Anda di halaman 1dari 28

PERBANDINGAN UMAR ABDUL AZIZ DAN HARUN ALRASYID

BAHAGIAN A
KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ
Biodata Ringkas
Nama : Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam
Nama Ibu : Laila binti 'Asim bin Umar bin Al-Khatab
T/Lahir : 61H
Umur : 39 tahun
Tarikh M/Dunia : 101H
Jawatan : Khalifah Ke 6 Bani Umaiyyah
Tarikh Lantikan : Safar 99H @ 717M
Lama Berkhidmat : 2 tahun 5 bulan
Pendidikan
Beliau telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil lagi. Merantau ke Madinah untuk
menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh
terkemuka spt Imam Malik b. Anas, Urwah b. Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b.
Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa
tokoh terkenal di Mesir.
Beliau telah dipanggil balik ke Damsyik oleh Khalifah Abdul Malik b. Marwan apabila
bapanya meninggal dunia dan dikahwinkan dengan puteri Khalifah, Fatimah bte
Abdul Malik (sepupunya)
Sifat-Sifat Peribadi
Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi
dari datuknya Saidina Umar b Al-Khatab. Baginda amat berhati-hati dengan harta
terutamanya yang melibatkan harta rakyat. Sesungguhnya kisah Khalifah Umar bin
Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan
negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui
umum dan tidak perlu diulang-ulang.
Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi Gabenor Madinah dan
Khalifah adalah sama seperti kehdupannya semasa menjadi rakyat biasa. Harta

yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan
segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas
alasan ia adalah harta rakyat. Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur
dan memecat pegawai yang boros dan segala bentuk jamuan negara tidak
dibenarkan menggunakan harta kerajaan.
Pada suatu hari beliau berkhutbah yang mana antara isinya adalah spt berikut ;
"Setiap orang yang musafir mesti memperlengkapi bekalannya. Siapkanlah taqwa
dalam perjalanan kamu dari dunia menuju akhirat. Pastikan dirimu sama ada
mendapat pahala atau siksa, senang atau susah."
"Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi keras dan musuh sempat
mengoda. Sebaik-baiknya saudara menganggap bahawa hidup pada petang hari
tidak akan sampai ke pagi hari dan hidup pada pagihari tidak akan sampai ke petang
hari. Memang tidak jarang terjadi kematian ditengah-tengahnya"
"Saudara-saudara dapat menyaksikan sendiri bahawa ramai orang yang tertipu
dengan dunia, padahal orang yang layak bergembira tidak lain kecuali orang yang
selamat daripada siksaan Allah SWT dan orang yang lepas dari tragedi hari qiamat."
"Sementara orang yang tidak mahu mengubati yang sudah luka, kemudian datang
lagi penyakit lain, bagaimana mungkin mahu bergembira ? Saya berlindung kepada
Allah SWT daripada perbuatan yang tidak aku pegangi dan amalkan sendiri.
Seandainya begitu, alangkah rugi dan tercelanya aku. Dan jelaslah tempatku nanti
pada hari yang jelas kelihatan siapa yang kaya dan siapa yang miskin".
"Di sana nanti akan diadakan timbangan amal serta manusia akan diserahi
tanggungjawab yang berat. Seandainya tugas itu dipikul oleh binatang-binatang
nescaya ia akan hancur, jika dipikul oleh gunung nescaya ia akan runtuh, kalau
dipikul oleh bumi nescaya bumi akan retak. Saudara-saudara belum tahu bahawa
tiada tempat di antara Syurga dan Neraka ? Kamu akan memasuki salah satu
daripadanya."
"Ada seorang lelaki yang mengirim surat kepada rakannya yang isinya :
"Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi dan akhirat barulah terjaga" Jarak
pemisah antara keduanya adalah mati. Jadi, kita sekarang sedang bermimpi yang
panjang"
Terdapat banyak riwayat dan athar para sahabat yang menceritakan tentang
keluruhan budinya. Di antaranya ialah :
1) At-Tirmizi meriwayatkan bahawa Umar Al-Khatab telah berkata : "Dari anakku
(zuriatku) akan lahir seorang lelaki yang menyerupainya dari segi keberaniannya
dan akan memenuhkan dunia dengan keadilan"
2) Dari Zaid bin Aslam bahawa Anas bin Malik telah berkata : "Aku tidak pernah
menjadi makmum di belakang imam selepas wafatnya Rasulullah SAW yang mana

solat imam tersebut menyamai solat Rasulullah SAW melainkan daripada Umar bin
Abdul Aziz dan beliau pada masa itu adalah Gabenor Madinah"
3) Al-Walid bin Muslim menceritakan bahawa seorang lelaki dari Khurasan telah
berkata : "Aku telah beberapa kali mendengar suara datang dalam mimpiku yang
berbunyi : "Jika seorang yang berani dari Bani Marwan dilantik menjadi Khalifah,
maka berilah baiah kepadanya kerana dia adalah pemimpin yang adil"." Lalu aku
menanti-nanti sehinggalah Umar b. Abdul Aziz menjadi Khalifah, akupun
mendapatkannya dan memberi baiah kepadanya".
4) Qais bin Jabir berkata : "Perbandingan Umar b Abdul Aziz di sisi Bani Ummaiyyah
seperti orang yang beriman di kalangan keluarga Firaun"
5) Hassan al-Qishab telah berkata :"Aku melihat serigala diternak bersama dengan
sekumpulan kambing di zaman Khalifah Umar Ibnu Aziz
6) Umar b Asid telah berkata :"Demi Allah, Umar Ibnu Aziz tidak meninggal dunia
sehingga datang seorang lelaki dengan harta yang bertimbun dan lelaki tersebut
berkata kepada orang ramai :"Ambillah hartaku ini sebanyak mana yang kamu
mahu". Tetapi tiada yang mahu menerimanya (kerana semua sudah kaya) dan
sesungguhnya Umar telah menjadikan rakyatnya kaya-raya"
7) 'Atha' telah berkata : "Umar Abdul Aziz mengumpulkan para fuqaha' setiap
malam. Mereka saling ingat memperingati di antara satu sama lain tentang mati dan
hari qiamat, kemudian mereka sama-sama menangis kerana takut kepada azab
Allah seolah-olah ada jenayah di antara mereka."
CORAK PEMERINTAHAN UMAR ABDUL AZIZ SEBAGAI KHALIFAH
Beliau dilantik menjadi Khalifah stelah kematian sepupunya, Khalifah Sulaiman atas
wasiat khalifah tersebut. Setelah mengambilalih tampuk pemerintahan, beliau telah
mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada sistem fuedal. Di antara
perubahan awal yang dilakukannya ialah :
3.1 Jawatan sebelumnya.
Kebolehan dan ketokohan Umar Abdul Aziz dapat kita saksikan semasa beliau
memegang jawatan kerajaan Umaiyyah iaitu sebagai gabenor dan seterusnya
semasa menjadi khalifah. Sebelum beliau dilantik menjadi khalifah, beliau pernah
memegang jawatan gabenor di beberapa buah wilayah dalam masa kerajaan
Umaiyyah, khasnya pada zaman khalifah al-Walid bin Abdul Malik. Semasa Abdul
Malik bin Marwan menjadi khalifah iaitu selepas perkahwinannya dengan Fatimah
binti Abdul Malik, Umar bin Abdul Aziz dilantik menjadi gabenor di Khunashirah.
Khunashirah adalah sebuah negeri yang agak besar sesudah Aleppo di Syria dalam
tahun 85 H.

3.2 Menjadi Gabenor Madinah


Selepas perlantikan beliau menjadi gabenor disini lebih kurang dua tahun. Umar bin
Abdul Aziz ditukarkan pula menjadi gabenor di Madinah. Penukaran ini berlaku pada
tahun 87 H dimana khalifah al-Walid bin Abdul Malik memilihnya pula menjadi
gabenor di Madinah setelah menukarkan Hisyam bin Ismail al-Makhzumi yang
menjadi gabenor sebelumnya.
Semasa menjadi gabenor di Madinah, beliau telah berjaya menunjukkan keadilan
dan ketokohannya serta tidak mementingkan kepada keluarga sendiri dalam
sebarang jawatan. Pengambilan para pegawai dan pekerjanya adalah berdasarkan
kepada kebolehan dan kecekapan yang ada pada diri seseorang tanpa memandang
kepada darjat, keturunan dan pangkat. Pada masa beliau menjadi gabenor jugalah,
masjid al-Nabawi diperbaiki dengan pembinaan semula supaya ianya menjadi lebih
selesa, lebih baik dan lebih menarik.
Beliau berjaya menyelesaikan masalah yang timbul sebelum ini dan disamping itu,
beliau juga berjaya membuat beberapa pembaikan untuk rakyat di Madinah.
Memandang kebijaksanaan dan kebolehan Umar mentadbirkan Negara dengan
baik. Maka khalifah al-Walid bin Abdul Malik melantiknya pula sebagai gabenor di
kota suci Mekah. Ini bererti Umar bin Abdul Aziz terpaksa mengendalikan dua
kawasan yang dianggap terpenting dikalangan umat Islam seluruh dunia iaitu Mekah
dan Madinah.
3.3 Dilantik menjadi Khalifah
Kemudian dia dilantik menjadi menteri oleh Sulayman ibn Abd al-Malik yang
menerima nasihat Raja ibn Haywah, seorang ahli fiqh, agar melantik seorang lelaki
soleh sebagai khalifah umat Islam, iaitu Umar ibn Abd al-Aziz, bersesuaian dengan
pelantikan khalifah secara warisan. Pelantikan ini berlaku pada tahun 99H/717M.
Setelah menduduki takhta pemerintahan, Umar ibn Abd al-Aziz segera
melaksanakan projek kemudahan asas dan melucutkan beberapa orang penguasa
yang tidak mampu memberi khidmat yang baik kepada rakyat. Tempat mereka
diganti oleh orang yang mementingkan keadilan, bersih dan beristiqamah. Di
samping itu, beliau cuba menarik hati golongan Syiah dengan menghapuskan katakata kecaman terhadap Sayidina Ali r.a dalam khutbah dan tidak lagi mengancam
mereka. Beliau juga menghapuskan jizyah terhadap kafir zimmi yang memeluk Islam
serta mengarahkan supaya diserahkan kembali hak mereka.
Khalifah Umar juga turut menghalang dirinya dan keluarganya daripada menikmati
sebarang bentuk kemewahan yang berlebihan, sehingga dia meminta agar isterinya
menyerahkan barang kemasnya kepada baitulmal. Umar ibn Abd al-Aziz juga
menghapuskan segala cukai yang berlebihan dan meminta agar semua gabenor
mengambil kira pandangannya dalam melaksanakan sesuatu hukuman. Cara politik
ini menyebabkan ramai orang memeluk agama Islam terutamanya raja-raja daripada
Sind, Hind dan Bar.

