Anda di halaman 1dari 14

Khalifah umar abdul aziz

1.0 PENDAHULUAN
Sesungguhnya Islam adalah agama yang syumul, Allah taala telah
mengutus Nabi Muhammada s.a.w ke dunia ini untuk mengajar manusia
jalan yang lurus dan memperbaiki akhlak manusia kepada akhlak yang
mulia. Kemudian setelah kewafatan baginda s.a.w, tugas baginda diganti
dengan khalifah empat yang lebih dikenali sebagai khulafa Ar-Rasyidin
iaitu Abu Bakar, Umar al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Thalib.
Setelah era khulafa ar-Rasyidin berakhir maka jawatan khalifah diambil
alih oleh Muawiyyah dan seterusnya diwarisi oleh keturunan beliau.
Sistem perlantikan khalifah secara syura tidak lagi diamalkan bahkan
Muawiyyah menjadikan perlantikan Khalifah sebagai warisan keluarganya.
Setelah beberapa keturunan Muawiyyah menjadi khalifah, maka lahirlah
seorang khalifah yang hebat lagi zuhud dari keturunan tersebut. Beliau
ialah khalifah Umar bin Abd Aziz. Khalifah Umar bin Abd Aziz terkenal
dengan kewarakan dan kezuhudan beliau. Beliau juga telah
mengembalikan sistem syura yang dihapuskan oleh datuknya Muawiyyah
dan mentadbir negara dengan penuh keadilan sehingga tiada lagi
rakyatnya menderita kemiskinan. Kehebatan beliau telah menjadi contoh
teladan yang baik kepada umat Islam seluruhnya sebagai pemimpin
negara yang unggul. Kisahnya tercatat dalam lipatan sejarah sehingga ke
hari ini.
2.0 BIODATA UMAR IBN ABD AL-AZIZ (61-101 H/ 681-720 M)
Umar Ibn Abd al-Aziz adalah khalifah yang adil sehingga diberi gelaran
khulafa al-Rasyidin yang kelima. Nama penuhnya ialah Abu Hafs, Umar
ibn Abd al-Aziz ibn Marwan ibn al-Hakam al-Umawiy al-Qurashiy. Dia ialah
seorang daripada khalifah kerajaan Bani Umayyah di Syam. Datuk
sebelah ibunya ialah Umar ibn al-Khattab.
Umar ibn Abd al-Aziz lahir di Madinah al-Munawwarah. Semasa bapanya
dilantik sebagai pemerintah di Mesir, dia turut dibawa bersama dan
menghafal al-Quran di sana. Kemudian bapanya telah menghantarnya ke
Madinah semula untuk mempelajari ilmu agama dan mendalami ilmu
sastera.
Khalifah Abd al-Malik ibn Marwan telah mengahwinkan anaknya Fatimah
dengan Umar dan melantiknya sebagai penyelia perusahaan susu selama
dua tahun. Kemudian dia dipilih oleh Khalifah al-Walid ibn Abd al-Malik
sebagai pengusaha di Madinah al-Munawwarah pada tahun 87H/ 705M.
Kemudian kuasanya diperluaskan sehingga meliputi Makkah dan Taif dan
seterusnya menjadi pemerintah seluruh Hijjaz pada tahun 93H/711M.
Namun, dia akhirnya dilucutkan dari jawatan itu disebabkan satu fitnah

yang mengatakan dia melindungi orang yang lari daripada pengadilan


yang dilemparkan terhadapnya oleh Hajjaj ibn Yusuf, gabenor Iraq.
2.1 Pendidikan
Beliau telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil lagi. Merantau ke
Madinah untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan
beberapa tokoh terkemuka seperti Imam Malik b. Anas, Urwah b. Zubair,
Abdullah b. Jaafar, Yusuf b. Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau
melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir. Beliau
telah dipanggil balik ke Damsyik oleh Khalifah Abdul Malik b. Marwan
apabila bapanya meninggal dunia dan dikahwinkan dengan puteri
Khalifah, Fatimah bte Abdul Malik (sepupunya).
2.2 Sifat-Sifat Peribadi
Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak
yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar bin Al-Khatab. Baginda amat
berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat.
Sesungguhnya kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua
lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk
kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum dan tidak perlu
diulang-ulang.
Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi Gabenor
Madinah dan Khalifah adalah sama seperti kehdupannya semasa menjadi
rakyat biasa. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya
diserahkan kepada Baitulmal dan segala perbelanjaan negara berdasarkan
konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat.
Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat
pegawai yang boros dan segala bentuk jamuan negara tidak dibenarkan
menggunakan harta kerajaan.
Terdapat banyak riwayat dan athar para sahabat yang menceritakan
tentang keluruhan budinya. Di antaranya ialah :
1. At-Tirmizi meriwayatkan bahawa Umar Al-Khatab telah berkata : "Dari
anakku (zuriatku) akan lahir seorang lelaki yang menyerupainya dari segi
keberaniannya dan akan memenuhkan dunia dengan keadilan"
2. Dari Zaid bin Aslam bahawa Anas bin Malik telah berkata : "Aku tidak
pernah menjadi makmum di belakang imam selepas wafatnya Rasulullah
SAW yang mana solat imam tersebut menyamai solat Rasulullah SAW
melainkan daripada Umar bin Abdul Aziz dan beliau pada masa itu adalah
Gabenor Madinah"
3. Al-Walid bin Muslim menceritakan bahawa seorang lelaki dari Khurasan
telah berkata : "Aku telah beberapa kali mendengar suara datang dalam
mimpiku yang berbunyi : "Jika seorang yang berani dari Bani Marwan
dilantik menjadi Khalifah, maka berilah baiah kepadanya kerana dia
adalah pemimpin yang adil"." Lalu aku menanti-nanti sehinggalah Umar
b. Abdul Aziz menjadi Khalifah, akupun mendapatkannya dan memberi
baiah kepadanya".

