Anda di halaman 1dari 19

1

1.0 Pendahuluan Segala pujian kepada Allah, pemerintah seluruh manusia, jin dan segala yang wujud di muka bumi. Semoga Allah melimpahkan kesejahteraan serta aman sentosa kepada Rasul, Ketua segala Pesuruh, Nabi Muhammad s.a.w. keluarga, sahabat dan semua yang mengikut sehingga ke Hari Kiamat. Dalam setiap hati muslim terpendam perasaan kasih terhadap Rasul terakhir, Muhammad s.a.w. malah kasih kepada Pesuruh Allah merupakan satu aset kepada seseorang. Kasih dan hormat seseorang bergantung kepada faedah yang di peroleh darinya. Sebagai Rasullah, penyelamat seluruh umat manusia, maka perasaan kasih setiap individu muslim kepadanya amat mendalam. Setiap gerak laku di sepanjang hidupnya di contohi setiap individu ummah muslim. Malah kasih sayang yang memuncak terhadap nabi s.a.w. ialah satu ujian keimanan kita. Allah maha kuasa menjelaskan serta menerangkan status Muhammad s.a.w. dalam al-Quran: Katakanlah (wahai Muhammad s.a.w.), Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku (yakni menerima tuhan yang satu, ikut al-quran dan sunnah) nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. (Surah Ali Imran: 31)

Mengasihi pesuruh Allah s.a.w. adalah sebahagian dariapada keyakinan kita. Sebuah hadis Rasullah s.a.w. berbunyi: Tiada pun antara kamu beriman kecuali kamu mengasihi aku lebih daripada bapa dan anak kamu dan seluruh umat manusia.

Semenjak permulaan zaman islam banyak buku ditulis mengenai kisah Rasul s.a.w. . Dalam al-Quran sendiri juga ada menyebutkan contoh terbaik penghidupan Rasul s.a.w. . Al-Quran mengatakan: Dan bahawa sesungguhnya, engkau (wahai Muhammad s.a.w.) mempunyai akhlak yang sangat mulia. (Surah Al-Qalam: 4)

2.0 Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w.

2.1 Kelahiran Dalam kitab Cahaya Abadi Riwayat Nabi Muhammad s.a.w. telah menyatakan nabi Muhammad adalah penghulu segala nabi. Beliau telah dilahirkan di sebuah rumah terletak di lorong Bani Hasyim, Makkah, pada pagi Isnin, dua belas Rabiul Awal, semasa peristiwa gajah dan empat puluh tahun pemerintahan Kisra (Khosra Nusyirwan), atau bersamaan dua puluh atau dua puluh April 571 T.M. seperti yang dilaporkan oleh sarjana Muhammad Sulaiman Al-Mansourpuri, dan ahli falak Mahmud Pasya. Kata ibu Muhammad, seperti yang dilaporkan oleh Ibn Sa`d: ketika hendak melahirkannya, semacam cahaya terpancar dari alat kelaminku lalu menerangi istana-istana di syam. Arbadh bin Sariyah. Laporan yang sama diriwayatkan oleh Ahmad, authority

Beberapa laporan yang agak kontroversi menyatakan bagaimana tanda-tanda keagungan yang mengiringi kelahiran seperti berikut: empat belas galeri atau serambi istana Kisra retak dan tersembam ke bumi, unggun api suci kaum

Majusi terpadam dan beberapa buah gereja di Tasik Sawa tenggelam dan runtuh.

Ibunya segera menyuruh salah seorang untuk memaklumkan kejadian gembira ini kepada datuknya Abdul Mutalib. Betapa gembiganya datuknya datang

menemuinya ibu Nabi lalu mendukungnya ke Kaabah, berdoa dan mengucapkan syukur ke hadrat Allah. Adbul Muttalib menamakannya Muhammad, satu itu. Datuknya

nama yang

jarang terdapat di kalangan orang Arab pada masa

menghatanknnya Muhmmad pada hari ketujuh seperti yang dituntut adat Arab.

Wanita pertama yang menyusukannya selepas ibu sendiri seorang gundik Abu Lahab, bersama anak lelakinya

ialah Thubiah, Dia juga

Masrouh.

menyusukan

Hamzah bin Adbul Muttalib sebelum itu dan kemudiannya Abu

Salmah bin Abd Al-Asad Al-Makhzumi.

2.2 Alam Bayi Adalah menjadi kezaliman bangsa Arab, penghuni bandar, menghantar anak-anak mereka jauh kepada kaum Badwi untuk diasuh, dan dengan demikian anak-anak itu akan membesar dalam persekitaran sihat padang pasir. Di situ akan terbina jasmani teguh dan menguasai kemahiran asli bertutur serta perwatakan Badwi, yang terkenal kemurnian bahasa dan terlepas dari angkara mungkar, biasa berlaku di kalangan masyarakat yang kurang bergerak.

Nabi Muhammad s.a.w. diamanahkan kepada Halimah binti Abi Dhuaib dari Bani Sad bin Bakar. Suaminya Al-Harith bin Abdul Uzza bergelar Abi Kabsah dari puak yang sama. Nabi s.a.w. juaga mempunyai saudara angkat yang ramai, sama ada lelaki dan perempuan, antaranya Abdullah bin Al-Harith, Anisah binti Al-Harith, Hudhafah atau Judhamah binti Al-Harith (juga dikenali sebagai AsySyayma), dialah yang mengasuh nabi s.a.w. dan Abu Sufyan bin Al-Harith bin Abdul Muttalib, sepupu nabi s.a.w. Hamzah bin Abdul Muttalib, bapa saudara nabi, di susui oleh dua orang pengasuh yang sama, Thubiah dan Halimah AsSadiyah, juga yang menyusukan Nabi Muhammad.

