Anda di halaman 1dari 36

KEDUDUKAN NON-MUSLIM

DALAM NEGARA ISLAM:


OLEH:
AHMAD JAILANI HJ SIDEK
Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam
(CITU), UiTM SHAH ALAM,
SELANGOR D.E.

1
1.0 PENDAHULUAN:
Firman Allah bermaksud:

• Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil
terhadap orang-orang yang tidak memerangimu kerana agama
dan tidak (pula) menghalau kamu dari negerimu.
Sesungguhnya Allah hanya menyukai orang-orang yang
berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu
menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi
kamu kerana agama dan menghalau kamu dari negerimu dan
membantu (orang lain) untuk menghalaumu. Dan sesiapa
menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-
orang yang zalim.
( Surah al-Mumtahanah , ayat 8-9)

2
Samb:
• Berdasarkan ayat di atas , jelas sekali seruan
Allah SWT tentang hubungan yang baik antara
orang Islam dan bukan Islam dengan syarat
mereka (non-muslim) itu tidak menghalang
orang-orang Islam daripada melakukan ibadah,
tidak memerangi para pendakwah Islam dan
tidak menganiayaai orang-orang Islam. Hal
demikian, ayat ini menjadikan asas kepada
hubungan orang Islam dan bukan Islam.

3
Samb:
• Islam merupakan agama yang tidak hanya
bersifat spritual tetapi satu agama yang
mempunyai sistem-sistem yang boleh dijadikan
formula dalam menyelesaikan hal-hal berkaitan
dengan politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan
sebagainya.
• Begitulah Islam juga mempunyai panduan hidup
bermasyarakat yang dapat menjamin kehidupan
manusia sekalipun dalam persoalan masyarakat
majmuk
4
Abul Hassan Ali An- Nadwi :

• “ Perbezaan –perbezaan dalam bahasa


dan cara hidup telah membantu
manusia dalam mewujudkan pola-pola
kebudayaan baru dan memperkaya
serta mencantikkan kehidupan”

5
Ustaz Zulkifli Muhammad :
• ” Tolong menolong di antara orang Islam
dengan yang bukan Islam adalah disuruh.
Tetapi seruan Islam kepada orang-orang
yang bukan Islam supaya datang kepada
Islam dan mengikut peraturan-peraturan
Islam sentiasa nyaring. Sekiranya orang-
orang yang bukan Islam itu mahu berkekalan
di atas agamanya maka mereka boleh duduk
dalam masyarakat Islam dengan syarat
bahawa mereka tidak di aniaya dan dihina.
Melakukan penghinaan adalah berlawanan
dengan kehendak Islam”

6
2.0. GOLONGAN NON-MUSLIM DALAM
NEGARA ISLAM:

i. Golongan musuh ( Kafir


”Harbi”)
ii. Golongan Pendamai ( Kafir ”
Zimmi”)

7
Golongan Pendamai ( Kafir ” Zimmi”):

• Mengikut undang-undang Islam definisi istilah


’zimmi’ ialah perjanjian antara ketua negara
Islam dengan rakyatnya yang bukan Islam.
Perjanjian ini memberikan perlindungan kepada
orang bukan Islam serta keharmonian hidup
antara mereka dan rakyat bukan Islam. Orang-
orang bukan Islam itu menerima pemerintahan
Islam dan bersetuju membayar cukai diri (cukai
kepala) sebagai ganti kerana tidak di kerah ke
dalam angkatan tentera kerajaan Islam.
8
Golongan bukan Islam yang merupakan
warganegara yang mendapat perlindungan itu
antaranya ialah:
i. Golongan Yahudi, Kristian dan Zoroaster:
• Bukti ayat al-Quran Surah al-Taubah ayat 29
menjelaskan hal demikian, bagi golongan
Zoroaster atau Majusi iaitu penyembah api .
Hadis Nabi SAW menjelaskan menyebut yang
bermaksud , ” Bagi golongan Majusi, cukai
jizyah adalah serupa seperti yang ditetapkan
bagi orang-orang Yahudi dan Kristian”.