4. Qais bin Jabir berkata : "Perbandingan Umar b Abdul Aziz di sisi Bani
Ummaiyyah seperti orang yang beriman di kalangan keluarga Firaun"
5. Hassan al-Qishab telah berkata :"Aku melihat serigala diternak
bersama dengan sekumpulan kambing di zaman Khalifah Umar Ibnu Aziz"
6. Umar b Asid telah berkata :"Demi Allah, Umar Ibnu Aziz tidak
meninggal dunia sehingga datang seorang lelaki dengan harta yang
bertimbun dan lelaki tersebut berkata kepada orang ramai :"Ambillah
hartaku ini sebanyak mana yang kamu mahu". Tetapi tiada yang mahu
menerimanya (kerana semua sudah kaya) dan sesungguhnya Umar telah
menjadikan rakyatnya kaya-raya"
7.'Atha' telah berkata : "Umar Abdul Aziz mengumpulkan para fuqaha'
setiap malam. Mereka saling ingat memperingati di antara satu sama lain
tentang mati dan hari qiamat, kemudian mereka sama-sama menangis
kerana takut kepada azab Allah seolah-olah ada jenayah di antara
mereka."
3.0 UMAR ABDUL AZIZ SEBAGAI KHALIFAH
3.1 Jawatan sebelumnya.
Kebolehan dan ketokohan Umar Abdul Aziz dapat kita saksikan semasa
beliau memegang jawatan kerajaan Umaiyyah iaitu sebagai gabenor dan
seterusnya semasa menjadi khalifah. Sebelum beliau dilantik menjadi
khalifah, beliau pernah memegang jawatan gabenor di beberapa buah
wilayah dalam masa kerajaan Umaiyyah, khasnya pada zaman khalifah alWalid bin Abdul Malik. Semasa Abdul Malik bin Marwan menjadi khalifah
iaitu selepas perkahwinannya dengan Fatimah binti Abdul Malik, Umar bin
Abdul Aziz dilantik menjadi gabenor di Khunashirah. Khunashirah adalah
sebuah negeri yang agak besar sesudah Aleppo di Syria dalam tahun 85
H.
3.2 Menjadi Gabenor Madinah
Selepas perlantikan beliau menjadi gabenor disini lebih kurang dua tahun.
Umar bin Abdul Aziz ditukarkan pula menjadi gabenor di Madinah.
Penukaran ini berlaku pada tahun 87 H dimana khalifah al-Walid bin Abdul
Malik memilihnya pula menjadi gabenor di Madinah setelah menukarkan
Hisyam bin Ismail al-Makhzumi yang menjadi gabenor sebelumnya.
Semasa menjadi gabenor di Madinah, beliau telah berjaya menunjukkan
keadilan dan ketokohannya serta tidak mementingkan kepada keluarga
sendiri dalam sebarang jawatan. Pengambilan para pegawai dan
pekerjanya adalah berdasarkan kepada kebolehan dan kecekapan yang
ada pada diri seseorang tanpa memandang kepada darjat, keturunan dan
pangkat. Pada masa beliau menjadi gabenor jugalah, masjid al-Nabawi
diperbaiki dengan pembinaan semula supaya ianya menjadi lebih selesa,
lebih baik dan lebih menarik.
Beliau berjaya menyelesaikan masalah yang timbul sebelum ini dan

disamping itu, beliau juga berjaya membuat beberapa pembaikan untuk


rakyat di Madinah. Memandang kebijaksanaan dan kebolehan Umar
mentadbirkan Negara dengan baik. Maka khalifah al-Walid bin Abdul Malik
melantiknya pula sebagai gabenor di kota suci Mekah. Ini bererti Umar
bin Abdul Aziz terpaksa mengendalikan dua kawasan yang dianggap
terpenting dikalangan umat Islam seluruh dunia iaitu Mekah dan Madinah.
3.3 Dilantik menjadi Khalifah
Kemudian dia dilantik menjadi menteri oleh Sulayman ibn Abd al-Malik
yang menerima nasihat Raja ibn Haywah, seorang ahli fiqh, agar melantik
seorang lelaki soleh sebagai khalifah umat Islam, iaitu Umar ibn Abd alAziz, bersesuaian dengan pelantikan khalifah secara warisan. Pelantikan
ini berlaku pada tahun 99H/717M.
Setelah menduduki takhta pemerintahan, Umar ibn Abd al-Aziz segera
melaksanakan projek kemudahan asas dan melucutkan beberapa orang
penguasa yang tidak mampu memberi khidmat yang baik kepada rakyat.
Tempat mereka diganti oleh orang yang mementingkan keadilan, bersih
dan beristiqamah. Di samping itu, beliau cuba menarik hati golongan
Syiah dengan menghapuskan kata-kata kecaman terhadap Sayidina Ali r.a
dalam khutbah dan tidak lagi mengancam mereka. Beliau juga
menghapuskan jizyah terhadap kafir zimmi yang memeluk Islam serta
mengarahkan supaya diserahkan kembali hak mereka.
Khalifah Umar juga turut menghalang dirinya dan keluarganya daripada
menikmati sebarang bentuk kemewahan yang berlebihan, sehingga dia
meminta agar isterinya menyerahkan barang kemasnya kepada baitulmal.
Umar ibn Abd al-Aziz juga menghapuskan segala cukai yang berlebihan
dan meminta agar semua gabenor mengambil kira pandangannya dalam
melaksanakan sesuatu hukuman. Cara politik ini menyebabkan ramai
orang memeluk agama Islam terutamanya raja-raja daripada Sind, Hind
dan Bar.
4.0 POLISI KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ
4.1 Politik
Dalam bidang ini merangkumi aspek-aspek pentadbiran, dasar dalam dan
luar negeri, perlantikan para pegawai dan sebagainya. Ahli-ahli sejarah
bersepakat mengatakan corak pentadbiran baginda samalah seperti mana
khalifah-khalifah al-Rasyidin. Bentuk atau corak pemerintahan baginda
adalah berdasarkan kepada al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Dari
awal beliau dilantik, beliau telah mengadakan reformasi yang tidak
terkeluar dari hakikat dan kehendak Islam yang sebenarnya. Antara
reformasi itu ialah, beliau telah mengembalikan semula demokrasi alsyura mengikut Islam. Demokrasi ini telah lama hilang dan tidak
dipraktikan pada masa khalifah umaiyyah kecuali di zaman Umar bin
Abdul Aziz sahaja.

Pada tahun pertama beliau dilantik menjadi khalifah iaitu pada tahun 99H,
Khalifah Umar Abdul Aziz telah mengadakan beberapa reformasi dan
rancangan-rancangan yang begitu menyeluruh dalam semua bidang.
Antaranya ialah menyusun semula nama-nama para gabenor, qadhi-qadhi
dan para pegawai kerajaan yang lain.
Khalifah Umar Abdul Aziz juga melantik qadhi-qadhi disetiap wilayah,
nama pemimpin tentera, pemungut cukai, ketua polis, ketua pos, dan
pelbagai jabatan lagi yang berkaitan dengan pelaksanaan pentadbiran
umat. Khalifah Umar Abdul Aziz bertindak tegas kepada sesiapa sahaja
dari para pembesarnya atau gabenornya samada gabenor yang telah
dilantik oleh khalifah-khalifah Umaiyyah yang lalu atau kepada mereka
yang dilantik oleh beliau sendiri.
Khalifah Umar bin Abdul Aziz sangat berhati-hati semasa melantik para
pegawainya. Beliau tidak taksub kepada mana-mana pihak, malah apa
yang menjadi ukuran beliau ialah kelebihan yang ada pada seseorang
walaupun bukan dari keluarganya, bukan sahabatnya atau bukan bangsa
arab. Didalam pentadbiran negara juga, beliau akan memecat dan tidak
melantik kepada mereka yang kurang berpengetahuan dalam bidang
agama Islam. Khalifah Umar juga pernah mengingatkan kepada para
gabenornya supaya mengambil orang-orang yang pakar tentang maksudmaksud al-Quran dalam pentadbiran negara.
Dalam usaha menjalankan reformasinya, beliau telah mengembalikan
semula gereja yang telah diambil oleh khalifah-khalifah Umaiyyah yang
lalu daripada orang-orang nasrani. Tujuan pengambilan itu adalah untuk
diubahsuaikan bagi pembinaan masjid. Ini kerana beliau berpendapat
bahawa tindakan khalifah-khalifah yang lalu adalah diluar dari kehendak
Islam yang sebenarnya. Langkah seperti ini, membawa kesan yang positif
terhadap orang-orang nasrani untuk mereka berfikir, membuat kajian
tentang akidah Islam dan seterusnya mungkin membawa mereka
menerima Islam.
Polisi luar khalifah Umar terhadap negara-negara asing, khususnya
negara-negara bukan Islam, polisi beliau adalah berdasarkan kepada
daulah islamiah. Inilah satu reformasi beliau terhadap dasar luar
kerajaan. Khalifah-khalifah sebelumnya menggunakan polisi menyerang
negara-negara asing, dalam usaha meluaskan jajahan takluk Islam serta
akidahnya. Tetapi khalifah Umar tidak suka melakukan pertumpahan
darah sesama manusia. Beliau lebih suka menukarkan dari cara
peperangan kepada cara berdakwah. Cara ini adalah lebih berkesan dan
lebih praltikal jika dibandingkan dengan khalifah-khalifah Umaiyyah
sebelumnya.
4.2 Ekonomi.