Sebuah riwayat dengan bangga menyatakan bagaimana Halimah dan seluruh penghuni rumahnya dilimpah rahmat mencurah-curah apabila bayi Muhammad s.a.w. di bawah jagaan mereka. Ibn Ishaq menceritakan bahawa Halimah

memaklumkan bagaimana dia bersama suaminya dan bayi yang masih menyusu itu, keluar meninggalkan kampungnya dengan ditemani beberapa orang wanita lain dari kabilah yang sama mencari kanak-kanak di sini untuk di susui.

Riwayat juga menceritakan dengan jelas semasa Halimah dalam perjalanan pulang dan kehidupannya selepas itu kerana selagi Nabi s.a.w. tinggal bersama mereka maka kemewahan yang dinikmati mereka. Keldai yang ditungganginya ketika dalam datang ke Makkah amat kurus dan hampir rebah, tetapi kini boleh berlari dengan laju yang menghairankan Halimah dan rakan-rakan yang mengembara dengannya. Ketika mereka mendekati perkhemahan kabilah Sad dalam perjalanan itu, mereka mendapati bahawa kemewahan berada di pihak mereka. Tanah gersang kini ditumpuhi rumput dengan subur dan haiwan peliharaan

kembali semula penuh dengan susu. Muhammad s.a.w. telah tinggal bersama Halimah selama dua tahun sehingga dia bercerai susu.

Selanjutnya, riwayat Anas dalam Sahih Muslim menceritakan Jibril datang dan membelah dada baganda dan mengambil hatinya. Kemudian Jibril mengeluarkan darah beku dari dalamnya dan berkata, ini adalah sebahagian daripada syaitan yang menghuni dalamnya. Kemudian dibersihkannya dengan air Zamzam di

dalam mangkuk emas. Selepas itu, hati tadi dicantum semula dan diletakkan ke tempat asal. Budak-budak lelaki teman sepermainannya berlari memberitahu ibunya, yakni pengasuhnya sambil berkata, sesungguhnya, Muhammad s.a.w. telah terbunuh. mereka terus meluru ke arahnya tetapi mendapati tiada apa-apa yang berlaku Cuma mukanya kelihatan pucat.

2.3 Kembali Ke Pangkuan Ibu Tersayang Selepas peristiwa di atas, Halimah amat bimbang tentang keselamatan Nabi s.a.w lantas memulangkannya kepada ibu sendiri dan tiggal bersama ibunya sehingga berumur enam tahun.

Sebagai mengingati Allahyarham suaminya, dia menziarahi kubur suaminya di Yathrib (Madinah). Dia memulakan perjalanan sejauh 500 kilomiter bersama anak yatimnya, hamba perempuan bernama Ummu Aiman dan bapa mertuanya Abdul Muttalib. Dia menghabiskan masanya di sana selama sebulan dan kemudian pulang ke Makkah. Dalam perjalanan pulang, dia jatuh sakit dan meniggal dunia di Abwa dalam perjalanan antara Makkah dan Madinah.

2.4 Ke Pangkuan Datuknya Yang Belas Kasihan Abdul Muttalib membawa budak itu ke Makkah. Dia terlalu kasihan melihat anak yatim piatu yang kematian ibunya baru-baru ini dan sudah pasti menambah penderitaan hidupnya. Adbul Muttalib terlalu menyayangi budak ini lebih daripada anak-anaknya sendiri. Ibn Hisyam meriwayatkan: Sebuah tilam diletakkan di bawah bayangan Kaabah untuk Adbul Mutalib duduk, di sekeliling tilam itu sebagai menghormati bapa mereka tetapi Muhammad s.a.w. duduk di atas tilam itu. Bapa-bapa saudara lain akan mengubah kedudukan budak itu sekiranya Adbul Muttalib turut hadir, tetapi Adbul Muttalib akan berkata: biarkan dia di situ.

Saya bersumpah dengan nama Allah bahawa budak ini mempunyai kedudukan istimewa. Lazimnya, dia akan mendudukkan budak itu di atas tilamnya sambil menepuk-nepuk pada belakang budak dan bergembira dengan apa yang dilakukan budak itu.

Ketika Muhammad s.a.w. berumur lapan tahun, dua bulan dan sepuluh hari, datuknya pula meninggal dunia di Makkah. Tugas memelihara Nabi s.a.w. berpindah ke tangan bapa saudaranya Abu Talib, saudara lelaki bapa Nabi.

Abu Talib memelihara budak itu sebaik mungkin. Dia menganggapnya sebagai anak sendiri bersama anak-anaknya tetapi ternyata sayangnya lebih daripada mereka. Dia menghormati budak itu dengan penuh takzim dan memandang tinggi. Dia memberi segala sokongan dan penjagaan yang termampu. Perhubungannya dengan anak-anak lain bergantung kepada layanan mereka terhadap Nabi s.a.w. Seorang authoriti Jalhamah bin Arfuta bernama Ibn Asakir meriwayatkan: Aku datang ke Makkah dalam tahun tiada berhujan, maka lalu berkata Quraish, Wahai Abu Talib, lembah ini menjadi kering kontang dan kanak-kanak kelaparan, mari kita berdoa memohon hujan. Abu Talib pergi ke Kaabah bersama budak muda ini yang kelihatan sangat kacak bagai bulan purnama, sementara awan hitam berada di atas kepalanya. Abu Talib dan budak berdiri disisi tembok Kaabah sambil berdoa minta hujan. Segara awan berkumpul dari segenap penjuru dan hujan turun dengan lebat serta menyebabkan air mata memancar dan pohon tumbuh dalam bandar dan di desa.

