Anda di halaman 1dari 7

IPGM KAMPUS TEMENGGUNG IBRAHIM JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TAKZIM

BAHASA JIWA BANGSA


BMK3115 PENULISAN ESEI ILMIAH
NAMA BIN AZIZ NO. MATRIK TAJUK TUGASAN : DALAM : : MUHAMMAD FAHMI ICBI1106026 BAHASA JIWA BANGSA KONTEKS

BAHASA MELAYU MALAYSIA KOD KURSUS : BMK3115

Muhammad Fahmi bin Aziz 760920-01-5259 PPG Tugasan Bahasa Melayu

Tajuk : Bahasa Jiwa Bangsa

Pendahuluan Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud bahawa sesuatu bahasa itu menjadi milik mutlak sesuatu bangsa serta menjadi identiti kebangsaan. Sesungguhnya bahasa itu menunjukkan jati diri sesuatu bangsa yang menjadikannya sebagai alat komunikasi dan perpaduan untuk saling memahami serta turut berperanan sebagai bahasa ilmu. Kekuatan bahasa itu menentukan kuatnya sesuatu bangsa.

Selepas merdeka, Bahasa Melayu telah menjadi salah satu asas di dalam pembinaan negara melalui tiga fungsi utama iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Sebagai bahasa kebangsaan, Bahasa Melayu telah berhasil menjadi asas terbentuknya sebuah negara berdaulat dan menjadi faktor kesatuan rakyat demi membentuk perpaduan kebangsaan. Sebagai bahasa rasmi pula, Bahasa Melayu telah menjadi wahana komunikasi rasmi yang menggerakkan jentera pentadbiran kerajaan di pelbagai peringkat dalam membangunkan negara. Segala urusan di sektor utama seperti pentadbiran, pendidikan, undang-undang dan kehakiman dan media massa yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai wahana komunikasi dapat berjalan lancar dan sempurna kerana ia dapat difahami oleh semua. Sebagai bahasa ilmu pula, Bahasa Melayu telah memungkinkan berlangsungnya pendemokrasian di dalam bidang pendidikan di mana semua dapat peluang belajar dalam bahasa kebangsaan, tanpa kekangan faktor taraf sosioekonomi dan pengasingan etnik serta keeksklusifan bahasa pengantar ilmu yang dahulunya didominasi oleh Bahasa Inggeris.

Bahasa merujuk kepada lambang budaya atau fungsi dan peranannya sebagai sistem perhubungan sosial dalam masyarakat. Terdapat dua aspek penting berkaitan hubungan antara 2

Muhammad Fahmi bin Aziz 760920-01-5259 PPG Tugasan Bahasa Melayu

bahasa dengan sesuatu bangsa di mana dalam konteks yang diperbincangkan ini merujuk kepada Bahasa Melayu. Aspek yang pertama ialah cara bagaimana kita menggunakan Bahasa Melayu atau ragam tertentu Bahasa Melayu yang menunjukkan kelakuan budaya, sosial atau taraf sosial di dalam masyarakat. Bahasa menjadi sistem budaya di mana bahasa yang baik tidak hanya dari segi peraturan tatabahasanya sahaja, malah ia turut menitikberatkan aspek peraturan sosial, budaya dan adat yang dipegang sejak sekian lama. Bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai laras bahasa serta istilah yang indah dapat menjadikan komunikasi lebih tertib dan teraputik. Penggunaan bahasa yang salah dan bercelaru biasanya lahir daripada otak atau minda yang berfikiran cetek serta tidak cerdik. Ini juga melambangkan bahawa bangsa itu tidak maju akal dan fikirannya.

Aspek yang kedua pula ialah bahasa menjadi penanda identiti atau jati diri sesuatu bangsa. Bangsa yang dimaksudkan itu bukan hanya bererti kelas sosial atau adat, tetapi sebagai entiti atau kesatuan sosiopolitik atau di dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai nation. Bahasa Melayu menjadi alat pembentuk tamadun bangsa sepanjang sejarah perkembangannya. Bahasa inilah yang digunakan sebagai alat pemikiran untuk menghasilkan ilmu dan karya-karya besar kesusasteraan dan seni bangsa Melayu. Secara tidak langsung, pelbagai ideologi kebangsaan dapat disebarluaskan dan difahami oleh seluruh rakyat.

