Anda di halaman 1dari 19

PENGENALAN

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Hanya kepadanya kita meminta
pertolongan dan kita mengharapkan perlindungan serta keampunan. Selawat dan
salam ke atas junjungan Nabi Muhamad saw dan keredhaan ahli keluarga serta
sahabat baginda.
Jika kita menelusuri sejarah-sejarah kejayaan umat islam terdahulu, semuanya
bermula daripada kepimpinan pemimpin pada zaman itu.
Kita sudah sedia maklum bagaimana zaman kegemilangan umat islam pada
zaman Khulafa AL-RASYIDIN, bani umaiyah, bani abbasiyah dan utmaniyah. Corak
pemerintahan yang berasaskan al quran dan sunnah yang telah memartabatkan islam
di mata dunia.
Setelah kewafatan Saidina Ali Bin Abi Talib, tampuk kepimpinan telah diambil
oleh Muawiyah Bin Abu Sufyan. Muawiyah terpilih sebagai khalifah bukanlah atas
pilihan ramai atau melalui demokrasi Islam, tetapi adalah dengan cara muslihatnya
sendiri. Beliau berjaya menjadi khalifah bagi kerajaan Bani Umaiyah dan pengasas
daulah tersebut.
1

Tetapi zaman kegemilangan yang ingin difokuskan dalam tugasan ini adalah
zaman kegemilangan daulah umaiyah. Nama daulah Umaiyah itu berasal daripada
nama Umaiyah Bin Abdul Syams Bin Abdul Manaf iaitu salah seorang pemimpin
kabilah quraisy. Beliau sering bersaing dengan Hasyim Bin Abdul Manaf untuk merebut
kepimpinan dan kehormatan dalam bangsanya
2

Di sini kami mengecilkan lagi skop kegemilangan pemerintahan pemimpin dalam
zaman ini. Bukan muawiyah bin abu sufyan, bukan abdul malik, tetapi umar bin abdul
aziz.



1
1
2
2 Daulah Umaiyah, prof dr ahmad shalaby hlm 11

Sebelum kita lebih mengenali corak pemerintahan umar bin abdul aziz, moleknya
kita kenal akan susur galur pemerintahan kahlifah bani umaiyah.
2



Melalui jadual di atas dapat kita simpulkan bahawa sistem khalifah zaman bani
umaiyah menjalankan monarki tetapi tidak sepenuhnya. Seperti apa yang kita dapat
lihat bagaimana berlaku perwarisan kuasa setelah muawiyah meninggal dunia. Kuasa
pemerintahan diserahkan kepada anaknya Yazid.
Baru satu abad telah berlalu, namun keadaan umat Islam jauh sekali berbeza
berbanding dengan zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya dahulu. Bibit-bibit
jahiliyah yang dihapuskan Rasulullah s.a.w. telah mula berputik kembali. Sifat suka
mementingkan kabilah, semangat berpuak dan mengutama saudara sendiri menjadi
ciri-ciri baru kerajaan Islam pada masa itu. Kerajaan tidak lagi dinilai dengan neraca al-
Quran dan as-Sunnah, tetapi diukur atas keperluan semasa dan kepentingan negara.
Pemimpin-pemimpin Islam sudah pandai bermewah-mewah, melakukan penindasan
dan bermegah diri. Sehinggakan Baitul Mal, jadikan sebagai harta peribadi mereka.
3

Masyarakat Islam pula semakin kaya dan leka, mereka semakin meninggalkan
penghayatan ilmu dan nilai-nilai Islam. Kekuatan hawa nafsu dan bisikan syaitan telah
mencampak mereka ke lembah kealpaan. Kasih sayang tuhan mengatasi segala-
galanya. Dia tidak ingin melihat umat Islam tergelincir ke dalam kegelapan. Dalam
cahaya suram yang kelam, terpancarlah sinar yang membawa seribu harapan. Khalifah
Umar Abdul Aziz menyelamatkan Islam dan umatnya dengan mengembalikan Islam
seolah-olah ke zaman permulaannya.
3




















3
2 daulah umaiyah, pfor dr ahmad shalaby, hlm 15

RIWAYAT UMAR BIN ABDUL AZIZ
BIODATA
Kini kita menghadapi lembaran sejarah yang gemilang di bawah kepimpinan
khalifah yang zuhud iaitu Umar bin Abdul aziz. Kepimpinan yang menyambung semula
corak pemerintahan Khulafa al-rasyidin. Walaupun tempoh pemerintahan beliau begitu
singkat, akan tetapi ia merupakan suatu masa yang berdiri sendiri,mengandungi
falsafah islam yang murni serta tidak terpengaryh kepada pemerintahan bani umaiyah
yang lain.
Sebelum kita mendalami serta meneliti corak pemerintahan umar bin abdul
aziz, lebih elok kita mengenali dirinya terlebih dahulu.
Nama sebenarnya Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam.
Beliau dilahirkan di kota Hulwan, tidak jauh daripada kota Kairo, ketika itu ayahnya
gabenor di Mesir.
4
Tetapi Ibnu Abdulil Hakam meriwayatkan bahawa umar bin abdul
aziz dilahirkan di madinah.
5
Ibunya merupakan cucu umar al khattab yang merupakan
anak kepada Asim bin umar al khattabin Pada mukanya terdapat parut setelah beliau
ditendang oleh seekor kuda sewaktu kecil.
6