Dalam bidang ini, khalifah Umar bin Abdul Aziz telah menggariskan dasardasar pokok pentadbiran ekonomi Negara. Mengikut seorang ahli sejarah
Muhamad Ali Dannawi, terdapat enam asas penting yang telah digariskan
oleh Umar bin Abdul Aziz iaitu:
- Harta itu adalah harta Allah. Manusia hanya berusaha sekadar
keperluannya sahaja.
- Kerajaan akan memberi jaminan kesenangan kepada manusia sekadar
tahap minimum sahaja.
- Zakat mesti dipungut segera dan dibahagikan kepada orang yang
berhak dengan segera. Jika didapati lebih, hendaklah dikembalikan
kepada Baitulmal.
- Wajib ada perimbangan antara kemasukan dan pengeluaran ekonomi
Negara.
- Baitulmal Markazi hendaklah mentadbirkan kewangan seluruh pelusuk
negara.
-Baitulmal Markazi juga, berkuasa mengeluar dan menukarkan wang jika
perlu dan para pegawainya bertanggungjawab keatas Baitulmal dan ianya
diletak di bawah kawalan rapi tentang perbelanjaan tahunannya.
Beliau juga telah mengadakan beberapa reformasi dalam bidang ini dan
cuba mengembalikan semula peraturan ekonomi sebagaimana di zaman
Khalifah Umar al-khattab dahulu. Antara peraturan-peraturan yang diikuti
oleh beliau ialah:
- Menegah orang-orang arab memiliki tanah-tanah di negara-negara yang
dibuka.
- Jizyah dihapuskan kepada bukan Arab selepas mereka memeluk agama
Islam tetapi mereka dikenakan cukai al-Kharaj keatas tanah-tanah
mereka.
Pembaharuan dan polisi yang dilakukan oleh khalifah Umar bin Abdul Aziz
telah memberikan suatu dasar baru kepada masyarakat. Pembaharuan
berjaya menambahkan ekonomi negara dan mengembangkan akidah
islamiah apabila ramai yang memeluk agama Islam.
Khalifah Umar bin Abdul Aziz juga memerintahkan para gabenornya
supaya menghapuskan bayaran jizyah kepada setiap orang yang memeluk
Islam. Tindakan dan polisi Umar ini menyebabkan setengah gabenornya
mengadu kebimbangan mereka tentang akan kurangnya harta Baitulmal.
Khalifah Umar bin Abdul Aziz menjelaskan kepada mereka yang
sebenarnya penghapusan jizyah itu memberi kesan dan kemenangan
yang besar terhadap ekonomi dan akidah Islam. Inilah antara langkah
dan reformasi yang positif yang pernah dilakukan oleh beliau. Golongan

zimmah, apabila mereka menerima Islam, mereka dikenakan bayaran


zakat. Ini bererti menambah wang umat Islam secara keseluruhannya.
Penghapusan jizyah seolah-olah sebagai teknik untuk menarik mereka
memeluk Islam.
Di dalam usaha membersih kebatilan dan menambahkan ekonomi negara,
khalifah Umar tidak bertindak kepada orang lain, kecuali selepas
dilakukan keatas dirinya dahulu. Antara tindakan awal terhadap dirinya
ialah beliau menjual setiap yang dimilikinya seperti kebun-kebun,
kenderaan-kenderaan, barang-barang mewah, kuda-kuda, pakaianpakaian, minyak atar, perabot-perabot dan banyak lagi barang-barang lain
sehingga sampai nilainya sebanyak dua puluh tiga ribu dinar. Kesemua
harta-harta itu diserahkan kepada Baitulmal.
Mengikut Ibn al-Athir dan beberapa orang ahli sejarawan yang lain,
mereka mengatakan bahawa perbelanjaan Khalifah Umar setiap hari
hanya dua dirham sahaja. Wang atau dirham itu diambil daripada
Baitulmal. Ringkasnya dalam bidang ekonomi, Khalifah Umar berjaya
memberi keselesaan kepada semua rakyat. Suasana perekonomiaan
negara dan harta Baitulmal adalah yang paling tinggi sekali, jika
dibandingkan dengan zaman-zaman Khalifah Umaiyyah sebelumnya.
Rakyat hidup dengan mewah tanpa berlaku sebarang masalah antara
mereka. Masalah sosial seperti rasuah dan sebagainya dapat diatasi. Para
petani, mereka menerima pendapatan yang lumayan. Begitulah juga
dengan para pegawai kerajaan yang lain, sehingga gaji sampai kepada
tiga ratus dinar setiap bulan.
4.3 Sosial.
Khalifah Umar bukanlah sebagai seorang Khalifah yang hanya pandai
mentadbirkan negara dan bijak menyusun program kemajuan ekonomi
negara, malah baginda juga tidak lupa mengadakan reformasi dalam
bidang sosial demi kebaikan umat dan agama Islam. Jalan raya, tempat
persinggahan musafir, perkhidmatan pos, sekolah-sekolah, pusat
pengajian tinggi, pusat kesihatan dan sebagainya diadakan di dalam
negara.
Antara sumbangan Umar ibn Abd al-Aziz sepanjang tempoh
perkhidmatannya di Hijaz ialah menggali telaga-telaga, membaiki jalan,
memerintah dengan penuh keadilan tanpa penentangan daripada para
pembangkang politik Bani Umayyah dan gabenor-gabenornya. Dia berjaya
menarik hati semua golongan dan menghormati mereka. Pada zaman
pemerintahan beliau, beliau telah menggariskan beberapa ciri bagi
meninggikan kehidupan rakyat. Pada pandangan beliau, untuk mencapai
hasrat ini, sesebuah negara mestilah paling kurang mempunyai keadaan
minimum seperti berikut:

