Anda di halaman 1dari 20

BENTUK KATA

KATA TUNGGAL
KATA TERBITAN
1. Kata tunggal ialah kata yang tidk menerima imbuhan,
penggandaan atau pemajmukan. Contoh kata tunggal:
Bunga cantik harap lihat saya sini

2. Ada kata tunggal yang dapat berdiri dengan sendiri dan boleh
menjadi ayat minimal. Contohnya:
Jangan ya besar bukan salah saya

3. Ada juga kata tunggal yang tidak boleh berdiri dengan sendiri
sebaliknya memerlukan kehadiran perkataan lain. Contohnya:
Ke ke mari Di di mana
Oleh olehnya Kepada kepada ibu
Untuk untuk pihak itu Dengan dengan laju
4. Bentuk kata tunggal
* kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata,
dua suku kata atau lebih
* suku kata boleh terdiri daripada satu vokal (V),
satu vokal diikuti oleh satu
konsonan (VK) sahaja atau beberapa konsonan.
* konsonan boleh hadir, sama ada di hadapan, di
Bentuk Kata Tunggal Pola Gabungan Vokal - Contoh Perkataan
belakang atau secara Konsonan
bergugusan
(KK)
Kata dalam
tunggal satu sesuatu
1. KVsuku kata. 1. ya, yu
suku kata 2. VK 2. Am
3. KVK 3. Had, roh, sen, bin
4. KKVK 4. Draf, brek, skor
5. KVKK 5. Bank, golf, zink
6. KKKV 6. Skru
7. KKKVK 7. Straw, skrip
Bentuk Kata Tunggal Pola Gabungan Vokal- Konsonan Contoh Perkataan

Kata tunggal dua 1. V + KV 1. Isi, esa, ini


suku kata 2. V + VK 2. Ais, aur, air
3. V + KVK 3. Usik, adik, itik
4. VK + KV 4. Unta, inti, asli
5. VK + KVK 5. Ambil, intim, empuk
6. KV + V 6. Dia, sua, bau
7. KV + VK 7. Baik, suam, biak
8. KV + KV 8. Kuku, beri, saya
9. KV + KVK 9. Kasut, bilang,
10. KVK + KV muram
11. KVK + KVK 10. Ganti, limpa, henti
11. Sangkal, pengsan
Bentuk Kata Tunggal Pola Gabungan Vokal- Konsonan Contoh Perkataan
Kata tunggal tiga 1. KV + V + KV 1. Juara, biola,tuala
suku kata 2. KV + V + KVK 2. Siulan, buasir, siakap
3. V + KV + V 3. Urea, idea, usia
4. KV + KV + V 4. Belia, ketua, ceria
5. KVK + KV + V 5. Mentua, rumbia
6. KV + KV + VK 6. Rasuah, seluang, sekian
7. KVK + KV + VK 7. Manfaat, berlian, tempias
8. V + KV + KV 8. Ilahi, azali, usaha, ujana
9. V + KV + KVK 9. Ibarat, iradat, amatur
10. VK + KV + KV 10. Arjuna, angkasa, istana
11. KV + KV + KV 11. Merana, cerita, puteri
12. KVK + KV + KV 12. Lestari, jambori, soldadu
13. VK + KV + VK 13. Ilmiah, ikhtiar
14. V + KV + VK 14. Ideal, elaun, akaun
15. KV + KV + KVK 15. Belakang, kelakar
16. KVK + KV + KV 16. Maksimum, tempawa
17. KV + KVK + KV 17. Terumbu, royalti
18. KVK + KVK + KV 18. sempurna,
19. KV + KVK + KV 19. Kelompok, gelanggang
5. Kata tunggal terdiri daripada pelbagai golongan
kata.
Contohnya:
Golongan kata Contoh kata tunggal
Kata nama Adik menantu kemeja jendela
Pasu jentera gajah ruang
Kata kerja Lompat tulis makan usik
Jerit suruh pulang ambil
Kata adjektif Wangi sempurna bukan ungu
Lurus kotor subur elok
Kata tugas Sudah umpama bukan oleh
Akan maka telah daripada
6. Akronim:
a) Akronim tergolong dalam kata tunggal
b) Kata akronim di bentuk dengan cara menggabungkan
bahagian daripada beberapa perkataan sehingga menjadi
satu perkataan baru.
c) Kata akronim dilafaz dan ditulis sebagai satu
perkataan penuh dan berbeza dengan singkatan.
Jenis akronim contoh
Gabungan huruf awal beberapa perkataan ADUN - Ahli Dewan Undangan Negeri
UDA - Urban Development Authority
Gabungan suku kata dengan suku kata daripada Berdikari - berdiri di atas kaki sendiri
beberapa perkataan Motel - motoris hotel
Gabungan suku kata beberapa perkataan dengan INTAN – Institut Tadbiran Awam Negara
huruf awal perkataan Perhilitan – Perlindungan Hidupan Liar dan
Taman Negara
Gabungan suku kata dengan perkataan penuh Purata - pukul rata
Hartanah – harta tanah
Gabungan bahagian kata secara bebas Pertonas – Petroleum Nasional
SUARAM – Suara Rakyat Malaysia
KATA TERBITAN
1. Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses
pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada
kata dasar.
2. Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah
bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan.
Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu :-
 Awalan : yang hadir sebelum kata dasar.
Cthnya, ber- dalam berjalan dan di- dalam diambil.
 Akhiran : yang hadir sesudah kata dasar.
Cthnya, -kan dalam jalankan dan -i dalam ikuti.
 Apitan : yang hadir secara mengapit kata dasar, iaitu dua bahagian
imbuhan hadir serentak di awal dan akhir kata dasar.
Cthnya, ke-…-an dalam keindahan.
 Sisipan : yang hadir di celahan kata dasar.
Cthnya, -el- dalam telunjuk dan -in- dalam sinambung.
AWALAN KATA
NAMA

IMBUHAN AWALAN KATA


AWALAN KERJA

AWALAN KATA
ADJEKTIF
AWALAN KATA NAMA
 Awalan yang apabila bergabung dengan kata dasar membentuk kata
nama.

AWALAN PERKATAAN

peN- = pe- Pelukis, pewangi


pem- Pembeli, pemberi
pen- Pendatang, pencari
peng- Pengguna, pengukur
penge- Pengebom, pengecat
Per- Perasap, pertapa
Pe- Pesara, peguam
Ke- Ketua, kehendak
Juru- Jurubahasa, juruterbang
Maha- Mahasiswa, maharaja
Tata- Tatabahasa, tatanama
Pra- Prasejarah, prasangka
Sub- Subtopik, subkategori
Dwi- Dwibudaya, dwidewan
AWALAN KATA KERJA
 Awalan yang apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata
kerja.

AWALAN PERKATAAN

meN- = me- Melukis, menari


mem- Membeli, memberi
men- Mendaki, menjaja
meng- Mengasuh, menghasut
menge- Mengebom, mengetin
Memper- Memperisteri, memperoleh
beR- Berkata, bersetuju
Ter- Terkata, tersenyum
Di- Diatur, disuruh
Diper- Diperoleh, diperbuat
AWALAN KATA ADJEKTIF
 Awalan yang apabila bergabung dengan kata dasar,
membentuk kata adjektif.
AWALAN PERKATAAN

teR- Terpandai, teramai


Se- Seputih, sehalus
IMBUHAN
AKHIRAN

AWALAN AWALAN
KATA KATA
NAMA KERJA
AWALAN KATA NAMA
 Akhiran yang apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk
kata nama.
AKHIRAN PERKATAAN
-an Ajaran, bacaan
-wan Ilmuwan, usahawan
-man Budiman, seniman
-wati Seniwati, peragawati
-isme Vandalisme, nasionalisme
-in Hadirin, muslimin
-at Hadirat, muslimat
-ah Ustazah, sultanah

AWALAN KATA KERJA


 Akhiran yang apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata
kerja. Terdapat hanya dua akhiran kata kerja, iaitu –kan dan -i
AKHIRAN PERKATAAN
-kan Lahirkan, ambilkan
-i Ikuti, sertai
IMBUHAN
APITAN

APITAN
KATA NAMA

APITAN
KATA KERJA

APITAN
KATA
ADJEKTIF
APITAN KATA NAMA
 Apitan yang apabila bergabung dengan kata dasar,
membentuk kata nama.

APITAN PERKATAAN
peN-…-an :
pe-…-an Perusuhan, pelaksanaan
pem-…-an Pembukaan, pemburuan
pen-…-an Pendakian, pencucian
peng-…-an Pengunduran, penggandaan
penge-…-an Pengesahan, pengekodan
peny-…-an Penyampaian, penyerahan
Per-…-an Perjumpaan, perlumbaan
Ke-…-an Kebijakan, kelurusan
APITAN KATA
KERJA
 Apitan yang apabila bergabung dengan kata dasar,
membentuk kata kerja.
APITAN PERKATAAN
meN-…-kan
me-…-kan Memajukan, melakukan
mem-…-kan Membezakan, memberikan
men-…-kan Mendirikan, mentakrifkan
meng-…-kan Menggulingkan, mengkhususkan
meny-…-kan Menyuraikan, menyamakan
menge-…-kan Mengehadkan, mengesyorkan
Ber-…-kan Berbekalkan, berjudulkan
Ber-…-an Bertaburan, bergantungan
Di-…-kan Didorongkan, ditaburkan
meN-…-i
me-…-i Menyedari, mewarnai
men-…-i Mendahului, menjauhi
mem-…-i Membelakangi, membanjiri
meng-…-i Mengawasi, mengkhianati
meny-…-i Menyebelahi, menyakiti
APITAN KATA ADJEKTIF
 Apitan yang apabila digabungkan dengan kata dasar,
membentuk kata adjektif.
 Hanya terdapat satu apitan kata adjektif, iaitu ke-…-an.

APITAN PERKATAAN
Ke-…-an Kemelayuan
Ke-…-an Keinggerisan
Ke-…-an Kearaban
IMBUHAN SISIPAN KATA
SISIPAN NAMA

SISIPAN KATA
ADJEKTIF
SISIPAN KATA NAMA
 Sisipan yang hadir di celahan kata dasar, membentuk kata
nama.
SISIPAN PERKATAAN
-el- Telunjuk, telapak
-er- Seruling, keruping
-em- Kemuning, kemuncup

SISIPAN KATA ADJEKTIF


 Sisipan yang hadir di celahan kata dasar, membentuk kata
adjektif
SISIPAN PERKATAAN
-el- Selerak, gelembung
-er- Serabut, gerodak
-em- Gemilang, gemuruh
-in- sinambung

Anda mungkin juga menyukai