Imam Tarmizi meriwayatkan dalam sebuah hadis bahwa khalifah Umar Al-
Khattab berkata : "Dari kalangan zuriatku akan ada seorang lelaki ;berparut di
wajahnya. Dia akan memenuhi dunia dengan keadilan." Ternyata isyarat in terjadi
kepada Sayidina Umar bin Abdul Aziz, sewaktu kecil beliau telah dilukai seekor
binatang tepat di dahinya. Bapanya menyapu darah yang mengalir di kepalanya lantas
berkata, "Kalau engkau lah lelaki berparut di dahi yang diisyaratkan itu, niscaya
engkaulah orang yang bahagia."
7


Kisah ini diriwayatkan oleh Ibnu Asakir. Di zaman pemerintahan Khalifah Al-
Walid beliau dilantik menjadi gubernur Madinah dan pada tahun 99H beliau resmi
menjadi khalifah sesudah wafatnya Khalifah Sulaiman bin Abdul, Malik.




4
Riwayat ringkas Umar bin Abd Aziz, An nawawi
5
sirah umar bin abd aziz
6
the history of islam (volume 2) , Akbar syah najeebabadi hlm 194
7
malaysian association of qatar, umar bin abd aziz,

Tetapi wujud juga parut pada muka cucunya seorang lagi iaitu Belal Bin
Abdullah bin Umar. Jadi tanggapan itu berpaling kepada dia. Setelah Umar Bin Abdul
aziz menjadi khalifah, semua beranggapan bahawa beliau lah yang dimaksudkan oleh
Umar Alkhattabin
8


PENDIDIKAN
Bapa Umar Bin abdul aziz menghantar beliau ke Madinah bagi memenuhi
tuntutan ilmu. Dia mula mengahafal al quran sewaktu masih kecil lagi.
9
Di sana dia
tinggal bersama saudara-saudara ibunya. Dalam suasana yang semerbak itulah ia
mempelajari bimbingan-bimbingan yang sihat dan pelbagai ilmu.
10

Kota Madinah pada masa itu menjadi pusat ilmu pengetahuan dan khazanah
para ulama hadis dan tafsir. Di kota Madinah ini beliau mendapat pendidikan dan
pengajaran serta bimbingan yang sihat. Pendidikan yang diperolehinya sangat
mempengaruhi kehidupan peribadinya di kemudian hari dalam melaksanakan tugas
yang diamanahkan kepadanya. Beliau menghabiskan sebahagian besar hidupnya di
kota Madinah sehingga ayahnya wafat pada tahun 85H/704M.
11
Beliau telah berguru
dengan beberapa tokoh terkemuka seperti Imam Malik bin Anas, Urwah bin Zubair,
Abdullah bin Jaafar, Yusuf bin Abdullah dan sebagainya. Dia juga banyak berguru
dengan Ubaidullah bin Abdullah.
12

Setelah ayahnya meninggal dunia, beliau dipanggil untuk balik semula ke
Damsyik dan berkahwin dengan sepupunya sendiri iaitu, Fatimah binti Abdul Malik dan
beliau dilantik menjadi penyelia susu selama dua tahun
13







8
The history of islam, (volume 2), akbar syah najeebabadi, hlm 195
9
Tarikh al khulafa, imam al suyuti, hlm 280
10
Daulah umaiyah, prof ahmad shalaby hlm 69
11
Ensklopedia islam 2004, (sumbangan Umar Bin Abd Aziz) hlm 144
12
Ibid
8
13
Ensklopedia dunia 2005, hlm 69
KHALIFAH DI MADINAH
Sebelum menjadi khalifah, beliau dikenali sebagai seorang yang soleh, Cuma
kehidupannya agak mewah. Oleh disebabkan itu, dirinya tidak dicela oleh masyarakat
kecuali kehidupannya yang mewah dan cara jalannya yang sombong.
14

