Anda di halaman 1dari 2

KEBAIKAN NOVEL

Kekuatan novel ini yang terletak pada gaya penulisan, jalan cerita yang mudah difahami, plot-plot yang
ringkas dan menarik serta kepelbagaian warna nilai dan cerita yang terdapat dalam novel ini menjadikan
ia salah satu novel yang patut dibaca oleh remaja pada masa ini.
Penggunaan bahasa dalam novel ini yang ringkas tetapi padat serta penggunaan perkataan-perkataan
yang biasanya digunakan oleh orang-orang lain, dapat melangkapkan apa yang ingin di sampaikan di
dalam novel ini. Ini menyebabkan pembaca seolah-olah diberi gambaran yang jelas tentang peristiwa
dalam novel tersebut.
Teknik penggunaan watak di dalam novel ini juga begitu jelas dan berkesan. Pembaca boleh merasakan
setiap perkara dan peristiwa yang berlaku itu benar-benar berlaku bukannya daripada cetusan idea
pengarang.Watak seolah-olah memaparkan perwatakan manusia sebenar dalam sesebuah masyarakat.
Selain jalan cerita yang menarik, novel Lambaian Kinabalu ini mempunyai beberapa nilai dan
pengajaran yang boleh dijadikan iktibar dan teladan kepada semua orang. Antara nilai dan pengajaran
yang terdapat dalam novel ini adalah;
1. Kasih Sayang
- Nilai ini dapat dilihat apabila ahli-ahli dalam kumpulan ini saling memberi sokongan antara satu
dengan yang lain dalam novel ini. Mereka saling memberikan kata semangat kepada ahli kumpulan yang
hampir berputus asa dalam menjalani latihan,

2. Usaha
- Uasaha adalah satu elemen yang sering ditekankan di dalam novel ini. Pelbagai halangan dan
rintangan yang telah dihadapi oleh ahli-ahli sebelum ekspedisi sebenar dijalankan namun mereka tidak
mudah berputus asa. Contohnya ketika kumpulan ini menghadapi adalah ketika kumpulan ini
menghadapi masalah kewangan untuk pembiyaan latihan dan tujuan perbelanjaan di Sabah. Ahli-ahli
mencari jalan dengan berusaha untuk mencari dana tajaan secara persendirian bagi kegunaan
kumpulan.


3. Kerjasama dan prihatin
- Sifat prihatin dan kerjasama yang ditunjukkan oleh ahli dalam ekspedisi ini bukannya dibuat-
buat dan ianya lahir daripada hati setiap ahli yang tulus dan ikhlas. Ini dapat dilihat sejak sesi awal
latihan dibuat lagi. Ada di antara ahli yang rabun yang sanggup membantu ahli yang cacat penglihatan
sepenuhnya dengan memimpin mereka berjogging atau menunjukkan regangan-regangan yang baru
yang diperkenalkan oleh jurulatih.

4. Jangan memandang rendah.
- Masyarakat tidak seharusnya memandang rendah terhadap mereka yang kelainan upaya kerana
kejayaan bukan terletak pada tahap sempurnanya fizikal seseorang itu, tetapi kejayaan diperolehi dari
usaha dan didorong oleh kegigihan yang ada dalam diri seseorang. Masyarakat juga seharusnya
diberikan peluang

5. Keberanian
- Novel ini juga menunjukkan kepada kita bahawa keberanian itu harus disemai di dalam diri
masing-masing. Ini seperti apa yang terdapat dalam cerita ini yang mana walaupun watak-watak di
dalam cerita ini adalah terdiri daripada mereka yang cacat penglihatan, namun mereka tidak pernah
gentar untuk menyertai apa-apa aktiviti yang mencabar seperti menyertai aktiviti berkayak, mendaki
gunung.

6. Taat kepada tuhan
- Pengajaran yang kita dapat melalui novel ini adalah mesti taat kepada tuhan. Dalam
keghairahan kita menjulang sebuah kejayaan, kita tidak seharunya melupakan kudrat dan iradat
terhadapnya. Ini dapat dilihat dengan jelas dalam novel ini melalui patikan iaitu Mana mungkin
kejayaan ini kami kecapi tanpa izin-Mu. Mana mungkin kami yang cacat ini sampai ke puncak beramai-
ramai tanpa kekuatan dalaman yang dibekalkan oleh-Mu.

Anda mungkin juga menyukai