Anda di halaman 1dari 19

FUNGSI 2nd Grade

SASTERA
MELAYU NAMA AHLI :
NURUL HANINI BINTI AZMAN
NURUL INSYIRAH BINTI MOHAMAD
FUNGSI SASTERA
KRITIKAN
HIBURAN PENDIDIKAN DAKWAH
SOSIAL

01 02 03 04
PENGENALAN
1. Sastera terhasil dari kesedaran dan keinginan pengarang atau masyarakat untuk berkongsi maklumat dan hal yang
berkaitan dengan kehidupan. Mereka menggunakan sumber daripada persekitaran, pengalaman, pemerhatian
atau pembacaannya untuk mengetengahkan sesuatu yang menarik untuk dikongsi.
2. Sesebuah karya sastera tidak dihasilkan dengan kekosongan atau tanpa sebab sebagaimana dijelaskan oleh
Mohamad Mokhtar Hassan (2005). Beliau berpendapat bahawa teks atau karya sastera adalah rakaman imaginasi
pengarang yang di dalamnya sarat dengan maklumat dan isian sama ada bersifat keintlektualan mahupun
kerohanian.
3. Sesuatu yang dipaparkan dalam karya tersebut mempunyai tujuan dan fungsinya yang tersendiri berdasarkan
pertimbangan dan pengamatan pengarangnya.
Muhammad Haji Salleh (2000), berpendapat
bahawa peranan dan fungsi sastera zaman
tradisional lebih luas dan pelbagai
cabarannya. Beliau berpandangan bahawa
fungsi kesusasteraan pramoden ternyata lebih
besar berbanding dengan fungsinya pada
zaman moden yang agak menipis
01
SASTERA
DALAM
HIBURAN
Fungsi Sastera :
Hiburan
• Keperluan untuk menghiburkan melahirkan karya sastera yang
membawa keseronokan yang indah.
• Hiburan terhasil dari keindahan kata-kata yang diungkapkan,
irama atau rentak yang yang tersusun, kemampuan karya sastera
untuk membelai emosi pembaca atau pendengar, unsur kelucuan
dan sebagainya.
• Kepentingan fungsi hiburan menjadikan karya sastera seperti
cerita penglipur lara diterima oleh masyarakat sebagai karya yang
diminati dan digilai masyarakat pada suatu ketika dahulu.
Contoh
Pantun misalnya merupakan karya sastera yang cukup popular kerana keupayaannya
membawa keindahan yang menghiburkan. Hal ini dilihat dalam sebuah pantun lama
berbunyi seperti berikut :

Berburu ke padang datar 


Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar 
Bagai bunga kembang tak jadi

• Kualiti menghiburkan dalam pantun tersebut cukup banyak. Rentak dan rima


yang bersukat membentuk irama dalam pantun. Malah pantun pula mempunyai
struktur bacaan yang tersendiri yang menghasilkan keindahan dalam
pembacaan.
• Selain itu, pantun disampaikan pula dalam pelbagai variasi yang semakin
menambahkan fungsi menghiburkan seperti dijadikan lirik dikir barat di
Kelantan, lirik lagu popular, dan pelbagai bentuk lagi.
• Kemampuan pantun untuk bertahan sebagai karya sastera yang popular
menunjukkan bahawa unsur hiburan ini amat banyak dalam pantun
02
SASTERA
DALAM
PENDIDIK
AN
Fungsi
Sastera :
• Fungsi lainPendidikan
karya sastera adalah untuk memberi pengajaran, ,
nasihat atau pesanan kepada masyarakat. Fungsi ini juga
menjadikan karya sastera sebagai suatu bahan yang dapat
membawa kesedaran kepada masyarakat, mengubah
pemikiran, serta memberi ruang untuk masyarakat menyerap
nilai-nilai moral yang dibawa dalam karya sastera.
• Cerita Sang Kancil dan Buaya misalnya cukup terkenal bukan
semata-mata kerana ceritanya menghiburkan tetapi
keupayaannya untuk memasyarakatkan nilai, unsur moral dan
pengajaran yang berguna kepada masyarakat. Tanpa kita
sedari kita dibesarkan dalam asuhan moral yang dibawa dari
cerita tersebut. Tanpa sedar kita diserapkan dengan
kepentingan nilai tolong-menolong dan kita pula
diperingatkan betapa buruknya sikap tidak mengenang budi
03
SASTERA
DALAM
DAKWAH
DAKWAH
• Dakwah sebagai proses penyampaian pesan suci Tuhan kepada
0 manusia yang disampaikan melalui medium atau saranan yang
difahami sebagai objek dakwah.
1 • Medium / saranan dakwah mestilah melalui bahasa.

