bukhari dan Muslim

Dan banyak lagi hadith-hadith berkenaan air keluar dari jari-jemari Rasulullah …….

- Perigi yang kering kembali berair.

Muslim meriwayatkan dari Salamah bin Al Aqwa ia berkata , “Kami yang berjumlah
seribu empat ratus orang tiba di Hudaibiyyah bersama nabi S.a.w. Kami semua dan
empat puluh ekor kambing yang dibawa tidak mendapatkan air. Selanjutnya nabi
S.a.w berjongkok di bibir sebuah perigi (yang kering). Entah baginda berdoa atau
meludah ke sana, namun yang jelas tiba-tiba memancar air yang sangat deras.
Akhirnya kami dapat minum sepuas-puasnya, begitu pula dengan kambing-kambing
kami”.

- Turunnya hujan dengan serta-merta selepas Rasulullah S.a.w berdoa

Abu Nu’aim meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. bahawa ada sekelompok orang datang
kepada Rasulullah S.a.w. Mereka memohon agar beliau berdoa kepada Allah S.w.t
supaya menurunkan hujan kepada mereka. Maka beliau bersabda, “Ya Allah, siramilah
kami dengan air hujan yang merata, menyenangkan, dapat menyuburkan tanah , yang
melimpah, mencukupi, bermanfaat dan tidak menimbulkan bahaya, segera turun dan
tidak terlambat”.

Maka hujan turun kepada mereka selama tujuh hari berturut-turut.

- Pokok sujud dan bersaksi di atas kerasulan Muhammad S.a.w 

Ianya diriwayatkan oleh Ad Darimy, Abu Ya’la, At Thabrani, Al Bazzar, Ibnu Hibban Al
Baihaqi dan Abu Nu’aim …….

- Pokok memberi salam kepada Rasulullah S.a.w

Ianya diriwayatkan oleh Ahmad, At Thabrani, Al Baihaqi …..

Anda mungkin juga menyukai