Anda di halaman 1dari 2

Pengaruh budaya popular pada zaman kini memberi impak yang sangat besar kepada para belia.

Secara tidak langsung ia juga memberi kesan kepada institusi kekeluargaan. Hal ini demikian kerana, para
belia lebih cenderung untuk meluangkan masa dengan melakukan erkara-perkara yang tidak berfaedah
seperti menari dengan pelbagai gaya dan dimuatnaik ke aplikasi Tik Tok. Jadi, ini menyebabkan masa
yang terluang tidak digunakan untuk melakukan aktiviti-aktiviti bersama keluarga kerana mereka gemar
untuk melakukan aktiviti bersendirian. Mereka akan lebih cenderung memilih gaya hidup yang mereka
inginkan. Mereka mengikuti kecenderungan itu agar diterima oleh orang sekeliling dan merasa diri tidak
ketinggalan dengan aliran-aliran yang terkini. Jadi, hal-hal seperti ini menyebabkan keruntuhan intitusi
kekeluargaan akan berlaku.

Institusi kekeluargaan begitu penting kerana ia mewujudkan kebahagiaan dan keharmonian


sesuatu masyarakat. Keruntuhan institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagiaan dan
keharmonian dalam masyarakat. Di samping itu, pengaruh budaya popular juga menyebabkan
berlakunya keruntuhan akhlak kerana akhlak yang baik datangnya dari sebuah keluarga yang bahagia dan
harmoni. Sekiranya berlaku keruntuhan institusi kekeluargaan, akan wujudnya ketidakharmonian dalam
kekeluargaan dan sudah pastinya akan berlaku perpecahan dan perceraian. Anak-anak akan terbiar tanpa
pengawasan ibu bapa. Mereka akan lebih terleka dalam budaya-budaya popular yang semakin
memuncak pada zaman kini. Oleh kerana itu, hal ini akan menimbulkan lebih banyak masalah-masalah
sosial yang lain seperti pergaulan bebas, ketagihan dadah dan perjudian.

Oleh kerana pengaruh budaya popular telah menyebabkan keruntuhan akhlak dalam kalangan
belia maka ia juga memberi kesan yang sangat besar kepada negara. Jatuh dan bangunnya sesebuah
negara dan masyarakat itu bergantung kepada akhlak para belia atau generasi pada masa sekarang. Tidak
dinafikan lagi, akhlak para belia pada waktu ini berada di tahap yang membimbangkan. Semua pihak
terutamanya kerajaan,badan NGO dan juga daripda masyarakat itu sendiri harus berganding bahu untuk
menangani gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan para belia.

Keruntuhan akhlak yang merosot mengakibatkan negara akan kehilangan generasi dan
kepimpinan pada masa hadapan dimana pentadbiran negara tidak akan dapat diterajui oleh generasi
yang bijak pandai. Selain itu, kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan ekonomi
negara juga akan sukar untuk berkembang kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang
tinggi di kalangan masyarakat. Kadar jenayah dalam negara juga akanmeningkat sejajar dengan
peningkatan gejala sosial dan keruntuhan akhlak.
Di samping itu, dari segi ekonomi perbelanjaan kerajaan juga akan turut meningkat akibat
berlakunya peningkatan dalam kadar jenayah. Hal ini tidak disedari para belia dan masyarakat sekeliling
kerana ia tidak dapat dilihat dalam waktu yang singkat tetapi akibatnya akan dapat dilihat pada waktu
akan datang. Ada sesetengah pihak yang kurang juga memilih untuk bersikap berdiam diri mengenai hal
ini kerana mereka berpendapat isu ini hanyalah perkara yang kecil dan mudah yang tidak penting untuk
mereka mengambil tahu. Keruntuhan akhlak ini juga menyebabkan anasir-anasir luar akan lebih mudah
untuk meresap masuk kedalam negara sekiranya para belia masa kini tidak tahu untuk menjaga akhlak
mereka. Oleh itu, akhlak para belia masa kini terutamanya akhlak remaja Islam akan hancur dan rosak,
maka pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita anuti pada hari ini akan serong dan buruk.

Malahan jika ini tidak dibendung dengan secepatnya ia mungkin akan mengancam keselamatan
negara kerana elemen-elemen keruntuhan akhlak ini akan menjerumuskan seseorang itu kearah
kehancuran. Kesimpulannya, pengaruh budaya popular bukanlah suatu pengaruh yang baik untuk
dijadikan sebagai ikutan para belia masa kini. Ia adalah suatu pengaruh seharusnya para belia jauhi
kerana ia akan mendatangkan banyak unsur-unsur yang tidak berfaedah dan akibat yang buruk kepada
individu, keluarga, masyarakat dan juga negara..

Anda mungkin juga menyukai