Anda di halaman 1dari 18

Pencemaran Bahasa Melayu dalam Media Massa

1.0

Pengenalan
Pada asalnya bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa
Austronesia, manakala bahasa Austronesia pula berasal daripada
keluarga Austris. Selain daripada rumpun bahasa Austronesia terdapat
beberapa rumpun lain seperti rumpun bahasa Astro-Asia dan rumpun
bahasa Tibet-Cina. Kemudiannya rumpun bahasa Austronesia ini
terbahagi kepada empat kelompok yang lebih kecil iaitu bahasabahasa Kepulauan Melayu atau Bahasa Nusantara seperti bahasa
Melayu, Aceh, Jawa, Sunda, Dayak dan banyak lagi. Seterusnya ialah
bahasa-bahasa Polinesia seperti bahasa Hawaii, Tonga, Maori dan Haiti.
Kemudian adalah bahasa Melanesia iaitu bahasa-bahasa di Kepulauan
Fiji, Irian dan Kepulauan Caledonia. Manakala yang terakhir ialah
bahasa-bahasa

Mikronesia

seperti

bahasa-bahasa

di

Kepulauan

Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert.


Bahasa Melayu yang dituturkan pada masa dahulu merupakan
bahasa Melayu kuno dan ianya berbeza dengan yang digunakan pada
masa sekarang. Bahasa Melayu juga berkembang mengikut perubahan
abad. Selain itu, bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca bagi
seluruh Kepulauan Melayu.
Media Massa merupakan satu media yang secara khususnya
menjadi sumber rujukan serta bahan bacaan bagi semua masyarakat.

Kehadiran media massa banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat


samada melalui media cetak atau media elektronik. Seiring dengan
perkembangan dunia pada masa sekarang, media massa memainkan
peranan yang penting dalam memartabatkan bahasa Melayu. Ini
kerana ia merupakan sumber rujukan utama bagi masyarakat dewasa
ini. Namun begitu, ada sesetengah individu yang cuba merosakkan
bahasa menggunakan kemudahan yang ada. Perkara seperti ini perlu
ditangani oleh semua pihak terutama pihak yang terlibat dalam
mengatasi masalah ini. Penegasan penggunaan bahasa perlu selalu
dipantau dan diberi perhatian sewajarnya.
Tujuannya adalah untuk mengawal pencemaran bahasa Melayu
yang semakin menular dalam kalangan masyarakat kita pada masa
sekarang. Dikhuatiri pada masa sekarang adalah penggunaan bahasa
Melayu dalam media elektronik. Oleh itu, hal ini perlu diketahui punca
terjadinya serta cara atau kaedah untuk mengatasi masalah yang
semakin lama menjadi faktor kemerosotan kualiti bahasa Melayu.

2.0

Faktor Berlakunya Pencemaran Bahasa Melayu dalam Media

Massa
2.1

Kecelaruan Bahasa Melayu dalam Media Elektronik

Kecelaruan bahasa dari sudut definisinya ialah penggunaan bahasa


yang bercampur aduk antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Selain itu, kecelaruan bahasa ini dikenali juga dengan bahasa rojak.
Contoh penggunaannya ialah pada perkataan sureheboh. Masalah ini
berpunca melalui media elektronik yang banyak menggunakan bahasa
campuran Melayu-Inggeris. Walaupun terdapat dua jenis media massa
iaitu media cetak dan media elektronik, secara nyata media elektronik
lebih banyak memberi pengaruh yang besar dalam penyalahgunaan
bahasa. ini kerana, penulisan dalam media cetak sering dipantau.
Berbeza

dengan

media

elektronik

yang

terdiri

daripada

siaran

televisyen, internet dan komunikasi yang berkaitan dengan sistem


pesanan ringkas (SMS).
Kecelaruan bahasa yang dapat dikesan oleh masyarakat umum
adalah melalui media siber iatu internet. Ianya seiring dengan

bercambahnya laman-laman sosial yang banyak memberi pengaruh.


Contohnya laman facebook, friendster dan myspace. Laman-laman
seperti ini amat diminati oleh masyarakat masa kini terutama peringkat
remaja. Sememangnya melalui laman tersebut dapat mendekatkan
hubungan antara yang jauh dengan yang dekat. Namun ianya akan
menjadi sebaliknya apabila setiap komunikasi menggunakan bahasa
yang mudah dan bercampur aduk.
Antaranya ialah ruang sembang yang terdapat dalam laman
facebook.

Setiap

individu

mula

merosakkan

bahasa

dengan

menggunakan bahasa yang diringkaskan, penggunaan simbol dan


campuran

bahasa

Melayu

dan

bahasa

Inggeris.

Contoh

bahasa

perbualan dalam facebook ialah gua ok jek ngan pendapat lu


menggantikan saya setuju dengan pendapat awak. Manakala bagi
penggunaan simbol pula seperti :) bermaksud suka atau gembira dan
:( membawa maksud sedih. Bagi campuran antara bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris seperti berikut, I kena ready utk handle my baby
sorang-sorang lerr bermaksud saya perlu bersedia untuk menguruskan
anak saya sendirian. Penggunaan-penggunaan seperti inilah yang
menjadi punca kecelaruan dalam bahasa Melayu.
2.2

Menjadikan Dialek Masyarakat sebagai Alat Komunikasi

Secara umumnya, masyarakat sekarang mementingkan dialek setempat


yang secara langsungnya meninggalkan bahasa baku yang sebenarnya.

Lebih buruk lagi ianya digunakan dalam komunikasi serta penulisan


yang melibatkan urusan rasmi. Contohnya penggunaan dalam penulisan
ilmiah yang disebarkan melalui media elektronik, melibatkan penulisan
blog, rencana dan surat rasmi.
Sememangya hal ini ingin dielakkan bagi setiap individu terbabit,
namun kadangkala ia terjadi secara tidak sengaja. Ini disebabkan
pengaruh daripada pertuturan seharian yang biasa menggunakan dialek
setempat atau lebih tepat lagi dialek negeri. Antara masyarakat yang
sukar untuk mengubah dialek mereka ialah

masyarakat di kawasan

pantai timur dan utara. Contohnya negeri Kelantan dan Kedah. Oleh
sebab itulah penggunaan bahasa baku mereka agak lemah. Antara
dialek Kelantan ialah tok se dan gapo.
2.3

Pengaruh Sistem Pesanan Ringkas (SMS) Rosakkan Bahasa

Sepertimana yang telah diketahui umum, sistem pesanan ringkas yang


menjadi alat penghubung pada masa sekarang banyak membawa
kemudaratan kepada penyalahgunaan bahasa Melayu. Hal ini menjadi
semakin membimbangkan apabila ianya menjadi punca kemerosotan
penguasaan bahasa Melayu di kalangan masyarakat terutama pelajar
sekolah. Ini kerana mereka terbawa-bawa singkatan tersebut dalam
penulisan esei di sekolah. Malahan,
diperolehi

memberitahu

antara

sebab

berdasarkan sumber yang


berlakunya

kemerosotan

pencapaian kelulusan bahasa Inggeris dalam peperiksaan Penilaian

Menengah

Rendah

(PMR)

adalah

berpunca

daripada

budaya

perkhidmatan sistem pesanan ringkas.


Penggunaan bahasa ringkas yang menjadi penghubung dalam
sistem pesanan ringkas tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya ianya
hanya digunakan untuk tujuan perhubungan semata-mata. Namun,
masalah yang timbul sekarang penyalahgunaan bahasa tersebut
terbawa-bawa kepada penggunaan rasmi sehingga merosakkan bahasa
asal.
Dr.