2.5 Bahira, Seorang Paderi Tatkala pesuruh Allah s.a.w. berusia dua belas tahun, dia mengikut bapa saudaranya Abu Talib berdagang di Syam. Apabila tiab di Busra (sebahagian daripada Syam, tidak jauh daripada Howran yang terletak di bawah kekuasaan Rom) mereka bertemu seorang paderi bergelar Bahira (nama sebenar Georges), seorang yang baik hati dan menjamu mereka makan dengan makanan yang sungguh enak. Dia tidak melayan atau menyambut kedatangan seseorang begitu hebat sebelum ini. Dia sudah mengenali Nabi s.a.w. sebaik sahaja dia berjabat salam dengan Nabi: Inilah ketua bagi semua manusia. Allah mengutuskannya

bersama risalah yang kelak memberi hikmat kepada seluruh insan. Abu Talib bertanya: Bagaimana anda tahu semua ini? Jawabnya :Apabila anda muncul dari Aqabah, semua batu dan pokok tunduk sujud, yang biasa dilakukan hanya kepada Nabi. Saya juga kenalnya pada mohor kenabian terletak di bawah bahunya bagaikan sebiji buah epal. Kami maklum hal ini melalui kitab-kitab kami. Dia juga menasihati Abu Talib agar menghantar budak itu pulang ke Makkah dan tidak payah mengajaknya ke Syam kerana bimbangkan orang yahudi. Abu Talib terima nasihat itu dan menghantarnya pulang ke Makkah dengan beberapa orang hamba lelaki. 2.6 Perang Suci Agama Belum pun berusia lima belas tahun, Muhammad s.a.w. sudah menyaksikan peperangan agama, berterusan yang menimpa mereka serta mengorbankan jiwa buat beberapa tahun, akibat perselisihan antara Quraisy dan Banu Kinana di satu pihak dan Qais Ailan di pihak lain. Ia dinamakan begitu kerana hak mereka dicabuli dalam bulan-bulan terlarang. Harb bin Umaiyah, seorang yang mempunyai kedudukan baik serta dari keturunan terhormat, biasanya menjadi ketua orang Quraisy dan sekutu-sekutunya. Dalam satu medan pertempuran, Muhammad s.a.w. bertugas di pihak bapa saudaranya tetapi tidak mengangkat senjata menentang musuh. Tugasnya dikhaskan untuk mengumpul anak-anak panah musuh yang jatuh dan menyerah kepada bapa saudaranya.

2.7 Tugas Muhammad s.a.w. Pada Peringkat Awal Ketika mudanya, Muhammad s.a.w. tidak mempunyai sebarang pekerjaan tertentu, namun ada riwayat menceritakan bahawa baginda bekerja sebagai gembala kambing untuk Bani Sad di Makkah. Ketika berusia 25 tahun, baginda pergi ke Syam sebagai seorang saudagar bagi pihak Siti Khadijah r.h. Ibn Isyhaq melaporkan berkedudukan bahawa mulia. Siti Khadijah seorang dia peniagawati yang mewah serta

Lazimnya,

mengupah

seorang

lelaki

menjalani

perniagaannya dan menawarkan sekian peratus keuntungan. Orang Quraisy terkenal sebagai satu kaum peniaga, dan apabila terdengar Siti Khadijah akan kejujuran Muhammad s.a.w. lagi amanah dan pekerti baik dia lantas memanggil Muhammad. Dia menawarkan sejumlah wang untuk berdagang di Syam bagi pihaknya, dan akan membayar upah tinggi berbanding dengan orang lain. Siti Khadijah juga

mengirim seorang upahan wanita, Maisarah, untuk mengiringi baginda ke Syam dan baginda bersetuju membawanya bersama ke sana untuk berniaga.

2.8 Perkahwinannya Dengan Siti Khadijah Sekembalinya ke Makkah, Siti Khadijah mendapati wang begitu banyak berkat keuntungan berlipat ganda daripada kebiasaan. Wanita upahannya pula

memberitahu tentang pekerti Muhammad s.a.w., amanah, berhemaha tinggi, ikhlas dan dipercayai. Kini dia insaf bahawa sudah sampai masanya untuk

berumahtangga. Ramai orang kenamaan ingin mengahwininya tetapi dia sentiasa menolak setiap percubaan mereka. Dia mendedahkan rahsia hatinya kepada sahabatnya Nafisa, anak perempuan Maniya, lantas segera pergi menemui

Muhammad s.a.w. untuk membawa berita gembira. Baginda bersetuju dan meminta bapa saudaranya menemui bapa saudara Siti Khadijah untuk berbincang tentang hal itu. Akhirnya, berkahwinlah mereka. Ikatan perkahwinan mereka disaksikan Bani Hasyim dan ketua-ketua Mudar. Semua ini berlaku selepas Nabi pulang dari Syam. Sebagai hantaran nikah baginda menghadiahkan sebanyak dua puluh ekor unte. Siti Khadijah pada waktu itu berusia empat puluh tahun dan dianggap sebagai seorang wanita terbaik dalam nasab keturunannya dari segi kekayaan dan kebijaksanaan. Dia juga merupakan wanita pertama dikahwini oleh pesuruh Allah. Baginda tidak mengahwini wanita lain sehinggalah kematian isterinya.

2.9 Sepintas Lalu Riwayat Nabi Muhammad s.a.w. sebelum Ditauliah Menjadi Rasulullah Pekerti Nabi Muhammad s.a.w. semasa mudanya adalah satu gabungan perwatakan terbaik. Baginda menjadi contoh sebagai seorang lelaki berhemah tinggi dan berwawasan yang tidak tercela. Baginda dikagumi kerana kecedasan berfikir, akal yang tulen dan pemilihan kata-kata yang membawa kepada keputusan ang tepat. Tabiatnya suka mendiamkan diri begitu lama dapat menbantunya bertakafur dan mencari kebenaran. Akal yang tepat lagi asli membantunya mengasimilasi dan mengerti keseluruhan hidup manusia, individu dan masyarakat. Baginda menolak amalan karut tetapi mengambil bahagian aktif dalam pelbagai urusan berguna lagi konstruktif, kalau tidak, baginda terpaksa meminta pertolongan untuk bersendirian bagi mendapat petunjuk yang kudus. Baginda menjauhkan diri daripada meminum arak, memakan daging yang disembelih di atas batu penyembelahan berhala, atau

hadir dalam majlis pemujaan. Baginda menolak sama sekali penyembahan berhala serta membencinya amat sangat. Baginda membantah terhadap sesiapa yang bersumpah atas nama Al-Lat dan Al-Uzza. Tidak syak lagi bahawa takdir Allah yang memisahkannya dari segala amalan keji dan mungkar. Sungguhpun pernah baginda cuba mengikut kehendak nalurinya untuk menikmati hidup atau mengikut setengah daripada tradisi bersifat tidak suci, tetapi tidak Allah turut menyekatnya daripada berlaku. Menurut laporan Al-Athir mengenai Muhammad s.a.w. dalam hal ini, sabda baginda: Aku tidak pernah mencuba apa yang dibuat orang-orangku kecuali dua kali. Setiap Allah akan masuk campur dan menyekat daripada berlaku justeru tidak pernah mencuba lagi. Pada satu ketika, aku menyuruh rakan-rakan penggembala untuk menjaga kambingku apabila kami berada di sebelah atas Makkah. Aku ingin turun ke Makkah untuk berhibur seperti kebanyakan orang muda buat. Pada mulanya aku turun ke rumah pertama di Makkah di mana terdengar bunyi muzik. Aku masuk ke dalamnya dan bertanya, apa buat ni. Salah seorang mereka menjawab, ini ialah majlis perkahwinan. Aku pun duduk dan mendengar tetapi tak lama kemudian aku tertidur dengan nyenyak. Aku hanya terjaga kerana kepanasan matahari. Segera aku pergi menemui rakan-rakan penggembala semula dan beritahu mereka apa sudah berlaku ke atas aku tadi. Aku tidak lagi mahu mencubanya. Riwayat Bukhari berdasarkan authoriti Jabir bin Abdullah, berbunyi: sementara orang lain sibuk membina semula Kaabah, Nabi Muhammad s.a.w. mengangkut batu dengan Abbas. Kata Abbas, ikatkan kain cawat pada leher anda agar tidak terkena batu. Baginda akur dengan cadangan itu, tetapi ketika mengikatnya Nabi s.a.w. terjatuh ke tanah dan matanya terbeliak ke langit. Apabila sedar semula baginda berteriak: cawat aku ... cawat aku. Dia membalut dirinya dengan kain cawat itu. Menurut riwayat itu lagi bahawa kain cawat tidak lagi kelihatan selepas itu.

Para authoriti bersetuju untuk menceritakan zaman muda Muhammad s.a.w. sebagai sederhana ketika berjalan atau berdiri, kelakuan terpuji dan perwatakan lembut. Baginda membuktikan sifat kelakian yang unggul dengan tidak terdapat sebarang cacat cela. Baginda sentiasa melayani permintaan teman-teman sebangsa, jujur dalam kata-kata dan tidak panas baran, baik hatinya, bersopan, melayan

dengan mesra, merendah diri serta meninggalkan kesan mendalam kepada sesiapa yang menatap wajahnya. Baginda paling dipercayai dan berpegang pada janji. Seluruh warga setuju secara ijmak memberinya gelaran Al- Amin (yang amanah). Siti Khadijah r.h., sebagai ibu bagi kesemua penganut, pernah berkata: baginda menyatupadukan perhubungan, membantu si miskin dan mereka yang memerlukan bantuan, melayan tetamu dan menempuh segala dugaan perit demi membawa

umat ke jalan yang benar. (Sahih Al-Bukhari, 1/3)