Di masa pemerintahan khalifah al walid, umar dilantik menjadi gabenor
madinah pada tahun 87H/705M. Kemudian kuasanya diperluaskan sehingga meliputi
Makkah dan Taif dan seterusnya menjadi pemerintah seluruh Hijaz pada tahun
93H/711M. Ketika itu beliau baru berusia 24 tahun. Penampilannya sebagai gabenor
sangat berbeza daripada para gabenor yang lain kerana beliau sangat adil dalam
memerintah. Lantaran itu, beliau dicatat sebagai gabenor yang berprestasi dan
bereputasi baik. Di sini beliau telah menunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin Islam sejati.
Sehingga Anas ibn Malik berkata: Aku tidak pernah menjumpai Imam selepas
Rasulullah s.a.w. yang menyerupai sembahyangnya seperti Rasulullah s.a.w. kecuali
pemuda ini, Umar Abdul Aziz iaitu gabenor Madinah
Tetapi Umar Bin abdul aziz seperti yang disebutkan oleh Ibnu abdil hakam,
beliau amat gemar memakai wangi-wangian. Rambutnya dipanjangkan. kainnya
diturunkan. Jika berjalan diperindah jalannya.
15

Umar pernah dipecat oleh Khalifah al walid daripada jawatan gabenor kerana
terjadi perselisihan antara Umar dan Hajjaj. Umar bin Abdul aziz menolak tindakan al
walid memecat sulaiman bin abdul malik dari keputeraan mahkotanya dan mengangkat
putera al walid sendiri.
Sehinggakan pernah dicatat beliau dimasukkan oleh al walid ke dalam penjara
tanpa makan dan minum dengan harapan agar beliau mati. Tetapi setelah mencuba
mendapat keampunan beliau dilepaskan atas cadangan seseorang. Sulaiman abdul
malik terharu mendengar pengorbanan beliau.
16
Akhirnya setelah Sulaiman mewarisi,
beliau diberi kepercayaan lagi dengan menjawat sebagai al-Katib (setiausaha).
17





14
Tarikh al-khulafa, imam al suyuti, hlmn 280
15
Daulah Umaiyah, prof dr ahmad shalaby, hlm 70
16
The history of islam, (volume 2), akbar syah najeebabadi hlm 196
17
Ensklopedia dunia 2005, hlm 69

KHALIFAH BANI UMAIYAH KELAPAN
Walaupun menjadi orang paling dipercayai oleh sulaiman bin abdul malik,
Umar tidak pernah bercita-cita untuk menduduki jawatan khalifah.
Ketika khalifah Sulaiman menderita sakit, dia meminta pertimbangan daripada
wazir (Perdana Menteri) Raja bin Haiwah, tentang siapa yang layak menjadi khalifah
untuk menggantikannya, kerana putera mahkota, Ayyub, meninggal. Pada waktu itu,
Raja mengemukakan bahawa Umar bin Abdul Aziz adalah calon yang tepat untuk
jawatan itu kerana beliau seorang lelaki yang soleh untuk dijadikan khalifah umat Islam
dan bersesuaian dengan pelantikan khalifah secara warisan. Pada mulanya keluarga
Abdul Malik atau penyokong-penyokong Yazid dan Hisham cuba menentang
perlantikan Umar tetapi akhirnya mereka bersetuju setelah menerima amaran keras
daripada Raja bin Haiwah.
18

Namun begitu, Umar dalam satu perbincangan dengan Raja tentang sakitnya
khalifah dan penggantinya, mengatakan kepada Raja, Dengan bersaksi Tuhan saya
meminta kepadamu, seandainya khalifah menyebut-nyebut nama saya untuk jawatan
itu, hendaklah engkau menghalanginya, dan kalau dia tidak menyebut-nyebut nama
saya, janganlah engkau mengingatkan kepadanya. Namun, rupa-rupanya sebelum
khalifah Sulaiman wafat, dia bersama wazirnya itu telah membuat keputusan, bahawa
Umar diangkat menjadi khalifah pengganti dan Yazid bin Abdul Malik ditunjuk pula
sebagai calon khalifah sesudah Umar. Pada 99H/717M, Umar dibaiat dan dilantik
sebagai khalifah Bani Umayyah yang ke-8 menggantikan Sulaiman bin Abdul Malik
yang meninggal dunia di Dabiq.
19

Lalu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai untuk mendirikan
sembahyang. Selepas itu orang ramai mula berpusu-pusu pergi ke masjid. Apabila
mereka semua telah berkumpul, beliau bangun menyampaikan ucapan. Lantas beliau
mengucapkan puji-pujian kepada Allah dan berselawat kepada Nabi s.a.w kemudian
beliau berkata: "Wahai sekalian umat manusia! Aku telah diuji untuk memegang tugas
ini tanpa meminta pandangan daripada aku terlebih dahulu dan bukan juga permintaan
daripada aku serta tidak dibincangkan bersama dengan umat Islam. Sekarang aku
membatalkan baiah yang kamu berikan kepada aku dan pilihlah seorang Khalifah yang
kamu reda. Tiba-tiba orang ramai serentak berkata: Kami telah memilih kamu wahai
Amirul Mukminin dan kami juga reda kepada kamu. Oleh yang demikian perintahlah

18
Ensklopedia islam, 1998, hlm 99
19
Daulah Umaiyah, Prof dr ahmad shalaby, hlm 71
kami dengan kebaikan dan keberkatan.
20
Lalu beliau berpesan kepada orang ramai
supaya bertakwa, zuhud kepada kekayaan dunia dan mendorong mereka supaya
cintakan akhirat kemudian beliau berkata pula kepada mereka: "Wahai sekalian umat
manusia! Sesiapa yang taat kepada Allah, dia wajib ditaati dan sesiapa yang tidak taat
kepada Allah, dia tidak wajib ditaati oleh sesiapapun. Wahai sekalian umat manusia!
Taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah di dalam memimpin kamu dan
sekiranya aku tidak taat kepada Allah, janganlah sesiapa mentaati aku".
21
Setelah itu
beliau turun dari mimbar.
Pelantikan beliau menjadi khalifah merupakan satu garis pemisah antara
kehidupannya yang lama dan hidupnya yang baru.
22
Maka bermulalah satu kehidupan
yang baru penuh dengan liku-liku kehidupan perjuangan seorang khalifah yang
memimpin umat Muhamad.
















20
Daulah umaiyah prof dr ahamd shalaby hlm 71
21
The history of islam, prof ahmad shalaby, hlm 197
22
Daulah umaiyah, prof dr ahmad shalaby, hlm 73
DASAR PEMERINTAHAN UMAR BIN ABDUL AZIZ
4`4 }g`uNC -+O4- *.)
) -4 4pO7)O;G` ^g
106. Dan (orang-orang Yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan
mereka mempersekutukanNya juga Dengan Yang lain.

Ayat al quran inilah yang membakar dirinya untuk tidak menyekutukan Allah
serta tidak takut kepada makhluk lain. Maka dengan lahirnya keazaman dalam diri yang
teguh melahirkan pemimpin yang adil dan membenarkan apa yang menjadi hak
rakyat.
23

Perkara yang pertama sekali dilakukan beliau adalah sewaktu selesainya
menguburkan khalifah Sulaiman bin Abdul Malik. Beliau telah disambut pulang dengan
kenderaan khalifah yang lengkap dengan haiwan seperti kuda dan bigal. Beliau telah
mengarahkan agar dijual segala haiwan-haiwan itu dan wangnya disimpan ke baitulmal.
Begitu juga dengan permaidani bagi menyambut khalifah turut dijual. Semuanya
disimpan ke baitulmal.
24

Segala kenikmatan hidup di dunia beliau hindari. Beliau mengembalikan
semula tanah-tanah yang pernah dihadiahkan kepadanya. Segala harta dan tanah
diwarisinya kerana yakin itu bukanlah harta yang baik dan halal.
25

Kemudian umar pernah bertanya kepada isterinya itu. Isterinya merupakan
cucu kepada khalifah yang kaya. Oleh disebabkan itu, banyak barang-barang perhiasan
dan perabot-perabot mahal harganya. Jadi umar berkata padanya, dinda tahu
keadaan permata-permata dari keturunanmu. Kini dinda kena memilih antara dua hal
iaitu, memilih aku serta melepaskan semua harta benda ini atau memilih harta benda ini
dan aku melepaskan engkau? Akhirnya Fatimah memilih umar.
26

Dapat kita lihat bagaimana sifat Umar yang takut akan benda yang menjadi
hak rakyat. Begitu amanah beliau serta mengambil berat akan kebajikan rakyat
jelatanya sehinggakan melepaskan semua kekayaannya semata-mata untuk rakyat
yang dipimpinnya.