4.0 POLISI KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ


4.1 Politik
Dalam bidang ini merangkumi aspek-aspek pentadbiran, dasar dalam dan luar
negeri, perlantikan para pegawai dan sebagainya. Ahli-ahli sejarah bersepakat
mengatakan corak pentadbiran baginda samalah seperti mana khalifah-khalifah alRasyidin. Bentuk atau corak pemerintahan baginda adalah berdasarkan kepada alQuran dan hadis Rasulullah s.a.w. Dari awal beliau dilantik, beliau telah
mengadakan reformasi yang tidak terkeluar dari hakikat dan kehendak Islam yang
sebenarnya. Antara reformasi itu ialah, beliau telah mengembalikan semula
demokrasi al-syura mengikut Islam. Demokrasi ini telah lama hilang dan tidak
dipraktikan pada masa khalifah umaiyyah kecuali di zaman Umar bin Abdul Aziz
sahaja.
Pada tahun pertama beliau dilantik menjadi khalifah iaitu pada tahun 99H, Khalifah
Umar Abdul Aziz telah mengadakan beberapa reformasi dan rancangan-rancangan
yang begitu menyeluruh dalam semua bidang. Antaranya ialah menyusun semula
nama-nama para gabenor, qadhi-qadhi dan para pegawai kerajaan yang lain.
Khalifah Umar Abdul Aziz juga melantik qadhi-qadhi disetiap wilayah, nama
pemimpin tentera, pemungut cukai, ketua polis, ketua pos, dan pelbagai jabatan lagi
yang berkaitan dengan pelaksanaan pentadbiran umat. Khalifah Umar Abdul Aziz
bertindak tegas kepada sesiapa sahaja dari para pembesarnya atau gabenornya
samada gabenor yang telah dilantik oleh khalifah-khalifah Umaiyyah yang lalu atau
kepada mereka yang dilantik oleh beliau sendiri.
Khalifah Umar bin Abdul Aziz sangat berhati-hati semasa melantik para pegawainya.
Beliau tidak taksub kepada mana-mana pihak, malah apa yang menjadi ukuran
beliau ialah kelebihan yang ada pada seseorang walaupun bukan dari keluarganya,
bukan sahabatnya atau bukan bangsa arab. Didalam pentadbiran negara juga,
beliau akan memecat dan tidak melantik kepada mereka yang kurang
berpengetahuan dalam bidang agama Islam. Khalifah Umar juga pernah
mengingatkan kepada para gabenornya supaya mengambil orang-orang yang pakar
tentang maksud-maksud al-Quran dalam pentadbiran negara.
Dalam usaha menjalankan reformasinya, beliau telah mengembalikan semula gereja
yang telah diambil oleh khalifah-khalifah Umaiyyah yang lalu daripada orang-orang
nasrani. Tujuan pengambilan itu adalah untuk diubahsuaikan bagi pembinaan
masjid. Ini kerana beliau berpendapat bahawa tindakan khalifah-khalifah yang lalu
adalah diluar dari kehendak Islam yang sebenarnya. Langkah seperti ini, membawa
kesan yang positif terhadap orang-orang nasrani untuk mereka berfikir, membuat
kajian tentang akidah Islam dan seterusnya mungkin membawa mereka menerima
Islam.
Polisi luar khalifah Umar terhadap negara-negara asing, khususnya negara-negara
bukan Islam, polisi beliau adalah berdasarkan kepada daulah islamiah. Inilah satu
reformasi beliau terhadap dasar luar kerajaan. Khalifah-khalifah sebelumnya
menggunakan polisi menyerang negara-negara asing, dalam usaha meluaskan

jajahan takluk Islam serta akidahnya. Tetapi khalifah Umar tidak suka melakukan
pertumpahan darah sesama manusia. Beliau lebih suka menukarkan dari cara
peperangan kepada cara berdakwah. Cara ini adalah lebih berkesan dan lebih
praltikal jika dibandingkan dengan khalifah-khalifah Umaiyyah sebelumnya.
4.2 Ekonomi.
Dalam bidang ini, khalifah Umar bin Abdul Aziz telah menggariskan dasar-dasar
pokok pentadbiran ekonomi Negara. Mengikut seorang ahli sejarah Muhamad Ali
Dannawi, terdapat enam asas penting yang telah digariskan oleh Umar bin Abdul
Aziz iaitu:
- Harta itu adalah harta Allah. Manusia hanya berusaha sekadar keperluannya
sahaja.
- Kerajaan akan memberi jaminan kesenangan kepada manusia sekadar tahap
minimum sahaja.
- Zakat mesti dipungut segera dan dibahagikan kepada orang yang berhak dengan
segera. Jika didapati lebih, hendaklah dikembalikan kepada Baitulmal.
- Wajib ada perimbangan antara kemasukan dan pengeluaran ekonomi Negara.
- Baitulmal Markazi hendaklah mentadbirkan kewangan seluruh pelusuk negara.
-Baitulmal Markazi juga, berkuasa mengeluar dan menukarkan wang jika perlu dan
para pegawainya bertanggungjawab keatas Baitulmal dan ianya diletak di bawah
kawalan rapi tentang perbelanjaan tahunannya.
Beliau juga telah mengadakan beberapa reformasi dalam bidang ini dan cuba
mengembalikan semula peraturan ekonomi sebagaimana di zaman Khalifah Umar
al-khattab dahulu. Antara peraturan-peraturan yang diikuti oleh beliau ialah:
- Menegah orang-orang arab memiliki tanah-tanah di negara-negara yang dibuka.
- Jizyah dihapuskan kepada bukan Arab selepas mereka memeluk agama Islam
tetapi mereka dikenakan cukai al-Kharaj keatas tanah-tanah mereka.

Pembaharuan dan polisi yang dilakukan oleh khalifah Umar bin Abdul Aziz telah
memberikan suatu dasar baru kepada masyarakat. Pembaharuan berjaya
menambahkan ekonomi negara dan mengembangkan akidah islamiah apabila ramai
yang memeluk agama Islam.
Khalifah Umar bin Abdul Aziz juga memerintahkan para gabenornya supaya
menghapuskan bayaran jizyah kepada setiap orang yang memeluk Islam. Tindakan
dan polisi Umar ini menyebabkan setengah gabenornya mengadu kebimbangan
mereka tentang akan kurangnya harta Baitulmal. Khalifah Umar bin Abdul Aziz