- Seseorang itu mesti memiliki sebuah rumah.


- Mesti ada seekor kuda untuk mempertahankan diri dan berjihad.
- Mesti cukup alat perabot rumah.
- Bagi mereka yang kurang bernasib baik dalam hidupnya. Seperti orang
buta, orang lemah, fakir miskin, anak-anak yatim dan sebagainya. Mereka
ini diberi pertolongan seperti tempat penginapan, bantuan-bantuan yang
berupa mental dan material. Khalifah Umar pernah mengarahkan pihak
berkuasa Sham supaya mengadakan tempat bagi setiap orang yang buta.
Pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz juga penyair-penyair atau
penyanyi mereka tidak mendapat peluang untuk berpoya-poya. Manakala
pelaku-pelaku jenayah pula, keadaan mereka pada zaman Khalifah Umar
adalah baik tidak sebagaimana zaman khalifah-khalifah Umaiyyah
sebelumnya. Bahkan mereka telah berpaling dengan melihat contoh
Hasan al-Basri iaitu seorang ulama dan salah seorang yang kuat
beribadat.
Beliau sangat mengambil berat dalam soal pengembangan agama Islam
serta penyebaran ilmu agama Islam seperti Fiqh, Tauhid, pengajian alQuran dan sebagainya. Beliau mengarahkan setiap gabenor wilayah
supaya mengambil berat tentang pengajian ini. Beliau menjadikan masjid
sebagai pusat memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu
pengetahuan. Para ulama pula adalah sebagai pengembang dan
penyebar ilmu pengetahuan Islam di wilayah-wilayah Islam.Maka Umar
bin Abdul Aziz telah menghantar ke Maghrib sepuluh orang fuqaha untuk
menerangkan atau mengajar mereka itu dalam perkara-perkara agama.
Beliau pernah mengumpul ahli bijak pandai dalam pelbagai bidang untuk
menterjemahkan buku-buku asing seperti buku dari Greek, Parsi dan
sebagainya kedalam bahasa arab. Tujuan beliau adalah untuk memberi
kefahaman kepada orang-orang Islam terhadap berbagai ilmu
pengetahuan dengan lebih berkesan. Dalam bidang pengajian nahu dan
soraf, baginda menggunakan cara yang baru. Ini disebabkan oleh
banyaknya orang-orang bukan Islam memeluk Islam. Beliau juga tidak
lupa dalam usaha penyusunan semula hadis. Jasa beliau ini amat besar
ertinya kepada kaum muslimin seluruhnya.
Khalifah Umar sangat mengambil berat dalam ilmu keagamaan atau
kerohaniaan dan ilmu keduniaan lebih-lebih lagi ilmu kedoktoran kerana
keperluan orang ramai dalam kehidupan mereka seharian, untuk
menjamin kesihatan badan dan kesejahteraan iman. Pada zaman Umar
lahir seorang doktor yang terkenal bernama Abdul Malik bin Abjar atau
Ibn Bahr al-Kamani. Ramai lagi tokoh-tokoh dalam berbagai bidang yang
lahir pada zaman Khalifah Umar hasil daripada perluasan dan
pengembangan ilmu pengetahuan.

5.0 REFORMASI YANG DILAKUKAN OLEH KHALIFAH UMAR


5.1 Menghilangkan Amalan Nepotisme.
Nepotisme ialah perbuatan dalam pemerintahan yang mementingkan atau
melebihkan sanak saudara atau kawan-kawan sendiri. Beliau tidak segan
menurunkan kaum kerabatnya sendiri sekiranya memang tidak mampu
menegakkan keadilan. Keadilan adalah di antara dasar pemerintahan
yang akan ditugaskan dan diperjuangkan beliau menurunkan kaum
kerabat Bani Umayyah yang tidak bijak memerintah dan berunsurkan tipu
daya.
Al-Masudi meriwayatkan: Umar Abdul Aziz adalah ahli ibadah dan
tawaduk, ia memberhentikan pekerja-pekerja kaum kerabat Bani
Umayyah dan menggantikannya dengan pekerja-pekerja yang lebih
berkemampuan untuk bekerja. Kemudian beliau memberikan nasihatnasihat kepada gabenor-gabenornya. Beliau sangat mencela tindakan
pegawai-pegawainya yang menyeleweng dan tidak berlaku amanah
terhadap rakyatnya. Di antara ucapan beliau ialah: Sesungguhnya kami
menganggap yang lari dari kezaliman para pemimpinnya sebagai
penderhaka, maka ketahuilah bahawa yang lebih patut dianggap
menderhaka ialah pemimpin yang zalim. Ingatlah tidak ada ketaatan
kepada makhluk dalam menderhakai Allah.
Al-Balazuri menerangkan bahawa Muhammad bin Yusuf merupakan
saudara Hajjaj bin Yusuf, pegawainya di Yaman melakukan
penyelewengan merampas tanah-tanah rakyat tanpa hak dan mewajibkan
penduduk Yaman agar membayar kharaj. Ketika Umar memegang
jawatan Khilafah ia memerintahkan gabenornya untuk menghapuskan
kewajipan tersebut dan supaya meringankan beban orang-orang yang
dalam kesempitan.
Al-Madaini meriwayatkan: Umar mengangkat seorang laki-laki daripada
bapa saudaranya atas satu pekerjaan kemudian dihadapkan kepadanya
dua orang laki-laki yang minta dihakimi berkenaan dengan masalah dinar
(kewangan) tetapi beliau tidak memberi keputusan yang bijak antara
keduanya dan mengenakan denda satu dinar, kemudian beliau akan
menyelesaikan masalah antara dua lelaki tersebut, maka Umar mengirim
surat kepadanya:Bahawasanya saya tidak mengangkat kamu supaya
meminta denda dan beliau menggantikannya dengan benda lain.
5.2 Memecat wali-wali yang zalim dan menggantikannya dengan yang
lebih baik.
""
Maksudnya:
Sesungguhnya mengenakan hudud disisiku adalah sama hukumnya

dengan mendirikan solat dan menunaikan zakat.


Dasar baru ini tidak membabitkan penyerahan kuasa-kuasa untuk
pemerintahan pusat. Pada hakikatnya Umar bin Abdul Aziz telah menyelia
segala tindakan yang dibuat oleh wali-walinya dengan cara yang tidak
pernah dilakukan sebelumnya. Berbeza dengan tiga leluhur yang
sebelumnya, beliau tidak lagi memerlukan wali-wali yang kuat seperti
Hajjaj bin Yusuf dan Yazid. Sebaliknya beliau meminta wali-walinya
supaya melaksanakan arahannya.
Dalam suasana begini perdagangan politik wali secara individu tidak
penting berbanding dengan pemusatan kuasa pemerintahan Sulaiman.
Umar bin Abdul Aziz memerlukan kelayakan dan ketaatan secara zahir
dan beliau bersedia melantik sesiapa daripada pengikut-pengikut Hajjaj
sekiranya ia mempunyai sifat-sifat itu.
Pada pemerintahan Umar bin Abdul Aziz, ianya berjalan terus dan
memerhatikan setiap kemungkaran dan tabiat para wali yang menindas
rakyat dengan kezaliman iaitu dengan mengganti mereka yang ternyata
kezaliman dan digantikan tempatnya oleh para wali yang baik akhlak dan
budi pekertinya.
Umar bin Abdul Aziz segera memecat gabenor-gabenor yang zalim dan
amil-amil yang kejam. Dipecatnya Usamah bin Zaid, yang sebelum ini
menjawat sebagai pegawai zakat di Mesir. Usamah adalah seorang yang
zalim dan banyak tindakannya yang melampaui batas. Umar bin Abdul
Aziz juga telah memecat Yazid bin Abu Muslim yang sebelum ini menjadi
gabenor di Afrika Utara dan Salih bin Abdurrahman gabenor Iraq serta
Hur bin Abdul Rahman al-Saqafi gabenor Andalus.
Tindakan selanjutnya ialah memecat Yazid bin Muhallab, wali Sulaiman di
wilayah Timur dan seterusnya membahagikan kawasan yang besar itu
kepada tiga bahagian iaitu Kufah, Basrah dan Khurasan. Dengan cara ini
ia dapat dikuasai dan dikawal dengan sepenuhnya. Umar bin Abdul Aziz
memandanganya sebagai gabenor diktator dan mengarahkan supaya
mengembalikan harta rampasan perang dari Jurjan kemudian digantikan
kedudukannya oleh Abdul Rahman bin Naimal Ghiffari. Kemudian
dimasukkan penjara namun dapat melarikan diri ketika Umar sakit tenat.
Demikianlah pendiriannya dalam menegakkan keadilan kepada seluruh
rakyatnya dengan menjalankan hukum-hukum yang hak termasuk
memecat gabenor-gabenor yang tidak berkelayakan adalah sama seperti
mendirikan solat dan membayar zakat. Jika beliau tidak tunaikan amanat
itu, beliau akan menanggung dosa di hadapan Allah kelak.
5.3 Mengembalikan harta yang tidak sah ke dalam Baitulmal.

Khalifah Umar bin Abd Aziz pernah berkata yang bermaksudnya:


Bahawasanya saya tidak menuduh agamamu dan tidak juga amanahmu,
tetapi saya mencurigai kelalaianmu dan pemborosanmu, sesungguhnya
saya akan menjadi hujah kaum Muslimin dalam harta mereka, kemudian
ia memerintahkan mengganti harta baitulmal yang hilang kemudian
dikembalikannya semula dan ia menghibahkan dari harta
persendiriannya.
Sifat amanah yang tinggi mendorong Umar bin Aziz untuk berlaku adil
terhadap semua pihak baik terhadap dirinya, keluarganya mahupun
kerabatnya yang dekat sekalipun. Bagi beliau, tidak ada sedikit pun
perasaan takut untuk dikecam, ditentang atau dimusuhi sekalipun.
Cintanya pada Allah dan Rasul mengatasi cintanya kepada kaum
kerabatnya yang dinilai telah membolot harta kerajaan tanpa kebenaran.
Sementara di sana ditemukan ramai rakyatnya yang hidup kekurangan
dan tertindas hak-haknya.
Pertama kali yang ditunjukkan kepada masyarakat tentang perubahan
radikal yang dicontohkan ialah sebaik sahaja beliau diangkat menjadi
khalifah beliau menolak kuda-kuda hias yang segak dan belum pernah
digunakan, sememangnya kenderaan itu dikhaskan bagi khalifah-khalifah
yang baru, beliau memilih keldainya dan menyuruh kuda-kuda tersebut
dimasukkan ke dalam Baitulmal, beliau tidak mahu tinggal di istana
sebaliknya tinggal dirumahnya yang usang. Begitu juga semua tendatenda permaidani-permaidani dan tempat-tempat alas kaki yang biasanya
disediakan untuk khalifah-khalifah yang baru semuanya itu dijualnya dan
wangnya dimasukkan ke dalam Baitulmal.
5.4 Mengubah Strategi Dakwah
Beliau mengubah cara berdakwah dari kekerasan peperangan kepada
dakwah secara berhikmah. Beliau menyebarkan agama Islam
sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan menempuh
cara damai dalam berdakwah tersebut yang mana hal itu tidak dilakukan
oleh khalifah-khalifah sebelumnya, dakwah itu sangat berkesan
menyebabkan ramai orang-orang yang memeluk Islam dan mengirim 10
ahli fiqh untuk mengajar mereka asas-asas agama dan pengajaranpengajarannya kepada negeri-negeri yang baru menerima Islam. Beliau
juga mengirim surat kepada Leo III raja Rom dan raja Sind mengajaknya
memeluk Islam. Setelah mereka tahu sirahnya, maka mereka masuk
Islam di antaranya ialah raja Hisbah bin Zahir. Kemudian Umar bin Abdul
Aziz mengangkat Umar bin Muslim saudara Qutaibah bin Muslim di
sempadan sebagai walinya.
Umar Abdul Aziz memang menjauhi penyebaran Islam dengan dakwah
yang lemah lembut secara menyeluruh. Bahkan semua tentera ynag