Awang

Sariyan

(2004)

menyatakan

bahawa

jika

pengguna tidak dapat membezakan ragam bahasa rasmi


dan ragam bahasa basahan, pencemaran bahasa akan
berlaku. Oleh itu, seseorang itu tidak sepatutnya terikut-ikut
dengan ragam bahasa basahan hingga menggunakannya
ketika melakukan urusan rasmi seperti menulis karangan,
surat rasmi dan memo.
Berdasarkan penyataan tersebut, dapat diketahui bahawa setiap
indvidu

perlu

tahu

masa

serta

keadaan

yang

sesuai

untuk

menggunakan bahasa basahan atau ringkasan perkataan. Walaupun


ianya merupakan kesalahan besar dalam penulisan, namun untuk
komunikasi sistem pesanan ringkas ia menjadi perkara yang baik kerana
dapat menjimatkan ruang serta kos.

Contoh bahasa dalam sistem pesanan ringkas (SMS) ialah, awal lg


lapuasa pn dak lg dan aittxkan tgk accident mlm td trus hilg ingtn
kot.

3.0

Kesan Pencemaran Bahasa Melayu dalam Media Massa


3.1

Penulisan Esei Pelajar tidak Berkualiti

Dewasa ini, banyak pengaruh negatif yang terjadi dalam kalangan


pelajar. Bukan sahaja perkara yang berkaitan dengan isu-isu sosial
tetapi ia juga melibatkan penggunaan bahasa Melayu yang lemah dalam
kalangan remaja terutama yang bergelar pelajar. Ramai pelajar yang
tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik. Walhal bahasa
Melayu merupakan bahasa bangsa dan bahasa Ibunda. Lebih-lebih lagi
dengan

keadaan

sekarang

yang

timbul

pelbagai

perkara

yang

menyebabkan penyalahgunaan bahasa seterusnya mempengaruhi cara


penulisan para pelajar. Terutamanya penulisan esei dalam peperiksaan.
Penyalahgunaan bahasa para pelajar merupakan kesan daripada
komunikasi dalam sistem pesanan ringkas, sembang dalam internet dan
pelbagai perkara lagi. Berpunca daripada perkara seperti inilah yang
telah

melemahkan

Kebanyakan

pelajar

penguasaan
tidak

pelajar

pandai

dalam

mengolah

bidang

ayat,

penulisan.

menggunakan

tatabahasa yang betul, melakukan kesalahan ejaan dan banyak lagi.

Kesannya, penulisan esei pelajar tidak menarik, banyak menggunakan


kata singkatan, tidak dapat menerangkan sesuatu perkara dengan jelas
dan skop perbincangan menjadi terikat.
Sekiranya kecelaruan bahasa ini tidak dikawal dan tindakan yang
sepatutnya

tidak

diambil,

kebiasaan

penggunaan

bahasa

dalam

perhubungan serta komunikasi harian dikhuatiri akan menjadi sebati


dengan individu tersebut dan menyebabkan kemerosotan bahasa
Melayu. Ini akan menyebabkan para pelajar gagal dalam penulisan esei
yang terdapat dalam peperiksaan. Contoh kesalahan yang sering
dilakukan oleh pelajar ialah terbawa-bawa ringkasan perkataan yang
sering digunakan dalam bersembang atau sistem pesanan ringkas.
Antara perkataannya ialah x yang menggantikan tidak atau tak, yg
singkatan dari perkataan yang dan seterusnya ialah perkataan utk.
Perkataan-perkataan ini akan mengelirukan pelajar dalam penulisan esei
mereka. Lama-kelamaan, wajah dan ciri bahasa Melayu akan mula
berubah.
3.2

Wujudnya Salah Faham Semantik dalam Masyarakat

Setiap tempat mempunyai dialek atau bahasa mereka yang tersendiri.


Ini melambangkan budaya serta keistimewaan tempat atau negeri yang
terbabit. Antara negeri yang terkenal dengan dialek mereka yang
tersendiri ialah negeri Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan, Johor dan lainlain lagi. Walaupun terdapat keunikan pada setiap dialek negeri-negeri

tersebut, namun ianya memberi kesukaran untuk mereka berkomunikasi


antara satu sama lain. Hal ini juga turut sama menjejaskan bahasa
Melayu baku. Akibat daripada perbezaan dialek, kesan yang jelas
kelihatan ialah berlakunya salah faham semantik.
Salah faham semantik ialah kesukaran serta kegagalan penyampai
dan penerima mesej mentafsirkan kod yang ingin dijelaskan. Ianya akan
mengganggu komunikasi antara individu yang terlibat. Ada sesetengah
media elektronik yang menggunakan dialek tempat masing-masing.
Contohnya adalah siaran radio bagi setiap negeri. Selain itu, penulisan
dalam

laman

soaial

iaitu

blog.

