Anda di halaman 1dari 10

Manaqib/Biografi‎> 7

‎ . Masyaikh‎> ‎

Maulana Muhammad Ilyas Al-Kandhahlawy


Bintang terlihat indah terang,

Saat dirimu datang,


Kau datang dengan harapan berjuang,
Namun kau ditolak dan dianggap dagang,
Disaat umat dalam kerosakan bukan kepalang,
Kau menangis rintih namun tetap tidak tenang,
Bagimu tiada rehat tiada masa lapang,
Dalam benakmu tertanam harapan menjulang,
Iaitu Islam yang dibawa rasulullah kembali pulang,
Walaupun ramai yang pincang,
Namun dia tetap teguh berjuang,
Inilah dia akhir zaman masa untuk turun padang,
Tentera Mahdi yang dibantu tentera Tamim bakal menang gemilang!

Apakah itu banu Tamim?

beberapa hadis berkenaan pemuda banu tamim :-

1)Sabda Nabi SAW,


“Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang laki-laki daripada suku bani Tamim yang datang dari Timur.”

2)Sabda Nabi SAW, “Orang ramai daripada Timur (Pemuda Bani Tamim dan pengikutnya benar-benar) akan muncul, kemudian
menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.”

3) Sabda Nabi SAW, “akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk al-Mahdi,
yakni pemerintahnya.” (Ibnu Majah)

4)Telah mengeluarkan Tabrani dalam Al Ausat, dari Ibnu Umar bahwa Nabi SAW telah mengambil tangan Ali dan bersabda :
“Akan keluar dari sulbi ini pemuda(Ali) yang memenuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu,
maka wajib kamu mencari Putera dari Bani Tamim(dari keturunan Abu Bakar), dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang
panji-panji Al Mahdi”. (dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti).

Siapa itu Abu Bakar dan apakah benar dia dari Bani Tamim?

Abu Bakar (bahasa Arab: ‫أبو بكر الصديق‬, Abu Bakr ash-Shiddiq) (lahir: 572M – wafat: 23 Ogos 634M/21 Jumadil Akhir 13 H) termasuk
di antara mereka yang paling awal memeluk Islam. Setelah Nabi Muhammad wafat, Abu Bakar menjadi khalifah Islam yang pertama
pada tahun 632 M hingga tahun 634 M. Lahir dengan nama Abdullah bin Abi Quhafah(nama sebenar beliau), ia adalah satu diantara
empat khalifah yang diberi gelar Khulafaur Rasyidin atau khalifah yang diberi petunjuk.

Nasab keturunan Abu Bakar r.a

Abu Bakar Ash-Shidiq atau Nama lengkapnya adalah ‘Abd Allah ibn ‘Utsman(Abu Quhafah) bin Amir bi Amru bin Ka’ab bin Sa’ad bin
Taim bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ay bin Ghalib bin Fihr al-Quraishi at-Tamimi‘. Bertemu nasabnya dengan nabi SAW pada moyangnya
Murrah bin Ka’ab bin Lu’ai.

Dan ibu dari abu Bakar adalah Ummu al-Khair salma binti Shakhr bin Amir bin Ka’ab bin Sa’ad bin Taim yang berarti ayah dan ibunya
sama-sama dari kabilah bani Taim yakni mahsyur digelar Tamim.

Terjemahkan
Bukti lain menunjukkan Abu Bakar dari Banu Tamim

Aku teringat sebuah kisah yang setiap kali aku teringat,aku akan menangis,kisah ini diceritakan dalam kitab Fadhilat Amal dan juga
terdapat dalam kitab-kitab lain iaitu dari riwayat Ali r.a.Dan kisahnya begini,

Ali bin Abi Thalib pernah bertanya kepada para sahabat ketika beliau memgang kuasa khalifah,

“Siapakah orang yg paling berani?”

jawab mereka,

“Engkau wahai Amirul Mukminin”

kemudian Ali berkata lagi,

” TIDAK! Orang yang paling berani adalah Abu Bakar As – Siddiq.

Demi Allah, aku pernah melihat Nabi Muhammad dikelilingi sekumpulan kaum kafir Quraisy yg sedang menarik dan mencemuh
baginda ketika berdakwah di hadapan Kaabah, Sementara itu kami mengintip dari jauh.

Kemudian datanglah Abu Bakar menerpa orang-orang kafir tadi dan menghalang mereka menyakiti Rasulullah,beliau sangat kuat dan
menolak semua orang disitu lalu berkata,

” Apakah engkau hendak membunuh org yg mengatakan Rabbku adalah Allah!?”

mendengarkan hal itu, mereka meninggalkan Rasulullah dan menerpa Abu Bakar.

Kemudian Uqbah bin Abu Mu’ith datang, Abu Bakar di hentak ke tanah dan dibelasah teruk.Uqbah lantas membaling sandal dan
memukul wajah Abu Bakar dgn sandal terus menerus sehinggakan wajah Abu Bakar jadi bengkak sampai tak boleh nak ketahui lagi
bentuk hidungnya.Mengalir darah dr wajah Abu Bakar lalu pengsan!

Sejurus itu datanglah kabilah dari Bani Tamim.Mereka menjerit bahawa jika Abu Bakar mati,mereka akan isytiharkan perang!Dan
Uqbah orang pertama akan dibunuh kerana dia yang paling banyak memukul beliau.(Bani Tamim punyai ramai pahlawan handal dan
ditakuti kabilah Arab).

Mereka membawanya ke rumah dan menyangka Abu Bakar tidak akan mampu di selamatkan lagi.

Mereka berkata kepada ibunya, “Jika dia terjaga dan masih hidup, maka berilah dia makan dan minum”

Setelah beberapa lama beliau koma,lalu beliau tersedar,dan kalimat pertama yg keluar dari lisan Abu Bakar adalah,

“Bagaimana keadaan Rasulullah?”

T_T cukup lah..aku tak mampu cerita lagi..sampai sini pun aku sudah menangis.

Jadi jelas bahawa banu Tamim adalah banu kepada Abu bakar r.a.

Aku juga teringat satu lagi kisah riwayat Abu Bakar sendiri yang pernah menceritakan pengislamannya kepada Ibnu Mas’ud,dan ini
untuk tambahan dan penguat bahawa dia memang dari Bani Tamim.

Katanya, “Aku pernah ke Yaman dan berjumpa dengan seorang tua.Dia rajin membaca kitab dan telah mengajar banyak murid.Lalu dia
berkata kepada ku:

Orang Tua : Saya rasa tuan datang dari Tanah Haram(Makkah)

Abu Bakar : Benar

Orang Tua : Apakah tuan berbangsa Quraisy?

Abu Bakar : Benar

Orang Tua : Apa yang saya lihat,Tuan ini dari keluarga Bani Tamim?

Abu Bakar : Benar

Orang Tua : Ada satu perkara yang ingin saya tanyakan kepada tuan iaitu jika tuan tidak keberatan,benarkan saya melihat perut tuan.