9
ii. Golongan Orang-orang Islam Yang
Keluar Islam (Murtad):
• Golongan ini tidak perlu mengadakan perjanjian
dengan ketua negara Islam. Sebaliknya mereka
wajib kembali kepada Islam atau dihukum
bunuh. Objektif perjanjian itu adalah
menyelamatkan orang bukan Islam dari ditindas
dan melindungi mereka supaya menikmati hidup
aman. Golongan murtad tidak diberikan
perlindungan disebabkan mereka keluar dari
Islam serta melakukan pencerobohan terhadap
agama Islam.
10
iii.Golongan Penyembah Berhala:

• Golongan ini termasuk golongan selain para


pengikut Nabi Isa dan Nabi Musa, orang-orang
Majusi dan orang-orang murtad. Ada tiga
pandangan mengenainya:
a. Mereka tidak perlu mengadakan perjanjian dan
membayar cukai diri seperti pendapat golongan
Shafiah, Hanbaliah dan Zahiriah.
b. Ketua negara Islam boleh mengadakan
perjanjian dengan orang bukan Islam selain
dari golongan penyembah berhala dan bangsa
Arab seperti golongan Hanbaliah.
11
Samb:
c. Semua orang bukan Islam boleh mengadakan perjanjian
dengan ketua negara Islam. Tidak ada perbezaan antara
penyembah berhala atau pun bukan. Sebagai bukti ,
Nabi Muhammad SAW mengambil cukai diri daripada
orang-orang Majusi dan ini bermakna negara Islam
boleh mengambil cukai diri daripada semua orang bukan
Islam. Baginda sendiri pernah menghantar surat kepada
Munzir bin Sawa, pembesar-pembesar negara bukan
Islam, supaya mereka memeluk Islam ataupun
membayar cukai diri. Pendapat ini adalah yang uta

12
iv. Golongan Musta’manun (Orang-
orang yang di beri keamanan ):
• Golongan musta’manun ialah orang yang
datang dari ahli harbi memasuki Darul Islam
untuk masa tertentu yang kurang dari setahun
mengikut aqad keamanan atau dengan hak izin
tinggal yang diberikan kepadanya. Hal
sedemikian adalah untuk tujuan mempelajari
agama, berdagang, melancung atau berziarah.
Jika masa pemukimannya melebihi setahun
maka ia menjadi ahli zimmi dan dikenakan
atasnya kewajipan bayaran harta-benda seperti
ahli zimmi.
13
3.0. HAK-HAK NON-MUSLIM
DALAM NEGARA ISLAM:
• Golongan Non-Muslim (Bukan Islam)
dalam negara Islam yang dikenali dengan
”Ahli Zimmah itu mempunyai hak-hak
tertentu yang perlu ditunaikan oleh pihak
pemerintah berdasarkan kepada prinsip-
prinsip pemerintahan Islam ke atas
golongan ini , terutama berkaitan dengan
keadilan, kebebasaan, persamaan dan
tanggungjawab pemerintah
14
Di antara hak-hak Ahli Zimmah itu ialah:
i. Hak Perlindungan:

a) Perlindungan daripada Serangan


Luar.
b) Perlindungan daripada Penganiyaan
Pihak Dalam.
c) Perlindungan Terhadap Darah dan
Badan.
d) Perlindungan Terhadap Harta benda.
e) Perlindungan Terhadap Maruah.
15
ii. Hak Kebebasan:
a) Kebebasan Peribadi.
b) Kebebasan Tempat Tinggal.
c) Kebebasan Beragama.
d) Kebebasan Memberi Pendapat ,
berkumpul dan Mengajar.
e) Kebebasan Menggunakan kemudahan
Awam.

16
iii.Berhak Mendapat Bantuan:
• Orang bukan Islam dalam negara dan
masyarakat Islam juga berhak mendapat
bantuan jika sekiranya mereka memerlukannya.
Membantu mereka dianggap sebagai rahmat
kerana Islam adalah agama rahmat.
• Rasulullah SAW sendiri pernah menghantar
bantuan ke Mekah ketika musim kemarau di
sana untuk diagihkan kepada penduduk miskin
dan memerlukan. Mereka terdiri dari orang-
orang musrikin dan kafir harbi
17
vi. Hak Kewarnegaraan :
• Kewarnegaraan atau kerakyatan terdiri dari tiga
unsor penting iaitu kewujudan sebuah negara
berdaulat, individu, hubungan undang-undang
dan politik antara individu dan negara.
Kewarnegaraan boleh diperolehi melalui
kewarnegaraan berdasarkan kerakyatan yang
diperolehi sejak individu itu dilahirkan dalam
sebuah negara dan juga melalui permohonan
yang dibuat individu kepada sesebuah negara

18
v. Hak Politik:
• Dari sudut undang-undang, hak politik adalah
hak yang diperolehi oleh individu, sebagai atas
statusnya sebagai anggota dalam sebuah
organisasi politik seperti hak mendapat
kerakyatan, hak menjawat jawatan awam, hak
mengundi dan diundi dan sebagainya. Ia juga
membawa maksud, hak yang melaluinya
individu dapat memberi saham dalam mentadbir
urusan negara, termasuk juga hak kebebasan.