Sudah

pastinya

setiap

individu

mengarang penulisan mereka dengan bahasa Melayu yang betul,


namun ada segelintir individu yang menggunakan dialek mereka
mengikut negeri kelahiran.
Sekiranya blog yang dicipta itu banyak memberi maklumat
kepada pembaca, semestinya para pembaca akan mendapat kesukaran
sekiranya dialek mereka berbeza. Contohnya blog yang dicipta itu
mengikut dialek Kelantan, maka bagi masyarakat yang luar daripada
negeri itu akan mendapat kesukaran dalam menterjemahkannya kepada
bahasa Melayu yang asal. Antaranya ialah perkataan tak dok yang
bermaksud tiada, wak gini bererti buat seperti ini dan lain-lain lagi.
Oleh itu, untuk mengelakkan berlakunya pertembungan dialek yang

sukar difahami, penyeragaman bahasa Melayu perlu disedari oleh setiap


masyarakat khususnya di Malaysia.
3.3

Kemerosotan Kualiti Bahasa Melayu

Penggunaan bahasa Melayu dalam media elektronik semakin maju


ekoran perkembangan media siber atau media baharu iaitu internet.
Namun begitu, kemajuan elektronik yang sedang dicapai ini telah
dicemari dengan bahasa-bahasa yang kurang menyenangkan. Ini kerana
terdapat pelbagai bahasa yang digunakan, antaranya ialah bahasa
Melayu. Jenis bahasa yang digunakan juga adalah pelbagai seperti
bahasa baku, bahasa rojak, bahasa perbualan dan dialek.
Bahasa rojak atau bahasa basahan telah menjejaskan kualiti
bahasa melayu yang kebiasaannya digunakan dalam laman sosial dan
blog persendirian. Penggunaan bahasa dalam media ini sukar dikawal
kerana tiada peraturan yang dibuat untuk menghalangnya. Ianya hanya
bergantung pada kesedaran dan tahap pengetahuan bahasa pengguna
media tersebut.
Kesannya suatu hari nanti, bahasa Melayu tidak akan dipandang
tinggi oleh masyarakat dan sukarlah untuk menjadikannya sebagai
salah satu bahasa utama dunia yang berwibawa. Disamping itu, ia juga
akan menjejaskan kewibawaan bangsa yang menuturkannya. Kesan
negatif seperti inilah yang ingin dielakkan melalui media massa, namun
ia sudah digunakan dengan cara yang salah. Terutama dari segi ejaan

serta tatabahasa bahasa Melayu. Pihak yang tidak bertanggungjawab ini


dengan tidak segan silu mencemarkan bahasa sendiri dengan bahasa
yang tidak sepatutnya.
Contohnya adalah melalui laman sosial yang terkenal iaitu
facebook. Pencemaran bahasa banyak berlaku dalam laman ini seperti
penggunaan ejaan dan simbol.

4.0

Cara Mengatasi Pencemaran Bahasa Melayu dalam Media

Massa
4.1

Kesedaran Individu dan Masyarakat

Ini merupakan salah satu cara yang paling penting dalam memelihara
kualiti bahasa Melayu secara umumnya. Ini kerana tanpa ada kesedaran
semua pihak, masalah pencemaran bahasa yang berlaku pada masa kini
tidak akan dapat

