Anda di halaman 1dari 12

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang

mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dalam morfologi,
kita mempelajari bagaimana kata-kata terdiri dari unit-unit kecil yang disebut morfem,
yang merupakan satuan terkecil dalam bahasa yang memiliki makna. Contoh, kata
"berlari" terdiri dari dua morfem, iaitu "ber-" yang menunjukkan tindakan yang sedang
berlangsung dan "lari" yang merupakan kata dasar yang memiliki makna berlari. Dalam
morfologi, kita mempelajari bagaimana morfem-morfem tersebut digabungkan untuk
membentuk kata-kata yang lebih kompleks dan bagaimana morfem-morfem tersebut
berinteraksi dengan unsur-unsur lain. Morfologi juga mempelajari jenis-jenis kata dalam
bahasa seperti kata benda, kata kerja, kata sifat, dan lain-lain serta pola-pola
pembentukan kata-kata baru seperti afiksasi, reduplikasi, dan konversi.

Selain itu, bentuk kata merujuk pada bentuk atau pola yang diberikan pada kata
dasar untuk membentuk kata baru dengan makna, fungsi, atau kategori tatabahasa
yang berbeza, menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga mendefinisikan bentuk kata boleh
terdiri daripada satu morfem atau susunan morfen sehingga proses pembentukan kata
tersebut menghasilkan bentuk-bentuk kata. Misalnya, bentuk kata tunggal, bentuk kata
terbitan, bentuk kata majmuk dan bentuk kata ganda. Bentuk kata ini sangat penting
dalam bahasa kerana kita dapat memperluas kosa kata bahasa dan berkomunikasi
dengan lebih efektif.

Bentuk kata tunggal adalah bentuk kata dasar atau bentuk asli dari sebuah kata
yang tidak diperluas atau diubah dalam jumlah atau bentuk untuk merujuk pada satu
objek. Ini bermaksud kata tunggal tidak menerima sebarang imbuhan, tidak mengalami
proses penggandaan dan tidak mengalami proses pemajmukan. Dalam kamus dewan,
bentuk kata tunggal adalah kata yang dapat dilihat dari segi persukuan kata, dimana ia
mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata. Sesuatu suku kata itu
boleh dibentuk oleh satu vokal (V) sahaja ataupun satu vokal disertai satu konsonan (K)
atau lebih dari satu konsonan. Konsonan dapat hadir daripada pelbagai arah seperti
hadir di hadapan vokal atau dibelakangnya atau di hadapan vokal dan dibelakang
secara serentak.
Terdapat dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal yang mengandungi hanya
satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi dua suku kata atau lebih. Apa yang
dapat dilihat kata tunggal dengan satu suku kata agak terhad da nada diantaranya
merupakan pinjaman daripada bahasa asing seperti Arab dan bahasa Inggeris. Selain
itu, terdapat juga perkataan yang dipendekan daripada dua suku kata kepada satu suku
kata tetapi perkataan sedemikian tidak dianggap satu suku kata. Contohnya, ku untuk
aku dan tu untuk itu.

7 pola ayat kata tunggal yang mengandungi satu suku kata dengan penyusunan
V dan K berserta contoh adalah seperti berikut:

1 KV Ho
.
2 VK er
.
3 KVK Pak
.
4 KKVK Skop
.
5 KVKK Tong
.
6 KKKV Strategi
.
7 KKKVK Strok
.

Selain itu, kata tunggal dua suku kata terdiri dapada dua suku kata di dalam
bahasa Melayu. Antara pola kata tunggal dengan dua suku kata berserta contoh adalah
seperti berikut:

1. V + KV Abu,
2. V + VK Aur
3. V + KVK Anak
4. VK + KV Anda
5. VK + KVK umpan
6. KV + V Gua,
7. KV + VK Taat,
8. KV + KV Bawa
9. KV + KVK Lekat
10 KVK + KV Jambu
.
11 KVK + KVK Bandar,
.
Seterusya, kata tunggal tiga suku kata yang mempunyai jumlah kata yang agak
kecik. Namun begitu, pola susunan konosonan dan vokal agak banyak dan
kebanyakkan perkataan tiga suku kata terdiri daripada kata-kata pinjaman. Contoh pola
berserta adalah seperti berikut:

1. KV + V + KV
2. KV + V + KVK
3. V + KV + V
4. KV + KV + V
5. KVK + KV + V
6. KV + KV + VK
7. KVK + KV + VK
8. V + KV + KV
9. V + KV + KVK
10 VK + KV + KV
.
11 KV + KV + KV
.
12 KVK + KV + KV
.
13 VK + KV + VK
.
14 V + KV + VK
.
15 KV + KV + KVK
.
16 KVK + KV + KVK
.
17 KV + KVK + KV
.
18 KVK + KVK + KV
.
19 KVK + KVK + KV
.

Seterusnya, terdapat juga sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada
empat suku kata atau lebih. Kebanyakkan daripada suku kata ini adalah kata pinjaman.
Contoh :

1. KV+KV+VK+KV
2. KV+KVK+KV+KV
3. KVK+KV+KV+KV
4. KVK+KV+V+KV
5. KV+KV+KV+KV
6. KV+KV+KV+KVK
7. KVK+KV+KV+KVK
8. KVK+KVK+KV+KV
9. KV+KV+V+KVK
10. V+KV+KVK+KV+KV
11. KVK+KV+KV+KV+KVK
12. KV+KV+KV+KV+KV+KV
Berasaskan perlaksanaan tatabahasa, kata arkronim juga tergolong dalam jenis
kata tunggal. Akronim merupakan singkatan kata yang terbentuk dengan
mengabungkan huruf awal suku kata atau menggabungkan huruf awal dan suku kata
daripada satu rangkai kata serta disebut secara utuh. Kata akronim ini dapat ditulis
melalui tiga cara. Pertama akronim daripada gabungan huruf awal rangkai kata dan
terdiri daripada kata nama khas. Contohnya, LUTH iaitu Lembaga Urusan dan Tabung
Haji. Kedua, kata akronim cantuman huruf awal perkataan dieja dengan huruf besar.
Misalnya, Proton iaitu Perusahaan Otomobil Nasional. Ketiga, kata nama akronim
cantuman suku kata awal perkataan yang terbentuk bukan kata nama khas dan ditulis
dengan huruf kecil. Contohnya, komsas iaitu komponen sastera.

Bentuk kata yang seterusnya ialah kata terbitan. Kata terbitan ialah bentuk kata
yang terdiri daripada kata dasar yang mengalami proses pengimbuhan, iaitu mendapat
atau menerima imbuhan seperti awalan, sisipan, akhiran dan apitan. Kata terbitan
berawalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja dan kata adjektif.
Contohnya adalah seperti yang berikut:

Awalan kata Pe- Penari


nama Pem- Pembeli
Pen- Pendatang
Peng- Pengulas
Penge- penge
Pel-
Per- per
Pe- Peternak
Ke-
Juru- Jururawat
Maha- Mahasiswi
Tata- Tatasusila
Pra- Pramatang
Sub- Subseksyen
Supra-
Eka- Ekafungsi
Dwi- Dwitahunan
Awalan kata Me- Merompak
kerja Mem- Membaca
Men- Menjaga
Meng- Menggulung
Menge-
Memper- Memperdalam
Ber- Berlari
Be- Berenang
Bel-
Ter- Terlatih
Di- Disuntik
Diper- Diperinci
Awalan kata Ter- Tercantik
adjektif Te- te
Se- senipis

Kata terbitan berakhiran pula hanya wujud dalam kata nama terbitan dan kata
kerja terbitan sahaja, contohnya:

Akhiran kata -an


nama -wan
-man
-wati
-isme
-in
-at
-ah
Akhiran kata -kan
kerja -i

Selain itu kata terbitan bersisipan merupakan bentuk kata yang sudah membeku
dalam kata terbitan yang tertentu dan tidak dapat wujud dalam perkataan lain kecuali
dalam beberapa istilah tertentu. Contoh:

Sisipan kata -el-


nama -er-
Sisipan kata -el-
adjektif -er-
-em-
-in-
Sisipan kata -el-
kerja

Kata terbitan berapitan pula wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan
dan kata adjektif. Contoh:

Apitan kata Pe-…-an


nama Pem-…-an
Pen-…-an
Peng-…-an
Penge-…-an
Pe-…-an
Per-…-an
Pel-…-an
Ke-…-an
Apitan kata Me-…-kan
kerja Men-…-kan
Mem-…-kan
Meng-…-kan
Menge-…-kan
Ber-…-kan
Ber-…-an
Di-…-kan
Me-…-i
Men-…-i
Mem-…-i
Meng-…-i
Di-…-i
Diper-…-kan
Diper-…-i
Memper-…-kan
Memper-…-i
Ke-…-an
Apitan kata Ke-…-an
adjektif

Bentuk kata terakhir ialah bentuk kata majmuk, di mana ia merupakan proses
yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dengan menghasilkan bentuk yang
membawa makna yang khusus. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit walaupun kata
majmuk dieja secara terpisah. Dalam tatabahasa bentuk kata majmuk seperti ini besar
jumlahnya. Kata majmuk dapat dibahagikan kepada tiga jenis kelompok iaitu kata
majmuk bebas (bakul sampah), kata majmuk istilah khusus (karbon dioksida) dan kata
majmuk kiasan (geli hati).

Terdapat juga sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah
dianggap mantap sebagai satu perkataan yang kuat walaupun bentuk kata itu
mempunyai dua kata dasar. Perkataan ini dieja bercantum sebagai satu perkataan dan
dianggap kecualian. Contohnya, antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa,
kakitangan, kerjasama, olahraga, matahari, setiausaha, sukarela, suruhanjaya,
tandatangan, tanggungjawab, warganegara, dan pesuruhjaya. Selain daripada bentuk
kata majmuk yang disenaraikan, terdapat juga perkataan bukan kata majmuk tetapi dieja
bercantum. Contohnya:

i Kata nama Peribadi dinihari


Peribahasa perikemanusiaan
Hari bulan
ii Kata adjektif sukacita
dukacita
iii Kata sendi nama Kepada
Daripada
iv Kata hubung Apabila apakala
Manakala kadangkala
Padahal walhal
Darihal
Barangkali
v Kata Tanya Bagaimana
kenapa

Selain itu, kata majmuk juga boleh digandakan bagi membawa maksud lebih
daripada satu. Terdapat dua cara penggandaan, iaitu pengulangan perkataan yang
pertama dan pengulangan seluruh kata majmuk. Contoh penggandaan unsur pertama
kata sahaja ialah anak-anak tiri dan guru-guru pelatih. Manakala contoh penggandaan
yang melibatkan seluruh kata majmuk ialah mahasiswa-mahasiswa, kakitangan-
kakitangan dan sebagainya. Seterusnya, pengimbuhan kata majmuk. Kata majmuk
boleh menerima imbuhan bagi menghasilkan kata terbitan. Pengimbuhan ini terdapat
dalam dua bentuk iaitu kata majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran yang
dieja tetap terpisah (terima kasih – berterima kasih) dan kata majmuk yang menerima
imbuhan apitan, ejaan bercantum (hak milik – dihakmilikkan).
Bentuk kata majmuk yang terakhir ialah bentuk kata ganda. Menurut kamus
dewan telah mendefinisikan bahawa penggandaan merupakan proses yang
menggandakan kata dasar. Dalam proses ini kata dasar boleh mengalami penggandaan
penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak. Penggandaan penuh iailah
proses yang menggandakan kesemua kata dasar sama ada yang mengandungi
imbuhan ataupun tidak. Contohnya:

Penggandaan penuh kata - Peserta-peserta


tunggal

Penggandaan penuh kata Awalan Petani-petani


berimbuhan
Akhiran

Apitan

Penggandaan separa pula ialah proses yang menggandakan sebahagian kata


dasar sahaja. Kata dasar boleh menjadi kata tunggal mahapun kata terbitan. Contoh
penggandaan separa kata tunggal jejentik, lelangit, kekura dan sebagainya. manakala
penggandaan separa kata berimbuhan adalah seperti berikut:

Awalan Kata kerja Ber- Berbual-bual


Ter- Teragak-agak
Di- Digelak-gelak
Men- Meraba-raba
Kata adjektif Se- Senipis-nipis
Akhiran Kata nama -an Buai-buaian
Kata kerja -kan Masak-masakkan
-i
Kata adjektif -an Sayang-sayangan
Apitan Kata kerja Ber-…-an
Men-…-kan
Men-…-i
Di-…-kan
Di-…-i
Kata adjektif Ke-..-an Kebiru-biruan

Penggandaan seterusnya ialah penggandaan berentak, dimana proses


penggandaan ini menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata
dasar tersebut. Peggandaan berentak ini digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang
atau digubah. Penggandaan ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu penggandaan
berentak pengulangan vokal (mandi-manda), penggandaan berentak pengulangan
konsonan(lalu-lalang) dan penggandaan berentak bebas (sedu-sedan).

Kesimpulannya, morfologi dan bentuk kata sangat penting dalam bahasa kerana
membantu kita memahami struktur dan makna kata-kata dalam setiap ayat. Oleh itu,
dengan mempelajari morfologi dan bentuk kata, kita dapat meningkatkan kemampuan
bahasa kita dan lebih mudah memahami bahasa yang digunakan dimana-mana sahaja.
Sumber Rujukan

Anda mungkin juga menyukai