3.0 Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. Semasa Menjadi Rasul

3.1 Peristiwa Di Dalam Gua Hira Ketika Nabi Muhammad s.a.w. berusia hampir empat puluh tahun, Baginda selalu menghabiskan waktu berjam-jam berseorangan, bertafakur dan berfikir dengan mendalam perkara yang berkaitan dengan aspek kewujudan di sekelilingnya. Perlakuan ini membantunya meluaskan fikiran dan menimbulkan jurang antara Baginda dan orang ramai dari segi keupayaan minda. Dengan berbekalkan bubur barli atau sawiq dan sedikit minuman, Baginda terus menuju ke bukit dan lurah berdekatan kota Makkah. Salah satu tempat yang menjadi kegemarannya ialah Gua Hira, terletak terletak di Gunung al-Nur, hanya dua batu dari Makkah. Gua kecil itu berukuran empat ela panjang dan 1.75 ela lebar. Baginda mengunjungi gua ini dan adakala menjemput pengembara-pengembara berkongsi makanan bekalan yang serba sederhana itu. Baginda begitu khusyuk sepanjang masa, terutamanya dalam bulan Ramadan, dengan bersolat dan bertafakur merenung kejadian alam. Hatinya resah memikirkan kemungkaran dan penyembahan berhala yang berleluasa di kalangan masyarakatnya; tetepi apakan daya Baginda lemah untuk melakukan sesuatu kerana tiada sebarang panduan tertentu, atau pendekatan khusus untuk diikutinya kalau hendak membaiki amalan mungkar di sekelilingnya. Bersendirian begini meenuntut semacam pendekatan Ia berfikir merupakan sedalam-dalamnya tahap permulaan dengan yang

memahami

perspektif

Ketuhanan.

membawanya ke satu tempoh lebih mencabar dan bertanggungjawab yang bakal dipikulnya tidak lama lagi.

10

Bersunyian dan melarikan diri daripada kepincangan hidup merupakan dua prasyarat yang tidak boleh dielak bagi roh dan jiwa Nabi untuk mendekati Kuasa Ghaib yang mendasari keseluruhan aspek penghidupan di dunia fana ini. Ketika itu satu tempoh yang kaya dengn pencarian rahsia hidup, bersendirian tanpa diganggu selama tiga tahun. Maka dilimpah ke atasnya satu era baru untuk berhubung dengan Kuasa terebut secara berkekalan.

3.2 Jibril Menurunkan Wahyu Apabila berumur empat puluh tahun, iaitu satu usia dianggap paling sempurna di mana Nabi diarah menyanpaikan Utusan dan jelas menandakan Kerasulan mula muncul serta menyinari ufuk penghidup manusia, maka itulah sebenarnya visi harus dialaminya selama enam bulan. Tempoh Kerasulan selama 23 tahun; justeru tempoh enam bulan itu visi sebenar mencorak sebahagian daripada 46 bahagian Kerasulan. Kali ketiga sedang berkhalwat di Gua Hira dalam bulan Ramadan, atas kehendak Allah yang menurunkan limpah kurnianya ke bumi ini telah mengangkat Muhammad s.a.w. ke taraf Kerasulan apabila cahaya bersama beberapa ayat Al-Quran bagaikan satu ledakan ke atasnya. Wahyu turun

Tentang tarikh sebenar wahyu diturunkan memerlukan kajian teliti berdasarkan bukti keadaan dan daliil yang relevan bagi menentukannya. Peristiwa itu jatuh pada hari Isnin, 21 malam Ramadan, yakni 10 ogos, 610M. Ketika Nabi Muhammad s.a.w. genap usianya 40 tahun, 6 bulan dan 12 hari, bersamaan 39 tahun Gregorian, 3 bulan dan 22 hari.

Aishah, seorang yang berkata benar, meriwayatkan sebagai berikut mengenai peristiwa paling sinifikan yang melimpahkan cahaya Allah demi menghapuskan kegelapan kaum musyrik dan jahiliah. Ia membimbing penghidupan kepada satu arah baru dan kelak mengubah perjalanan sejarah manusia begitu hebat sekali.

Pelopor wahyu berbentuk sebuah visi kebenaran yang

akan menyemarak

kebenaran sepanjang zaman. Selepas peristiwa itu, amalan berkhalwat amat sesuai dengan jiwanya dan Baginda akan segera ke Gua Hira untuk beberapa malam sebelum pulang pulang ke pangkuan keluarga, dan kembali semula dengan bekalan pada hari yang sama. Tanpa diduga pada suatu hari tiba malaikat di hadapannya

11

membawa kebenaran dan berkata, Baca. Aku tak boleh baca, kata Muhammad s.a.w selanjutnya Nabi s.a.w. menceritakan: Kemudian dia memegang dan memeluk sehingga aku terasa penat. Katanya lagi: Baca. Aku masih berkata, Aku tak boleh baca. Seterusnya dia memelukku buat kali ketiga dan kemudian melepaskan sambil berkata: Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Baca! Dan Tuhanmu yang amat pemurah. (Al-Alaq: 1-3)

Nabi s.a.w. mengulangi ayat-ayat itu berkali-kali. Tetapi seluruh badannya menggeletar ketakutan. Selepas peristiwa pertama itu, segera di kembali ke rumahnya menemui Siti Khadijah, sabdanya: Tolong selimutkan aku....,selimutkan aku. Isterinya menyelimutkannya sehingga baginda kembali tenang dan yakin tiada lagi bahaya menanti. Baginda memaklumkan segala-galanya yang berlaku di dalam gua kepada Siti Khadijah dan mengaku amat menggerunkan. Isterinya cuba menenangkannya agar lega sambil berkata, Allah tidak akan mengapa-apakan anda. Anda merapatkan perhubungan sesama saudara, anda menanggung beban si lemah, anda sentiasa membantu mereka yang miskin dan memerlukan bantuan, anda melayan para tetamu serta sanggup memikul tugas berat demi menunjuk mereka ke arah kebenaran.