Di dalam konteks pembinaan negara bangsa yang bernama Malaysia ini, bahasa tentunya memainkan peranan yang amat penting dalam menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum serta pelbagai etnik ini. Adalah menjadi satu cabaran yang getir untuk memastikan tidak wujud elemen sangsi atau curiga antara kaum lantaran penggunaan bahasa pertuturan yang berbeza. Perlembagaan Malaysia yang mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan melalui Fasal 152 memberikan isyarat jelas betapa besarnya peranan bahasa 3

Muhammad Fahmi bin Aziz 760920-01-5259 PPG Tugasan Bahasa Melayu

dalam pembentukan negara bangsa Malaysia. Peranan Bahasa Melayu dapat membentuk keperibadian bangsa Malaysia dengan berpandukan gagasan satu bahasa, satu bangsa, satu nusa.

Negara-negara dunia seperti Jepun, Korea, Jerman dan Perancis yang mampu mencapai kemajuan dan kemodenan dengan acuan mereka sendiri, dan yang lebih membanggakan ialah kemajuan itu dicapai melalui bahasa ibunda mereka. Rata-rata rakyat negara tersebut menggunakan bahasa mereka untuk segala urusan tanpa segan silu atau takut dipandang rendah oleh orang luar. Perkara ini perlu dilihat secara kritis dan terbuka di mana keadaan ini tidak berlaku di negara kita, di kalangan bangsa Malaysia. Terdapat kemungkinan bahawa penjajahan yang berlaku serta dasar British pada masa dahulu menimbulkan rasa kurang yakin serta rendah diri di dalam diri bangsa kita. Kita takut untuk mengetengahkan bahasa kita ke peringkat yang lebih luas, contohnya di dalam bidang ekonomi. Bangsa kita lebih selesa menggunakan asing yang dianggap lebih global dalam urusan perdagangan. Pemikiran kita perlu diubah dan cuba memaksimumkan penggunaan bahasa didalam pelbagai urusan agar memberikan nilai tambah kepada bahasa itu sendiri.

Sejak kebelakangan ini terdapat beberapa isu berkaitan Bahasa Melayu yang perlu diberikan perhatian serius oleh kita selaku bangsa yang mengakuinya sebagai bahasa rasmi. Bahasa Melayu dilihat semakin terpinggir baik didalam bidang pendidikan mahupun pasaran pekerjaan. Jika diperhalusi, kehendak pasaran pekerjaan yang mengutamakan calon berbahasa Inggeris mengakibatkan Bahasa Melayu dipinggirkan dikalangan rakyat Malaysia yang berlumba-lumba menguasai Bahasa Asing tersebut. Ditambah pula isu seperti bahasa rojak, campuran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta kesalahan ejaan di papan tanda iklan dipandang remeh tanpa tindakan daripada semua pihak. Kebanjiran budaya luar membawa pengaruh Bahasa 4

Muhammad Fahmi bin Aziz 760920-01-5259 PPG Tugasan Bahasa Melayu

Asing terutamanya terhadap golongan muda. Sebagai contoh K-Pop(Korean Pop), dimana lagu-lagu mereka mempengaruhi jiwa generasi muda untuk menghayati Bahasa Korea. Persepsi ibu bapa masa kini yang melihat Bahasa Asing sebagai subjek yang penting melebihi daripada Bahasa Melayu bagi membolehkan anak mereka bersaing dalam bidang pelajaran, perniagaan dan pasaran pekerjaan. Mereka berlumba-lumba member pendedahan Bahasa Asing kepada anak-anak dengan harapan mereka bakal menjadi orang yang berkemahiran dalam bahasa tersebut. Sayangnya, sikap bertentangan pula apabila melibatkan Bahasa Melayu kerana pada pendapat mereka Bahasa Melayu boleh dipelajari secara informal.

Dasar pendidikan PPSMI yang diperkenalkan pada tahun 2005 telah memberikan impak yang agak negatif terhadap Bahasa Melayu. Tumpuan yang diberikan kepada Bahasa Inggeris seolah-olah menenggelamkan kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah. Penggunaan Bahasa Inggeris di dalam pengajaran dua subjek utama iaitu Sains dan Matematik telah mencuri tumpuan murid terhadap bahasa tersebut dan dalam masa yang sama meminggirkan Bahasa Melayu. Namun, malangnya, penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar untuk kedua-dua subjek tidak mencapai objektif. Memang diakui bahawa peranan Bahasa Inggeris juga tidak kurang pentingnya, tetapi harus diingat bahawa murid mungkin terkeliru dengan keutamaan bahasa yang perlu dikuasai mereka. Kesedaran perlu diterapkan dan rasa cinta dan hormat terhadap bahasa sendiri perlu ditanam sejak peringkat awal lagi. Sekiranya kepincangan berlaku dari aspek perspektif mereka terhadap kepentingan Bahasa Inggeris yang melangkaui Bahasa Melayu, maka tidak mustahil satu hari nanti bahasa ini pula yang terpaksa menjadi bahasa kedua di negara sendiri. Mungkin akan wujud golongan yang lebih rela berbahasa rojak daripada menanggung malu menggunakan Bahasa Melayu yang dipandang rendah oleh anak bangsa sendiri.

Muhammad Fahmi bin Aziz 760920-01-5259 PPG Tugasan Bahasa Melayu

Rumusan

Melihat realiti kedudukan Bahasa Melayu yang agak tergugat di mata bangsa sendiri pada masa kini, sesuatu perlu dilakukan agar persepsi masyarakat terhadap bahasa ini dapat diperbetulkan. Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu adalah sangat bertepatan dengan situasi masa kini yang dilihat condong mengagungkan bahasa asing. Bahasa Malaysia bukan milik orang melayu tetapi milik rakyat Malaysia. Dalam perkara 152 Perlembagaan Malaysia mencatatkan bahawa Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan negara kita. Malah dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menyebut bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi dan hendaklah digunakan di dalam semua urusan rasmi kerajaan. Dalam Akta Pendidikan pula, Bahasa Melayu diangkat peranannya untuk menjadi bahasa pengantar utama di institusi pendidikan. Melihat kepada betapa banyaknya akta yang dibuat berkaitan kedudukan Bahasa Melayu ini, dapat dirumuskan bahawa bahasa sememangnya penting dalam melambangkan jati diri serta identiti sesuatu bangsa. Kedudukannya selaku bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi tidak boleh dipandang remeh sebagai rakyat Malaysia kita harus berusaha mendaulatkan serta meningkatkan martabatnya selaku antara bahasa yang teragung di dunia. Bangga menggunakan Bahasa Melayu baik di segenap nusantara mahupun seantero dunia. Biarlah dunia mengenal Bahasa Melayu bahasa Bahasa Sejagat. Terdapat satu petikan kata-kata oleh Nor Hazizan Talib, Dewan Bahasa (Disember 2001) yang berbunyi Oleh sebab bahasa mempunyai sistem ekologi sendiri,maka apabila sistem ini diusik dan diganggu, kita tunggu sahajalah kemusnahannya. Musnah bahasa, punahlah sesuatu bangsa itu. Kata-kata ini melambangkan kepentingan bangsa untuk memelihara dan menghormati bahasa kebangsaan dari sebarang usaha untuk memperkecilkannya kerana bahasa jiwa bangsa.

Muhammad Fahmi bin Aziz 760920-01-5259 PPG Tugasan Bahasa Melayu

Rujukan

http://kembarabahasa.blogspot.com/2011/03/peranana-bahasa-melayu-dalam-pembinaan.html http://en-gb.facebook.com/note.php?noteid=158356614184478&comments&ref=mf http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y

Syuhada Choo Abdullah.( Harian

).Bahasa melayu membentuk perpaduan kebangsaan.Berita

Dr Hassan Ahmad.(2007).Bahasa menunjukkan bangsa.Berita Harian,pg 3

Anda mungkin juga menyukai