Abu Bakar : Saya tidak benarkan selagi tuan tidak perjelaskan niat sebenar tuan kepada ku.
Terjemahkan
Orang Tua : Sesungguhnya,menurut ilmu yang ada padaku,seorang Nabi Allah akan diutuskan di Tanah Haram. Nabi itu akan dibantu
oleh 2 orang sahabatnya yang seorang masih muda dan seorang lagi sudah separuh umur.Sahabatnya yang muda itu berani
berjuang dalam segenap lapangan dan menjadi pelindungnya dalam kesusahan.Sementara yang separuh umur itu putih kulitnya dan
berbadan kurus,ada tahi lalat di perutnya dan ada sesuatu tanda di paha kirinya.Apakah sudi tuan memperlihatkannya kepadaku.

Lalu Abu Bakar membuka bajunya dan memperlihatkan tahi lalat di perutnya.

Orang Tua : Demi Tuhan yang menguasai Kaabah,tuanlah orangnya!”

Jadi jelas sekali tanpa ragu bahawa beliau adalah pemuda Tamim dan pembantu Rasulullah ketika hidupnya dan anak cucunya
pembantu anak cucu Rasulullah iaitu Imam Mahdi.

Kenapa Banu Tamim datang dari Timur bukan dari negara Arab?

Tanah arab atau kita gelar sebagai Hijjaz memang didiami oleh keluarga Rasulullah,keluarga para Sahabat dan orang Quraisy sejak
zaman Rasulullah hinggalah Allah datangkan fitnah dajjal yakni tentera Wahabi/Salafi yang membunuh dan mengusir keluarga
Rasulullah dan bani Tamim dari Hijjaz.

Bani Tamim itu tidak lagi mendiami Hijaz karena telah dihalau keluar oleh pemerintahan Bani Saud al-Wahhabi yang kini memerintah
di Arab Saudi seperti yang telah ku ulang beberapa kali di post sebelum ini. Banyak pula yang dibunuh. Tidak kurang yang disiksa dan
dihalau keluar dari tanah tumpah darah mereka,yaitu Hijaz. Banyak pula yang terpaksa lari menyelamatkan diri karena diburu oleh
agen-agen kerajaan Saudi.

Pengusiran keluarga Nabi dan orang Quraisy oleh tentera Dajjal(Wahabi) ini telah dirakamkan dalam hadis Rasulullah saw yang
berbunyi,

Dari Ibnu Mas”ud RA, katanya, “ketika kami berada di sisi Rasullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani
Hasyim. Apabila terlihat mereka, maka kedua-dua mata banginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya,
“Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai?” Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk
kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dari penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu
kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka
mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalan
mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti halnya
bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka itu, walaupun terpaksa
merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi.”(Ibnu Majah)

Jadi jelas sekali ia telah berlaku dan Imam Mahdi serta pengikutnya serta pemuda Banu Tamim akan menguasai semula Mekah dan
menghalau puak-puak Wahabi/Salafi dan Bani Sa’ud yang memegang pemerintahan Mekah pada masa ini.

Bahkan jika dilihat secara logik,ahli keluarga Rasulullah seperti Habib Umar di Yaman dan keluarga bani Tamim dari
Khandahlawi,India adalah pemegang kuat fahaman Tasawwuf dan Tareqat yang diharamkan Wahabi dan ada yang menghukum kafir
kepada pengamal ilmu Tasawuf seperti Maulana Zakariyya Khandahlawi At-Tamimi merupakan syeikh besar dalam Tareqat Chisty
yang juga merangkap Tareqat yang aku amalkan di bawah sanad murid beliau.

Keluarga Nabi dan Tamim ini diusir dan mereka bertebaran di seluruh dunia.Ada yang lari ke India,Yaman,dan banyak pula yang
menetap di Nusantara.Tambahan lagi,para Habib,ulama Yaman(keluarga Rasulullah) dan ulama Deobandi,India(keluarga Tamim)
adalah ulama yang terkenal dengan pengamalan tradisi mereka yang mengekalkan sistem pengajaran secara Madrasah(cara yang
paling mendekati Rasulullah),bukan Universiti yang mendekati cara Yahudi.

Mereka juga ulama yang paling kuat berpegang kepada Sunnah Rasulullah berbanding ulama tempat lain yang tidak mahu beramal
dengan Sunnah Nabi atas alasan ‘Strategi Dakwah’,mereka tidak mahu bercelak,berserban,berjubah dan lebih selesa memakai kot
hitam seperti Rabbi Yahudi,lihat saja ulama-ulama muda zaman ini yang sangat cintakan budaya Yahudi sambil melaungkan,

‘Iman bukan pada pakaian’

Sedangkan jelas sekali bahawa Imam Mahdi dan pengikutnya itu bukan pemakai kot dan bersongkok seperti Imam Muda TV9 atau
pemakai baju ‘Muslimin United’ atau ‘Islam inside’ seperti ikhwah-ikhwah usrah,bukan juga berbaju Melayu seperti orang Melayu tapi
mereka berjubah,berserban dan berselendang seperti Nabi mereka.

Aku tinggalkan persoalan itu untuk kalian yang mempunyai AKAL untuk berfikir……

Selain daripada Hadis,dikatakan juga pemuda Tamim nanti memakai serban biru.Mungkin serban biru itu tidak selalu dipakainya,
cuma sekali-sekali saja. Namun begitu, ini sudah cukup menjadi bukti bahwa hanya beliau yang sanggup memakaiTerjemahkan
serban biru.
Ulama lain ketika itu, terutama ulama fiqh, sudah tidak sanggup lagi meletakkan serban di atas kepala sebagai pakaian harian,
apalagi untuk memakai serban yang berwarna biru,hitam atau hijau.

Pernyataan ini bukan datang dari hadis Nabi SAW atau dari tabiin, tetapi datang dari ramalan Nostradamus, seorang peramal bangsa
Perancis yang terkenal itu. Oleh itu, ramalan beliau ini boleh dijadikan sebagai sumber tambahan saja, bukan untuk dipercayai,
apalagi untuk diyakini, walaupun MUNGKIN benar kerana tidak bercanggahan dengan apa yang nabi ceritakan.

Siapa pula Maulana Ilyas Khandahlawi?

Perlu diketahui bahawa pemula gerakan Islam terbesar dalam dunia ini dimulakan oleh seorang lelaki dari TIMUR bumi dan
berketurunan BANI TAMIM iaitu Maulana Muhammad Ilyas Al-Kandahlawy.

Beliau lahir pada tahun 1303 Hijrah (1886 M) di perkampungan Kandahlah di kawasan Muzhafar Nagar, Uttar Pradesh, India.Ayahnya
bernama Syaikh Ismail dan ibunya bernama Shafiyah Al-Hafidzah. Keluarga Maulana Muhammad Ilyas terkenal sebagai gudang ilmu
agama dan memiliki sifat warak,semua ahli keluarganya dari keturunannya adalah Ulama dan para Huffaz Al-Quran.