Siti

Khadijah

mengajak

Nabi

Muhammad

s.a.w.

bertandang

ke

rumah

sepupunya Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abd Al-Uzza, baru memeluk agama kristian sebelum kedatangan islam dan pernah menulis injil dalam bahasa yahudi. Dia seorang tua yang buta. Siti Khadijah memberitahunya: Wahai sepupuku! Dengar apa yang hendak di sampaikan anak saudara kamu ini! Ujar Waraqah: Wahai anak saudaraku. Apa yang anda lihat? Lalu pesuruh Allah s.a.w. memaklumkan apa yang berlaku kepadanya. Lalu menjawab Waraqah: Itu ialah Namus (yakni malaikat yang diamanahkan membawa rahsia ghaib) yang dikirimkan Allah kepada Nabi Musa. Alangkah baiknya kalau aku masih muda, aku harap akan masih hidup dalam tempoh itu di mana orang ramai akan datang menemuimu. Muhammad s.a.w. bertanya lagi: Adakah mereka akan menyingkirkan aku? dengan jelas Waraqah menjawab, katanya: Siapa juga yang datang dengan sesuatu seperti yang anda bawa akan dilayan sebagai musuh: tetapi

12

sekiranya aku masih hidup sehingga kini, aku sesungguhnya tetap menyokong anda. Beberapa hari kemudian Waraqah mati dan wahyu juga lenyap.

Menurut Al-Tabari dan Ibn Hisyam, pesuruh Allah s.a.w. tidak lagi pergi ke Gua Hira selepas kedatangan wahyu yang memeranjatkannya, tetapi beberapa hari kemudian baginda kembali ke sana dan meneruskan amalan berkhalwat. Selepas itu baginda kembali ke Makkah.

3.3 Wahyu Terhenti Ibn Sad authoriti Ibn Abbas melaporkan bahawa wahyu terhenti buat beberapa hari. Ia menampakkan suatu kemungkinan setelah menkajinya dengan mendalam. Mengatakan wahyu tidak diturunkan selama tiga tahun setengah adalah tidak tepat, seperti pendapat setengah sarjana, tetapi hakihatnya ialah menemui kekangan kalau ingin dikaji secara terperinci. Sementara iut, Nabi s.a.w. menghadapi tekanan ditambah pula denggan kehairanan dan kebingungan. Menurut Al-Bukhari:

Apabila ilham ketuhanan terhenti sebentar maka Nabi s.a.w. amat berdukacita seperti yang kita dengar, baginda ingin menghumbankan dirinya beberapa kali dari puncak gunung setiap kali baginda mendaki gunung dengan tujuan tersebut, tetapi Jibril muncul di hadapannya dan berkata: Wahai Muhammad! Anda sesungguhnya pesuruh Allah dalam kebenaran. Dengan kata-kata itu hatinya tenteram serta tenang lalu pulang kerumah. Bagaimananapun, setiap kali wahyu lambat tiba dia akan bertindak sedemikian rupa, tetapi Jibril terpaksa muncul di hadapannya dan mengucap kata-kata yang sama seperti dahulu.

3.4 Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. Apabila rancangan jahat diputuskan, lalu jibril diutuskan menemui Muhammad s.a.w untuk memaklumkan kota rancangan Jibril jahat Quraisy serta waktu merestui baginda serta

meninggalkan

Makkah.

menetapkan

penghijrahan

mengarahkan baginda agar tidak tidur di tempat kebiasaannya pada malam itu. Pada tengah harinya, Rasulllah s.a.w. menemui sahabatnya Abu Bakar serta

13

mengatur segala urusan yang berkaitan dengan rancangan untuk berhijrah. Abu Bakar terperanjat melihat Nabi Muhammad s.a.w. datang menemuinya dalam keadaan menyamar dan di luar waktu biasa. Abu Bakar segera maklum bahawa firman Allah telah turun dan bercadang berhijrah bersama baginda yang mana Nabi Muhammad s.a.w. bersetuju. Singkatan cerita, Rasullah s.a.w. meninggalkan kota Makkah. Sesampainya di sebuah gua yang terletak di Gunung Tsaur, beliau bertemu dengan Abu Bakar. Di tempat inilah, mereka berdua bermalam selama tiga hari.

4.0 Sifat Kepimpinan Rasulullah. 4.1 Berbudi Luhur Diriwayatkan dari Anas bin Malik, ia berkata, Pada saat Rasulullah s.a.w. tiba di Kota Madinah, Abu Thalhah memegang tangan saya dan membawa saya menghadap beliau. Wahai Rasulullah, kata Abu Thalhah, Anas ini orang miskin, terimalah ia sebagai pelayan Anda. Semenjak itu saya mengabdi kepada Nabi, baik di rumah mahupun di perjalanan. Demi Allah, beliau belum pernah mengatai pekerjaan saya dengan ucapan Kenapa kamu melakukan itu, atau mengatai sesuatu yang tidak saya kerjakan dengan ucapan, Kenapa kamu tidak melakukannya? (HR.Al-Bukhri, Muslim, dan Al-Baihaqi)

Abu Abdiillah Al-Jadadi bertanya kepada Aisyah, Bagimana akhlak Rasulullah s.a.w. menurut isteri-isterinya? Aisyah menjwab, Beliau adalah manusia yang paling baik budi pekertinya. Tidak pernah berbuat keji, kotor, atau licik ketika di pasar. Beliau pun tidak pernah membalas keburukan atau aniaya orang lain dengan hal yang serupa, kerana beliau adalah seorang pemaaf dan toleran. (HR.AlBukhari, Muslim, dan Ahmad). Dari Anas bin Malik, ia menurunkan, Rasulullah itu tidak pernah mencaci-maki, mengolok-olok, dan berkata kotor. Ketika mencela seseorang dari kami yang berbuat salah, beliau membalas dengan ucapan, Kepalanya penuh debu. (HR.Al-Bukhri, Ahmad, dan Al-Baihaqi)

14

Diriwayatkan dari Abdullah bin Masud, ia bercerita, Kami pernah berada dalam satu majlis bersama Rasulullah. Kira-kira ketika itu kami berjumlah lapan puluh orang. Semuanya dari kalangan Quraisy. Ada satu orang Quraisy yang menonjol di antara mereka (iaitu Rasulullah). Saat itu, demi Allah, saya tidak melihat dari mereka orang yang tampan melebihi ketampanannya. Mereka

membicarakan masalah wanita. Ketika Rasulullah bicara, saya tertarik untuk diam dan mendengarnya.(HR.Ahmad)

4.2 Sabar Dan Pemaaf Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, suatu ketika penduduk Makkah meminta Nabi s.a.w. agar menggantikan bukit Shafa menjadi emas, dan memindahkan gunung dari mereka agar mereka dapat ikut pindah bersamanya. Tiba-tiba ada suara yang berkata kepadanya, Engkau boleh memilih, apakah engkau ingin bersabar, atau aku akan berikan apa yang mereka minta, jika (setelah dikabulkan) tetap dengan keadaan kafir, maka Aku akan menghancurkan mereka seperti umat-umat sebelum mereka? Nabi menjawab, Tidak, lebih baik aku bersabar terhadap mereka. (HR. Ahmad dan Ibnu Katsir)

Dari Abu Hurairah, ia berkata, Ath-Thufail bin Amr Ad-Dausi menemui Rasulullah s.a.w. Kaum Daus telah derhaka dan membangkang. Sekiranya engkau berdoa kepada Allah untuk mereka, ujar Ath-Thufail. Rasulullah s.a.w. pun menghadap kiblat dan mengangkat kedua tangannya ke atas. Mereka pasti celaka! sahut orang-orang yang hadir. Kemudian Beliau berdoa, Ya Allah, berikanlah petunjuk untuk kaum Daus dan turunkanlah rahmat-Mu kepada mereka! (HR. AlBukhari, Ahmad, Al-Baihaqi, Abu Nuaim, dan Ibnu saad)

Arwah mendapat khabar dari Usamah, suatu hari Nabi s.a.w. menunggang seekor keldai yang sudah dipasang pelana baldu di belakangnya. Usamah membonceng di belakang beliau. Tujuan beliau adalah melawat Saad bin Ubadah sebelum perang Badar dimulai. Di perjalanan, beliau melewati sebuah tempat yang

15

digunakan untuk berkumpul orang-orang dari pelbagai kalangan. Di sana terdapat kaum Muslimin, kaum Musyrikin penyembah berhala, dan kaum Yahudi. Kelihatan diantara mereka Abdullah bin Ubay dan Abdullah bin Rawahah.

Di saat tempat itu sudah sesak dan penuh dengan debu haiwan tunggangan, Abdullah bin Ubay menutup hidungnya. Sambil berjalan-jalan ia berkata, Jangan kirimkan aku debu kepada kami!

4.3 Sifat Malu Nabi Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri, Rasulullah s.a.w. adalah orang yang lebih pemalu daripada seorang gadis pigitan. Kalau beliau tidak menyukai sesuatu, kami pun segera mengetahui hal itu dari raut wajahnya. (HR. Al-Bukhari, Ibnu Majah, dan Al-Baihaqi)

Dari Anas bin Malik, bahawa Nabi s.a.w. melihat seorang lelaki pakaiannya kuning. Beliau tidak menyukainya: Bukankah kalian telah disuruh untuk membasuh warna kuning ini? Tanya Nabi. Beliau tidak menghadapi seorang pun dari para sahabatnya dengan wajah yang benci. (HR. Ahmad dan Al-Baihaqi)

Dari Aisyah, ia berkata, Apabila ada maklumat yang tidak elok tentang seseorang, Rasulullah tidak menegur orang itu dengan kata-kata, (misalnya) Apakah yang berkata tadi? (HR. Abu Dawud dan Al-Baihaqi). Dari Sahl bin Saad, ia menurunkan, Rasulullah adalah seorang pemalu. Tidak ada yang minta sesuatu kepadanya, kecuali beliau memberikannya. (HR. Ahmad dan Al-Hakim)

4.4 Sifat Tawadhu Abu Hurairah r.h menurunkan, Seorang muslim dan seorang Yahudi saling mencaci. Si muslim berkata, Demi Dzat yang memilih Muhammad manusia