19
iv. Hak Bebas Bekerja atau Mencari
Nafkah:
• Orang bukan Islam dalam negara dan
masyarakat Islam berhak bekerja dan memiliki
pekerjaan yang disukai. Mereka boleh
melibatkan dalam sebarang aktiviti ekonomi
yang boleh mendatangkan pendapatan
sekalipun diharamkan kepada orang Islam,
kecuali aktiviti riba yang ditegah kepada orang
Islam dan bukan Islam. Orang bukan Islam
boleh menjual arak dalam premis mereka dan
tidak diluar.
20
iiv. Hak-hak Khusus:
• Pertama: Hak-hak berkaitan dengan kekeluargaan
seperti nikah kahwin, nafkah, pembubaran perkahwinan
dan lain-lainya.
• Kedua: Hak-hak berkaitan harta seperti pemilikan,
transaksi, penghutang dan pemiutang, menyewa dan
penyewa dan sebagainya antara orang Islam dan bukan
Islam. Segala transaksi berlaku selain riba, semua
transaksi sekalipun haram yang berlaku antara Islam
dan bukan Islam yang memenuhi syarat adalah
berkuatkuasa, Cuma orang Islam dalam transaksi haram
adalam berdosa seperti jual-beli daging khinzir.

21
iiiv. Hak Jaminan Ketika Lemah, Dewasa/ Tua
dan Ketiadaan Harta:

• Jaminan kepada mereka yang tua/dewasa


dan lemah untuk bekerja atau ditimpa
kemalangan, atau yang kaya menjadi
miskin dengan tidak mengambil jizyah
terhadap mereka .

22
xi. Hak Jaminan Dari Masyarakat Islam:
• Orang-orang bukan Islam akan pasti
menikmati keamanan dengan mendapat
bantuan tanpa ada pengaduan atau pun
tidak kerana ada dari kalangan
masyarakat seperti pimpinan masyarakat
di peringkat rendah atau tinggi yang
sentiasa sedia mendengar dari orang-
orang yang dizalimi biar apapun status
seseorang itu.
23
4.0. TANGGUNGJAWAB NON-MUSLIM
DALAM NEGARA ISLAM:
Secara ringkas tanggungjawab dan kewajipan yang
diletakkan atas mereka (bukan Islam) itu dapat
diringkaskan kepada perkara-perkara berikut:

• Menunaikan bayaran Jizyah, Kharaj dan Cukai


perniagaan yang merupakan tanggungjawab dan
kewajipan material.
• Tunduk kepada hukum-hakam Islam dalam hal-hal
Muamalat dan sebagainya.
• Menghormati upacara-upacara keagamaan orang-
orang Islam dan menjaga perasaan mereka.

24
i. Menunaikan bayaran Jizyah,
Kharaj dan Cukai perniagaan:

a. Jizyah :
Jizyah adalah bentuk cukai diri (kepala)
setiap tahun ke atas setiap ahli zimmah
dengan kadar tertentu yang dikutip dari
setiap lelaki yang baligh yang mempunyai
keupayaan mengikut kadar kekayaan
mereka. Orang-orang fakir dan miskin tidak
dikenakan sama sekali.

25
b. Kharaj:
• Kharaj pula ialah cukai harta benda yang
diwajibkan ke atas setiap bidang tanah
yang masih kekal dalam milik ahli zimmah.
Kadar kharaj juga bergantung kepada
penentuan oleh pihak pemerintah. Ia juga
bergantung kepada hasil umpamanya
sepertiga atau seperempat dari hasil bumi

26
c. Cukai Perniagaan:
• Cukai perniagaan terhadap ahli zimmah
telah dimulakan oleh Umar bin al-Khattab
dengan kadar 1/20 diambil sekali
setahun. Menurut Anas bin Malik dan
Zayyad bin Huzair, Umar pernah mengutip
(zakat perniagaan) daripada peniaga
Islam sebanyak 1/40, daripada perniagaan
ahli zimmah 1/20 iaitu dua kali ganda dari
perniagaan Islam dan peniaga-peniaga
ahli harbi sebanyak 1/10.
27
ii. Tunduk dan Patuh Kepada
Hukum-hakam Islam :
• Kewajipan ahli zimmah yang kedua ialah
tunduk dan patuh kepada hukum-hukum
Islam seperti yang berlaku ke atas orang
Islam. Berdasarkan perjanjian mereka
sudah menjadi dan memiliki ” Kerakyatan
Negara Islam”, maka semestinya mereka
itu terikat dengan undang-undang Islam
yang tidak berkaitan dengan aqidah dan
kebebasan agama.
28
iii. Memelihara Perasaan Orang-
orang Islam:
• Mereka ditegah pada segala perkataan
dan perbuatan yang diharamkan atau
dipandang mungkar oleh Islam atau
pengikut-pengikutnya, sedangkan
perkataan atau perbuatan itu harus
mengikut agama dan kepercayaan
mereka,dilakukan secara terang-terang
atau mencabar perasaan orang Islam,
supaya keadaan ini dapat mewujudkan
suasana selamat dan bersatu padu .
29
5.0. Prinsip-prinsip Peradaban Islam
Dalam Toleransi Beragama:

• i. Agama-agama Samawi (langit) semua


bersumber dari Tuhan .

• ii. Nabi-nabi adalah bersaudara dan tiada


kelebihanutama antara mereka dari segi
risalah. Orang-orang Islam wajib beriman
kepada mereka semua .
30
Samb:
• iii.Aqidah tidak dapat dipaksakan ke atas
penganutnya, bahkan mengandungi
kerelaan dan kepuasan .

• iv. Tempat-tempat ibadah bagi agama-


agama Ilahi adalah terhormat, wajib dibela
dan dilindungi seperti masjid-masjid .

31
Samb.
• v. Tidak seharusnya perbezaan dalam agama
menyebabkan manusia saling membunuh atau
saling menganiyai antara satu sama lain.
Bahkan sepatutnya saling tolong menolong
dalam membuat kebaikan dan memerangi
kejahatan .

• vi. Keutamaan dan kelebihan di antara manusia


dalam kehidupan dan di sisi Allah sesuai dengan
kadar kebaikan dan kebajikan yang dilakukan
seseorang dari mereka untuk dirinya dan untuk
sesamanya .
32
Samb:
• vii. Perbedaan dalam agama tidak menghalang
kita dalam berbuat kebaikan, silaturahim dan
melayani tetamu .

• viii.Jika manusia berselisih pendapat mengenai


agama-agama mereka, maka mereka boleh
berdebat antara satu sama lain dengan cara
yang paling baik dengan batas-batas
kesopanan, hujah-hujah yang secara baik .

33
Samb:
• xi.Jika umat Islam dianiaya dalam hal aqidah, maka
adalah menjadi kewajipan kepada kita menolak
kezaliman itu bagi melindungi dan menghalau fitnah
tersebut.
• x. Jika umat Islam memperolehi kemenangan ke atas
orang-orang yang menganiyai mereka (orang-orang
Islam) dalam hal-hal berkaitan dengan agama atau ingin
merampas kemerdekaan, maka tidak boleh menuntut
balas kepada mereka (orang yang menganiyai) dengan
memaksa mereka atau menindas mereka dalam aqidah.
Cukup bagi mereka itu mengakui kekuasaan negara
dan mengabdikan secara ikhlas kepadanya sehingga
terwujud. ” Hak mereka adalah hak kita dan kewajipan
mereka adalah kewajipan kita.

34
6.0. PENUTUP:
• Kedudukan orang-orang bukan Islam atau non-muslim
dalam sebuah negara atau masyarakat Islam secara
umum menjelaskan adalah sama dengan orang-orang
Islam dari sudut hak mereka sebagai rakyat atau warga
negara yang sah. Keselamatan, keamanan dan
kebebasan hidup orang-orang bukan Islam akan tetap
terjamin selagi mereka menunaikan tanggungjawab
yang perlu dilaksanakan dalam negara dan masyarakat
Islam. Begitulah juga prinsip-prinsip toleransi dalam
Islam menunjukan peradaban Islam yang begitu tinggi
sesuai dengan pengutusan Nabi Muhammad SAW
sebagai ” Penyelamat dan Rahmat Seluruh Alam ”.

35
Sekian, terima kasih

• WASSALAM !

36

Anda mungkin juga menyukai