DEFINISI DAKWAH

0  Ali Mahfudh dalam kitab Hidayatul Mursyidin mendefinisikan dakwah iaitu


mendorong manusia untuk berbuat kebajikan & mencegah mereka daripada
2 
perbuatan mungkar agar mereka mendapat kebahagiaan dunia & akhirat.
A. Hasymi mendefinisikan dakwah dengan mengajak orang lain untuk
meyakini & mengamalkan kaedah dan syariat Islam yang terlebih dahulu
diyakini & diamalkan oleh juru dakwah itu sendiri.
FUNGSI SASTERA :
DAKWAH
0
1
 Dapat menyembunyikan pesan-pesan yang hendak dikomunikasikan kepada pembaca melalui
aneka bentuk dan ragam estetika, metafora, simbol-simbol, subjek & objek yang ada dalam
kehidupan.

 Dapat mewujudkan keberadaan diri sebagai medium yang lebih neutral untuk menjelajahi medan
makna disebalik ruang dan waktu yang tidak terbatas.
04
SASTERA
DALAM
KRITIKA
N SOSIAL
KRITIKAN SOSIAL
• Kritikan sosial dalam sastera merujuk kepada : satu bentuk komunikasi dalam
masyarakat yang berfungsi sebagai pengawalan terhadap jalan sesuatu cerita
dalam sistem bermasyarakat.

• Kritikan sosial merupakan frasa yang terdiri dari dua kata iaitu kritik dan sosial.

• Menurut H. B Jassin. 1991, kritik merujuk kepada adalah penerangan dan


penghakiman yang disertai dengan huraian dan pertimbangan baik dan
buruknya sesuatu hasil karya. Manakala, istilah sosial merujuk kepada segala
perkara yang berkaitan dengan masyarakat atau kemasyarakatan.

• Disimpulkan bahawa kritikan sosial merujuk kepada penilaian atau pengajian


keadaan masyarakat pada satu masa tertentu.
• Terdapat tiga perkara yang perlu diambil berat :
 menilai
 membandingkan
 mengungkap mengenai suatu perkara.

• Kritikan sosial adalah salah satu tindakan dalam membanding, mengamati dan
menilai sesuatu perkembangan secara cermat tentang kesan baik atau buruk
yang perlu ada dalam masyarakat.

• Tindakan mengkritik boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja termasuklah


sasterawan kerana kritikan sosial merupakan suatu perkara penting untuk
memelihara sistem sosial masyarakat.
FUNGSI
KRITIKAN
SOSIAL
• Berfungsi sebagai penyampai mesej kepada pembaca.

Karya sastera mampu memberikan seribu satu jawapan yang dihadapi oleh
manusia yang disertai dengan unsur keindahan mahupun kelucuan.

Contohnya, dalam cerita Labai Malang. Labai Malang telah memegang


watak yang terlalu bodoh sehingga mendatangkan kesan buruk kepadanya
sendiri. Jelaslah bahawa kritikan sosial dalam sastera ini mampu dijadikan
rujukan oleh masyarakat supaya sentiasa mengambil langkah bijak dalam
membuat sesuatu keputusan.
FUNGSI
KRITIKAN

SOSIAL
Pengajaran kepada masyarakat.

Menurut pendapat Sapardi Djoko Damono, 1984, sastera


mencerminkan persoalan sosial yang ada di dalam masyarakat.
Terdapat juga pengarang yang mampu menghasilkan karya sastera
yang mampu mengkritikan sosial masyarakat secara tersurat
mahupun tersirat dalam sesebuah karya yang dihasilkan.

Contohnya, dalam cerita Pak Kaduk dimana Pak Kaduk memegang


watak sebagai seorang yang bodoh dan lurus menyebabkan beliau
selalu ditipu oleh orang di sekelilingnya. Jelaslah bahawa kritikan
sosial yang terdapat dalam sastera mampu memberikan nilai moral
kepada pembaca.
FUNGSI
KRITIKAN

SOSIAL
Dijadikan sebagai teguran kepada masyarakat.

Sesebuah karya sastera dihasilkan melalui fenomena sebenar yang berlaku


dalam kehidupan sosial sesebuah masyarakat. Kritikan sosial yang
dilontarkan melalui karya sastera adalah berdasarkan kepada kehidupan
manusia dalam lingkungannya.

Misalnya, berdasarkan cerita Mat Jenin iaitu penulis telah mengkritik


golongan yang gemar berangan-angan tanpa diikuti dengan usaha pastinya
tidak akan berjaya. Dimana, berdasarkan cerita Mat Jenin, Mat Jenin yang
suka berangan-angan telah terjatuh ketika memanjat pokok kelapa kerana
asyik dengan angan-angan semata-mata beliau. Jelaslah bahawa fungsi
kritikan sosial sebagai teguran kepada masyarakat sememangnya wujud
dalam sesebuah karya.
SEKIAN
TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai