Anda di halaman 1dari 151

Ahli kumpulan: Farhad bin Hassan. Muhammad Syazwan bin Md. Yazid. Siti Atkah binti Mohd Zain.

Siti Noor Baizura binti Abdul Rahim. Nasiha binti Mohd Sharif.

TAKRIF MORFOLOGI
y

y y y

Morfologi merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji stuktur, bentuk dan penggolongan kata. stuktur kata susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang(tulisan) menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata berbentuk tungggal, hasil proses pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan. Unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan ialah mofem Mofem ialah unit terkecil dalam bahasa berfungsi gramatis dan menjalankan tugas nahu.

y IMBUHAN y imbuhan merupakan unit-unit

bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentukbentuk lain yang menyebabkan perubahan nahunya. y Bentuk-bentuk imbuhan ialah awalan, akhiran,sisipan, apitan,morfem kosong,dan bentuk fleksi.

IMBUHAN AWALAN
y Imbuhan yang

ditambahkan pada bahagian hadapan kata dasar. y Contohnya:imbuhan ber ditambahkan dalam perkataan jalan menjadi berjalan dan ter dalam terambil (bahasa melayu) y Im- dalam impolite dan disdalam displease(bahasa inggeris)

IMBUHAN AKHIRAN
y Imbuhan yang

ditambahkan pada bahagian belakang kata dasar y Misalnya an dalam lautan dan kan dalam panjangkan(bahasa melayu) y -ly dalam quickly dan ness dalam goodness(bahasa inggeris)

IMBUHAN SISIPAN
y Imbuhan yang

diselitkan di antara unsur kata dasar y Misalnya em- dalam g+em+uruh(bahasa melayu) y -um- dalam g+um+unting memotong dengan gunting(bahasa tagalog)

IMBUHAN APITAN
y Imbuhan yang

ditambahkan serentak pada hadapan dan belakang kata dasar y Misalnya ke-.-an dalam kedudukan dan pe-andalam pedalaman(bahasa melayu)

MORFEM KOSONG
Ada morfem yang berubah fungsi nahu tanpa apa-apa perubahan pada bentuknya. y Ada juga perkataan yang tiada pertambahan morfem contohnya sheep bentuk jamaknya tetap sheep y Terdapat juga kata kerja yang tidak mengalami sebarang perubahan. Contohnya put dan cut y oleh itu perkataan put dan sheep merupakan contoh morfem kosong.
y

BENTUK FLEKSI
Bentuk fleksi ialah imbuhan yang ditambahkan pada kata dasar untuk menentukan atau melahirkan sesuatu makna nahu. y Misalnya perkataan tunggal boleh dijamakkan denagan menambahkan imbuhan fleksi pada akhir perkataan. Misalnya boy-boys dan bookbooks y Imbuhan fleksi juga ditambahkan dalam kata kerja untuk menunjukkan kala atau kasus. Misalnya wait-waited dan laugh-laughed y i, me dan mine(bentuk kata nama ganti diri pertama) menunjukkan kasus(kasus nominatifkasus akusatif-kasus genitif). Gejala fleksi tidak wujud dalam kebanyakan bahasa Autronesia termasuk bahasa melayu.
y

PERKATAAN
Perkataan ialah ujaran yang bebas dan mengandungi makna, terdiri daripada satu atau gabunganbeberapa bunyi bahasa. y Perkataan dimulai dan diakhiri oleh sempadan perkataaan. Contohnya dalam ayat bahasa inggeris, The man is a winner, terdapat bentukbentuk kata berikut +the++man++a++winner+ dan dalam ayat bahasa melayu, Pelajar itu bakal menjadi mahasisiwa, terdapat bentuk kata:++pelajar ++itu ++bakal ++menjadi ++mahasiswa+ y Bentuk perkataaan terdiri daripada kata tunggal, terbitan, majmuk dan ganda
y

KATA TUNGGAL
y y

y y

Bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar iaitu yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tungggal terdiri daripada dua jenis iaitu unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri, kedua ialah unit yang tidak dapat berdiri sendiri dam memerlukan sukurang-kurangnya satu unit bebas. Contoh unit bebas dan berdiri sendiri:Boy!, Who?, Itu? Bakal! dan Saya. Contoh unit yang tidak dapat berdiri sendiri dan memerlukan sekurang-kurangnya satu unit bebas untuk menjalankan tugas nahunya: the boy,very clever,a baby, di mana?, untuk siapa?, ke Johor Kata akronim(terbit daripada proses penggabungansingkatan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh) juga tergolong dalam kata tunggal. Misalnya Mara(majlis amnah rakyat), pawagam(panggung wayang gambar), NATO(North Atlantic Treaty Organization) dan motel(motor hotel)

KATA TERBITAN
y

Bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan awalan, akhiran, sisipan atau apitan. Misalnya dalam bahasa melayu mendukung(men+ dukung), dipukul(di+ pukul), makanan(makan+ an), mengakui(meng + aku + i),dan pertunjukan(per + tunjuk + an) Contoh dalam bahasa inggeris quickly(im + polite), kindness(kind + ness), unattractive(un + attractive),dan impolite(im + polite)

KATA MAJMUK
y

y y y y

Bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Proses pembentukan kata majmuk berlaku dalam banyak bahasa. contohnya: Bahasa melayu:air mata, meja makan, kerani kanan,dan bendahari kehormat. Bahasa inggeris:red tape, ice cream, midnight blue,dan cane sugar. Bahasa tagalog:bagongtaon(tahun baru)

KATA GANDA
y

bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau bahgian tertentu, dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Contohnya bahasa melayu:kanak-kanak, lelaki, brtubi-tubi, membohongbohongi,dan memperkecil-kecil. Contoh bahasa inggeris:goody-goody, crisscross,dan walkie-talkie.

BENTUK PERKATAAN
y Bentuk

kata tunggal y Bentuk kata terbitan y Bentuk kata majmuk y Bentuk kata ganda

BENTUK KATA TUNGGAL


y y

y y y

Boleh mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata. Satu suku kata boleh dibentuk oleh satu vokal sahaja atau satu vokal disertai satu konsonan. Konsonan hadir di hadapan vokal atau belakang vokal. Contoh kata tunggal yang mengandungi satu suku kata dengan penyusunan V dan K berbeza. KV..Contohnya satu, dua, tiga dan empat suku kata:yu, aku, bahaya,dan anugerah Kata tunggal akronim:contohnya:cerpen(cerita pendek)

BENTUK KATA TERBITAN


Kata terbitan terhasil daripada proses pengimbuhan,iaitu proses menambahkan imbuhan pada kata dasar. y Contoh imbuhan pada kata dasar terbitan:peN + ketua menjadi pengetua y Imbuhan pada kata dasar majmuk:ber + darah panas menjadi berdarah panas
y

BENTUK KATA MAJMUK


Bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yamg membawa makna tertentu. y Dibezakan daripada FRASA kerana tidak dapat disisipkan sebarang unsur antara unitnya. y Contonya:air hujan, duta besar,dan telefon dail terus y kata Majmuk berbeza dieja a)dieja bercantum,contohnya bedroom b)dieja dengan sempang,contohnya:tax- free c)dieja terpisah,contohnya:reading material Kata majmuk lazim:jalan raya, daya serap,dan campur aduk KECUALIAN:ANTARABANGSA, BUMIPUTRA,dan KAKITANGAN
y

BENTUK KATA GANDA


Bentuk yang dihasilkan melalui proses mengulangi kata dasar. y Proses ini sama ada melibatkan seluruh kata dasar yang disebut penggandaan penuh atau penggandaan separa. y Contoh penggandaan penuh:negara negara,dan guru guru y Contoh penggandaan separa:le laki,dan je - jari
y

Terdapat 4 bentuk yang terhasil dalam pembentukan kata iaitu: i) bentuk kata tunggal. ii) bentuk kata terbitan. iii)bentuk kata majmuk. iv)bentuk kata ganda.

Bentuk kata tunggal. -tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian. -berpotensi membentuk kata terbitan. -terdapat 2 jenis kata tunggal:

a) Kata tunggal satu suku kata. b) Kata tunggal dua suku kata. -setiap suku kata terdiri daripada vokal(V) dan konsonan(K). -konsonan hadir di hadapan atau belakang vokal. -terdapat juga yang hadir serentak atau secra bergugus.

(a)Kata tunggal satu suku kata. -jumlah yang terhad iaitu 500 kata. -pinjaman daripada bahasa asing. -terdapat juga perkataan yang terbentuk daripada kependekan perkataan dua suku kata atau lebih. Contoh: ku-aku, tu-itu

-Pola gabungan konsonan- vokal dalam kata tunggal:


Pola KV VK KVK KKVK KVKK KKKV KKKVK Contoh yu, ru, ya am cat, wang, sen, lap, bin stor, krim, trak, gred teks, bank, zink, golf skru skrip, straw

(b)Kata tunggal dua suku kata. -Pola-pola kata tunggal dengan dua suku kata:
Pola V+KV V+VK V+KVK VK+KV VK+KVK KV+V KV+VK KV+KV KV+KVK KVK+KV KVK+KVK Contoh aku, uda, iri, apa, ubi aib, air, ais adik, emas, ubat, ulat undi, inti, erti, asli ambil, iblis, ombak, angkat dua, doa, tua, bau jauh, giat, diam, kuil jala, rata, guru, kita, bisu kapal, telur, pukul, mulut lampu, binti, senda, sendi bangsal, bengkok, jemput

(c)Kata tunggal tiga suku kata. -Jumlah kata yang agak kecil. -Mempunyai pola susunan konsonan-vokal yang banyak. -Kebanyakannya terdiri daripada kata-kata pinjaman. -Pola-pola kata tunggal dengan tiga suku kata:
Pola KV+V+KV KV+V+KVK V+KV+V KV+KV+V KVK+KV+V KV+KV+VK KVK+KV+VK V+KV+KV V+KV+KVK Contoh cuaca, suara, buaya, siapa biawak, ziarah, kaedah usia, urea, idea semua, setia, boria, belia tempua, mentua seluar, peluang, rasuah, ketiak mendiang, manfaat, tempias utara, agama, usaha, udara aqidah, amatur, ibarat

Pola VK+KV+KV KV+KV+KV VK+KV+VK V+KV+VK KV+KV+KVK KVK+KV+KVK KV+KVK+KV KVK+KVK+KV KV+KVK+KVK KVK+KV+KV

Contoh asrama, almari, istana, isteri keliru, budaya, berita, putera ilmiah, ikhtiar akaun, amaun, ideal senapang, kelawar, riwayat matlamat, martabat, sembilan selamba, royaliti, keranda Sempurna belimbing, selumbar, pelantar jendela, mentega, penjuru

(d)Kata tunggal empat suku kata dan lebih. -Contoh pola-polanya:


Pola KV+KV+VK+KV KV+KVK+KV+KV KVK+KV+KV+KV KVK+KV+V+KV KV+KV+KV+KV KV+KV+KV+KVK KVK+KV+KV+KVK KVK+KVK+KV+KV KV+KV+V+KVK V+KV+KVK+KV+KV KVK+KV+KV+KV+KVK KV+KV+KV+KV+KV+KV Contoh keluarga, biduanda bijaksana, peristiwa, sementara sandiwara, bendahara sentiasa panorama, selesema, sanubari masyarakat, perajurit sentimeter singgahsana nasional, mesyuarat universiti kosmopolitan, cenderawasih maharajalela

Bentuk kata terbitan. -bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan. -imbuhan terdiri daripada morfem terikat. -imbuhan tidak boleh berdiri sendiri dalam ayat. -terdapat 4 jenis imbuhan:

i) awalan -hadir sebelum kata dasar ii)akhiran -hadir selepas kata dasar iii)apitan -imbuhan awalan serta akhiran wujud secara serentak pada kata dasar iv)sisipan -hadir di celahan kata dasar

Awalan kata nama

Kata terbitan berawalan Awalan kata kerja Awalan kata adjektif

(i)Awalan kata nama


Imbuhan Contoh

pepempenpengpeljurumaha-

pelari, perakus, penyapu pembawa, pembuat pendua, pendatang penggali, pengawal, pengguna Pelajar jururawat, juruterbang maharaja, mahaguru

(ii)Awalan kata kerja


Imbuhan Contoh

mememmengmemperberbelter-

memasak, melawat, merasa membilang, membawa, membunuh menggigit, mengikut, mengajar memperalat, memperluas bermain, berjalan, berkayak belajar, belunjur tersepak, tergigit, tercampak

(iii)Awalan kata adjektif


Imbuhan Contoh

tertese-

terputih, terbesar, terjernih teringan, terendah, sehebat, setebal, sekacak

Akhiran kata nama

Kata terbitan akhiran

Akhiran kata kerja

(i)Akhiran kata nama


Imbuhan Contoh

-an -wan -wati -isme -at -ah

pakaian, mainan, jahitan olahragawan, sasterawan, karyawan wirawati, seniwati, olahragawati komunisme, vandalisme muslimat, hadirat uztazah, sultanah

(ii) Akhiran kata kerja


Imbuhan Contoh

-kan -i

gunakan, besarkan, tinggikan duduki, berkati

Apitan kata adjektif

Kata terbitan berapitan Apitan kata nama Apitan kata kerja

(i)Apitan kata nama


Imbuhan Contoh

pe--an pem--an pen--an peng--an pe--an per-an penge--an pel--an ke--an

pelaksanaan, perasaan, penyiaran pemulihan,pemindahan pendapatan, pencarian penggunaan,pengguguran pesisiran,peperangan permainan, pergigian pengesahan pelajaran, kelebihan, kedukaan, kelemahan

(ii)Apitan kata kerja


Imbuhan Contoh

me--kan ber--kan diper--kan memper--kan memper--i men--i ke--an

menakutkan, menaikkan beralaskan, berbajukan diperdengarkan memperlihatkan memperingati menziarahi, mencurigai kehujanan, kepanasan

(iii)Apitan kata adjektif


Imbuhan Contoh

ke--an

kearaban, keinggerisan

Kata terbitan bersisipan.


(i)Sisipan kata nama
Imbuhan -el-erContoh telunjuk, kelabut, kelengkeng seruling, keruping, serabut

(ii)Sisipan kata adjektif


Imbuhan -el-er-em-inContoh selerak, gelembung serabut, gerigi gemerlap, gemilang sinambung

Bentuk kata majmuk -proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih. -dieja terpisah. -bertindak sebagai satu unit yang bermakna. -tidak boleh menerima unsur lain. -mempunyai 3 kelompok:

(i)Kata majmuk terdiri daripada rangkaian kata bebas. -gambar rajah,air terjun, Perdana Menteri, bom tangan. (ii)Kata majmuk berbentuk istilah khusus. -garis pusat, kanta tangan, atur cara, urus setia (iii)Kata majmuk kiasan. -kaki ayam, bulan madu, pilih kasih, buta huruf

Bentuk yang telah mantap. -penggunaan sebagai satu perkataan yang utuh. -dieja sebagai satu perkataan. -Contoh: *antarabangsa *jawatankuasa *matahari *kerjasama *sukarela

Penggandaan kata majmuk. -melibatkan penggandaan unsur pertama sahaja. -Contoh: *alat-alat tulis *suku-suku kata *garis-garis pusat *kapal-kapal terbang *balai-balai raya *Menteri-Menteri Besar

Pengimbuhan kata majmuk. -menghasilkan kata terbitan. -terdapat dalam 2 bentuk: a)menerima imbuhan awalan dan akhiran. *bercampur aduk,mengambil alih,ditemu bual b)menerima imbuhan apitan *mencampuradukkan, menyatupadukan, diurusniagakan

Bentuk kata ganda. -proses menggandakan kata dasar. -terdapat 3 jenis penggandaan: i)penggandaan penuh ii)penggandaan separa iii)penggandaan berentak

i)Penggandaan penuh. -menggandakan seluruh kata dasar serta imbuhan. -Contoh: *tinggi-tinggi *mata-mata *suka-suka *pemimpin-pemimpin *peserta-peserta

ii)Penggandaan separa. -menggandakan sebahagian kata dasar. -berlaku dihadapan atau dibelakang kata dasar. -Contoh: *lelaki *rerambut *berkejar-kejar *tolong-menolong

iii)Penggandaan berentak. -menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi kata dasar tersebut. -seluruh kata dasar digandakan. -terdapat 3 jenis: a.penggandaan pengulangan vokal b.penggandaan pengulangan konsonan c.penggandaan berentak bebas

a.Penggandaan pengulangan vokal. -mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal. -Contoh: *sayur-mayur *hingar-bingar *cerai-berai *lauk-pauk *gotong-royong

b.Penggandaan pengulangan konsonan. -mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi konsonan. -Contoh: *kayu-kayan *mandi-manda *batu-batan *simpang-siur

iii)Penggandaan berentak bebas. -tidak mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan. -Contoh: *anak-pinak *lintang-pukang *saudara-mara *titik-bengik

Perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Unsur inti ini boleh terdiri daripada satu atau lebih daripada satu kata adjektif. Perkataan-perkataan lain yang hadir dalam satu frasa adjektif adalah berupa kata bantu atau kata penguat yang berfungsi sebagai unsur keterangan.kata adjektif berbeza dengan kata nama dan kata kerja kerana ia boleh disertakan dengan kata penguat contohnya nakal sungguh, amat baik, sangat laju dan terlalu pantas. Lazimnya kata adjektif berfungsi sebagai penerang kepada sesuatu kata nama atau frasa nama.
Contohnya : 1. 2. 3. 4. 5. Rumah itu besar Tindakan itu bagus skali Guru itu terlalu sibuk Pemikirannya masih mentah lagi Harga kasut itu sangat mahal

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

KATA ADJEKTIF SIFATAN KATA ADJEKTIF PERASAAN KATA ADJEKTIF CARA KATA ADJEKTIF UKURAN KATA ADJEKTIF BENTUK KATA ADJEKTIF WAKTU KATA ADJEKTIF WARNA KATA ADJEKTIF JARAK KATA ADJEKTIF PANCAINDERA

Kata adjektif sifatan ialah perkataan yang digunakan bagi menerangkan sifat atau keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama. Contohnya, Contoh perkataan : Kuat Keras Bijak Contoh ayat : 1. 2. 3. 4. 5. Budak nakal selalu kena marah. Dia lemah dalam matematik. Kubu pertahanan pemberontak itu amat kuat. Anak Pak Kamar bijak sekali. Peserta itu berdiri dengan cergas. pintar lemah cergas nakal sihat jahat

Kata adjektif perasaan ialah perkataan yang digunakan sebagai unsur keterangan kepada kata nama yang memberi pengertian atau konsep perasaan . Kata adjektif jenis ini perlu diikuti oleh kata sendi nama contohnya, Contoh perasaan : Kasih Sayang Cinta Contoh ayat : 1. 2. 3. 4. 5. 6. Dia masih marah kepada saya. Nenek itu terlalu kasih akan cucunya. Mereka amat rindu akan kampung halamannya. Gadis itu hendak sangat menemui neneknya. Kanak-kanak itu takut akan kucing. Pemuda itu masih malu untuk bersuara. takut hendak rindu malu geram marah

Kata adjektif cara sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah Perkataan yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam. contohnya, Contoh perkataan : pantas lambat laju Contoh ayat : 1. 2. 3. 4. 5. Kereta itu dipandu dengan laju. Siapa cepat dia dapat. Gasing itu berputar dengan ligat. Arus sungai itu sangat deras. Dia cermat apabila berbelanja. deras gopoh cermat ligat perlahan cepat

Kata adjektif ukuran sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan memberi pengertian ukuran. Contohnya,

Contoh perkataan : tebal nipis tinggi Contoh ayat : 1. 2. 3. 4. 5. Buku tebal itu sudah saya baca. Anaknya masih kecil lagi Badannya semakin kurus. Kertas nipis itu sudah tidak boleh digunakan. Pokok itu semakin hari semakin tinggi. gemuk kurus rendah panjang pendek kecil

Kata adjektif bentuk sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian rupa bentuk. Contohnya, Contoh perkataan : lurus bengkok lonjong Contoh ayat : 1. 2. 3. 4. 5. Jalan lurus mudah dilalui. Bentuk buah kelapa itu lonjong. Mukanya bujur sirih. Pinggan leper itu untuk pinggan makan. Matanya tajam memandang kehadapan. bulat leper buncil bujur bundar tajam

Kata adjektif waktu sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian konsep masa. Contohnya, Contoh perkataan : Kerap jarang baharu Contoh ayat : 1. 2. 3. 4. 5. Kedatangannya lewat hari ini. Dia berada di sekolah sehari suntuk. Kenangan silam sukar dilupakan. Nenek masih menyimpan barang-barang lama. Cikgu menasihatkan kami supaya datang awal. awal lewat dahulu sering silam lampau

kata adjektif warna sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian warna. Contohnya, Contoh perkataan : perang biru Contoh ayat : 1. 2. 3. 4. 5. Adik suka pakai baju hijau. Pakaian pelajar sekolah bewarna putih. Warna kesukaan saya warna ungu. Kereta merah itu kepunyaan abang. Dia memiliki mata bewarna coklat. hitam kelabu

Kata adjektif jarak sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian konsep ruang antara dua benda atau keadaan. Contoh perkataan : nyaris hampir Contoh ayat : 1. Rumahnya tidak jauh dari selekoh. 2. Sekolah itu dekat dengan lebuh raya. 3. Dia berdiri hampir dengan kereta saya. dekat jauh

Kata adjektif pancaindera sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian konsep sentuh,dengar,pandang, bau,rasa. Contohnya, Indera sentuh Contoh perkataan : lembik kasar halus kesat Contoh ayat: 1. Lantai itu licin kerana baru dicuci. 2. Kulit mukanya sangat halus. 3. Kain yang kesat itu adalah kain lap. 4. Buku itu berkulit keras. 5. Dawai kasar itu untuk dibuat ampaian.

licin keras

Indera dengar Contoh perkataan : nyaring merdu

lembut garau

mersik serak

Contoh ayat: 1. Suaranya merdu bagai buluh perindu. 2. Teriakannyta nyaring sungguh. 3. Kebanyakan lelaki bersuara garau. 4. Saya suka mendengar suaranya yang lembut. 5. Alunan muzik itu mersik sekali.

Indera pandang Contoh perkataan : comel cantik

hodoh buruk

molek segak

Contoh ayat: 1. Pemuda segak itu guru saya. 2. Kakaknya suka berpakaian cantik. 3. rumah buruk itu tidak berpenghuni. 4. Dia ingin mengahwini pemuda tampan. 5. Pakaian pengantin itu molek sungguh.

Indera bau

Contoh perkataan : wangi busuk

hanyir hancing

harum tengik

Contoh ayat: 1. Bunga ros itu harum baunya. 2. Bangkai ikan itu menyebabkan bau hanyir. 3. Nasi tengik itu tidak boleh dimakan. 4. Setiap hari dia memakai minyak wangi. 5. Bau busuk itu datangnya dari lori najis.

Indera rasa Contoh perkataan : manis masin

kelat payau

masam lazat

Contoh ayat: 1. Setiap hari kita minum air tawar. 2. Semua orang suka makanan lazat. 3. Buah limau masam rasanya. 4. Saya tidak suka minum ubat pahit. 5. Kuih tradisional itu terlalu manis.

1.Kata adjektif tunggal 2.Kata adjektif terbitan 3.Kata adjektif majmuk 4.Kata adjektif ganda

Kata adjektif tunggal ialah kata adjektif yang terbentuk tanpa mengalami proses pengimbuhan. Kesemua kata adjektif yang terdapat dalam contoh-contoh diatas adalah kata adjektif tunggal, iaitu terbentuk daripada kata dasar tanpa gabungan bentuk imbuhan. Lazimnya kata adjektif tunggal digunakan dalam ayat sebagai penerang kata nama atau frasa nama, disamping menerima sama ada kata bantu dan kata penguat atau tanpa unsur-unsur tersebut. Contohnya, 1. Bayi comel itu anak saudara saya. 2. Pakaian yang dipakainya itu cantik sungguh. 3. Orang-orang Asia bertubuh kecil. 4. Nenek tidak suka air manis.

Kata adjektif terbitan ialah perkataan yang terbentuk hasil daripada proses pengimbuhan, iaitu menggabungkan kata dasar dengan awalan, akhiran, apitan dan sisipan kata adjektif.

AWALAN KATA ADJEKTIF Awalan kata adjektif dalam Bahasa Melayu yang dapat menghasilkan kata adjektif terbitan adalah seperti berikut. I. TerII. Se-

Awalan terAwalan ter- dapat membentuk kata adjektif terbitan apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata adjektif juga. Awalan ter- dengan kata dasar tersebut berfungsi sebagai penjelasan keadaan perbandingan atau keadaan paling. Contohnya, Ter + cantik Ter + putih Ter + tinggi Ter + besar Ter + banyak = = = = = tercantik terputih tertinggi terbesar terbanyak

Contoh penggunaan dalam ayat, 1. 2. 3. 4. 5. Pakaiannya yang tercantik dalam majlis itu. Kasutnya yang terputih sekali. Pokok yang tertinggi itu ialah pokok kelapa. Bank itu terbesar di Malaysia. Dia mendapat markah terbanyak.

Awalan seAwalan se- dapat membentuk kata adjektif terbitan apabila bergabung dengan kata dasar. Kata adjektif terbitan jenis ini membawa maksud sama atau seakan-akan. Contohnya, se + teguh se + gagah se + tinggi se + dalam se + cantik = = = = = seteguh segagah setinggi sedalam secantik

Contoh penggunaan dalam ayat, 1. 2. 3. 4. 5. Rumahnya seteguh bangunan lima tingkat. Keupayaannta itu segagah Badang. Potretnya itu secantik Monalisa. Burung itu terbang setinggi langit. Perasaan cintanya sedalam lautan.

Apitan kata adjektif


Apitan kata adjektif dalam Bahasa Melayu yang dapat menghasilkan kata adjektif terbitan ialah : 1. Ke-.....-an i. Apitan ke-...an Apitan ke-...an apabila digabungkan dengan kata dasar daripada jenis kata nama akan membawa makna sesuatu keadaaan atau sifat kata nama yang diterangkan. Kata adjektif yang mengambil apitan ke-...-an ini terhad jumlahnya yang umum dihubungkan dengan sifat sesuatu bangsa. Contohnya, Ke + melayu + an Ke + barat + an Ke + inggeris + an = kemelayuan = kebaratan = keinggerisan

Contoh penggunaan dalam ayat, 1. Semangat kemelayuannya amat ketara. 2. Fesyen pakaiannya agak kebaratan. 3. Cara hidupnya amat keinggerisan.

Kata adjektif majmuk adalah perkataan yang terdiri daripada rangkaian dua atau lebih kata dasar yang akan membawa makna tertentu pula. Kata adjektif majmuk dalam Bahasa Melayu dieja terpisah tetapi bertindak sebagai satu unit. Contohnya, 1. Kata adjektif majmuk Contoh perkataan : merah tua hijau muda biru laut kuning langsat

Contoh ayat: 1. Saya suka melihat kulitnya yang kuning langsat. 2. Cadar berwarna biru laut itu sudah dibeli. 3. Warna kasutnya merah tua. 4. Dia bercadang untuk memakai baju hijau muda.

1. Kata adjektif majmuk bentuk kiasan Contoh perkataan : ringan tulang terang hati busuk hati baik budi

Contoh ayat: 1. Dia anak kesayangan kerana dia ringan tulang. 2. Kita dilarang busuk hati terhadap orang lain. 3. Orang yang baik budi selalu dihormati. 4. Budak yang terang hati mudah diajar.

Kata adjektif juga boleh mengalami proses penggandaan, iaitu proses mengulang kata dasar sama ada diulang keseluruhannya ataupun sebahagian sahaja. Jadual yang berikut menunjukkan kata adjektif terbentuk melalui proses penggandaan.

Penggandaan penuh Contoh perkataan : Bijak-bijak Tinggi-tinggi Contoh ayat: 1. Anak Pak Mat bijak-bijak belaka. 2. Orang Eropah tinggi-tinggi. 3. Dia memakai baju kekuning-kuningan. kemerah-merahan kekuning-kuningan

Penggandaan separa Contoh perkataan : kecil-kecilan besar-besaran Contoh ayat: 1. Sambutan Maulid Nabi disambut secara kecil-kecilan. 2. Perkahwinannya diadakan secara besar-besaran.

Penggandaan berentak Contoh perkataan : gopoh-gapah kacau-bilau hiruk-pikuk Contoh ayat : 1. 2. 3. 4. Gopoh-gapah dia bersiap kerana sudah terlewat. Negara itu kacau-bilau akibat rampasan kuasa. Suasana di pasar hiruk-pikuk pada waktu pagi. Jalan yang bengkang-bengkok itu memeningkan kepala saya. bengkang-bengkok sunyi-sepi gelap-gelita

KATA ADJEKTIF PERBANDINGAN

Kata adjektif dalam bahasa Melayu dapat digunakan dalam bentuk perbandingan.Ada tiga darjah perbandingan adjektif,iaitu :

I. Darjah biasa Kebanyakan kata adjektif yang digunakan adalah dalam bentuk bandingan biasa, iaitu seperti dalam contoh-contoh berikut : - Rumahnya jauh dari sini. - Dia memakai baju baru. - Murid yang rajin selalu dipuji. - Kasut mahal itu dibeli oleh ayah.

II. Darjah bandingan Kata adjektif boleh juga digunakan dalam bentuk bandingan dengan dua cara, iaitu seperti jadual yang berikut.

Bandingan sama dengan awalan se- atau perkataan sama Contoh : 1. 2. 3. 4. 5. Dia melukis sebaik pelukis terkenal. Pokok sena itu setinggi pokok kelapa. Buku itu tidak setebal buku ini. Parasnya sama cantik dengan ibunya. Masakannya sama sedap dengan masakan neneknya.

Bandingan yang berbeza dengan perkataan lebih atau kurang. Contoh : 1. 2. 3. 4. 5. Beg saya lebih besar daripada begnya. Tiang besi lebih kuat daripada tiang kayu. Sulamannya lebih halus daripada sulaman saya. Kasut itu kurang mahal daripada kasut ini. Cikgu itu kurang rajin berbanding cikgu Salina.

III. Darjah penghabisan Kata adjektif kadang kala digunakan dalam bentuk perbandingan melalui cara-cara berikut. Gandaan kata adjektif dengan kata nama Contohnya : Sedalam-dalam lautan Sebusuk-busuk bangkai Sehalus-halus kuman Perkataan yang dengan kata adjektif Contohnya : Yang terbesar Yang terbaru Yang terlama Perkataan paling dengan kata adjektif Contohnya : Paling cantik Paling baik Paling tinggi darjah penghabisan

yang terpanjang yang tergelap yang terpanas

paling manis paling keras paling nyaring

Kata adjektif dengan perkataan sekali Contohnya : Manis sekali Lembut sekali Harum sekali Gemuk sekali Tebal sekali Kasar sekali

KATA ADJEKTIF DAN UNSUR KETERANGAN


Sebagai unsur penerang kepada kata nama atau frasa nama, kata adjektif dapat terbentuk dalam satu rangkaian frasa adjektif dengan unsur-unsur keterangan seperti yang berikut :

i. Kata bantu + kata adjektif masih tebal masih suntuk ii. Kata penguat + kata adjektif agak bulat sangat sedap iii. Kata bantu + kata adjektif + kata penguat sudah dekat betul sudah gelap sungguh

masih buncit masih cepat

sungguh rendah gopoh betul

belum sihat benar mahu pandai betul

iv. Kata bantu + kata penguat + kata adjektif masih terlalu merah sudah amat dalam v. Kata penguat + kata adjektif + keterangan sungguh deras kerana hujan lebat sangat suka akan durian amat merdu pada pendengarannya belum terlalu lama masih agak keras

Kata Tugas

K.penyambung ayt

K.praklausa

k.prafrasa

k.pascakata

k.hubg.gabungan k.hbung.pencangan a)keterang b)komplemen c)relatif

a)k. bantu b) k. penguat c) k. penengas d )k. nafi e) k. Pemeri f ) k. sendi nama g)k. arah h)k. bilangan

a)k. penekan b)k. pembenda

a) k.seru b) k.tanya c) k.perintah d) k.pembenar e) k.pangkal ayat

Kata penyambung ayat


Sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan 2 binaan ayat sehingga membentuk ayat majmuk y Ayat majmuk gabungan dihubungkan oleh kata hubung gabungan. y Ayat majmuk pancangan dihubungkan oleh kata hubung pancangan.

Kata hubung gabungan


y Menghubungkan dua

klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. y Contah kata hubung: Dan,atau,tetapi,serta,lalu, malahan,sambil Contoh ayat: Tetamu itu bangun lalu turun ke serambi.

Kata hubung pancangan


y Menyambungkan klausa-klausa

tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. y Kata hubung pancangan: a) relatif b)komplemen c)keterangan

Kata hubung pancangan relatif


y Menghubungkan klausa

utama dengan satu klausa kecil yang lain. y Bentuk kata hubung jenis ini ialah yang. y Contoh ayat: Pemuda yang kena tangkap itu telah diberi amaran.

Kata hubung pancangan komplemen Menghubungkan satu klausa komplemen atau lengkap pada satu klausa utama. y Contoh kata ialah untuk dan bahawa y Contoh ayat: Guru itu menyatakan bahawa anak muridnya sangat rajin. Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar.
y

Kata hubung pancangan keterangan


Menghubungkan klausa yang menjadi keterangan dengan klausa utama. y Contoh kata ialah, kerana,agar,sekiranya,kalau,setelah, meskipun,sewaktu dll. y Contoh ayat: Pegawai itu dipuji kerana rajin Kalau musuh menyerang kami akan melawan.
y

Kata praklausa
Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa yang terdiri daripada kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar, dan kata pangkal ayat. y Kata seru. berfungsi melahirkan berbagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Contoh ayat: Aduh, sakitnya kakiku!
y

Kata tanya
y Digunakan untuk

menanya

sesuatu soalan y Contoh ayat: Harga barang itu berapa? Mengapakah dia menangis? Bilakah gerangan kekanda akan pulang?

Kata perintah
y Digunakan bertujuan

untuk menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan, atau permintaan. y Contah ayat: y Jangan buang sampah di sini y Usah biarkan dia berseorangan.

Kata pembenar dan kata pangkal ayat.


Kata pembenar digunakan untuk mengesahkan sesuatu nyataan. y Contoh ayat: y Ya, itulah orangnya. Kata pangkal ayat. perkataan yang hadir di hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Contoh ayat: Hatta istana itu pun siap.
y

Kata prafrasa
y Mendukung tugas-tugas

maksud yang terkandung dalam ayat seperti tugas membantu, memguat, menengas, menafikan, memeri, menyendirkan, dan menunjukkan.

Kata bantu
Membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama dengan menimbulkan makna-makna tambahan dari aspek waktu atau ragam. Kata bantu aspek -Menimbulkan suasana perbezaan dari segi masa. Contoh ayat: Pekerja itu telah pulang
y

y Kata

bantu ragam Menyatakan raham perasaan manusia yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan, contahnya: Kanak-kanak itu hendak masuk ke bilik.

Kata penguat
Penguat hadapan y Contoh ayat: Pokok di belakang rumahku terlalu tinggi. o Penguat belakang o Contoh ayat: Kelakuan budak itu baik sekali. o Penguat bebas Pakaian budak itu amat kemas Pakaian budak itu kemas sungguh
y

Kata penegas
y Sejumlah perkataan yang

memberi penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. y Berlaku apabila frasa predikat yang ditegaskan itu mengalami pendepanan dengan kehadiran kah,-tah,-lah y Contohnya: Siapakah majikan kamu itu? Majikan kamu itu siapakah?

Kata pemeri
y Unsur

yang menjadi perihal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama predikat. y Untuk pemerihal secara persamaan atau ekuatif dengan menggunakan pemeri ialah. y Untuk pemerihal secara huraian atau kualitatif dengan menggunakan kata pemeri adalah.

y Contoh penggunaan ialah:

Antara perkara yang dibincangkan dalam buku itu ialah pentingnya berbudi bahasa. o Contoh penggunaan adalah: Sumbangan besar beliau adalah dari segi pembicaraan terperinci tentang penterjemahan semantik lawan penterjemahan komunikatif.

Kata arah
y Perkataan yang hadir

sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan.contonya, atas, bawah, tepi, tengah,dan dll. y Contoh ayat: Buku itu berada di atas meja Mereka bersembunyi di bawah rumah.

Kata bilangan
y Kata bilangan yang menunjukkan

jumlah yang tentu sifatnya. y Contoh ayat: Dua hari lagi dia akan berangkat ke Mekah. o Kata bilangan tak tentu. o Contoh ayat: Segala persiapan telah dibuat.

y Kata

bilangan maksud himpunan. y Contoh ayat: Beratus-ratus orang kehilangan rumah akibat kebakaran itu. o Kata bilangan maksud pisahan. o Contoh ayat: Mereka masing- masing membawa makanan sendiri.

Kata pascakata.
Kata yang hadir selepas perkataan. y Bentuk itu ialah nya. y Kata pascakata: a)Kata penekan Memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contoh: Pokok durian itu nampaknya akan berbuah lebat.
y

b) Kata Pembenda Bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan kata nama sebagai kata nama. Contoh: Lajunya ialah 100km sejam.

DEFINISI: -Kata akronim ialah perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan singkatan beberapa perkataan dan seterusnya membentuk satu perkataan yang utuh.

-Bentuk yang dihasilkan umumnya melalui percantuman bunyi-bunyi pertama dalam sejumlah perkataan. -Pencantuman bahagianbahagian daripada beberapa perkataan untuk membentuk satu perkataan baharu.

-Kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata seterusnya dilafaz sebagai kata yang wajar.

-Perkataan yang dihasilkan melalui pencantuman bahagian daripada serangkaian perkataan. Bahagian-bahagian perkataan itu terdiri daripada huruf, suku kata atau singkatan perkataan.

Ciri-ciri akronim: a) tergolong dalam kata tunggal. Contoh: Mara-Majlis Amanah Rakyat pawagam-panggung wayang gambar. NATO-North Atlantic Treaty Organization motel-motor hotel

Contoh: Bahasa Melayu cerpen-cerita pendek jentolak-jentera tolak tadika-taman didikan kanak-kanak ABIM-Angkatan Belia Islam Malaysia Petronas-Petroleum Nasional

Bahasa Inggeris MARDI-Malaysian Agricultural Research Development Institute FELDA-Federal Land Development Authority laser-light amplification by stimulated emission of radiation radar-radio detecting and raging

Bahasa Indonesia Dubes-Duta Besar Menlu-Menteri Luar LIPI-Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia Pertamina-Pertambangan Minyak dan Gas Bumi Nasional Nasakom-Nasionalisme,Agama, Komunisme

b) Boleh ditulis dengan 3 cara: i.Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan. Ditulis dengan huruf besar. Contoh: LUTH-Lembaga Urusan dan Tabung Haji ABIM-Angkatan Belia Islam Malaysia

ii.Gabungan huruf awal atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya jika bukan kata nama khas. Contoh: tabika-taman bimbingan kanakkanak kugiran-kumpulan gitar rancak ubahsuai-ubah sesuai

iii.Gabungan huruf awal atau suku kata yang membentuk kata khas perlu ditulis bermula dengan huruf besar. Contoh: Bernama-Berita Nasional Malaysia Intan-Institut Tadbiran Awam Negara Pernas-Perbadanan Nasional

c) Terbentuk untuk kata nama khas. d) Pembentukannya agak longgar. e) Pembentukan tidak mempunyai prinsip yang jelas. f) Tidak sesuai dalam pembentukan perkataan baharu dalam bahasa Melayu.

Mempunyai 4 jenis: i.Kata akronim cantuman huruf awal perkataan. -terdiri daripada nama khas. Contoh: IPTAR:Institut Penyiaran Tun Abdul Razak.

ii.Kata akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan sesedap sebutan tanpa urutan. Contoh: Perhilitan-Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara

iii.Kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan. Contoh: cerpen-cerita pendek kugiran-kumpulan gitar rancak

iv.Kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain dalam perkataan yang mengikuti. Contoh: asbut-asap kabut debunga-debu bunga jalurah-jalan lurah

Terdapat 2 cara pembentukan kata baru: i.Penggunaan popular ii.Perancangan bahasa yang rasmi.

-Dihasilkan oleh penulispenulis untuk media massa atau dalam penulisan kreatif. -Diperkenalkan secara ciptaan sendiri. -Diperkenalkan melalui terjemahan atau secara ambilan menyeluruh.

Contoh: -berita gempar -biro -buang negeri -ibu kota -kata dua -kenyataan akhbar -paling tadah -kempen -pencen

-Dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka serta institusiinstitusi pengajian tinggi. -Berbentuk istilah yang merujuk bidang-bidang ilmu dan kerjaya tertentu. -Terdapat 7 langkah dalam pembentukan istilah baru yang ditetapkan DBP dalam buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu(1992):

i.Penggunaan perkataan dalam bahasa Melayu yang digunakan dan dikhususkan maknanya untuk mendukung makna istilahnya. Contoh: -gaya -tapak -hasil keluaran -daya

ii.Penggunaan perkataan dalam bahasa Melayu yang kurang digunakan. Contoh: -peka -jisim -hablur -cerakin -mendap

iii.Penggunaan perkataan bahasa serumpun ataupun dialek Melayu yang lazim digunakan. Contoh: -dermaga -kamir -labur -gambut

iv.Penggunaan perkataan bahasa serumpun atau dialek yang tidak lazim digunakan. Contoh: -dening -riam -engkabang -nyeri

v.Perkataan atau istilah daripada bahasa Inggeris. Contoh: -atom -reaktor -elektron -profesional -skru -struktur

vi.Penggunaan perkataan atau istilah daripada bahasa lain. Contoh: -Weltanschauung -in foto -de facto -espirit de corp -ad hoc

vii.Pemilihan yang terbaik antara di atas jika terdapat beberapa kemungkinan. -Mempunyai 4 syarat yang perlu dipatuhi: *ungkapan yang paling singkat. *ungkapan yang maknanya tidak menyimpang.

*ungkapan yang tidak berkonotasi buruk. *ungkapan yang sedap didengar.

-Terdapat 2 proses pembentukan istilah: (i) melalui proses pinjam terjemah. (ii) melalui proses pinjaman.

PROSES PINJAM TERJEMAH. -istilah terbentuk daripada perkataan Melayu jati atau bahasa serumpun dengan memberikan makna baru untuk membawa konsep tertentu. -terdapat 5 cara proses pinjam terjemah.

5 cara proses pinjam terjemah: a.terjemahan langsung


Contoh: resistance rintangan ellipenut engkabang soluble - larut dose sukatan humidity - kelembapan

b.Penggabungan dua kata umum


Contoh: missile peluru berpandu landmine periuk api honeymoon bulan madu right angle sudut tepat indicator lamp lampu penunjuk

c.Penciptaan kata baharu yang tidak pernah ada dalam bahasa Melayu bagi mendukung konsep baharu.
Contoh: subsidence antaman allot umpuk up date kemas kini configuration - tatarajah

d.Peluasan makna sesuatu perkataan untuk mendukung konsep baharu serta mengalami perubahan bunyi.
Contoh: salur salir hakis kikis serap jerap gelap - legap

e.Mencipta kata baharu dengan gandaan separa.


Contoh: radius jejari lattice kekisi coplanar sesatah liquid cecair retractile sesentuh capillary - rerambut

PROSES PINJAMAN. -Mengambil istilah daripada bahasa asalnya. -Seterusnya, melakukan penyesuaian pada bahagian bunyi dan ejaan. -Disebut mengikut sebutan bahasa Melayu baku.

(a)Pengambilan dengan perubahan atau penyesuaian dalam ejaan: geography - geografi biology - biologi kinetic - kinetik nectary - nektari structure - struktur mathematics-matematik

(b)Pengambilan tanpa perubahan ejaan: magnet magnet linear linear import import audit audit standard standard radio radio bonus - bonus

Anda mungkin juga menyukai