menjelaskan kepada mereka yang sebenarnya penghapusan jizyah itu memberi


kesan dan kemenangan yang besar terhadap ekonomi dan akidah Islam. Inilah
antara langkah dan reformasi yang positif yang pernah dilakukan oleh beliau.
Golongan zimmah, apabila mereka menerima Islam, mereka dikenakan bayaran
zakat. Ini bererti menambah wang umat Islam secara keseluruhannya. Penghapusan
jizyah seolah-olah sebagai teknik untuk menarik mereka memeluk Islam.
Di dalam usaha membersih kebatilan dan menambahkan ekonomi negara, khalifah
Umar tidak bertindak kepada orang lain, kecuali selepas dilakukan keatas dirinya
dahulu. Antara tindakan awal terhadap dirinya ialah beliau menjual setiap yang
dimilikinya seperti kebun-kebun, kenderaan-kenderaan, barang-barang mewah,
kuda-kuda, pakaian-pakaian, minyak atar, perabot-perabot dan banyak lagi barangbarang lain sehingga sampai nilainya sebanyak dua puluh tiga ribu dinar. Kesemua
harta-harta itu diserahkan kepada Baitulmal.
Mengikut Ibn al-Athir dan beberapa orang ahli sejarawan yang lain, mereka
mengatakan bahawa perbelanjaan Khalifah Umar setiap hari hanya dua dirham
sahaja. Wang atau dirham itu diambil daripada Baitulmal. Ringkasnya dalam bidang
ekonomi, Khalifah Umar berjaya memberi keselesaan kepada semua rakyat.
Suasana perekonomiaan negara dan harta Baitulmal adalah yang paling tinggi
sekali, jika dibandingkan dengan zaman-zaman Khalifah Umaiyyah sebelumnya.
Rakyat hidup dengan mewah tanpa berlaku sebarang masalah antara mereka.
Masalah sosial seperti rasuah dan sebagainya dapat diatasi. Para petani, mereka
menerima pendapatan yang lumayan. Begitulah juga dengan para pegawai kerajaan
yang lain, sehingga gaji sampai kepada tiga ratus dinar setiap bulan.
4.3 Sosial.
Khalifah Umar bukanlah sebagai seorang Khalifah yang hanya pandai mentadbirkan
negara dan bijak menyusun program kemajuan ekonomi negara, malah baginda
juga tidak lupa mengadakan reformasi dalam bidang sosial demi kebaikan umat dan
agama Islam. Jalan raya, tempat persinggahan musafir, perkhidmatan pos, sekolahsekolah, pusat pengajian tinggi, pusat kesihatan dan sebagainya diadakan di dalam
negara.
Antara sumbangan Umar ibn Abd al-Aziz sepanjang tempoh perkhidmatannya di
Hijaz ialah menggali telaga-telaga, membaiki jalan, memerintah dengan penuh
keadilan tanpa penentangan daripada para pembangkang politik Bani Umayyah dan
gabenor-gabenornya. Dia berjaya menarik hati semua golongan dan menghormati
mereka. Pada zaman pemerintahan beliau, beliau telah menggariskan beberapa ciri
bagi meninggikan kehidupan rakyat. Pada pandangan beliau, untuk mencapai hasrat
ini, sesebuah negara mestilah paling kurang mempunyai keadaan minimum seperti
berikut:
- Seseorang itu mesti memiliki sebuah rumah.
- Mesti ada seekor kuda untuk mempertahankan diri dan berjihad.
- Mesti cukup alat perabot rumah.

- Bagi mereka yang kurang bernasib baik dalam hidupnya. Seperti orang buta, orang
lemah, fakir miskin, anak-anak yatim dan sebagainya. Mereka ini diberi pertolongan
seperti tempat penginapan, bantuan-bantuan yang berupa mental dan material.
Khalifah Umar pernah mengarahkan pihak berkuasa Sham supaya mengadakan
tempat bagi setiap orang yang buta.
Pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz juga penyair-penyair atau penyanyi
mereka tidak mendapat peluang untuk berpoya-poya. Manakala pelaku-pelaku
jenayah pula, keadaan mereka pada zaman Khalifah Umar adalah baik tidak
sebagaimana zaman khalifah-khalifah Umaiyyah sebelumnya. Bahkan mereka telah
berpaling dengan melihat contoh Hasan al-Basri iaitu seorang ulama dan salah
seorang yang kuat beribadat.
Beliau sangat mengambil berat dalam soal pengembangan agama Islam serta
penyebaran ilmu agama Islam seperti Fiqh, Tauhid, pengajian al-Quran dan
sebagainya. Beliau mengarahkan setiap gabenor wilayah supaya mengambil berat
tentang pengajian ini. Beliau menjadikan masjid sebagai pusat memainkan peranan
penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan. Para ulama pula adalah sebagai
pengembang dan penyebar ilmu pengetahuan Islam di wilayah-wilayah Islam.Maka
Umar bin Abdul Aziz telah menghantar ke Maghrib sepuluh orang fuqaha untuk
menerangkan atau mengajar mereka itu dalam perkara-perkara agama.
Beliau pernah mengumpul ahli bijak pandai dalam pelbagai bidang untuk
menterjemahkan buku-buku asing seperti buku dari Greek, Parsi dan sebagainya
kedalam bahasa arab. Tujuan beliau adalah untuk memberi kefahaman kepada
orang-orang Islam terhadap berbagai ilmu pengetahuan dengan lebih berkesan.
Dalam bidang pengajian nahu dan soraf, baginda menggunakan cara yang baru. Ini
disebabkan oleh banyaknya orang-orang bukan Islam memeluk Islam. Beliau juga
tidak lupa dalam usaha penyusunan semula hadis. Jasa beliau ini amat besar
ertinya kepada kaum muslimin seluruhnya.
Khalifah Umar sangat mengambil berat dalam ilmu keagamaan atau kerohaniaan
dan ilmu keduniaan lebih-lebih lagi ilmu kedoktoran kerana keperluan orang ramai
dalam kehidupan mereka seharian, untuk menjamin kesihatan badan dan
kesejahteraan iman. Pada zaman Umar lahir seorang doktor yang terkenal bernama
Abdul Malik bin Abjar atau Ibn Bahr al-Kamani. Ramai lagi tokoh-tokoh dalam
berbagai bidang yang lahir pada zaman Khalifah Umar hasil daripada perluasan dan
pengembangan ilmu pengetahuan.
5.0 REFORMASI YANG DILAKUKAN OLEH KHALIFAH UMAR
5.1 Menghilangkan Amalan Nepotisme.
Nepotisme ialah perbuatan dalam pemerintahan yang mementingkan atau
melebihkan sanak saudara atau kawan-kawan sendiri. Beliau tidak segan
menurunkan kaum kerabatnya sendiri sekiranya memang tidak mampu menegakkan
keadilan. Keadilan adalah di antara dasar pemerintahan yang akan ditugaskan dan
diperjuangkan beliau menurunkan kaum kerabat Bani Umayyah yang tidak bijak
memerintah dan berunsurkan tipu daya.

Al-Masudi meriwayatkan: Umar Abdul Aziz adalah ahli ibadah dan tawaduk, ia
memberhentikan pekerja-pekerja kaum kerabat Bani Umayyah dan
menggantikannya dengan pekerja-pekerja yang lebih berkemampuan untuk
bekerja. Kemudian beliau memberikan nasihat-nasihat kepada gabenorgabenornya. Beliau sangat mencela tindakan pegawai-pegawainya yang
menyeleweng dan tidak berlaku amanah terhadap rakyatnya. Di antara ucapan
beliau ialah: Sesungguhnya kami menganggap yang lari dari kezaliman para
pemimpinnya sebagai penderhaka, maka ketahuilah bahawa yang lebih patut
dianggap menderhaka ialah pemimpin yang zalim. Ingatlah tidak ada ketaatan
kepada makhluk dalam menderhakai Allah.
Al-Balazuri menerangkan bahawa Muhammad bin Yusuf merupakan saudara Hajjaj
bin Yusuf, pegawainya di Yaman melakukan penyelewengan merampas tanah-tanah
rakyat tanpa hak dan mewajibkan penduduk Yaman agar membayar kharaj. Ketika
Umar memegang jawatan Khilafah ia memerintahkan gabenornya untuk
menghapuskan kewajipan tersebut dan supaya meringankan beban orang-orang
yang dalam kesempitan.
Al-Madaini meriwayatkan: Umar mengangkat seorang laki-laki daripada bapa
saudaranya atas satu pekerjaan kemudian dihadapkan kepadanya dua orang lakilaki yang minta dihakimi berkenaan dengan masalah dinar (kewangan) tetapi beliau
tidak memberi keputusan yang bijak antara keduanya dan mengenakan denda satu
dinar, kemudian beliau akan menyelesaikan masalah antara dua lelaki tersebut,
maka Umar mengirim surat kepadanya:Bahawasanya saya tidak mengangkat kamu
supaya meminta denda dan beliau menggantikannya dengan benda lain.
5.2 Memecat wali-wali yang zalim dan menggantikannya dengan yang lebih baik.
""
Maksudnya:
Sesungguhnya mengenakan hudud disisiku adalah sama hukumnya dengan
mendirikan solat dan menunaikan zakat.
Dasar baru ini tidak membabitkan penyerahan kuasa-kuasa untuk pemerintahan
pusat. Pada hakikatnya Umar bin Abdul Aziz telah menyelia segala tindakan yang
dibuat oleh wali-walinya dengan cara yang tidak pernah dilakukan sebelumnya.
Berbeza dengan tiga leluhur yang sebelumnya, beliau tidak lagi memerlukan waliwali yang kuat seperti Hajjaj bin Yusuf dan Yazid. Sebaliknya beliau meminta waliwalinya supaya melaksanakan arahannya.
Dalam suasana begini perdagangan politik wali secara individu tidak penting
berbanding dengan pemusatan kuasa pemerintahan Sulaiman. Umar bin Abdul Aziz
memerlukan kelayakan dan ketaatan secara zahir dan beliau bersedia melantik
sesiapa daripada pengikut-pengikut Hajjaj sekiranya ia mempunyai sifat-sifat itu.

Pada pemerintahan Umar bin Abdul Aziz, ianya berjalan terus dan memerhatikan
setiap kemungkaran dan tabiat para wali yang menindas rakyat dengan kezaliman
iaitu dengan mengganti mereka yang ternyata kezaliman dan digantikan tempatnya
oleh para wali yang baik akhlak dan budi pekertinya.
Umar bin Abdul Aziz segera memecat gabenor-gabenor yang zalim dan amil-amil
yang kejam. Dipecatnya Usamah bin Zaid, yang sebelum ini menjawat sebagai
pegawai zakat di Mesir. Usamah adalah seorang yang zalim dan banyak
tindakannya yang melampaui batas. Umar bin Abdul Aziz juga telah memecat Yazid
bin Abu Muslim yang sebelum ini menjadi gabenor di Afrika Utara dan Salih bin
Abdurrahman gabenor Iraq serta Hur bin Abdul Rahman al-Saqafi gabenor Andalus.
Tindakan selanjutnya ialah memecat Yazid bin Muhallab, wali Sulaiman di wilayah
Timur dan seterusnya membahagikan kawasan yang besar itu kepada tiga bahagian
iaitu Kufah, Basrah dan Khurasan. Dengan cara ini ia dapat dikuasai dan dikawal
dengan sepenuhnya. Umar bin Abdul Aziz memandanganya sebagai gabenor
diktator dan mengarahkan supaya mengembalikan harta rampasan perang dari
Jurjan kemudian digantikan kedudukannya oleh Abdul Rahman bin Naimal Ghiffari.
Kemudian dimasukkan penjara namun dapat melarikan diri ketika Umar sakit tenat.
Demikianlah pendiriannya dalam menegakkan keadilan kepada seluruh rakyatnya
dengan menjalankan hukum-hukum yang hak termasuk memecat gabenor-gabenor
yang tidak berkelayakan adalah sama seperti mendirikan solat dan membayar zakat.
Jika beliau tidak tunaikan amanat itu, beliau akan menanggung dosa di hadapan
Allah kelak.
5.3 Mengembalikan harta yang tidak sah ke dalam Baitulmal.
Khalifah Umar bin Abd Aziz pernah berkata yang bermaksudnya:
Bahawasanya saya tidak menuduh agamamu dan tidak juga amanahmu, tetapi
saya mencurigai kelalaianmu dan pemborosanmu, sesungguhnya saya akan
menjadi hujah kaum Muslimin dalam harta mereka, kemudian ia memerintahkan
mengganti harta baitulmal yang hilang kemudian dikembalikannya semula dan ia
menghibahkan dari harta persendiriannya.
Sifat amanah yang tinggi mendorong Umar bin Aziz untuk berlaku adil terhadap
semua pihak baik terhadap dirinya, keluarganya mahupun kerabatnya yang dekat
sekalipun. Bagi beliau, tidak ada sedikit pun perasaan takut untuk dikecam,
ditentang atau dimusuhi sekalipun. Cintanya pada Allah dan Rasul mengatasi
cintanya kepada kaum kerabatnya yang dinilai telah membolot harta kerajaan tanpa
kebenaran. Sementara di sana ditemukan ramai rakyatnya yang hidup kekurangan
dan tertindas hak-haknya.
Pertama kali yang ditunjukkan kepada masyarakat tentang perubahan radikal yang
dicontohkan ialah sebaik sahaja beliau diangkat menjadi khalifah beliau menolak
kuda-kuda hias yang segak dan belum pernah digunakan, sememangnya kenderaan
itu dikhaskan bagi khalifah-khalifah yang baru, beliau memilih keldainya dan
menyuruh kuda-kuda tersebut dimasukkan ke dalam Baitulmal, beliau tidak mahu

tinggal di istana sebaliknya tinggal dirumahnya yang usang. Begitu juga semua
tenda-tenda permaidani-permaidani dan tempat-tempat alas kaki yang biasanya
disediakan untuk khalifah-khalifah yang baru semuanya itu dijualnya dan wangnya
dimasukkan ke dalam Baitulmal.
5.4 Mengubah Strategi Dakwah
Beliau mengubah cara berdakwah dari kekerasan peperangan kepada dakwah
secara berhikmah. Beliau menyebarkan agama Islam sebagaimana yang dilakukan
oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan menempuh cara damai dalam berdakwah tersebut
yang mana hal itu tidak dilakukan oleh khalifah-khalifah sebelumnya, dakwah itu
sangat berkesan menyebabkan ramai orang-orang yang memeluk Islam dan
mengirim 10 ahli fiqh untuk mengajar mereka asas-asas agama dan pengajaranpengajarannya kepada negeri-negeri yang baru menerima Islam. Beliau juga
mengirim surat kepada Leo III raja Rom dan raja Sind mengajaknya memeluk Islam.
Setelah mereka tahu sirahnya, maka mereka masuk Islam di antaranya ialah raja
Hisbah bin Zahir. Kemudian Umar bin Abdul Aziz mengangkat Umar bin Muslim
saudara Qutaibah bin Muslim di sempadan sebagai walinya.
Umar Abdul Aziz memang menjauhi penyebaran Islam dengan dakwah yang lemah
lembut secara menyeluruh. Bahkan semua tentera ynag melawan negara jirannya
seperti Konstantinopal dan Asia Tengah. Umar Abdul Aziz mengarahkan al-Jarrah
supaya menyeru penduduk tempatan memeluk agama Islam dan mengatakan
sesiapa sahaja yang memeluk agama Islam akan dikecualikan daripada membayar
jizyah, nama mereka disenaraikan dalam diwan dan akan dilayan seperti orangorang Islam yang lain.
Menurut Madaini, Umar bin Abdul Aziz mengambil langkah ini apabila ia menerima
aduan bahawa seramai 20 ribu orang kaum mawali yang menyertai beberapa
kempen tidak menerima ata, dan mereka yang memeluk Islam masih juga
dikenakan jizyah. Kemudian beliau menghapuskan jizyah tersebut dari para mualaf.
Umar juga sangat bijaksana dalam penarikan ufti (kharaj) sebagai contohnya beliau
telah mengeluarkan arahan kepada Uqba bin Zura al-TaI supaya memungut ufti
tanpa penganianyaan dan jika terdapat kelebihan yang diperlukan selepas
pembahagian gaji, akan dibahagikan kepada kaum yang memerlukannya di
Khurasan. Jika sekiranya jumlah kharaj yang diperlukan tidak mencukupi, maka
Umar bin Abdul Aziz akan menghantar wang ke khurasan bagi menampung
kekurangan wang itu.

5.5. Menghidupkan Amalan Syura (mesyuarat).


Syura adalah salah satu sistem dalam perlembagaan Islam yang unggul
mengalahkan sistem apa pun dalam bentuk pemerintahan didunia ini. Umar bin
Abdul Aziz menyakini bahawa syura adalah satu kemestian yang mesti ditegakkan
dalam kerajaannya. Dengannya pemerintahan akan tegak, kebenaran akan
terangkat dan keadilan menjadi kuat dan dapat dirasakan oleh seluruh lapisan
masyarakat.

Umar Abdul Aziz mengangkat maruah rakyatnya supaya berani menegakkan


kebenaran dan keadilan. Ia menulis surat kepada rakyatnya dipelbagai
daerah:pegawai mana sahaja yang menjauhi kebenaran dan tidak beramal dengan
al-Quran dan al-Sunah, tidak perlu kalian mentaatinya dan urusannya saya serahkan
kepada kalian sampai kebenaran dikembalikan dan iapun tercela. Di antara salah
satu suratnya kepada gabenor yang berbunyi: telah banyak orang yang mengeluh
tentang dirimu dan sedikit yang memujimu, maka jika engkau tidak mahu berbuat
adil aku akan memecatmu. Pendapat rakyatnya yang bernas dan tepat sangat
dihormati, beliau tidak mahu menyusahkan rakyatnya sebaliknya beliau tidak
teragak-agak memecat gabenornya jika mengikut pendapat mereka melakukan
penyelewengan dari panduan-panduannya. Demikianlah ia menjadikan kekuasaan
rakyat di dalam kerajaannya.
Penghormatan Umar bin Abdul Aziz terhadap kebenaran sangat tinggi, beliau
memuliakan kepada sesiapa sahaja yang dapat menyampaikan kebenaran tersebut
tanpa megambil kira siapa sahaja orangnya. Dalam Muruj al-Zahab disebutkan
seorang budak yang mewakili delegasi sebuah rombongan mereka. Pada suatu hari
datang utusan dari Hijaz dan di antara mereka tampil seorang budak kecil untuk
berbicara atas nama mereka dan mengemukakan masalah mereka.
Maka Umar Abdul Aziz menyanggahnya dan berkata kepadanya: Wahai budak,
biarkan orang yang lebih tua darimu berbicara. Kemudian budak itu menjawab:
Maksudnya: Wahai Amirul Mukminin, manusia itu diukur dengan kedua miliknya
yang kecil iaitu hati dan lidah, jika Allah telah mengkurniakan kepada seorang
hamba lisan yang petah dan hati yang terjaga maka sebenarnya ia telah dielokkan
dengan perhiasan. Wahai Amirul Mukminin, sekiranya pengutamaan seseorang itu
kerana umurnya maka dalam umat ini masih banyak lagi yang lebih tua daripada
kamu.
Syura tidak akan tegak berdiri tanpa adanya penghormatan kepada pendapatpendapat yang datang daripada pihak lain walaupun budak kecil sekalipun. Syura
benar-benar hidup dizamannya menggantikan sistem pemaksaan yang bersifat
diktator oleh khalifah-khalifah sebelumnya. Rakyatnya tidak takut untuk
mengemukakan pendapatnya jika benar ataupun menyanggah keputusankeputusannya jika tidak sesuai dengan al-Quran mahupun al-Hadis.
6.0 KESIMPULAN
Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan
keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan
sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan
dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangkan adalah menyamai keadilan di
zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab yang sememangnya dinanti-nantikan
oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya.
Beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah memerintah
selama 2 tahun 5 bulan

Dalam tempoh tersebut, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan


dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang
sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat
kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat kerana kebanyakannya sudah
kaya ataupun sekurang-kurangnya boleh berdikari sendiri.

Semua ini adalah jasa Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang sangat masyhur, adil dan
warak yang wajar menjadi contoh kepada pemerintahan zaman moden ini. Hanya
dalam tempoh 2 tahun 5 bulan sahaja dapat mengubah sistem pemerintahan ke
arah pemerintahan yang diredahi Allah dan menjadi contoh sepanjang zaman.
KHALIFAH HARUN AL-RASYID PEMERINTAHAN EMAS ISLAM
Harun Ar-Rasyid lahir di Rayy pada tahun 766 dan wafat pada tanggal 24 Maret 809,
di Thus, Khurasan. Harun Ar-Rasyid adalah kalifah kelima dari kekalifahan
Abbasiyah dan memerintah antara tahun 786 hingga 803. Ayahnya bernama
Muhammad Al-Mahdi, khalifah yang ketiga dan kakaknya, Musa Al-Hadi adalah
kalifah yang ketiga.Ibunya Jurasyiyah dijuluki Khayzuran berasal dari Yaman.
PENDIDIKAN
Meskipun berasal dari dinasti Abbasiyah, Harun Ar-Rasyid dikenal dekat dengan
keluarga Barmaki dari Persia (Iran). Di masa mudanya, Harun banyak belajar dari
Yahya ibn Khalid Al-Barmak.
Era pemerintahan Harun, yang dilanjutkan oleh Ma'mun Ar-Rasyid, dikenal sebagai
masa keemasan Islam (The Golden Age of Islam), di mana saat itu Baghdad
menjadi salah satu pusat ilmu pengetahuan dunia.
Di masa pemerintahannya beliau :
* Mewujudkan keamanan, kedamaian serta kesejahteraan rakyat.
* Membangun kota Baghdad dengan bangunan-bangunan megah.
* Membangun tempat-tempat peribadatan.
* Membangun sarana pendidikan, kesehatan, dan perdagangan.
* Mendirikan Baitul Hikmah, sebagai lembaga penerjemah yang berfungsi sebagai
perguruan tinggi, perpustakaan, dan penelitian.
* Membangun majelis Al-Muzakarah, yakni lembaga pengkajian masalah-masalah
keagamaan yang diselenggarakan di rumah-rumah, mesjid-mesjid, dan istana.

SIFAT-SIFAT PERIBADI
Banyak orang meyakini bahwa khalifah Bani Abbas, Harun al-Rasyid adalah
seorang yang suka hura-hura dan foya-foya, hidup dalam gelamour kehidupan.
Namun sebenarnya, tidaklah demikian. Harun al-Rasyid amat berbeda dari kondisi
seperti itu sama sekali.

Beliau adalah Abu Jafar, Harun bin al-Mahdi, Muhammad bin al-Manshur, salah
seorang khalifah Daulah Bani Abbasiah di Iraq, yang lahir tahun 148 H.Beliau
menjadi khalifah menggantikan kakaknya, al-Hadi pada tahun 170 H. Beliau
merupakan khalifah paling baik, dan raja dunia paling agung pada waktu itu.
Beliau biasa menunaikan haji setahun dan berperang setahun. Sekalipun sebagai
seorang khalifah, beliau masih sempat shalat yang bila dihitung setiap harinya
mencapai seratus rakaat hingga beliau wafat. Beliau tidak meninggalkan hal itu
kecuali bila ada uzur. Demikian pula, beliau biasa bersedekah dari harta pribadinya
setiap harinya sebesar 1000 dirham.
Beliau orang yang mencintai ilmu dan para penuntut ilmu, mengagungkan
kehormatan Islam dan membenci debat kusir dalam agama dan perkataan yang
bertentangan dengan Kitabullah dan as-Sunnah an-Nabawiyyah.
Beliau berumrah tahun 179 H di bulan Ramadhan, dan terus dalam kondisi ihram
hingga melaksanakan kewajiban haji. Beliau berjalan kaki dari Mekkah ke padang
Arafah.
CORAK PEMERINTAHAN HARUN AL-RASYID SEBAGAI KHALIFAH
Khalifah harun ar-Rasyid dikenali sebagai tokoh negarawan terulung kerana usaha
beliau dalam penyebaran ilmu pengetahuan. Oleh kerana itulah, beliau
membuka Baitul Hikmah iaitu institusi kebudayaan dan pusat kegiatan ilmu
pengetahuan. Beliau juga mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam
mentadbir Kota Baghdad selama 23 tahun.
Khalifah Harun ar-Rasyid sendiri begitu cekap dalam menguruskan pentadbiran
negara. Beliau telah dapat membanteras segala kekacauan dan pemberontakan di
dalam negaranya dengan pelbagai rintangan dan dugaan. Akhirnya, beliau telah
berjaya dalam peperaangan tersebut kerana usaha yang dilakukan berhasil antara
usaha beliau ialah dengan menyusun semula pasukan tenteranya agar menjadi
sebuah pasukan tentera yang berdisiplin dan teratur. Beliau begitu mengambil berat
terhadap kredibiliti tentera-tenteranya dan juga memberi perlindungan serta
keselamatan untuk kesejahteraan rakyatnya.
Kemajuan intelektual yang dicapai oleh Khalifah Harun ar-Rasyid juga adalah
salah satu sumbangan yang besar diberikan oleh baginda. Terdapat buku-buku yang
berupa terjemahan ilmu dari luar ataupun disusun oleh intelektual Islam tergolong
dalam kemajuan intelektual. Beliau dianggap sebagai penaung bagi semua kegiatan
ilmu pengetahuan kerana beliau sering kali menganjurkan majlis forum, syarahan
dan perbahasan, yang mana akan dihadiri oleh orang ramai dan golongan intelektual
di masjid. Pada majlis seperti inilah, beliau dapat mengenali lebih ramai ilmuan yang
datang untuk menuntut ilmu daripadanya. Sebagai seorang khalifah, beliau
seharusnya mampu melaksanakan kewajipan dalam menyebarkan ilmu
pengetahuan kepada semua masyarakat dalam negaranya.

Pertumbuhan ekonomi yang pesat juga telah banyak dibuat oleh Khalifah Harun
ar-Rasyid. Malah, beliau sendiri telah menjadi simbol kemegahan Islam di Timur dan
Barat. Terdapat banyak kota seperti Baghdad, Basrah, Masyul, Damsyik dan Aleppo
muncul sebagai kota yang terkenal. Banyak perubahan yang dilakukan oleh beliau
dalam membangunkan ekonomi dengan melakukan aktiviti perdagangan,
perniagaan dan membawa pedagang-pedagang asing untuk berniaga di Kota
Baghdad. Disebabkan usaha inilah, ramai pedagang-pedagang asing yang datang
membawa barangan mereka untuk diniagakan di Kota Baghdad. Bahkan, bukan
sahaja pedagang-pedagang asing yang datang berniaga, penduduk di Kota
Bahgdad sendiri melakukan aktiviti perniagaan sesama mereka.
Beliau juga mengadakan hubungan yang baik dengan kuasa-kuasa asing, antaranya
kerajaan Byzantium, Peranchis dan keluarga al-Barmaki. Perhubungan ini bertujuan
untuk pendamaian antara kedua-dua belah pihak melalui pembayaran ufti antara
Kota Bahgdad dengan kerajaan Byzantium. Hubungan yang baik dengan KristianPeranchis adalah kerana mereka sama-sama mempunyai musuh yang sama iaitu
kerajaan Bani Umayyah.
Kedua-dua buah kerajaan ini sentiasa bertukar duta dan kemudiannya diikuti oleh
pemimpin mereka iaitu Khalifah Harun ar-Rasyid sendiri dan Charlemange. Malah,
kerajaan Peranchis begitu menghormati dan meniru dasar pentadbiran kerajaan
Abbasiyah bertujuan untuk kebaikan negara mereka sendiri. Manakala keluarga alBarmaki pula sangat terpengaruh dalam pentadbiran mereka. Mereka memegang
banyak jawatan yang penting seperti wazir hinggalah kepada gabenor daerah.
Disebabkan itu, hubungan antara kerajaan Abbasiyah tidak begitu baik dengan
keluarga al-Barmaki.

Satu lagi sumbangan Khalifah ar-Rasyid yang sangat besar kepada kerajaan
Abbasiyah ialah dengan tertubuhnya Baitul Hikmah. Sikap prihatin beliau dalam
bidang ilmu pengetahuan mendorong beliau untuk menubuhkan institusi itu sebagai
satu tempat penyebaran ilmu pengetahuan. Semua kegiatan keilmuan ini
merupakan satu usaha yang cemerlang dilakukan oleh beliau ketika mentadbir
kerajaan Abbasiyah. Baitul Hikmah ini juga menggabungkan pelbagai fungsi
antaranya ialah sebagai tempat penyimpanan buku-buku, pengumpulan buku,
perpustakaan, pusat akademik dan balai penterjemahan. Ia juga merupakan
lambang pendidikan yang terpenting dan telah dapat menandingi kemasyhuran
Perpustakaan Iskandariah. Kerana tanggungjawab beliau sebagai seorang khalifah,
beliau begitu gigih dalam memperkembangkan ilmu pengetahuan.