23
44 teladan nabi Muhamad saw, Henry Mohammad hlm 17
24
Daulah umaiyah prof ahmad shalaby hlm 73
25
Ibnu abdil hakam, hlm 45
26
Hiburan orang mukmin, salim basyaril hlm 86
CORAK KEPIMPINAN
Sistem kekhalifahan Bani Umaiyah mengikuti budaya para raja (monarki)
dimana sistem itu bertentangan dengan sunnah Khulafa AL- Rasyidin yang
mengamalkan sistem Syura. Karena itulah Khalifah Umar bin Abdul Aziz
mengembalikan sistem pemerintahan yang dijalankan oleh Khulafa Rasyidin.
Pada hari pelantikannya Sayidina Umar bin Abdul Aziz naik ke atas mimbar
masjid Umawi di Damsyik lalu mengistiharkan peletakan jabatannya dan tidak akan
memerintah melainkan jika dilantik secara syura. Ketika beliau turun dari mimbar, orang
banyak membaiahnya dan melantiknya sekali lagi menjadi khalifah berdasarkan sistem
syura.
Beliau begitu menitikberatkan sistem pemerintahan islam yang terdahulu pada
zaman khulafa AL-RASYIDIN. Sehinggakan beliau pernah diberi gelaran khalifah yang
kelima kerana menjalankan dasar-dasar islam yang dilaksanakan pada zaman khulafa
AL-RASYIDIN.
Perbezaan beliau dengan khulafa AL-RASYIDIN yang sebelumnya tidak
begitu jauh. Daripada segi wara, zuhud, alim beliau memang menghampiri keempat-
empat khalifah tersebut.
Ada sebuah kisah yang dituturkan oleh isterinya sendiri, apabila melihat umar
menangis di atas sajadah. Fatimah bertanya mengapakah beliau menangis. Beliau
menjawab, Aku telah diamanahkan untuk mengurus umat ini. Jadi aku sering
memikirkan mereka yang lapar kemiskinan, mereka yang sakit lagi terlantar, mereka
yang teraniaya lagi terjajah, mereka yang banyak anak tetapi sedikit rezeki, diseluruh
pelosok bumi. Aku yakin pada hari pembalasan kelak aku akan ditanyakan oleh Allah
swt atas segala apa yang dipertanggungjawabkan kepadaku ini. Itu kerana aku
menangis kerana bimbang tidak mampu melaksanakan tanggungjawab ini dan kerana
itulah aku menangis.
27

Inilah contoh pemimpin yang kita dambakan yang menangisi tanggungjawab
yang diberi dan berusaha melaksanakan yang terbaik bagi kesejahteraan umatnya.





27
44 teladan kepimpinan muhamad saw, henry Mohamad hlm 18.
ADIL
Beliau menegakkan keadilan di dalam pemerintahannya. Penguasa-penguasa
yang zalim dipecat dan digantikan dengan orang yang lebih layak untuk memperbaiki
keadaan masyarakat. Beliau memecat usamah bin zaid aL tanukhi yang menjawat
sebagai amil zakat di mesir. Umar juga memecat Yazid bin abu muslim,, gabenor di
afrika utara, salih bin abdul rahman, gabenor Iraq, dan al haris bin abdul rahman as
saqafi, gabenor Andalusia.
28
Yahya Al-Ghassani menceritakan : Seorang gubernur
menulis surat kepada beliau :
Wahai amirul mukminin, negeri kami ini telah rusak, alangkah baiknya jika tuan
memberi jalan untuk memulihkan negeri kami. Khalifah Umar menjawab surat itu
dengan berkata, Apabila engkau membaca suratku ini hendaklah engkau memagari
negerimu dengan keadilan dan bersihkanlah jalan-jalannya dari kezaliman.
Sesungguhnya itulah pemulihannya, wassalam.......
Selain itu, beliau berbincang dengan wazirnya perkara berkaitan dengan tanah
yang dirampas secara tidak sah walaupun secara zahirnya nampak sah. Beliau dan
Muzahim, wazirnya mengumpulkan arsip-arsip tentang tanah yang telah dikuasai oleh
amir-amir khalifah terdahulu. Setelah selesai menyiasat dan mengkaji, beliau
memanggil rakyat untuk berjemaah di masjid. Kemudian ia berpidato, bahawasanya
khalifah-khalifah terdahulu telah memberikan hadiah yang seseungguhnya mereka tidak
berhak menghadiahkan dan tidak patut diterima. Dan aku telah mengembalikan semua
hak kepada empunya dan dikembalikan kepada Baitulmal andainya tiada pemiliknya.
29


Sikap adil beliau kepada semua rakyat tidak kira bangsa, agama atau keturunan
yang ditunjukkan oleh khalifah umar menyebabkan ramai penganut-penganut agama
lain menghormati beliau. Malah dalam kalangan bukan arab, khususnya bangsa parsi
dan barbar telah memeluk islam.
30








28
Ibnu abdil hakam, ms 34-35
29
Daulah Umaiyah, Prof ahmad shalaby, hlm 76
30
Tamadun islam, mahayudin hj yahaya hlm 155
AMANAH
Khalifah Umar bin Abdul Aziz merupakan seorang pemimpin yang terkenal
dengan sifat amanah dan adil. Banyak peristiwa yang memaparkan sifat amanah dan
keadilannya. Di antaranya ialah cerita berikut:
Pada suatu hari, semasa Khalifah Umar bin Abdul Aziz sedang mEngira buah
epal yang hendak dibahagikan kepada kaum muslimin, anaknya yang masih kecil
sedang bermain-main berhampiran dengannya. Tiba2 anaknya mengambil sebiji buah
epal daripada bakul, kemudian dia menggigit buah epal yang rangup itu. Khalifah Umar
bin Abdul Aziz terpandang perbuatan anaknya itu. Dengan segera dia menghampiri
anaknya dan dia mengeluarkan buah epal itu dari mulutnya anaknya. Sebab buah epal
itu adalah hak kaum muslimin.
Ketegasan Khalifah Umar bin Abdul Aziz itu menyebabkan anaknya menangis.
Dia berlari pulang mengadu kepada ibunya. Ibunya, Fatimah memahami tindakan
suaminya yang ingin menjaga amanah kaum muslimin. Tetapi, sebagai seorang ibu,
beliau juga memahami perasaan dan keinginan anaknya. Fatimah memujuk anaknya
dengan membeli sebuah epal di pasar. Ketika Khalifah Umar bin Abdul Aziz pulang ke
rumah, beliau ternampak anaknya sedang memakan buah epal. bEliau lalu bertanya
kepada Fatimah, Wahai Fatimah, dari manakah adinda peroleh buah epal itu? Adakah
ia milik kaum muslimin? Tidak kekanda. Buah epal itu adinda beli di pasar untuk
mendiamkan anak kita yang menangis tadi. Mendengar jawapan itu, legalah hati
Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Beliau mendukung anaknya sambil berkata kepada
isterinya, Ketika kanda menarik buah epal itu dari mulut anak kita, kanda merasakan
seolah-olah kanda menarik jantung kanda sendiri. Sungguh sakit kanda rasa, tetapi
kanda tidak sanggup mendapat dosa kerana sebiji buah epal yang bukan hak kita.
31

Sungguh kuat sifat amanah beliau. Semoga Allah mengurniakan kita dengan
sifat yang mulia ini.
Selain itu terdapat juga kisah berikutnya menceritakan sifat amanah beliau. Pada
suatu malam tatkala baginda sedang tekun bekerja di bilik istananya, tiba-tiba seorang
putranya masuk untuk membincangkan sesuatu hal. Baginda bertanya. urusan
kerajaankah? Atau urusan keluarga yang hendak kamu bincangkan? Jawab
anakandanya, urusan keluarga, ayahanda.
Tiba-tiba baginda memadamkan lampu yang terletak di mejanya yang digunakan
untuk menerangi bilik kerjanya itu. Putranya merasa hairan melihat sikap ayahnya itu
seraya bertanya: "Kenapa ayah padamkan lampu itu?"

31
Portal jabatan hal ehwal agama Terengganu, Pemimpin yang Adil
http://www.smant.edu.my/v3/index.php?topic=2195.0
Maka jawab ayahnya: "Benar kata kau wahai anakku, tetapi kau harus ingat
lampu yang sedang ayah gunakan untuk bekerja ini kepunyaan kerajaan. Minyak yang
digunakan itu dibeli dengan menggunakan wang kerajaan, sedang perkara yang
hendak anakanda perbincangkan dengan ayahanda adalah perkara keluarga." Lantas
baginda meminta pembantunya membawa lampu dari bilik dalam. Kemudian baginda
pun berkata kepada putranya: "Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah
kepunyaan keluarga kita, minyak pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila
kemukakan apa masalah yang anakanda perbincangkan dengan ayahanda."
32

Demikianlah besarnya sifat amanah dari seorang pemimpin berkalibar selaku
seorang raja yang berjiwa besar.

















32
Islam 2 u, Kisah tauladan Umar bin abd aziz,
http://www.islam2u.net/index.php?option=com_content&view=article&id=352:umar-bin-abdul-aziz-pemerintah-
yang-amanah&catid=10:kisah-dan-tauladan&Itemid=18
BERPANDANGAN JAUH
Kita sedia maklum perubahan yang dilakukan oleh Umar bin abdul aziz dalam
pemerintahannya. Sebaik sahaja dilantik menjadi khalifah beliau mengarahkan supaya
kegiatan peperangan dan penaklukan dihentikan. Ia amat bertentangan dengan dasar
khalifah bani umaiyah terdahulu. Ia bertujuan untuk mewujudkan keamanan dunia dan
memberi rehat kepada para tentera.
33

Umar berpandangan bahawa agama Islam dapat disebarkan melalui cara yang
lebih kearah keamanan, bukan peperangan berterusan.
Antara langkah yang dilakukan adalah menggalakkan perkahwinan antara orang
arab dan bukan arabin Bertujuan mengurangkan sikap perkauman. Kemudian beliau
menyebarkan agama islam dengan mengeluarkan arahan seperti berikut :
34







Berdasarkan ucapan beliau ini, beliau ingin mewujudkan sebuah masyarakat
baharu yang berlandaskan akidah islam dan bukan berlandaskan bangsa. Kemudian
beliau mewujudkan persamaan hak dan tanggungjawab bagi setiap individu yang
beragama islam sama ada orang arab atau orang bukan arabin Yang ketiga ialah beliau
memansuhkan cukai jizyah yang dikenakan kepada orang bukan arab yang beragama
islam. Walaupun cukai dimansuhkan, tetapi cukai-cukai lain tetap dijalankan bagi setiap
individu.
35







33
Tamadun islam, mahayudin hj yahya, hlm 153
34
Sirah umar ibn abd aziz, hlm 94-95
35
Tamadun islam, mahayudin hj yahya, hlm 154
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihanidi mana atau
sesiapa sahaja yang memeluk islam sama ada kristian atau yahudi atau majusi yang
dikenakan cukai jizyah dan menyertai masyarakat islam di tempat kediaman mereka
dan yang meninggalkan rumah kerana islam akan menikmati semua keistimewaan
yang ada pada umat islam dan memikul tanggungjawab yang diberikan kepada
mereka, dan adalah menjadi tugas dan tanggungjawab mereka berbuat baik
dengannya dan mesti menganggapnya sebahagian daripada mereka.
SANGAT MEMBELA KESEJAHTERAAN RAKYAT
Beliau sangat memperhatikan kesejahteraan rakyatnya sehingga mereka merasa
mencukupi segala keperluannya. Pernah terjadi di zamannya seorang lelaki membawa
harta yang begitu besar jumlahnya kemudian ingin membagikan kepada yang
memerlukan, namun tidak ada seorang pun yang datang untuk mengambil harta itu
karena mereka telah tercukupi keperluannya.

Sebelum menjadi khalifah Umar bin Abdul Aziz adalah orang yang hidup mewah
dari harta yang halal. Namun begitu dilantik menjadi khalifah segala harta bendanya
diserahkan kepada baitul mal, beliau begitu serius menjalankan amanah Allah hingga
tidak ada waktu lagi untuk hal-hal lain. Isterinya meriwayatkan bahwa setiap kali beliau
pulang ke rumah malam hari, beliau akan duduk di tempat sembahyang menangis dan
berdoa hingga tertidur. Apabila beliau terjaga beliau menangis dan berdoa lagi dan
begitulah seterusnya hingga subuh.

BERPEGANG KEPADA AL-QURAN DAN SUNNAH
Dalam menyelesaikan pertelingkahan, beliau menekankan bahawa para
hakim harus berdasarkan al-Quran, sunnah Rasulullah s. a. w. , ijmak, dan ijtihad. Oleh
itu, beliau menetapkan beberapa syarat; memiliki ilmu pengetahuan tentang sejarah;
menjauhi sifat tamak; bersifat penyantun; bekerjasama dengan para cendekiawan; dan
bebas daripada pengaruh penguasa.
36


MENGHAPUS SIKAP MENCELA
Dalam bidang ketenteraan Umar tidak menmberi perhatian untuk
membangunkan angkatan yang kuat dan berlebih-lebihan. Beliau lebih mengutamakan
urusan dalam negeri iaitu meningkatkan taraf hidup rakyat.
37
Langkah lainnya adalah
menghapus kebiasaan mencela nama Ali bin Abi Talib dan keturunannya dalam
khutbah setiap solat Jumaat, suatu kebiasaan yang sudah berjalan sejak Muawiyah bin
Abi Sufyan, pengasas kerajaan Bani Umayyah. Meskipun Muawiyah mengakui Ali itu
orang terhormat, tetapi dorongan nafsu politiknya memaksanya untuk mencela nama
musuhnya itu.
38
Sebagai ganti nya, Umar meletakkan di tempat cacian itu, firman Allah:

36
Ensiklopedia Islam, 2004, hlm 123
37
Ensiklopedia Islam, 2004, hlm 124

38
Tarikh al khulafa, imam al suyuti, hlm 300
Ep) -.- NON`4C ;E^)
^}=O;Oe"-4 ^<.4-C)4 OgO
_.O^- _OeuL4C4 ^}4N
g7.4=E^- @OE:4^-4
+/^4l^-4 _ 7Og4C :^UE
]NO-EO> ^_
90. Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum
kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan Yang keji dan mungkar serta kezaliman. ia
mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.





KEWAFATAN UMAR BIN ABDUL AZIZ
Pada zaman pemerintahan Umar bin abdul aziz, banyak dalam kalangan bani
umaiyah merasakan tekanan pemerintahan umar ini kerana ia telah mengambil balik
harta yang dimiliki mereka yang tidak sedikit jumlahnya yang telah mereka kuasai
sebelum itu.
39

Setelah memerintah selama 2 tahun, umar bin abdul aziz wafat pada tahun
101H dalam usia 39 tahun. Terdapat riwayat mengatakan beliau meninggal dunia
kerana radang paru-paru yang dihidapinya. Riwayat lain juga menerangkan bahawa
seseorang telah mengarahkan pelayan umar meletakkan racun di dalam makanan dan
minumannya.
40