16

terbaik atas sekalian alam. Si Yahudi menjawab tak mahu kalah, Demi Dzat yang memilih Musa manusia terbaik atas sekalian alam. Menengar jawapan tersebut, si muslimin marah. Ia langsung memukul si Yahudi. Mendapat perlakuan kasar seperti itu, si Yahudi tidak terima. Ia segera melaporkan kepada Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah memanggil si Muslimin dan meminta penjelasan darinya. Akhirnya si Muslimin pun dengan jujur mengakui perbuatan kasarnya. Kemudian Nabi bersabda: Kamu jangan muliakan aku daripada Musa. Manusia nanti pada Hari Kiamat akan pengsan. Aku adalah orang yang pertama terjaga. Ketika itu, Aku menemukan Musa sedang memegang tongkatnya di samping Arsy. Aku tidak tahu, apakah beliau termasuk dikalangan orang yang pengsan, lalu terjaga sebelum aku, atau beliau termasuk orang yang di kecualikan oleh Allah. (HR. Al-bukhari dan Muslim) Masih menurut riwayat Abu Hurairah R.H, Nabi s.a.w. bersabda, tidak patut bagi seseorang mengatakan bahawa Aku lebih utama dari Nabi Yunus bin Matta. (HR. Al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ahmad, dan Al-Baihaqi)

Diriwayatkan dari Umar R.H bahawa rasulullah s.a.w. bersabda, Janganlah kamu mengagungkan aku seperti kaum Nashrani mengagungkan Isa bin Maryam. Aku hanya hamba biasa. Kamu cukup memanggilku, Hamba Allah dan RasulNya.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. menjelaskan firman Allah S.W.T. yang berbunyi, Kata beliau, Jika aku yang ditanya, maka aku akan segera memberikan jawapan, tidak mencari alasan yang lain. (HR. Ath-Thabari, Ibnu Katsir, Al-Hakim, dan As-Suyuthi)

Aisyah Radhiyallahu Anha ditanya, Apa yang dilakukan Rasulullah S.A.W. tatkala masuk rumah? Aisyah menjawab, Beliau melayani isterinya. Kemudian jika waktu solat tiba, maka beliau segera keluar rumah untuk melaksanakan solat. (HR. Al-Bukhari)

17

Diriwayatkan dari Anas, ada seorang lelaki memanggil Rasulullah s.a.w. Hai Muhammad, hai pemimpin kami dan putera pemimpin kami, hai orang terbaik kami dan putera orang terbaik kami! Mendengar panggilan tersebut, Rasulullah bersabda, Wahai sekalian manusia, panggillah aku dengan panggilan yang bukan seperti kamu ucapkan, dan bukan juga dengan panggilan yang syaitan buat untuk merendahkan kamu. Aku adalah Muhammad bin Abdullah, seorang hamba Allah dan Rasul-Nya. Demi Allah, aku tidak ingin kamu mengangkatku lebih tinggi dari kedudukanku (sebagai hamba Allah Rasul-Nya). (HR. An-Nasai, Ahmad, dan Abu Nuaim)

Aisyah suatu hari ditanya, Apa yang biasa Rarulullah lakukan ketika di rumah? Aisyah Abu Yala). menjawab, Rasulullah itu manusia biasa, menjahit pakaiannya, memerah susu kambingnya, dan mengerjakan sendiri semua keperluannya. (HR.

18

5.0 Kesimpulan Secara kesimpulannya, islam telah bangkit pada kurun ke 6 masehi lagi. Pada kurun ini Nabi Muhammad s.a.w. telah di lahirkan. Terdapat beberapa tanda yang berlaku pada masa itu. Tanda-tanda yang dapat di lihat ialah terpadamnya api majusi yang mana telah beribu tahun tidak pernah padam. Di sini kita dapat lihat betapa hebatnya kuasa Allah s.w.t. Di samping itu juga, rasulullah adalah pemimpin yang terhebat yang pernah lahir di dunia ini. Beliau seorang pemimpin yang sangat penyabar dalam menjalankan dakwah islam walaupun ditentang oleh masyarakat jahiliah pada masa itu. Beliau juga adalah pemimpin yang adil yang mana beliau tidak memilih kasih di antara umatnya kaya ataupun yang miskin. Susah kita nak jumpa pemimpin sebaik-baik rasulullah sekarang. Rasulullah juga amat takut akan umatnya yang akan datang kerana itulah sebelum beliau wafat beliau telah menyebut ummati, ummati, ummati yang membawa maksud umatku, umatku, umatku. Dalam khutbah yang terakhir, rasulullah ada meninggalkan pesanan untuk umatnya yang di sayangi. Ikutilah kamu Al-Quran dan sunnahku, insyaallah kamu akan berada di jalan yang benar. Dalam kehidupan nabi kita dapat lihat bahawa dari kecil lagi Nabi Muhammad telah di beri ujian atas yang sangat besar. Betapa hebatnya rasulullah dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan dugaan dan rintangan dari Allah s.w.t. Marilah kita ramai-ramai mengikut jejak langkah Nabi Muhammad s.a.w.

19

6.0 Rujukan Prof. Kh. Ali Mustafa Yaqub. 2006. Kesempurnaan Pribadi Nabi Muhammad s.a.w. Pustaka Al-Kautsar. Jakarta. Yunus Ali Al-Muhdhor. 1993. Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. Victory Agencie. Kuala Lumpur. Mohd Nor Long. 2011. Cahaya Abadi Riwayat Hidup Rasulullah s.a.w. AlHidayah. Selangor. Mustafa Al-Saqa. 2006. Sirah Nabawiyah. Pustaka Dini. Selangor. Abu Hikmah Al-Husni. 1998. Kisah kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. Darul Numan. Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai