Anda di halaman 1dari 8

MORFOLOGI

1.7 Bentuk Kata


Dalam bahasa Melayu, terdapat empat jenis bentuk kata.

Kata tunggal

Kata terbitan
Bentuk Kata
Kata majmuk

Kata ganda

1.7.1 Kata Tunggal


i) Kata tunggal ialah kata yang tidak menerima imbuhan, penggandaan
atau pemajmukan. Contoh kata tunggal:
bunga, cantik, harap, lihat, saya, sini

ii) Ada kata tunggal yang dapat berdiri dengan sendiri dan boleh
menjadi ayat minimal. Contohnya:
jangan, ya, besar, bukan, salah, saya
iii) Ada juga kata tunggal yang tidak boleh berdiri dengan sendiri
sebaliknya memerlukan kehadiran perkataan lain. Contohnya:

ke  ke mari di  di mana

oleh  olehnya kepada  kepada ibu

untuk  untuk pihak itu dengan  dengan laju

iv) Bentuk kata tunggal


Kata tunggal boleh terdiri daripad satu suku kata, dua suku kata atau
lebih. Suku kata boleh terdiri daripada satu vocal (V), satu vocal diikuti
oleh satu konsonan (VK) sahaja atau beberapa konsonan. Konsonan
boleh hadir, sama ada di hadapan, di belakang, atau secara bergugusan
(KK) dalam sesuatu suku kata.

Bentuk kata tunggal Pola gabungan Contoh perkataan


Vokal-Konsonan

1. KV 1. ya. yu
2. VK 2. am
3. KVK 3. had, roh, sen, bin
Kata tunggal satu 4. KKVK 4. draf, brek, skor
suku kata 5. KVKK 5. bank, golf, zink
6. KKKV 6. skru
7. KKKVK 7. straw, skrip
1. V + KV 1. isi, esa, ini
2. V + VK 2. Ais, aur, air
3. V + KVK 3. Usik, adik, itik
Kata tunggal dua 4. VK + KV 4. Unta, inti, asli
suku kata 5. VK + KVK 5. Ambil, intim, empuk
6. KV + V 6. Dia, susu, bau
7. KV + VK 7. Baik, suam, biak
8. KV + KV 8. Kuku, beri, saya
9. KV + KVK 9. Kasut, bilang, muram
10. KVK + KV 10. Ganti, limpa, henti
11. KVK + KVK 11. Sangkal, perasaan

1. KV + V + KV 1. Juara, biola, tuala


2. KV + V + KVK 2. Siulan, buasir, siakap
3. V + KV + V 3. Urea, idea, usia
4. KV + KV + V 4. Belia, ketua, ceria
5. KVK + KV + V 5. Mentua, rumbia
6. KV + KV + VK 6. Rasuah, seluang, sekian
7. KVK + KV + VK 7. Manfaat, berlian, tempias
Kata tunggal tiga 8. V + KV + KV 8. Ilahi, azali, usaha, ujana
suku kata 9. V + KV + KVK 9. Ibarat, iradat, amatur
10. VK + KV + KV 10. Arjuna, angkasa, istana
11. KV + KV + KV 11. Merana, cerita, puteri
12. KVK + KV + KV 12. Lestari, jambori
13. VK + KV + VK 13. Ilmiah, ikhtiar
14. V + KV + VK 14. Ideal, elaun, akaun
15. KV + KV + KVK 15. Belakang, kelakar
16. KVK + KV + KV 16. Maksimum, tempawa
17. KV + KVK + KV 17. Terumbu, royalty
18. KVK + KVK + KV 18. Sempurna
19. KV + KVK + KV 19. Kelompok, gelanggang
v) Kata tunggal terdiri daripada pelbagai golongan kata. Contohnya:

1) KATA NAMA :
adik menantu kemeja jendela pasu jentera gajah ruang

2) KATA KERJA:
lompat tulis makan usik jerit suruh pulang ambil

3) KATA ADJEKTIF:
wangi sempurna baik ungu lurus kotor subur elok

4) KATA TUGAS:
sudah umpama bukan oleh akan maka telah daripada

vi) Akronim
a) Akronim tergolong dalam kata tunggal.
b) Kata akronim ditulis dan disebutkan sebagai satu perkataan yang
utuh. Kata akronim tidak sama dengan kata singkatan kerana kata
akronim dapat disebut seperti satu kata penuh. Conothnyam, MARA
ialah kata akronim kerana dapat disebut sebagai satu perkataan yang
ada dua suku kata, tetapi KBAT bukan kata akronim kerana kata itu
tidak dapat disebut sebagai satu perkataan yang utuh.

1.7.2 Kata Terbitan


i) Kata terbitan ialah kata yang terbentuk dengan cara mengimbuhkan
kata dasar, sama ada dengan imbuhan awalan, akhiran, sisipan atau
apitan.
ii) Awalan, akhiran, sisipan dan apitan dapat membentuk kata terbitan berawalan,
kata terbitan berakhiran, kata terbitan berapitan dan kata terbitan bersisipan.

Kata dasar + Imbuhan  Kata terbitan


juang + ber (awalan) berjuang
lari + ber (awalan) berlari
terlanjur + ke…an (apitan) keterlanjuran
dalam + -i (akhiran) dalami
sabut + -er- (sisipan) serabut
samping + meN-..-kan (apitan) mengesampingkan

iii) Kata terbitan terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu kata terbitan
berawalan, kata terbitan berakhiran, kata terbitan berapitan, dan kata
terbitan bersisipan.

1. Kata terbitan berawalan


- awalan kata nama ( contoh : pelari )
- awalan kata kerja ( contoh : menyanyi )
- awalan kata adjektif ( contoh : sedingin )

2. Kata terbitan berakhiran


- Akhiran kata nama ( contoh : hadirin )
- Akhiran kata kerja ( contoh : bawakan )

3. Kata terbitan berapitan


- Apitan kata nama ( contoh : pengiklanan )
- Apitan kata kerja ( contoh : memasuki )
- Apitan kata adjektif ( contoh : kearaban )

4. Kata terbitan bersisipan


- Sisipan kata nama ( contoh : telunjuk )
- Sisipan kata kerja ( contoh : jelajah )
- Sisipan kata adjektif ( contoh : gemilang )
1.7.3 Kata majmuk
i) Kata majmuk ialah kata yang terbentuk apabila dua kata atau lebih
digandingkan dan bentuk kata yang terhasil membawa makna yang lain serta
berfungsi sebagai satu unit.

Kata dasar + Kata dasar  Kata majmuk


alat + tulis alat tulis
(benda) (perbuatan menulis) (benda yang digunakan
untuk menulis)

baju + hujan baju hujan


(pakaian) (air yang turun dari langit) (pakaian yang digunakan
ketika hujan)

alat + pandang + dengar alat pandang – dengar


(benda)

ii) Contoh di atas menunjukkan bahawa kata dasar yang membentuk kata majmuk
tidak mempunyai hubungan makna secara langsung. Bagi kata majmuk alat tulis
misalnya, perkataan tulis tidak mempunyai hubungan yang menunjukkan bahawa
tulis menerangkan alat. Begitu juga halnya dengan kata majmuk baju hujan, kata
hujan tidak menjadi penerang kepada kata baju.

iii) Pada umumnya, kata majmuk dieja secara terpisah dan kata majmuk tidak
boleh disisipkan dengan kata atau unsur lain. Contohnya, alat tulis merupakan
kata majmuk kerana di tengahnya tidak boleh disisipkan dengan perkataan lain,
seperti yang, iaitu alat yang tulis, baju yang hujan. Kerusi meja bukan kata
majmuk kerana antara perkataan kerusi meja boleh disisipkan dengan kata
hubung dan untuk menjadi kerusi dan meja.

iv) Ada sebilangan kecil kata majmuk yang ejaannya telah mantap, iaitu dua kata
dasarnya dieja sebagai satu perkataan. Yang berikut ialah kata majmuk yang telah
mantap ejaannya.
Walhal Apabila darihal
apakala dinihari apahal
dukacita padahal kepada
beritahu peribadi manakala
sukacita daripada walaupun
kadangkala sukarela peribahasa
bagaimana olahraga suruhanjaya
kakitangan matahari tandatangan
bumiputera kerjasama persuruhjaya
jawatankuasa setiausaha warganegara
antarabangsa barangkali tanggungjawab

v) Sekiranya kata majmuk yang ejaannya terpisah menerima awalan


atau akhiran, maka ejaannya juga terpisah. Contohnya:

temu bual  menemu bual satu padu  bersatu padu

kemas kini  dikemas kini daya serap  daya serapan

vi) Sekiranya kata majmuk itu menerima apitan, maka ejaannya


bercantum. Contohnya:

temu bual = menemubualkan satu padu = bersatu padu

kemas kini = dikemaskinikan daya serap = daya serapan

Anda mungkin juga menyukai