Begitu mudah untuk meracuni Umar bin abdul aziz kerana beliau tiada
pengawal peribadi. Artaah bin munzir pernah menasihatkan beliau agar memakai
pengawal peribadi dan berhati-hati dalam soal makan dan minum. Tetapi Umar
menjawab : Ya Tuhanku jika Engkau tahu bahawa aku takut kepada benda lain selain
daripada hari kiamat, maka janganlah Engkau sesekali ladeni ketakutan aku itu.
41


39
Daulah Umaiyah, prof dr ahmad shalaby, hlm 82
40
Wasiat-wasiat akhir hayat daripada rasulullah , Zuhair Mahmud al- hawari, hlm 83
41
Ibid hlm 82
Sesungguhnya, pemerintahan umar yang begitu singkat memberi impak besar
terhadap kepimpinan Negara islam. Dengan berpegang teguh al quran dan sunnah
serta mewarisi sifat datuknya Umar al khattab, beliau menjadikan zaman bani umaiyah
antara yang paling gemilang dalam pemerintahannya.









RUMUSAN
Kesimpulannya, dapat dilihat bahawa Umar bin Abdul Aziz ialah seorang
yang bersifat sederhana, bijaksana, adil dan jujur, alim dan warak serta tawaduk dan
zuhud. Beliau juga tidak memanfaatkan langkah-langkah yang disumbangkannya untuk
memperkayakan dirinya, malahan beliau mengimbanginya dengan pola hidup yang
sederhana dan keperibadian yang terpuji. Sebagai keluarga bangsawan beliau mungkin
hidup mewah.
Tempoh pemerintahan Umar hanya singkat namun beliau dapat mengubah
sistem pemerintahan kepada pemerintahan yang diredhai Allah dan menjadi contoh
sepanjang zaman
Pemerintahan seperti inilah yang kita ingin dalam menstabilkan politik dunia
masa kini. Seperti yang kita sedia maklum, umat islam masa kini telah berpecah belah.
Keadaan ini menyebabkan musuh islam mengambil kesempatan dalam perkara ini lalu
kita sebagai umat islam yang dahulunya megah dan hebat kini dtindas. Contoh paling
tepat kita tengok dunia palestin kini. Segalanya seperti padang jarak padang tekukur.
Nasib anak-anak yang tidak terbela dan keadaan negara yang tidak menentu.
Sifat amanah umar bin abdul aziz tiada bandingannya. Tetapi sifat amanah
beliau telah banyak dilupakan oleh umat masa kini. Mengikut kajian statistik negara,
Malaysia adalah salah satu negara yang tertinggi dimana rakyatnya terlibat dalam
gejala rasuah terutamanya dikalangan kakitangan kerajaan dan ahli politik. Kita
tengok bagaimana rasuah boleh menghancurkan harapan negara untuk membangun.
Di mana perginya kejujuran? Amanah dalam melaksanakan tugas. Yang tinggal hanya
keuntungan diri sendiri dan kebinasaan bagi orang lain. Oleh itu amat penting bagi
kita mencontohi sifat amanah umar bin abdul aziz bagi membina sebuah tamadun
yang maju serta berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Satu lagi sifat umar bin abdul aziz yang merupakan tunjang kepada semua
sifat yang ada ialah warak. Sifat seperti ini yang ingin kita tanam kepada belia kita
masa kini. Populasi Belia masa kini yang terlibat dalam kancah gejala yang tidak sihat
semakin meningkat. Kes buang bayi yang sering terpampang di dada akhbar. Bagi
tempoh 2008 hingga 2009, sebanyak 181 kes pembuangan bayi dilaporkan manakala 60 kes
direkodkan sejak awal tahun ini hingga 2010
42
.tidak cukup dengan kes buang bayi, kes lumba
haram juga berleluasa. Mengikut akhbar utusan Malaysia, Seorang anggota polis berpangkat
Cif Inspektor maut ketika mengetuai operasi cegah lumba haram
43
. Nyawa yang begitu berharga
amat rendah nilai bagi golongan lumba haram ini. Mereka terlalu leka dengan dunia sehinggakan terlalu
jauh dengan pencipta mereka. Oleh itu, mereka harus menanam sifat warak agar diri mereka lebih
dilindungi daripada perkara-perkara ini.
Kesimpulannya, banyak sifat umar bin abd aziz yang menjadi contoh kepada kitA terutama
yang bakal menggalas tampuk kepimpinan negara. Andai kata tiada sifat tersebut dalam diri kita maka
negara kita di ambang kehancuran dari segi dalaman walaupun tampak di luar bangunan tinggi pencakar
langit megah berdiri.









42
Berita harian, Hukuman mati kes buang bayi, Nazura ngah
43
Utusan Malaysia, inspector maut ketika bertugas, pinvader


.

Anda mungkin juga menyukai