Maulana Muhammad Ilyas Al-Kandhahlawy juga adalah daripada keturunan Hazrat Abu Bakar as-Siddiq r.a, seorang sahabat
Rasulullah s.a.w. Maulana Muhammad Ilyas pertama kali belajar agama pada abangnya Syaikh Muhammad Yahya, beliau adalah
seorang guru agama di madrasah di kota kelahirannya. Abangnya adalah seorang pengikut mazhab Hanafi dan sahabat daripada
seorang ulama dan penulis Islam terkenal, Syaikh Abul Hasan Al-Hasani An-Nadwi yang merupakan seorang pengarah kepada
lembaga Dar Al-‘Ulum di Lucknow, India.

Pada suatu ketika saudara keduanya, iaitu Maulana Muhammad Yahya pergi belajar kepada seorang alim besar dan pembaharu yang
ternama yakni Syaikh Rasyid Ahmad Al-Gangohi, di desa Gangoh, kawasan Saharanpur,Uttar Pradesh,India(Alhamdulillah aku telah
sampai ke situ pada tahun 2009 dan Insyaallah aku akan ceritakan pengalamanku disana).

Maulana Muhammad Yahya belajar membersihkan diri dan menyerap ilmu tasawuf dengan bimbingan Syaikh Rasyid Ganggohi. Hal
ini pula yang membuat Maulana Muhammad Ilyas tertarik untuk belajar pada Syaikh Rasyid sebagaimana abangnya. Akhirnya
Maulana Ilyas memutuskan untuk belajar agama menyertai abangnya di Gangoh.
Setelah menyelesaikan pelajaran Hadis Syarif, Jami’at Tirmidzi dan Shahih Bukhari, dan dalam jangka waktu empat bulan beliau
sudah menyelesaikan Kutubus Sittah(6 kitab Hadis yang Sahih iaitu Bukhari,Muslim,Tirmizi,Abu Daud,Ibn Majah,Nasa’I) .

Tubuhnya yang kurus dan sering terserang sakit semakin membuat beliau bersemangat dalam menuntut ilmu, begitu pula
kerisauannya yang bertambah besar terhadap keadaan umat yang jauh daripada syariat Islam.

Besarnya pengorbanan Maulana hanya untuk memajukan pendidikan agama bagi masyarakat Mewat,India tidak mendapatkan
perhatian. Bahkan mereka enggan menuntut ilmu dan suka hidup dalam kejahilan, mereka senang hidup dalam keadaan yang sudah
mereka jalani selama bertahun-tahun turun temurun.

Beliau melihat bahawa kejahilan, kegelapan dan sekularisme yang melanda negerinya sangat berpengaruh terhadap madrasah-
madrasah. Para murid tidak mampu menjunjung nilai-nilai agama sebagaimana yang sepatutnya, sehingga gelombang kejahilan
semakin melanda bagaikan gelombang lautan yang meluru deras sehingga ratusan mil membawa mereka hanyut.

Melihat keadaan Mewat yang sangat jahil itu semakin menambah kerisauan beliau akan keadaan umat Islam terutama masyarakat
Mewat. Kunjungan-kunjungan dilakukannya bahkan madrasah-madrasah banyak didirikan, tetapi hal itu belum dapat mengatasi
masalah yang dihadapi masyarakat Mewat.

Pada tahun 1351 H/1931 M, beliau menunaikan haji ke tanah suci Mekah. Kesempatan tersebut dipergunakannya untuk menemui
tokoh-tokoh India yang ada di Arab untuk memperkenalkan usaha dakwah dan dengan harapan agar usaha ini dapat terus dijalankan
di tanah Arab.

Keinginannya yang besar menyebabkan beliau berkesempatan menemui Sultan Ibnu Sa’ud yang menjadi raja tanah Arab untuk
mengenalkan usaha dakwah seperti Rasulullah mulia yang dibawanya. Selama di tanah Mekah, jamaah bergerak setiap hari dari pagi
sampai petang, usaha dakwah terus dilakukan untuk mengajak orang taat kepada perintah Allah dan menegakkan dakwah.

Setelah pulang dari haji tersebut, Maulana mengadakan dua kunjungan ke Mewat, masing-masing disertai jamaah dengan jumlah
yang cukup besar, paling sedikit seratus orang. Bahkan di beberapa tempat jumlah itu semakin meningkat. Kunjungan pertama
dilakukan selama satu bulan dan kunjungan ke dua dilakukan hanya beberapa hari saja. Dalam kunjungan tersebut beliau selalu
membentuk jamaah-jamaah yang dikirimkan ke kampung-kampung untuk berjaulah (berkeliling dari rumah ke rumah seperti yang
dilakukan jemaah Tabligh sedunia) untuk menyampaikan pentingnya agama. Beliau sepenuhnya yakin bahawa kejahilan, kelalaian
serta hilangnya semangat agama dan jiwa keislaman itulah yang menjadi sumber kerosakan.

Terjemahkan
Dari Mewat inilah secara beransur-ansur usaha tabligh meluas ke Delhi, Punjab, Khurja, Aligarh, Agra, Bulandshar, Meerut, Panipat,
Sonepat, Karnal, Rohtak dan daerah lainnya. Begitu juga di bandar-bandar pelabuhan banyak jamaah yang tinggal dan terus bergerak
menuju tempat-tempat yang ditujukan sepeti halnya daerah Asia Barat.

Terbentuknya jamaah ini adalah dengan izin Allah melalui asbab kerisauan Maulana Muhammad Ilyas, tersebarlah jamaah-jamaah
yang membawa misi berganda, iaitu islah diri (perbaikan diri sendiri) dan mendakwahkan kebesaran Allah s.w.t kepada seluruh umat
manusia.

Perkembangan jemaah ini semakin hari semakin ketara. Banyak jamaah yang dihantar dari tempat-tempat yang dikunjungi jamaah,
kemudian membentuk rombongan jamaah baru sehingga silaturrahim antara kaum muslimin dengan muslim yang lain dapat
terwujud. Gerakan jamaah tidak hanya tersebar di India tetapi sedikit demi sedikit telah menyebar ke pelbagai negara di seluruh
dunia dan Malaysia tidak terkecuali dan aku Alhamdulillah telah dipilih Allah sebagai salah satu pejuangnya dan aku mengajak kalian
agar bergabung denganku mendakwahkan agama ini.

Buah fikiran beliau dicurahkan dalam lembar-lembar kertas surat yang dihimpun oleh Maulana Manzoor Nu’mani dengan judul Aur
Un Ki Deeni Dawat yang ditujukan kepada para ulama dan seluruh umat Islam yang mengambil usaha dakwah ini.

Karya beliau yang paling nyata adalah beliau telah meninggalkan kerisauan dan fikir atas umat Islam hari ini serta metod kerja
dakwahnya yang atas izin Allah s.w.t telah menyebar ke seluruh pelosok dunia. Orang-orang yang mengetahui keadaan umat, insya-
Allah akan mengambil jalan dakwah ini sebagai penawar dan ubat hatinya, dan akan menjadi sebab hadirnya hidayah bagi dirinya
dan orang lain.

Maulana Muhammad Ilyas Al-Kandahlawy lahir pada tahun 1303 H. (1886) di desa Kandahlah di kawasan Muzhafar Nagar, Utar
Prades, India. Ayahnya bernama Syaikh Ismail dan Ibunya bernama Shafiyah Al-Hafidzah. Keluarga Maulana Muhammad Ilyas
terkenal sebagai gudang ilmu agama dan memiliki sifat wara’. Saudaranya antara lain Maulana Muhammad yang tertua, dan
Maulana Muhammad Yahya. Sementara Maulana Muhammad Ilyas adalah anak ketiga dari tiga bersaudara ini. Maulana Muhammad
Ilyas Al-Kandhahlawy juga adalah dari keturunan Hazrat Abu Bakar As-Siddiq R.a, seorang sahabat Rasulullah s.a.w.Maulana
Muhammad Ilyas pertama kali belajar agama pada abangnya Syaikh Muhammad Yahya, beliau adalah seorang guru agama pada
madrasah di kota kelahirannya. Abangnya adalah seorang pengikut mazhab Hanafi dan sahabat dari seorang ulama dan penulis
Islam terkenal, Syaikh Abul Hasan Al-Hasani An-Nadwi yang merupakan seorang direktor pada lembaga Dar Al-‘Ulum di Lucknow,
India .

Ayah beliau Syaikh Muhammad Ismail adalah seorang ruhaniawan besar yang suka menjalani hidup dengan ber’uzhlah, berkhalwat
dan beribadah, membaca Al-Qur’an dan melayani para musafir yang datang dan pergi serta mengajarkan Al-Qur’an dan ilmu-ilmu
agama.Beliau selalu mengamalkan do’a ma’tsur dari hadits untuk waktu dan keadaan yang berlainan. Perangainya menyukai
kedamaian dan keselamatan serta bergaul dengan manusia dengan penuh kasih sayang dan kelembutan, tidak seorangpun
meragukan dirinya. Bahkan beliau menjadi tumpuan kepercayaan para ulama sehingga mampu membimbing berbagai tingkat kaum
muslimin yang terhalang oleh perselisihan di antara mereka.

Adapun ibu beliau Shafiyah Al-Hafidzah adalah seoarang Hafidzah Al-Qur’an. Isteri kedua dari Syaikh Muhammad Ismail ini selalu
menghatamkan Al-Qur’an, bahkan sambil bekerjapun mulutnya senantiasa bergerak membaca ayat-ayat Al-Qur’an yang ia
hafal.Maulana Muhammad Ilyas sendiri mula mengenal pendidikan pada sekolah Ibtidaiyah (dasar). Sejak saat itulah beliau mula
menghafal Al-Qur’an, hal ini disebabkan oleh kebiasaan yang ada dalam keluarga Syaikh Muhammad Ismail yang kebanyakan dari
mereka adalah hafidzh Al-Qur’an. Sehingga diriwayatkan bahawa dalam solat berjama’ah separuh saff bagian depan semuanya
adalah hafidzh terkecuali muazzin saja.

Sejak kecil telah tampak ruh dan semangat agama dalam dirinya, beliau memilki kerisauan terhadap umat, agama dan dakwah.
Sehingga ‘Allamah Asy-Syaikh Mahmud Hasan yang dikenal sebagai Syaikhul Hind (guru besar ilmu hadits pada madrasah Darul
‘Ulum Deoband) mengatakan, “sesungguhnya apabila aku melihat Maulana Ilyas aku teringat akan kisah perjuangan para sahabat”.
Pada suatu ketika saudara keduanya, iaitu Maulana Muhammad Yahya pergi belajar kepada seorang ‘alim besar dan pembaharu
yang ternama yakni Syaikh Rasyid Ahmad Al-Gangohi, di desa Gangoh, kawasan Saranpur, Utar Pradesh, India. Maulana Muhammad
Yahya belajar membersihkan diri dan menyerap ilmu dengan bimbingan Syaikh Rasyid. Hal ini pula yang membuat Maulana
Muhammad Ilyas tertarik untuk belajar pada Syaikh Rasyid sebagaimana abangnya. Akhirnya Maulana Ilyas memutuskan untuk
belajar agama menyertai abangnya di Gangoh. Akan tetapi selama tinggal dan belajar di sana Maulana Ilyas selalu menderita sakit.
Sakit ini ditanggungnya selama bertahun-tahun lamanya, tabib Ustadz Mahmud Ahmad, anak dari Syaikh Gangohi sendiri, telah
memberikan ubat dan rawatan pada beliau.Sakit yang dideritanya menyebabkan kegiatan belajarnya pun terganggu, akan tetapi
beliau tidak berputus asa. Banyak yang menyarankan agar beliau berhenti belajar untuk sementara waktu, beliau menjawab, ”apa
gunanya aku hidup jika dalam kebodohan”.

Dengan izin Allah SWT, Maulana pun menyelesaiakan pelajaran Hadits Syarif, Jami’at Tirmidzi dan Shahih Bukhari, dan dalam jangka
waktu empat bulan beliau sudah menyelesaikan Kutubus Sittah . Tubuhnya yang kurus dan sering terserang sakit semakin membuat
Terjemahkan
beliau bersemangat dalam menuntut ilmu, begitu pula kerisauannya yang bertambah besar terhadap keadaan umat yang jauh dari
Syari’at Islam.

Ketika Syaikh Gangohi wafat pada tahun 1323 H, beliau baru berumur dua puluh lima tahun dan merasa sangat kehilangan guru yang
paling dihormati. Hal ini membuatnya semakin taat beribadah pada Allah. Beliau menjadi pendiam dan hanya mengerjakan ibadah,
zikir, dan banyak mengerjakan amal-amal infiradi . Maulana Muhammad Zakariya menuliskan:Pada waktu aku mengaji sebuah kitab
kepada beliau, aku datang padanya dengan kitab pelajaranku dan aku menunjukkan tempat pelajaran dengan jari kepadanya. Tetapi
apabila aku salah dalam membaca, maka beliau akan memberi isyarat kepadaku dengan jarinya agar menutup kitab dan
menghentikan pelajaran. Hal itu beliau maksudkan agar aku mempelajari kembali kitab tersebut, kemudian datang lagi pada hari
berikutnya .

Beliau akhirnya berkenalan dengan Syaikh Khalid Ahmad As-Sharanpuri, penulis kitab Bajhul Majhud Fi Hilli Alfazhi Abi Dawud, dan
akhirnya beliau berguru kepadanya. Semakin bertambah ilmu yang dimiliki membuat beliau semakin tawaddu'. Ketawaddukan beliau
di usia mudanya menyebabkan beliau dihormati di kalangan para Ulama dan Masyaikh. Syaikh Yahya, abang kandung beliau sendiri
tidak pernah memperlakukan beliau sebagai anak kecil, bahkan Syaikh Yahya sangat menghormati beliau.

Pada suatu ketika di Kandhla ada sebuah pertemuan yang dihadiri oleh ulama-ulama besar, di antaranya terdapat nama Syaikh
Abdurrahman Ar-Raipuri, Syaikh Khalil Ahmad As-Sharanpuri, dan Syaikh Asyraf Ali At-Tanwi. Waktu itu tiba waktu sholat Asar,
mereka meminta Maulana Ilyas untuk mengimami solat tersebut. Ustadz Badrul Hasan salah seorang di antara keluarga besar
tersebut berkata, “alangkah panjang dan beratnya kereta api ini, namun alangkah ringan lokomotifnya”, kemudian salah seorang
diantara hadirin menjawab,” tetapi lokomotif yang kuat itu justeru keranana ringannya”.

Akibat kematian abangnya, Maulana Muhammad Yahya, pada 9 Ogos 1925, beliau mengalami goncangan batin yang cukup berat.
Dua tahun setelah itu, menyusul abangnya yang tertua, Maulana Muhammad. Beliau meninggal di Masjid Nawab Wali, Qassab Pura
dan dimakamkan di Nizamuddin. Kematian Maulana Muhammad ini mendapat perhatian dari masyarakat sekitarnya. Beribu orang
menziarahi jenazahnya. Setelah dimakamkan orang ramai meminta kepada Maulana Ilyas untuk menggantikan abangnya di
Nizamuddin padahal pada waktu itu beliau sedang menjadi salah seorang pengajar di Madrasah Mazhahirul ‘Ulum. Masyarakat
bahkan menjanjikan dana bulanan kepada madrasah dengan syarat agar dapat diamalkan seumur hidupnya.

Pada akhirnya, setelah mendapat izin dari Maulana Khalil Ahmad dengan pertimbangan jika tinggalnya di Nizamuddin membawa
manfaat maka Maulana Ilyas akan diberi kesempatan untuk berhenti mengajar. Beliau pun akhirnya pergi ke Nizamuddin, ke
madarasah warisan ayahnya yang kosong akibat lama tidak dihuni. Dengan semangat mengajar yang tinggi beliaupun akhirnya
membuka kembali madrasah tersebut.Kerana semangat yang tinggi untuk memajukan agama, beliaupun mendirikan Maktab di
Mewat, tetapi keadaan sekitar dan suasana menyebabkan masyarakatnya lebih menyukai anak-anak mereka pergi ke kebun atau ke
sawah daripada ke Madrasah atau Maktab untuk belajar agama, membaca atau menulis. Oleh yang demikian, Maulana Ilyas
terpaksa meminta orang Mewat untuk menyiapkan anak-anak mereka untuk belajar dengan pembiayaan yang akan ditanggung oleh
Maulana sendiri.

Besarnya pengorbanan Maulana hanya untuk memajukan pendidikan agama bagi masyarakat Mewat tidak mendapatkan perhatian.
Bahkan mereka enggan menuntut ilmu, mereka senang hidup dalam keadaan yang sudah mereka jalani selama bertahun-tahun turun
temurun. Beliau melihat bahawa kejahilan, kegelapan dan sekularisme yang melanda negerinya sangat berpengaruh terhadap
madrasah-madrasah. Para murid tidak mampu menjunjung nilai-nilai agama sebagaimana yang sepatutnya, sehingga gelombang
kejahilan semakin melanda bagaikan gelombang lautan yang meluru deras sehingga ratusan mil membawa mereka hanyut. Tetapi,
masyarakat tetap masih belum memiliki semangat agama. Kebanyakan mereka tidak begitu berminat untuk mengirimkan anak-anak
mereka untuk belajar ilmu di Madrasah. Hal ini disebabkan mereka tidak tahu pentingnya ilmu agama, mereka pun tidak menaruh
hormat pada lulusan Madrasah yang telah memberikan penerangan dan dakwah. Orang Mewat pun tidak mahu mendengar apatah
lagi untuk mengikutinya. Madrasah-madrasah yang ada itu masih tidak mampu mengubah warna dan gaya hidup masyarakat .

Melihat keadaan Mewat yang sangat jahil itu semakin menambah kerisauan beliau akan keadaan umat Islam terutama masyarakat
Mewat. Kunjungan-kunjungan diadakan bahkan madrasah-madrasah banyak didirikan, tetapi hal itu belum dapat mengatasi masalah
yang dihadapi masyarakat Mewat.

Dengan izin Allah timbullah keinginannya untuk mengirimkan jama’ah dakwah ke Mewat. Pada tahun 1351 H/1931 M, beliau
menunaikan haji yang ketiga ke tanah suci Makkah. Kesempatan tersebut dipergunakannya untuk menemui tokoh-tokoh India yang
ada di Arab untuk memperenalkan usaha dakwah dan dengan harapan agar usaha ini dapat terus dijalankan di tanah Arab.
Keinginannya yang besar menyebabkan beliau berkesempatan menemui Sultan Ibnu Sa’ud yang menjadi raja tanah Arab untuk
mengenalkan usaha mulia yang dibawanya. Selama di tanah Makkah Jama’ah bergerak setiap hari dari pagi sampai petang, usaha
dakwah terus dilakukan untuk mengajak orang taat kepada perintah Allah dan menegakkan dakwah.Setelah pulang dari haji tersebut,
Maulana mengadakan dua kunjungan ke Mewat, masing-masing disertai jama’ah dengan jumlah yang cukup besar, paling sedikit
seratus orang. Bahkan di beberapa tempat jumlah itu semakin meningkat. Kunjungan pertama dilakukan selama satu bulan dan
kunjungan ke dua dilakukan hanya beberapa hari saja. Dalam kunjungan tersebut beliau selalu membentuk jama’ah-jama’ah yang
Terjemahkan
dikirimkan ke kampung-kampung untuk berjaulah (berkeliling dari rumah ke rumah) guna menyampaikan pentingnya agama . Beliau
sepenuhnya yakin bahwa kejahilan, kelalaian serta hilangnya semangat agama dan jiwa keislaman itulah yang menjadi sumber
kerosakan.

Adapun satu-satu jalan adalah memujuk orang-orang Mewat agar keluar dari kampung halamannya untuk memperbaiki diri dan
belajar agama, serta melatih kebiasaan-kebiasaan yang baik sehingga tumbuh kesadarannya untuk mencintai agama lebih daripada
dunia dan mementingkan amal dari mal (harta). Dari Mewat inilah secara beransur-ansur usaha tabligh meluas ke Delhi, United
Province, Punjab, Khurja, Aligarh, Agra, Bulandshar, Meerut, Panipat, Sonepat, Karnal, Rohtak dan daerah lainnya. Begitu juga di
bandar-bandar pelabuhan banyak jama’ah yang tinggal dan terus bergerak menuju tempat-tempat yang ditujukan sepeti halnya
daerah Asia Barat .

Terbentuknya jama’ah ini adalah dengan izin Allah melalui asbab kerisauan Maulana Muhammad Ilyas, menyebarlah jama’ah-jama’ah
yang membawa misi berganda yaitu islah diri (perbaikan diri sendiri) dan mendakwahkan kebesaran Allah SWT kepada seluruh umat
manusia. Perkembangan jama’ah ini semakin hari semakin ketara. Banyak jama’ah yang dihantar dari tempat-tempat yang dikunjungi
jama’ah pun ada yang kemudian membentuk rombongan jama’ah baru sehingga silaturrahim antara kaum muslimin dengan muslim
yang lain dapat terwujud. Gerakan jama’ah tidak hanya tersebar di India tetapi sedikit demi sedikit telah menyebar ke barbagai
negara.

Hanya kekuasaan Allah yang dapat memakmurkan dan membesarkan usaha ini.Kerisauan akan keadaan umat semakin bertambah,
jama’ah-jama’ah banyak dibentuk dan dihantar ke pelosok jazirah. Sehingga dengan izin Allah usaha ini pun semakin meluas.
Maulana Muhammad Ilyas tanpa henti terus memberi dorongan dan arahan ilmu dan pemikirannya untuk menjalankan usaha
dakwah ini agar sampai ke seluruh alam. Dalam keadaan umur yang tua, Maulana terus bersemangat hingga tubuhnya yang kurus
tidak mampu lagi untuk digerakkan ketika beliau menderita sakit.

Pada hari terakhir dalam sejarah hidupnya Maulana mengirim utusan kepada Syaikhul Hadits Maulana Zakariya, Maulana Abdul
Qodir Raipuri, dan Maulana Zafar Ahmad, bahwa beliau akan mengamanahkan kepercayaan sebagai amir jama’ah kepada sahabat-
sahabatnya seperti Hafidz Maqbul Hasan, Qozi Dawud, Mulvi Ihtisamul Hasan, Mulvi Muhammad Yusuf, Mulvi Inamul Hasan, Mulvi
Sayyid Raza Hasan. Pada saat itu terpilihlah Mulvi Muhammad Yusuf sebagai pengganti Maulana Muhammad Ilyas dalam
memimpin usaha dakwah dan tabligh .Pada sekitar bulan Julai 1944 beliau jatuh sakit yang cukup parah, beliau hanya berbaring di
tempat tidur dengan ditemani para pembantu dan muridnya. Keadaan tubuhnya yang telah lemah merupakan bukti nyata bahwa
beliau bersungguh-sungguh menghabiskan waktu berdakwah Khuruj Fi Sabilillah mengembara dari satu tempat ke tempat lain
bersama dengan jama’ah untuk mendakwahkan kebesaran Allah dan kalimat Laa Ilaaha Illallah Muhammad Rasulullah.

Pada tanggal 13 Julai 1944, Maulana telah siap untuk menempuh perjalanannya yang terakhir. Beliau bertanya kepada salah seorang
yang hadir, “apakah besok hari Khamis?”, yang di sekelilingnya menjawab,”Benar”, kemudian beliau berkata lagi, “Periksalah
pakaianku, apakah ada najisnya atau tidak”, yang disekelilingnya berkata bahwa pakaian yang dikenakannya masih dalam keadaan
suci. Kemudian beliau turun dari tempat pembaringan, berwudhu dan mengerjakan solat Isyak dengan berjama’ah. Beliau berpesan
kepada orang-orang agar memperbanyak zikir dan do’a pada malam itu. Beliau berkata,”Yang ada di sekelilingku ini pada hari ini
hendaklah menjadi orang-orang yang dapat membezakan antara perbuatan syaitan dan perbuatan malaikat Allah”.

Pada pukul 12 malam beliau pengsan dan sangat gelisah, doktor segera dipanggil dan ubat pun segera diberikan, kata-kata "Allahu
Akbar" terus keluar dari mulutnya ketika malam telah menjelang pagi, beliau mencari anaknya Maulana Muhammad Yusuf dan
Maulana Ikromul Hasan. Ketika dipertemukan beliau berkata, "kemarilah kalian, aku ingin memeluk, tidak ada lagi waktu setelah ini,
sesungguhnya aku akan pergi”.

Akhirnya Maulana menghembuskan nafas terakhirnya, beliau pulang ke Rahmatullah sebelum azan Shubuh. Seorang pengembara
yang amat lelah yang mungkin tidak pernah tidur dengan tenang, kini sampai ke tempat tujuannya. .Beliau tidak banyak
meninggalkan karya-karya tulisan tentang kerisauannya akan keadaan umat.

Buah fikiran beliau dicurahkan dalam lembar-lembar kertas surat yang dihimpun oleh Maulana Manzoor Nu’mani dengan judul Aur
Un Ki Deeni Dawat yang ditujukan kepada para ulama dan seluruh umat Islam yang mengambil usaha dakwah ini. Karya beliau yang
paling nyata adalah beliau telah meninggalkan kerisuaan dan fikir atas umat Islam hari ini serta metod kerja dakwahnya yang atas
izin Allah SWT telah menyebar ke seluruh pelosok dunia. Orang-orang yang mengetahui keadaan umat, Insya Allah akan mengambil
jalan dakwah ini sebagai penawar dan ubat hatinya, dan akan menjadi sebab hadirnya hidayah bagi dirinya dan orang lain.

Prinsip dan Usaha Membangun Tradisi Dakwah

Dakwah merupakan masalah yang paling penting dalam mengembalikan kejayaan umat Islam. Kesan dakwah pada saat ini tidaklah
sepenting yang digariskan, dan seakan sudah tidak ada lagi dalam fikiran orang-orang Islam yang hidup pada zaman ini. Orang-orang
Islam mungkin lupa bahwa risalah kenabian dan kerasulan telah ditutup oleh Allah SWT. Sementara agama Islam yang menjadi jalan
Terjemahkan
keselamatan harus sampai kepada generasi terakhir umat manusia yang tidak seorangpun mengetahui bila berakhirnya. Sering
diungkapkan dalam riwayat-riwayat tentang penyakit umat-umat nabi terdahulu yang pada saat ini dapat kita lihat sendiri.

Maka menjadi tugas umat Islam sebagai pewaris tugas kenabian untuk mendakwahkan agama Allah SWT hingga generasi terakhir
dari peradaban manusia.Dalam pandangan Maulana Muhammad Ilyas dakwah merupakan kewajiban umat Nabi Muhammad saw.
Pada prinsipnya setiap orang yang mengaku mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW tentulah memiliki kewajiban mendakwahkan
ajarannya, yaitu agar selalu taat kepada Allah dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Menjadikan dakwah sebagai
maksud hidup untuk mencapai puncak pengorbanan merupakan tujuan yang harus dicapai setiap individu pendakwah yang mengerti
keadaan umat Islam saat ini. Sebagaimana halnya para sahabat nabi yang dalam riwayat banyak dikisahkan tentang pengorbanan
mereka terhadap agama Allah SWT, sehingga Allah memberikan kemulian dan kesempurnaan amal agama dan kehidupan yang tidak
hanya berfokus pada ibadah semata melainkan mencakupi semua bidang kehidupan berupa politik, ekonomi, sosial dan
kebudayaan.

Pada awal perkembangannya yang sedemikian terbatas, Islam mampu menguasai belahan dunia pada saat itu dengan
menundukkan Romawi dan Parsi serta menyebarkan ilmu pengetahuan ke seluruh belahan dunia. Hal ini merupakan bukti tentang
besar dan megahnya Islam dengan generasi yang berpegang teguh pada ajarannya. Hal inilah yang dikehendaki Maulana agar dapat
diwujudkan kembali di kalangan umat Islam. Maulana menghabiskan masa hidupnya untuk berdakwah, mengajarkan prinsip dakwah
yang hakiki yakni bahwa setiap diri yang mengaku sebagai umat Islam mempunyai kewajiban berdakwah, menyeru kepada yang
ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar.

Dalam salah satu suratnya yang ditujukan pada Syaikh Muhammad Zakariya, beliau menulis: "Aku ingin agar fikiran, hari, kekuatan
dan waktuku hanya aku gunakan demi cita-citaku ini saja. Bagaimana aku dapat bekerja selain dari kerja dakwah dan tabligh,
sedangkan aku melihat ruh Nabi SAW bersedih akibat perilaku buruk umatnya, lemah agama dan aqidah, merosot, dan hina serta
tidak adanya kejayaan bahkan telah lama digilas kekufuran". Kerisauan yang mendalam akan keadaan umat inilah yang
menyebabkan beliau berkeinginan kuat untuk terus berdakwah mengajak orang taat kepada Allah dan menyampaikan kebesaran
Allah dengan manifestasi menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya.

Melalui segala macam usaha yang dilakukan oleh beliau dengan fikiran dan kerisauan akhirnya terbentuklah jama’ah-jama’ah yang
berkeinginan mendakwahkan kembali ajaran Nabi Muhammad saw kepada umatnya.Membebankan kewajiban bertabligh (amar
ma’ruf nahi munkar) semata-mata pada kalangan ulama adalah sebagai tanda adanya kebodohan pada diri kita. Tugas ulama adalah
mengajarkan ilmu dan menunjukkan jalan yang benar akan pemahaman terhadap agama. Sedangkan memerintahkan berbuat
kebajikan di antara khalayak dan mengusahakan supaya mereka menuju jalan yang benar adalah tanggung jawab semua orang
Islam . Sementara Dr. Sayyid Muhammad Nuh dalam tulisannya menegaskan: Laju perjalanan umat Islam saat ini jauh tertinggal di
belakang, setelah sebelumnya berada di barisan paling depan.

Banyak sebab yang menjadikan kaum muslimin dalam keadaan seperti ini, di antara sebab utama adalah meninggalkan kewajiban
dakwah, amar ma’ruf nahi munkar dan jihad fi Sabilillah. Semua ini berangkat dari kesalahan persepsi umat dalam memandang
kewajiban ini. Masih banyak yang memahami bahawa dakwah adalah kewajiban ulama saja, terbatas dalam bentuk ceramah,
khutbah dan mau’idzhah saja. Sementara itu, sebahagian dari mereka ada yang memahami dakwah ini merupakan kewajiban yang
berlaku atas setiap individu muslim, namun mereka melakukannya tanpa disertai pemahan yang baik terhadap manhaj dakwah
nabawiyah dan rambu-rambu Al-Qur’an .

Jauh sebelum itu Maulana Muhammad Ilyas telah memikirkan keadaan ini, sehingga keinginannya yang telah bersatu dengan
kerisauannya akan keadaan umat Islam yang dilihatnya, membuatnya mencurahkan hidupnya untuk kerja dakwah. Bahkan Maulana
Muhammad Ilyas mulai membangun tradisi dakwah yang ia mulai dengan membentuk jama’ah-jama’ah dakwah yang dihantar ke
tempat-tempat tertentu, bahkan dipimpin langsung oleh beliau. Dengan tenaga dan kerisauan yang ada beliau berusaha
mengenalkan kewajiban dakwah pada umat Islam dan membangun tradisi tersebut agar semua dapat melaksanakan jalan dakwah
ini.Membangun tradisi dakwah diantara keadaan umat yang jauh dari agama, seperti di Mewat tidaklah semudah yang dibayangkan.

Dalam keadaan yang penuh dengan kesesatan dan kejahilan masyarakat, Maulana Muhammad Ilyas terpanggil untuk mengajak
mereka kembali kepada Allah dan Rasul-Nya. Terlebih lagi masyarakat yang masih kuat memegang syariat agama. Beliau sangat
menyadari bahawa Rasulullah bukanlah orang yang mementingkan diri sendiri, beliau selalu memikirkan umatnya, merisaukan
keadaan umatnya di kemudian hari. Sehingga dalam riwayat di beritakan bahwa ketika ajal beliau datang, dengan tersekat-sekat
masih menyebut umatnya. Fikiran itulah yang selalu muncul dalam benak Maulana, bahwa dakwah hari ini adalah bagaimana
mengajak umat kembali kepada jalan Allah dan Rasulnya.Berdasarkan pengalaman dan pemikiran yang panjang, Maulana melihat
bahawa para petani Mewat yang miskin tidak mungkin dapat meluangkan waktunya untuk belajar agama, sedangkan mereka masih
berada di tengah-tengah lingkungan dengan segala kesibukannya. Bahkan dalam jangka waktu yang pendek yang dapat mereka
berikan itu, tidak dapat diharapkan agar mereka dapat memperoleh kesan yang dalam dari ajaran-ajaran agama yang telah mereka
peroleh, serta memiliki semangat agama sebagaimana yang diharapkan yang dapat mengubah cara hidup mereka. Sesungguhnya
tidak mungkin meminta mereka supaya semuanya untuk ke madrasah. Namun juga tidak tepat berangan-angan bahwa hanya
Terjemahkan
dengan sekadar nasihat dan ceramah akan mengubah kehidupan mereka dari cara-cara jahiliyah kepada cara-cara Islam, baik dalam
perangai, tradisi, maupun pola berfikir .

Peranan Maulana Muhammad Ilyas dalam menggerakkan masyarakat Mewat yang jahiliyah itu menyebabkan tumbuhnya suasana
agama yang mempengaruhi kehidupan masyarakat. Suasana agama inilah yang diperlukan guna menstimulasi berkembangnya
masyarakat yang Islami yang mengikuti kehidupan rasul dan para sahabat. Jama’ah-jama’ah dari masyarakat pun dibentuk untuk
dikirim ke beberapa tempat agar dapat memperbaiki diri dalam suasana agama, dengan perbekalan seadanya dan semangat untuk
menyebarkan dan mensuasanakan agama. Datangnya Ramadhan dan cahayanya telah menyinari hati manusia, Maulana Ilyas pun
meminta para sahabatnya agar menyiapkan jama’ah untuk dikirim ke Kandhla. Padahal mereka tahu bahwa Kandhla merupakan
pusat ilmu dan banyak terdapat rohaniawan. Tentu saja mereka berkeberatan untuk menyampaikan seruan agama tersebut. Apalagi
jama’ah itu adalah orang-orang yang jahil, sungguh ini merupakan suatu yang aneh. Namun akhirnya terbentuklah jama’ah yang
terdiri dari sepuluh orang Mewat yang dipimpin oleh Hafidzh Maqbul Hasan.

Jama’ah ini bertolak dari Delhi menuju ke Kandhla setelah hari raya. Jama’ah mendapatkan sambutan yang menyenangkan .Jama’ah
pertama yang dikirim menyebabkan bertambahnya semangat beliau dalam membangun tradisi dakwah di kalangan masyarakat.
Daerah-daerah lain pun mulai difikirkannya. Gerak jama’ah sangat penting ertinya bagi upaya mengubah pola hidup masyarakat.
Bagaimanapun keadaannya, beliau tetap berharap dapat mengirimkan jama’ah-jama’ah serupa ke berbagai tempat lainnya. Jama’ah
kedua dikirim ke Raipur, kemudian mengadakan ijtima’ (berkumpul) di Chatora hingga terbentuk jama’ah lagi hingga dikirim ke
Sonepar, Panipat, dan daerah sekitarnya. Begitulah perkembangan yang terjadi di daerah Mewat dan sekitarnya.Beliau sepenuhnya
meyakini bahwa kejahilan, kelalaian serta hilangnya semangat agama dan jiwa keislaman itulah yang menjadi sumber kerosakan.
Adapun satu-satunya jalan keluar adalah memujuk orang-orang Mewat supaya keluar (dari kampung halamannya) guna memperbaiki
diri, belajar agama, dan melatih kebiasaan yang baik hingga tumbuh kesadarannya untuk lebih mencintai agama daripada dunia, dan
mementingkan amal daripada mal (harta) .

Maulana bercita-cita mewujudkan satu generasi yang benar-benar mau berkorban untuk agama, seperti berkorbannya para sahabat
dahulu. Jika sehari-hari mereka berkorban waktu, harta, dan diri mereka untuk keduniaan, maka mereka pun harus berusaha untuk
berkorban dengan diri, harta dan waktu mereka untuk agama. Menjadi hal yang biasa bahawa segala sesuatu yang diperoleh melalui
pengorbanan akan sangat dicintai.Lambat laun suasana di Mewat semakin berubah. Bahkan perubahan tersebut makin tampak
pada cara hidup dan tradisi mereka. Mewat menjadi tanah gembur dan subur yang apabila tanaman dakwah Islamiyah dan
pengajaran hukum-hukum agama ditanamkan akan tumbuh, berkembang dan berbuah di tempat tersebut . Perkembangan yang
terjadi di Mewat adalah perkembangan yang mengesankan, Mewat yang pada mulanya dilingkupi jahiliyah kini telah berubah menjadi
pusat dakwah dan siar agama. Usaha Maulana Muhammad Ilyas yang pertama adalah menanamkan iman dan keyakinan yang benar
terhadap Allah SWT dengan cara yang telah dicontohkan Rasulullah SAW. Kemudian beliau menyampaikan keutamaan-keutamaan
beramal dan kerugian meninggalkannya serta mengajak umat Islam untuk berkorban, meletakkan diri, harta dan waktunya di jalan
Allah.

Sampai akhir hayatnya beliau tetap mencurahkan perhatiannya pada usaha dakwah ini. Bahkan setelah berkembang di India, usaha
dakwah ini berkembang ke seluruh dunia. Hingga saat ini negara-negara di beberapa berlahan benua telah memiliki amal jama’ah
dakwah. Mereka terus bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mengajak manusia kembali kepada tugas utama sebagai
hamba Allah yang sudah seharusnya mengabdikan diri dengan segenap jiwa dan raga serta sebagai umat Nabi yang terakhir
Muhammad saw yang mempunyai tugas dakwah beramar ma’ruf nahi munkar.

[1]Riwayat Hidup maulana Muhammad Ilyas diambil dari buku karangan Sayyid Abul Hasan Ali-Nadwi, (1999), Riwayat Hidup Dan
Usaha Dakwah Maulana Muhammad Ilyas, Yogyakarta: Ash-Shaff, hlm. 5-18

[2]lihat, H.A. Hafizh Dasuki (et al), (1993), Ensiklopedi Islam Vol. S1-1, Jakarta: Ichtiar Baru Van Hoeve, hlm. 266

[3]Kutubus Sittah berarti kitab yang enam yaitu kitab-kitab hadits yang telah dijadikan standard para ulama dan kaum muslimin untuk
menjadi hujjah bagi persoalan-persoalan agama diantaranya adalah Shahih Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan
Tirmidzi, Sunan Nasa’i, dan Sunan Ibnu Majjah.

[4]Infiradi berasal dari kata faroda yang dalam bahasa arab berarti sendiri, yang dimaksudkan adalah beramal secara sendiri atau
tidak berjama’ah

[5]Sayyid Abul Hasan Ali Nadwi, op. cit., hlm. 14

[6]Sayyid Abul Hasan Ali An-Nadwi, op. cit., hlm. 39-40

[7]Ibid, hlm. 43-44

[8]Tutus Hendrato, op. cit., hlm. 22-23


Terjemahkan
[9]Ibid, hlm. 24

[10]Sayyid Abul hasan Ali- Nadwi, op. cit., hlm. 127-128

[11]Ibid, hlm. 145

[12]Maulana Ihtisamul Hasan Kandhalawi, (1998), Keruntuhan Umat Islam Dan Cara Mengatasinya, Yogyakarta: Ash-Shaff, hlm. 23

[13]Sayyid Muhammad Nuh, (1996), Dakwah Fardiyah, Dalam Manhaj Amal Islami, Solo: Citra Islami Press, hlm. 9

[14]Sayyid Abul Hasan Ali-Nadwi, loc. cit., hlm 44

[15]Ibid, hlm. 47

[16] Sayyid Abul Hasan Ali-Nadwi, op. cit., 45-46

[17]Ibid, hlm. 51

Terjemahkan

Anda mungkin juga menyukai