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, Khalifah Harun ar-Rasyid merupakan seoranhg khalifah
yang begitu gigih berusaha untuk keamanan dan kemakmuran Kota Baghdad.
Beliau telah berjaya mencipta kejayaan demi kejayaan dan yang paling disebutsebut ialah sebagai Zaman Keemasan Islam. Jasa dan sumbangan beliau yang

tidak terbilang ini, terutama dalam bidang ilmu pengetahuan serta perubahanperubahan yang telah dilakukan menggambarkan bahawa beliau seorang khalifah
yang amat prihatin dengan keamanan Negara yang tiada tolok bandingnya. Beliau
juga disifatkan sebagai seorang pemerintah yang paling berwibawa dalam pelbagai
aspek terutamanya dalam aspek pentadbiran. Peranan beliau yang paling besar
ialah sebagai penaung kepada semua kegiatan ilmu pengetahuan. Baitul Hikmah
merupakan hasil usahanya yang paling bermakna kerana ianya merupakan
kombinasi perpustakaan, pusat akademik dan balai penterjemahan.
DARI BUKU LAIN
Harun Ar Rasyid rah.a, -yang puteranya tidak menyukai dunia- terkenal sebagai khalifah
yang sangat shaleh dan budiman. Biasanya, jika seseorang memilki kekuasaan dan harta
kekayaan, suka tergelincir dalam perbuatan-perbuatan buruk, tetapi sejarah membuktikan
bahwa ia banyak terjun dalam hal agama. Selama masa kekhalifahannya, ia shalat nafil
seratus rakaat setiap hari hingga wafatnya. Ia suka bersedekah dari saku pribadinya seribu
dirham setiap hari. Ia juga memimpin pasukan jihad dan beribadah haji dua tahun sekali.
Apabila beribadah haji, ia membawa seratus alim ulama dan putera mereka bersamanya. Dan
pada tahun-tahun ia berjihad, ia akan mengirim tiga ratus orang rakyatnya untuk pergi haji. Ia
menanggung biaya-biaya perjalanan, makanan dan pakaian mereka. Ia memberikan
pelayanan dan pakaian yang terbaik untuk mereka. Ia pun biasa memberi hadiah kepada
siapapun yang meminta pertolongannya, dan menolong siapapun atas kehendaknya tanpa
diminta. Ia sangat mencintai alim ulama, yang mendapat penghormatan tersendiri di
istananya.
Suatu ketika, muhaddits terkenal Abu Muawiyah ad Dharir (bermakna yang buta) makan
bersama Harun Ar Rasyid. Setelah makan, ketika ulama buta itu berdiri untuk mencuci
tangannya, khalifah langsung mengucurkan air ke atas tangannya., dan berkata bahwa ia
melakukan itu karena penghormatannya kepada ilmunya.
Abu Muawiyah ad Dharir rah.a. berkata, "Suatu ketika, pada saat aku menceritakan
kepadanya tentang hadits Rasulullah Saw. tentang perdebatan antara Adam a.s. dan Musa a.s.
ada seseorang laki-laki yang duduk di dekatnya berkata, "Di mana mereka telah bertemu?"
Mendengar hal ini, Harun Ar Rasyid langsung berseru marah, "Mana pedangku? Biar
kupenggal leher orang zindiq ini. Ia berani membantah hadits Rasulullah Saw.?"
Dan Harun Ar Rasyid sering menangis keras bila ada nasehat yang ditujukan kepadanya.
(Sejarah Baghdad- Al Khatib).

KHALIFAH HARUN AL-RASHID


Posted on/at 8:34 AM by Permaidani Hijau
Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati
kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami
dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya
Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka
berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku
berwasiat
akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta
taat
(kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang
hamba.
Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia
akan
melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang
teguh
dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin
(Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan
ke
jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan
jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana
sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."
============ ========= ========= =========
========= ========= ====
Sewaktu menjelang hari perlantikan Harun Al Rashid menjadi khalifah, dia
telah mengarahkan seorang Menterinya untuk mengutus surat jemputan
kepada rakan-rakan rapatnya ke majlis meraikan perlantikannya. Dalam
majlis tersebut, rakan-rakannya akan diraikan oleh Harun Al Rashid

dengan jamuan yang lazat-lazat. Harun Al Rashid juga menghadiahkan


kepada mereka dengan hadiah yang cantik dan mahal di penghujung
majlis.
Antara yang dijemput ialah Hasan Al Basri.
Setelah tarikh majlis keraian tersebut menjelang, kesemua jemputan pun
hadir. Seperti dirancang, mereka diraikan dengan jamuan yang enak dan
lazat, serta dihadiahkan dengan barangan yang cantik dan mahal di
penghujung majlis. Setelah hadirin bersurai, Harun Al Rashid mendapati
ada satu hadiah yang masih tinggal dan tidak diberikan kepada jemputan.
Maka bertanyalah Harun Al Rashid kepada Menterinya.
Harun Al Rashid : Milik siapakah hadiah ini ? Apakah masih ada jemputan
yang belum menerimanya ? Atau jemputan tersebut tidak sudi menerima
hadiah ku ini ? Atau apakah ada jemputan yang tidak hadir ?
Menteri : Wahai khalifah, sebenarnya ada seorang jemputan yang tidak
hadir. Maka dengan itulah terdapat satu lagi hadiah yang tinggal.
Harun Al Rashid : Siapakah jemputan yang tidak hadir tersebut ?
Menteri : Hassan Al Basri, wahai khalifah.
Harun Al Rashid terdiam sejenak setelah nama Hassan Al Basri disebut.
Setelah berfikir sejenak, maka dia pun berkata kepada Menterinya.
Harun Al Rashid : Akan aku tulis surat peribadi ku khas untuk Hassan Al
Basri. Mungkin kerana dia seorang berilmu tinggi, maka dia inginkan
jemputan khusus dan majlis untuknya yang khusus, baru dia senang
menerima hadiah anugerah ku. Setelah ku tulis surat itu, kau pergilah ke
madrasahnya dan serahkan sendiri surat itu ke tangannya.
Harun Al Rashid pun menulis surat tersebut dan mengarahkan Menterinya

untuk menyerahkan sendiri ke tangan Hassan Al Basri. Sang Menteri pun


segera bertolak ke Madrasah Hassan Al Basri membawa surat tulisan
tangan
Harun Al Rashid, sambil diringi beberapa orang pegawai istana.
Sewaktu Menteri tersebut sampai ke Madrasah, Hassan Al Basri sedang
memberikan kuliah pengajian kepada murid-muridnya. Menteri tersebut
terus berjalan menuju ke pintu madrasah.Hassan Al Basri, sewaktu
terpandang Menteri dari istana datang menuju ke tempatnya berubah
rauk
muka Hasan Al Basri. Dia terus memalingkan mukanya dari Sang Menteri
dengan rauk muka yang marah dan benci.
Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri
Tiada jawapan dari Hassan Al Basri. Malah Hassan Al Basri meneruskan
saja memberikan kuliah kepada murid-muridnya sambil memalingkan
mukanya
dari Sang Menteri. Seolah-olah Sang Menteri tidak wujud di situ.
Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri
Sang Menteri memberi salam buat kali ke-2.
Masih tiada jawapan dari Hassan Al Basri. Malah Hassan Al Basri
meneruskan saja memberikan kuliah kepada murid-muridnya. Muridmuridnya
juga berasa kehairanan.
Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri. Kedatangan ku
membawa
surat peribadi milik Khalifah Harun Al Rashid.
Sang Menteri memberikan salam buat kali ke-3.
Maka berkatalah salah seorang murid tua kepada Hassan Al Basri.

Murid : Wahai tuan guru, ada Menteri diutuskan khalifah kepada Tuan,
membawa surat dari khalifah.
Setelah mendengar kata-kata muridnya, barulah Hassan Al Basri
menjawab
salam Menteri tersebut.
Hassan Al Basri : Salam (Jawab Hassan Al Basri ringkas dengan nada yang
marah). Untuk apa kau ke mari ?
Menteri : Kedatangan ku membawa surat peribadi tulisan tangan khalifah
buat mu. Aku harap kau terimalah surat ini.
Jawab Menteri, sambil menghulurkan surat tersebut kepada Hassan Al
Basri.
Hassan Al Basri apabila dihulurkan surat tersebut, dengan segera
mengelak
dan menepis, agar surat tersebut tidak menyentuh dirinya.Hal ini juga
mengejutkan murid-muridnya.
Murid : Wahai Tuan guru, apakah surat ini bernajis sehingga kau enggan
menerimanya ? Kasihanilah Menteri ini kerana dia hanya menunaikan
arahan
Tuannya. Nanti dia pasti akan dihukum kerana kegagalannya
menyampaikan
surat Tuannya.
Hassan Al Basri : Kalau begitu kau saja yang baca surat ini. Biar ku dengar.
Maka muridnya pun mengutip surat tersebut yang jatuh ke lantai
Madrasah.
Lalu dibuka surat tersebut dan dibaca.
Salam sejahtera buat sahabat ku, Sheikh Hassan Al Basri.
Tujuan ku tulis surat ini, adalah untuk menjemput mu ke majlis meraikan

perlantikan ku sebagai khalifah. Mungkin engkau sibuk sewaktu hari


pertama
perlantikan ku, maka engkau tidak sempat hadir ke majlis tersebut. Maka
atas
dasar persahabatan kita, maka akan ku adakan sekali lagi majlis keraian
tersebut hanya buat mu. Akan ku jamu engkau dengan hidangan yang
enak
dan lazat. Dan akan ku anugerahkan kepada mu hadiah yang cantik dan
mahal.
Aku harap engkau akan hadir ke istana ku esok hari untuk majlis ini.
Sekian.
Daripada Khalifah Umat Islam, Khalifah Harun Al Rashid
Dengan rauk muka yang marah, dan nada yang tegas Hassan Al Basri
mengarahkan muridnya.
Hassan Al Basri : Kau tulis jawapan ku kepada Harun Al Rashid dibelakang
suratnya.
Salam,
Harun,
Apakah kau sangka dengan menjamu aku dengan hidangan enak dan
lazat,
serta anugerah hadiah yang mahal, mampu menjadikan aku menyokong
perbuatan mungkar mu ?
Tahukah kamu, perbelanjaan majlis meraikan perlantikan mu sebagai
khalifah,
datangnya dari pembiayaan Baitul Mal ? Engkau tergamak menggunakan
harta Baitul Mal yang hakikatnya milik rakyat bagi membiayai majlis
peribadimu.
Kau nafikan hak rakyat yang fakir dan miskin, anak-anak yang yatim dan
piatu

serta janda-janda yang tiada tempat bergantung. Kau biarkan mereka


tidur dalam
kelaparan bersama fikiran yang rungsing memikirkan, "Dimanakah akan
ku cari
rezeki keesokan hari ?"
Di waktu yang sama, kau menjamu sahabat-sahabat mu dengan hidangan
yang
enak dan lazat walaupun mereka mampu mengenyangkan diri mereka
sendiri
dengan kekayaan mereka. Di waktu yang sama, kau anugerahkan mereka
dengan hadiah yang mahal-mahal, sedangkan rakyat mu ada yang daif
dalam
kemiskinan. Kehidupan mereka tenggelam dalam lautan air mata
penderitaan
dan kesedihan akibat kemiskinan.
Belum pun genap sehari engkau menjadi khalifah, sudah banyak dosa
yang
telah engkau lakukan. Amanah rakyat telah engkau khianati. Apatah lagi
jika semakin banyak dan lama hari engkau memerintah, maka akan
semakin
banyaklah dosa dan kemungkaran yang bakal engkau lakukan.
Apakah untuk ini engkau dijadikan Allah ?
Mulai saat ini, jangan sesekali engkau melafazkan bahwa Hassan Al Basri
adalah sahabat mu. Mulai hari ini dan saat ini, ku putuskan persahabatan
ku dengan mu !!!
Sekian.
Hassan Al Basri
Tersentuh hati Menteri mendengar ketegasan jawapan yang dilafazkan
oleh

Hassan Al Basri. Setelah murid Hassan Al Basri selesai menulis jawapan


gurunya, surat tersebut pun diserahkan kepada Menteri untuk
dikembalikan
kepada Harun Al Rashid.
Hassan Al Basri : Ambillah surat ini dan kembalikannya kepada Tuan mu.
Menteri itu pun mengambil surat tersebut dan berlalu. Kata-kata Hassan
Al Basri terus bermain di dalam hati dan fikirannya. Kini hatinya menjadi
rungsing. Dalam perjalanan pulang ke istana, dia melalui pasar jualan. Di
hentikan
kudanya, dan turun sambil diiringi pegawai-pegawai yang mengikutinya.
Lalu
berkatalah Menteri tersebut kepada para pedagang
di pasar itu.
Menteri : Wahai para saudagar, mahukah kamu membeli jubah yang
kupakai
ini ? Jubah yang bermutu tinggi, lagi ranggi dan cantik ini merupakan
anugerah Khalifah kepada ku sebagai salah seorang Menteri di istana.
Akan ku jualkan kepada mu dengan harga yang murah.
Para pedagang di pasar tersebut berasa hairan dengan kata-kata menteri
tersebut. Berkatalah salah seorang daripada mereka.
Pedagang : Mengapa engkau ingin menjual jubah kebesaran mu itu ?
Berapakah harganya ?
Menteri : Mengapa ingin ku jualkannya, adalah urusan ku dengan Tuhan
ku.
Harganya amat murah. Aku hanya memerlukan pakaian yang diperbuat
dari kain yang kasar seperti yang dipakai oleh ahli sufi.
Maka urusniaga itu pun berjalan lancar antara Menteri dan saudagar di

situ. Setelah Menteri mengenakan jubah dari kain yang kasar, dia pun
kembali ke istana untuk mengembalikan surat dari Hassan Al Basri.
Setibanya Menteri di istana, dia terus pergi menemui khalifah dengan
pakaiannya yang kasar dan murah. Harun Al Rashid tersentak kehairanan,
melihat Menterinya berpakaian demikian. Lalu dia bertanya kepada
Menteri.
Harun Al Rashid : Mengapa engkau berpakaian demikian ? Ke manakah
perginya jubah kebesaran mu sebagai seorang menteri di istana ku ?
Menteri : Wahai khalifah. Sekembalinya aku dari Madrasah Hassan Al
Basri, aku telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan ku
sebagai
Menteri. Maka ku tukarkan jubah kebesaran seorang menteri anugerah mu
kepada pakaian yang kasar dan murah ini. Anggaplah aku membawa surat
jawapan Hassan Al Basri merupakan tugas dan khidmat ku yang terakhir
buat mu. Kerana selepas ini, aku akan mengikuti tuan ku yang baru, iaitu
Tuan Hassan Al Basri. Agar aku dapat dididik untuk mentaati Allah dan
Rasul Nya.
Menteri itu pun menyerahkan surat jawapan Hassan Al Basri kepada
Harun
Al Rashid dan terus berlalu dari situ. Menteri itu telah pergi ke Madrasah
Hassan Al Basri dan menjadi salah seorang muridnya.Harun Al Rashid,
setelah
menerima surat jawapan dari Hassan Al Basri, terus membuka dan
embacanya.
Tersentaklah Harun Al Rashid buat kali kedua di hari itu. Tidak disangka
oleh
Harun Al Rashid, jawapan yang diberikan oleh Hassan Al Basri amat tegas.

Jawapan Hassan Al Basri telah menyebabkan Harun Al Rashid menangis


dan
terus menangis. Tangisan keinsafan.
Di beritakan, Sesudah peristiwa itu, Harun Al Rashid akan meletakkan
surat Hassan Al Basri di sebelahnya sewaktu solat. Sesudah selesai
solat, Harun Al Rashid akan membaca surat jawapan Hassan Al Basri dan
terus menangis. Dia melakukan ini sehinggalah beliau menghembuskan
nafasnya yang terakhir. Dia menjadikan surat tersebut sebagai peringatan
buat dirinya yang sering lupa agar dia tidak tergelincir dalam
pentadbirannya. Maka tidak hairanlah, Harun Al Rashid merupakan salah
seorang khalifah Abbasiah yang yang dikenali kewarakannya.
SEJARAH PENGUMPULAN DAN PEMBUKUAN AL-HADIS
Sekiranya sunnah dahulunya terbiar tanpa pembelaan dan usaha para
sahabat, ulama dan cerdik pandai Islam, sudah tentu hari ini umat Islam hari ini tidak
dapat menatapinya dan dan umat Islam pasti menghadapi berbagai-bagai kesukaran
dalam menyelesaikan pelbagai persoalan yang menunggu di hadapan mereka hari
ini. Semasa hayat Rasulullah s.a.w. secara umumnya Sunnah tidak ditulis. Antara
sebab terjadi demikian ialah kejahilan orang-orang Islam pada waktu itu di bidang
penulisan dan mereka masih lagi bergantung sepenuhnya kepada metod
penghafalan dan pengingatan di dalam merekodkan apa-apa maklumat atau
peristiwa.
Mengikut Muhammad Yusof Musa, sebab sebenar mengapa sunnah tidak
ditulis pada masa hayat Rasulullah s.a.w. ialah larangan Rasulullah s.a.w. sendiri
berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Said al Khudri, sabda Nabi s.a.w
dengan maksudnya: Jangan menulis apa-apa dari saya. Sesiapa yang menulis apaapa dari saya selain daripada al-Quran hendaklah dia padamkan.
Abu Hurairah meriwayatkan yang bermaksud Rasulullah s.a.w. telah keluar
kepada kami pada waktu kami sedang menulis hadith-hadith. Nabi s.a.w lalu
bertanya Apa yang kamu semua tulis ini ? Jawap kami; hadith-hadith yang kami
ambil dari tuan. Sabda Nabi s.a.w Sebuah kitab yang lain dari kitabullah? Tahukah
kamu bahawa sebab mengapa orang-orang terdahulu menjadi sesat ialah kerana
mereka menulis kitab-kitab lain di samping Kitabullah taala.
Rasulullah pada ketika enggan membenarkan penulisan hadis kerana
bimbang sekiranya terjadi percampuran antara al-Quran dan al-hadis dan umat

Islam tidak dapat membezakan antara sumber kedua dua sumber tersebut hingga
menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam akhir zaman untuk menentukan
yang mana lebih utama. Zaid bin Thabit meriwayatkan yang dinukil oleh seorang
sahabat bernama Abu Said al-Khudri, sabda Nabi s.a.w:Janganlah kamu tulis
sesuatu tentangku, barang siapa yang telah menulis tentangku selain al-Quran,
maka padamkanlah, ceritalah tentangku tidak mengapa tetapi sesiapa yang
membuat pembohongan ke atas diriku dengan sengaja, maka tersedia tempatnya
dalam neraka.
Memang tidak dinafikan bahawa ramai di kalangan sahabat yang tidak dapat
bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w. sepanjang waktu untuk menerima dan
meneliti setiap perkataan dan perbuatannya. Bagaimanapun apa yang jelas
larangan tersebut bukanlah dinyatakan secara tegas.
Terdapat hadis-hadis yang menunjukkan sebaliknya. Abu Hurairah berkata:
Tidak ada daripada para sahabat Nabi s.a.w. yang mempunyai lebih banyak hadis
daripada saya kecuali Abdullah Ibn Amr kerana dia menulis sedangkan saya tidak.
Dalam hadith lain Rafi bin Khudaij menyebut: Kami berkata: Wahai Rasulullah
s.a.w. ! Kami telah mendengar banyak perkara daripada tuan, apakah boleh kami
menulisnya? Jawap baginda:Tulislah, tidak mengapa. (Asmawi, 2003).
Kemungkinan larangan itu bukan terhadap penulisan hadis secara umum,
tetapi sebaliknya terhadap penulisan hadis bersama-sama dengan al-Quran dalam
sohifah yang sama. Tujuannya ialah supaya tidak bercampur baur dengan al-Quran
atau mengurangkan minat para sahabah di dalam menulis ayat-ayat al-Quran.
Apabila kedudukan al-Quran dan sunnah telah jelas bagi orang Islam, penulisan
hadis pun dibenarkan, terutama bagi mereka yang menghadapi masalah menghafal.

SEJARAH PENGUMPULAN DAN PENULISAN HADIS PADA ZAMAN SAHABAT


Zaman pemerintahan saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Umar al- Khattab
tidak menunjukkan sebarang kemajuan dalam perkembangan ilmu Hadis.
Pengumpulan hadis yang dilakukan di peringkat ini iaitu pengumpulan secara
hafalan sahaja. Antara sebab lain yang mendorong kepada tidak berlakunya
penulisan hadith ialah sikap para sahabah sendiri bimbang ianya akan menjejaskan
perhatian mereka atau perhatian orang ramai terhadap al-Quran. Aisyah pernah
meriwayatkan bahawa bapanya Abu Bakr al-Siddiq pernah membakar lima ratus
hadis.
Umar Ibn al-Khattab pernah berfikir untuk mengumpul sunnah secara bertulis,
tetapi mengubah fikiran walaupun telah mendapat persetujuan ramai.
Abu Musa al-Asyari meriwayatkan, melarang anaknya daripada menulis
hadis kerana takut beliau tidak menulisnya dengan tepat. Dalam riwayat lain beliau
disebut sebagai berkata:Hafallah daripada kami sebagaimana kami telah
menghafalnya.

Dipercayai banyak daripada tulisan-tulisan mengenai hadis dipadamkan atau


dimusnahkan oleh penulisnya sendiri kerana takut ia akan terjatuh ke tangan orang
yang tidak layak, tidak alim dan tidak tahu membezakan antara al-Quran dan hadis
atau perkara-perkara lain.
Walaupun begitu peranan hadis ketika itu semain menonjol apabila sahabat
menghadapi masalah untuk menyelesaikan kes-kes yang tidak dinyatakan dalam alQuran secara khusus misalnya hak pewarisan nenek. Al-Mughirah bin Syubah
meriwayatkan hadith bahawa dia pernah melihat Rasulullah s.a.w. memberikan satu
perenam harta kepda seorang nenek. Dalam keadaan berhati-hati usaha di
kalangan sahabat yang mengambil berat soal hadis tetap ada.
Abu Ayub al-Ansari misalnya sanggup mengembara ke negeri Mesir menemui
Uqbah bin Amir semata-mata kerana mahu mengesahkan sebuah hadis yang
berbunyi:Barang siapa yang menutup keaiban atau kesulitan seorang saudaranya
yang muslim di dunia nescaya Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat.
Mengikut riwayat Nafi daripada Ibnu Umar ada terdapat selambar tulisan mengenai
zakat binatang peliharaan di hulu pedang Umar Ibn Khattab.
Ali juga diketahui telah menggantung di pedangnya satu catatan tentang
jenayah, kehormatan bumi madinah dan hukum tidak dibunuh balas orang Islam
yang membunuh orang kafir. Mengikut Ibn al-Hanafiah Muhammad Ibn Ali r.a.
bapanya pernah menghantar beliau untuk membawa sepucuk surat kepada Uthman
yang didalamnya mengandungi arahan-arahan Rasulullah s.a.w. tentang zakat.
Sad Ibn Ubbadah r.a. juga diriwayatkan memiliki beberapa buah penulisan
yang mengandungi hadis-hadis Rasulullah s.a.w. sebuah lagi penulisan iaitu yang
dikenali al-sahifah al-sadiqah, iaitu nama yang diberi sendiri oleh penulisnya
Abdullah ibn Amru Ibn al-As. Ia mengandungi hadis-hadis yang diterima oleh
Abdullah daripada Rasulullah s.a.w. secara berdua-duaan sahaja.
Perkembangan dan pengumpulan hadis yang giat dilakukan itu masih
dikategorikan sebagai pengumpulan dalam dada atau hafalan walaupun sudah
terdapat segelintir sahabat yang memulakan usaha mencatat hadis dengan
kebenaran khas. Perhatian khulafa al-Rasyidin dalam memelihara hadis amat
disanjung tinggi.
Ketegasan mereka dalam menghalang umat Islam daripada berlakunya
penyelewengan dalam meriwayatkan hadis sebenarnya tidak berniat serong tetapi
semata-mata kerana menjaga dam memelihara kemuliaan serta darjat hadis Nabi
Muhammad s.a.w. itu sendiri. Zaman ini dapat dianggap sebagai zaman asas
kepada zaman pengumpulan dan penulisan Ilmu Hadis.

SEJARAH PENGUMPULAN DAN PENULISAN HADIS PADA ZAMAN TABIIN

Namun permasalahan penulisan hadis ini ke dalam kitab dan naskah khas hanya
dibuat secara persendirian dan sehinggalah ke zaman Khalifah Umar Ibn Abd Aziz ra
barulah urusan pembukuan hadis di jalankan secara serius ini disebabkan setelah
berlakunya zaman fitnah dan pembunuhan, lahirnya Khawarij, Syiah dan beberapa
puak sesat yang mendorong para ulamak dan muslihin Islam memikirkan jalan untuk
menyelamatkan hadis baginda dengan mengumpulkan hadis yang sahih dan
memperkenalkan ilmu isnad atau disebut mustalahah.
Arahan pelaksanaan membukukan hadis itu dilaksanakan oleh Ibn Syihab AzZuhri maka disebut bahawa beliaulah yang pertama mengumpulkan hadis secara
tersusun. Pada zaman khalifah Abbasiyah muncullah pula golongan ulama seperti
Ibn Juraij (150 H) yang mengumpulkan hadis di Makkah, Abu Ishaq (151 H) dan
Imam Malik (179 H) yang mengumpulkan hadis di Madinah, Ar-Rabi ibn Syabih (160
H) , Hammad ibn Salamah (176 H) yang mengumpulkan hadis di Basrah dan Sufyan
As-Sauri (116) di Kufah serta Al-Auzaie (156 H) yang mengumpulkan di Syam dan
lain-lainnya yang nyatanya kebanyakkan mereka pernah berguru kepada Ibn Hazm
dan Az-Zuhri.
Manakala selain menumpukan pada usaha menghimpunkan hadis para
ulama juga mula meneliti hadis- hadis yang sampai kepada mereka dan perawiperawi yang meriwayatkan hadis. Mereka mula meneliti siapakah perawi hadis,
keadaan dan sifat peribadinya, kaedah menerima dan menyampaikan hadisnya,
tarikh lahir dan kematiannya, perawi yang meriwayatkan darinya dan yang
diriwayatkan olehnya dan pelbagai lagi demi menjaga kesahihan dan kebenaran
hadis itu dari kepalsuan. (Emran Ibn Ahmad, 2005).

KESIMPULAN
Dr. Musthafa al-Siba'I menyatakan:Memang benar Kitab Suci memuat segala
sesuatu, tapi hanya dalam garis besar saja, yang disebut bakal dijamin terpelihara
dari usaha pengubahan tidak hanya pada al-Qur'an tapi juga meliputi sunnah, dalam
hal ini hadis. Sunnah dan hadis tetap terpelihara, melalui sistem hafalan kaum
muslim Arab yang memang terkenal memiliki kemampuan menghafal yang amat
kuat (sebagai akibat pengembangan bahasa Arab yang amat tinggi namun tidak
banyak bersandar pada penggunaan tulisan).
Pencegahan Nabi dan para pembesar sahabat dan Tabi'un dari usaha membukukan
hadis terjadi kerana kebimbangan akan tercampur dengan teks-teks al-Qur'an yang
saat itu keadaan tidak ramai berilmu di kalangan umat, disebabkan sedikitnya
mereka yang boleh membaca. Pencegahan itu hanya sekitar usaha pembukuan
rasmi. Sedangkan yang tidak rasmi dan sebagai catatan peribadi beberapa sahabat
telah melakukannya. Tegahan kepada orang yang menulis al-Quran dan hadiS pada
satu tempat dan keizinan menulis bagi yang lemah ingatan.

Anda mungkin juga menyukai