dibendung. Sebab utama terjadinya pencemaran

bahasa adalah melalui penyalahgunaan bahasa yang dilakukan oleh


semua pihak, samada dalam media cetak atau media elektronik.
Perkara pertama yang perlu diketengahkan dalam menyedarkan
masyarakat ialah mempamerkan kepada mereka kepentingan menjaga
bahasa Melayu iaitu bahasa Ibunda. Terutama dari segi penggunaan
dalam media massa. Ini kerana, media massa merupakan bahan
tatapan umum yang menjadi sumber rujukan bagi semua pihak. Ianya
merangkumi rujukan bagi perbendaharaan kata dan penyusunan serta
pengolahan ayat.
Antara cara yang biasa digunakan ialah mengadakan pameran
bahasa yang melibatkan semua pihak. Beserta dengan pameran
tersebut

dapatlah

diselitkan

beberapa

pengetahuan

mengenai

penggunaan laman-laman sosial dan khidmat sistem pesanan ringkas


(SMS). Ini berdasarkan kenyataan yang disebut oleh Datuk Mahadzir
Mohd Khir.
Datuk

Mahadzir

Mohd

Khir

menyatakan

masalah

pencemaran bahasa Melayu tidak akan dapat diatasi selagi


pihak

pengguna

tidak

peka

terhadap

pentingnya

penggunaannya yang betul dalam semua aspek.


Jelaslah disini bahawa perkara asas yang perlu diberi perhatian dalam
menjaga darjat bahasa Melayu ialah kesedaran serta kepekaan setiap
pihak mengenai kepentingan menggunakan bahasa melayu yang betul.
4.2

Pemerkasaan Bahasa Melayu dalam Media Massa

Sumber rujukan pada masa sekarang adalah melalui media massa yang
merangkumi media cetak dan media elektronik. Media cetak terdiri
daripada akhbar, majalah, rencana, ensiklopedia dan banyak lagi. Pada
masa kin media cetak merupakan bahan yang menjadi tempat untuk
memperkasakan lagi penggunaan bahasa melayu. Melaluinya dapat
menerangkan

kepada

masyarakat

mengenai

kepentingan

bahasa

Melayu serta penjagaan dalam membina struktur ayat dan penggunaan


tatabahasa yang betul.
Namun

begitu,

penggunaan

bahasa

Melayu

dalam

media

elektronik telah digunakan dengan sewenangnya oleh pihak yang tidak

bertanggungjawab

dan

menyebabkan

pencemaran

bahasa

mula

menular. Bagi membendung gejala salah laku bahasa ini, pihak tertentu
perlu mewujudkan pemerhatian yang khusus dalam media elektronik
sepertimana

yang

terdapat

dalam

media

cetak.

Pemantauan

penggunaan istilah yang betul dan tidak merosakkan bahasa melayu


yang asal.
Antara

cara

lain

yang

dapat

dilakukan

bagi

memperkasa

penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam media elektronik ialah


memperbanyakkan blog yang ditulis dengan bahasa Melayu yang baik
dan teratur. Kebiasaannya blog-blog seperti ini dibuat oleh individu yang
berpengetahuan luas dalam bidang bahasa. selain itu, pemblog tersebut
juga berpengalaman dalam bidang penulisan. Contohnya blog yang
ditulis oleh penulis terkenal, seperti Sasterawan Negara Dato Anwar
Ridhwan, Datuk Baha Zain dan Nisah Harun. Dengan ini, penulisan
mereka dapat dijadikan sumber rujukan bagi individu yang berminat
untuk menulis dalam media elektronik.
Kemudiannya, perlu disediakan kemudahan penyuntingan dalam
media elektronik bagi memudahkan membuat pembetulan sekiranya
terjumpa laman yang menggunakan bahasa rojak dan mengutamakan
dialek-dialek yang sukar difahami. Seterusnya mengawal pengguna
internet yang berada di peringkat bawah umur supaya penyalahgunaan
dalam peperiksaan tidak begitu ketara dan dapat diatasi. Contohnya