melawan negara jirannya seperti Konstantinopal dan Asia Tengah. Umar


Abdul Aziz mengarahkan al-Jarrah supaya menyeru penduduk tempatan
memeluk agama Islam dan mengatakan sesiapa sahaja yang memeluk
agama Islam akan dikecualikan daripada membayar jizyah, nama mereka
disenaraikan dalam diwan dan akan dilayan seperti orang-orang Islam
yang lain.
Menurut Madaini, Umar bin Abdul Aziz mengambil langkah ini apabila ia
menerima aduan bahawa seramai 20 ribu orang kaum mawali yang
menyertai beberapa kempen tidak menerima ata, dan mereka yang
memeluk Islam masih juga dikenakan jizyah. Kemudian beliau
menghapuskan jizyah tersebut dari para mualaf. Umar juga sangat
bijaksana dalam penarikan ufti (kharaj) sebagai contohnya beliau telah
mengeluarkan arahan kepada Uqba bin Zura al-TaI supaya memungut
ufti tanpa penganianyaan dan jika terdapat kelebihan yang diperlukan
selepas pembahagian gaji, akan dibahagikan kepada kaum yang
memerlukannya di Khurasan. Jika sekiranya jumlah kharaj yang
diperlukan tidak mencukupi, maka Umar bin Abdul Aziz akan menghantar
wang ke khurasan bagi menampung kekurangan wang itu.
5.5. Menghidupkan Amalan Syura (mesyuarat).
Syura adalah salah satu sistem dalam perlembagaan Islam yang unggul
mengalahkan sistem apa pun dalam bentuk pemerintahan didunia ini.
Umar bin Abdul Aziz menyakini bahawa syura adalah satu kemestian yang
mesti ditegakkan dalam kerajaannya. Dengannya pemerintahan akan
tegak, kebenaran akan terangkat dan keadilan menjadi kuat dan dapat
dirasakan oleh seluruh lapisan masyarakat.
Umar Abdul Aziz mengangkat maruah rakyatnya supaya berani
menegakkan kebenaran dan keadilan. Ia menulis surat kepada rakyatnya
dipelbagai daerah:pegawai mana sahaja yang menjauhi kebenaran dan
tidak beramal dengan al-Quran dan al-Sunah, tidak perlu kalian
mentaatinya dan urusannya saya serahkan kepada kalian sampai
kebenaran dikembalikan dan iapun tercela. Di antara salah satu suratnya
kepada gabenor yang berbunyi: telah banyak orang yang mengeluh
tentang dirimu dan sedikit yang memujimu, maka jika engkau tidak mahu
berbuat adil aku akan memecatmu. Pendapat rakyatnya yang bernas dan
tepat sangat dihormati, beliau tidak mahu menyusahkan rakyatnya
sebaliknya beliau tidak teragak-agak memecat gabenornya jika mengikut
pendapat mereka melakukan penyelewengan dari panduan-panduannya.
Demikianlah ia menjadikan kekuasaan rakyat di dalam kerajaannya.
Penghormatan Umar bin Abdul Aziz terhadap kebenaran sangat tinggi,
beliau memuliakan kepada sesiapa sahaja yang dapat menyampaikan
kebenaran tersebut tanpa megambil kira siapa sahaja orangnya. Dalam
Muruj al-Zahab disebutkan seorang budak yang mewakili delegasi sebuah

rombongan mereka. Pada suatu hari datang utusan dari Hijaz dan di
antara mereka tampil seorang budak kecil untuk berbicara atas nama
mereka dan mengemukakan masalah mereka.
Maka Umar Abdul Aziz menyanggahnya dan berkata kepadanya: Wahai
budak, biarkan orang yang lebih tua darimu berbicara. Kemudian budak
itu menjawab: Maksudnya: Wahai Amirul Mukminin, manusia itu diukur
dengan kedua miliknya yang kecil iaitu hati dan lidah, jika Allah telah
mengkurniakan kepada seorang hamba lisan yang petah dan hati yang
terjaga maka sebenarnya ia telah dielokkan dengan perhiasan. Wahai
Amirul Mukminin, sekiranya pengutamaan seseorang itu kerana umurnya
maka dalam umat ini masih banyak lagi yang lebih tua daripada kamu.
Syura tidak akan tegak berdiri tanpa adanya penghormatan kepada
pendapat-pendapat yang datang daripada pihak lain walaupun budak kecil
sekalipun. Syura benar-benar hidup dizamannya menggantikan sistem
pemaksaan yang bersifat diktator oleh khalifah-khalifah sebelumnya.
Rakyatnya tidak takut untuk mengemukakan pendapatnya jika benar
ataupun menyanggah keputusan-keputusannya jika tidak sesuai dengan
al-Quran mahupun al-Hadis.
6.0 KESIMPULAN
Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah
menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu
semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat
supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau
perjuangkan adalah menyamai keadilan di zaman datuknya, Khalifah
Umar Al-Khatab yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang
selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya. Beliau
akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah memerintah
selama 2 tahun 5 bulan
Dalam tempoh tersebut, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada
pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat
mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan
Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu
menerima zakat kerana kebanyakannya sudah kaya ataupun sekurangkurangnya boleh berdikari sendiri.
Semua ini adalah jasa Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang sangat masyhur,
adil dan warak yang wajar menjadi contoh kepada pemerintahan zaman
moden ini. Hanya dalam tempoh 2 tahun 5 bulan sahaja dapat mengubah
sistem pemerintahan ke arah pemerintahan yang diredahi Allah dan
menjadi contoh sepanjang zaman.
7.0 RUJUKAN

Ensiklopedia Dunia. Jilid 22. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
2005.
Muqaddam bin Haji Cholil.2000. Reformasi Umar bin Abdul Aziz Terhadap
Khilafah Umayyah.
Wan Said bin Wan Saleh.1980/1981. Umar bin Abdul Aziz. Suatu Kajian
Khusus Mengenai Polisi Pemerintahan.

Anda mungkin juga menyukai