penggunaan singkatan bahasa, penggunaan simbol dan kecelaruan


menggunakan tanda baca.
4.3 Peneguhan Sistem Pembelajaran Matapelajaran Bahasa
Melayu di Sekolah
Kaedah lain yang dapat membendung gejala pencemaran bahasa
Melayu ialah melalui sistem pembelajaran matapelajaran bahasa Melayu
di sekolah. Ini kerana, untuk membaiki sesuatu perkara perlulah
dimulakan dari awal lagi. Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Dengan ini penyalahgunaan dalam bahasa
Melayu dapat dikawal dengan lebih baik lagi.
Oleh itu, pendukung pendidikan bahasa Melayu perlu mengambil
inisiatif yang bersifat proaktif untuk menangani masalah pencemaran
bahasa. antara usaha yang dapat dilaksanakan ialah menggunakan
aspek

pedagogi

dalam

pendidikan

bahasa

Melayu,

cara

guru

mengendalikan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,


pelaksanaan

kurikulum

sekolah

berdasarkan

kepentingan

bahasa

Melayu dan banyak lagi. Selain itu, para guru juga dapat menerapkan
pembelajaran mengenai kelebihan dan kekurangan alat komunikasi
pada

masa

sekarang

serta

mempamerkan

pengaruhnya

dalam

masyarakat yang berada disekeliling mereka. Perkara ini penting untuk


para pelajar dalam mempersiapkan diri mereka ke arah kehidupan
berwawasan.

5.0

Kesimpulan
Secara

keseluruhannya

dapat

dirumuskan

bahawa

antara

media

elektronik dan media cetak, media elektronik lebih banyak membawa


kemudaratan dalam pencemaran bahasa Melayu. Hal ini kerana
kebanyakan pengaruh terdapat dalam media siber iaitu laman-laman
sosial yang terdapat dalam internet. Selain itu, sistem pesanan ringkas
(SMS) merupakan alat komunikasi yang berdasarkan media elektronik
juga kerana menghubungkan dua individu dalam talian yang jauh. Tanpa
panduan khusus, penggunaan bahasa SMS yang tidak terkawal dan
sewenang-wenangnya,

terutamanya

yang

dipaparkan

pada

skrin

televisyen atau komputer akan memberikan impak yang negatif


terhadap perkembangan bahasa Melayu.
Oleh itu, arus globalisasi yang membawa kepada perkembangan
teknologi maklumat dan komunikasi yang melanda dunia hari ini
sewajarnya tidak dibiarkan mempengaruhi, melemahkan dan menghakis
bahasa Melayu. Ianya sepatutnya dimanfaatkan sebaik mungkin untuk
kemajuan dan perkembangan positif bahasa Melayu tinggi yang
merupakan gambaran kebijaksanaan bangsa Melayu. Penggunaan
bahasa Melayu yang tinggi mencerminkan kesopanan serta kesantunan
pekerti bangsa Melayu itu sendiri.
Jangan sekali-kali mengabaikan kemurnian bahasa sendiri dalam
mengejar arus kemodenan dan inginkan kemajuan. Kemajuan akan lebih

dicapai sekiranya setiap individu memartabatkan bahasa Melayu untuk


dibawa dan ditunjukkan pada mata dunia.

Bibliografi
Asal usul bahasa Melayu (2010). Diperoleh pada Ogos 28, 2010 daripada
http://faculty.unitarklj1.edu.my/ALD0063
Sharifudin Lubis. (2009, Ogos). Dewan Bahasa. Memasyarakatkan Dialek, 2425.
Zaidi Ismail. (2010, Februari). Dewan Bahasa. Bicara Bahasa, Indah Budi
Kerana Bahasa, 5.
Teo Kok Seong. (2010, Mac). Dewan Bahasa. Bahasa dalam Komunikasi Siber
Kelebihan dan Kekurangan, 6-10.
Rozita Radhiah Said. (2010, Mac). Dewan Bahasa. Bahasa dalam Komunikasi
SMS, 16-18.
Zalila Isa. (2010, Mac). Dewan Bahasa. Media Siber dan Bahasa, Kebebasan
yang ada Batasannya, 20-23.
Yahya Othman (2006, Januari). Dewan Bahasa. Pemerkasaan Pendidikan
Bahasa Melayu, 42-44.

Anda mungkin juga menyukai